Showing posts with label info trafik era. Show all posts
Showing posts with label info trafik era. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Bersembang dengan penjual daging


Petang tadi lepas habih kelas, seperti hari Sabtu-Sabtu yang biasa, gua dan Banker Permatang Pauh akan singgah di Pasar Malam Sri Gombak untuk mencari makanan buat makan malam. Yup, sejak kami berdua membuat keputusan untuk sambung belajar, tuil stove dapur gua tu makin jarang gua pulas. Apatah lagi tong gas yang masih steady 7 bulan tak tukar-tukar disebabkan faktor tak ada masa. Ahh, gua bukan nak cerita pasal hal sambung belajar.

Apa gua nak cerita tadi?

Biasanya, bila di pasar malam, gua ada satu perangai yang suka bertanya kepada peniaga tentang harga-harga ikan, udang, ketam, kura-kura dan daging terkini yang diterima akal oleh masyarakat. Ya, sebenarnya, penting untuk kita ambil tahu sekali sekala pasal benda-benda macam ni, agar tak ada la kita kena tiau kalau-kalau tiba masa kita nak memborong. Ini bukan hal bilis-bilis. Semua orang kena participate. So that tak ada la peniaga suka-suka hati naikkan harga produk tanpa based on harga pasaran sekarang. Lu orang suka ke popia basah RM0.70 seketul? Still tenang ke cempedak goreng, 3 ketul RM2?

Kalau lu orang tenang, gua tak boleh nak kata apa....

Lepas membeli Murtabak Sani (Murtabaka paling chempien di Sri Gombak), gua terus melewati satu stall yang jual daring lembu. Kelihatan brader yang jual daging tu tak putus-putus menghembus asap rokok sambil mengelui para pengunjung untuk merapati stall beliau. Memang gua syak dia tokey daging, sebab stall tu dia sorang saja yang ada. Kelihatan, masih banyak juga stok daging atas meja beliau yang masih belum terjual. Kalau gua pun, gua tak beli kat kedai dia. Dia punya cara saja dah nampak macam tak serius nak meniaga, Daging nak potong, rokok nak hisap, entah abu rokok mana dia petik. Silap-silap ada terlepas atas meja, dan hilang "digaul" bersama daging mentah. Gua bukan sengaja nak buat assumption, tapi benda tu tak mustahil kan?

Tapi, alang-alang gua dah terlalu...gua bertekad nak meringan mulut dan menyapa brader tersebut. Nak riki harga. Ya lah, kalau la dia gantung  tanda harga jelas-jelas, tak perlu la gua nak pergi tanya, ye dop? Ni dah tak gantung, gua rasa gua perlu tanya. Mana la tahu kalau-kalau bini gua teringin nak masak Nasi Daging. Ini rezeki!

"Bang, daging lembu sekilo berapa bang?" tanya gua perlahan.
"RM25, dik..." balas brader tu sambil mengesat lelehan peluh jantan.
"Erk?"

Gua terkedu.
Humangaihhh....RM25 sekilo? Last gua tahu harga kawalan pun baru RM22.

"Huuuish...RM25? Mahal sangat ni bang..."
"Kalau adik jalan atas sikit, rata-rata depa pun jual RM25. Ada jugak yang try mark up RM26 sekilo. Tapi payah sikit la nak jalan..." 

Gua masih tak berpuas hati. Sekali dah dapat bersembang dengan brader jual daging, gua akan tanya betul-betul.

"Apahal mahal sangat daging sekarang ni,bang?"

Brader tu tenang meletakkan pisau potong daging yang sudah diasah. Sambil menyalakan sebatang rokok Luffman hijau, dia bersuara:

"Stok daging sekarang ni limited, dik. Permintaan la ni sangat tinggi, tapi geng-geng yang bela lembu sendiri pun tak mampu nak supply ke kami ikut berapa banyak yang kami nak..."

Sambung beliau lagi:

"Bila stok lembu kita sendiri tak cukup, terpaksa la kerajaan import lembu dari Thailand..."

Gua tersenyum dan mengangguk-ngangguk tanda faham. Lagipun alasan brader tu gua memang dah boleh agak. Kalau ikut akhbar yang kita baca hari-hari pun, stok daging ni cukup-tak cukupnya tak kira masa. Even bukan festive season pun, kadang-kadang peniaga terpaksa ketuk dengan harga tinggi, sebab stok sangat limited.


Lu orang bayangkan. Satu senduk kecik gulai daging yang lu orang cedok masuk pinggan masa lu orang tibai nasi campur di Gombak ni, peniaga terpaksa caj at least RM3 secedok. Tu pun ada sesetengah kedai yang caj sampai RM5 secedok. Kita sebagai pengguna ni, kalau dah tak ada choice, RM5 pun RM5 la. Janji hilang stim!

Since gua dah tahu indeks kolektif harga semasa daging di Sri Gombak sekarang, gua rasa gua dah nak gerak balik. Elok je gua nak angkat kaki, brader jual daging tu kemudiannya melambai-lambaikan tangannya ke gua, seakan-akan dia nak berbisik sesuatu. Pelik juga perangai brader ni. Apa yang nak dibisikkan ke gua ni?

Out of curiosity, gua merapati telinga gua ke beliau. Harap-harap, dia tak la buat lawak bodoh nak menjerit ke telinga gua, bagi gua bengang. Alah, macam yang kita selalu pekena kengkawan masa kecik-kecik dulu. Masakan lu orang tak pernah buat....eleh!

(Apa? Tak pernah buat? Err.....)

***


Bila gua dah rapat sikit, ke beliau, beliau serta-merta berbisik:

"Maintenance lembu skang tinggi la dik. Lembu skang tak mau duduk dalam kandang dah. Sekarang lembu duduk dalam kondo.....tu pasal mahal!"

Gua tergelak besar.

"Ini deep brader.......deep!" balas gua sambil tersenyum dan berlalu pergi...



Thursday, October 28, 2010

Diet Cara Nabi

Super-stinking DIET..amacam? ada berann?


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Monday, January 25, 2010

Punggung Betul la !!!



"Hello....hawauyu??...nama saya abang Kassim"

Ceit!..terbawak2 dengan Idlan Raja Lawak 4 plak...hahaha..semekom..
Lama betul gua x post..hampir bersarang dah blog gua nih!..biasa la..alasan common gua.'bz'..ceh!..poyorono jer..padahal mmg botui2 gua malas..nk wat cemana...(bukan salah ibu mengandung)

Gua baru jer habih buat exam Occupational Hazard & Safety for Internal Audit.Ceh!..konon macam layak jer nk jadi Auditor..keje IT berlambak nie pun x terhandle..haha...tapi, exam tu x macam exam pun..open-book test..bukak notes pun buleh..nk berbincang pun buleh...nk meniru? laaaaaaagi la buleh sangat...so, skang gua xde keje..rilek jap sementara tunggu Office day Hari Isnin habih...(sebenarnya ada keja...Elaine suruh update software HR2000..kalo x update..alamak x bergaji arr gua dan staff2 Efogen bulan nih..ngee~)

tengah2 dok sedap melayan email dari kelakarnyer yahoo groups, gua terbaca satu survey pasal punggung dan ciri2 peribadi korang.Ceh!..hapara orang zaman sekarang..punggung orang pun nak kaji ker? Tapi, best jgak baca ciri2 nih...so, kepada korang yang baca post nih..cepat2 la refer kepada punggung sendiri..mana tau, kot2 terbetul ker...(walaupun sah-sah statement ciri-ciri nie meraban..) hahahaha.....

1. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke man a hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

2. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa berse man gat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. (muehehe) Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berse ron ok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang ro-man-tik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis no problem. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

Gua bajet, mamat yang wat survey punggung nie, mesti kaki stalker,kan? Jenis2 yang slalu dok stim taik burung..keh..keh...So, ada ciri2 punggung korang x?hahahaha....renung-renungkan dan selamat beramal, dude!

p/s: xde kerja ker wat survey pasal punggung? Harga gula yang dok naik tuh, kalo wat survey...laaaagi bagus.

Monday, November 3, 2008

Live Life to The Fullest...Camno?

hey dudes! WAZZUPPPP.........................

it's been what? almost 3 month? blog gua nie dh x bersentuh.Sekali pikir punya pikir, macam blog gua nie nk mati dh la plak....tapi, sayang jugak nk biaukan. xpe, layan jer la....bukan ape...i've been very busy lorr...bz nk kene wat tu...wat ini...lgpun macam2 problem gua tgh facing nie...mak gua lagi..personal gua lagi...damm*t...cemana nk live live to the fullest kalo asek jiwa kacau jer nie...

tengah gua dok browsing2 kt opis (mode xde keje), gua ternampak poster nie,describe pasal cemana nk hidup dengan sehat dengan jantung yang dasat....hahahhaa....cam sial jer ayat nie gua rasa...tapi,gud la jugak...something yang at least bleh gua share dengan lu orang, khasnya perokok2 tegar kt luar sana...(ceh!gua pun sama jugak...). Kalo lu orang ada masa, usyar2 la poster nie...renung2kan dan selamat beramal! :)






p/s: kalo gambo nie kocik,pandai2 la korang besaukan...banyak inisatif la..xkan itu pun gua kena ajar...hahahahahaa....(apahal post gua kali nie cam kind-hearted sgt?pelik ahh)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...