Friday, July 22, 2011

Sesekali Gua Terpaksa Jugak 'Wachaaa!'

“Lu ada baca tak Kosmo! hari nie bro?” tanya Shahrul Maizam sambil menghirup segelas teh tarik mamak Harmain.

“Takde plak. Meeting banyak la hari ni…tak sempat.” balas gua sambil kebingungan. Sedikit tersentak pun ada sikit-sikit

Kenapa gua bingung? Shahrul Maizam yang gua kenal selama 4 tahun nie, rasanya tak pernah ambik tahu langsung pasal apa yang berlaku dalam Malaysia. Jarang sekali gua nampak dia duduk baca paper di meja resepsi syarikat. Isu runcit-runcit macam siapa ketua menteri Melaka pun dia tak tahu, inikan pulak isu besar-besar macam 8 tuntutan Ambiga, lagi la dia fail!

Shahrul tersengih. Terasa sedikit bangga di hatinya kerana dia berjaya tanya something yang gua tak tau. Ceh! Gua bukannya ‘walking-dictionary’ nak bersaing-saing. Untuk menambahkan lagi perasaan riak itu, dia menyalakan sebatang rokok dan menghembus dengan riang. Cilaka, rokok gua jugak dia rembat!

“Alarh, cerita pasal Mohd Ashraf nak tukar nama kepada Aleesha Farhana tu. Sekarang tengah hangat kat Kosmo! muka depan...” terang Shahrul lagi.

“Owh, gua baca header jer. Berita penuh gua tak baca. Ha? Apa yang hangat sangat? Bab-bab tukar jantina nie, bukan kata Kosmo!, dalam Mastika pun bersepah!” nada gua naik sikit.

Pride gua kena jaga jugak. Diperlekehkan oleh Shahrul memang satu benda yang boleh buat gua down berbulan-bulan. Tahap hinanya bukan boleh buat main-main.

“Dia buat rayuan nak tukar nama dan jantina dia dalam MyKad. Memang tak dapat la. Hakim tak benarkan. Keja gila ni...” terang Shahrul yang cuba memenangi situasi.

“Aggresif sangat nak tukar sex status. Ker dia dah buat pembedahan tukar ‘burung’ ke ‘longkang’?”

“Erm..yang aku baca, dia nie dilahirkan ada ‘burung’ dengan ‘longkang’. Tapi, naluri dia lebih kepada keperempuanan sket. Alarh, ada term special untuk orang yang dilahirkan macam situasi...” jelas Shahrul.

Kali nie, dahi dia berkerut-kerut memikirkan kata nama special untuk ‘term’ yang dinyatakan tu.

“Kerr...salah. Kuuuuu...bukan. Rasa macam tak kena plak. Khoo…..”

30 saat berlalu. Namun, 'term' yang tersangkut di bibir Shahrul masih belum kedengaran. Gua agak excited menunggu perkataan apa la yang bakal di’asal-boleh’kan oleh si mamat nie. Macam dah boleh bayang pun ada dah. Muncung mulut Shahrul, merancakkan kegigihannya mengingati special term tersebut. 

***

Selang beberapa kemudian:

“Ha! Dia KHINZI…”

* PANG! *

Belum sempat dia menghabiskan ‘term’ tersebut, gua bangun dan memberi satu tempeleng yang padu. Shahrul tersandar ke dinding kebingungan.

“KHUNSA la bingai….KHUNSA!” 

Gua terus beredar dari kedai mamak. Minuman gua, gua biar Shahrul Maizam saja yang tolong setel.

Huh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...