Showing posts with label lame-ass. Show all posts
Showing posts with label lame-ass. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Posting a video on Youtube (First Attempt)



Seumur hidup aku yang dah masuk 3-series ni, tak pernah lagi aku buat hal bukan-bukan seperti selfie dan menyimpan misai seperti Mister Potato. Apatah lagi memuatnaik video di Laman YouTube untuk tontonan segenap lapisan masyarakat. Memang aku tak pernah buat. Pendek kata, Youtubers yang betul-betul boleh hidup dengan hanya makan adsense dan elaun dari traffic ni jarang-jarang berlaku. Cuma mereka-mereka yang 'terpilih' dan takde komitmen kereta dan housing loan saja yang mampu buat benda-benda macam ni.

Aku?

Aku x hensem bhaii. Nak upload muka sendiri dekat Instagram pun aku x berapa berkenan. Apatah lagi nak buat video-video kelakar macam Mat Luthfi, Ryan Higa, Smosh, Tree Potatoes (Foxy the sexeh!) dan ramai lagi. Sungguhpun begitu, sedikit sebanyak aku terpendam jugak niat nak buat channel sendiri di Tube tersebut. Cuma, bukan video-video yang memaparkan jerawat-jerawat dan kesan jeragat di muka aku ni yang akan dipertontonkan. Aku punya dream (cheewah....dream tu!) sebenarnya nak buat channel walkthrough aku sendiri di Youtube. Ya, walkthrough game.

Lemme Tap Dat' Ass

Huh!

Asal tajuk mengundang ereksi saja, gerenti ada yg click. Kehkehkeh! Biasa la, dah nama pun manusia bernafsu. Aku pun kadang-kadang terkelendat jugek.

Hah, apa aku nak bagitau ni?

Scene game online ni, sebenarnya aku dah lama tinggalkan. Dulu masa study kat Universiti, scene game online memang tengah up kaw-kaw time tu. Yes, aku x main ROSE Online, tapi masa tu aku adalah batch yang terawal main Thang Online. Hmm, kisah nya bermula bila mana aku, Teddy dan Adi Germocks balik Melaka awal dari tarikh biasa. Masa tu cuti semester, dan ramai diantara kami yang masih lagi spent cuti di kampung masa tu. Entah kenapa aku terasa nak datang Melaka awal, mungkin disebabkan masa tu arwah mak aku takde kat rumah. Ada rombongan JKKK pergi melawat Taman Burung kat Penang kot.

Wednesday, May 2, 2012

Gurauan Berkasih...#1

Suatu petang, ketika dalam perjalanan balik ke rumah dari opis, tunggangan gua terbantut di persimpangan Jalan Ipoh nak menghala ke Sentul kerana hujan tiba-tiba turun secara lebatnya dengan tiba-tiba. Biasalah, hidup di KL sebagai pengunggang motorsikal ni, memang dah sinonim dengan hujan. Gua laki bini sememangnya dah lali dengan hujan-hujan rahmat sebegini.

Baju kami berdua dah start basah. Trafik di Jalan Ipoh dah start sesak, sampaikan gua yang bermotor ni nak menyelit pun susah. Bini gua yang sedap membonceng di belakang tak habih-habih menepuk bahu gua suruh berhenti kerana beliau takut akan jalanraya yang dah bertukar licin. Demi keselamatan beliau, gua memberhentikan motor di sebuah perhentian bas yang tak dikenali.

“Cemana ni? Baju dah start basah…” tanya Banker yang sedang menggigil kesejukan.

“Tu lah..nak redah tak? Alang-alang baju dah basah?” balas gua sambil menunjukkan jari ekselen.

“Redah? Lu gila ka? Kan hujan lebat tengah jalan tu...?” bentak beliau dengan tone sedikit hangin.

Gua tersenyum.

Setelah keadaan kembali pasrah, gua membalas:

“Alah..takpe. Hujan lebat kat TENGAH jalan. Kat TEPI jalan tak hujan...”



Moral of the story: Tak semua benda kita boleh bergurau...

Thursday, April 26, 2012

Dalam Keterpaksaan (Part I)


Satu hari tatkala suasana hening pagi membiaskan mood-mood untuk melelapkan mata, gua ke opis seperti biasa. Pendek kata, jika bekerja makan gaji nie, tak boleh lah sesuka hati nak memonteng apatah lagi sengaja hendak mengunjungi kelinik untuk memohon sijil cuti sakit. Itu semua boleh mengundang padah di kemudian hari, dan secara langsungnya tidak layan untuk di’crownekan sebagai Employee of The Month.

Seperti biasa, setiap pagi bila gua sampai opis, perkara pertama yang gua akan buat adalah bukak pintu opis. Hehehe..OK, bodoh juga lawak itu. Perkara pertama yang gua akan buat adalah gua akan meluru pergi ke bilik server untuk memastikan kefungsian beberapa-beberapa pelayan (pelayan?) penting sebelum semua staff dapat memulakan kerja seperti biasa. Itu normal bagi seorang IT dude di kampeni ini.

Tiba-tiba…

“Bedebub!”

Bahu kanan gua ditumbuk sekitar kelajuan 10.5 knot menentang arah angin. Gua tersentak dan terus berhenti dari memeriksa server-server tersebut. Dengan airmuka yang buat-buat terkejut, gua serta-merta menoleh ke belakang bagi mengenalpasti sapa yang ganas sangat main gurau-gurau kasar pagi-pagi ini. Boleh tahan sengal juga dia punya effect.

Owh, Ona rupanya. Budak department account.


“Adoi...kau nie, tak padan dengan kecik. Tumbuk mengalahkan Manny Paquiao. Sakit tau tak?” bentak gua dengan tone yang sedikit tinggi.

“Hah! Tahu pun…kau ni selalu kan mempermainkan perasaan orang? Bila kau nak sambung entri ‘CEMAS’ part 2? Malam aku sunyi tau tak, takde bahan bacaan?” tegas Ona dengan muka sedikit bengis.


Gua terkedu.


“Err…nanti lah. Gua tengah tak ada idea nie. Nanti kalau dah dapat petunjuk, gua upload lah” jawab gua perlahan.

“Yelah…ye lah.” balas beliau ringkas sambil berlalu pergi. 

Dia punya muka still kemerahan. Bengang belum surut lagi agaknya.


***


Sambil mengusap-ngusap kesan tumbukan tadi, gua masih mampu tersenyum. Biasalah, hero mana boleh tengking-tengking perempuan. Ada pernah lu orang tengok Iron Man tengking The Black Widow masa diorang bekerja dalam agensi S.H.I.E.L.D? Pernah?

Tak ada kan?

Monday, July 25, 2011

Slowpoke #1



Tanya pak lebai Google pun tak jalan, gua dah fedap!

“En.Fakhri, camno kita nak tahu jenis-jenis lori nie?” tanya gua yang agak kebingungan.

“Jenis-jenis lori? Maksud kamu?”

“Lori pindah barang. Cemana nak tahu lori tu jenis 1 tan ke, 3 tan ke? Risdi bagitau kira tayar lori. Saya rasa dia tiaw saya jer...?” terang gua dengan nada yang bersungguh-sungguh.

En.Fakhri diam seketika. Perlahan-lahan dia merungkaikan earphone yang terlekat di telinga. Sambil  tersengih dia membalas:

“Kira tayar?. Orang tak kira tayar dah skang...”
“Habih tu?”
“Penah tengok tak kat pintu lori ada tulis BDM dan BTM?”

Gua tercengang. Rasa macam selalu jer tengok, tapi tak pernah terlintas langsung rasa nak Google apa maksud acronym tuh.

Sambung beliau lagi:

“BDM tu, BERAT DENGAN MUATAN. BTM, BERAT TANPA MUATAN. Kalau kamu nak lori 3 tan, cari la BDM 3000kg or more. Lebih-lebih kurang camtu la. ”

Gua mengangguk keriangan. Hari nie gua belajar perkara baru. BTM & BDM. Mungkin info nie takkan masuk exam PTD atau mana-mana peperiksaan kelayakan menjawat jawatan awam, tapi cukuplah sebagai pengetahuan am yang perlu agar tidak dikencing oleh pengusaha-pengusaha lori.

OK! Sambung balik survey lori murah-murah.



~tamat!



Gambar  gua cedok dari IklanMudah.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...