Bila cerita bab makan, gua nie jenis ortodoks sikit sebenarnya (Gua tak pasti la apa maksud ‘Ortodoks’ tersebut, sebab gua lebih nak maksudkan ‘kolot’ sebenarnya. Gua harap ia bukanlah sejenis carutan). Tak macam orang lain yang suka mencuba variety of foods, gua bersifat bila jumpak makanan yang gua suka, gua akan 'taram' benda tu sampai gua boring. So, disebabkan perangai gua yang payah nak jemu nie la, pengetahuan gua pasal makanan agak tertumpu kepada benda-benda common yang gua pernah telan tiap-tiap hari. Memang limited.
Berlainan dengan Banker Permatang Pauh, bini gua nie jenis suka try makanan. Apa saja yang nampak menarik dan halal ditelan, dia akan cuba. Baik ada restoran baru bukak aje, dia mesti ajak gua redah. Pendek kata, dia lebih sukakan adventure dalam pemakanan dan tak tertumpu kepada menu-menu gua yang super-boring. So, bila ada pasar malam tempat di Gombak, dia la yang paling excited.
Perangai ‘taram’ makanan sampai boring gua biasanya jelas dipraktikkan bila tiba hari Pasar Malam. Apam balik besar seketul, pair sama Murtabak Daging dan Kuih Ketayap 4 bijik adalah menu wajib gua dari zaman belasan tahun dulu. Entah la, umur dah masuk 3-series ni pun, gua tak pernah boring telan apam balik. Apam balik adalah ART. Menyediakan menu agung ini semestinya memerlukan bakat seni ART yang tinggi. Tidak hairanlah jika aroma apam balik memikat hati gua sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, lain pulak dengan konsep Banker Permatang Pauh. Padanya, apa yang dia dah makan time pasar malam minggu lepas, biasanya dia akan rotate 2-3 kali. Minggu nie dah makan bihun sup, maknanya bihun sup hanya akan muncul kembali dalam mangkuk rumah gua 2 minggu akan datang. Sekejap-sekejap dia akan try Khurasan, kejap-kejap dia akan try Kepak Ayam Madu, dan kejap-kejap boleh jadi dia akan try Laksam...bla..bla...bla.
Sebut pasal Laksam, honestly gua tak pernah try langsung makan benda alah nie. Baik dari zaman berhingus, zaman bujang hinggalah dah kawen.3 sebab. Pertama, nama “Laksam” tu sendiri dah buat tekak gua kembang. Ke-2, according to bebudak pantai timur opis gua, kuah Laksam itu sendiri dibuat berasaskan Belut! Wallaweii...(#pfft! memang aku makan la sangat belut-belut nih!). Ketiga, batang-batang putih Laksam kalo belum digunting, nampak macam Dildo siutt...WAFFAK?!
*Tekak gua dah kembang!*
*Tekak gua dah kembang!*
Tapi, kata orang, tak kenal maka tak cinta, bro. Ada la satu scene pasar malam hari tu, bini gua teringin nak makan laksam. Memandangkan hari tu hari rabu, pasar malam yang ada di area-area Gombak hanya di Taman Samudera, a few kilometers away from our crib. Di pasar malam Taman Samudera nie, setelah habih round-round, kami hanya jumpa satu saja stall yang jual Laksam, itu pun betul-betul di depan pintu masuk.
Apa yang gua nak cerita kat sini, kondisi stall Laksam brader dari klate nie amatla tak menarik untuk dipandang. Yang peliknya, walaupun stall nie serupa nak runtuh, tapi barisan orang beratur nak beli Laksam brader nie macam beratur nak beli tiket wayang time cuti sekolah. Ramai baii! Kalo gua, takdenyer gua nak berhimpit-himpit di tempat sesak sebegitu. Sabar gua tak se-superb tuh! Namun, disebabkan niat bini gua hari tu memang nak makan laksam, terpaksa la dia join the crowd. Semua yang beratur tunggu order masing-masing muka macam sardin. Brader yang operates stall Laksam nie plak buat kerja sorang-sorang. Dia la gunting laksam, dia la cedok kuah, dia la potong sayur, dia la yang bungkus. So, lu orang bayangkan la kalo customer ada 18 orang tengah beratur, dah tu yang beratur plak at least order 3 bungkus. You do the math. Macam fakk, rite?
Lama beb! Gua rasa, kalo gua hisap rokok tunggu sampai turn bini gua, ada la habih 5 batang non-stop.
Selain dari jual Laksam, brader nie jugak ada jual karipap-karipap kecik yang besar-besar ibu jari. Dia goreng dalam satu kuali besar. Habih setalam karipap dia goreng, dia akan topup talam baru. Karipap yang dah dimasak, dia jual 8 bijik singgit. Brader nie agak lebih pemurah dari Mail Upin Ipin, yang selalu jual barang ‘dua, singgit’!. Uniknya, bila dia letak jer karipap-karipap yang dah masak atas meja, orang berkerumun macam semut! Letak jer habis, letak jer habis. Gila power brader nie. Guna pelaris ker apa?
(Gua konpius)
20 minit jugak la Banker Permatang Pauh beratur dengan penuh ‘sabar’ menunggu juadah spesel beliau disiapkan. So, bila dah berjaya membeli, matanya kelihatan sangat bersinar-sinar. Maklum la, effort nak beratur tu saja dah menduga iman. So, bila dah ada benda yang kita nak dalam tangan, tentulah gembiranya memang lain macam, ye dop?
Malam tu, kitorang ber’dinner’kan juadah-juadah dari pasar malam Taman Samudera. Yang si bini dengan laksamnya, yang si laki dengan apam baliknya. Spesel…memang spesel!
Menurut bini gua, Laksam yang dia beli tadi tu amatlah sedap. Patutlah orang sanggup beratur panjang-panjang, rupanya memang air tangan brader nie ‘something else’. Banker suruh gua cuba , tapi gua tolak. Kat atas tadi gua stated awal-awal reason-reasonnya. Tak baca? Tapi, beliau tetap berkeras, disumbatnya secebis kuah dalam mulut gua ketika gua off-guard.
Dan poof!..................(It become Coco Crunch…..No wayyyy)
#Pfftt!
EH! Bukan...bukan...
Bila bibit-bibit kuah tadi mengalir dalam tekak gua, satu perasaan aneh terpancar dalam sanubari ini. Seperti terkena Genjutsu, dia punya sedap membuatkan gua seakan-akan tengah berlari-lari anak di padang rumputan Prairie yang dihiasi beberapa baris pelangi-pelangi indah. Untuk seketika waktu, mata gua berkaca. Terharu kerana masih ada lagi makanan yang nikmat dibumi Malaysia ini selain dari Murtabak Ayam dan Apam Balik Nipis. Untuk seketika waktu juga gua lupa bentuk belut tu macamana. Ramuan belut kisar dicampur dengan rempah-rempah istimewa membuatkan rasanya seakan-akan diselangi perasaan manis dan lemak. Ya Allah....nikmatnya juadah ini.
EH! Bukan...bukan...
Bila bibit-bibit kuah tadi mengalir dalam tekak gua, satu perasaan aneh terpancar dalam sanubari ini. Seperti terkena Genjutsu, dia punya sedap membuatkan gua seakan-akan tengah berlari-lari anak di padang rumputan Prairie yang dihiasi beberapa baris pelangi-pelangi indah. Untuk seketika waktu, mata gua berkaca. Terharu kerana masih ada lagi makanan yang nikmat dibumi Malaysia ini selain dari Murtabak Ayam dan Apam Balik Nipis. Untuk seketika waktu juga gua lupa bentuk belut tu macamana. Ramuan belut kisar dicampur dengan rempah-rempah istimewa membuatkan rasanya seakan-akan diselangi perasaan manis dan lemak. Ya Allah....nikmatnya juadah ini.
Sedang gua melayan perasaan indah tersebut, bini gua cepat-cepat menghabiskan Laksam beliau. Jauh disudut hatinya, dia khuatir, kalau-kalau suapan yang hanya bertujuan ‘perkenalan’ boleh bertukar jadi scene lain pulak. Maklum la, benda dah sedap. Sebelum gua tibai sampai habih, better dia 'lanyak' cepat-cepat. Kahkahkahkah!
Sejak dari peristiwa tersebut, gua sangat tak sabar nak tunggu hari Rabu!
Pasar Malam Taman Samudera.
* Abe, Laksam sa!
- FINN -
P/S: Gua sajes lu orang try. Gerenti tak menyesal!
6 comments:
dulu masa gua muda remaja gua syak laksam ni sama mcm laksa.... cuma geng2 pantai timur mengeja dan menyebutnya mcm lain.... skali bukan da.... tapi tu dulu la... skarang? gua tetap x minat laksam... kah kah...
U shud try bro...gerenti terangkat k**ek. Kahkahkah!
Hahaha...mcm-mcm hal la ko nie laksam pon takut nak makan, best tu, aku dulu cam ko ar setia pada makanan, lepas dah merantau bnyk nie ape yang best mesti mau try, tu yang hasil terkumpul begitu terserlah tuh, hahahaha
Abejame: Serius aku takut dulu dowh, tapi, sekali kena terus terangkat. Semalam hari rabu, aku beli lagi...kahkahkah!
Tu la cin hang dok pikiag yg bukan2. Kuah laksam xsemestinya belut jer, ikan biasa cam buat kuah laksa penang gak...........
Muhaslly: Aiseh...anak jati kelate sudah marah. Rilek bohh...kawe dok cubo ghaso nie bnarnye..sedak meme sedak. Semale kawe gi pasar male beli sa'...
Post a Comment