Tuesday, August 16, 2011

Pengalaman Gua Berjumpa Bomoh Patah


*Gambar sekadar hiasan

Bak kata Obefiend:


“Ini…ini amat senggama minda”


Dulu masa zaman belajar, lutut gua pernah injured. Mat saleh describe lutut gua nie ada kena mengena dengan ligamen. Dia punya perit memang tak pandai gua nak cerita. Kaki gua takleh nak lurus. Bengkok stail-stail ‘V’ shape. Nak jalan memang susah. Gua terpaksa terhincut-hincut selama 2 bulan. Kalo dah berjalan rumit, nak lari memang la tak dapek, apatah lagi nak lari pecut berganti-ganti. Time tu, kalo orang offer gua kasik pinjam ‘wilcha’, gua accept tanpa banyak bunyi.

Arwah mak gua dah habih ikhtiar dah tengok anak dia jalan ‘terlompat-lompat’ hampir saban hari. Macam-macam dah dia buat. Kunyah dan ludah daun sireh atas kaki gua, kapit dengan Apit G, urut guna minyak serai dan bermacam-macam lagi. Sesekali pernah jugak dia bantai gelak, tapi memandangkan kesakitan gua nie bukan lakonan, dia cuba minimizekan volume gelak itu. Hinggalah pada satu hari ketika beliau bergosip bersama Mak Long Nab ketika sama-sama menjemur udang di belakang rumah, Mak Long Nab ada mencadangkan agar membawak gua berjumpa seorang ‘Bomoh Patah’ yang agak gah di area-area pekan Bukit Minyak.

“Bomoh Patah?”
“A’a. Pi cepat siap. Hang nak cepat baik,kan?” ugut arwah mak terhadap gua.
“Mesti la nak. Tapi….” Gua berseloroh. Ada sedikit perasaan tak konfident.

Apa jadahnya Bomoh Patah ini?

Petang tu, gua di’cempung’ oleh Pak Ngah A’aq lalu diletakkan di dalam kereta beliau. Arwah mak duduk di seat passenger depan. Pak Ngah drive. Gua dok belakang macam bos. Fuhh, kalo ada cigar nie, mesti nampak macam el-jefe. Setelah semuanya ready, menyusurlah sebuah kereta Datsun kaler Hijau Pokok Pisang melangkaui pekan Nibong Tebal, menyusuri Kampung Teluk Ipil. 40 minit jer drive, kami sampai la di rumah bomoh patah nie. Gua dari dalam kereta lagi tak sedap hati. Saspen jer sepanjang perjalanan. Perkataan ‘patah’ tu yang buat gua tak konfident sebenarnya. Adakah dia akan mematahkan kaki gua dulu sebelum membetulkan tulang-tulang mana yang bersimpang?

Ahh, gua panik!

“Assalamualaikum…” arwah mak memberi salam. Dada gua berdegup kencang. Peluh-peluh jantan mula memercik membasahi pipi kering gua.

“That’s it! I’m fucked” getus hati kecil gua.

Beberapa ketika selepas salam yang pertama itu, muncul seorang tua yang lewat 60-an yang hanya berkain pelekat di muka pintu. Juraian serban tersisip kemas di kepala menandakan dia baru saja selesai Solat Asar. Cis, pakai la baju pakcik oii..solat kot?

“Nak mengurut ka?” tanya orang tua tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Pakcik ‘M’ di kalangan penduduk Kg.Teluk Ipil.

“A’a pakcik. Lutut anak saya nie, bengkak kenapa ntah? Dah dekat 2 bulan kaki tak boleh nak lurus-lurus lagi. Heran jugak.” Arwah mak gua explain detail gila. No need to save it after minum teh O.

“Kalo macam tu, naik la”

Setelah dipelawa, gua masuk dalam rumah Pakcik ‘M’ dengan dipapah oleh Pak Ngah A’aq. Rumah Pakcik ‘M’ nie sangat simple. Susun atur sofa klasik milik beliau sangat teliti. Dari cara beliau menghiasi ruang tamu, gua agak muda-muda dulu dia tukang masak Rejimen Askar Diraja. Gua perasan tikar getahnya tiada sebijik pun taik cicak kering yang mengotori lantai beliau. Jelas beliau memang seorang pesara kerajaan yang pembersih. Ahh, gua buat assumption lagi.

Dipendekkan cerita, lepas pekena secawan Teh O cap Burung Bayan, dan lepas mak gua brief lagi sekali sedetail-detail pasang kaki gua nie, Pakcik ‘M’ menjalankan tugas beliau. Dengan serta merta, dia turun bersila dari kusyen klasik beliau, dan bersila. Kami yang duduk atas kusyen tetamu nie agak tergamam dengan perilaku orang tua itu. Selaku tetamu, amat kurang sopan plak sekiranya tuan rumah duduk duduk di lantai, kami mengada-ngada dok atas kusyen. Harapan nak makan penyapu lidi amat tinggi ketika ini. Namun, Arwah mak gua dan Pak Ngah A’aq steady. Tak rasa bersalah pun. Gua jer rasa lebih-lebih. Chait!

Dengan mulut terkumat-kamit, Pakcik ‘M’ merapati kusyen beliau. Dicarinya kaki kusyen yang berdekatan dan diusap-usap manja. Beberapa kerat jampi serapah beliau utarakan dengan perlahan. Matanya terkatup rapat. Usapan-usapan, disusuli dengan urutan dikenakan terhadap kaki kusyen itu.

Mulut beliau terkumat-kamit lagi....

Dan lagi....

Dan lagi...

(3 minit berlalu)

Gua blur! Arwah mak pun blur. Pak Ngah A’aq lagi la. Dari tadi nak bantai gelak, tapi beliau tahankan aje. Kelihatan Pakcik ‘M’ sudah selesai dengan jampi beliau. Tersandar beliau di kusyen sambil mengelepiar-lepiar tangan beliau akibat lenguh tadi.

“Sudah selesai...mudah-mudahan baik la kaki anak nie” jelas orang tua tersebut.
“Dah sudah ka pakcik?” tanya arwah mak yang agak blur.
“Dah..”
“Jadi berapa pengerasnya pakcik?”
“Bagi ja la berapa pun, asalkan ikhlas sudahh...” sambung orang tua itu sambil menyalakan sebatang rokok daun.

Setelah urusan serahan pengeras selesai, gua kembali dipapah masuk kereta. Arwah mak kelihatan agak sedikit bengang. Tahap bengang beliau gua detect ketika dia menutup pintu kereta Datsun. Bergegar satu kereta dia punya ‘DUSHUMM!’. Pak Ngah A’aq terus memandu kereta tanpa berkata apa-apa.

Dalam perjalanan balik, emosi gua dalam kereta dah makin tak tenteram. Fikiran gua berkecamuk. Gua rasa dirompak. Ini ker konsep bomoh patah?. Berlainan dengan konsep tukang urut tradisional, lokasi / point of pain akan di’kerja’kan betul-betul. Setiap sendi diurut cermat-cermat. Sakit memang la sakit. Sampai gua niat nak dendam dengan tukang urut tu sampai mati. Tapi, konsep bomoh patah nie memang agak ‘senggama minda’. Lutut gua langsung tak disentuh. Urut apatah lagi la. Siap dapat pengeras plak tu. Gua ada tanya arwah, berapa dia kasik pengeras. Kata beliau, pesan Mak Long Nab suruh hulur RM25++.

Perghhh! Sangat easy money!

Gua tensen!




Datang jauh-jauh, dia hanya urut kaki kusyen rumah dia?





P/S: Hari tu, campur duit minyak kereta Pak Ngah A'aq, duit mak gua terbang 50 ringgit. Gua bajet Mak Long Nab dengan Pakcik ‘M’ nie ada komplot.


P/S: Ending? Kaki gua tak baik pun...seminggu lepas tu gua pegi theraphy kat Klinik Azam. Baru lega. 
  


Gambar gua cedok dari Iejam :: Minami

3 comments:

ParkAir said...

dah tu kaki ko macam mana, ada baik macam kaki kusyen tu ke.

Sandokhan said...

ParkAir: Kaki gua tak baik pun...seminggu lepas tu gua attend theraphy kat Klinik. Alhamdulillah..lega la lepas tu. Senang gila bomoh tu dapat duit...urut kaki kusyen sendiri jer..tu yang gua bengang tuh!

Kenangan...LOL

Anonymous said...

“Bagi ja la berapa pun, asalkan ikhlas sudahh...” sambung orang tua itu sambil menyalakan sebatang rokok daun.

ko yang taip... baca la ulang2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...