Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Kalau diikutkan, sudah 1 jam 30 minit gua ‘berperang’ dengan 2 penemuduga yang berada di depan gua ini. Segala soalan-soalan berkaitan pengalaman gua dalam bidang IT gua tepis kemas. Tekak gua pun dah kering bercakap sebenarnya. Banyak sangat gua brief + campur kelentong sikit-sikit. Superb! Entah kenapa, interview kali ini gua agak konfident. Perasaan nervous tetap ada. Namun, jauh di sudut hati, harap-harap, something good might happen.
Namun, 10 minit sebelum kedua penemuduga tersebut menutup tirai, perkara yang diluar jangkaan gua berlaku sebaliknya.
***
“So, saya tengok dalam ruangan hobi nie, you have stated that you’re into writing?” tanya Puan Hamidah ketika memerhati Application Form yang gua isi sebelum temuduga dijalankan.
“Ya Puan” jawab gua sambil tersenyum.
Kelat betul senyuman gua pada saat itu. Ikhlasnya entah kemana. Entah mengapa hati gua kembali berdebar-debar. Tengkuk gua kembali meremang. Mungkin kerana yang bertanyakan soalan ini adalah seorang wanita yang berpangkat Timbalan Presiden di kompeni yang gua apply. Bukan calang-calang position tuh!
Air-cond berjenama York di bilik temuduga menjalankan tugasnya seperti biasa. Hembusan angin dingin bersuhu 20 darjah celcius sudah cukup untuk membuatkan gua menggigil. Cilaka, mahu saja gua request interviewer gua ini perlahankan untuk sikit suhunya. Tapi, gua terpaksa lupakan saja niat itu kerana gusar takut-takut gua dicop demanding plak. Ya lah, baru mintak keja, sudah demand macam-macam. Ye dop?
Satu persatu kriteria yang gua isi dalam borang tersebut dibaca oleh beliau. Sesekali Puan Hamidah tersenyum sinis. Semakin lama dia tersenyum, semakin gementar gua dibuatnya. Ya lah, seingat gua, apa yang gua isi dalam form tersebut takdelah lawak mana.
Harap-harap dia tak perlekehkan gua.
“So, what kind of stuff do you write, actually? Please elaborate on that.”
“Well, basically I love writing. Dulu masa engaged dengan projek-projek bawah Jaring, kebanyakan Reports or User Acceptance Test semuanya saya yang setelkan. Minutes of Meeting, User Guides dan Toturial documents kebanyakan saya yang prepare. To be honest, saya memang suka buat documentation.” Jawab gua steady. Walaupun agak poyo ayat-ayat jawapan gua tadi, namun gua redahkan juga. After all, this is a bloody interview, and we’re supposed to sell our self to them, right?
Harap harap dia impress.
“Yes, itu saya tahu. I mean, you have to prepare all those documents because that’s part of your JD, kan ? balas beliau. Kali ini, tone beliau tinggi sedikit.
Shit! Gua salah jawab ker nie..?
“So, what I want to know…kalo thing’s yang bukan in your Job Description. I mean, during your free time. What kinds of stuff do you write? Novel? Script? ” tambah beliau lagi. Kali ini matanya bersinar-sinar seperti kepingin untuk mengorek sesuatu dari gua.
Sah gua dah silap explain. Dah nama ruangan hobi, kan ? Benda-benda yang gua mention tadi dah tentu-tentu part of my job. Dah tentu-tentulah gua terpaksa tulis. Adoi bangangnya. Angin nervous gua datang kembali. Kali ini impactnya sangat keparat. Siap attack pundi kencing lagi.
“Err..well, sebenarnya…”
Gua takde idea nak jawab ketika ini. Almost 10 second jugak gua terberhenti. Sepatah haram perkataan tak terkeluar dari mulut gua. Dari jauh, gua perasan Puan Hamidah tersenyum melihat gelagat gua. Gua rasa, gua punya level of nervousness, dia boleh rasa.
Seingat gua, gua takde plak gua apply untuk position journalist. Tapi apahal bab-bab hobi gua yang dia nak highlight sangat?
“Are you into blog?”
“Err..saya..”
“Hahaha. See? I knew it. Tell you what; just give me your blog address. I want to go through your blog later.” Balas beliau.
“Err…tapi kenapa puan?”
“Saja..”
P/S: Sesi interview paling pelik yang gua penah attend.
2 comments:
interviewer ko tu blog stalker la tuh.hahaha...kantoi la lu.
Anon: Gua agak la. Sampai ke sudah gua tak kasik link. Gila apa nak soh dia baca crap! gua nie...ye dop? Hahahaha...
Post a Comment