“Bos, ini type punya ribbon cartridge printer ada jual ka?” tanya gua kepada pekerja Nepal sambil menunjukkan model number yang gua salin atas satu kertas kecik.
“Owh..ini brand ka? LQ-300+. Erm..sikit jam aa, nanti saya pigi blakang sana mau check sama stock.” balas pekerja Nepal itu sambil tersengih.
Kenapa dia tersengih? Gua rasa mesti dia bangga gua panggil dia ‘bos’ kot? Mungkin…
Pekerja tersebut hilang dari pandangan. Kedengaran bunyi kotak-kotak berdentum-dentam di dalam ruang stor belakang kedai tersebut. Ganas pulak mamat nie cari stock. Macam nak berperang!
Boleh tahan lama jugak gua tunggu pekerja Nepal tersebut korek stok cartridge beliau. Sesekali gua akses twitter, check kot-kot ada tweet-tweet baru dari bro @0_mie, @apek_oii atau @Lisa_Zilkifli. Mana tau diorang ada mention nama gua ke?
Cilakak! Takde la plak.
Diorang dah lupakan gua, agaknya.
5 minit kemudian, pekerja Nepal itu datang dengan sekotak ribbon cartridge di tangan beliau. Cantek! Tak perlu gua berjalan jauh-jauh lagi untuk survey.
“Ini brand ka encik? Cuba encik kasi check sama dia punya nombor.model..” kata pekerja tersebut.
“Ha! Betul la nie. LQ-300+…”
Gua menghembuskan nafas lega. Seb baik kedai nie ada jual. Tak perlu la gua nak panjat bangunan Low Yat semata-mata hanya seketul menda alah nie.
“Berapa harga nie? Lu jangan la tolak mahal-mahal sangat.”
“Tada mahal la. Saya kasi RM27 saja encik”
“OK la. Kasik resit skali,”
Duit RM50 dan kotak kartridge bertukar tangan.
Buku resit usang dikeluarkan dari bawah cabinet. Pergh, kedai nie betul-betul ol’skool. Semua kedai kat Low Yat dah generate computerized receipt, dia saja still keluarkan resit manually tulis tangan. Menang RARE!
Sedang pekerja tersebut menyiapkan resit gua, gua kembali check twitter. Masih takde lagi tweet-tweet menarik dari rakan-rakan gua. Agaknya diorang tengah bekerja kot? Ish, tak mungkin la. Gua pun tengah bekerja jugak, tapi boleh je post? Ahh..gua mengomel lagik.
“Kraaap!” resit gua diceraikan dari jilid buku. Resit dihulurkan beserta baki. Sesekali Pekerja Nepal tersebut mengeja embroidery nama syarikat yang terjahit di baju korporat gua. Saja nak tunjuk prihatin terhadap kastemer.
“E.F.O....”
“Dah la, takyah nak eja-eja la. Nanti kartridge habih, gua datang sini jugak, hahahaha” balas gua selamba.
Gua beredar dari kedai. Resit dan duit baki yang terlipat gua masukkan dalam beg plastic hitam. Takmo campur dengan duit gua. Niat gua, sampai saja opis nanti, gua nak terus pass semua benda dalam plastik nie kat Ona. Case close!
***
“Aik? Cepatnya ko sampai…?” tanya Ona yang menggigil kesejukan aircond di bilik Finance.
“Alarh..stakat pegi IMBI, jauh mana sangat. Nah, resit, balance dengan kartridge semua ada dalam nie.” balas gua sambil menghulurkan beg plastik hitam yang diikat kemas.
Ona menyambut bungkusan itu dengan muka yang lemah. Mood mengantuk jelas terpampang di wajahnya. Keletihan. Apa dia buat malam tadi tiba-tiba menjadi tanda tanya.
“Ahh…letih jaga anak agaknya…” kata gua dalam hati. Gua buat assumption lagi.
Ona membelek-belek isi dalam plastik hitam itu. Diperhatikan kartridge tersebut betul-betul beserta nama modelnya. Resit dari kedai tadi diteliti untuk mengetahui berapa harga jualnya.
Dengan tidak semena-mena Ona tersentak!
Gua blur.
***
“Lepas nie kalo nak beli kartridge lagi, ko jangan pegi kedai dia lagi dah. Aku rasa dia dah cam muka ngko...” pesan Ona bersungguh-sungguh.
“Hehehe…takpe. Kedai IT lain banyak.” balas gua sambil beredar meninggalkan scene tersebut.
P/S: Barang harga RM27. Gua kasik duit RM50. Gua dapat belen RM37. Tak ke gila tu?
5 comments:
ape kes? takut kena refund RM14 kah? hahaha..hg tatau ka..nanti depa pakat2 announce kat kelab pekerja2 nepal semalaysia.. hahaha..habeh la..
gua kerja btul2 punya sebuk... komited... (padahal sbb gua xde smartphone... cilakak, kene beli sebijik nih...)kah kah...
lu lyn twiter ngan mahmud skang..cilake...gua da hapdet blog gua...jgn sampai gua register twiter plak...kahkahkah
aku takde twitter la bro.. takut addicted macam korang! Ho ho ho..
mane belajar matematik lah mamat nepal tu...hikhikhik
Post a Comment