Pergh, tak pernah gua upload gambar banyak camnie dalam entri lepas-lepas...
Bini gua memang seorang yang pemurah. Dan personally, gua rasa dia seorang event organizer yang cool. Sejak kawen dengan dia, selalu jugak la dia organize event makan-makan sesama bebudak AIGS. Dan yang paling latest, masa puasa ke-7 baru-baru nie, dia telah menganjurkan satu majlis IFTAR , potluck antara bebudak Lemeshor. Gua macam biasa, hal-hal bilis macam nie gua folo aje. Tak banyak bunyi.
Antara tetamu yang memeriahkan majlis adalah:
- Hastura & Ezhar
- Sapiz Jalil, Neny Terisya & baby Zara (betul ker gua eja nama nie?)
- Yusz, Fikri & baby Rania
- Gia Hazirah, Faie & Amer Hazwan
- Diyana Al-Fauzi dan pasangan misteri beliau.. :)
Kalo dah nama PotLuck, semua yang hadir takkan datang melenggang. Kami sebagai tuan rumah telah memprovide beberapa menu-menu 'kick' seperti Nasik Tometo Ayam Masak Merah + Daging Kurma bau kenduri kawen, bersama beberapa 'side-kick' yang lain seperti Jelatah dan Papadom. Manakala tetamu-tetamu yang lain masing-masing taknak kalah dalam memperagakan dishes-dishes mereka. Cuba lu orang usyar atas meja tuh...happening kan? Hehehe...
Marbeles,kan?
Berikut adalah beberapa gambar sekitar IFTAR. Lebih kurang mintak halal wehh...
Geng-geng suami terpaksa makan depan TV sebab rumah tak berapa besar. Sori la bros', rumah gua kecik je.
Diyana mendahului acara 'menyerang' nasik tometo diikuti dengan kaum-kaum isteri yang lain.
Sesi suap anak. Banker Permatang Pauh, sila training. Lepas nie gua rasa macam giliran lu aje
Acara makan terus berjalan walaupun gua dah sengkak perut membantai beberapa juadah awesome seperti donut-donut, kuih-kuih tradisional dan jugak air anggur. Bulan puasa tak boleh makan banyak memang perkara biasa bagi gua. Cuma gua heran apsal gua tak kurus-kurus jugak. Ada glitch dan imunisasi pertahanan badan kot? Ahh, gua merepek ala saintis plak.
Amer Hazwan tak larat nak beraksi. Dia tengah demam. Kesian...
Baby Zara & Baby Rania. Tengok aksi-aksi cute diorang buat gua rasa nak ada baby sendiri plak
Setel makan, kaum lelaki kelihatan amat berkobar-kobar untuk pergi menunaikan tarawikh, terutamanya gua. (Pffttt...) Ezhar offer nak drive. Gua, Sapiz dan Fikri folo. Malam tu, kami semua memang segak. Dengan songkoknya. Gua siap pakai baju nikah gua dulu. Sesekali Banker Permatang Pauh meragui tindak-tanduk gua, takut gua buat hal bukan-bukan. Ceh, gua bukan jenis cemtu larh...kahkahkah!
While geng-geng suami 'menghilangkan' diri, bini gua mengambil kesempatan untuk membuka kelas tutorial memasak kepada ahli-ahli AIGS yang lain. Seingat gua, subjek diorang malam tu adalah 'How to Make Cool Chocolate Muffin'. Bunyi macam senang,kan? Jangan tertipu, gua penah cuba-cuba nak try. Hasilnya, trip dulang pertama semuanya ke tong sampah. Last-last gua fedap, gua lantik diri gua jadi 'tukang makan' je la. Baru la nama suami, ye dop?
Ini scene biasa. Kita kaum lelaki dinasihatkan jangan kacau. Tegur pun jangan kalo boleh...
Dah sampai masjid, nak cari parking bukan main susah. Ramai sungguh warga-warga Sri Gombak yang menunaikan tarawikh di bulan puasa nie. Ezhar 2-3 kali tawaf masjid, parking tak jumpak-jumpak jugak. Pernah kami terpikir nak singgah kedai mamak je pekena teh tarik segelas sambil sembang isu-isu politik. Namun, kami meneruskan hasrat untuk ke masjid dalam mencari keberkatan beribadat. Amin...
"Tarawikh habih pukul berapa?" tanya Ezhar setelah mengais tuil signal kiri.
"Biasa kat kini buat 8 rakaat ja. Dalam pukul 9.30 habih la. Paling lambat dalam 9.45 camtu la." gua tambah selaku pemastautin tetap Sri Gombak.
"Ooo..sempat la kita layan Community Shield malam nie. Kick-off 9.30,kan?" Sapiz mencelah.
"Sempat...sempat sangat,bro..."
Lepas selesai solat Isya', gua berzikir sikit-sikit. Standby nak bertarawih. Gua bajet, tok imam bangun jer 'Assolatu jami'ah', gua terus terpacak berdiri. Jam di tangan baru pukul 9.05. Entah kenapa gua rasa cemas semacam. Padahal bukan Arsenal pun yang lawan. Manchester United lawan Manchester City jer pun. Mungkin disebabkan 3 bulan gua 'puasa' time weekend setelah tamatnya kempen liga Inggeris 2010/2011 agaknya. Pendek kata dah lama tak tengok bola, nafsu tu dah membuak-buak agaknya.
Namun, sangkaan gua meleset sama sekali. Tok Imam tak bangun-bangun, malah beliau membuka kitabnya lalu menjalankan sesi ceramah Ramadhan. Gua terpinga-pinga. Ezhar, Fikri dan Sapiz terus hilang tak tau saf mana diorang duduk. Setelah 10 menet ceramah bermula, baru la gua tau Masjid Sri Gombak nie, kalo time weekend memang ada ceramah. Ooo..mana la gua tau. 1st week puasa kot? Gua dengan Banker pergi time weekdays je. Memang arr jemaah buat 8 rakaat.
Ceramah masih berjalan, namun gua dari dok tengok jam tangan. Masa nie dah pukul 9.40. Malaun-malaun kat twitter dari tadi dok bising-bising 'Kick-Off' dah. Nie yang gua malas bawak iPhone datang tarawikh. Nafsu nak bukak twitter tu tak boleh gua bendung. Bila dah baca time-line, mula la gua panik. Time nie gua agak kusyu' gua dah berterabur ke mana ntah!
Pukul 9.55, baru la tarawikh start. Gua bersama-sama partner yang lain menjalankan ibadat seperti biasa. Terasa sangat sayu malam itu. Suhu pun sejuk jer, seakan-akan merahmati sekelian warga masjid. Kalo arwah mak gua tengok nie, tentu dia tersentuh. Scene nie amat terharu untuk gua ulas...
Oh ya! Scene tarawikh tamat pada pukul 10.25 malam. Ngam-ngam 2nd half baru kick-0ff.
Aksi santai geng-geng AIGS sambil menunggu kepulangan suami masing-masing dari Masjid.
Begitulah pengalamana gua di hari IFTAR dan Community Shield 2010/11. Setelah para tetamu bersurai ke rumah masing-masing, gua layan bola macam biasa. Malam itu, Man Utd menang 2-1. Padan muka City! Huh!
Disini, gua mewakili Banker Permatang Pauh ingin berterima kasih kepada karnal-karnales yang sudi datang ke rumah kami. Kehadiran anda semua memberikan keceriaan yang sungguh bermakna dalam diri kami. Kalo ada umur panjang, gua plak nak organize event makan-makan nie. Ingat bini gua je ker boleh buat. Huh!
Kepada Ezhar & Hastura, gua rasa lepas nie gua nak beli set Karaoke la. Hehehe...sila alert!
Maaf entri kali ini, paras penggunaan bahasa amat poyo.Tak kena dengan jiwa gua sebenarnya.
#LOL
...
10 comments:
saya sgt swonok membaca blog en.zahril...penggunaan bahasa yg mnyeronokkan...senang nk paham...hihihi...selamat berpuasa tuk en zahril n puan hani or known as Banker Permatang Pauh @ Kg. Belah Dua...hihihi
Wahh..
pasni kena updet iftar potluck soksek plak.. hehehehe
Ichigosan: Terima kasih atas kesudian anda. Tetapi mengenai penggunaan bahasa itu, adalah sangat merepek dan sangat tersasar dari sukatan KBSM. Malah saya sendiri rasa macam nak terjun dari KB Mall jika saya membaca kembali hasil tulisan saya. Apapun, terima kasih saya ucapkan dan selamat berpuasa untuk saudari juga. Jika boleh saya bertanya, ichigosan dan Ichigo Yachiiru, adakah dua individu yang sama?
Afam: Hehehe...Upder IFTAR Soksek penang kompem2 la hang kena buat. Untuk tatapan kami yang tak berkesempatan nih... :)
hahahaha!
aku pun baru nak tanya, ichigosan tu mariam ka.heheh!!
bdw congrats kpd ampa 2 sbb dh berjaya ada umah sendiri !!! aku plan lepas transfer ke JB br nak beli rumah n settle down kd sana!
bdw rindu time dgn hanie rad n diyana masa time kitorg single mingle p jalan2 penang dengan bailah ! how time fliess !!!
Kintan: Aku agak memang Yam..HEHEHE. Well, thnx fo da wish. Kami doakan transfer hang diluluskan cepat-cepat, so, dekat la bersama suami tercintan. Cantek jugak hang settle down kat sana. Nnt kalo melancong ke USS, bleh singgah rmah hang tumpang tido...kehkehkeh!
Memang betul komen ichigosan tu, aku tertarik g blog ko sebab gaya bahasa ko tu ibarat ko di depan mata aku bercerita... dan bercerita...
(p/s:- cantik ko hias umah, tak sia2 perabot baru)
aku kurang yakin dengan "pasangan misteri" aku tu...aku rasa cam aku mai sorg..hg ada nampak sapa2 mai ngan aku ka?? scary dowh...hahahhaa
hurm..mengenai statement aku menyerang dulu tuh...aku nk membangkang...hahaha...aku second last amek sebelum tuan rumah kot..banyakkk la aku serang dulu...aku bagi laluan kat puan2 semua untuk amek dulu...aku kan cik lagik!! muda lagik..so kena la bagi laluan...hahahah!!
apapun..nice house..love u ols...bila agaknya lagik leh gather2 cam tuh kan..
p/s: aku tak join sesi membakar muffin tuh...hehehe
ParkAir: Thnx dude! Aduii..lu saja buat gua tacing-tacing dan kembang dipetang puasa nie bai...kehkehkehkeh!
Diyana: Pasangan Misteri tu kira dorongan dan galakan saja, untuk kami cepat meratah nasik minyak anda. Ya ka hang orang paling last pekena nasik tometo? Maaf la, aku bz melayan bebudak tetamu lelaki..sampai tak perasan. Bila nk gather2 camnie? Well, kami doakan hang akan diposting ke KL kembali...mesti selalu bleh gather2...hahaha..*mulut jahat*
tarak hal punya ! siap pakej dgn tour guide skali !( aku dgn laki aku la!) heheheh!!!
apapun aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kt korang suami isteri !!!!
Kintan: Woah, cool! Thanks. Aku terlalu teringin sangat nak pergi ke USS nie. Bukan dah tahap sesekali punya teringin nie(macam lagu Shima), tapi dah banyak kali owh... #LOL
Post a Comment