Showing posts with label zaman budak-budak 'kanyaq'. Show all posts
Showing posts with label zaman budak-budak 'kanyaq'. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Lemme Tap Dat' Ass

Huh!

Asal tajuk mengundang ereksi saja, gerenti ada yg click. Kehkehkeh! Biasa la, dah nama pun manusia bernafsu. Aku pun kadang-kadang terkelendat jugek.

Hah, apa aku nak bagitau ni?

Scene game online ni, sebenarnya aku dah lama tinggalkan. Dulu masa study kat Universiti, scene game online memang tengah up kaw-kaw time tu. Yes, aku x main ROSE Online, tapi masa tu aku adalah batch yang terawal main Thang Online. Hmm, kisah nya bermula bila mana aku, Teddy dan Adi Germocks balik Melaka awal dari tarikh biasa. Masa tu cuti semester, dan ramai diantara kami yang masih lagi spent cuti di kampung masa tu. Entah kenapa aku terasa nak datang Melaka awal, mungkin disebabkan masa tu arwah mak aku takde kat rumah. Ada rombongan JKKK pergi melawat Taman Burung kat Penang kot.

Wednesday, June 19, 2013

Sebenarnya saya SUAMI dia

Masa gua umur gua 5 tahun dulu, hidup gua tak sama macam budak-budak lain. Bangun pagi, gua hanya mampu  gosok-gosok mata dan terus turun ke dapur. Berbeza dengan budak-budak kampung yang sebaya dengan gua waktu itu, gua tak dimandikan dengan sistematik. Kalau dah dimandikan pun tak, nak dibedakkan seluruh badan dan dipakaikan outfit Tadika Kemas Tanjung Berembang lagi la tak munasabah.

Bila dah habih minum Milo panas yang Mak Chaq (Mak Long) gua buatkan, gua biasanya akan pergi ke muka jalan dan bertenggek di bangku perhentian bas. Outfit gua yang gua pakai masa tidur malam tadi steady tak bertukar. Rambut serabai panjang stail John Lennon, berseliparkan terompah kayu kletuk! kletak! memang menampakkan gua kanak-kanak yang rare di kampung Simpang Tiga waktu itu. Biasanya, jam 7.30 pagi ramailah pakcik makcik yang berbasikal sambil membonceng anak-anak mereka yang sama baya dengan gua menuju ke Tadika melalui jalan utama. Hampir tiap hari rutin gua untuk memerhatikan  Mat Jan, Pian, Pin, Lan Botak, Lina PakTeh diangkut oleh mak bapak mereka ke kelas Tadika. Sumpah memang sayu waktu itu. Scene bertenggek akan bertambah sayu bila budak-budak ini segera melambai-lambai tangan macam 'natey beghuk' bila ternampak gua melopong sorang-sorang sambil mengelui "Hai Mat!". Pada tika itu, gua hanya mampu tersenyum sambil menggaru-garu kepala untuk menyembunyikan rasa sedih.

Ya, gua adalah salah seorang brader yang tak pernah merasai nikmat Tadika.

Masa gua kecik, arwah mak gua tidak dapat menghantar gua ke tadika atas sebab kemampuan waktu itu. Mak gua masa tu hanya sorang operator kilang Pentex, yang bergaji RM460 sebulan. Tapi, stended lah. Gua kecik masa tu, gua tak paham apa itu kekangan kewangan. Yang gua tahu, gua nak sama macam budak-budak lain. Kalau gua tak dapat, gua rebel.

Mak gua, pukul 6 pagi dah keluar pergi kerja. Bas Kilang dia biasanya sampai dalam lingkungan jam 6.15 pagi. Kami dua beranak masa itu, tinggal bersama kakak mak gua, yang gua panggil Mak Chaq. Dia ni la yang banyak menjaga gua masa gua kecik, time mak gua pergi kerja. Pukul 6 pagi? Gua? Stendedlah masih terbongkang dalam kelambu. Tapi, dalam terbongkang itu, kadang-kadang gua tersedar juga tatkala arwah mak gua cium dahi gua sebelum dia pergi kerja. Pelan-pelan dia bisik ke telinga gua "Mak nak pi gheja dah ni. Hang dok rumah dengan Mak Chaq. Jangan nakai sangat....". Gua buat-buat tidur ayam, walaupun every words yang dia cakap tu sampai sekarang gua ingat.

Pembelajaran gua waktu umur 5 tahun bermula apabila mak gua balik dari kerja pukul 4.30 petang. Biasanya, lepas dia sangkut beg telekung dia dalam bilik, gua dah stenbai buku ABC sama kaler Luna tepi meja. Habih semayang asar, gua kena 'attend' kelas membaca dan mengeja mak gua sampai pukul 5.30. Dalam masa sejam tu, gua biasanya akan struggle sepantas yang boleh untuk mempercepatkan lesson, supaya gua boleh cepat-cepat pergi bendang terajang bola dengan budak-budak kampung. Atas azam itulah, gua waktu tu menjadi budak paling awal membaca  suratkhabar Mingguan Malaysia seperti orang tua. Bangga juga gua waktu itu, walaupun masih belum bersunat. Gua tak nafikan, arwah mak gua memang cikgu ABC yang cekap.......(dan bengis).

Walaupun waktu itu kemahiran 3M gua dah steady, hati kecil gua tetap nak pujuk mak gua nak masuk Tadika. Gua dah try macam-macam cara dah, merengek, mogok bawah tangga, sembunyi belakang pokok buluh...semua tak jalan. Merajuk jangan cerita la, tiap-tiap minggu gua buat.

Sampailah satu ketika, arwah Mak gua mengusap-ngusap ubun-ubun gua dan berkata:

"Kita tak mampu nak...ni saja mak mampu buat. Ni saja mak mampu ajar hang."

Usapan ubun itu, diselangi dengan air mata beliau...yang mencurah tak semena-mena.

That moment, gua faham.....mak gua memang betul tak mampu. Gua ingat dia saja prank gua.

Tapi....tu lah.

Lu orang ingat tak sayu ke gua bertenggek kat bangku tempat tunggu bas tiap-tiap hari, tengok kengkawan gua galas beg 'Swan' dengan muka yang paling ceria nak main jongkang-jongket dan gosok gigi ramai-ramai tepi longkang kat Tadika?

Lu ingat gua tak sayu ke gua tak boleh tunjuk skill melukis Suria Perkasa Hitam dengan tiru narrator 'Tarik Gaban Ke Ruang Angkasa Setan' yang glemer waktu itu kat budak-budak nakal Kampung Sungai Setar Besar?

Lu ingat gua tak sayu ke, tak dapat main tarik-tarik skirt budak perempuan dengan Mat Jan dan Pin? Main aci tiang, panjat Monkey Bars, minum air dalam Kole biru, menyanyi lagu-lagu wajib untuk pendedahan Darjah 1, meniup alat muzik dan tidur beramai-beramai dalam kelas?

Bila masuk sekolah rendah, alhamdulillah...gua antara murid yg agak menyinar dalam memburu tempat nombor paling sikit dalam kelas. Cuma, bila waktu kelas muzik saja...especially masa gua darjah satu, gua paling takut dan kalat. Terbakar betul hati gua bila cikgu muzik sukahati saja suruh classmate gua semua menyanyi lagu 'Berkelah Di Pantai Yang Indah' la, 'Bunga Kebangsaan' lah, apa lancau segala macam lagulah yang gua tak pernah dengar langsung masa gua kecik. Time tu, semua classmate menyanyi punya la sungguh-sungguh macam nak terkeluar halkum, meninggalkan gua seorang saja yang diam sambil pura-pura buat muka inesen. Bila cikgu tanya:

"Zahril, kenapa kamu tak nyanyi?"

"Saya mana tahu lagu tu cikgu..."

"Kan ke tu lagu kamu belajar kat sekolah Tadika?"

"Saya tak tadika. Terus masuk darjah 1."

Tiba-tiba Mat Jan bangun, dan terus berteriak:

"Dia tak Tadika cikgu. Mak dia orang miskin..."

Satu kelas ketawakan gua. Celaka betul.

Tapi tulah...time ketawa ke gua, serah ke depa. Tapi, bila lepas peperiksaan, yang ramai-ramai ketawa kat gua tu lah yang mengaut nombor yang paling banyak sekali dalam kelas. Nampak?

Karma is a bitch, right?

So, fast forward. Gua berjaya jadi orang. Alhamdulillah ada kerja tetap. Ada rumah. Ada kereta. Bini pun ada. So, takde lah ralat sangat kalau permulaan sistem pendidikan kita ni dimestikan masuk ke kelas Tadika sebenarnya. Gua tak pernah rasa malu mengaku 'gua tak pergi Tadika' bila orang tanya pasal zaman kecik gua. It all depend on the passions of your parents dalam mengutamakan hal-hal mendidik sebenarnya. Ya, memang gua tak dapat rasa semua feeling main 'aci tiang' tu, tapi....gua sebenarnya dah berjaya baca, tulis, dan kira sebelum gua jejak kaki ke Sekolah Rendah.

Not bad,eh?




 ***




"Lu jangan nak kona topik. Gua nak hantar anak kita ke Q-Dees ni. Lu setuju ke tak?" bentak Banker Permatang Pauh yang dari tadi terpaksa mendengar flashback gua.

"Ye lah....ye lah!" balas gua sambil kembali menumpukan fokus gua ke xBox.



Eleh, orang nak bermonolog sikit pun tak boleh!

Friday, October 5, 2012

Lain Orang, Lain Bahagianya



Tadi gua ada terbaca satu tuit dari seorang pengarah tersohor negara (gua tanak sebut siapa), memberitahu dunia yang bini dia telah menghadiahi beliau satu MacBook Air sebagai birthday present. I was like.....fuyooo! MacBook Air tu, bhaii. Senang senang saja dapat hadiah osem macam tuh. Bertuahnya badan lu, bang Aziz...

*Aww shiit. Gua dah tersebut nama pengarah tu*

Tapi, bukanlah tujuan gua kat sini nak rant pasal berapa mahal hadiah harijadi tersebut. Bagi gua, lain barang, lain hepinya. Lain harga, riangnya tetap sama. Hadiah harijadi kot? Kalau gua dapat 3 batang pensel 2B, even pada umur gua yg dh nak masuk 3-series ni pun gua still meloncat keriangan. At least, ada orang lagi yg masih sedar kewujudan gua.



Me?

Terus terang gua cakap, first time gua dapat birthday present (yang betul betul dalam bentuk objek) adalah masa jadi tunangan Banker Permatang Pauh. Itu la first time gua dapat hadiah yg gua rasa mahal, diraikan di tempat yang orait, bersama mi carnales yang gua sayang.

Zaman kecik gua lain benar sambutannya. Seingat gua, sekali saja Arwah Mak gua pernah buat majlis makan-makan ketika menyambut harijadi gua. Itupun time gua berumur 7 tahun. Masa tu, gua tengah main guli kandang bersama 4 orang lagi budak-budak kampung depan rumah. Jan, Pin, Lan dan Pian. Best buddies gua masa zaman 'halkum masih belum mahu timbul'.

Tengah turn gua ambik position nak parker tu, tiba-tiba arwah mak kelui:

"Mat...panggil kawan-kawan hang lekaih. Mai masuk rumah, makan......."

Terkebil-kebil jugak gua time tuh. Pin & Lan berhenti dari bermain, dan terus mengutip lebihan guli dalam kandang. Pian dan Jan dah mula melonjak keriangan. Diorang nie, kalau hal pasal makan, memang laju!

Masuk saja dalam rumah, 5 pinggan laksa dan satu jug sirap dah terhidang. Itu jam, double terkebil-kebil. Gua terus mendapatkan arwah yang sedang mengelap sudu-sudu yang baru dibasuh.

"Makan-makan apa ni, mak"?

"Alah...mak buat makan-makan kecik saja. Hari nie kan hari jadi hang..." balas arwah tersenyum.


(Rindu betul gua dengan senyuman tu. Entah bila lagi nak dapat...)


"Tapi...............Mat tak makan Laksa." ujar gua serius.

KLONG!

Kepala gua disekeh. Sakitnya bukan kepalang.

"Jangan banyak cakap. Pi duduk dengan depa nuh. Makan!" tegas arwah. Garang betul dia time tuh. Tapi gua tak heran. Arwah sangat garang orangnya.

Memang masa tu, gua tak suka makan laksa. Gedik sungguh bila pikir-pikir balik.

Masa gua berpaling ke tempat makan, gua tengok keempat-empat malaun tu tengah sedap membantai laksa. Lapar betul mereka. Setahu gua, scene lapar sangat-sangat ni biasanya muncul selepas kami layan aktiviti mandi sungai tanpa pengetahuan ibu bapa. Ha! Yang itu baru betul-betul lapar. Entah bila pulak main guli pun boleh apply konsep yang sama? Bukannya bakar kalori sama macam berenang pun!

Longlai gua berjalan mengusap-ngusap kepala. Gua perasan ada sikit lekuk dah start berkawah. Mak gua punya skill sekeh memang chempien. Itu pasal masa kecik, gua tak berani langsung nak dapat bawah daripada no.2 di dalam kelas. Nak mampos? Kata orang utagha, "memang lari tak cukup tanah la lepas tuh..."

Gua duduk di tepi Jan. Masa tu sungguh gua tak makan, sebab memang gua tak makan laksa.Gua hanya memerhatikan saja gelagat budak-budak ni makan sampai terpercik-percik kuah ke baju. Pin makan sampai terpelanting asam keping jatuh ke lantai. Jan pulak kutip asam keping Pin lalu di sumbat ke dalam mulut Lan. Lan marah, lagi membaling sudu yang dipegangnya ke muka Jan. Jan tepis, *dusyum* lalu sudu tersebut jatuh dalam mangkuk Pian. Kuah laksa Pian terpercik ke muka. Mata Pian pedih. Pian menangis.

Gua bantai gelak. Jan pun bantai gelak. Keempat-empat kami gelak besar bila Pian start meraung kepedihan. Apa barang menangis sebab kena kuah Laksa, itu sangat ponen.

Arwah mak datang menghampiri kami. Jauh disudut hati, gua rasa dia sangat malu tengok perangai tak senonoh kami berlima. Kalaulah keempat-empat malaun tu adik beradik gua, dah lama diorang makan penampor dengan arwah. Kahkahkah!

Arwah menuang sirap ke dalam gelas. Lalu dihulurkan kepada gua yang sedang memerhatikan kawan-kawan gua bercakaran 'manja' sesama sendiri.

"Nah...ambik air ni. Selamat Hari Jadi, sayang mak...." ucap beliau perlahan. Lantas ubun-ubun gua dikucup.

Gua terdiam....

Masa itu jugalah, dada gua berasa sangat sebak. mata gua berkaca. Tipulah gua cakap kalau hati gua tak tersentuh. Terus gua peluk arwah erat-erat dan menangis. Arwah tersenyum sambil membelai belai helaian rambut gua.

"Dah...dah. Toksah dok menangis dah. Makan laksa tu lekaih. Penat mak buat." ujar arwah.

Sambil mengesat air mata, gua menyudu kuah-kuah laksa yang makin kurang sebab dah dibiarkan kembang. Memang gua tak gemar sungguh makan benda ni. Tapi, demi nak jaga hati orang tua, gua suap jua. Itu jam, Pian sudah berhenti meraung. Bila mereka tahu gua menangis secara tiba-tiba, segera mereka bantai ketawa berdekah-dekah. Suasana petang yang suram itu kembali dipecahkan dengan turn gua pula yang kini dibahan.

Ahh, gua peduli apa. Memang gua anak mak. Ponen pun ponenlah!

Itulah hadiah harijadi (versi sambutan) yang paling gua ingat masa gua kecik.Gua percaya, kalau bukan soal kemampuan, segala jenis patung robot yang tengah up time tuh, memang senang-senang saja gua rekues kat arwah mak, dan gerenti dapat. Tapi, hakikatnya, arwah mak hanyalah sa-orang operator kilang Pentex yang hanya bergaji RM480 sebulan. Kekangan perbelanjaan dan kerja keras beliau mengajar gua untuk tidak meminta-minta dah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Cukuplah sekadar jamuan kecil makan Laksa sebegini, hati gua dah cukup gembira.




Terima kasih mak.


*******

NOTAKAKI:

1. mi carnales - My brothers. Homies. Brothers from another mothers. Kengkawan rapat.
2. parker - sejenis skill tuju dalam permainan guli.
3. lekaih - segera
4. depa - mereka
5. memang lari tak cukup tanah la lepas tuh... - You're dead!
6. ponen - bapuk, lembik, she-male
7. Toksah - tak usah


Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Tahun Nie Gerenti Mantopps!



Bulan puasa datang lagi tahun nie. Alhamdulillah, tahun nie gua still lagi dapat merasa berpuasa. Bukannya apa, dah tua-tua nie, kadang-kadang potensi nak ‘gol’ awal tu, agak tinggi. Dengan rokoknya la, bahaya rempit jalanraya la, sakit jantung tengok bil-bil rumah la, antara punca-punca lelaki tak sempat nak beraya la. So, Alhamdulillah, gua still bernafas, still alive and kicking!

Bila describe pasal puasa nie, benda pertama yang terlintas kat kepala otak gua, ialah nafsu untuk melawan ‘keinginan tak puasa’. Kahkahkah! Kalo dulu, time zaman budak-budak, iman memang tak berapa kukuh sangat. Asal nampak toilet/bilik air jer, gerenti puasa setel! Yer la, tengah-tengah hari rembang bantai main ‘aci-ligan’ dengan kutu-kutu kampung. Sebelum main, niat takmo lari sungguh-sungguh sangat. Tapi, game dah separuh jalan, tahap eksaited dah bukan main. Lari laju-laju pun dah sedar. Seronok punya pasal. Balik rumah pukul satu, lidah terjelir macam unta haus. Masuk bilik air alasan nak mandi petang, padahal dok **srot srot air paip. Dia punya feeling time tu, memang stone. Air paip tu dah rasa sedap macam air laici Tropicana Twister dah. Tekak yang haus dan berjaya dibasahkan. Memang heaven!

Tapi, langit tak selalu cerah, 13 hari lepas tu, gua terkantoi dengan arwah mak. Fuh, mak mana tak mengamuk kalo anak dia tiaw dia time bulan puasa. Berbirat belakang gua arwah mak tibai dengan tali pinggang GQ (talipinggang ada besi kat hujung-hujung, top masa zaman gua sekolah rendah). Perit gua tak sanggup nak cerita. Seminggu gua tido meniarap.

Sejak peristiwa tu, gua insaf. Gua puasa penuh sampai habih universiti. Bila dah masuk alam karier nie, ada la sket-sket tuang 3-4 hari, tu pun sebab sakit-sakit or malas nak puasa. LOL! Tapi, bila dah jadi kawen, dah jadi ketua keluarga nie, gua takleh dah skip-skip puasa. Gua kena kental, kental untuk meyakinkan Banker Permatang Pauh yang bole lead keluarga yang baru gua bina nie. Semangat gua tengah membara nie. InsyaAllah, gua boleh!

So, bab-bab ponteng puasa nie, serba-sedikit teknik-teknik nak performnya gua dah tau. Banyak lagi skill-skill padu, tapi better gua simpan je la sebagai kenangan yang boleh buat gua gelak time dah bertongkat nanti. Apa yang pasti, bakal anak gua nanti (InsyaAllah) jangan harap la nak dapat melepak dalam bilik air lama-lama time Ramadhan. Trick-trick nie, bapak dia muda-muda dulu dah prektis. Siap la dia kalo kantoi, berbirat beb! Mesti berbirat. Hehehehehehe!

So, dikesempatan nie, gua laki bini (Banker Permatang Pauh) ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kutu-kutu yang pernah/jarang/selalu/kadang-kadang singgah kat blog gua nie. Walaupun hanya blog walking, tak komen, tapi singgahan anda disini gua anggap korang still lagi ingat kat gua. Itu pun dah memadai.

Barkat! Selamat! 

**srot srot
Perbuatan mengisap air pili melalui getah paip. 

P/S: Tempting betul gambar diatas. Dayyummm!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...