Tuesday, June 28, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita...

Gua baru habih company meeting. Tetiba henset gua berdering. Nombor yang appear jenis-jenis orang nak privacy, 'Blocked'. Slalunya kalo 'blocked' nie, ada dua jer. Satu, headhunter untuk job offering. Satu lagi scammers. Sebabkan gua mengharapkan yang part 'headhunter' tu, gua angkat la jugak.

Gua : Helo?

Gadis : Hello, boleh saya bercakap dengan En. Zahril?

Gua : Ya, saya cakap.

Gadis : Saya Azean buat panggilan dari Maybank Credit Card. Tujuan saya call encik nie, sebab saya nak buat verification untuk credit card yang encik.gunakan.

Gua : (????)

Gadis : Ini adalah untuk pemantauan sistem kami, kerana pihak kami sedang dalam proses menaik taraf sistem pengkalan data pengguna. Jadi, saya nak buat pengesahan lah. Boleh bacakan saya nombor kad kredit encik beserta dengan expiry datenya skali?

Gua : Dasar scammer. Pegi mampos!


Gua letak phone. Sambung buat keja macam biasa...


Moral of the Story: 
Kalo 'terbercakap' dengan credit card scammer nie, lu orang tak payah nak berbudi bahasa sangat. Pastikan reply short, simple dan penuh sadis. Lagi sarcastic, lagi bagus. SELAMAT MENCOBA.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...