Showing posts with label facepalm. Show all posts
Showing posts with label facepalm. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Cemas (Bahagian I)

“Berapa lama hang balik kampung ni, Mat?” sapa Tokwan gua yang sedang menebas lalang-lalang panjang di gigi batas sawah.

Gua terdiam. Nyata soalan mudah yang keluar dari mulut orang yang gua sayang itu sungguh berat untuk gua jawab. Jauh di sudut hatinya, gua tahu yang dia mengharapkan cucu kesayangannya itu dapat meluangkan masa lebih lama menemani beliau di kampung dan bukanlah hanya sekadar balik kampung di cuti hujung minggu.

Berat juga gua hendak menjawab. Walaupun, hakikatnya gua balik memang balik sekadar menjenguk tokwan gua yang tinggal berseorangan di kampung sejak kematian arwah mak gua. Dulu ketika arwah hidup, dengan arwah sajalah dia dapat bercerita dan berceloteh. Namun, arwah terlebih dahulu menyambut panggilan Ilahi. Kasihan gua melihat tokwan. Jika hendak diikutkan hati, hendak saja gua berhenti kerja di KL dan terus menetap di Parit Buntar. Namun apakan daya, kekangan peluang pekerjaan di pekan kecil ini begitu terbatas, dan potensinya tidak sebesar di Kota Kuala Lumpur.

Pangkin sebesar reban ayam, menghadap 4 ekar tanah bendang milik tokwan sudah menjadi tempat gua termenung sejak dulu lagi. Pangkin inilah sering memberi ilham dan dorongan yang kuat untuk gua merantau dan mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur. Dan pangkin inilah tempat yang akan gua habiskan masa jika pulang menjenguk tokwan. Mungkin suasana kehijauan sawah padi, dan lenggokan lalang-lalang dipukul angin petang adalah ‘zen’ yang dapat menenangkan hati gua yang berkecamuk memikirkan hal-hal kerja di pejabat. Ahh..persetankan hal kerja. Gua di kampung untuk berehat.

Sebatang rokok LM Merah yang ada features picit-picit mint di puntung, gua cucuh serta merta. Asap yang disedut gua hembus perlahan. Sayup-sayup hilang ditiup bersama angin petang. Tuhan sahaja yang tahu betapa tenangnya gua melayani perasaan ketika itu.

“Entah la Tokwan. Esok (Ahad) Mat dah kena balik Kelumpo dah. Biasa la. Hari Isnin dah mula kerja balik…” jawab gua perlahan.

Tokwan tersenyum. Namun, kekelatan disebalik senyuman itu dapat gua rasa. Kepiluan hati seorang tua yang inginkan perhatian dari cucunya sedang gua fahami dalam-dalam. Tapi, apa nak buat. Jika gua tidak kerja, siapa yang mahu bagi gua makan? Siapa yang mahu beri isteri gua makan?

“Takpalah…nanti-nanti hang boleh balik lagi. Jangan tak balik langsung, sudah la. Kalau hang balik, dapatlah aku makan sedap sikit. Hani masak sedap sungguh.” balas orang tua itu.

Gua tersenyum. Bila tokwan dengan yakin mengatakan yang bini gua power bab-bab masak, perasaan sungguh bangga itu membuak-buak di dada. Ya lah, sapa tak bangga ada isteri yang dipuji pandai masak. Mungkin disebabkan kemahiran memasaknya yang tinggilah, tahap kebuncitan perut gua ini dijadikan kayu ukur oleh rakan-rakan sepejabat. Ya lah, sejak kahwin ini, saiz pinggang seluar kerja gua dah 2 kali terpaksa di’modified’. (Modified?). Eh, alter. Kadang-kadang, hal ini gua sendiri yang salahkan Hani. Disebabkan dia masak sedap-sedap, gua yang terima padahnya.

Gua tergelak. Tokwan pun tergelak. Kami sama-sama terkekeh-kekeh nyaring di pangkin belakang rumah. Hani yang sedang memasak di dapur rumah serta merta menjengah ke tingkap. Mungkin dia ragu-ragu tentang apa yang kami bualkan. Takut-takut kami ada terkutuk beliau, mungkin?

“Eh, gelak-gelak jugak. Aku yang sorang-sorang dok tebas lalang ni, hang boleh tengok saja? Pi masuk bawah beranda tu, ambik lagi satu sabit. Aku dah rasa nak sakit pinggang dah nie buat soghang-soghang!” serta merta tona nada tokwan berubah apabila dia baru tersedar yang cucunya cuma sekadar tolong tengok beliau menyabit lalang.

“Eh..sori tokwan. Terlupa la. Ha’ la...Ha’ la..Mat pi ambik sabit bawah rumah sekarang jugak” balas gua sambil menggaru-garu kepala. Dah lama gua tak kena jerkah dengan tokwan. Tak sangka ‘Thu’um’ beliau masih dasyat seperti dulu. Tak sia-sia gua ajar beliau main #Skyrim time-time dia lapang di rumah.

Ketika gua baru turun dari tangga pangkin dan menyarungkan selipar, kelihatan Hani tergesa-gesa keluar dari pintu belakang rumah dan berlari mendapatkan gua. Dari riak mukanya, seperti ada benda yang penting hendak disampaikan. Dahinya berkerut. Keningnya bergerak-gerak ralit tanda memikirkan sesuatu.

“Kenapa nie, sayang” tanya gua sambil cepat-cepat memadamkan api rokok. Takut-takut kalau isteri gua tahu yang gua merokok kembali, mengamuk pula dia.

“Entah la. Kat depan tu…ada 2 orang datang. Kereta Perdana Executive. Siap bersut bagai. Nampak gaya macam lawyer dan polis bantuan. Siapa tu bang? Abang ada buat salah ke?” tanya Hani yang kelihatan sedikit resah.

“Mana la abang tahu. Bil kredit-kredit cards semua abang dah bayar. Loan kereta, loan rumah rasanya tak ada yang outstanding. Kenapa pulak depa mai serang sampai ke kampung?” gua dah mula membuat andaian membabi buta. Itu perkara biasa kalau gua berhadapan dengan scene-scene cemas seperti ini.

“Hang pi la tengok sapa mai tu. Toksah dok merepek kat bendang ni. Pi tengok, lekaih!” marah tokwan kepada gua. Baginya, lagi lama gua merepek tanpa usul periksa, makin cemas Hani jadinya nanti.

Tokwan menggenggam erat sabit di tangan kiri. Itu jam gua rasa tokwan gua serupa ‘Kodlak Whitemane’ dalam Skyrim. Bersedia bertempur dalam apa jua kekangan yang menggugat keluarga. Mungkin dia memiliki darah berketurunan orang kampung Mahsuri agaknya? Entah la, mana gua tahu! Hani masih lagi diulit kerisauan. Takut kalau apa-apa jadi pada gua, dia tak mahu tinggal berseorangan.

Berat hati gua nak melangkah pergi ke halaman rumah. Namun, walau apapun yang terjadi, gua mesti berdepan juga dengan ‘tetamu tak diundang’ yang masih gagah berdiri di halaman rumah tokwan. Perasaan sugul, bercampur-baur bertimbal-balik. Gua akui gua memang sedikit phobia dengan ‘orang undang-undang’ ini sebenarnya. Adalah cerita gua yang berkait, namun gua memilih untuk merahsiakannya dari diketahui umum. Takkanlah semuanya nak cerita, ye dop?

Pelan-pelan gua melangkah menuju ke halaman rumah, meninggalkan Hani dan tokwan yang terpinga-pinga memikirkan apa pula bentuk jenayah yang gua dah tersalah lakukan. Dada gua ini tidak berhenti-henti degupnya. Tengkuk gua meremang (orang putih kata Goosebumps) dan tapak tangan gua tak sudah-sudah berpeluh. Jika apa-apa berlaku kepada gua, gua hanya mampu fikir tentang masa depan dan keselamatan Hani.

(Ya Allah…selamatkanlah hamba Mu ini)


***

“Assalamualaikum. Ini Encik Mohd Zahril kan?” sapa salah seorang individu yang kemas bersut hitam. Di tangannya kemas tergenggam sebuah sampul besar berisi dokumen. Serta merta dia menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Gua sambut salam beliau dengan tona suara yang agak risau.

“Wa’alaikum salam. Ya, sayalah orangnya tu. Ada apa ni, encik?”

“Saya Kortubi Salleh, peguam dari Kuala Lumpur. Dan ini pengiring saya, Inspektor Samad dari IPD Brickfields. Dah lama saya menjejaki encik. Tak sangka kita berjumpa juga di Pekan Parit Buntar ini. Sebenarnya saya ada hal penting yang hendak dibincangkan dengan encik. Err…boleh kita berbicara sebentar?” jelas lelaki tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Kortubi’.

Peh, nama sangat rare. Ada lagi ker orang nama ‘Kortubi’ sekarang ini?




(bersambung...)

Thursday, February 16, 2012

Kerol & Mael (Liga Juara-Juara)



Kerol:   Aku dengar team kau ‘sayor’ dengan AC Milan kan pagi tadi? 4-0 tuh, Mael. Apa crita, bhaii?

Mael:   Yer la..yer la. Aku tau la Arsenal kalah. Tapi, memang Arsenal main teruk malam tadi. Tactical  tunggang langgang. Koscielny & Sagna senang saja kena ayam-ayam dengan Ibrahimovic.

Kerol:   *gelak tutup mulut*  Yang Wenger komplen padang San Siro tu apa cerita?

Mael:   Padang San Siro bagi aku, agak tak masuk akal sebenarnya. Aku perasan, kat tengah-tengah jer nampak cantik, tapi kat bahagian winger, kiri-kanan padang agak becak dan berlumpur. Arsenal punya winger kiri-kanan macam tak ada fungsi langsung. Ya la, nak main wing-play macamana, padang serupa Nokhorom!

Kerol:   Dah kalah…nak salahkan padang la plak.Typical Gooners!

Mael:   Aku tak la salahkan padang. Arsenals were terrible last night. Kami kalah fair & square.

Kerol:   Izinkan aku gelak sekali lagi. Hahahahaha.

Mael:   Eh, kau ni. Dah 4 tahun aku kenal kau. Tapi aku tak pernah tahu kau sokong kelab apa. Kau fan apa nie, rol?

Kerol:   Heh! Aku? Mestilah Manchester United, the best football club in the world! *sambil angkat-angkat kening*



* bunyi cengkerik *



Mael:   Owh…kelab yang main Europa League tu, kan? KAH KAH KAH  KAH KAH KAH KAH!

Kerol:   Binawe!


Kerol & Mael (Interview)


Mael: Eh, kau masih keja tempat lama lagi, Rol?

Kerol: A’a, kat tempat lama lagi. Dah masuk 4 tahun aku kat sini.

Mael: Owh, aku ingatkan kau dah chow. Eh, aku tengok dari tahun lepas status fesbuk kau kencang-kencang. Interview sana-sini, semua update kat situ. Takkan satu pun tak kena, bro?

Kerol: Entah la bro...quite banyak jugak aku pegi interview tahun lepas. Banyak jugak yang aku short-listed. Last-last haghammm...

Mael: Sabar la bro...ada rezeki kau ler tu nanti. Apa yang tak kena,ek? Kau tak friendly kot time interview? Gaji kau demand macam level-level VP?

Kerol: Kau ni…..bercakap macam orang tak cukup akidah. Apa gila aku nak demand tinggi-tinggi? Aku demand based dengan aku punya experience la. Aku nie punya dah habih friendly dah. Tu pun still tak dapat-dapat lagi.

Mael: Kahkahkah! Rilek la bro…Chill chill. Aku gurau saja.

Kerol: (terdiam menahan panas di hati)

Mael: So skang, kau buat apa? Cuba dan terus mencuba la yer?

Kerol: Nampak gaya macam tu lah. (sambil menyalakan sebatang rokok)

Mael: Keep on trying bro. Jangan give up. Kau nie aku tengok setakat nak short-listed tu, senang sangat kau boleh qualify. Cuma nak lepas short-listed tu yang kau selalu sangkut. Heran jugak. Apa yang tak kena dengan kau ni?

Kerol: Entah la, aku dah habih pikir dah. Nak kata hensem, muka aku orait juga. SPM aku ada, Degree aku ada. Pointer tu kucar-kacir la sikit.

Mael: Hurm…kalau boleh aku bagi cadangan la kan, apa kata….lepas nie kalau kau pergi interview, kau pakai cermin mata. Alarh...yang palsu-palsu pun tak apa.

Kerol: Cermin mata? Aku tak rabun la...cadangan kau tu, cuba setting ‘genre’ dewasa sikit. Adoyai...

Mael: Alarh...kau ikut jer cadangan aku ni.

Kerol: Err..apa rasionalnya pulak dengan next interview aku? Macam tak masuk jer cermin mata dengan sessi interview?

Mael:  Bila kau pakai cermin mata, muka kau nampak ‘nerd’ sikit. So, cerah sikit harapan kau nak dapat kerja. Trust me, sesetengah kampeni suka hire orang nerd dari orang yang mengaku kacak, kalau kau nak tahu.

Kerol: Dah aku dilahirkan tak nampak macam nerd, nak buat macamana. Tak mo lah, ridikeles la idea kau ni.

Mael: Seriously bro, aku rasa better kau pakai cermin mata. Sebab…

Kerol: Sebab apa?

Mael: Kalau tak pakai cermin mata, muka kau macam ‘orang pecah rumah’.

Kerol: ... 




Friday, February 3, 2012

Prank?

“Zaril, nampak gaya kau kena pergi jugak Bintulu hari ni. Flight ko petang nie pukul 1.50. ” kata bos gua setelah puas bertekak dengan beberapa krew kapal mengenai ketidakfungsian rangkaian kompiter mereka di atas kapal di Bintulu.

Bila bos gua mood tak tenteram, gua tak berani nak argue lebih-lebih. So, sebagai staff yang menurut perintah, gua ikutkan aja, dengan harapan KPi gua bakal mantap menjelang bulan Jun nanti.

“Tapi bos, Wireless Router tak beli lagi. Takkan saya redah macam tu ajer?”

“Nah, kau amik NetGear ni. Nanti kau setup balik, ganti router 3Com atas kapal tu. Aku rasa router tu yang buat connectivity problem tu.” balas beliau sambil menghulurkan sebuah kotak bertulis ‘NetGear’ diatasnya.

Netgear? Alamak...gua amat tak suka dengar nama brand nie. Equipment mereka melecehkan! *gulp*

“NetGear nie memang lain sikit cara setting dia. GUI dia tak sesenang DLink, TP-Link ataupun Cisco LinkSys. Tapi tak apa, Setup Manual ada kat dalam. Kau base dari manual saja.” balas beliau sambil tersenyum. Agaknya dia perasan dahi gua berkerut tatkala mendengar perkataan ‘Netgear’ yang terpacul dari mulut beliau sebentar tadi.

Gua ambil tanpa banyak bunyi. Dah kemas barang apa-apa yang patut, gua gerak meninggalkan opis menuju ke LCCT. Lagi 2 jam flight nak berlepas. Harap-harap kapaltebang Tony Fernandes sanggup tunggu gua.


***


Tiba di Bintulu, dia dijemput oleh seorang agent yang diupah untuk menguruskan hal-hal evakuasi dan pengangkutan sewaktu gua menjalankan tugas di Bintulu Port. Menurut bos gua, kapal kampeni tempat gua keja sedang berlabuh di Pelabuhan Pasir Putih, dan mereka sanggup melanjutkan perjalanan mereka ke tengah laut selama 2 jam dengan harapan gua dapat memulihkan kembali kondisi kefungsian internet mereka.

Turun saja dari van agent, gua terus meluru masuk ke kapal dan berjumpa dengan Kapten Wong. Setelah beliau brief apa yang patut, gua terus memulakan kerja. Satu persatu cable network gua check. Satu persatu jugak lah network port gua test supaya gua faham masalah mereka. Bak kata bos gua, internet adalah sumber nyawa orang kapal. 2-3 bulan duduk di laut, internet saja la sumber suratkhabar mereka untuk mengetahui apa yang terjadi di darat. Fesbuk pun tidak terkecuali juga. Sesekali bila upload gambar bergambar sebelah enjin kapal, rasa steady juga sebenarnya. Orang kapal kata la, gua mana tau sebab gua dah resign fesbuk!

Sah! Gua dah jumpa masalah dia. 3Com wireless router mereka memang ada problem. Sejam lebih juga gua naik turun deck - cabin crew - mess hall - captain's room - engine's room nak detect problem. Balance ada lagi 50 minit sebelum pukul 9.30 malam. Kapten dan anak-anak kapal dah panas bontot nak meninggalkan port sebab dah kurang ampuh menjawab panggilan dari klient mengenai bila nak bertolak ke destinasi.

Cepat-cepat gua keluarkan NetGear yang gua bawa tadi untuk disetup. Riang juga hati gua itu jam, sebab problem sebenar dah boleh kompem. So, lojiknya selepas gua tukar router ni, segalanya akan selesai dan gua boleh balik hotel untuk pekena mandi air panas seround dua. Ya lah, badan pun dah bau kambing ni!

Namun, langit tak selalunya cerah. Bila gua selak jer NetGear punya manual:

Bahasa Cina?








P/S : Kapal berjaya juga berlayar malam tu....tapi selepas another 30 minutes delay.

P/S II : Gua dan 'NetGear' skang dah declared musuh ketat!



image credit to DocumentingReality

Wednesday, January 25, 2012

Demi Cinta Ini...

Masyarakat kita ramai jugak yang bashed MasterChef Malaysia. Ada yang kata plot reality nie tak ubah macam scene-scene drama dalam Akademi Fantastika la, too much tears la…bla bla bla.

Namun, jika kita perati pada satu sudut yang sedikit positif, kerana rancangan ini la membuatkan ramai antara kita (especially kaum-kaum adam) merendahkan ego mereka menapak ke dapur just to cook something. Gua juga tak terkecuali. Ada satu strange feeling yang buat gua rasa tenang bila tengok peserta-peserta MasterChef meracik-racik bawah putih dan menjerit “MEDIC!” ketika pisau secara tak sengaja menghiris jemarian mereka. Fuh, demi menyediakan sepinggan hidangan yang berkualiti, darah mengalir sedikit tak dihiraukan. Mulia sungguh profession ini (sob sob sob!)

So, semalam entah apa setan merasuk minda gua, memintal-mintal nafsu ini untuk melampiaskan keinginan menurukan teknik kebatinan dan penyajian makanan. Perut pun dah lapar super gila babeng, dan nyatanya semalam mood gua nak start motor pegi beli makanan kat luar tak kelihatan langsung, disebabkan Banker Permatang Pauh tak berapa sihat.

Bila sampai di dapur, gua selak kabinet paling atas skali, tempat bini gua menyimpan koleksi buku resipi beliau. Fuh, banyak juga buku resipi dia. Gua ingatkan selama nie dia masak bukak blog through iPhone saja. Sehelai-sehelai muka surat gua selak, cari juadah yang mampu gua sediakan. Biarlah juadah tu nampak ringkas, namun masih mampu menambat tekak bini gua yang sedang lesu dihujani bingkisan-bingkisan bakteria nakal. Percubaan kali pertama gua untuk memasak buat bini gua ini bukan satu kerja mudah. Memerlukan penelitian yang maksima dan keazaman yang super.

10 minit telah berlalu. Selak punya selak, 

Err...Lada Capsicum? Broccoli? Mana nak cari?

Last-last gua give up!

***


Namun, demi cinta, gua terpaksa mengambil langkah yang agak drastik... 

"Nugget Ayam" - Juadah penyelamat air muka lelaki!

Hasilnya...

Malam tu Banker Permatang Pauh mengunyah naget-naget tersebut dengan mata yang bergenang. Bergenang samada terharu atau hati beliau hancur luluh, tu gua tak pasti la pulak.

But hey, at least gua masak, ye dop?

Hidup #MasterChef !

KAH KAH KAH!

Tuesday, January 17, 2012

Kenapa Itu Yang Ditanya?

Beberapa hari lalu, gua ada attend satu interview kat satu kompeni yang power di KL Sentral. Cuak memang cuak beb. Sehari sebelum interview gua dah tak berapa tenang sebenarnya. Dalam invitation for interview email, yang tukang interview gua tu Vice President beb. Bukan bilis-bilis punya orang.

Maka, hari yang dijanjikan telah tiba. Gua sampai di lokasi 30 minit lebih awal. Hati gua setting setenang yang mungkin. Harap-harap tak ‘fakap’ time temuduga. This is it! Another attempt of upgrading my personal ‘rice-pot’. Gua dapat bayangkan this is going to be a helluva interview. Tapak tangan gua dari tadi asek berpeluh saja. Entah apa yang sejuk sangat bilik temuduga ni gua pun tak tau. Padahal aircond pun tak bukak!

Sejurus beberapa minit selepas gua melabuhkan punggung di kerusi bilik mesyuarat, masuk 2 orang lelaki berbangsa Cina yang bersut siap pakai vest lagi. Hullamak, kagum-kagum. Dia punya vice president tu kalau sekali gua perati macam Roberto Mancini la pulak. Seorang lagi agak friendly, memperkenalkan dirinya sebagai Chen. Yang Roberto Mancini tu nama dia Douglas.

Setelah keduanya melabuhkan dubur mereka diatas kerusi, tiba-tiba Douglas terpandang gua punya lanyard opis. Mata galak memerhatikan lanyard gua yang tertulis ‘Arsenal Malaysia’.

“So, you are a supporter of Arsenal?” tanya beliau tersenyum.

Gua tersentak. Alamak, cemana gua boleh lupa tanggal lanyard pass kerja nie pulak dah!

“Err..yeah.” jawab gua serta merta sambil cepat-cepat menanggalkan lanyard straight simpan dalam beg.

“So, I heard that you guys got beaten by the EPL new comer, eh?”

“Yeah…that’s what the newspaper said.” Senyum ja gua. Padahal dalam hati dah start membara.

“OK. Your first questions, what do you think of the match? I want your honest feedback. Go!”

Gua terkedu. Dahi gua berkerut sekali sekala. Chen dari tadi tersenyum melihat gelagat gua yang agak loss dari konsep interview ni sebenarnya. Power sungguh interview nie. Tak la secemas yang gua sangkakan. Siap interview pasal EPL lagi. Dia ingat gua apply untuk jadi Sports Section Journalist ka apa?

Tapi bila pikir-pikit balik, maybe jugak tu salah satu interviewer’s method untuk menenangkan candidate mereka. Ya la, mana ada makhluk yang tak cuak bila datang interview. Pat Rice dulu datang Highbury nak interview dulu pun dia terkincit. Apa, tak tahu sapa Pat Rice? Sila pergi jahanam.

Namun, sebagai hero, malu la gua pakai lanyard merah nie kalau gua tak boleh membalas pertanyaan Douglas tadi. Orang dah menjual, kita kena la beli. Mana gua nak letak muka ni kalo Thierry Henry tahu gua tak boleh nak kasik feedback, ye dop?

Well, basically I think Swansea deserve the win. They claimed that they played a total football, and they did! Arsenal got beaten (at their turf) fair and square. And I respect that.

To be honest, there were so many problems on Wenger tactical list and his starting first-eleven. I watched the entire game until the final whistle. Per Mertesacker still not the right answer to solve our defense system. If only we had Thomas Vermaelen that night to enhance the leaky defense, I guess we still got the chance to bring at least 1 point to Emirates. Both left & right defenders were miserable. Djourou was not talented enough to replace the injured Bacary Sagna. And Miquel, ohh…you don’t want me to start describing this kid. He was a total loop-hole.

We know Swansea is a Wales professional football club….and Ramsey is from Wales alongside Gareth Bale & Ryan Giggs. Somehow I questioned Ramsey’s credibility playing against his country men. Whether he felt awkward, or demoralized from the ‘boos’ or somebody offered enough ‘paper’ in his pocket. Sheesh! Most of his passes were utterly ridiculous, and our midfielders were a total joke without Arteta and Gervinho. Lack of creativity has cost us the match

Well, what about Van Persie? Did he play?” tanya Douglas lagi.

Yeah, along side Thierry Henry. Even with that strong combination of forwards, but without a creative midfielder, the match was not fun at all.” gua kasik satu ending yang paling power dalam sejarah interview yang penah gua pegi.

Douglas & Chen mengangguk-angguk tanda faham. Samada diorang faham atau diorang satu haram apa tak paham apa yang gua describe tadi, gua tak pasti. Tapi, gua jawab memang konpident habih. Kalau la ada scout Kafe Sukan, mungkin gua masuk TV minggu depan.


***


Tiba turn gua pula nak beramah mesra. Seraya gua bertanya:

What about you sir? Big fan on EPL?

I am. In fact, I’m a fan of Everton.”



Everton? Gua gelak tutup mulut.

Kehkehkeh!


Friday, January 13, 2012

Scene Jumaat

Seperti biasa, hari nie gua pekena semayang Jumaat sorang-sorang. Nampak macam Forever alone,kan? Budak-budak opis gua jenis suka pekena kat mesjid jauh-jauh macam mesjid kat Wangsa Maju la, Masjid Jalan Duta la. Tiap-tiap minggu diorang rotate mesjid, dengan alasan supaya tak boring. Peh, sebenarnya diorang nak pekena Nasik Beriyani Gam tu. Bukannya gua tak tahu, ceh!

Port pekena semayang Jumaat gua seperti biasa kat Mesjid Tabung Haji Jalan Tun Razak ja. Gua jenis malas nak merantau jauh-jauh. Kang nak masuk Megan Avenue kena prepare duit singgit nak bayar parking masuk palang lagi. Ahhh…malas. Sangat malas. Mesjid Tabung Haji ni, kalau nak diikutkan dari opis gua, 10 minit jalan kaki sambil cucuk rokok sebatang setengah, sampai la.

Dah pukul 1.20 petang. Cepat-cepat gua padam rokok di tangan dan meluru pergi ke belakang bangunan untuk mengambil wudhu’. Tibanya di pancoq, dia punya ‘queue’ sangat ‘peeeeeeergh’! Panjang gila. Macam scene beratur-nak-dapat-meal-free-pakai-baju-merah-time-hari-Rabu-kat-Kenny-Rogers pun ada sikit-sikit. Setan dan mula bisik jahat sikit-sikit suruh ponteng. Tapi, gua ‘ishhh’ kan mereka lalu terus beratur di belakang orang yang paling last dalam barisan. Nasib baik niat nak memonteng tak melantun. Alhamdulillah.

Sedang gua beratur tu, tiba-tiba bahu gua ditepuk. Terkejut juga takut-takut orang bank kejar gua sampai ke mesjid. Pelan-pelan gua toleh ke belakang. Oh, Hisham (bukan nama sebenar) rupanya. Member lama gua masa buat projek Wireless untuk salah sebuah daerah di Selangor dulu. Tak banyak perubahan beliau. Tetap huduh macam dulu.

“La…kau ke Sham. Aku ingat sapa la main tepuk-tepuk bahu nie.” Tegur gua sambil tersenyum.

“Biasa la bro. Sihat?” tanya beliau.

“Macam nie lah..keja tempat lama lagi.”

Sambil menghulurkan tangan untuk berjabat, Hisham kemudiannya melontarkan satu soalan yang sampai sekarang gua tak konpident nak jawab. Menghantui kepala hotak gua sungguh. Soalan power beliau:



“Apa kau buat kat sini?”



Lu orang agak-agak, perlu ke gua jawab gua datang nak semayang?

Bangang! 


Thursday, December 29, 2011

Ini....sangat betul!

Babis....
Terkena batang hidung sendiri syial....Harap Banker Permatang Pauh tak hangin dengan gua.
KAH KAH KAH!



Picture credit to 9GAG

Thursday, December 22, 2011

"Tapi, Dia Tak Maksudkan Begitu..."

Kalo benda nie jadi depan mata, gua pun konpius siapa yang salah faham sebenarnya? Cikgu ker murid?

KAH KAH KAH !




P/S: Serius shit 9GAG nie boleh buat gua hilang stress..you should try!

Sumber asal: 9GAG.com

Monday, December 19, 2011

Kordi

Suatu petang yang hening, seperti petang-petang biasa, kelihatan Kordi sedang leka menghirup Kopi O di warung Pak Mael di hujung simpang kampung. Warung kopi Pak Mael, yang asasnya dibina 100% menggunakan papan terpakai dan kerahan tenaga belia-belia kampung Paya Cendehiring, sudah menjadi port yang lazim bagi Kordi untuk menghabiskan petangnya. Tidak seperti belia-belia kampung lain yang ke padang untuk bermain bola, Kordi lebih gemar melepak duduk di warung. Trauma ditekel oleh Bedul yang mengakibatkan dia jatuh tersembam di atas tahi lembu membuatkan Kordi membenci sukan itu buat selama-lamanya. Insiden tersebut dianggap sebagai titik hitam dalam dirinya, kerana ekoran dari scene tersebut, hampir setiap hari beliau diketawakan oleh orang kampung.

Ya, padang bola kampung memang sinonim dengan scene lambakan tahi-tahi oleh tuan punya kelompok lembu yang tidak bertanggungjawab. Selain menjadi tempat rakan belia menunjukkan skill menggelecek bola, padang itu juga kadang-kadang diceroboh oleh pengusaha-pengusaha lembu untuk dijadikan padang ragut!

Marah betul Kordi pabila mengingati peristiwa tersebut.

Berbekalkan senaskah Kosmo! dan beberapa ketul karipap hasil air tangan Salmah janda, Kordi termanggu di satu sudut pencil warung Pak Mael. Sehelai demi sehelai akhbarnya diselak. Karipap dan Kopi O ‘terbang’ ke rongga berselang-seli. Lapar betul Kordi petang itu. Maklumlah, sejak ibunya ditawarkan pekerjaan sebagai pengopek udang di Kilang Tan Huat, tiada lagi juadah cucur bilis di bawah tudung saji rumahnya setiap petang. Tak sempat, kata ibunya. 


“Bagus juga sekali sekala dapat jadi front-page paper nie. Baru aku boleh berlagak sikit dekat Yati cucu Tok Rashid tu. Sombong sangat…” getus hati kecil Kordi.


***

Jauh di hujung jalan, kelihatan seorang manusia mundar-mandir langkahnya menuju ke warung. Manusia itu adalah Hamidon (bukan nama sebenar). Gaya pemakaian yang seakan-akan brader pejabat yang bekerja from 9-5, ditambah dengan tali leher longgar dan sebuah fail berisi sijil tersisip kemas di tangan, menandakan dia baru sahaja pulang dari satu sesi temuduga kerja. Tengok dari gaya jalan, sah interview tadi lingkup!

Kordi yang perasan akan kelibat Hamidon yang sugul terhoyong-hayang di pangkal jalan, segera melambai-lambai. Baginya, kalo ada partner lepak petang-petang macam nie, sedap jugak perginya. Selepas insiden ‘tahi lembu’ tersebut, hanya Hamidon saja yang sudi berkawan dengannya. Nak harapkan pemuda-pemuda sebaya dengannya, hmmm…buat kena gelak saja.

***

Bam! 

“Hah! Ada apa kau panggil aku nie, Kordi?” tanya Hamidon sambil menghempaskan failnya di atas meja warung. Melambung seketul karipap Salmah janda keluar dari piring.

“Alah…saja nak borak-borak dengan kau. Takkan itu pun tak boleh? Duduk la, rasa dulu karipap janda nie. Boleh tahan power jugak, ko tau!” pelawa Kordi manja.


Hamidon melabuhkan punggungnya tanpa banyak bunyi. Disapa seketul karipap janda yang terhidang cantik di atas meja warung Pak Mael. Sedap jugak. Inti kentang Salmah begitu lazat, seakan-akan menguis-nguis tekak Hamidon untuk menjamah seketul lagi. Memang benarlah cakap orang kampung. Salmah memang primadona karipap Kampung Paya Cendehiring. Bakatnya dalam mengadun karipap dan mereka inti sangat tidak boleh disangkal. Sekali cuba, mesti nak lagi. 


“Pak Mael, teh satu. Kurang manis!” laung Hamidon memesan minuman. 2 ketul karipap masuk ke tekak, kalau tak dibilas air, itu cari penyakit namanya.

“Hah! Apa cerita baru? Apsal kau nampak libanglibu jer hari nie?” tanya Kordi memulakan perbualan.


Hamidon terdiam. Kunyahan terakhir yang belum lunyai terus ditelan. Berlinang sikit air matanya. Pelik juga Kordi melihat kelibat Hamidon yang tiba-tiba #ManlyTears. Mungkin kerana soalan itu terlalu pilu untuk beliau jawab. Namun, demi menghormati persahabatan yang sekian lama utuh, Hamidon tahankan jua. Setelah tenang sikit, dia bersuara:


“Aku tadi pergi temuduga kerja la, Di. Tapi, aku rasa aku screwed-up, big time!”

“Eh? Apa pulak yang kau buat kali ni? Jangan kata kau tunjuk ‘fuck’ macam interview yang lepas-lepas, sudah la. Jangankan diorang, aku pun boleh naik potensi nak tempeleng kau kuat-kuat kalo kena tunjuk ‘fuck’ depan muka...” balas Kordi sinis.

“Bukan la! Interview kali ni memang aku behave. Sangat-sangat behave. Lagipun, mak aku dah warning, kalo aku fakap interview ni, dia dah malas nak mengaku anak. Tu yang buat aku tak berani nak balik rumah ni....”


Kordi mengangguk faham. Sedikit perasaan kasihan timbul di dalam hati beliau. Ternyata Hamidon memang betul-betul kecewa dengan kegagalan temuduga tadi. Kordi kenal benar dengan peel Hamidon. Maklumlah, mereka berkawan dari kecil lagi. Bagaikan saudara kembar. Jika Hamidon bersedih, Kordi sedikit terpalit keluhnya. Itu perkara biasa. 


“Sudah la Hamidon. Mungkin rezeki kau kat tempat lain. Kalau kau nak usyar StarJobs Sabtu lepas punya, datang la rumah. Aku rasa aku simpan lagi.” Pujuk Kordi sambil mengait-ngait bijih di dalam rongga hidungnya. Sesekali bijih ranum yang berjaya dirangkul keluar dari rongga dicalit-calitkan ke tiang warung.

“Aku dah penat la pergi interview. Masuk interview tadi, aku rasa dah 7 interview aku attend untuk bulan ini sahaja. Semua yang reject, bagi alasan aku nie experience tak cukup la, tak reti guna Microsoft Word la, takde akaun twitter la. Yang paling aku tak boleh terima, mereka mempersoalkan ketampanan aku....Apa salah aku Kordi? Salahkah aku dilahirkan ada iras-iras Forest Whittaker? Salahkah? ” kilas Hamidon agak emosional.


Kordi terdiam. Keluhan yang diluahkan Hamidon itu terlalu dalam untuk beliau digest. Ada benar juga cakap Hamidon itu. Apa jadahnya alasan fakap itu berkaitan dengan soal tiada akaun Twitter dan hal-hal ketampanan? Kalo Hamidon minta kerja bidang permodelan, itu lain cerita. Ni apply untuk position kerani am saja kot? Perlukah ada twitter?


“Nasihat aku, sebelum kau pergi mana-mana interview, kau kena tahu apa kekuatan kau, Midon...”

“Dan bila aku cakap pasal kekuatan, aku bukannya refer kepada berapa batang pensel warna luna kau berjaya patahkan dalam seminit, berapa lama kau boleh ‘celepup-celepup’ dalam tandas. Itu ‘kuat’ lain…”

“Habis tu, kuat yang macamana yang kau maksudkan, Kordi?” tanya Hamidon yang sedikit teruja.

“Kuat tu, maksudnya kelebihan yang ada pada kau. Kelebihan yang boleh buatkan employer tu terbuka hati nak hire kau bekerja dengan diorang. Biasa la time interview, kau kena la jual diri kau sikit. Sesekali bohong apa salahnya. Bohong sunat…”


Solid betei penerangan Kordi tadi. Hamidon terdiam sebentar. Dari raut wajahnya, jelas dia sedang memikirkan tentang ‘kekuatan’ yang dimaksudkan Kordi tadi. Kalo anda perasan, Teh yang diorder Hamidon tadi tidak sampai-sampai dari tadi. Apa Pak Mael buat lama sangat di dapur? Misteri kan? Tapi, itu lain entri gua buat.


“Aku rasa aku nie banyak kelebihan, Di. Rugi diorang tak hire aku sebenarnya.” balas Hamidon dengan muka yang sedikit ceria.


Hilang sedikit kedukaan yang terbuku dihatinya selepas berborak dengan Kordi. Hakikatnya, Kordi ni bukanlah kutu sangat sebenarnya. Beliau ada Diploma dari salah satu Universiti tersohor di Malaysia. Cuma, beliau malas kerja kerana dipengaruhi prinsip bencikan kapitalis. Gua syak dia nie ada background skinhead jugak dulu sebenarnya. Eh? Apsal pulak gua masuk dalam penceritaan ini?


“OK, aku listkan kekuatan-kekuatan aku, then kau suggestkan kerja yang bersesuaian berdasarkan tersebut? Boleh?” tanya Kordi dengan tone yang agak excited.

“OK. Aku takda hal. Shoot me!” jawab Kordi angkuh. Kemain siap speaking Inggrish lagi.



***


“Firstly. Aku nie jenis fleksibel, biasa kerja secara berkumpulan atau sorang-sorang. Tapi, honestly kalo aku kerja lone ranger, mutu kerja aku lagi superb sebenarnya.”

“Kedua. Aku nie jenis tenang orangnya. Tak menggelabah orangnya. Aku percaya kerja akan jadi efektif kalo kita ada plan yang solid. Kalo aku diberi task yang susah-susah, aku akan plan dulu. Then, baru aku buat sehabis baik.”

“Ketiga. Kalau aku buat salah, aku jenis pandai cover line. Selagi tak fakap, aku akan adjust sampai orang tak perasan. Biasalah, jaga hati bos. Periuk nasik kita, kena jaga juga.”

“Keempat. Erm….dimata orang, aku nie nampak saja bodoh-bodoh alang. Tapi sebenarnya aku cerdik juga. Cuma aku malas nak expose sangat.”

“So, macam tu lah. Aku setakat nie aku listkan 4 dulu. Kau rasa macamana Kordi? Kerja apa yang sesuai dengan aku?” tanya Hamidon riang. Seperti bermain teka personaliti, dia teruja benar hendak tahu cadangan proffesion yang bakal disuggestkan Kordi.


Kordi diam sebentar. Satu demi satu ‘kekuatkan’ yang disenaraikan Hamidon tadi diteliti dan diamati cermat. Kelibat orang kampung yang keluar masuk warung Pak Mael ketika ini sudah tidak diendahkan beliau. Serius benar beliau memikir pekerjaan apakah yang sesuai dengan advantage dan kelayakan yang dimiliki Hamidon. Sementara itu, Hamidon yang duduk bertentang dengan mukanya tidak berkelip-kelip mengamati muka Kordi. Hinggakan lalat-lalat warung yang menghurung hidungnya itu pun tidak dihiraukan. Dasat betul determination yang ditunjukkan Hamidon. Padanya, Kordi bukan setakat kawan baik, malah boleh jadi tempat meminta buah fikiran dikala kusut.

5 minit berlalu. Mulut Kordi dari tadi hanya mengeluarkan perkataan ‘Hurm’ sahaja dari tadi. Sekejap-sekejap beliau menggaru kepala, sekejap-sekejap beliau membetulkan ‘angry-bird’ beliau yang tersepit di celahan kelengkang. Sejak beliau baru-baru berjinak dengan scene boxer nie, organ reproduksinya seakan sejuk-sejuk ditiup angin. Tidak grip seperti memakai ‘spenda’ dulu.


“Aku rasa, aku dah dapat dah profession yang sesuai dengan kau, Hamidon.” jawab Kordi kemas.

“Ye ke, Di? Pergh...kau nie kadang-kadang bijak jugak, ya? Hah, apa kerja yang sesuai dengan aku?” tanya Hamidon yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk merubah hidupnya.

“Erm..kau nie, power kerja sorang-sorang. Pastu persona kau nie jenis yang teliti. Maksud aku, kau buat kerja according to the plan dan tenang. Kau juga jenis pandai cover-line bila buat salah, dan kau tak suka dipandang bijak oleh orang ramai. So, aku rasa.....kerja yang sesuai dengan kau nie......”


Keterujaan Hamidon tidak boleh ditahan-tahan lagi. Dadanya berdegup kencang. Dengusan nafas beliau yang kucar-kacir menyebabkan suhu badannnya meluap-luap. Sesekali beliau menelan air liur sambil menunggu Kordi menghabiskan ayatnya.




“Aku rasa, kau sesuai jadi pembunuh bersiri sajalah, Hamidon”



***


Kordi mati di tempat kejadian akibat tikaman bertubi-tubi di perut serta alat kelaminnya menggunakan garfu warung Pak Mael. Hamidon pula sehingga kini gagal dikesan dan masih diburu FBI.

Tercapai juga hasrat Kordi untuk menjadi front-page di dada akhbar tempatan.

Kordi sudah berjaya mencapai cita-citanya. Anda bila lagi?

#LOL


Wednesday, December 14, 2011

Dilema Seorang Bakal Ejen Takaful


Semalam, gua berkesempatan lepak minum dengan Kamal, ex-staff yang pernah bekerja sekali dengan gua merangkap brader sekelas masa study di Melaka dulu. Beliau turun KL kerana ada program katanya. Saja nak lepak jumpa member-member lama di sekitar Bandar Kelumpo ni. Quite a year-and-a-half jugek la gua tak jumpa dia, and brader nie still maintain ‘whole-pack’ macam dulu juga. Biasa la, kesan sampingan orang yang selalu makan ‘air tangan isteri’. Gua pun terkena tempiasnya jugek. Kah kah kah!

Scene lepak kami berlaku sekitar waktu rehat di mamak Harmain bawah opis. Fuh, lama betul tak pekena teh dan borak dengan brader nie, since he left the company tahun 2010 dulu. Biasanya la bro-bro berborak, hal-hal seperti ‘kau buat apa skang?’ atau ‘bini kau sarat lagi ke?’ adalah topik yang normal. Kamal turun Kelumpo kerana ada Training Takaful katanya.

Fuh, dah join scene-scene Takaful dah beliau sekarang. Nampak pun agak loaded dengan cuff-link tersemat di pergelangan tangan. Sungguhpun begitu, apa yang buat gua respek kepada beliau, beliau tidak langsung mencekik-paksa leher gua supaya membeli takaful dengan beliau. Sebalik, beliau mengajak gua enroll training tersebut sebagai certified agent agar gua ada timbul-timbul sikit side-income dan taklah bergantung harap sangat dengan gaji basic.

Gua telan air liur.

“Nantilah gua pikir dulu…” ujar gua sambil menghirup teh tarik Harmain. Boleh tahan tinggi juga buihnya hari itu. Tak seperti hari-hari biasa.

“Heh, lu tak berani ke?” tanya Kamal dengan tone yang sedikit khuatir.

“Bukan masalah tak berani bro...cuma ada beberapa sebab yang buat gua tak konpident...” tolak gua cermat. Budi bahasa kena jaga juga. Kata orang, biar tak tampan, budi bahasa jangan tunggang langgang.

“Yer la, yer la...”

(Setel scene lepak)

***

Tak senang duduk betul gua malam tu memikirkan tentang cadangan Kamal petang tadi. Nak tido pun tak aman. Golek sini, rimas. Golek sana, rasa macam mahu terajang dinding pun ada juga. Ayat-ayat Kamal petang tadi berlegar-legar di kepala gua. Jujurnya, ada betul juga cakap beliau tentang kelebihan side-income ni sebenarnya. Huuish, banyak benda gua boleh setel kalo ada ‘modal’ lebih. Bil itu, bil ini. Beli jersi Original barang tujuh lapan helai, shopping iPad sekeping dua, dan another Xbox360 untuk main XboxLIVE .Silap-silap, gua boleh bawak Banker Permatang Pauh pegi main Salji kat Osaka nun!



#FFFUUUU

(Power....memang power!)

Setelah setengah jam berangan, gua nekad yang gua mesti enroll training nie. Untung-untung dapat jugek gua pegi London, melancong. Steady sikit gua nak riak dekat orang kampung, ye dop? Gua bingkas bangun dari katil lalu turun ke bawah mendapatkan Banker Permatang Pauh yang kusyuk membaca majalah Pa&Ma di sofa ruang tamu. Amboi, gila power majalah tu!

Lalu diceritakanlah cadangan gua untuk menyertai program Takaful ini kepada isteri gua. Sesekali gua perasan dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Sedikit perasaan tak yakin berkepul-kepul di minda beliau. Semakin berkerut dahi beliau, semakin gigih la gua membariskan segala macam kelebihan dan faedah menjadi ejen Takaful. Jenis gua nie, kalo something yang melibatkan masa depan keluarga, gua tak boleh ikut kepala sendiri. Kena duduk berbincang dengan isteri. Baru la ketua keluarga yang demokrasi namanya!

Namun begitu, makin gua cerita, makin dasat kerut beliau. Kali ni siap angkat-angkat kening stail The Rock pula. Ahhhhh…ini sudah lebih. Berbuih-buih mulut gua pumpang! pumpang!, dia masih musykil juga. Gua dah start bengkek, tapi masih boleh menten rilek. Nampak tak kewibawaan gua? Hehehe. Mungkin ada something yang gua  ter ‘miss’ dalam menyenaraikan kelebihan-kelebihan tadi. Ishh, ini tak boleh jadi. Apa pulak yang gua miss?

“Apsal dahi lu berkerut jer dari tadi. Penat gua cerita, tau tak?” tanya gua untuk menghilangkan kegusaran.

“Err..takde pape. Cuma…”

“Kenapa? Lu yang konpident dengan gua ke? Gua public speaking dulu dapat A, tau!” convince gua kepada beliau. Bersungguh-sungguh sikit tone gua kali ni.

“Konpident tu...konpident. Cuma ada satu benda nie, lu kena setting dulu sebelum lu layak jadi ejen Takaful.” balas bini gua slow sambil mengatup majalah Pa&Ma di tangannya.

Alamak. Apa benda plak ‘benda kena setting’ yang bini gua maksudkan tu? Strategi kewangan yang mantap ke? Atau speaking English gua yang 'slang-kelantan kadang-kadang' yang kena setting? Ahh, makin kelaut pula gua melalut!

“Setting? Setting apa?” gua kembali menjadi penyoal yang komited.

“Gua cakap nie, lu janji jangan marah gua tau. Gua takut lu kecik hati pulak.” balas bini gua tersenyum, plus lidah terkeluar sikit-sikit macam smiley Yahoo! Messenger.

Sah! Dia mesti cakap gua tak berapa tampan nie. Gua dah boleh agak dah. Dari dulu lagi perempuan payah nak dekat dengan gua sebab isu ni. Cuma bini gua jer yang berani sebab dia sorang jer yang tau hati budi gua nie power sebenarnya. Bukan sekadar rupa gitew!

“OK OK. Gua janji…cepat la. Jangan la buat gua kucar-kacir macam ni.”

Pelan-pelan bini gua tarik nafas panjang. Macam ada satu benda sensitif yang bakal tersentuh akan berlaku setelah beliau melontarkan pendapatnya. Gua mesti bersedia untuk terguris. Dia perlu bersedia untuk memujuk. Keadaan malam itu kian getir.

Setelah tenang, Banker Permatang Pauh menyuarakan apa yang terbuku di hati beliau.

Kata beliau:

“Err...gua tau lu kalo bab nak lulus exam Takaful tu, memang lu takde hal, sebab gua tau lu nie jenis kuat menghafal. Bab-bab public speaking pun gua tau lu memang ada talented. Ramah terlebih pun ada kadang-kadang. Cuma….”

"Pasal gua tak berapa tampan ke?"

"Tak lah. Lu hensem je gua perati. Cuma...." 

***


Tika ini, peluh jantan beliau mula meleleh di pipi kiri. Cilaka. Gua punya nerves kalah orang nerves nak terjuk KB Mall pulak!

“Cuma…alignment gigi lu tu. Tak seimbang. Susah nak buat sales, kang. Pakai braces, OK?”



Malam itu gua tidur dengan tangan di dahi.


Thursday, November 24, 2011

Captcha Separa Bangang


Lu orang agak-agak, cemana gua nak insert captcha yang dalam gelung merah tu?

Bangang punya File Sonic!

Monday, October 10, 2011

Kaget

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Kalau diikutkan, sudah 1 jam 30 minit gua ‘berperang’ dengan 2 penemuduga yang berada di depan gua ini. Segala soalan-soalan berkaitan pengalaman gua dalam bidang IT gua tepis kemas. Tekak gua pun dah kering bercakap sebenarnya. Banyak sangat gua brief + campur kelentong sikit-sikit. Superb! Entah kenapa, interview kali ini gua agak konfident. Perasaan nervous tetap ada. Namun, jauh di sudut hati, harap-harap, something good might happen.

Namun, 10 minit sebelum kedua penemuduga tersebut menutup tirai, perkara yang diluar jangkaan gua berlaku sebaliknya.

***

“So, saya tengok dalam ruangan hobi nie, you have stated that you’re into writing?” tanya Puan Hamidah ketika memerhati Application Form yang gua isi sebelum temuduga dijalankan.

“Ya Puan” jawab gua sambil tersenyum.

Kelat betul senyuman gua pada saat itu. Ikhlasnya entah kemana. Entah mengapa hati gua kembali berdebar-debar. Tengkuk gua kembali meremang. Mungkin kerana yang bertanyakan soalan ini adalah seorang wanita yang berpangkat Timbalan Presiden di kompeni yang gua apply. Bukan calang-calang position tuh!

Air-cond berjenama York di bilik temuduga menjalankan tugasnya seperti biasa. Hembusan angin dingin bersuhu 20 darjah celcius sudah cukup untuk membuatkan gua menggigil. Cilaka, mahu saja gua request interviewer gua ini perlahankan untuk sikit suhunya. Tapi, gua terpaksa lupakan saja niat itu kerana gusar takut-takut gua dicop demanding plak. Ya lah, baru mintak keja, sudah demand macam-macam. Ye dop?

Satu persatu kriteria yang gua isi dalam borang tersebut dibaca oleh beliau. Sesekali Puan Hamidah tersenyum sinis. Semakin lama dia tersenyum, semakin gementar gua dibuatnya. Ya lah, seingat gua, apa yang gua isi dalam form tersebut takdelah lawak mana.

Harap-harap dia tak perlekehkan gua.

“So, what kind of stuff do you write, actually? Please elaborate on that.”

“Well, basically I love writing. Dulu masa engaged dengan projek-projek bawah Jaring,  kebanyakan Reports or User Acceptance Test semuanya saya yang setelkan. Minutes of Meeting, User Guides dan Toturial documents kebanyakan saya yang prepare. To be honest, saya memang suka buat documentation.” Jawab gua steady. Walaupun agak poyo ayat-ayat jawapan gua tadi, namun gua redahkan juga. After all, this is a bloody interview, and we’re supposed to sell our self to them, right?

Harap harap dia impress.

“Yes, itu saya tahu. I mean, you have to prepare all those documents because that’s part of your JD, kan? balas beliau. Kali ini, tone beliau tinggi sedikit.

Shit! Gua salah jawab ker nie..?

“So, what I want to know…kalo thing’s yang bukan in your Job Description. I mean, during your free time. What kinds of stuff do you write? Novel? Script? ” tambah beliau lagi. Kali ini matanya bersinar-sinar seperti kepingin untuk mengorek sesuatu dari gua.

Crap!

Sah gua dah silap explain. Dah nama ruangan hobi, kan? Benda-benda yang gua mention tadi dah tentu-tentu part of my job. Dah tentu-tentulah gua terpaksa tulis. Adoi bangangnya. Angin nervous gua datang kembali. Kali ini impactnya sangat keparat. Siap attack pundi kencing lagi.

“Err..well, sebenarnya…”

Gua takde idea nak jawab ketika ini. Almost 10 second jugak gua terberhenti. Sepatah haram perkataan tak terkeluar dari mulut gua. Dari jauh, gua perasan Puan Hamidah tersenyum melihat gelagat gua. Gua rasa, gua punya level of nervousness, dia boleh rasa.
Seingat gua, gua takde plak gua apply untuk position journalist. Tapi apahal bab-bab hobi gua yang dia nak highlight sangat?

“Are you into blog?”

“Err..saya..”

“Hahaha. See? I knew it. Tell you what; just give me your blog address. I want to go through your blog later.” Balas beliau.
           
“Err…tapi kenapa puan?”

“Saja..”


P/S: Sesi interview paling pelik yang gua penah attend. 

Tuesday, October 4, 2011

Nak Hencem Kena Bertempat Ke?



Gua memang perangai kampung. Got a problem with dat?


Gua nie kerja department IT. Kalo nak ikutkan dress-code tempat gua nie, gua tak diwajibkan pakai neck-tie sangat. Memadai la seluar slack tempah, kemeja Durban dan sepasang kasut hitam. Tu aje dah boleh keja IT dah. Kahkahkah! Kalo nak pakai pun boleh sebenarnya, takde hal pun. Tapi nampak sangatlah poyonya kalo kuli macam gua nak dressing macam geng-geng yang selalu bawak masuk sale. Gila apa, ye dop?

Namun, sebenarnya pada pandangan gua, neck-tie nie adalah salah accessories orang jantan yang superb kalo dipakai, lebih-lebih lagi kalo dipair bersama vest ramping dan cuff-link yang ada rantai sikit-sikit. Dia punya mantap memang lain macam, bai. OK, gua mengaku gua akan perasan hensem (bluwekk!!!) bila bertali leher. Gua juga mengaku takleh pakai vest, sebab pinggang gua macam buah pear. Boleh jer gua nak hantam sarung sebenarnya, tapi takut orang ramai jer la yang hilang selera makan kang. Tapi, yang gua nak tekankan sini, gua memang suka pakai neck-tie.

Hidup di sekolah berasrama penuh, memang kami diwajibkan pakai neck-tie. 5 tahun gua ikat benda nie kat tengkuk gua. Lepas habih sekolah, gua enrolled setahun matriks kat Langkawi. Pun kena pakai benda alah nie jugak. Cuma time gua buat degree jer gua terus tak pakai. Seingat gua, time universiti, sekali jer gua pakai necktie, tu pun time nak convo. Lepas pada tu, mana neck-tie gua melingkup pun gua dah tak amik kisah.

Bila dah masuk scene karier, gua ingat gua kena la pakai balik. Tapi, still tak required pun. Gua cuma akan dapat merasa ‘hensem’ bila time kena panggil interview. Ha, yang tu gua suka. Banker Permatang Pauh secara automatiknya akan menjadi gua punya Fashion Advisor. Baju brand apa yang nampak superb, corak macamana, kaler apa yang nak matching dengan neck-tie, semua dia consult. Pendek kata, dia punya knowledge tu agak sama parr dengan Tom Abang Saufy. Apa? Tak kenal sapa tu Tom? Lu orang dok negara mana nie…?

Pendek cerita, Isnin lepas, gua attended satu interview dekat area KL. Macam biasa, dressing gua sangat superb. Tali leher tak tinggal.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Namun, lepas balik dari tempat interview tersebut, gua ditegur oleh bini gua. Dia dengan selamba katak suruh gua bukak neck-tie yang tersemat kemas dileher ini. Mungkin dia malu dengan keadaan orang yang sangat ramai dan gua masih kelihatan hensem dikala habih opis-hour.

“Bukak…tak kira. Lu bukak jugak…” keluh Banker Permatang Pauh

Kenapa dia nie? Gua dah makin pelik. Walaupun gua menolak pada awalnya, tapi dia tetap berkeras menyuruh gua tanggalkan jugak neck-tie nie. Ahh…ini sudah lebih! Gua nekad gua hanya akan tanggal benda alah ini setibanya kami di rumah. Lain pada tu, gua takkan. Read my lips..”Takkan”. Nothing won’t change that fact. Lagipun, gua jarang bergaya, biarla sekali sekala gua nak hensem, ye dop?

“Kalo gua tanak bukak? Lu nak buat apa?”

“Kalo lu tanak bukak, gua malas nak jalan dengan lu. Lu jalan la sorang-sorang.”

“Eh, apsal plak? Biarla gua nak pakai. Lagipun sopan ape?” kali nie gua balas beserta alasan kukuh. Siap sentuh bab sopan sikit-sikit. Kalo dalam konteks Islam nie, gua memang tak salah. Harap-harap alasan ni dia tak boleh counter.

“Ye la, Sopan memang la sopan. Tapi….”

“Tapi apa?” Gua semakin musykil. Jenis-jenis suka cakap ayat tak habih nie memang boleh buat gua sakit jantung.


***


Bini gua terdiam. Pelan –pelan dia menarik nafas yang panjang. Bila emosi dia dah agak stabil sikit, dengan selamba dia menjawab (sambil facepalm).

“Kita kan kat pasar malam nie…Mana ada orang singgah pasar malam pakai necktie, banggg oiiii!”





Gulp!

Sepantas kilat gua bukak necktie ini dan terus sedekahkan kat sorang pakcik kurang upaya yang tengah main accordion.

Alasan ini terlalu konkrit…

Terlalu konkrit sampai gua takde modal nak counter.

#Tsskk...


Err... #1


Baru-baru nie, gua ada terbaca satu kenyataan seorang artis bertudung Malaysia kat blog BeautifulNara, yang mendakwa dia kena PWNED dengan boipren beliau setelah beberapa gambar milik beliau yang menampakkan juraian rambut tersebar meluas di internet. Jujurnya, gua peduli apa gambar ko tak pakai tudung pun. Itu hal ko dengan Allah, ye dop?

Namun, ada satu baris kenyataan beliau yang buat gua 'gulp!'....


Err...MUAT TURUN? Bukan sepatutnya MUAT NAIK (upload) ke?

Ker gua yang bangang tak bertempat?

#Pfftt!


Gambar gua cedok dari SpireGlobal. Sumber Artikel dari BeautifulNara.com

Friday, July 8, 2011

Konsep 'Token' Kita Berbeza...


Semalam gua hantar keta gua pegi service. Appoinment tak buat, memandangkan gua hantar keta dikala semua rakyat-rakyat marhaen tengah bekerja (Sebab gua still tengah cuti sakit). So gua walk-in jer la. Orang tak ramai, so gua straight dapat register kat kaunter. Fuh, heaven!

Dah serah kunci semua yang patut, gua pun melopong la dalam Lounge sementara menunggu kereta gua diserbis. Tabiat gua bila melepak tunggu kereta siap, gua biasanya akan bawak notebook (yeah! gua tau skang gua outdated memandangkan style orang KL skang lepak sambil pegang iPad) dengan external HD gua, habuan nak layan anime apa yang patut.


Masa gua nak keluarkan notebook tu, mata gua terpandang satu baris ayat yang menarik terlekat kat notice board dalam Lounge tu. Ayatnya berbunyik lebih kurang cenggini:

"We are providing free Nasi Lemak and drinks from the vending machine (Nescafe, Hot Choco Latte, Milo) to all customers. Proceed to counter No.2 to request for token."


Hah! Ini sudah bagus.

Gua toleh belakang, memang ada vending machine dengan sebakul nasik lemak.

"Orang kata, rezeki jangan ditolak. Nasi lemak depan mata, jangan malu-malu nak kokak"

Notebook gua simpan balik dalam beg. Gua park beg tepi dinding, straight gua jalan pegi kaunter No.2. Kelihatan sorang amoi nie tengah dok kusyuk key-in data part-part kereta. Perut buncit tengah mengandung. Tag nama "Cindy Khoo" kemas terselit di baju. Hidung ada tindik sket. Pergh...stylo!

"Miss, saya mau token untuk itu vending machine, boleh ka?" - tanya gua dengan nada kemas.

Amoi itu tersenyum. Pelan-pelan dia bukak laci, then dia menghulurkan seketul "TOKEN" kepada gua. (gambar seperti di bawah)


Amacam? Unik kan token dia? Tak macam token kat kedai Arcade mahupun token parking kat KJ Properties, kan? HA HA HA HA HA HA HA HA HA!

Dengan 'token' yang 'unik' nie, gua akhirnya selamat membantai  2 bungkus nasik lemak bersama secawan Milo sejuk dari vending machine itu. Sedap tak terkata nasik lemak dia, walaupun dah pukul 11 pagi.

15 menet sebelum kereta gua siap, gua pergi jumpa Cindy Khoo lagi, mintak 'token' lagi 4 keping.

Bleh buat beli Dunhill dua batang.

Untung....untung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...