Blackburn Rovers 4 – 3 Arsenal (Ewood Park Stadium)
“Pernah tengok team korang score 5 bijik, tapi last-last kalah jugak?”
Bangang! Bangang! Bangang!
Itulah rumusan yang senang difahami dan dicerna bagi memahami timeline match ini. Arsenal tampak garang apabila Gervinho meletakkan Arsenal di depan seawal minit ke-10. Superb, mamat nie memang superb! Berbaloi Wenger angkat dari Lille . Namun, langit tak selalu cerah. The Yak (Yakubu) pantas menghukum ke’mamai’an Koscielny dan Mertesacker. Satu tolakan yang simple dari kaki kanan beliau terus mengubah mata di scoreboard Ewood Park . 1-1.
Game malam itu juga menyaksikan Mikel Arteta menjaringkan gol peribadinya yang pertama bagi skuad Arsenal dengan satu rembatan kencang di luar kotak. Laju, memang laju. Arsenal kembali di depan selepas itu. Namun, gua ulang sekali lagi. Langit tak selalunya cerah. Alex Song terlalu taksub untuk membantu pertahanan Arsenal dan padahnya beliau terjaring goal sendiri! Cilakak! The Yak sekali lagi meletakkan Blackburn Rovers di depan hasil sentuhan ‘flick’ berpunca dari luar kotak penalty. Gua tengok gol nie sah-sah offside. Tapi apa nak buat, lines-man ni gua agak fan Blackburn . Maleh nak angkat bendera walaupun offside terang-terang depan mata. Shit! We are f***ed!
Arsenal sekali lagi butthurted apabila Koscielny pulak suka-suka score another goal sendiri. Gua yang tengok match nie tak putus-putus #facepalm ke muka sendiri. Steve Kean punya excited toksah nak kata la. Seronok macam baru selamat dari relegation. Cis. 4-2. Tangan gua masa nie gatal-gatal jer nak tukar channel, tapi bila gua terpikir gua ialah fan dan bukan gloryhunter, pahit ini terpaksa gua telan. Mulut gua tak putus-putus berdoa agar Arsenal tidak diayam-ayamkan lagi. Peritnya memang bukan main.
Arsenal dihujani another berita buruk yang mana Bacary Sagna mengalami kecederaan. Argh, ini bala namanya. Gua tak minat sangat Jenkinson main bek kanan, sebab marking budak nie tak sehebat player berpengalaman. Tapi, gua terkejut apabila tempat Sagna digantikan oleh…well, this might shock the entire football nation. Johan Djourou. What the fakkkk? Beberapa peristiwa memalukan dilakukan oleh Djourou sebenarnya. Centre back kalo dah main wing-play, laju memang la laju. Tapi, kenapa lu crossing macam buat clearance, bingaiii?
Arshavin dikeluarkan dan Chamakh dimasukkan untuk mengkucar-kacirkan keadaan. Bila Chamakh masuk, gua sekali lagi #facepalm. Nampak sangat Arsenal bakal bermain crossing bermati-matian. Kepala van Persie tak boleh pakai sangat kalo bab-bab heading nie. Nak bertarung dengan Chris Samba dan Scott Dann dalam mengawal bola tinggi bukan satu tugas yang runcit-runcit. Samba tu weii! Bukannya bodoh-bodoh alang punya defender. Namun, disebalik getus hati sarcastic gua, Chamakh akhirnya berjaya juga menyumbat satu gol hasil tandukan kencangnya. Cantek, dah 4-3.
Baru gua sedar, Chamakh hanya akan score apabila beliau dicarut-carutkan berulang kali. So, atas ketidakrelevan ini, gua terpaksa bermulut longkang dan terus mengkeji Chamakh agar beliau mampu untuk menyumbat gol lagi. Badigol, berbakul-bakul dosa gua malam tuh!
5 minit terakhir sebelum wisel penamat ditiup adalah scene yang boleh buat gua sakit jantung. Ke’struggle’an Arsenal untuk menyamakan kedudukan tak ubah seperti seekor babi hutan rakus merempuh tembok besar China . Gila betul. Crossing kiri-kanan macam fireworks. Long shots bertubi-tubi. Samba dan Scott Dann berhempas pulas mengawal benteng pertahanan. Peh, apa makan mamat-mamat nie. Sangat superb! Mertesacker hampir menyamakan kedudukan apabila beliau bingkas menyambar hantaran Andre Santos, namun bola tersasar hanya beberapa inci dari palang gol.
Pritt! Wisel penamat dibunyikan…
Perasaan hangin dan bengkek bercampur baur.
Gua tutup TV.
Tolong bini gua buat kari lagi baik!
P/S: Apa yang gua tulis adalah apa yang gua pikir mengenai mutu dan corak permainan Arsenal ketika ini. Yeah, I love the club more than anything, but I'm a realitic person too. With this kind of attacking style and poor defending quality, there is no way in hell we would conquer Europe. Silap-silap dengan Wolves pun kita tercungap-cungap. Something is not right, and need to be changed, FAST! If some of you butthurted and labelled me as a traitor, there is always the 'X' button on the top right of the browser. Feel free to click it!
Gambar gua cedok dari DailyMail UK
4 comments:
Sudah la menyokong team lemah....jadilah gloryhunter dgn menyokong Barca jgn jd cam fan liverpool nnt dah terlambat hahahahaa
sialan abe. Aku tidak akan goyang. Kelabku hanyalah satu...hahahaha...
Kalau main PES aku x amik team Arsenal, striker best dah tapi defend macam taik!
ParkAir: PES nie memang detail sungguh dia buat. Cemana taiknya defenders Arsenal in real-life, begitulah taiknya defenders mereka dalam game. Overall, aku setuju dgn pendapat ko...
Post a Comment