Showing posts with label realistik bertukar slapstick. Show all posts
Showing posts with label realistik bertukar slapstick. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Remuk


Entah kenapa peristiwa ni masih berdesing dalam kepala hotak gua...



Selasa baru-baru ni opis tempat gua kerja telah men’organize’ satu scene makan-makan in conjunction of Hari Raya AidilFitri yang waktu tu memang dah hujung-hujung bulan Syawal dah. Event kali ini disponsor oleh makwe-makwe yang bekerja di finance department. Seminggu sebelum hari kejadian, setiap makwe yang terlibat dalam department tersebut sudah memilih jenis juadah apakah yang akan mereka bawa. Ada yang decide nak bawak Nasik Arab la, Kambing BBQ Golek cicah sambal belacan la, Nasik Lemak Berlado la, Kuih Tat balut luar/dalam la, roti jala la dan bermacam-macam lagi. Gua yang tiap-tiap keluar masuk ‘akuarium’ diorang ni pun kecur-mecur melihat list-list juadah yang bakal mereka bawa yang tercatit kemas di papan putih.

Nak diikutkan, sesiapa yang sudi nak sponsor makanan time tu pun dialu-alukan sebenarnya. At first, gua teringin jugak nak bawak Muffin 30 bijik, tapi memikirkan Banker Permatang Pauh tengah sibuk dengan hal-hal ofis beliau even on weekend, segan pula gua nak mintak dia tolong buatkan. Tak apalah…lain kali la gua sponsor, itu pun kalau umur masih panjang.

So, hari yang ditunggu pun tiba. Menu juadah hari itu memang pergh! Banyak gila lauk, bak hang. Zuena dengan Ayam Masak Merahnya la, Puan Nurul dengan Roti Jala Osemnya, Puan Maizatul Hazareah Binti Mahayaden dengan Nasik Lemak Berlado yang beliau masak start pukul 2.30 pagi la (Eh, silap. Maizatul Azma. Sorry, sorry!) Erni dengan Sup Meletupnya la, Ain dengan Karipap-Karipap Cintanya…and even Kak Aisyah, kakak cleaner dari Indonesia pun sponsor Bakso, bhaii!  

Meriah, memang meriah....

Gua, Karthik dan budak-budak department lain? Buat kering sajalah. Datang melenggang bawak perut bersama wajah tampan saja. Majlis hari tu start ngam-ngam pukul 12 tengahari. Memang bertepatan dengan waktu makanlah orang tua-tua kata. Event hari tu dihadiri almost 40 orang jugalah, termasuk directors and the VIPs. 15 minit pertama, scene makan berlangsung dengan lahapnya. Semua geng-geng laki attack Nasik Arab dengan Kambing, Ayam Masak Merah Ona sambil sesekali membilas tekak dengan hirisan karipap Ain. (Karipap Ain?) Hari itu reception area dipenuhi dengan gelak ketawa seluruh warga kerja opis tempat gua kerja. Masing-masing bercerita tentang betapa osemmnya raya mereka tahun ini. Tidak lupa juga yang bercerita pasal bola. Siap ada kutu-kutu serius berbincang tentang kelab apakah yang mampu menewaskan Arsenal pada kempen musim ni. Ya, gua tau Arsenal tengah power! Tapi, itu lain punya entri gua up. Untung-untung boleh bawak bergaduh.

So, lepas 15 minit, baru gua dapat cedok makanan dengan tenang. Paling gua terkejut, Bakso yang kak Aishah bawak tak seperti bakso yang biasa gua pekena kat Gombak. Bebola dagingnya yang biasa gua telan hanya sebesar bola pingpong. Tapi yang Kak Aisyah bawak ni, besar bola kriket, derr. Rare....memang rare. 7 bijik pulak tu, cantek menimbul-nimbul dalam sup yang Erni bawak. Gua nak santap pun pikir dua kali juga nak habihkan seketul! Heh. Tak seperti brader-brader dan sister-sister lain yang terus melulu mencedok nasik Arab, gua hanya menten selera tradisional saja. Hanya balun roti jala sama kari daging, Puan Nurul yang bawak. FUH! Hilang…

Sedang gua konsentrate makan, tiba-tiba gua disapa oleh Kak Aisyah. Dia seakan-akan terkejut melihat gua tengah mengoyak-ngoyak jaringan Roti Jala sambil mencubit hirisan kentang kari daging di dalam pinggan pakai buang gua.

“Eh, apsal Zaril tak ambik Bakso tu?” tanya beliau perlahan.

“Nantilah kak. Banyak sangat makanan atas meja tu. Saya sendiri tak tahu nak makan apa..” balas gua steady sambil mencungkil gigi gua. Entah macamana itu jam batang cengkih boleh terlekat pula.Susah nak kuis dengan lidah pulak tu...

“Jangan lupa makan tau. Besar saya buat bebola daging tu. Gerenti puas hati kalau makan”

Gua tersenyum. Kak Aisyah pun sama tergelak.


***

Tiba-tiba…

Dalam keriuhan hilai tawa jamuan tersebut, juuuuuuuuuust within a few second, kami disapa oleh Devlin (bukan nama sebenar) yang baru saja sudah mencedok kuih di dalam pinggannya. Mungkin perbualan gua dengan Kak Aisyah tadi dia terdengar, lalu terus beliau mencelah:

“Meatball Kak Aisyah tu besar. Mungkin sebab tulah Zaril tanak ambil. Simbolik dengan dia. Hahahaha…”



Gua terdiam. Kak Aisyah juga terdiam. 

Besar? Simbolik? De Fuuuuuu…….
Itu jam, gua punya heart-broken boleh membawak sampai rasa nak terjun #KBMall




p/s: Simbolik? Seriously...?

Monday, October 10, 2011

Kaget

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Kalau diikutkan, sudah 1 jam 30 minit gua ‘berperang’ dengan 2 penemuduga yang berada di depan gua ini. Segala soalan-soalan berkaitan pengalaman gua dalam bidang IT gua tepis kemas. Tekak gua pun dah kering bercakap sebenarnya. Banyak sangat gua brief + campur kelentong sikit-sikit. Superb! Entah kenapa, interview kali ini gua agak konfident. Perasaan nervous tetap ada. Namun, jauh di sudut hati, harap-harap, something good might happen.

Namun, 10 minit sebelum kedua penemuduga tersebut menutup tirai, perkara yang diluar jangkaan gua berlaku sebaliknya.

***

“So, saya tengok dalam ruangan hobi nie, you have stated that you’re into writing?” tanya Puan Hamidah ketika memerhati Application Form yang gua isi sebelum temuduga dijalankan.

“Ya Puan” jawab gua sambil tersenyum.

Kelat betul senyuman gua pada saat itu. Ikhlasnya entah kemana. Entah mengapa hati gua kembali berdebar-debar. Tengkuk gua kembali meremang. Mungkin kerana yang bertanyakan soalan ini adalah seorang wanita yang berpangkat Timbalan Presiden di kompeni yang gua apply. Bukan calang-calang position tuh!

Air-cond berjenama York di bilik temuduga menjalankan tugasnya seperti biasa. Hembusan angin dingin bersuhu 20 darjah celcius sudah cukup untuk membuatkan gua menggigil. Cilaka, mahu saja gua request interviewer gua ini perlahankan untuk sikit suhunya. Tapi, gua terpaksa lupakan saja niat itu kerana gusar takut-takut gua dicop demanding plak. Ya lah, baru mintak keja, sudah demand macam-macam. Ye dop?

Satu persatu kriteria yang gua isi dalam borang tersebut dibaca oleh beliau. Sesekali Puan Hamidah tersenyum sinis. Semakin lama dia tersenyum, semakin gementar gua dibuatnya. Ya lah, seingat gua, apa yang gua isi dalam form tersebut takdelah lawak mana.

Harap-harap dia tak perlekehkan gua.

“So, what kind of stuff do you write, actually? Please elaborate on that.”

“Well, basically I love writing. Dulu masa engaged dengan projek-projek bawah Jaring,  kebanyakan Reports or User Acceptance Test semuanya saya yang setelkan. Minutes of Meeting, User Guides dan Toturial documents kebanyakan saya yang prepare. To be honest, saya memang suka buat documentation.” Jawab gua steady. Walaupun agak poyo ayat-ayat jawapan gua tadi, namun gua redahkan juga. After all, this is a bloody interview, and we’re supposed to sell our self to them, right?

Harap harap dia impress.

“Yes, itu saya tahu. I mean, you have to prepare all those documents because that’s part of your JD, kan? balas beliau. Kali ini, tone beliau tinggi sedikit.

Shit! Gua salah jawab ker nie..?

“So, what I want to know…kalo thing’s yang bukan in your Job Description. I mean, during your free time. What kinds of stuff do you write? Novel? Script? ” tambah beliau lagi. Kali ini matanya bersinar-sinar seperti kepingin untuk mengorek sesuatu dari gua.

Crap!

Sah gua dah silap explain. Dah nama ruangan hobi, kan? Benda-benda yang gua mention tadi dah tentu-tentu part of my job. Dah tentu-tentulah gua terpaksa tulis. Adoi bangangnya. Angin nervous gua datang kembali. Kali ini impactnya sangat keparat. Siap attack pundi kencing lagi.

“Err..well, sebenarnya…”

Gua takde idea nak jawab ketika ini. Almost 10 second jugak gua terberhenti. Sepatah haram perkataan tak terkeluar dari mulut gua. Dari jauh, gua perasan Puan Hamidah tersenyum melihat gelagat gua. Gua rasa, gua punya level of nervousness, dia boleh rasa.
Seingat gua, gua takde plak gua apply untuk position journalist. Tapi apahal bab-bab hobi gua yang dia nak highlight sangat?

“Are you into blog?”

“Err..saya..”

“Hahaha. See? I knew it. Tell you what; just give me your blog address. I want to go through your blog later.” Balas beliau.
           
“Err…tapi kenapa puan?”

“Saja..”


P/S: Sesi interview paling pelik yang gua penah attend. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...