Peh! Satu pengalaman manis yang tak akan gua lupa sampai bila-bila. Sayangnya gua terpaksa menonton perlawanan tersebut kat rumah sahaja atas beberapa kekangan yang tak dapat nak dielakkan. Kalau la time tu gua dapat layan match nie di Herris Delicious Corner dengan Amar, komfem havocnya lain macam.
Sejujurnya, gua mengaku bila Arsenal berdepan dengan team power-power seperti Team Snek Kentang, Team TV Samsung, Team Sardin yang perasan ada connection dengan Bank dan team Bangau London, dalam hati gua tergetus sedikit perasaan ‘Asal seri cukup la…’. Memang gua tak demand lebih-lebih, asalkan boleh seri atau kalau nak kalah pun, tak sampai tahap perlu pakai anal-lubes. Gila tebal muka gua nak masuk opis time hari Isnin kalo Arsenal kalah besar. Muka nie dah tak tahu kat mana nak parking dah. Perasaan dianjing oleh carnales tempat kerja gua nie dia punya frust memang boleh buat gua nak benti keja!
Namun, apa yang ditunjukkan oleh skuad Pak Wenger ketika menentang Chelsea tempoh hari sememangnya outstanding dan gua tak segan mengatakan bahawa corak permainan ini adalah ‘kebangkitan’ dalam usaha merangkak ke Top 4. Yeah, Arsenal sangat lemau dipermulaan season, ditambah plak dengan peristiwa ‘dirogol’ 8 bijik di Old Trafford bukanlah satu perkara yang senang dilupakan.
Centre back Arsenal pada perlawanan tersebut adalah Per Mertesacker & Laurent Koscielny. Yeah, tak berapa mantap kan ? Djourou diletakkan di posisi Right Back menggantikan Bacary Sagna yang injured tak tahu la berapa bulan. Kieran Gibbs direhatkan dan Santos diturunkan untuk mengisi kekosongan Left Back. Chelsea dibawah kendalian Andre Villas-Boas (lu punya nama macam spesis ular la bai) bermula garang dalam mengatur serangan ke benteng pertahanan Arsenal. Beberapa siri hantaran cantik dari Fat Frank dan Juan Mata nampak sangat superb dan hampir mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Arsenal. Jelasnya, gua rasa taktik AVB ketika separuh masa pertama adalah wing-play, kerana zon Djourou & Santos saja yang sering diserang. Lubuk, memang lubuk. Andre Santos. Kita tahu yang dia nie more on the attacking mentality, and he’s not really good at defending. Djourou? Heh, I rest my case! Asakan bertubi-tubi dari Chelsea akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran Juan Mata dari zon Santos ditanduk oleh Frank Lampard untuk gol permulaan seawal minit ke-7. Masa nie, gua #facepalm berkali-kali. Mertesacker langsung gagal mengawal Lampard, siap tergolek-golek lagi. Koscielny pulak seakan-akan baru nak sedar yang dia berapa di Stamford Bridge!
Arsenal kembali menyamakan kedudukan menerusi gol dari RvP. Peh! Goal nie I gave full credits to Gervinho yang tak tamak ketika menerima hantaran lambung dari Ramsey. Instead of scoring and making name for himself ketika situasi one-on-one dengan Petr Cech, Gervinho menolak bola tersebut kea rah RVP di sebelah kiri. And RvP get the job done! Seriously, tengok kelibat Gervinho atas padang , boleh buat gua lupa betapa superbnya Samir Nasri satu ketika dulu. Ahh, persetankan dia. Kami sudah ada penggantinya. Gua salute sama itu Gervinho. Beliau tak ambik masa yang lama untuk serasi dengan Robin Van Persie. Terus terang gua katakana Arsenal ketika ini memiliki feeder yang sangat versatile. Gervinho rajin kejar bola, his outstanding dribbling skills dan incredible pace! Apa lagi yang tak cukup? Kalaulah ada lagi satu feeder sebaik Gervinho yang boleh berfungsi dengan cemerlang di sebelah kanan, kan bagus?
Eh, Walcott kan ada?
Yeah! Theo Walcott. Dia punya sprinting memang gua tak boleh sangkal. Sangat laju. Tapi dribbling ability dia kadang-kadang sangat merepek. Gentel dia tak sebaik gentel Gervinho dan Nasri. (Argh, gua sebut lagi nama tuh!). Senang sangat brader Walcott nie hilang bola. Tapi satu gua respek dengan Walcott nie. Confident level & decisison making dia sangat tinggi especially ketika nak buat lob-ball time one-by-one dengan keeper. Bab-bab tu dia memang dasat. Other than that, dia biasa-biasa jek!
End of 1st half. Gua bangun pergi sidai kain baju. Mata gua berkaca…
Separuh masa kedua bermula seperti biasa. Tiada sebarang pertukaran pemain yang dilakukan oleh AW. Santos muncul sebagai salah seorang penjaring apabila rembatan kaki kiri beliau meloros laju menembusi celah kangkang Petr Cech. Masa nie gua melompat keriangan. Bergema hall ruang tamu gua. Banker Permatang Pauh yang sedang baca Mastika juga turut bersorak. Beliau jugak berharap benar agar Arsenal tidak diaibkan lagi. Sudah tidak sanggup beliau melihat gua kemurungan seperti minggu-minggu sebelum ini ketika berdepan dengan kekalahan. Bila pikir tentang beberapa makian dan kejian yang gua ‘send’ kepada Andre Santos ketika 1st half tadi, gua menyesal. Dia memang truly an attacking type of defender. Gua salute lu, Santos ! Truly I am.
Ketika ini, Chelsea seakan-akan kepenatan dalam merancang beberapa siri serangan balas. Moral diorang ketika ini dah tak sesuperb 1st tadi. Dan Walcott dengan pantas menghukum pertahanan Chelsea sekali lagi menerusi sepakan kaki kanan yang sangat pantas seperti peluru pada minit ke-55! 2-3. Arsenal didepan. Masa nie gua rasa macam nak pegang henset membalas segala provoke-provoke dari fan-fan team Setan dan team TV Samsung, tapi niat gua pantas disangkal oleh Banker Permatang Pauh. Menurut beliau, tiada guna kita bermegah kerana perlawanan still berbaki 35 minit. Gua menyokong Arsenal, dan gua patut tahu yang kelebihan 1 gol bukanlah bekalan yang selesa untuk bermegah. Ingat, pertahanan Arsenal masih belum mantap seperti di djaman ‘Invincibles’. Apa saja boleh jadi. Ingat lagi match dengan Newcastle last season dimana arsenal didepan dengan jaringan 4-0? Kerana red-card Clichy , Newcastle berjaya merubah keputusan perlawanan menjadi 4-4. They claimed, that was the greatest comeback ever in history of English Premiership. Tak pasal-pasal,kan? Lagipun Tuhan marah bongkak-bongkak nih!
3-3. Cibai. Nasib baik gua tak bongkak tadi. Kalo tak double malu gua malam tu. Ketika ini, bini gua kembali membaca Mastikanya. Tampak beliau sedikit hilang keyakinan terhadap Arsenal. Namun gua tak boleh salahkan beliau. Beliau masih baru dalam bidang ini. Nama Wojciech Szczesny pun tergeliat jugak beliau nak sebut. Apatah lagi yang lain-lain, ye dop? Dia masih belum arif betapa susahnya menjadi penyokong Arsenal. Takpe, itu dah jadi tanggungjawab gua untuk kembalikan dia ke jalan yang betul. Harap-harap dia jangan ajak gua sokong team Snek Kentang dah la…allergic weih!
Florent Malouda dimasukkan. Nampak sangat Chelsea mahu menyerang habis-habisan. Tapi, lain pulak jadinya. Satu back-pass mistake dari Malouda menghukum Chelsea sekali lagi. Funneh back-pass if you ask me! John Terry tersungkur ketika ingin menyambar tolakan dari Malouda. Padang Stamford Bridge ni memang licin gamaknya kot? RvP? Seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal, dengan machonya beliau menghambat bola tersebut, memperdayakan Petr Cech dan seterusnya BOOM!
3-4
Dun worry Terry. Gol nie gua tak salahkan lu. Padang Chelsea nie licin sangat. HAHA HAHA #sarcasm
Game tu saja dah 7 gol. Ada 2 kemungkinan. Samada match nie betul-betul superb atau dua-dua team defend macam BANGANG!
Ketika match berbaki 2 minit diwaktu kecederaan, gua ingat Arsenal dah nak main bertahan. Pendapat gua pada ketika ini, takyah la nak main macho-macho sangat. Apa nak jadi, jadilah. Bertahan jer la, sehingga wisel penamat. Namun, satu lagi counter attack dikala moral Chelsea dah lemau meladakkan kegamatan para penyokong Arsenal di Stamford Bridge. Chelsea diranapkan sekali lagi dengan satu tolakan kencang Mikel Arteta kepada Van Persie. BOOM! Petr Cech tewas buat kali ke-5. Robin Van Persie hat-trick!
Sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan, saat itulah dada gua kembali tenang. Linangan air mata kegembiraan jelas terpancar di wajah gua. Persetankan makna macho, ego dan segala macam kriteria jejaka tampan. Inilah antara kemenangan yang mengharukan dalam sejarah gua bersama Arsenal. Sambil menoleh ke arah Banker Permatang Pauh, gua berkata:
“Boleh gua bongkak sekarang?”
“Silalah...kasi panas betul-betul!”, balas beliau sambil tersenyum.
Dengan confident, gua mencapai henset dibawah sofa. Gua perasan, lepas gol ke-4 van Persie, takde langsung member-member Chelsea gua yang berani nak SMS or bersikap sarkastik di twitter. Gua tersenyum. Inilah harinya. Minda gua begitu galak memproses segala macam bentuk kejian dan template-template sarcasm yang berkaitan.
Perlahan-lahan gua unlock phone gua.
Let’s get to work!
*Lepas tu lu orang paham-paham la apa jadi…kahkahkahkahkah!
3 comments:
Fuhh memang fanatik sungguh ko nih. Harap2 konsisten la Arsenal pasni!
Seronok bebenor kome ye....nikmati lah sementara masih ada
ParkAir: Aku harap-harap masin la mulut ko,bro...
Abejame: Kehkehkeh! Sementara tengah dalam fasa 'stabil' nie, aku nak rasa bongkak sket sementara masih boleh bongkak. Nanti2 rasa dah tak bley dah..~
Post a Comment