Showing posts with label gelak guling-guling. Show all posts
Showing posts with label gelak guling-guling. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Konpident Seorang Promoter...



Seperti biasa, tatkala hari Jumaat menjelma di hari bekerja, gua sama seperti brader-brader yang lain akan beramai-ramai berjalan kaki menuju ke Mesjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Apa yang lu orang ketawa? Serius nie…gua pergi sembahyang Jumaat woi!

Di Megan Avenue 1 nie, hanya 2 tempat saja yang superb (dan dekat) jika hendak menunaikan solat Jumaat. Pertama di Masjid KLCC. Sebabnya, bukan sahaja kondisi masjid yang sangat selesa, bahkan anda juga boleh pekena ‘roti aiskrim’ yang biasanya dijual di bahu-bahu jalan sekitar masjid. Kedua? Di masjid Tabung Haji. Ini kerana, anda bukan boleh menunaikan solat jumaat, malah anda juga boleh berkeliaran di depan bangunan Tabung Haji, kerana disitu terdapat Pasar yang menjual segala macam juadah. Pendek kata, setel semayang, isi perut dulu sepam dua. Menunya? Of kos la Nasik Beriyani Haji Talib sama Air Mata Kucen. Kombinasi yang ekselen!

Fark! Gua melalut lagi...

Perjalanan gua dari opis ke Tabung Haji  biasanya memakan masa selama 15 minit. Tu jalan kaki larh, kalau naik motor…itu lain cerita. Turun dari lift, gua perlahan berjalan melewati bangunan Bank of China, seterusnya menyusuri jalan di tepian Ampang Park. Hinggalah gua sampai ke escalator stesen LRT Ampang Park. Satu benda yang gua suka merayau dalam terowong Stesen LRT ni, biasanya banyak kedai-kedai jual tudung, kedai henpon dan kampeni-kampeni telekomunikasi buka booth buat promotion tentang produk mereka. Time rehat hari Jumaat panjang mehhh…apa salahnya gua merayau-rayau tengok barang sementara nak bersolat, ye dopp?

Macam biasa, hari ni turn Meksis , satu syarikat telco yang gah di Meleysia tengah buat promosi Internet Fibre mereka yang dikenali sebagai Meksis Home. Kiranya, sekarang nie diorang tengah fight dengan pesaing ISP yang paling handal di M’sia iaitu TM. Gua tidak melepaskan peluang berhenti di booth mereka untuk memerhati sepanduk-sepanduk dan flyers (eh, betul kan gua eja ‘flyers’ tu). Dasat pakej tu sebenarnya. RM118 lu orang boleh dapat 10 Mbps punya speed. Promotion price. Biasanya pakej 10 Mbps Meksis nie berharga RM218 (monthly).

“Gempak…” kata gua senyap-senyap dalam hati.

Tiba-tiba, dalam gua dok mengelamun, gua disapa oleh seorang gadis yang bertugas sebagai salah seorang promoter di situ. Kiut budaknya, tapi sorry..gua dah kawen. Heh!

“Ya bang…sila ambil satu.” Sapa beliau perlahan sambil menghulurkan sekeping pamphlet produk mereka.

“Thanks…” gua ambil tanpa banyak bunyi.

Tapi, seperti biasa, tugas sorang promoter bukanlah sekadar nak passing pamphlet saja. Mereka juga diupah oleh event Organizer untuk mengorek seberapa banyak maklumat internet yang kita miliki dalam usaha mempromosikan produk mereka. Gadis ini (Liza – bukan nama sebenar) juga tidak terkecuali. Semasa gua tengah membelek-belek pamphlet tersebut, beliau menyapa:


“Sebelum tu bang, boleh saya tahu abang guna internet apa kat rumah..?”

“Err…saya pakai Strimix....” balas gua ringkas. (Padahal gua pakai broadband saja)

“Connection OK ker bang…berapa speed?”

Gua tersenyum. Dia pun tersenyum…

“Biasalah…Strimix. Saya rasa saya macam tak perlu saja nak describe speed dan kondisinya, kan? Awak pun dah boleh agak dah…” ujar gua perlahan. Takut-takut ada pekerja TMNut kat situ, mau diterajangnya gua sebab memperlekehkan produk kampeni.

“Hehehe…saya pun rasa saya boleh agak. OK bang, ni saya nak cerita produk saya sikit. Abang ada masa ke?  Mesjid belum kuthbah lagi,kan?”

“Erm..OK saja. Sila la…”


Maka si gadis itu pun mula la bercerita dari A to Z tentang kehebatan produk yang beliau cuba nak promosi.

Pung!pang!pung!pang! *10 Mbps*
Pung!pang!pung!pang! *Unifi 5 Mbps paling murah. Kena bayar RM 149 bulan-bulan*
Pung!pang!pung!pang! *last day promotion, cuma perlu bayar RM118 bulan-bulan*
Pung!pang!pung!pang! *IPTV coming soon*
Pung!pang!pung!pang! *unlimited downloads*
Pung!pang!pung!pang! *modem free*
Pung!pang!pung!pang! *abang nie hensem, single lagi ke?*


OK, part dia tanya pasal level kehenseman gua tu, gua tipu saja.  Lama juga dia brief gua pasal high speed Fibre Internet nie. Ada la dekat 10 minit. Gua bukannya nak sign-up pun. Cuma saja nak dapatkan maklumat sahaja. Tapi, bila tengok dia terlalu bersungguh-sungguh, gua start kesian. Tapi tulah, gua jer yang kesiankan orang. Tapi, gua nie….sapa nak kesian.

Setelah penat bercakap, budak promoter tu tadi mengeluarkan sebotol mineral dari poket belakang lantas meneguk tanpa segan silu depan gua, untuk menghilangkan dahaga. Gua paham, tugas promoter memang macam tu. Gua pernah jadi exhibitor…gua tahu macamana penatnya bercakap. Eh, Promoter dan Exhibitor tu, benda sama,kan?

So, bila gua nampak dia dah segar kembali, tiba turn gua pula nak bertanya.

“So….kalau saya sign-up, saya hanya perlu bayar RM118 saja?” 

“Ya, bang. RM118 saja. Fixed. No hidden charges..no nothing” balas dia steady. Yakin benar nampaknya.

“Yer ker tak ada hidden charges?” gua start buat dahi berkerut.

“Betul bang...kita bagi Unlimited Quota”

“Betul?”

“Yup. Tiada kompromi!”

“Peh..yakin. Jangan tipu saya…saya nak pergi semayang Jumaat ni. Kang saya berdoa kang? Betul tak ada hidden charge?” gua gertak gaya-gaya John Travolta dalam Pulp Fiction.

“Err…sekejap..err…jap eh, bang. Saya tanya manager saya sekejap.”


Terus dia berlari meninggalkan gua di tengah-tengah kerumunan orang di stesen tersebut.

Seperti biasa, dah line-clear, gua pun berjalan lah menuju ke mesjid. Sesekali gua tersenyum teringatkan riak muka kelam-kabut budak promoter tadi.  Itu jenis gertak punya simple pun dia terkulat-kulat nak jawab, macamana dia nak yakinkan gua tentang kepoweran produk yang dia nak promote, ye dop?

Tapi, sebenarnya, produk tu dah cukup gempak bagi gua. Member gua, Syed Bahrin jugak pakai produk ni. Tapi, masa dia sign-up tu, belum ada promotion macam ni lagi. Gua percaya, kalau dia tahu, dia mesti bengang. Murah kot? Pasal ‘Hidden charges’ tu, gua tak kesah sangat.  Mana-mana telco pun ada (gua rasa la…). Cuma pandai-pandai la diorang cover up dengan item-item lain dalam monthly bill tu yer dop?

Nasib rumah gua tak ada desktop ja. Kalau tak, memang gua dah sign-up kat situ juga.


Nasib kaulah Liza...


Thursday, December 29, 2011

Ini....sangat betul!

Babis....
Terkena batang hidung sendiri syial....Harap Banker Permatang Pauh tak hangin dengan gua.
KAH KAH KAH!



Picture credit to 9GAG

Thursday, December 22, 2011

"Tapi, Dia Tak Maksudkan Begitu..."

Kalo benda nie jadi depan mata, gua pun konpius siapa yang salah faham sebenarnya? Cikgu ker murid?

KAH KAH KAH !




P/S: Serius shit 9GAG nie boleh buat gua hilang stress..you should try!

Sumber asal: 9GAG.com

Wednesday, November 30, 2011

(SPR) Sengkak Perut Rabu...No.4

Untuk yang 'Perminat' aja dong! #LULZ


* Gua post nie sekadar LULZ aje. Bukan nak motivate korang soh pegi plak. Apa-apa jadik, gua tak tanggung. KAH KAH KAH!

Wednesday, September 28, 2011

Wolverine & Mencarut Adalah Perkara Normal

Fuckin' epic... #LOL


Magneto : "Excuse me, I'm Erik Lensherr"

Prof.X : "Charles Xavier"

Wolverine: "Go FUCK YOURSELF"


Gambar gua cedok dari Virtual Sport Daily

Wednesday, September 7, 2011

(SPR) Sengkak Perut Rabu...No.3


KAH KAH KAH KAH!

Gambar gua cilok dari DamnLoL

Wednesday, August 3, 2011

(SPR) Sengkak Perut Rabu...No.2


Kredit to Majalah Ujang & Bijan

Wednesday, July 20, 2011

(SPR) Sengkak Perut Rabu...No.1

Memandangkan lately nie gua dapat banyak email dari komixscan majalah Ujang, cantek jugakla kalo gua buat column ala-ala Wordless Wednesday entri nie. Ini bukan konsep Wordless Wednesday, malah 100% menyimpang. Cakap banyak tak guna, enjoy!


 Kredit to Majalah Ujang.

Monday, June 27, 2011

Kerja Idaman Gua


Tengah dok browse carik keja, tetiba gua terjumpa post nih. Technical Support (Online Games). Kompeni bukan calang-calang beb! MSC status. But then, apa yang buat gua excited tu, sebab requirement dia. Cuba lu orang baca betul-betul.


"Passion for playing on-line games, Mafia Wars, Farmville, Frontier Ville, Treasure Isle..."

Pergh! Ini baru betul keja yang gua minat. 

Gua straight apply tanpa banyak bunyi. Kalo job nie dapat, gaji bulan ke-3 gua ingat nak belikan bini gua Ipad2 sebijik. Koghang doa-doa la niat suci murni gua nie menjadi kenyataan. Rezeki anak-anak (future). Amin....

P/S: Lepas ni, Banker Permatang Pauh takleh marah la kalo gua 24 jam mengadap Mafia Wars, Farmville kat fesbuk. Gua bukan main suka-suka. I'm doing it for the sake of this job. Preparation for interview tuh! KAHKAHKAH!

Monday, April 25, 2011

Skillz' that Killz'


Cerita banyak tarak guna. Lu nak try sedap ker tak, try arr tanya Banker Permatang Pauh. Dia sendiri menangis tengok kehebatan gua di dapur.

Bongkak tiada. Megah pun jarang. Nantikan kemunculan gua di dalam 'MasterChef' di corong-corong TV berdekatan anda.

Don't forget to VOTE

Kehkehkehkeh...

Friday, April 22, 2011

En.Fakhri pada kehidupan yang lepas.



“Brader, nie notebook lama saya. Part-part macam RAM dengan battery elok lagi. Kamu amik la…”

En.Fakhri menghulurkan DELL Inspiron | 640m lamanya kepada gua. Gua terkebil-kebil.

“Eh…betul ker nie bos?” gua double komfem balik dengan nada girang.

“Amik jer la...notebook kamu tu slow dan tahap siput babi merangkak dah. Upgrade sket RAM tu. ” tegas beliau sambil mengkeronyok kotak Winston merah yang dah kehabisan ‘isi’.

***

Mata gua berkaca. Tangan kanan gua tak henti-henti mengesat lelehan air mata kegembiraan. Dengan dada yang sebak, gua mencapai toolbox kepunyaan budak-budak operation untuk menjalankan misi ‘naik taraf’ ini.

Satu scene dari Transformers II : Revenge of The Fallen  dengan tak semena-mena bermain di fikiran gua.

Tidak syak lagi, En.Fakhri adalah sebuah JetFire pada kehidupan yang lepas!

Behold!


gambar dicedok dari Anime Collection

Monday, January 17, 2011

Gua Kaya...Apa Ada Hal?


"I wanna be a millionaire...so f**kin' bad"
"Buy all of the things I never had..."

Dapat duit kali nie, banyak plan-plan gua nak kena revise balik. Sekali sekala dapat hidup kaya, sapa tak mahu,wehh? Gua dah penat berangan, kali nie gua dah nekad gua nak buat betul-betul!

Kalo cakap bab kereta, gua dah bosan pakai keta buatan tempatan. Ada duit kali nie, gua plan nak riki Alphard Vellfire habuan seketul dua.Kaler tu, dalam plannya, gua nak amik kaler putih, spot-rim 18", bumper tukar semua 5 pieces. LCD pasang 14 inci kat belakang, so senang la Banker Permatang Pauh nanti. Anak-anak kitorang yang 3 beradik tu, kalo merengek-rengek mintak susu time long-distance balik kampung, gua suruh jer Banker pasang 'Barney & Friends'...kompom setel!

Balik keja nanti, gua nak straight pegi kedai tinted. Nak survey harga V-Kool yang super gelap punya. Baru la cool. JPJ nak saman? Tarak kesah punya. Gua duit banyak. Apa ada hal?

Bab kediaman, rumah kat Sering Ukay tu pun cantik-cantik. Gua ingat esok habih keja gua nak ajak Banker pegi round-round dalam taman tu. Tengok dari mudah.my, ada kutu nak jual banglo dia 2.4 juta. Hurm, selang 3 rumah dari banglo Fasha Sendat ja. Malas nak pikir panjang, gua ingat nak beli cash jer. Gila cool, neighbor gua artis tuh! Apa ada hal?

Bab melancong, plan asal gua nak bawak Banker pegi Pulau Perhentian ja. Tapi, alang-alang dah kaya nie, kensel la cuti-cuti dalam Malaysia. Gua ingat nak melancong ke Europe plak kot? Bini gua teringin nak pegi Venice, gua plak teringin nak pegi Emirates Stadium. Sett, minggu depan gua ingat nak apply cuti tanpa gaji 2 bulan. Gua kaya, apa ada hal?

***

Segalanya berubah bila gua dapat email 'kompom jutawan' nie pagi tadi:



Giler ngko! 6.4 Million tu!

Dasar kelentong tegar! Ptuuii..!

Tuesday, July 13, 2010

Joke of the Day


Rentetan Kefanatikan Akademi Fantasia

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Jamaluddin sedang berpeluh2 menanti lafaz nikahnya.

Kadi : Jamaluddin...

Pengantin Lelaki : Saya ustaz...

Kadi : Dengar baik2 ya Jamaluddin...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"

Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)

Saksi Pertama : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)

Saksi Kedua : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)

Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...



p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik...

Thursday, February 4, 2010

Rilek Jap


1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.


2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan. (Nice!..hehe)


3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.


4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"


5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.


6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.


7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.


8. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.


9.. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.


10. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk dalam keadaan tahiyyat akhir)

Monday, December 14, 2009

Confusing English




1. If Fed Ex and UPS were to merge, would they call it Fed UP?
2. Do Lipton Tea employees take coffee breaks?
3. If olive oil comes from olives, where does baby oil come from?
4. If people from Poland are called Poles, why aren't people from Holland called Holes?
5. Do infants enjoy infancy as much as adults enjoy adultery?
6. Why is the men who invest all your money called a broker?
7. If horrific means made horrible, does terrific mean made terrible?
8. Why is it called building when it is already built?
9. If a book about failures doesn't sell, is it a success?
10. If you're not supposed to drink and drive, then why do Bars have parking lots?
11. If you take an Oriental person and spin him around several times, does he become disoriented?
12. If vegetarians eat vegetables, what do humanitarians eat?? Human ???

Thursday, July 3, 2008

Cara2 nak cover malu... HikHik.!!



1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde org nampak..

2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...

3. kalo terjatuh tangga: trus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...

4. kalo terjatuh dlm longkang: pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorg yg amat prihatin terhadap kebersihan....

5. kalo jatuh ketika nk naik bas: jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada org di blakang anda....

Wednesday, February 27, 2008

Lawak Ntahapahapa Of The Day!


Di sebuah sekolah rendah Kg Melaka seorang guru sedang mengajar mata pelajaran matematik. Tiap kali dia mengajar, dia tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah dekat tapak tangan kemudian Gosok dekat kepala. Hari-hari guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu, satu hari dia tanya.

Guru: Atan! datang depan sini.

Atan: saya datang cikgu.

Guru: tiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah tapak tangan kemudian sapu dekat kepala awak, mengapa awak buat macam tu?

Atan: saya tak faham matematik cikgu !! saya buat macam ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.

Guru: siapa yang ajar Atan macam tu?

Atan: emak saya, cikgu.

Guru: apa yang emak cakap?

Atan: cikgu, bila malam saya tidor dengan ayah dan emak saya, lampu semua tutup, saya dengar emak saya cakap dengan Ayah saya...... "KALAU SUSAH-SUSAH NAK MASUK, SAPU AJER AIR LUDAH TANG KEPALA TU...BARULAH SENANG MASUK!!!"

Guru: ????????????


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...