Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Tahun Nie Gerenti Mantopps!



Bulan puasa datang lagi tahun nie. Alhamdulillah, tahun nie gua still lagi dapat merasa berpuasa. Bukannya apa, dah tua-tua nie, kadang-kadang potensi nak ‘gol’ awal tu, agak tinggi. Dengan rokoknya la, bahaya rempit jalanraya la, sakit jantung tengok bil-bil rumah la, antara punca-punca lelaki tak sempat nak beraya la. So, Alhamdulillah, gua still bernafas, still alive and kicking!

Bila describe pasal puasa nie, benda pertama yang terlintas kat kepala otak gua, ialah nafsu untuk melawan ‘keinginan tak puasa’. Kahkahkah! Kalo dulu, time zaman budak-budak, iman memang tak berapa kukuh sangat. Asal nampak toilet/bilik air jer, gerenti puasa setel! Yer la, tengah-tengah hari rembang bantai main ‘aci-ligan’ dengan kutu-kutu kampung. Sebelum main, niat takmo lari sungguh-sungguh sangat. Tapi, game dah separuh jalan, tahap eksaited dah bukan main. Lari laju-laju pun dah sedar. Seronok punya pasal. Balik rumah pukul satu, lidah terjelir macam unta haus. Masuk bilik air alasan nak mandi petang, padahal dok **srot srot air paip. Dia punya feeling time tu, memang stone. Air paip tu dah rasa sedap macam air laici Tropicana Twister dah. Tekak yang haus dan berjaya dibasahkan. Memang heaven!

Tapi, langit tak selalu cerah, 13 hari lepas tu, gua terkantoi dengan arwah mak. Fuh, mak mana tak mengamuk kalo anak dia tiaw dia time bulan puasa. Berbirat belakang gua arwah mak tibai dengan tali pinggang GQ (talipinggang ada besi kat hujung-hujung, top masa zaman gua sekolah rendah). Perit gua tak sanggup nak cerita. Seminggu gua tido meniarap.

Sejak peristiwa tu, gua insaf. Gua puasa penuh sampai habih universiti. Bila dah masuk alam karier nie, ada la sket-sket tuang 3-4 hari, tu pun sebab sakit-sakit or malas nak puasa. LOL! Tapi, bila dah jadi kawen, dah jadi ketua keluarga nie, gua takleh dah skip-skip puasa. Gua kena kental, kental untuk meyakinkan Banker Permatang Pauh yang bole lead keluarga yang baru gua bina nie. Semangat gua tengah membara nie. InsyaAllah, gua boleh!

So, bab-bab ponteng puasa nie, serba-sedikit teknik-teknik nak performnya gua dah tau. Banyak lagi skill-skill padu, tapi better gua simpan je la sebagai kenangan yang boleh buat gua gelak time dah bertongkat nanti. Apa yang pasti, bakal anak gua nanti (InsyaAllah) jangan harap la nak dapat melepak dalam bilik air lama-lama time Ramadhan. Trick-trick nie, bapak dia muda-muda dulu dah prektis. Siap la dia kalo kantoi, berbirat beb! Mesti berbirat. Hehehehehehe!

So, dikesempatan nie, gua laki bini (Banker Permatang Pauh) ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kutu-kutu yang pernah/jarang/selalu/kadang-kadang singgah kat blog gua nie. Walaupun hanya blog walking, tak komen, tapi singgahan anda disini gua anggap korang still lagi ingat kat gua. Itu pun dah memadai.

Barkat! Selamat! 

**srot srot
Perbuatan mengisap air pili melalui getah paip. 

P/S: Tempting betul gambar diatas. Dayyummm!

7 comments:

Unknown said...

alhamdulillah kalo sudah ada keinsafan dalam diri ya..hahaha..

selamat berpuasa...insyallah..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
intan Norafzan said...

bro, hg kena tunjukkan tauladan yg baik la kd hanie ! heheh....
bdw selamat berpuasa utk hg dan hanie rad !! bdw awat hg menggelarkan puan hanie sbg banker?? hehee

Sandokhan said...

Diyana: Thanks. Keinsafan dah ada. Cuma dia jarang dapat sync dengan niat. Tu pasal pedoman pun kadang-kadang tak berapa steady. LOL

Kintan: Banker Permatang Pauh? Sebab dia keja bank, asal permatang pauh. Hahaha...saja takmo reveal nama dia betoi-betoi. Dengki sikit-sikit. Huhuhu...

ParkAir said...

dulu2 pantang xde orang dalam rumah mesti bukak peti sejuk hehe..

Afams Chan said...

Dem! First2 bukak blog ko terus nampak makanan! Arghh..dugaan!!

Apapun, selamat berposa juga untuk ko n wife ko.. :)

Sandokhan said...

ParkAir: ko pun lebih kurang aku jugak masa kecik-kecik...kahkahkah!

Afams-Chan: Memang niatnya untuk trolling. Bak kata Obefiend (Blog Serius), NSFBP (Not Safe For Bulan Puasa). LOL

Apapun, Slamat menyambut bulan puasa to you guys!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...