Showing posts with label banker permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label banker permatang pauh. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Sebenarnya saya SUAMI dia

Masa gua umur gua 5 tahun dulu, hidup gua tak sama macam budak-budak lain. Bangun pagi, gua hanya mampu  gosok-gosok mata dan terus turun ke dapur. Berbeza dengan budak-budak kampung yang sebaya dengan gua waktu itu, gua tak dimandikan dengan sistematik. Kalau dah dimandikan pun tak, nak dibedakkan seluruh badan dan dipakaikan outfit Tadika Kemas Tanjung Berembang lagi la tak munasabah.

Bila dah habih minum Milo panas yang Mak Chaq (Mak Long) gua buatkan, gua biasanya akan pergi ke muka jalan dan bertenggek di bangku perhentian bas. Outfit gua yang gua pakai masa tidur malam tadi steady tak bertukar. Rambut serabai panjang stail John Lennon, berseliparkan terompah kayu kletuk! kletak! memang menampakkan gua kanak-kanak yang rare di kampung Simpang Tiga waktu itu. Biasanya, jam 7.30 pagi ramailah pakcik makcik yang berbasikal sambil membonceng anak-anak mereka yang sama baya dengan gua menuju ke Tadika melalui jalan utama. Hampir tiap hari rutin gua untuk memerhatikan  Mat Jan, Pian, Pin, Lan Botak, Lina PakTeh diangkut oleh mak bapak mereka ke kelas Tadika. Sumpah memang sayu waktu itu. Scene bertenggek akan bertambah sayu bila budak-budak ini segera melambai-lambai tangan macam 'natey beghuk' bila ternampak gua melopong sorang-sorang sambil mengelui "Hai Mat!". Pada tika itu, gua hanya mampu tersenyum sambil menggaru-garu kepala untuk menyembunyikan rasa sedih.

Ya, gua adalah salah seorang brader yang tak pernah merasai nikmat Tadika.

Masa gua kecik, arwah mak gua tidak dapat menghantar gua ke tadika atas sebab kemampuan waktu itu. Mak gua masa tu hanya sorang operator kilang Pentex, yang bergaji RM460 sebulan. Tapi, stended lah. Gua kecik masa tu, gua tak paham apa itu kekangan kewangan. Yang gua tahu, gua nak sama macam budak-budak lain. Kalau gua tak dapat, gua rebel.

Mak gua, pukul 6 pagi dah keluar pergi kerja. Bas Kilang dia biasanya sampai dalam lingkungan jam 6.15 pagi. Kami dua beranak masa itu, tinggal bersama kakak mak gua, yang gua panggil Mak Chaq. Dia ni la yang banyak menjaga gua masa gua kecik, time mak gua pergi kerja. Pukul 6 pagi? Gua? Stendedlah masih terbongkang dalam kelambu. Tapi, dalam terbongkang itu, kadang-kadang gua tersedar juga tatkala arwah mak gua cium dahi gua sebelum dia pergi kerja. Pelan-pelan dia bisik ke telinga gua "Mak nak pi gheja dah ni. Hang dok rumah dengan Mak Chaq. Jangan nakai sangat....". Gua buat-buat tidur ayam, walaupun every words yang dia cakap tu sampai sekarang gua ingat.

Pembelajaran gua waktu umur 5 tahun bermula apabila mak gua balik dari kerja pukul 4.30 petang. Biasanya, lepas dia sangkut beg telekung dia dalam bilik, gua dah stenbai buku ABC sama kaler Luna tepi meja. Habih semayang asar, gua kena 'attend' kelas membaca dan mengeja mak gua sampai pukul 5.30. Dalam masa sejam tu, gua biasanya akan struggle sepantas yang boleh untuk mempercepatkan lesson, supaya gua boleh cepat-cepat pergi bendang terajang bola dengan budak-budak kampung. Atas azam itulah, gua waktu tu menjadi budak paling awal membaca  suratkhabar Mingguan Malaysia seperti orang tua. Bangga juga gua waktu itu, walaupun masih belum bersunat. Gua tak nafikan, arwah mak gua memang cikgu ABC yang cekap.......(dan bengis).

Walaupun waktu itu kemahiran 3M gua dah steady, hati kecil gua tetap nak pujuk mak gua nak masuk Tadika. Gua dah try macam-macam cara dah, merengek, mogok bawah tangga, sembunyi belakang pokok buluh...semua tak jalan. Merajuk jangan cerita la, tiap-tiap minggu gua buat.

Sampailah satu ketika, arwah Mak gua mengusap-ngusap ubun-ubun gua dan berkata:

"Kita tak mampu nak...ni saja mak mampu buat. Ni saja mak mampu ajar hang."

Usapan ubun itu, diselangi dengan air mata beliau...yang mencurah tak semena-mena.

That moment, gua faham.....mak gua memang betul tak mampu. Gua ingat dia saja prank gua.

Tapi....tu lah.

Lu orang ingat tak sayu ke gua bertenggek kat bangku tempat tunggu bas tiap-tiap hari, tengok kengkawan gua galas beg 'Swan' dengan muka yang paling ceria nak main jongkang-jongket dan gosok gigi ramai-ramai tepi longkang kat Tadika?

Lu ingat gua tak sayu ke gua tak boleh tunjuk skill melukis Suria Perkasa Hitam dengan tiru narrator 'Tarik Gaban Ke Ruang Angkasa Setan' yang glemer waktu itu kat budak-budak nakal Kampung Sungai Setar Besar?

Lu ingat gua tak sayu ke, tak dapat main tarik-tarik skirt budak perempuan dengan Mat Jan dan Pin? Main aci tiang, panjat Monkey Bars, minum air dalam Kole biru, menyanyi lagu-lagu wajib untuk pendedahan Darjah 1, meniup alat muzik dan tidur beramai-beramai dalam kelas?

Bila masuk sekolah rendah, alhamdulillah...gua antara murid yg agak menyinar dalam memburu tempat nombor paling sikit dalam kelas. Cuma, bila waktu kelas muzik saja...especially masa gua darjah satu, gua paling takut dan kalat. Terbakar betul hati gua bila cikgu muzik sukahati saja suruh classmate gua semua menyanyi lagu 'Berkelah Di Pantai Yang Indah' la, 'Bunga Kebangsaan' lah, apa lancau segala macam lagulah yang gua tak pernah dengar langsung masa gua kecik. Time tu, semua classmate menyanyi punya la sungguh-sungguh macam nak terkeluar halkum, meninggalkan gua seorang saja yang diam sambil pura-pura buat muka inesen. Bila cikgu tanya:

"Zahril, kenapa kamu tak nyanyi?"

"Saya mana tahu lagu tu cikgu..."

"Kan ke tu lagu kamu belajar kat sekolah Tadika?"

"Saya tak tadika. Terus masuk darjah 1."

Tiba-tiba Mat Jan bangun, dan terus berteriak:

"Dia tak Tadika cikgu. Mak dia orang miskin..."

Satu kelas ketawakan gua. Celaka betul.

Tapi tulah...time ketawa ke gua, serah ke depa. Tapi, bila lepas peperiksaan, yang ramai-ramai ketawa kat gua tu lah yang mengaut nombor yang paling banyak sekali dalam kelas. Nampak?

Karma is a bitch, right?

So, fast forward. Gua berjaya jadi orang. Alhamdulillah ada kerja tetap. Ada rumah. Ada kereta. Bini pun ada. So, takde lah ralat sangat kalau permulaan sistem pendidikan kita ni dimestikan masuk ke kelas Tadika sebenarnya. Gua tak pernah rasa malu mengaku 'gua tak pergi Tadika' bila orang tanya pasal zaman kecik gua. It all depend on the passions of your parents dalam mengutamakan hal-hal mendidik sebenarnya. Ya, memang gua tak dapat rasa semua feeling main 'aci tiang' tu, tapi....gua sebenarnya dah berjaya baca, tulis, dan kira sebelum gua jejak kaki ke Sekolah Rendah.

Not bad,eh?




 ***




"Lu jangan nak kona topik. Gua nak hantar anak kita ke Q-Dees ni. Lu setuju ke tak?" bentak Banker Permatang Pauh yang dari tadi terpaksa mendengar flashback gua.

"Ye lah....ye lah!" balas gua sambil kembali menumpukan fokus gua ke xBox.



Eleh, orang nak bermonolog sikit pun tak boleh!

Friday, November 23, 2012

Gigit

(Entri khas sempena The Walking Dead season 3)



10 minit pertama Walking Dead:

"Kalau satu hari gua digigit zombie, apa lu nak buat?" tanya bini gua yang tiba-tiba. Out of the blue kata orang putih.

Gua terdiam. Apahal pulak Banker Permatang Pauh tanya gua soalan-soalan yang berkait dengan hidup dan mati ni? Di plasma TV, masih terpasang The Walking Dead season 3 episod 6, dimana Carl Grimes yang masih bersedih kerana terpaksa menembak kepala emaknya yang mati melahirkan bayi baru. Teorinya, kalau tak 'dihabiskan' di otak, Lori Grimes akan bangun, and she'll become one of 'them'.

"Err...apa gua nak buat?"

"Ya lah...apa lu nak buat? Will you do the right thing?"

"The right thing? Err...like putting a bullet to your brain, so that you won't turn into a walker? Macam tu?"

"Yup. Exactly. So, dalam keadaan terdesak macam tu, would you shoot me in the head for the sake of your own survival?"

Gua dah agak. Banker Permatang Pauh nie memang emosional sikit bila tengok cerita Zombie. Kahkahkah! Sebetulnya, soalan dia tu agak mencabar gua nak jawab. Silap jawab, sofa yang gua tengah bertenggek ni bakal jadi katil gua ler ini malam. Sikit-sikit gua rasa bini gua ni saja nak menguji sejauh mana cinta gua terhadap beliau. Tapi, gila apa nak uji cinta gua berlatarbelakangkan scene Zombie apocalypse? Mana lagi gua ada choice selain survival? 

Tapi, kalau gua tak jawab soalan mencabar nie, malu la gua sebagai somi. Mana gua nak letak muka wei!

Setelah puas gua memikir dan menimbang tara reason-reason yang sesuai supaya beliau tidak terasa dengan pilihan gua, dengan konpidennya gua bersuara:

"Gua rasa gua tak tergamak untuk headshot kepala lu..."

Bini gua tersenyum. Nampak ada sedikit lega dari raut wajahnya yang dari berkerut menghabiskan episod 6 yang sungguh dramatik ni.

"Kenapa?" tanya beliau pendek.

"Gua tak sanggup. Lu kalau nak mati, bukan kat tangan gua. At least biar kita sama-sama cari jalan keluar. Gua akan buat apa yang boleh untuk selamatkan lu."

Gua tersengih. Bini gua pun tersengih. Tapi, sifat ingin tahu beliau tu masih merobek-robek hendakkan jawapan yang sampai dia sendiri tak tahu nak tanya mende dah. So, diajukan soalan lain pula. 

"Kalau within 48 hours gua dah jadi zombie? Lu nak buat macamana? Lu nak potong rahang gua, cabut gigi gua dan potong dua tangan gua sama macam Michonne buat, so that I won't bite you to your death?"

"Kalau lu dah turned, gua tak ada pilihan lain gari tangan lu dan pekup mulut lu dengan kain, macam The Gavenor buat dekat anak dia Penny tu..."

"Then?"

"Then, gua seboleh-boleh akan bawa lu pergi jauh dari danger zone, dan cari mana-mana hospital or science lab. Gua yakin mesti ada survivor yang tengah buat kajian macamana nak buang disease tu, so that lu boleh kembali jadi manusia semula. I won't give up on you. There must be a way.............."

Pergh, itu jam gua rasa gua dah bagi jawapan paling dasat yang pernah gua pikir. Siap ada 'I won't give up on you' lagi tu. Baru la nampak macam seorang suami yang sejati. Orang cakap, romantik yang bertempat. Bini gua pula seakan dah dapat penjelasan yang dia nak. Dia dah boleh senyum lebar sambil meleparkan mini flying kiss ke gua. Lu orang takkan tahu betapa kembangnya bontot gua time tu. Perasaan dia macam baru lepas lulus ujian memandu sebenarnya. Tunggu masa nak menjerit keriangan, tapi tak boleh sebab hari dah malam. Ha, gitu la lebih kurang.

"Thanks...lu memang caring gila."

Kami pun sambung menonton episod 6, sambil kat tangan masing-masing nyambil-nyambil scroll timeline twitter.



5 minit lepas habis Walking Dead

"Tadi lu dah tanya gua. Sekarang gua nak tanya lu pula. What would you do?" tiba turn gua pula nak tahu jawapan dari bini gua, masih bersituasikan Zombie Outbreak.

"Do what? if you got bitten by walkers?"

"Ya la. Cuff me...or shoot me?"

Bini gua tersenyum. Pendek saja dia jawab.

"Gua tembak je. For my own survival"



Cis! Sampai hati....


P/S: Gua tak rasa gua nak copy episod 7 dari Ezhar. Sentap! Sentap!

Friday, June 8, 2012

Isteri Yang Memahami Itu Penting...


Hari nie gua kerja tak berapa banyak. Jadi sempat juga sekejap-sekejap gua check email personal dan melakukan perbuatan sia-sia di depan kompiter riba ini. And by sia-sia, gua tak maksudkan *celepup-celepup*...heh, perv! Sia-sia dalam konteks definisi gua adalah melayari lawan web PGM (Peminat Gusti Malaysia) sambil membelek-belek T-Shirt WWE yang dah 2 bulan gua taram sebab belom mampu nak rembat sebijik.

Oh, ya. Lupa pula...pagi nie bermulalah EURO 2012 yang dah sekian lama gua tunggu sejak tamatnya campaign EPL 2011/12 May lalu. Gila bosan Sabtu-Ahad gua tanpa bola. Asal malam saja, tak habih-habih Kilauan Emas Polident, Cekikrama TV3...bla..bla..bla..Mana gua nak letak muka kalau Nigel Winterburn dapat tahu gua layan Kilauan Emas. Malu weiii..

Sebagai seorang brader IT, ada masanya gua mengangkang tak ada kerja. Tapi, bila kerja macam setan banyaknya, memang tak sempat gua nak baca blog. Apatah lagi mencari resipi-resipi penting yang bakal gua 'aceterai' pada hujung minggu. Pendek kata, tak menentu. Tapi, kalau gua tengah-tengah leisure layan website jersi, tup! tup! ada server down yang level difficulitynya adalah terlalu minor, gua straight solve tanpa banyak bunyi saja.

So, apa yang gua nak cerita nie sebenarnya?

Tadi masa gua tengah belek-belek Kosmo! pasal grouping EURO yang bakal start tengah malam ni, henset gua tiba-tiba berdering. Sapa pulak yang nak cari gaduh dengan gua tengah-tengahari nie, gua tak berapa pasti. Tapi, jika hendak merungkai kepastian tersebut, phone yang berdering tu wajiblah gua tenung walau sekejap, supaya yang memanggil tu, gua tahu siapa.

Owh, bini gua call rupanya.


"Heyy...wassap?" sapa gua stylo cakap mat saleh sikit-sikit. Dia pun tahu gua memang suka sapa-sapa orang jenis tak reti pakai 'Assalamualaikum' nie.

"Hah. Lu tengah bz ke?" tanya bini gua.

"Tak sangat. Kenapa?"

"Erm..tak ada apa pun. Gua nak kasik lu satu 'suprise' nie. Gua harap lu tak sakit jantung..."

"Suprise? Suprise apa pulak? Lu jangan la macam nie. Lu tau kan gua tak suka suprise-suprise nie?" balas gua dengan sedikit tone garang.

"OK.OK. Alah..tak ada la suprise sangat. Just nak bagitau...Astro rumah kita, gua dah tukar ker dekoder Beyond."


Gua terpinga-pinga. Ribuan '?' sedang bermain-main di atas kepala.


"Err...Beyond? Bila masa pulak lu pergi Astro request nak pakai Beyond? Pergi-balik kerja 24 jam dengan gua. Lu tipu gua,kan? " tanya gua kehairanan.

"Tipu amenda? Astro call gua minggu lepas suruh tukar ke beyond. Gua saja nak suprise lu sebab gua tau lu terlalu eksaited nak tunggu EURO. Boleh la tengok Germany main dalam kualiti HD. Amacam? Beruntung tak lu dapat gua..?" balas Banker Permatang Pauh bersama cubaan untuk 'up' diri sendiri.

"Ooooo...."

"So, lu hepi ker tak ni? Eksaited tak?"

"Erm..eksaited la sikit.sikit. Tapi biasa-biasa jer la..."

"Ala..lu nie, bosan ahh..."

"OKlah. Nantilah kita jumpa kat rumah,eh?" balas gua dengan nada lesu.


*kletap!*


Gua letak telefon.


***


Perlahan-lahan gua bangun dan terus menuju ke bilik mesyuarat yang tak ada orang lalu lalang. Dari tingkap, gua tenung jauh bangunan KLCC yang tersergam megah. Air mata gua mula bergenang. Dada gua mula rasa hiba. Sesungguhnya, gua bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami. Lu ingat senang ker nak cari orang yang betul-betul care pasal kita dan bersusah-payah berminat dengan apa yang kita minat walaupun pada dasarnya dia tak minat.


*yatta!*


Tipulah kalau gua kata gua tak eksaited. Gila seronok sampai gua rasa nak pergi pekena teh tiga lapis segelas gua.

Tapi tulah...

Nak maintain attitude suami garang tu, lu orang ingat senang ker?

Susah tahu?

Kehkehkeh!




P/S: Kepada Banker Permatang Pauh. I lap Yu mushi-mushi...


P/S: Layan EURO 2012 dalam channel HD. Peh, memang padu dia punya feeling...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...