Showing posts with label aku diklepet. Show all posts
Showing posts with label aku diklepet. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Gigit

(Entri khas sempena The Walking Dead season 3)



10 minit pertama Walking Dead:

"Kalau satu hari gua digigit zombie, apa lu nak buat?" tanya bini gua yang tiba-tiba. Out of the blue kata orang putih.

Gua terdiam. Apahal pulak Banker Permatang Pauh tanya gua soalan-soalan yang berkait dengan hidup dan mati ni? Di plasma TV, masih terpasang The Walking Dead season 3 episod 6, dimana Carl Grimes yang masih bersedih kerana terpaksa menembak kepala emaknya yang mati melahirkan bayi baru. Teorinya, kalau tak 'dihabiskan' di otak, Lori Grimes akan bangun, and she'll become one of 'them'.

"Err...apa gua nak buat?"

"Ya lah...apa lu nak buat? Will you do the right thing?"

"The right thing? Err...like putting a bullet to your brain, so that you won't turn into a walker? Macam tu?"

"Yup. Exactly. So, dalam keadaan terdesak macam tu, would you shoot me in the head for the sake of your own survival?"

Gua dah agak. Banker Permatang Pauh nie memang emosional sikit bila tengok cerita Zombie. Kahkahkah! Sebetulnya, soalan dia tu agak mencabar gua nak jawab. Silap jawab, sofa yang gua tengah bertenggek ni bakal jadi katil gua ler ini malam. Sikit-sikit gua rasa bini gua ni saja nak menguji sejauh mana cinta gua terhadap beliau. Tapi, gila apa nak uji cinta gua berlatarbelakangkan scene Zombie apocalypse? Mana lagi gua ada choice selain survival? 

Tapi, kalau gua tak jawab soalan mencabar nie, malu la gua sebagai somi. Mana gua nak letak muka wei!

Setelah puas gua memikir dan menimbang tara reason-reason yang sesuai supaya beliau tidak terasa dengan pilihan gua, dengan konpidennya gua bersuara:

"Gua rasa gua tak tergamak untuk headshot kepala lu..."

Bini gua tersenyum. Nampak ada sedikit lega dari raut wajahnya yang dari berkerut menghabiskan episod 6 yang sungguh dramatik ni.

"Kenapa?" tanya beliau pendek.

"Gua tak sanggup. Lu kalau nak mati, bukan kat tangan gua. At least biar kita sama-sama cari jalan keluar. Gua akan buat apa yang boleh untuk selamatkan lu."

Gua tersengih. Bini gua pun tersengih. Tapi, sifat ingin tahu beliau tu masih merobek-robek hendakkan jawapan yang sampai dia sendiri tak tahu nak tanya mende dah. So, diajukan soalan lain pula. 

"Kalau within 48 hours gua dah jadi zombie? Lu nak buat macamana? Lu nak potong rahang gua, cabut gigi gua dan potong dua tangan gua sama macam Michonne buat, so that I won't bite you to your death?"

"Kalau lu dah turned, gua tak ada pilihan lain gari tangan lu dan pekup mulut lu dengan kain, macam The Gavenor buat dekat anak dia Penny tu..."

"Then?"

"Then, gua seboleh-boleh akan bawa lu pergi jauh dari danger zone, dan cari mana-mana hospital or science lab. Gua yakin mesti ada survivor yang tengah buat kajian macamana nak buang disease tu, so that lu boleh kembali jadi manusia semula. I won't give up on you. There must be a way.............."

Pergh, itu jam gua rasa gua dah bagi jawapan paling dasat yang pernah gua pikir. Siap ada 'I won't give up on you' lagi tu. Baru la nampak macam seorang suami yang sejati. Orang cakap, romantik yang bertempat. Bini gua pula seakan dah dapat penjelasan yang dia nak. Dia dah boleh senyum lebar sambil meleparkan mini flying kiss ke gua. Lu orang takkan tahu betapa kembangnya bontot gua time tu. Perasaan dia macam baru lepas lulus ujian memandu sebenarnya. Tunggu masa nak menjerit keriangan, tapi tak boleh sebab hari dah malam. Ha, gitu la lebih kurang.

"Thanks...lu memang caring gila."

Kami pun sambung menonton episod 6, sambil kat tangan masing-masing nyambil-nyambil scroll timeline twitter.



5 minit lepas habis Walking Dead

"Tadi lu dah tanya gua. Sekarang gua nak tanya lu pula. What would you do?" tiba turn gua pula nak tahu jawapan dari bini gua, masih bersituasikan Zombie Outbreak.

"Do what? if you got bitten by walkers?"

"Ya la. Cuff me...or shoot me?"

Bini gua tersenyum. Pendek saja dia jawab.

"Gua tembak je. For my own survival"



Cis! Sampai hati....


P/S: Gua tak rasa gua nak copy episod 7 dari Ezhar. Sentap! Sentap!

Wednesday, October 3, 2012

Mencari Pengganti 'Tenggiling'


Sedar tak sedar dah 9 tahun gua hidup dengan 'tenggiling'. Banyak kenangan pahit manis yang dah gua ukir dan frame sejak menunggang beliau. Lu orang jangan pikir pelik pula bila gua taip perkataan 'menunggang'. 'Tenggiling' yang gua maksudkan adalah seketul motorsikal Honda EX5 Dream kepunyaan gua, pemberian arwah mak gua yang sangat gua sayang.

Well, takde la 'sangat' pun. 
OK, OK......yer. Sangat, masa gua masih bujang la tapinya.
Bila dah kawen, 'sangat' tu dah jatuh kepada keutamaan bini. Sapa tak sayang bini, oiiii!

Lumrah hidup brader kapcai macam gua, kalau nak diikutkan banyak pahit getir dan manis yang pernah gua tempuhi dengan beliau (tenggiling). Gua refer 'tenggiling' sebagai beliau lah senang. Gila apa nak mention selalu, macam gila isim pula. Dari eksiden teruk sebab merempuh bontot kereta technician KUTKM sampai la pergi ke public phone tika zaman-zaman nak mengorat makwe IT jurusan perisian. Semuanya 'beliau' la yang banyak 'tolong' gua. Indah, fun, tension...semua gua pernah rasa.

Tapi, motor ni, peelnya kadang-kadang macam manusia juga.

Bila dah rajin eksiden, banyaklah spare part yang ditukar ganti. Berapa kali jugaklah enjin beliau gua kena hantar overhaul. Dan tak terkira jugaklah banyaknya maintenance-maintenance yang gua buat untuk 'tenggiling'. Tapi, disebabkan faktor usia, pikap beliau sudah sampai tahap luput. Nak naik bukit pun bukan main struggle lagi sekarang. Semput, beliau sudah semput.

Lama kelamaan gua pun dah start terdetik nak cari pengganti, ekoran berhari-hari telinga gua disaji lagu Malique feat Black Mentor. Gua percaya, beliau faham.

Gua start berangan nak pakai motor dari tajuk Yamaha. Dalam kepala, gua macam mula berkenan dekat FZ 150. Smart woi! Tengok harga pun gua rasa gua masih mampu nak ikat perut. Bentuk pun cantik. Orang cakap, pikap dia pun boleh tahan. Dapatlah gua bawak Banker Permatang Pauh hari-hari layan bukit Fasa 9 kat Sri Gombak ni.

So, satu malam....

Tatkala bini gua sedang kusyuk bermain twitter di atas kusyen empuk, gua cepat-cepat bukak laptop. Ikon Google Chrome cepat-cepat gua klik. Tak sampai 20 saat, Chrome terpacul di paparan skrin dan terus gua search gambo model Yamaha tersebut untuk ditunjukkan kepada bini gua.

"Gua rasa gua nak angkat ni la, untuk ganti 'tenggiling'. Lu rasa macamana?" tanya gua sambil mengalihkan skrin laptop ke arah pandangan beliau.


"Hurm...cantik!" balas Banker girang.

Gua tersenyum. Cantek lah, bini gua dah setuju. Gua anggap fasa pertama nak bodek persetujuan membeli motor baru dari 'Menteri Kewangan' dah mula nampak harapan.


Namun, hepi gua tak lama, bila beliau tiba-tiba mengeluarkan pertanyaan yang tampak kurang konpident.

"Tapi......" 

"Apa yang tapinya? Lu tak percaya dengan keadaan financial gua ke?" balas gua pantas. Tinggi sikit tone gua kali ini. Cemas barangkali.

"Bukan sebab financial. Financial lu mmg dalam tangan gua. Gua yakin lu boleh angkat. Cumanya......"

"Cuma apa?" gua dah start hilang sabar.



***


"Ini kan motor 2 lejang....tahu ke lu bawak motor ada clutch?"



Itu jam gua rasa nak mengamuk. Tapi tak tahu nak tempeleng siapa.




P/S: Entah siapa la cipta teknologi motor ada clutch ni. Susah betei gua nak khatam! Jilaka.

Tuesday, October 4, 2011

Nak Hencem Kena Bertempat Ke?



Gua memang perangai kampung. Got a problem with dat?


Gua nie kerja department IT. Kalo nak ikutkan dress-code tempat gua nie, gua tak diwajibkan pakai neck-tie sangat. Memadai la seluar slack tempah, kemeja Durban dan sepasang kasut hitam. Tu aje dah boleh keja IT dah. Kahkahkah! Kalo nak pakai pun boleh sebenarnya, takde hal pun. Tapi nampak sangatlah poyonya kalo kuli macam gua nak dressing macam geng-geng yang selalu bawak masuk sale. Gila apa, ye dop?

Namun, sebenarnya pada pandangan gua, neck-tie nie adalah salah accessories orang jantan yang superb kalo dipakai, lebih-lebih lagi kalo dipair bersama vest ramping dan cuff-link yang ada rantai sikit-sikit. Dia punya mantap memang lain macam, bai. OK, gua mengaku gua akan perasan hensem (bluwekk!!!) bila bertali leher. Gua juga mengaku takleh pakai vest, sebab pinggang gua macam buah pear. Boleh jer gua nak hantam sarung sebenarnya, tapi takut orang ramai jer la yang hilang selera makan kang. Tapi, yang gua nak tekankan sini, gua memang suka pakai neck-tie.

Hidup di sekolah berasrama penuh, memang kami diwajibkan pakai neck-tie. 5 tahun gua ikat benda nie kat tengkuk gua. Lepas habih sekolah, gua enrolled setahun matriks kat Langkawi. Pun kena pakai benda alah nie jugak. Cuma time gua buat degree jer gua terus tak pakai. Seingat gua, time universiti, sekali jer gua pakai necktie, tu pun time nak convo. Lepas pada tu, mana neck-tie gua melingkup pun gua dah tak amik kisah.

Bila dah masuk scene karier, gua ingat gua kena la pakai balik. Tapi, still tak required pun. Gua cuma akan dapat merasa ‘hensem’ bila time kena panggil interview. Ha, yang tu gua suka. Banker Permatang Pauh secara automatiknya akan menjadi gua punya Fashion Advisor. Baju brand apa yang nampak superb, corak macamana, kaler apa yang nak matching dengan neck-tie, semua dia consult. Pendek kata, dia punya knowledge tu agak sama parr dengan Tom Abang Saufy. Apa? Tak kenal sapa tu Tom? Lu orang dok negara mana nie…?

Pendek cerita, Isnin lepas, gua attended satu interview dekat area KL. Macam biasa, dressing gua sangat superb. Tali leher tak tinggal.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Namun, lepas balik dari tempat interview tersebut, gua ditegur oleh bini gua. Dia dengan selamba katak suruh gua bukak neck-tie yang tersemat kemas dileher ini. Mungkin dia malu dengan keadaan orang yang sangat ramai dan gua masih kelihatan hensem dikala habih opis-hour.

“Bukak…tak kira. Lu bukak jugak…” keluh Banker Permatang Pauh

Kenapa dia nie? Gua dah makin pelik. Walaupun gua menolak pada awalnya, tapi dia tetap berkeras menyuruh gua tanggalkan jugak neck-tie nie. Ahh…ini sudah lebih! Gua nekad gua hanya akan tanggal benda alah ini setibanya kami di rumah. Lain pada tu, gua takkan. Read my lips..”Takkan”. Nothing won’t change that fact. Lagipun, gua jarang bergaya, biarla sekali sekala gua nak hensem, ye dop?

“Kalo gua tanak bukak? Lu nak buat apa?”

“Kalo lu tanak bukak, gua malas nak jalan dengan lu. Lu jalan la sorang-sorang.”

“Eh, apsal plak? Biarla gua nak pakai. Lagipun sopan ape?” kali nie gua balas beserta alasan kukuh. Siap sentuh bab sopan sikit-sikit. Kalo dalam konteks Islam nie, gua memang tak salah. Harap-harap alasan ni dia tak boleh counter.

“Ye la, Sopan memang la sopan. Tapi….”

“Tapi apa?” Gua semakin musykil. Jenis-jenis suka cakap ayat tak habih nie memang boleh buat gua sakit jantung.


***


Bini gua terdiam. Pelan –pelan dia menarik nafas yang panjang. Bila emosi dia dah agak stabil sikit, dengan selamba dia menjawab (sambil facepalm).

“Kita kan kat pasar malam nie…Mana ada orang singgah pasar malam pakai necktie, banggg oiiii!”





Gulp!

Sepantas kilat gua bukak necktie ini dan terus sedekahkan kat sorang pakcik kurang upaya yang tengah main accordion.

Alasan ini terlalu konkrit…

Terlalu konkrit sampai gua takde modal nak counter.

#Tsskk...


Wednesday, June 22, 2011

Bz yang tak boleh dibawak bergurau


Pagi ada meeting. Pukul 10 nak kena tarik kabel. Pukul 11 nak kena setup copier. Runsing dan pening bercampur baur.

"Toot! toot!" bunyik SMS masuk.

Gua unlocked phone, gua check message.

“RM0. Minat untuk saksikan aksi2 lincah & sorakan semangat dari pelbagai pasukan gadis sorak yang comel? Hantar ON POM ke 23268. RM1/video.”

"Sabar..sabar, bulan posa dah nak dekat..." getus hati kecil gua sambil menghela nafas panjang.

Gua sambung kerja semula.



P/S: Hilang akal ker aper gua nak invest RM1 untuk satu video semata-mata nak tengok gadis-gadis sorak beraksi lincah? Buang karan betoi! Singgit tu beli buah Jambu 88 pun kenyang.

Bongok!

Tuesday, May 31, 2011

Jom Terjun KB Mall

Nie cerita 2 hari sebelum final Champions League 2010/2011 at Wembley.

Gua tengah dok draft satu email yang bakal mengubah nasib dan halatuju perjalanan hidup gua. Biasanya kalo mood pikir masa depan, dahi gua berkerut macam kain pelekat, fikiran gua macam-macam. Pendek kata, mood pikir masa depan adalah mood yang sangat tak tenteram.

Tengah gua dok ‘stim’ memerah otak untuk menjana idea-idea bermutu, tetiba YM gua berkelip:

“5:20pm | maria_sakurakoji17: hi, agak-agak sape menang UEFA dan berapa score?”

maria_sakurakoji17? Setahu gua, sipolan yang guna nick nie, Maria budak matriks gua dulu. Apa mimpi plak minah nie tegur gua? Dulu bukan main garang lagi dia dengan gua. Sampai gua malas mengaku member la. Ker gua yang mimpi nie?

Flashback zaman matriks, click here! (under construction)

“Hurm, maybe dia dah nak berbaik-baik dengan gua dah kot? Ambik yang keroh, buang yang jernih...” getus hati kecil gua.

“Nak reply ker tak nie? Kalo buat dono, dia cas gua bajet hensem plak…ahh, reply jer larh!” hati kecil ini bergetus lagi.

Gua masih berperang dengan diri sendiri.

Ceh, nak reply chat jer pun. Poyo!

Dengan mood yang kurang gembira, jari lemah ini mengesot-ngesot mencari muka-muka timbul papan kekunci. Satu persatu gua taip dalam usaha membalas kembali pertanyaan Maria tadi.

“5.25pm | skodeng_park: mesti la 3-1. Messi hat-trick!”

That’s it! Gua dah reply. Di dada nie agak berdebar-debar sebenarnya. Apa mimpi minah nie tegur gua? Dia nak buddy-buddy dengan gua balik ker? Ahh, gua buat andaian lagi.

Sementara menunggu dia reply balik, gua pun sambung la karang email. Sesekali lagu ‘Pray’ dendangan Justin Bibir gua siulkan tanpa rasa segan. Entah kenapa, lepas reply YM Maria nie, idea gua nak mengarang email datang mencurah-curah. Kalo time takdak idea, nak eja ‘REFRIGERATOR’ pun kena bukak kamus.

Tiba-tiba YM Maria blinking! Gua klik chat panelnya tanpa banyak soal.

Gua baca...

Gua sedih….

*
*
*
*
*
*



UEFA CHAMPIONS LEAGUE FINALE:  Guess who will be the Man of The Match and stand a chance to win a limited edition NIKE Air Attack imported sneakers. SMS to 32477 and answer 3 simple questions. RM0.50 for each SMS. * Terms and conditions apply.”


Gua rasa sangat hamjadah kalo terchat dengan spambot!

Bangang! Bangang!

Friday, May 27, 2011

Budak-Budak Zaman Sekarang Memang...

Tabiat gua kalo MC, lepas keluar dari Klinik Idzham, gua akan singgah gerai nasik lemak daun pisang depan 7-Eleven untuk menapau sebungkus bihun goreng.

Sesampai saja gua di scene berkenaan, kelihatan makcik yang biasa serve gua tengah sibuk mengupas timun. Hatta tugas mencedok juadah ke dalam bekas polisterin diserahkan kepada anak gadisnya Ayu, yang kurang lebih, berusia 16 tahun. Macam biasa, kalo dah sampai depan meja lauk, mata gua meliar memilih sarapan yang sesuai untuk disantap. Lauk kerang ada, ayam goreng ada. Dan yang paling kecur, sotong masak merah potong gelang besar-besar pun ada. Cantek! Selera dah meluap-luap. Gua excited!

“Yer pakcik, nak bungkus apa?” tanya Ayu .

Gua tersentak.

***
Tanpa berkata apa-apa, gua beredar dari gerai itu, meninggalkan Ayu terpinga-pinga.

Terasa agak bengkek sikit dihati nie.

Huh!


P/S: “PAKCIK”? Gua baru 28 tahun la woih !!

Thursday, May 19, 2011

Satu Pagi Di Bintulu Port

Lokasi : Bintulu Port
Masa : 4.30 pagi.

“Mana life jacket kamu? Kalau kamu tiada life jacket, saya tak boleh lepaskan kamu naik crew boat!” bentak En.Rahim (bukan nama sebenar) kepada gua.

“Saya memang tak pernah ada life jacket, tuan…” balas gua selamba.

En.Rahim mengetap giginya. Marah sungguh dia pagi itu. Selaku pegawai logistik yang dilantik oleh PETONAIH, dia amat tak suka kalau ada crew-crew yang tak cukup kelengkapan PPE (Personal Protective Equipment) nak dilepaskan menaiki Crew Boat.

“Gloves kamu ada. Safety Boot kamu ada. Coverall kamu ada. Safety Helmet pun kamu ada. Macamana life jacket kamu boleh tak bawak? Sudah berapa kali kamu pergi offshore?”

“Ada la beberapa kali…” gua terpaksa balas dengan jawapan yang agak bodoh.

Pagi tu dijadualkan seramai 4 orang akan naik Crew Boat dari Bintulu Port, termasuk gua. Seorang ruffneck, 2 lagi technician Sekoptell. Yang cilakaknya, ketiga-tiga orang pakai life jacket. Gua sorang jer janggal. Fakk la, gua tak suka betul kalo pagi-pagi camnie kena maki.

Semua dah masuk dalam Crew Boat. Tinggal gua sorang jer atas darat, dikelilingi 3 orang officer dan En.Rahim yang bajet ganas nie.

“Kalo dah banyak kali pergi offshore, kenapa life jacket kamu tak boleh ingat nak bawa?” En.Rahim semakin panas menyoal gua. Macam la gua nie penjenayah sangat. Tak ada life jacket jer pun.

“Tuan. Selama nie, saya pergi offshore naik Chopper (helicopter), tuan. Ini first time saya naik Crew Boat. Kalo naik chopper, life jacket semua aviation company yang provide. Mana la saya tahu Crew Boat tak provide life jacket…” gua jawab kembali. Kali nie tone gua agak lain macam.

En.Rahim terdiam. Riak mukanya terus berubah. Nampak macam tak puas hati pun ada. Silap haribulan gua makan penumbuk jugak nie. Gua perasan officer-officer kat belakang dok berbisik sesame sendiri. Diorang cakap gua ‘mewah’ sebelum nie sebab selalu naik Chopper.

Kelihatan crew boat sedang meliuk-lentok dibalun ombak deras. Cuma menunggu keputusan dari dia sahaja. Kalau dia tetap tak lepaskan gua naik, crew boat akan belayar seperti biasa, meninggalkan gua. En.Rahim mengeluarkan buku nota kecil dari poket belakang coverall kuningnya. Sambil menghela nafas panjang, beliau bersurah:

“Kamu tengok logo yang ada di baju saya nie. Apa tulisnya?” sambil menunjuk-nunjuk logo kompeni sulam yang dijahit kemas di bahu kanan coverall beliau.

“Err..PETONAIH, tuan.”

“PETONAIH mengeluarkan polisi supaya setiap orang yang diarahkan untuk bekerja di offshore mesti mempunyai kelengkapan yang lengkap. Full PPE. Termasuk life jacket…”

Dia sambung lagi…

“Kamu tak bawak life jacket. Kamu bukan saja tidak dibenarkan berlepas ke pelantar, malah kamu pada masa yang sama MENGHINA polisi ini, kamu MENGHINA PETONAIH....kamu faham tak?”

Wah! Kalau dah sampai masuk bab menghina nie, gua pasrah je la. Kalo gua pikir balik, budak-budak opis gua yang pernah pergi offshore, mana ada pernah naik Crew Boat. Semua pergi naik Chopper. Kami memang tak pernah tau pasal susur galur keadaan dan prosedur naik crew boat ni. Jangankan kata prosedur, life jacket untuk staff-staff RTO pun kompeni tak pernah purchase.

“Maaf tuan. Saya memang tak tahu. Lagipun saya dah bagitau tadi, nie kali pertama saya naik crew boat. Di atas crew boat tu, takkan takde life jacket extra?” gua memberanikan diri lagi bertanya kepada subjek yang tengah tunggu masa nak tumbuk gua.

“Life jacket extra tu untuk emergency usage….”

“Saya nie tak kira emergency ke, tuan?”  nada gua agak slow kali nie.

En.Rahim malas nak layan gua dah. Dia terus mintak gua punya safety passport gua. NAMA GUA dengan KOMPENI gua kerja dicatat dalam buku nota keciknya. Ahh, sudah! Masak gua kali nie. Dah la tak dapat pergi demob barang atas rig, diorang bleh nak main report-report kat management plak. Shit! This is the end of me...

“Nama awak, dengan nama kompeni awak akan saya hantar dekat GM PETONAIH. Nanti diorang akan issue Warning Letter. Ingat! Ini last warning...” tegas En.Rahim.

“Baik tuan. Saya faham. Jadik sekarang macamana? Boleh tak saya pergi SEDCO nie? Rig dah nak move. Server RTO kompeni saya nak kena collect, tuan.”

Gua hilang mood nak pergi offshore. Pergi jahanam la daily allowance RM200 satu hari tu. Kerek betul pegawai nie. Mentang-mentang la dia pakai coverall kuning, berlagak habih. Main ugut-ugut plak. Dah memang gua first time naik crew boat, nak cakap apa lagi. Dalam otak gua time tu, nak shoot terus pegi Bintulu Airport. Balik KL jer la.

“Nah, pakai nie, cepat sikit. Angkat barang kamu...bot dah nak jalan dah tu.” En.Rahim menghulurkan satu life jacket yang agak seasoned kepada gua.

Gua sarung life jacket rabak tu tanpa banyak bunyik. 2 storm case, 1 beg laptop dan 1 beg hiking berisi baju gua pikul sorang-sorang masuk dalam bot. Hati gua panas.

(end of story)
  ***

2 bulan berlalu. Mana surat warning letternya? 

Cilakak…gua dah kena main!

Pfft…

Thursday, May 5, 2011

Isteri Gua Memang 'Straight To The Point' Orangnya

Bini gua adalah orang yang suka naik motor. Tak kira la motor jenis apa, bila dia dah start bonceng kat belakang gua, jarang dia bercakap. Masanya lebih dihabiskan dengan memerhati keadaan sekeliling sambil menikmati deruan angin tatkala motor gua gagah meluncuri highway AKLEH.

Sebab gua nie jenis bersembang, gua jadik bosan bila bini tak berbunyik. Perjalanan balik rumah yang biasanya memakan masa 25 minit dari tempat keja bini gua, memang akan jadik ‘dull’ kalo tak disulam dengan gelak ketawa. So, gua kena bertindak. Topik yang padu harus diutarakan supaya Banker Permatang Pauh dapat layan sama.

“Gua ingat, gua nak cari side income la. Jadi pelakon extra ke…untung-untung boleh keluar TV. Pak pacak pun jadi la. Lu rasa cemana?”

Bini gua diam. Sepatah pun dia tak jawab. Ahh, fail lagi. Tapi gua tetap bersangka baik. Barangkali helmet Magnum bini gua nie sponge dia tebal sangat kot, sampai boleh ‘earmuff’ telinga. Gua tanya lagi.

“Eh, lu dengar ker tak nie?” gua dah start rasa lain macam. Tinggi sket tone gua kali nie.

Bini gua diam lagi. Tiada respon.

Gua panas. Gua tepuk paha kanan dia. Dia tersentak dan segera membalas:

“Yer..yer…gua dengar.”

“Ha..dengar pun. Ingatkan lu tengah layan ‘angin’. So, cemana? Lu agak-agak gua boleh ke tak?” gua excited.

***


“Tak boleh. Muka lu jenis yang tak boleh jual”


Sampai je rumah, gua terus bertenggek di jendela tingkap. Hati gua luluh. 

Pada hari itu, gua telah belajar satu perkara. Kalo tak hensem tu, buat la cara tak hensem.

Wednesday, April 13, 2011

Pertemuan dengan makcik 'Asal Boleh'

Gua mengharungi hari-hari memburuh dengan terperuk di opis sambil menyetelkan beberapa pending items yang kadangkala sungguh menyakitkan hati. Tapi, kalo tetiba Nazri amik MC, maka kerja-kerja dispatch akan secara automatiknya ditransfer kepada gua.

So, pakai hensem-hensem jadik brader dispatch nie satu fenomena yang gua dah biasa harung. Dulu pun masa opis kitorang belom hire dispatch, gua antara one of the pioneer (bersama Nazri Saleh dan Kamal Yahaya). Kiranya setakat job-job hantar surat dan bergelumang dengan asap 2T nie dah jadik asam garam gua dalam department Operation.

Nak dijadikan cerita, Khamis lepas gua dapat task hantar satu dokumen dekat High Management area-area Desa Pandan. According to Erni, penting katanya. Nak urgent. Aiseh, gua kalo bab-bab urgent nie, gua kurang gemar sket. Dah tu plak kat Desa Pandan. Gua nie, apa saja berkaitan dengan ‘Pandan’, gua memang fail. Desa Pandan, Kampung Pandan, Pandan Indan, Pandan Mewah, Pandan Jaya. Ampun, serius shit gua bengap area-area nih.

Kalo gua berada dalam situasi camnie, Google Earth la jawapannya. Dah habih sketch-sketch map barang sepam dua, gua gerak ke Desa Pandan.

****
“Haa..nie la tempat dia kot?” getus hati gua. Area Desa Pandan dah betul. Jalan 1/76C dah betul. Tapi alamat 22-2 nie kat mana gua pun tak tau. Adoi budak-budak account nie lupa tulis blok la plak. Ker sengaja diorang nak prank gua? Melilau mata gua cari nama kompeni yang gua nak submit dokumen nie. Sesekali anjing-anjing berkeliaran di depan gua pun selamba gua buat tak tahu. Dedikasi itu teras keunggulan syarikat. Ingat tuh!

“Abang, alamat nie kat mana,ek? Lorong nie dah betul. Area dah betul. Tapi saya tak jumpa la plak” tanya gua kepada seorang brader DBKL yang sedang pekena rokok di depan gerai keropok lekor.

“Owh..alamat nie kat bangunan tu. 6 kedai selepas McD, itu lah dia.” ujar beliau sambil menunjukkan bangunan yang sepatutnya gua pergi 10 menet tadi.

Setelah mengucapkan tenkiu kepada beliau, gua gerak ke destinasi tersebut dengan hati yang senang. Memang betul tindakan gua bertanyakan kepada staff DBKL memandangkan diorang selalu meronda di sekitar Kuala Lumpur nie. Nama pun DBKL. Setakat Desa Pandan nie, memang dalam tangan diorang la. Tabik spring satu!

Gua sampai depan tangga shoplot, tempat yang brader DBKL tunjuk tadi.Tanpa melengahkan masa, gua gerak naik atas tingkat 2. Sesampai saja di muka pintu, kelihatan opis ini terlalu kosong. Dah tak nampak gaya opis pun ada. Cuma yang tinggal, perabot-perabot yang hanya tunggu masa nak dilelong di flee market. Gua goyang lagi. Gua dah kena main la. Argh..apa bala la plak pasnie.

“Semekom…Oooo semekom..” gua bagi salam. Nama pun orang Islam.

Gua melangkah masuk ke dalam opis tersebut. Sunyi Sial. Seram pun ada. Kalo nak ikut konsep, salam tak jawab, jangan masuk. Senang saja orang charge gua “Breaking & Entering”, kan saja carik penyakit tuh? Tapi, demi tugas, gua langkahkan jugak.

Apa-apa hal pun, check-in FourSquare dulu. Untung-untung bleh jadi mayor, OK jugak.

Langkah gua tadi membawak gua sampai ke meja receptionist. Peh, meja berabuk tak hengat. Biar betul opis gua ada business deal dengan tempat nie? Hilang akal ker ape? Tak nampak rupa opis langsung! Mata gua melilau mencari surat atas meja tersebut, kalau-kalau ada surat yang tak diambik. Senang gua nak compare alamat. Sebab gua dah rasa brader DBKL tadi dah prank gua dah nie.

“Semekom…ada orang tak?” gua kasik salam kali kedua. Kali nie gua nekad. Sekali lagi salam tak berjawab, gua cabut.

……………

“Waalaikumsalam”

Tiba-tiba gua dengar satu suara kecik menjawab salam gua.

Gua menghembus nafas lega. Akhirnya ada jugak hidupan dalam opis nie. Di depan mata gua, muncul sorang makcik yang dalam lingkungan lewat 50-an, lengkap berpakaian baju cleaner.

Nampak macam tengah marah. Ahh sudah!

Ditangannya tergenggam erat sebatang mop dan sebuah baldi kaler merah. Walaupun kecik, makcik nie gua rasa takat nak rodok perut orang pakai kayu mop tu, selamba ja dia boleh buat.

“Hah! Apsal lambat sampai? Ko nak aku buat keja sorang-sorang ka?” makcik tu mula meninggikan suara. Niat gua untuk berbaik-baik dan mencium tangan makcik tu hanyut serta merta.

“Ha? Keja apa pulak?” gua tanya balik. Memang gua konpius.

“Ewah…buat-buat tanya plak. Maju Cleaner hantar ko sorang saja ke? Opis besar macam nie, kalo kita berdua jer nak cuci, bila nak habih?” bentak makcik tu lagi.

“Tapi, saya............”

“Ahh, sudah! Amboi, cantik jeket ko (sambil memegang-megang jeket gua)...nak amik mop nie, pegi tukar baju kat bilik belakang...” makcik tu dah start tarik tone pitching tinggi.

Kalo setakat nak bertekak tekak, gua OK lagi. Maybe makcik nie jenis ‘serbu-tak-pakai-helmet’ punya orang. Tapi, kalo dah sampai kasik gua batang mop soh gua buat apa yang patut, ini sudah lebih!

Mood nak tempeleng makcik nie tiba-tiba check-in kat otak gua. Kang gua counter, tak cium bau syurga plak kang nanti. Bak kata bini gua, makcik-makcik yang ada krisis menopouse camnie, kita kena layan dengan cara lembut tapi menusuk. Gua tegur makcik tu kembali:

“Makcik, cuba tengok saya pakai baju jenis apa? Kemeja ker T-Shirt?”
“Kemeja” makcik tu jawab kemas.

“Kasut saya plak? Selipar ke, boot getah Phua Chu Kang ke, kasut hitam orang keja opis?”
“Err..kasut hitam…”

“Meh sini dekat sikit. Cuba bau jeket saya. Ada bau asap 2T ke, bau serbuk pencuci?”
“Kuat betul bau asap kat ko nie...”

“Kat tangan saya nie, saya dok tengah pegang apa kalo makcik pandai?”
“Tu apobondo tu? Surat ke?”

“Iyer makcik…surat nie. Ada 2 keping semuanya.”
“Oooo…”

“Agak-agak makcik la. Kalo orang tu bau asap 2T, pakai kasut hitam, baju kemeja opis dengan bawak surat, dia tu…cleaner ke tukang hantar surat, makcik?”

Makcik tu terdiam.

(*Win!  *Win!)

***

Gua spent 5 menet untuk explain kenapa gua bleh sampai ke sini. Makcik tu mengangguk-angguk tanda faham. Apa yang dia faham, gua tak pasti. Sebab gua sendiri tak faham apa yang gua cakap. Ahh..gasak la.

According to her, opis yang gua pijak nie, dah lama tutup. So, makcik tu dihantar oleh Maju Cleaner untuk menyetelkan apa yang patut, especially mengemas. Tapi dia hangin sebab dah 3 hari dia buat keja sorang-sorang, tanpa ada assistant yang tolong skali. Dah la orang tua tu agak semput, Maju Cleaners sampai hari ke-3 tak hantar reinforcement. Bengang arr orang tua tu. Ahh..tapi tu masalah dia. Takkan gua offer nak tolong. Hilang akal ker ape? Masalah gua pun tak setel lagi.

Tapi, last-last gua mintak maap jugak kat makcik tu. Orang tua kena hormat dowh. Kang sesia tak cium bau syurga. Gua kasik balik mop kepunyaan makcik tu. Takde keja gua nak angkut balik opis. Pelan-pelan gua turun dari opis tu sampai ke motor gua.


Memandangkan gua dah salah block, elok rasanya  gua pegi cari brader DBKL tu balik. Nak tanya jalan buat kali ke-2.

Cipet!

gambar dicedok dari PUPPETGOV 

Wednesday, March 23, 2011

Warkah Buat Isteriku



Jam dah pukul 7.50 pagi. Hari nie gua dan Banker kuar rumah agak awal seperti hari-hari biasa. Takde lah awal mana pun, 10 minit je. Normal rutin gua, sebelum gua kunci pintu, gua akan buat inspection dalam rumah. Kipas angin off ker tidak, lampu solek padam ker tidak, kipas bilik sidai baju on ker tak. Dah tugas ketua keluarga,kan? Dan kebiasaan juga sebelum gua finalize kunci grill, gua akan bertanyakan beberapa soalan penting kepada Banker Permatang Pauh:

“Henpon lu amik ke tak? Jangan kata tertinggal kat dalam rumah plak? Gua dah nak kunci grill dah nie...”

“Ish, gua dah amik la..ada dalam handbag nie...” balas Banker selamba.

“Air oren, pass keja, kunci rumah spare?” gua tanya lagi. Double check!

“Iyerr! Gua dah amik. Semua dalam handbag nie. Cepat la...dah lambat nie, jom!”, jawab Banker sambil menunjuk-nunjukkan handbagnya kepada gua.

Bila semua dah OK, gua pun kunci la grill. Banker kelihatan terkial-kial membetulkan jaket motor beliau. Helmet hitam dia sarungkan ke kepala dengan berhati-hati, takut rosak tudung, katanya.

“Lu tu, kadang-kadang phone pun boleh tertinggal...” gua tambah lagi.

***

Bermula dari MRR2, gua pancung ikut AKLEH. Jalan jem toksah dok cerita la. Motor nak mencelah pun kadang-kadang penin’. Begitu ramainya manusia berpusu-pusu keluar bekerja. Semuanya hamba sistem, macam gua. Kesesakan trafik di sekitar Kuala Lumpur membuatkan gua dan Banker lebih selesa merempit. Boleh celah-celah. Takyah stuck dalam keta sambil dok dengar DJ-DJ overrated mengomel!

*sighs*

Lebih kurang doploh minit perjalanan, gua sampai di depan bangunan tempat Banker bekerja. Turun jer dari superbike, Banker menanggalkan helmetnya lalu dimasukkan dalam box gua.

“Apa-apa hal, call gua,ek? Phone lu bawak,kan?”

“Ish lu nie. Berapa kali nak check? Gua bawak la. OK la...gua nak naik opis nie. Take care tau.” Kata Banker sambil melambai-lambaikan tangannya kat gua.

VOOSH!

Sepantas kilat gua membelah angin, menuju ke opis. Sesekali gua cilok-cilok maut tatkala puluhan kereta dan bas menghimpit sesama sendiri sambil menunggu lampu trafik bertukar hijau. Nak cepat punya pasal. Bermula dari awal tahun 2011 membawak ke hari ini, rekod tardiness gua masih bersih. Dan kemantapan ini la yang membuatkan gua berkobar-kobar untuk sampai awal ke opis dan menjadi lebih produktif (Uwek!)

Di perkarangan parkir, gua park motor kat hujung kedai mamak Bayu. Kelihatan beberapa brader opis gua melambai-lambai tangan ajak lepak minum dulu. Tapi, gua sengih dan menggeleng kepala tanda takmo memandangkan gua nak punch-card dulu. Gua capai beg Targus yang terletak kemas di raga motor, dan terus menuju ke lift.

Ting!

Aras 9. Aras gua nih. Alhamdulillah, gua 10 minit awal. Time to start a new day. My career, my life! Hari nie gua akan lebih produktif! Ganbatte!

“Ark?”

***

“Eh, awal lu sampai. Apsal tak masuk dalam?” tanya Risdi yang baru saja melangkah keluar dari pintu lift.

Gua sedih. Soalan itu terlalu pahit untuk gua telan. Namun, gua gagahi jua untuk menjawab:



“Gua tertinggal pass….”


Cilakak!


P/S: Satu hari gua terpaksa tebal muka pinjam pass orang untuk akses pintu. Baik pintu utama, pintu bilik server bahkan pintu stor. Adehh! Cemana gua boleh tertinggal pass atas meja makan plak! Kalo Banker Permatang Pauh baca nie, mampoh seminggu gua kena bahan…

“Karma’s a bitch!”

Gambo dicedok dari JensexHay

Friday, February 25, 2011

"Tak Dapat Baiii..."


Semalam gua masuk website Arsenal Malaysia. Saja-saja browse, kot-kot bleh jadik registered member. Bukan apa, memandangkan Ahad nie final Carling Cup, gua teringin jugak nak layan game final bersama Gooners  Malaysia. Saja nak feel menjerit ‘goal!’ beramai-ramai, memandangkan dah selalu sangat gua jerit ‘goal!’ sorang-sorang (sebab layan match kat rumah).

Nawaitu gua memang nak apply membership. Tapi, baca-baca balik, the registration period just closed December ago. Aiseh, dah terlambat! Namun, gua tak berputus asa. Gua wrote la email kat dia punya admin, kot-kot bleh kasik kelonggaran ker…untuk fellow Gooner yang n00b macam gua nie.

But then, a few hours later, the moderator did replied my email. Pergh, respek gua kat kredibiliti bro Amri Iqwan nie, cepat dan berhemah. Sadly, memang diorang betul-betul close. Tak dapek nak buat apa-apa. Ahh…rugi betul. Kalo tidak, bleh la gua dapat:

  • Official AFCSM T-Shirt (ini yang gua paling nak sebenarnya)
  • Personalized Membership Card
  • AFCSM Car Sticker
  • Discounts and offers on any Arsenal Fan Club Supporters merchandises
  • Access to Arsenal match tickets
  • Special Offers on Arsenal merchandise direct from London (pergh, meleleh sial)
  • Access to exclusive benefits, events, activities and competitions held by the club.

Plus, untuk final Carling Cup 2010/11 nie, diorang ada buat T-shirt khas sempena this final cup. Kira memang limited la. Dah kalo namanya limited, memang untuk members only la. Dan kalo dah namanya members only, gua yang non-members nie jangan mimpi la nak angkat satu. 

Aduhhh…down gila bai!!

Click on the image for larger view

Tuesday, January 4, 2011

Masalah Dunia Rupanya...

Cinta gua pada iPhone takkan berubah...


"Nasib Baik..."


Itulah yang mampu gua katakan bila terbaca artikel Kosmo pagi tadi. Semalam, azam tahun baru gua dengan Banker untuk  buat clean record 'zero-tardiness' hampir-hampir terbarai bilamana kami berdua diklepet oleh alarm iPhone yang malu nak berbunyik!

Heran jugak memula. Sebab gua dengan Banker tak pernah miss kunci alarm everytime kami nak membuta. Tup tup! Sedar jer dah pukul 6.50 pagi! Wadahell...?? Kelam kabut gua pagi tu, mana nak mekap...mana nak iron baju, mana nak sapu sampah. Sambil-sambil dok iron baju tu, mulut gua tak putus-putus menyumpah iPhone nie. Jahanam betul..buleh plak alarm x bunyi! Menyusahkan manusia sejagat sungguh!

"Hal-hal masuk lambat opis nie bukan benda boleh buat main-main bai...kena serius!"

Bila phone kitorang buat hal, secara otomatiknya, gualah delegasi yang akan menyerang kedai henpon soh betulkan balik...memandangkan warranty still bertahan. Dulu kes battery iPhone gua yang teramat fragile, seminggu gua turun-naik Wisma Central mintak tukar battery baru. Layan FB kat phone baru 15 menet, battery dah telan sampai 40%. Apa jadahnya...? Tu baru sembang pasal FB. Kalo gua guna twitter dgn foursquare, hmmmph! sempat login jer la...keh keh keh!

So, artikel pagi nie membuktikan, bukan kami laki bini jer yang diklepet oleh alarm iPhone, satu dunia Apple kitai!..hebat tak hebat la...sampai yang overslept terlepas flight, lambat amik dobi kat kedai Yorkshire. Tu belom kira hal-hal emergency masuk opis nak urus bursa saham. Fuh, tragedi globalisasi!

So, kalo Banker baca entri gua nie, harap-harap dia tak mencurigai gua lagi. Awal lagi nak April Fool pun..baru bulan 1,kan? Ngeh ngeh ngeh!

Thursday, December 16, 2010

Ini Baru Betul Fumble...


Apa itu 'Scammer'?
1.a person who swindles you by means of deception or fraud
2.someone who leads you to believe something that is not true

atau dalam bahasa melayunya: kaki kelentong.

Minggu lepas Banker Permatang Pauh dapat satu SMS. Tapi, nak dijadikan cerita, isi SMS tu teramat sadis dan membentakkan hatinya. Baginya, kalo dia tak amik serius, kang orang kata dia x peka. Tapi, time dia cuba serius, dia xleh tahan nak bantai gelak guling-guling. Dengan perasaan ingin tahu yang amat sangat, gua pun menyapa dari belakang, bertanyakan apa yang seronok sangat dia dok **'kuk-kik, kuk-kik' seorang diri tu................sampaikan telur mata lembu yang gua mintak dia goreng dah 15 menet tak sampai-sampai.

Wednesday, December 15, 2010

Pagi Rabu Yang Sadis



Tar.dy:
1. Occurring, arriving, acting, or done after the scheduled, expected, or usual time; late.
2. Moving slowly; sluggish.

atau dalam bahasa melayunya; lambat!

Pagi tadi gua bangun macam biasa. Dah setel Subuh, hantar Banker Permatang Pauh depan muka pintu, kul 8 gua dah start humming lagu-lagu Adam AF dalam bilik mandi. Hari nie gua dah nekad. Gua takmau 'tardy' lagi. Hari nie gua mesti datang awal ke office. Musti! Musti!

Monday, December 13, 2010

Ayat Manis Ada Makna

"Strictly gun testing..."

Seperti hari-hari Isnin yang x berapa biasa, pagi nie gua terpaksa bangun awal sebab ada Notilus Training di Crowne Plaza Hotel, Jalan Sultan Ismail. Gua bukanlah orang yang terpaksa attend training ataupun speaker yang memberi training kepada participant (gila apa!), tapi gua nie just local representatives yang di assign oleh Notilus (UK) untuk handle technical issue je.

Wednesday, September 8, 2010

Kisah Pecah Tayar

Horror kan?
Lokasi: Ukay Perdana
Masa: 8.55 pagi

Hari isnin merupakan hari yang teramat malas bagi gua. Kalo orang tua-tua pernah kata, Jumaat adalah penghulu segala hari, tapi bagi gua plak, Isnin adalah penghulu kepada segala ke'boringan'. Yer arr...dah la nk menunggu 4 hari lagi untuk next hujung minggu..bapak lama gila tu wehhh...penyeksaan beb!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...