Semalam gua takde nafsu nak lunch. Bukan sebab gua sakit, tapi sebab gua banyak keja nak disetel. Biasa la jadi brader-brader IT nie, gua memang feymes. Pegi mana saja orang mesti cari. Itu nak kena setting, ini nak kena troubleshoot. Dari benda-benda semudah turn ‘on’ suis printer hinggalah sepayah-payah solve isu Active Directory.
So, dalam pukul 2 lebih jugak la, baru gua dapat keluar lunch. Biasa kalo pukul 2 lebih nie, nak cari kedai melayu serve nasik berlauk memang satu keja yang bangang. Nak tanak, mamak la destinasi sesuai untuk mententeramkan perut bergendang. Sampai ke Mydina, gua straight order Teh Ais segelas, memandangkan cuaca semalam boleh tahan panasnya. Kering tekak gua. Ketika gua hampir berjaya melakukan hirupan pertama, bahu gua ditepuk. Gua terkejut seraya menoleh ke belakang. Lerrr, En. Muhaslly rupanya. Dia pun jenis turun lambat jugak sebab kena assist technician air-cond datang roboh siling.
Macam biasa, kalo gua lepak dengan En.Muhaslly nie, nak sembang isu EPL memang satu tindakan yang kurang bijak. Ini boleh diibaratkan seumpama gua bercakap dengan dinding yang tak telus. En.Muhaslly plak kalo dia sembang pasal TRW (The Red Warrior), gua mungkin akan nganga dari mula sampai habih, memandangkan pengetahuan gua mengenai Liga-M nie secetek pengetahuan gua terhadap arena K-Pop yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang. For the sake untuk merancakkan scene lunch kami, gua utarakan beberapa isu hangat politik yang gua baca dari blog-blog politik tempatan sebagai sepak mula kami.
Satu persatu topik hangat gua utarakan, dan satu-persatu jugak la isu-isu tersebut berjaya dikupas teliti oleh En.Muhaslly. Rilek, sangat rilek beliau menepis setiap‘serangan’ gua. Saja gua nak test knowledge beliau. Kehkehkeh! Ternyata dia memang power. Respon beliau yang bersahaja, penuh bergaya dan penuh informasi ini gua boleh samakan seperti meracik delima di pinggir kali, buah terpotong kemas, kali kekal bersemi. (Pergh! pepatah baru tuh!) Peh, tabik respek sama ini brader, yang amat prihatin dengan isu-isu semasa. Post gua sebelum ini gua pernah nyatakan yang isu politik dengan gua tak pernah ngam, namun sejak kenaikan harga minyak yang mendadak beserta beberapa isu pencukaian yang sebelum ini dijanjikan tidak akan naik, gua akhirnya menyerah kalah. Jika sebelum ini, tabiat baca suratkhabar gua adalah menyelak di helaian paling belakang sekali iaitu kolum sukan, sekarang gua dah berubah. Kolum sukan sekarang, gua pandang sipi-sipi, artikel politik bacanya gua dahului. Mentaliti keremajaan gua ini terpaksa gua ubah menjadi mentaliti pakcik-pakcik serbanistas dan brader-brader golongan marhaen dalam usaha memahami suasana politik negara kita. Feelnya memang lain macam. Cubalah kalo tak percaya!
40 minit berlalu...
Rancak perbualan kami petang itu. Suapan nasik dan hirupan teh ais berselang seli. Ada saja yang kami sembangkan. En.Muhaslly beranggapan bahawa next Pilihanraya Umum nanti bakal menjanjikan something yang menarik untuk disorak. Gua mengangguk-angguk tanda setuju. Entah kenapa, semangat gua untuk turun mengundi pada pilihanraya umum nanti agak membuak-buak. Mungkin kerana enzim-enzim semangat yang dihujankan oleh En.Muhaslly tadi betul-betul membuka mata gua. Gua nekad, gua mesti mengundi!
***
“Usin dah register mengundi ker belom?” tanya beliau sambil menyalakan sebatang rokok daun.
“Err...err…belum ” balas gua sambil menggaru-garu kepala.
Pap! En.Muhaslly sekali lagi facepalm ke muka sendiri. Sesekali dia ketawa terbahak-bahak.
“Ceit! Sembang PUNG PANG! PUNG PANG! pasal nak turun mengundi. Rupa-rupanya register mengundi pun belum buat lagi. Pooodah!” balas beliau tepat ke muka gua.
Gua hanya mampu tersenyum sambil menjelirkan lidah sikit-sikit. Macam smiley Yahoo! Messenger.
2 comments:
aik baru 2 kali..guwa dh 8 kali kene mandi bunga
haha..gua dengan politik nie baru-baru nak menjadi ja bro...
Post a Comment