Thursday, April 14, 2011

Drama Bingai Pagi-Pagi


Aktiviti pekena teh tarik dengan roti bakar bersama Supian tiap-tiap pagi berjalan seperti biasa. Doploh menet sebelum pukul 9.10 pagi, port Mamak Harmain.

Cuma pagi nie lain macam sket scenenya. Elok gua langkah jer masuk kedai, kelihatan Supian tengah bersembang dengan sorang brader opis dia. Gua pun duduk la di meja diorang sambil memperkenalkan diri gua.

Brader tu nama Kamarul. Keja satu opis dengan Supian jugak. Cuma dia di bahagian administration.

***

Macam biasa, gua tak amik masa yang lama untuk mencari keserasian dengan Kamarul. Sedap aja gua bersembang, asalkan topiknya kena. Pung! Pang! Pung! Pang! Satu persatu subjek dibahan dan diketawakan. Nak lebih sedap, topik kehebatan Maharaja Lawak Astro gua utarakan sekali. Pergh! rancaknya bersembang memang tidak terperi.

“Gila strategik betul Astro punya target marketing. Tayang Maharaja kat Prima sampai minggu ke-2 je. Minggu ke-3, kena subscribe Mustika....” jelas Supian sambil menyalakan rokok.

Kamarul ketawa. Gua pun ikut sama.

“Tu la. Gila betul. 3 hari lepas, 2 orang budak opis gua straight subscribe pakej Mustika. Semata-mata nak layan Maharaja Lawak.” gua balas sambil tersenyum.

“Astro memang betul-betul buat duit. Apa sangatlah hadiah RM300K tu, kalo nak dibandingkan dengan profit dari subscriptions Mustika dengan undian SMS orang Malaysia. Kaya, depa memang kaya lepas nie…” Kamarul mengutarakan pendapatnya. Nada beliau bertukar serius.

Gua dan Supian terdiam. Tergamam. Puitis pemikiran dia nie. Gua pun tak pernah terpikir sampai ke situ.Si Kamarul nie gua dapat agak memang dia dasat. Gaya Idealist. Tunggu 2-3 tahun lagi, brader nie sesuai bertanding jawatan ketua kampung.


***

“So, ko ada Mustika tak kat rumah?” tanya Supian kepada Kamarul.

“Aku pakai Astro Beyond...”

 ***

Gua tarik tangan Supian dan terus straight ke kaunter bayar. Kalo gua biarkan dia lepak lagi kat meja tu, maunya budak Kamarul nie makan penampor nanti. Hati gua panas. Supian tak berhenti-henti mencarut.

Ada kitorang tanya dekoder lu jenis apa ke?

Bingai!

4 comments:

Afams Chan said...

Adakah si mamat Kamarul seorg yg bonkak? kalo riak dia tahap bingai mmg patut ko das satu dua..hahahah

Ni kalo soalan exam mmg kompom dia dapat kosong. Jawapan terpesong. Kah kah kah

Sandokhan said...

Aku kurang pasti la yang part bongkak tu. Tapi, bab jawapan takde kena mengena tu, memang boleh buat aku luruh jantung.

Kahkahkah!

Anonymous said...

nie bkn bingai dah... kalo aku, mau ke alam barzakh si kamarul....

budus.... :-)

~kiki~

Sandokhan said...

Hahaha...emo btul ngko, Ona.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...