Thursday, May 19, 2011

Satu Pagi Di Bintulu Port

Lokasi : Bintulu Port
Masa : 4.30 pagi.

“Mana life jacket kamu? Kalau kamu tiada life jacket, saya tak boleh lepaskan kamu naik crew boat!” bentak En.Rahim (bukan nama sebenar) kepada gua.

“Saya memang tak pernah ada life jacket, tuan…” balas gua selamba.

En.Rahim mengetap giginya. Marah sungguh dia pagi itu. Selaku pegawai logistik yang dilantik oleh PETONAIH, dia amat tak suka kalau ada crew-crew yang tak cukup kelengkapan PPE (Personal Protective Equipment) nak dilepaskan menaiki Crew Boat.

“Gloves kamu ada. Safety Boot kamu ada. Coverall kamu ada. Safety Helmet pun kamu ada. Macamana life jacket kamu boleh tak bawak? Sudah berapa kali kamu pergi offshore?”

“Ada la beberapa kali…” gua terpaksa balas dengan jawapan yang agak bodoh.

Pagi tu dijadualkan seramai 4 orang akan naik Crew Boat dari Bintulu Port, termasuk gua. Seorang ruffneck, 2 lagi technician Sekoptell. Yang cilakaknya, ketiga-tiga orang pakai life jacket. Gua sorang jer janggal. Fakk la, gua tak suka betul kalo pagi-pagi camnie kena maki.

Semua dah masuk dalam Crew Boat. Tinggal gua sorang jer atas darat, dikelilingi 3 orang officer dan En.Rahim yang bajet ganas nie.

“Kalo dah banyak kali pergi offshore, kenapa life jacket kamu tak boleh ingat nak bawa?” En.Rahim semakin panas menyoal gua. Macam la gua nie penjenayah sangat. Tak ada life jacket jer pun.

“Tuan. Selama nie, saya pergi offshore naik Chopper (helicopter), tuan. Ini first time saya naik Crew Boat. Kalo naik chopper, life jacket semua aviation company yang provide. Mana la saya tahu Crew Boat tak provide life jacket…” gua jawab kembali. Kali nie tone gua agak lain macam.

En.Rahim terdiam. Riak mukanya terus berubah. Nampak macam tak puas hati pun ada. Silap haribulan gua makan penumbuk jugak nie. Gua perasan officer-officer kat belakang dok berbisik sesame sendiri. Diorang cakap gua ‘mewah’ sebelum nie sebab selalu naik Chopper.

Kelihatan crew boat sedang meliuk-lentok dibalun ombak deras. Cuma menunggu keputusan dari dia sahaja. Kalau dia tetap tak lepaskan gua naik, crew boat akan belayar seperti biasa, meninggalkan gua. En.Rahim mengeluarkan buku nota kecil dari poket belakang coverall kuningnya. Sambil menghela nafas panjang, beliau bersurah:

“Kamu tengok logo yang ada di baju saya nie. Apa tulisnya?” sambil menunjuk-nunjuk logo kompeni sulam yang dijahit kemas di bahu kanan coverall beliau.

“Err..PETONAIH, tuan.”

“PETONAIH mengeluarkan polisi supaya setiap orang yang diarahkan untuk bekerja di offshore mesti mempunyai kelengkapan yang lengkap. Full PPE. Termasuk life jacket…”

Dia sambung lagi…

“Kamu tak bawak life jacket. Kamu bukan saja tidak dibenarkan berlepas ke pelantar, malah kamu pada masa yang sama MENGHINA polisi ini, kamu MENGHINA PETONAIH....kamu faham tak?”

Wah! Kalau dah sampai masuk bab menghina nie, gua pasrah je la. Kalo gua pikir balik, budak-budak opis gua yang pernah pergi offshore, mana ada pernah naik Crew Boat. Semua pergi naik Chopper. Kami memang tak pernah tau pasal susur galur keadaan dan prosedur naik crew boat ni. Jangankan kata prosedur, life jacket untuk staff-staff RTO pun kompeni tak pernah purchase.

“Maaf tuan. Saya memang tak tahu. Lagipun saya dah bagitau tadi, nie kali pertama saya naik crew boat. Di atas crew boat tu, takkan takde life jacket extra?” gua memberanikan diri lagi bertanya kepada subjek yang tengah tunggu masa nak tumbuk gua.

“Life jacket extra tu untuk emergency usage….”

“Saya nie tak kira emergency ke, tuan?”  nada gua agak slow kali nie.

En.Rahim malas nak layan gua dah. Dia terus mintak gua punya safety passport gua. NAMA GUA dengan KOMPENI gua kerja dicatat dalam buku nota keciknya. Ahh, sudah! Masak gua kali nie. Dah la tak dapat pergi demob barang atas rig, diorang bleh nak main report-report kat management plak. Shit! This is the end of me...

“Nama awak, dengan nama kompeni awak akan saya hantar dekat GM PETONAIH. Nanti diorang akan issue Warning Letter. Ingat! Ini last warning...” tegas En.Rahim.

“Baik tuan. Saya faham. Jadik sekarang macamana? Boleh tak saya pergi SEDCO nie? Rig dah nak move. Server RTO kompeni saya nak kena collect, tuan.”

Gua hilang mood nak pergi offshore. Pergi jahanam la daily allowance RM200 satu hari tu. Kerek betul pegawai nie. Mentang-mentang la dia pakai coverall kuning, berlagak habih. Main ugut-ugut plak. Dah memang gua first time naik crew boat, nak cakap apa lagi. Dalam otak gua time tu, nak shoot terus pegi Bintulu Airport. Balik KL jer la.

“Nah, pakai nie, cepat sikit. Angkat barang kamu...bot dah nak jalan dah tu.” En.Rahim menghulurkan satu life jacket yang agak seasoned kepada gua.

Gua sarung life jacket rabak tu tanpa banyak bunyik. 2 storm case, 1 beg laptop dan 1 beg hiking berisi baju gua pikul sorang-sorang masuk dalam bot. Hati gua panas.

(end of story)
  ***

2 bulan berlalu. Mana surat warning letternya? 

Cilakak…gua dah kena main!

Pfft…

4 comments:

Anonymous said...

ang mmg slalu kena main..tambah2 ngn abe..

Sandokhan said...

abe memang suka mempermainkan perasaan orang..aii? hang macam penah kena jaa dgn beliau?

velasrizal said...

aku pn baru terkena baru-baru ni haha

velasrizal said...

aku pn baru terkena baru-baru ni haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...