Monday, February 14, 2011

Daud

5 Feb 2011

Minggu lepas, gua lepak TT dengan sorang budak sekolah lama gua nama Daud (bukan nama sebenar) kat Danau Kota. Saja buang-buang masa, memandangkan dah lama gua tak bersosial sejak aktif menjadi ‘Zombie Slayer’ dalam ‘Dead Rising 2’.

Dalam tempoh TT tu, banyak jugak la lawak-lawak bodoh yang terpacul dari mulut Daud (mulut gua pun lebih kurang jugak). Baik dari mengutuk budak-budak sekolah lama dulu, sampai la ke isu Revolusi Penjual Buah di Tunisia, membawak plak kepada Kejatuhan Hosni Mubarak dalam Empayar Egypt. Pergh, dasat kan topic perbincangan kitorang? Walaupun gua tak penah amik port mana-mana isu politik , tapi kalo setakat citer bilis-bilis camnie, PTD pnya interview senang-senang jer gua kekah.

Tengah dok sedap bersembang, Daud tiba-tiba menjadi serius. Dahinya berkerut-kerut dan jarinya tak henti-henti men’tenyeh’ skrin iPhone 4 nya yang dibeli dari Low Yat 2 hari lepas. Satu macam punya environment dah menyelubungi meja lepak kitorang.

‘Aku tak paham betoi la dengan budak-budak fesbuk sekarang...’ Daud meluahkan kesugulan yang terpahat di kepala hotaknya.

‘Awat bro?' tanya gua dengan nada yang berhati-hati.

Ya la…budak-budak kat fesbuk nie. Sibuk nak update sana-sini. Kat mana-mana pi pun, nak check-in. Pavillion la. Pegi Mark & Spencer la. KLCC la. Agak-agak la. Bahaya hang tau tak?’ Daud mula membukak bicara dengan nada sedikit emosi.

‘Alarh..yang hang nak emo-emo nie pasaipa? Cuba hang bagitau aku, apa yang bahayanya tu?’ gua dah start tak puas hati. Emo Daud, gua dah start rasa tempiasnya.

‘Cuba hang pikiaq mai tengok…hang pi mana pun, hang update. Kat fesbuk pulak tu…satu dunia bleh tau hang pi tengok wayang kat Wangsa Walk. Pikiaq-pikiaq lojik, apa yang hang dapat?’

Daud dah makin semangat. Satu macam jin rasa dok tengah gentel-gentel tali pusat dia nie. Dia tambah lagi:

‘Wall fesbuk aku nie, hari-hari penuh dengan updates Foursquare. Hangin plak aku baca. Hang nak tengok wayang ker, nak layan shisha ker, nak tonggang kat Zouk ker, lantak la. Tak perlu la nak publish satu donia,kan?’

Slurrrppp! Daud menghirup ‘ice-blended’ perisa Stroberinya. Riak mukanya nampak agak penat. Penat berleter, tekak dia kering agaknya.

‘Ala…rilek la, bro. Hang takyah la hangin sangat. Rilek-rilek sudey. Hang kalo takmau tengok update-update orang through Foursquare, ‘hide’ je la application tu. Takyah nak emo-emo. Benda boleh setel maaa…’ jelas gua kepada Daud. Harap-harap dia tersinggung.

‘Tu la hang. Hang tau bahaya kot mana? Bila hang post semua lokasi hang kat fesbuk. Orang akan tau hang mesti takdak kat rumah. Kena plak orang tu memang ada niat jahat nak rompak rumah hang, macamana? Nak salahkan sapa? Hang yang bagitau ‘hang takdak kat rumah’. Depa pun attack la rumah hang...’  Jelas Daud dengan bersungguh-sungguh, dengan harapan gua payung Ice-Blended Stoberi dia.

Gua terpaku. Ada betul jugak cakap Daud tu.

Daud sudah berubah. Di depan gua ini, bukan lagi Daud ‘Romero’ yang gua kenal 8 tahun dulu. Gua salute lu Daud! Lu memang berpikiran rasional! 

*mode kagum gila*



14 Feb 2011

Cantek ahh. Lagi setengah jam pukul 6. Gua dari pukul 4 petang lagi dah tak berapa into sangat nak buat PR. Lantak la. Rabu nie masih ada. Berbekalkan lagi setengah jam lagi nak ‘call it a day’, gua capai henset gua dan terus bukak fesbuk:



DAUD ROMERO
'Jalan-jalan tengok wayang dengan ‘My Bucuk’ sementara tunggu candle light dinner ‘Valentine’ dekat One Utama. Tonight will be legendary! Luv u cayank! *muacks*...’VIA FOURSQUARE


 ***


Dengan tak semena-mena gua rasa nak tempeleng si Daud.

Blah la lu! Cakap tak serupa bikin!

Ptuihhh!

2 comments:

mie said...

perangai 'daud' nih sebijik mcm perangai budak sekolah gua.... eh jap... cilakak, patut la.... kah kah kah....

Sandokhan said...

haha...lu agak2 sape, badut? gua ker? ker lu? keh keh keh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...