Tuesday, September 27, 2011

WWE Night of Champions 2011 : Full Result



1. John Cena def. Alberto Del Rio (New WWE Champion)

Again, I’m not a Cena fan fag. But, it’s good to see the WWE Championship belt is not in the wrong hand.

*Asal John Cena jer, gua malas nak review. Biaskah gua?

2. Mark Henry def. Randy Orton (New World Heavyweight Champion)

Fuh, akhirnya Mark Henry berjaya merampas title World Heavyweight Champion dari Randy Orton. Selama 15, Mark Henry tak pernah dapat peluang untuk battle untuk mana-mana Heavyweight Championship. Tapi, sekali dia dapat, sekejap jer dia setelkan Orton. Namun, Orton tak menyerah dengan mudah. Walaupun perbezaan berat yang amat ketara, lunyai jugak Mark Henry makan penyepak dan beberapa siri Angry Stomp dari Orton. Yang gua respek, seberat-berat Mark Henry, boleh jugak Orton buat Vintage DDT (Rope Hung DDT). Bukan apa, untuk menyangkut kedua-kedua belah kaki gargantuan seberat Mark Henry adalah kerja gila dan sangat berisiko tinggi. Silap-silap kalo second-rope terlalu kendur, turnbuckle tercabut, gelanggang boleh runtuh.

Namun, dengan satu World Strongest Slam yang sangat outstanding, Randy Orton ditewaskan.

Game Over! (But I still believe the Viper will bounce-back)

3. WWE COO Triple H def. CM Punk (No Disqualification Match)

Pertembungan 2 ego yang besar dalam WWE. COO (Chief Operating Officer) Triple H bertarung bermati-matian dengan CM Punk. Yang buatkan match nie jadi menarik adalah stipulation match nie, yang mana, jika Triple H kalah, beliau terpaksa resign sebagai COO dan kembali menjadi atlit biasa. CM Punk pulak, demand macam-macam. Oleh kerana sifat ‘star’ beliau, tahap demanding mamat nie dah makin jadi merepek-repek. Nak tong aiskrim jenama CM Punk la, itu la…ini la. Tapi, yang gua heran, ego CM Punk ini sangat macam celaka, tapi dia berjaya menarik minat sebilangan besar WWE Universe untuk bersorak kepada beliau. Gua nie pun kadang-kadang jahat jugak, takde plak orang bersorak untuk gua. Kena maki, banyak la. Hahahahaha.

Triple H emerged as the winner of this match, even though several interference from Kevin Nash yang tak berpuas hati dengan beliau atas sebab-sebab peribadi dan The Miz & R-Truth yang cuba untuk membuat statement terhadap COO tersebut. Lama sangat Triple H menyorok dalam nice office suit, sampai dada pun dah berbulu. Cheit! Apa dah jadi dengan hero gua ni?

4. U.S Champion Dolph Ziggler won the Fatal 4-Way against Alex Riley, John Morrison & Jack Swagger

Gua suka fatal 4-way match. Hell, to be more specific, gua suka layan match yang contestantnya lebih daripada 2 orang. Time nie la nak tengok skill-skill luar biasa dilaksanakan (dilaksanakan? Pfft!). Tu sebab gua suka layan royal rumble, triple threat or 6 man tag match. Dia punya feel memang lain macam.

Berbalik kepada match U.S Champion nie, the self-proclaimed “Perfectionist” Dolph Ziggler telah berjaya kekal sebagai U.S Champion, menewaskan “The Honcho of Hotness” John Morrison, “The All-American American” Jack Swagger dan “A-Ry” Alex Riley. Gua dah layan match nie. Memang superb! Starship of Pain, Gut-Wrench PowerBomb dan beberapa high-flying moves tak putus-putus. Akan tetapi, disebabkan main plot match nie adalah perbalahan antara Dolph Ziggler dan Jack Swagger dalam merebut Vickie Guerrero, maka terpaksalah John Morrison dan Alex Riley bertindak sebagai geng-geng cukup ‘korem’ je. What a waste of talents.

Yang gua pelik, apa yang hot sangat Vickie Guerrero nie yang diorang nak rebut-rebut? Kalo Vicky Vette tu, lain cerita la. #hahahaha

5. Intercontinental Champion Cody Rhodes def. Ted DiBiase

Match nie adalah antara match yang gua tunggu-tunggu. Former tag team partner bergasak sesame sendiri kerana perbalahan konsep hensem dan paper bag. Bodoh ye dop? Cody Rhodes….hmmm. What should I say about him. Anak kepada legendary “American Dream” Dusty Rhodes. Adik kepada Goldust. Satu-satunya wrestler muda yang wrestle tanpa knee-pad. Nampak sangat gay-ish dan sangat menjolok mata. Tapi, gua suka finisher beliau, iaitu Cross-Rhodes. Jenis-jenis snap-slam dan sangat laju. Tak perlu nak banting-banting dan boleh dilaksanakan kepada opponent tak mengira saiz.

Ted DiBiase Jr, anak kepada legendary ‘Million Dollar Man’ Theodore Marvin a.k.a Ted DiBiase. Seorang wrestler yang sangat talented. Good with mic skills. Nice finisher too (Dream Street). Disebabkan perbalahan dengan Rhodes, DiBiase yang asalnya sangat bongkak dan menjengkelkan ini telah berjaya menjadi fan-favourite WWE Universe. Biasa la, dalam WWE nie, biarpun lu punya jahat sampai bab belasah Hall of Famer, dengan sedikit story-line adjustment, sekejap jer dah bleh jadi wrestler yang disayangi ramai. Eh, gua macam ter-off topic. Match nie DiBiase kalah, sebab kena hentak dengan face-mask Rhodes. Selain bertindak sebagai pelindung muka Rhodes, tahap ketebalan topeng ini juga boleh dijadikan senjata dikala referee tengah di’distract’. Huh, lame technique, right?

6. WWE Tag Team Champion Air Boom (Bourne & Kingston) def. The Miz & R-Truth by DQ

Gua tak berapa sure sejak bila The Miz bleh sekepala dengan R-Truth. Mungkin kerana berpegang atas satu paksi ‘conspiracy’, kedua-dua most hated villains ini boleh bergabung dan cuba untuk mendominasi arena Tag Team setelah kedua-duanya tak berapa boleh cari makan layan Heavyweight Championship. Namun, disebalik peluang yang diberikan oleh Triple H selaku COO kepada kedua-dua ini untuk bertarung merebut Tag Team belt dari Air Boom, jelas sekali R-Truth dan The Miz only keen on ‘making a statement’ to the WWE Universe, demanding that they need more chances and opportunities for the WWE Championship belt. Air Boom dibelasah teruk oleh R-Truth dan The Miz hingga pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan dan memberikan kemenangan kepada Air Boom via DQ (disqualification).  

7. Divas Champion Kelly Kelly def. Beth Phoenix

Macam biasa, gua tak amik port mat-match Divas. Tits and Tats doesn’t really amazes me.




Sekian gua melaporkan dari Buffalo, New York.



Gambar gua cedok dari Bhabani WWE

2 comments:

Abejame said...

Yeah Triple H....tp hero ko bukan ke Booker T ke

Sandokhan said...

ceh! agak-agar arr Abe. Hero aku mmg HHH, Batista & Edge. Hehehe...

Tapi, HHH dah lama sangat x beraksi. Kepingin menyaksikan Thunderous Spine Buster beliau bersama the great Pedigree wohh...

New generation wrestlers nie agak overrated...

I miss the old WWE rosters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...