Friday, June 24, 2011

Cleaning Out My Closet...#1


Hard disk gua dah mula tunjuk tanda-tanda nak kong. Cilakak, kali nie dah masuk 3 bijik HD 500gig gua kaput! Mati arr tiap-tiap kali gua nak transfer data-data 'penting' dalam storage baru. Storage baru tu satu hal, bab kopak duit tu pun satu hal.

Bila tiba hari Jumaat, keja dah tak berapa banyak. So, gua ada la masa sket nak buat desktop clean-up. Dalam dok tengah transfer file dari HD lama tu, tetiba gua terjumpak gambar nie. Puh, nie la kenangan gua yang paling syok semasa gua jadik student Matrix ITTAR dulu.

H.A.B.L.U.R

Hablur nie nama band kami masa zaman-zaman remaja baru nak naik dulu. Pikir-pikir balik, lawak juga masa darah muda masih panas dulu. Segala benda nak memberontak. Sket-sket nak rage.Kahkahkah! Lawak betul zaman nie.

Hablur nie official 6 orang sebenarnya. Yang tukang ambik gambar nie, Hafiz, kitorang assign merangkap pengurus dan official photographer jer sebenarnya. Kahkahkah! Photographer tu. Padahal zaman tu, kamera jenis kena isi kodak punya style. Tu pun jalan...on aje!

Yang atas skali tu, yang main drum bajet hensem tu, nama dia Topek. Dia nie skill drum dia boleh tahan. Ntah mana dia belajar, gua musykil jugak. Katanya, masa dia kecik-kecik dulu, bapak dia selalu ikut bapak dia main kompang orang kawen. Agaknya kat situ la dia asah skill-skill memukul objek kot? Ntah la. Logik ke? Skang gua tau dia keja kat Johor. Kompeni Dyson kalo tak salah gua. Ada bisnes nenas sket-sket. 

Yang pakai baju perang sambil tunduk bajet Tom Morello tu, Zamri nama dia. Lead guitar.Bengis, ganas dan orang yang paling last skali gua kross kalo nak ajak gadus. Jangan main-main dengan mamat nie. Telan gigi sendiri kang. Tapi, skill goreng dia dasat. Stakat nie, dia la orang first gua tengok goreng gitar sambil kacau megi dalam baldi. Skang lokasi dia gua tak pasti sangat. Bangi rasanya. Tapi, masa gua kawen, dia datang. Tenkiu fren.. #manlyTears

Yang pakai baju melayu pink, kepala botak tu, Din. Main bass. Posing nak daring. Main bass sambil sandar kat dinding. Dasar berat telor. Kahkahkah! Seorang follower yang taat. Dia nie terus gua lost kontek. Kat mana dia keja skang pun gua dah lost. Lepas habih matriks, lost...totally lost damn it!

Yang brader pakai cap, nampak kepala jer tu arwah Atok. 2nd guitar, rhythm Hablur. Arwah meninggal tahun 2004 kalo tak salah gua. Eksiden dengan lori masa on the way nak balik kampung dari UTM. Masa hari pengkebumian, gua datang melawat arwah kat Tanjung Keling, Melaka. Banyak kenangan kitorang dengan Atok. Semua yang jahat-jahat jer la. Alarh, jahat zaman remaja. Apa la sangat. Balik-balik skodeng, panjat pagar, ponteng surau, ponteng puasa, ponteng prep, curi nasik lemak tak bayar. Cemtu-cemtu jer la. Kehilangan Atok amat kami rasa. Dia la pillar of strength band nie. Sapa yang baca entri, harap-harap sudi la sedekat al-Fatihah kat beliau. Moga-moga arwah bersemadi dengan aman disana. Sedekat kat arwah mak gua skali. Al-Fatihah.

Yang brader tengah-tengah, pegang mic tu...lu orang pikir la sendiri. Gua malas nak elaborate.

Huh!

P/S: Gila kurus gua dulu. Arghhhhh! 

2 comments:

velasrizal said...

hablur? unik btol nama tu

Sandokhan said...

dulu kan ada band KRISTAL. So, lawan konsep kimianya HABLUR la. Tapi fahaman muzik haram tak sama langsung...kahkahkah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...