Monday, May 16, 2011

Kerana Teh Ais

Semalam lepas kerja gua lepak Harmain jap, pekena teh ais petang-petang sambil layan orang lalu-lalang. Sambil-sambil tu gua online pesbuk kat henfon, kot-kot ada orang reply komen kat status gua. Yer la, orang komen, kena la balas. Nanti orang claim  sombong plak, tak pasal-pasal gua keluar Melodi. (Uwekk!)

Tengah dok layan minum, tiba-tiba En.Muhaslly datang duduk ke meja gua. Dia pun jenis malas nak balik awal-awal. Dia lebih selesa pekena the dulu sebelum berangkat pulang. Memang patut dia minum dulu pun. Nak balik ke Batang Kali tu, bukannya dekat.

“Anney, Teh satu, kurang manis…susu lebih” teriak beliau random kepada mana-mana anney yang tengah bertugas.

Seperti biasa, dah habih check pesbuk, gua check Twitter plak. Mana la tau kot, kot ada orang follow ke, mention ke? (bajet artis..hak tuih!). Tengah gua dok belek-belek time line, gua perasan En.Muhaslly merenung rapat ke screen phone gua.

“Yang Usin main tu, apa nama dia? Twitter kan?” – tanya beliau.

“A’a..Twitter. Baru jer register. Tengah nak biasa-biasakan diri…” Jawab gua sinis.

Gua bajet, golongan 40-an biasanya tak tahu sangat pasal social networking nie. Jenis-jenis akaun pesbuk anak yang buat, pastu post status 6 bulan skali, punya type.

“Haha...saya pun ada Twitter jugak.” Beliau balas selamba sambil menghirup teh.

Ark? SHIT! Sangkaan gua meleset sama skali.

“Saya create akaun Twitter, time dok sibuk-sibuk pilihanraya kecil Hulu Selangor dulu.”

Gua terdiam. Perasaan sedikit kagum dan respek dah mula nak tumbuh sikit-sikit.

“Masa tu, saya dok follow….alarh…sapa nama tu…”

“Ha? Sapa?” – gua tanya balik.

“Nie…sapa nama dia. Yang dulu dari Jabatan Kehakiman tu. Masa pilihanraya, dia bertanding untuk PKR....alarh...” – En.Muhaslly masih cuba mengingati nama calon tersebut.

Sapo pulak yang dia maksudkan nie? Gua lepak sini nak tenang-tenang otak. Skali dia dok ajak gua sembang benda-benda ‘berat’. Memang KELAUT la gua. Namun, gua tetap cuba membantu.

“Calon PKR….Hmmm ” Gua cuba berpikir.

“Ha? PKR. Saya tak ingat la. Dah tua-tua nie. Slot memori dah longgar sket...”


***

“Err..Ibrahim Ali?” selamba gua petik.

Pap! En.Muhaslly facepalm ke muka sendiri. Sesekali dia ketawa terbahak-bahak.

Gua blur.

“Teruk pengetahun politik kau nie, usin. Zaid Ibrahim larh....”


P/S: Gua dengan topik politik memang tak pernah ngam.

7 comments:

Afams Chan said...

err..aku pun bukannya terer bab politik tapi..

ibrahim ali bukan politician gak ke? tak silap kelantan kan? kan? kan?

Sandokhan said...

Aku tanya geng-geng Kelantan opis, memang dia Kelantan pnya orang.

Hahaha, aku main petik jer. X sangka sekali mmg bebetul politician plak. Kahkahkah!

Donatello said...

Mesti tak pernah mengundi nie....wei buat la entri pasal maharaja lawak plak tau la paktam takde muhehehehe

ParkAir said...

Kenape ko tak sebut Barak Obama je haha, tapi benda dah lama aku pun jadi tak ingat jugak.

Sandokhan said...

Donatello: haha...Maharaja Lawak nie terlalu maha,bro...kena banyak idea nak gali..nnt senang-senang gua try sketch tengok...

ParkAir: Barrack Obama tu terlalu 'decent' sangat..semua orang kenal. Tak logik pun ada...hahahaha...aku mmg fail pengetahuan politik bro...mengundi? mmg x penah..

Muhaslly said...

Pemes la gua kali ni tuan tanah ni dh promote......;-)

Sandokhan said...

Tuudia...tuan tanah kedaung dah bersuara...hakhakhak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...