Satu hari gua jalan-jalan kat KLCC. Saja nak merayau-rayau cuci mata, kot-kot bleh terjumpa member-member SOKSEK gua kat Petonaih, bleh gak ajak pekena Auntie Anne’s sepam dua.
Entah kenapa hari tu, gua rasa teringin sangat nak singgah kat RockCorner.
RockCorner adalah store yang jarang sangat gua masuk. Sebab ‘barang-barang’ kat sana sumpah mahal semuanya. Gua sebagai mamat yang jarang sangat menyebut ‘Pastikan Ori, Baru Beli’ nie, RockCorner bukanlah tempat yang sesuai bagi gua hangout.
Tapi, degupan jantung gua satu macam punya dok menghentam. Gua berpeluh. Sesekali gua goosebump, menyebabkan tengkuk gua seram sejuk. Ahh, sungguh keparat perasaan ini.
Gua nekad. Apa yang tuhan cuba sampaikan kat gua nie?
Dengan perasaan yang musykil, gua biarkan kaki ini melangkah. Setiap titip langkah gua perkemaskan dengan larian-larian anak. Satu persatu eskalator gua daki tanpa banyak soal. Hati gua resah.
Ekoran langkah kaki yang tidak menentu ini, akhirnya gua sampai jugak di depan RockCorner. ‘Yatta!!’ hati kecil gua melonjak riang.
Lama jugak gua berdiri depan pintu masuk nie. Kelihatan 7-8 orang keluar masuk outlet tersebut dengan muka riang sambil memegang beberapa helaian car-sticker. Hek eleh! Car sticker jer pun. Seronok sangat ker. Ahh, gasak la. Gua nak tau sangat apa yang hati gua cuba sampaikan nie. Gua pun masuk.
Masuk jer dalam kedai, navigasi kaki gua terus menuju ke arah kaunter.
(Gua pelik! Argh..apsal plak nie.)
Amoi jaga kaunter tu memandang gua dengan senyuman yang menawan. Sebenarnya takde la menawan sangat. Sebab gua dah kawen. I’m taken oredi maa.
‘Apa boley saya bantu?’ tanya amoi tu, slow jer ke arah gua.
Ahh, sudah. Apsal gua beratur nie? Apsal amoi nie bleh tanya kat gua?
(Gua start berpeluh lagi…)
‘Err..amoi..tiket Arsenal dua keping. Yang RM108 punya. Green Gate punya…’ mulut gua terjawab sesuatu perkara yang gua sendiri terkejut.
‘Krap!’ tiket dikoyakkan. Duit RM216 bertukar tangan.
Shit! Apakah ini? Mengapa gua terbeli? Gua sendiri tak pasti...
Gua berjalan keluar dari RockCorner. Tangan kiri gua terpegang dua keping tiket Arsenal Tour 2011. Tangan kiri gua juga terpegang car sticker Arsenal, 2 keping.
Gua bingung. Kenapa gua boleh terbeli…
Kenapa?
Kenapa?
Kahkahkah!
7 comments:
Pergh 216 tu! Takpe2 minat punya pasal. Nanti jangan lupa amik gambar dengan abam Sagna.
Hahaha...saja bro! Dulu Arsenal datang Malaysia tahun 1999 gua tak dapat pegi. Terlepas bergambar dengan Thierry Henry dgn Tony Adams..
Kali nie peluang tidak akan dilepaskan..abam Sagna terlalu hensem untuk gua bergambar dengan beliau..abang Vermaelen dah la...
kehkehkeh!
ciss!! sudahlah!!! nawaitu tu dah nak beli tp buat2 ter lak.. hehehe :P
btw, aku suka rock corner. Yg slalu aku pegi yg kat midvalley. Mahal tu aku takleh nak nafikan.
Tp yg bes bagi aku sbb setakat aku cari penyanyi or band pelik2 so far, semua dia tau. Cuma CD takde ngan ade je. If takde, dia akan recommend band pelik2 gak yg lagunya ala2 style band yg aku cari. So far aku puas ati dgn rock coner nih.. hehehe
xpe bro..confirm xrugi beli.. dpt tgk bibir tebal abou diaby
ko jgn nk berdrama sgt lh x!!!! poyos kot
Hehehe poyo rono giler lu nih....apapon semoga bergumbira
Afam: Ahaha...saja nak buat-buat thrill sket. Ko nie dah bleh jadi duta Rock Corner larh! Kipidap..
Velasrizal: Bibir abam Diaby satu hal. Nie 'brader-takde-rahang' si Johan Djourou yang gua nak tengok sangat sebenarnya.
Anon@ Ona: Sesekali nak berdrama..eh, best jugak sekali sekala poyos nie,ek? :P
Abejame: Thanx dude! Nanti kalo Barca terbukak hati nak main team team M'sia, aku nak join jgak..mana tau dapat salam dengan adik Afellay, menarik jgak tuh!
Post a Comment