Sunday, August 7, 2011

JPU : Day 4

Jurnal Puasa Ucin (JPU) : Day 4


  1. Hari ni gua kena travel ker Kerteh atas urusan kerja. Plannya, gua kena jemput member opis gua Risdi dekat Stesen Putra Gombak pukul 6.30 pagi. Lepas sahur apa yang patut, gua dah tak sambung tido balik dah (macam hari-hari biasa). Tapi, gua nak gi Kerteh nie, serba salah sikit sebab Banker Permatang Pauh tak berapa sihat. Risau plak gua bila dia terpaksa drive pegi opis sorang-sorang.
  2. Pukul 6.30 gua terpacak di Stesen Putra Gombak dengan WUS gua. Tup tup Risdi SMS, dia baru keluar rumah. Arghh, tekanan. Gua melopong dalam kereta sambil layan lagi Justin Bieber. Walaupun gua bukan seorang ‘Beliebers’, tapi ada la 2-3 lagu JB gua dapat siulkan dengan steady. Jangan main-main dengan gua.
  3. FYI, Risdi dah nak benti. So, tujuan dia heret gua ke Kerteh nie adalah untuk handover/train gua cemana nak buat PM (Preventive Maintenance) untuk IT storage NetApp. Gua sungguh-sungguh takmo pergi pada mulanya, sebab gua memang tak berapa ngam kalo main dengan storage. Kalo bab-bab setting Email Server, gua rasa gua OK!
  4. Risdi sampai pukul 6.50 pagi. Menyesal plak gua plan pakai janji melayu. Kalo gua kasik janji Cainis, gerenti mamat nie on-time! Kami gerak ke Kerteh sejurus selepas itu.
  5. Pukul 9.45 kami berdua dah keluar tol Jabor (bunyi macam lucah!). Ni kali pertama gua drive ke Kerteh. Jalan pagi tu sungguh steady. Gua tekan satu enam, satu lapan tanpa perlu pikir masa depan. Gua dah sound Risdi awal-awal, dia jangan gatal-gatal nak tido. Dah la gua tak tau jalan. Kang sesat sampai ke Besut, gua sekeh dia. Dia macam nak tanak jer layan gua.
  6. Dalam keta, Banker SMS gua. Dia kata dia nak amik MC sebab tak berapa sihat. Aiseh. Gua cemas sket. Bab-bab isteri sakit nie bukan boleh buat main-main. Kena cepat bertindak. Gua janji dengan dia, gua akan sampai sebelum berbuka. Gua akan usahakan!
  7. Hari nie kami nak kena cover 3 tempat. 1st tempat kat PPTSB (Petronas Penapisan Terengganu Sdn.Bhd), Petronas-PMO dan iPEC (iPerintis East Coast). Kami sampai PPTSB pukul 10.40 pagi. Kat sini la Risdi akan train gua cemana nak buat Preventive Maintenance kat NetApp storage. Kat sini pakai 2 disk shelves, 8 TB. PM nie, tak berapa susah sangat, lap-lap equipment, check-check LED dengan prepare PM report. Ceh, benda simple. Gua ingatkan nak ajar setting RAID-DP ka, ONTAP ke…teruja la sket. #LOL
  8. Cuaca kat Kerteh memang panas terik dowh. Nak-nak plak sepanjang-panjang jalan tu kiri-kanan power plant. Dia punya bahang memang super hangat. Risdi bagitau, suhu normal Kerteh adalah 38 darjah Celcius. 38-39 memang tak lari tiap-tiap hari. Baru pukul 11, gua dah terasa nak tunggang botol Tropicana Twister. Haus shiatt!
  9. Meeting kat PMO dengan iPEC. Ada beberapa focal person yang Risdi introducekan kat gua sebelum dia resign. Semua pangkat GM dengan Senior System Engineer jer. Terasa agak kecut sket. Kalo level-level exec macam gua, bleh arr gua bertepuk tampor. Dua-dua meeting setel pukul 2.50 petang. Risau plak gua kat Banker. Gua dah berkemas nak gerak balik KL.
  10. Orang kata, dah sampai Kerteh or Kemaman, keropok lekor, Satar, dan serbuk kopi Hai Peng memang jadi kemestian untuk dibeli buat buah tangan. Jalan balik dari Kerteh nak keluar ke Kemaman memang sedikit jem walaupun baru pukul 3.15 petang. Memang orang Kerteh jenis balik awal time bulan puasa. Heaven gila kerja kat sini!
  11. Banker SMS gua, dia kata dia baru balik dari ambik klinik. Tapi, dia bukan stakat bawak balik ubat, tapi dia bawak balik 2 barang best. Nak tengok, sila balik cepat. Aiseh, bini gua nie main suprise-suprise plak. Gua drive balik pun tak berapa tenang. Eksaited, apa benda la bini gua nak tunjuk nie? Dalam kepala gua, mesti Domino’s Pizza, takpun set Gerudi berjenama Black Decker. Set gerudi? Macam mustahil pun ada sikit-sikit.
  12. Gua dengan Risdi singgah Kemaman beli buah tangan. Gua angkat Satar 10 bijik, keropok lekor RAW 2 bungkus. Keropok-keropok lekor kat Terengganu dijamin lebih ikan dari tepung. Warna pun lain, rasa lagi la mantap! Risdi tibai 2 bungkus air nira, pulut panggang 10 bijik  dengan air kelapa Madu 2 bungkus. Saja buat standby, takut-takut stuck kat highway, ada air nak buat berbuka. Kami gerak balik secepat mungkin. Kami kalo boleh takmo berbuka puasa bersama dalam kereta, terasa amat gay disitu.
  13. Gua lepas Temerloh pukul 5.45 petang. Prestasi pemanduan gua pun tak berapa steady sangat dah, sebab gua asek memikirkan apa la ‘2 benda’ yang Banker katakan tadi. Gua maintain satu empat ja. Malang tak berbau, sial betul ada polis lepas Temerloh tu. Tak pasal-pasal gua kena speed-trap! Argh,  malang sangat trip gua hari ni!
  14. Berjaya Exit tol Gombak pukul 6.50 petang. Drop Risdi kat Stesen Putra Gombak, gua rush balik rumah. Kelihatan Banker tersenyum bukak pintu gate. Sesekali beliau angkat kening tanda tak sabar-sabar nak revealkan ‘surprise’ yang beliau maksudkan. Gua park kereta kemas-kemas, then masuk dalam rumah.
  15. Gua bukak pintu…..dan…..(ark)
  16. Gua terduduk. Kepala lutut gua rasa sedikit goyang. Dada gua berdegup kencang, diikuti goose-bump di keliling tengkuk. Macam orang yang baru nampak hantu, mulut gua tak putus-putus melafazkan ‘tiga ratus…..tiga ratus….tiga ratus….tiga ratus….’



P/S : Gua tak sangka bini gua beli betul-betul. Inilah scene MC yang paling rare yang pernah gua tempuhi. Balik dari klinik, bukan stakat bawak balik ubat, siap bawak perabot skali. #LMAO


P/S : Agak-agak koghang, saman speed-trap berapa ek? Tiga ratus kan? Gua dah nak kena start kumpul duit nie...

3 comments:

ParkAir said...

Steady gak keje ko ek. PM memang biasa check2 gitu je.

Orang kata kalu bukak lampu di siang hari mesin speed trap x dapat trace number plate. Nak sahih panggil myth buster. Rasanya memang kompom 3ratus!

velasrizal said...

pegh tu namanye bini syg lebih heheh

Sandokhan said...

ParkAir: Aiseh..ye ke? There goes ma'money..arghhh!!!

velasrizal: Alhamdulillah...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...