Monday, July 22, 2013

JPU13 : Day 11 nak masuk ke Day 12


Pukul 11.30 malam (Day 11)


"Gua dah masak ayam masak merah dah. Lu balik nanti, lu just tanak nasik saja, OK?"

Gua baca SMS Banker Permatang Pauh sambil steady drive (WARNING: Do not try this! I'm dead serious. You have been warned...) lepas habih mini iftar-reunion matrikulasi ITTAR Langkawi di Danau Golf Club, UKM Bangi.

"Orait bebeh!" gua balas pendek.

40 minit selepas tu, gua sampai rumah dengan selamat. Alhamdulillah. Gua park kereta kemas-kemas, bukak grill pintu senyap senyap (Stealth Level: 99). Kelihatan bini gua tertidur di ruang tamu ketika menunggu gua balik. Gua bergerak ke dapur. Mak datokkkkk, bau Ayam Masak Merah bini gua memang buat gua tak tahan tengah-tengah malam ni. Dengan kuah pedas manis masamnya, dengan pehan ayam 5 ketulnya. Dengan hirisan ubi kentang yang empuk lembut bersama kuahnya. Complete wei! Nasib baik tak ada nasik. Kalau tidak, peha ayam seketul dalam periuk tu gerenti dah kena kidap!

Gua ambik periuk nasik, cedok beras 2 kepoi. Basuh beras dengan selawat apa yg patut. Tekan punat on. Wallah! Steady betul jadi suami yang ada kebolehan memasak nasik tanpa dipantau isteri. KalauRasa bangga betul.

Gua dah tak larat. Gua terus baring di ruang tamu. Sebelum nak lelap, kunci jam henset pukul 4.45 pagi. Memandangkan nasik dgn gulai dah siap masak. So, apa nak takut bangun lambat, ye dop?

Ayam masak merah. Sweet!

Zzzzzz..........

(The rest was history...)




(Day12)

Maybe sebab badan gua terlalu penat, tido gua pagi tu betul-betul kualiti punya tidor. Siang kena pergi kelas, habih kelas dah nak dekat-dekat buka puasa, terpaksa shoot pula ke Bangi sebab ada mini reunion. Peh, antibodi gua sejak masuk 3-series ni dah tak segagah dulu. Segagah boleh berjaga sampai ke habih sahur especially time hari cuti bulan puasa. Ahhh...those were the damn days...

Tapi, entah kena telinga gua ni macam ada dengar-dengar bunyi ayam berkokok. Gua buka mata pelan-pelan, gua nampak Banker Permatang Pauh tengah bersila atas toto sambil meneliti Fonepad beliau. Muka dia agak cemas berbaur kecewa sedikit. Gua pun bangun.

"Kenapa nie?" tanya gua sambil kaver-kaver mulut tak mahu spread bau.

Banker Permatang Pauh diam saja. Muka dia berkerut. Macam menyesal.

"Pukul berapa sekarang ni?" tanya gua lagi. Entah kenapa gua tak teringat langsung nak mencapai henset gua.

Banker Permatang Pauh memalingkan muka ke arah gua dan tersenyum.

"Tadaaaaa!!!"

Beliau mengacukan jam digital di Fonepad beliau tepat-tepat ke muka gua.




*****



6.50 pagi.

Faking.


Thursday, July 11, 2013

JPU13 : Day 1

Jurnal Puasa Ucin (JPU) : Day 1

  1. "Pap". Gua rasa pedih seperti ada sesuatu yang menampar-nampar lengan gua. Gua segera membuka mata. Kelihatan Banker Permatang Pauh dengan sebilah sudip tergenggam kemas di tangan terpacak depan muka gua. Mukanya kelihatan cemas. Gua tengok jam dinding. Faking! Dah pukul 5.20 pagi. Banker segera membentak 'Tolong gua masak sayur kejap! Takut tak sempat....'. Gua terus bangun dan terus mengacau sayur brokoli dan kubis dalam periuk.
  2. Setel hidang nasik, 5.35 pagi baru kami berdua start makan. Cipet, nak sahur pun rasa tak sedap hati dah. Nasik suap demi suap masuk dalam mulut terpaksa gua kunyah secara laju. Kalau gua menten 'gear 1', boleh jadi Tok Bilal dah azan pun gua masih gigih mentekedarah. Pendek kata, 1st sahur gua memang gua dan bini tak ada chance langsung nak menikmati. Lebih kepada rushing mengejar keberkatan.
  3. Setel makan, gua tunggu azan subuh. Setel solat subuh, gua rasa macam nak layan quick nap sebentar, memandangkan opis hour gua menten start pukul 9 juga time bulan puasa. Bini gua pun pilih option yang sama. Untuk tidak terover-nap, gua memilih untuk tidur di ruang tamu. Logiknya, tido yang tidak berasaskan katil ni, biasanya mengundang ketidakselesaan. Disebabkan itu, individu akan mudah terjaga sesekali bila sendi dan otot berasa lenguh. So, kat situ gua dah selamat untuk bertolak ke opis on time. Jam pun dah steady gua kunci pukul 7.45 pagi. So.....proceed! (tido)
  4. Lagi sekali gua rasa bahu gua macam ditampar, dan orang yang menampar tu memang tak ada orang lain selain Banker Permatang Pauh. "Lu tak pergi kerja ker hari ni" tanya bini gua. Gua gosok-gosok mata. "Pergi la....kenapa?". Banker sekali lagi buat muka cemas dan menghunus jari telunjuknya ke arah jam dinding. FAKIIIIIIIIIIIIIIIIING! Pukul 9.05 pagi. Mampos gua hari ni....mampos! Quick-nap kepala bana.
  5. Sampai ofis pukul 9.40 pagi. Peh, masuk macam bos. Gua buat-buat letih (padahal memang gua letih. Gua cakap kat HR, sori gua lambat. Tak ada alasan bodoh lagi yang boleh gua bagi, selain mengaku gua overslept. Terpaksa mengaku beb! Alang-alang dah Ramadhan, takkan baru starting puasa dah nak tambah dosa, ye dak? HR cakap OK, tapi gua kena ganti la yang 40 minit gua lambat tu. Ini namanya fleksibiliti terpimpim, ya adik-adik? Seems like, I don't pretty much have a choice, so I just nodded.
  6. First day puasa di opis, macam tahun-tahun yang lepas.....dugaan dia sama saja. Internet depan mata, layan Dailymail column bolasepak pun still ada WAGS yang berbikini tepi pantai. Susah betul nak jaga mata. Gua dapat rasa feel puasa gua makin terhakis sikit-sikit, daripada syafaat kepada hanya lapar dan dahaga. Gua juga tak banyak bercakap, sebab orang kata cakap benda-benda lagho time Ramadhan ni satu faktor nak menipiskan pahala. Nampak? Gua jaga betul puasa gua on the 1st day. Sesekali, gua rasa gua ni macam budak-budak baru belajar puasa pun ada.
  7. Mengantuk, menguap toksah cakap la. Nikmat menguap tu gua dapat, sampai gua dah tak daya nak menguap. Kepala gua start dari mandi nak pergi ofis tadi dah start sakit. Gila betul. Gua syak sebab perubahan tebiat yang terjaga bangun sahur, lepas tu sambung membuta semula...dan kendian terjaga secara tergamam sebab dah terlajak tido. Serius berdenyut sial. Tanya satu opis, boleh pulak sorang pun ada minyak cap kapak. Peh, dugaan bulan puasa....memang superb!
  8. Nazri dah keluar pergi mana entah. Am pulak cuti balik Johor berbuka dengan keluarga belah  bini. Jadinya, task menghantar surat-murat dan cheque secara automatiknya jatuh ke channel gua. Ona merapati gua yang sedang memekup muka ke meja. Sakit kepala tak hilang lagi. Gila betoi. "Boleh tolong hantar dokumen ni ke Bank Pembangunan?". Gua hanya membalas dengan senyuman. Gua ambik dokumen tersebut dan terus turun ke parkir motor. Keluar saja lift, peh.....cuaca panas gilababeng siak.36 darjah celsius tu suhu dia gua syak semalam. Gua hulurkan tangan ke kawasan pencahayaan yang terik....cukup 2 saat gua tarik balik. Peh, hangit bulu roma gua sehelai dua. Hangit!
  9. Habih scene gua tahan dahaga dekat opis, gua blah dari Megan Avenue pukul 6 petang (even office hour during Ramadhan habih pukul 5). Gua kena ganti balik 40 minit yang gua lambat tu, remember? Gua pecut tenggiling gua laju-laju. Sebab gua dah tahan kepala gua asek berdenyut. Dalam kepala gua, sampai saja gua terus nak landing sementara tunggu pasar ramadhan. Sampai di rumah, gua nampak bini gua juga tertidur tunggu gua atas sofa. Dia pun boleh tahan juga letih stuck dalam jem dekat Jalan Kuching masa pergi cash-in cheque di Maybank Dataran tadi. Ahh...every minute counts. Gua malas nak membebel. Proceed! (tido)
  10. Kali ni gua sendiri terjaga, dan sekali lagi gua termencarut. Jam kat dinding dah pukul 7.15 petang. Gua kejut Banker Permatang Pauh. Dia tersedar....dan terus buat muka cemas. Gua paksa dia pikir nak makan apa, dalam masa seminit sementara gua nak capai baju seluar. Dalam keterpaksaan itu, bini gua terus berkata: "lu belilah apa-apa....gua makan saja.". Peh, itu macam punya order memang payah gua pikir. Term 'apa-apa' tu sangat subjektif dan menyeluruh. Kalau nak ikut tekak sepp gua ni, 'apa-apa' tu gua limit kepada mertabak seketul sama sirap bandung saja. Nampak? Payah kan? 
  11. Gua sampai di pasar Ramadhan Gombak pukul 7.20 petang. Memang dekat saja dengan rumah gua. Tu pasal gua boleh buat terer pergi lambat-lambat. Tapi, start gua sampai saja, semua tukang jual dah start lipat-lipat meja. Kalau nak ikut takwim, lagi 10 minit dah azan. Jilaka. Gua satu haram pun tak beli lagi ni. Gua segera berjalan ke atas sikit. Orang ramai dah kian suram. Masing-masing dah stenbai depan meja sambil telan air liur usyar bancung cincau yang basah-basah seksi dalam jug atas meja. Gua pula masih melirik merayau-rayau mencari juadah buat berbuka kami laki bini. Agar-agar...sold out. Nasi masak merah....sold out! Kuih ketayap, murtabak daging, bihun sup sama laksa...........sold out! Gua dah tak tentu arah. Gua frust, gua cemas. Fark! 1st day puasa gua tak seindah seperti keluarga bahagia yang lain. 
  12. Bila dah jadi macam ni, gua tak ada pilihan lain selain nasik mamak. Aduhai....nasik mamak lagi. Tak grand betul 1st dah berbuka pekena nasik mamak. Dah la hari-hari bulan tak puasa, gua bantai nasik mamak jugak. Gua dah pasrah. Tapi, orang kata la...Allah nak tolong. Gua ternampak orang jual mee goreng pesen hidang dalam kuali besar-besar tu. Gua segera merapati kedai brader tu. Macam biasa, brader tu pun nak tutup gerai dah. Mata gua terpandang megi goreng yang cantek elok bersimpul dalam kuali. Terus gua mintak brader tu bungkuskan. Entah kenapa dia rasa nak bersedekah, dia bungkuskan sekali mee goreng 2 bungkus. So, total gua dapat 3 makanan bungkus sekaligus, dengan harga 1 bungkus saja. Gua mulanya segan juga nak ambik sebab hal-hal free ni, tapi dah brader tu insist, gua tak boleh nak tolak. Gua pass duit RM2.50, ucap mekasih...senyum barang 2-3 lipat dan terus beredar.
  13. Masa beredar, gua lalu pula satu gerai air yang dah hampir-hampir nak tutup. Gua terpesona dengan kaler air jagung yang cantik terkurung dalam balang plastik besar tu. Segera gua pergi dan terus rekues nak beli 1 bungkus. Alhamdulillah....makwe kedai tu secara free-willy nya menyedekahkan 2 bungkus air extra sebagai tanda amal jariah bulan Ramadhan. Gua mintak air Jagung, gua dapat Jagung beserta Bandung Cincau dan Teh Bunga. Macam biasa, hal-hal free ni gua buat-buat malu taknak receive. Tapi, dia insist sebab nak cepat tutup kedai. Gua bagi duit RM1.50, senyum manis lebih kurang dan terus balik rumah.
  14. Gua sampai depan pagar, azan dan sampai bait 'Marilah Menuju Kejayaan' dah. Frust betul gua. Tapi nak buat cemana. Sapa suruh bantai tido tak ingat nak mati? Gua buka puasa dengan Banker berdasarkan apa yg berjaya gua bawak balik. Terkejut juga dia mula-mula. Tapi, dah nama pun rezeki. Redha saja la.................

Serba sedikit jurnal puasa gua tahun ni. Rasa macam celaka juga perasaan dia. Macam tulis diari. Tapi, ahhh...gasaklah.


Tapi serius gua respek kepada semua brader-brader despatch atau mana-mana individu yang memburuh di bawah cahaya matahari yang terik di bulan puasa. Siap boleh maintain tahan dahaga lagi. Lu orang memang dasat. Gua take over job peon sekali sekala ni pun dah tak sanggup berpanas.

Alah bisa tegal biasa braderrrr....

Wednesday, June 19, 2013

Sebenarnya saya SUAMI dia

Masa gua umur gua 5 tahun dulu, hidup gua tak sama macam budak-budak lain. Bangun pagi, gua hanya mampu  gosok-gosok mata dan terus turun ke dapur. Berbeza dengan budak-budak kampung yang sebaya dengan gua waktu itu, gua tak dimandikan dengan sistematik. Kalau dah dimandikan pun tak, nak dibedakkan seluruh badan dan dipakaikan outfit Tadika Kemas Tanjung Berembang lagi la tak munasabah.

Bila dah habih minum Milo panas yang Mak Chaq (Mak Long) gua buatkan, gua biasanya akan pergi ke muka jalan dan bertenggek di bangku perhentian bas. Outfit gua yang gua pakai masa tidur malam tadi steady tak bertukar. Rambut serabai panjang stail John Lennon, berseliparkan terompah kayu kletuk! kletak! memang menampakkan gua kanak-kanak yang rare di kampung Simpang Tiga waktu itu. Biasanya, jam 7.30 pagi ramailah pakcik makcik yang berbasikal sambil membonceng anak-anak mereka yang sama baya dengan gua menuju ke Tadika melalui jalan utama. Hampir tiap hari rutin gua untuk memerhatikan  Mat Jan, Pian, Pin, Lan Botak, Lina PakTeh diangkut oleh mak bapak mereka ke kelas Tadika. Sumpah memang sayu waktu itu. Scene bertenggek akan bertambah sayu bila budak-budak ini segera melambai-lambai tangan macam 'natey beghuk' bila ternampak gua melopong sorang-sorang sambil mengelui "Hai Mat!". Pada tika itu, gua hanya mampu tersenyum sambil menggaru-garu kepala untuk menyembunyikan rasa sedih.

Ya, gua adalah salah seorang brader yang tak pernah merasai nikmat Tadika.

Masa gua kecik, arwah mak gua tidak dapat menghantar gua ke tadika atas sebab kemampuan waktu itu. Mak gua masa tu hanya sorang operator kilang Pentex, yang bergaji RM460 sebulan. Tapi, stended lah. Gua kecik masa tu, gua tak paham apa itu kekangan kewangan. Yang gua tahu, gua nak sama macam budak-budak lain. Kalau gua tak dapat, gua rebel.

Mak gua, pukul 6 pagi dah keluar pergi kerja. Bas Kilang dia biasanya sampai dalam lingkungan jam 6.15 pagi. Kami dua beranak masa itu, tinggal bersama kakak mak gua, yang gua panggil Mak Chaq. Dia ni la yang banyak menjaga gua masa gua kecik, time mak gua pergi kerja. Pukul 6 pagi? Gua? Stendedlah masih terbongkang dalam kelambu. Tapi, dalam terbongkang itu, kadang-kadang gua tersedar juga tatkala arwah mak gua cium dahi gua sebelum dia pergi kerja. Pelan-pelan dia bisik ke telinga gua "Mak nak pi gheja dah ni. Hang dok rumah dengan Mak Chaq. Jangan nakai sangat....". Gua buat-buat tidur ayam, walaupun every words yang dia cakap tu sampai sekarang gua ingat.

Pembelajaran gua waktu umur 5 tahun bermula apabila mak gua balik dari kerja pukul 4.30 petang. Biasanya, lepas dia sangkut beg telekung dia dalam bilik, gua dah stenbai buku ABC sama kaler Luna tepi meja. Habih semayang asar, gua kena 'attend' kelas membaca dan mengeja mak gua sampai pukul 5.30. Dalam masa sejam tu, gua biasanya akan struggle sepantas yang boleh untuk mempercepatkan lesson, supaya gua boleh cepat-cepat pergi bendang terajang bola dengan budak-budak kampung. Atas azam itulah, gua waktu tu menjadi budak paling awal membaca  suratkhabar Mingguan Malaysia seperti orang tua. Bangga juga gua waktu itu, walaupun masih belum bersunat. Gua tak nafikan, arwah mak gua memang cikgu ABC yang cekap.......(dan bengis).

Walaupun waktu itu kemahiran 3M gua dah steady, hati kecil gua tetap nak pujuk mak gua nak masuk Tadika. Gua dah try macam-macam cara dah, merengek, mogok bawah tangga, sembunyi belakang pokok buluh...semua tak jalan. Merajuk jangan cerita la, tiap-tiap minggu gua buat.

Sampailah satu ketika, arwah Mak gua mengusap-ngusap ubun-ubun gua dan berkata:

"Kita tak mampu nak...ni saja mak mampu buat. Ni saja mak mampu ajar hang."

Usapan ubun itu, diselangi dengan air mata beliau...yang mencurah tak semena-mena.

That moment, gua faham.....mak gua memang betul tak mampu. Gua ingat dia saja prank gua.

Tapi....tu lah.

Lu orang ingat tak sayu ke gua bertenggek kat bangku tempat tunggu bas tiap-tiap hari, tengok kengkawan gua galas beg 'Swan' dengan muka yang paling ceria nak main jongkang-jongket dan gosok gigi ramai-ramai tepi longkang kat Tadika?

Lu ingat gua tak sayu ke gua tak boleh tunjuk skill melukis Suria Perkasa Hitam dengan tiru narrator 'Tarik Gaban Ke Ruang Angkasa Setan' yang glemer waktu itu kat budak-budak nakal Kampung Sungai Setar Besar?

Lu ingat gua tak sayu ke, tak dapat main tarik-tarik skirt budak perempuan dengan Mat Jan dan Pin? Main aci tiang, panjat Monkey Bars, minum air dalam Kole biru, menyanyi lagu-lagu wajib untuk pendedahan Darjah 1, meniup alat muzik dan tidur beramai-beramai dalam kelas?

Bila masuk sekolah rendah, alhamdulillah...gua antara murid yg agak menyinar dalam memburu tempat nombor paling sikit dalam kelas. Cuma, bila waktu kelas muzik saja...especially masa gua darjah satu, gua paling takut dan kalat. Terbakar betul hati gua bila cikgu muzik sukahati saja suruh classmate gua semua menyanyi lagu 'Berkelah Di Pantai Yang Indah' la, 'Bunga Kebangsaan' lah, apa lancau segala macam lagulah yang gua tak pernah dengar langsung masa gua kecik. Time tu, semua classmate menyanyi punya la sungguh-sungguh macam nak terkeluar halkum, meninggalkan gua seorang saja yang diam sambil pura-pura buat muka inesen. Bila cikgu tanya:

"Zahril, kenapa kamu tak nyanyi?"

"Saya mana tahu lagu tu cikgu..."

"Kan ke tu lagu kamu belajar kat sekolah Tadika?"

"Saya tak tadika. Terus masuk darjah 1."

Tiba-tiba Mat Jan bangun, dan terus berteriak:

"Dia tak Tadika cikgu. Mak dia orang miskin..."

Satu kelas ketawakan gua. Celaka betul.

Tapi tulah...time ketawa ke gua, serah ke depa. Tapi, bila lepas peperiksaan, yang ramai-ramai ketawa kat gua tu lah yang mengaut nombor yang paling banyak sekali dalam kelas. Nampak?

Karma is a bitch, right?

So, fast forward. Gua berjaya jadi orang. Alhamdulillah ada kerja tetap. Ada rumah. Ada kereta. Bini pun ada. So, takde lah ralat sangat kalau permulaan sistem pendidikan kita ni dimestikan masuk ke kelas Tadika sebenarnya. Gua tak pernah rasa malu mengaku 'gua tak pergi Tadika' bila orang tanya pasal zaman kecik gua. It all depend on the passions of your parents dalam mengutamakan hal-hal mendidik sebenarnya. Ya, memang gua tak dapat rasa semua feeling main 'aci tiang' tu, tapi....gua sebenarnya dah berjaya baca, tulis, dan kira sebelum gua jejak kaki ke Sekolah Rendah.

Not bad,eh?




 ***




"Lu jangan nak kona topik. Gua nak hantar anak kita ke Q-Dees ni. Lu setuju ke tak?" bentak Banker Permatang Pauh yang dari tadi terpaksa mendengar flashback gua.

"Ye lah....ye lah!" balas gua sambil kembali menumpukan fokus gua ke xBox.



Eleh, orang nak bermonolog sikit pun tak boleh!

Monday, May 20, 2013

Sedar Diri

Gua selalu ada satu perasaan 'kembang tekak' tatkala melihat individu yang berbadan gemuk tergesa-gesa meluru ke tandas awam sambil memegang perut. Nak terberak.

Ok, itu punya ayat memang jahat habis!

Walaupun benda ni memang selalu buat gua putus nafsu makan, gua ni manusia biasa saja sebenarnya. Otak gua takkan terlepas untuk membayangkan betapa kuatnya 'letupan' yang bakal berlaku di mangkuk tandas yang bertuah. Fuuuu....kalau pengunjung tandas bernasib baik, dapat la mendengar dentuman 'scud Iraq' bersama aroma Salad-Toss atau ulam-ulam pucuk paku yang telah selesai 'dimesin' bersama-sama asid dalam perut si pengebom. We are, what we eat. Kita ni, dinilai berdasarkan apa yang kita melantak. Lagi eksotik makanan yang kita tibai, lagi harum la aroma kumbahan yang di'letup'kan. Ini konsep logik. Tak payah enroll Master kat Kementerian Pengajian Tinggi pun dah boleh pikir gua rasa.

Tapi, biasanya...tiap kali gua berpikiran begitu, bola mata gua secara automatiknya akan turun memerhatikan perut sendiri. Tangan yang terpaku dari tadi akan mengusap-ngusap perut tanpa disuruh.

Nafas dihela panjang. Perasaan sayu dan menyesal bercampur-baur.

"Oh....lebih kurang rupanya. Better jangan kutuklah." kata gua perlahan dalam hati.

Nampak? Itu namanya....muhasabah diri.




Thursday, April 4, 2013

Majid, Bubar & Pak Ngah Deraman pt.2

"Hang ada dengar warta berita tadi?" tanya beliau pendek.

"Ada tokwan. Majid dengaq kat radio kawan tadi. Dah bubar dah tadi. Alhamdulillah...."

Jauh di sudut hati Majid, disebalik keketaran yang menggerutuk kedua belah lututnya, dia sudah boleh mengagak soalan apakah yang bakal ditanyakan oleh Pak Ngh Deraman. Ya lah, 20 tahun Majid hidup bersama datuknya sejak 'kehilangan' ayahnya yang sampai sekarang belum kunjung tiba. Majid hanya ada orang tua itu; yang membelanya bagai menatang minyak yang penuh.

Namun, definisi 'minyak yang penuh' itu sebenarnya tidaklah seindah seperti yang sering dihurai dalam buku teks KBSM. Birat-birat 'cinta' berbekas 7-8 garis di belakang badan Majid menunjukkan Pak Ngah Deraman memang mempunyai nilai disiplin dan estetika yang tinggi dalam mendidik Majid menjadi 'orang'. Silap sikit, talipinggang lah makannya. Gagal dalam peperiksaan? Biasanya Majid takkan balik rumah untuk 2-3 hari. Amukan Pak Ngah Deraman sebenarnya lebih dasyat dari video tentera sulu menyembelih tengkuk Komando kita yang pernah menjadi 'viral' sebulan dua yang lalu. Menyampuk cakap orang tua? 'Tiger Kick' lah balasannya. Pada Majid, hukuman bilis-bilis macam tempeleng, low-kick, pulas lemak di perut, low-blow bahkan nipple cripple sudah habis ringan dah, dan tak perlu di Instagram menanti belas kasihan.

Sayangnya, zaman itu belum ada Instagram lagi. Paling hip pun, kawan VCR tape gusti di kedai kopi kampung.

"Aku memang dah tunggu lama dah kalau hal-hal nak mengundi ni. Aku ni dah tua Majid, mungkin ini la kali terakhir aku nak menjalankan tanggungjawab aku sebagai rakyat kat Meleysia ni. Esok lusa, mungkin aku dah padam." keluh Pak Ngah Deraman dengan nada sedikit sayu.

Tambahnya lagi:

"Kita orang Melayu ni jangan jadi pemalas. Asek nak tunggu bantuan gomen saja. Bila masa nak mengundi, tidoq dari pagi sampai ke petang. Buat-buat tak tahu. Aku dah masak dah Majid oiii, dengan perangai bangsa kita ni. Nak kata tak dak kenderaan nak pi sebab tempat mengundi tu jauh gila. Ceh! Bukannya tak ada orang nak *mot kita pi tempat mengundi tu. Ada jaaaa. Tunggu saja tepi jalan. Ada la nanti orang mai kutip kita. Sampai macam tu sekali DUN kawasan kita bagi kemodahan untuk kita pi mengundi, kalau depa semua buat-buat muka bingai lagi, huuuuuuuuish...aku tak tau la!" seloroh Pak Ngah Majid seakan menggunakan telinga Majid sebagai medium melampias ketidakpuashatian.

Majid tersenyum. Dia paham benar perangai datuknya itu. Biasalah, veteran askar la katakan. Hal-hal bangsa pemalas ni memang dia sensitif benar. Kalau difikirkan logik, betul kata-kata yang diselorohkan datuknya itu. Pernah sekali Pak Ngah Deraman menempeleng Deris, seorang peraih buah kelapa yang paling disayangi kroni di Parit Buntar ini. Ini kerana, ketika bersembang di kedai kopi, Deris dengan tidaksengajanya terlepas cakap yang dia tertidur sampai ke Maghrib semasa PRU 2 musim yang lalu, dan tidak sempat pergi mengundi. Majid yang ketika itu meneman atuknya minum kopi panas di kedai Kopi Haji Hasaan tergamam melihat Deris tersandar di dinding mengerang kepedihan di pipi. Semua pengunjung kedai kopi ketika itu tidak saorang pun berani bangun dan menghalang kejadian itu dari terus berlarutan. Hendak ditolong Deris, takut dilabel 'bantu tak kena tempat' pula. Jadi, biarkan jer lah!

Begitulah betapa patriotiknya datuk Majid. Hal-hal tak keluar mengundi ni memang pantang betul didengarnya.

"Ya lah...Majid pun dah rasa Majid perlu mengundi la tahun ni Tokwan. Harap-harap undi Majid ni mampu mengubah suasana politik negara kita..." ujar Majid perlahan.

"Hah! Tahun ni aku kalau boleh takmau dah tunggu van tepi jalan. Aku nak pi dengan hang Majid. Hang balik tak ni? Jangan kata hang kena pi pelantaq minyak lagi. 2 bulan dah ni aku tak tempeleng orang!"

*gulp*

Majid mula menelan air liur. Sah tokwannya lupa akan status Majid yang paling latest.

"Tapi tokwan....."

"Tapi apa pulak dah?"




***





"Majid dah jadi orang Gombak la Tokwan...."

"Binawe punya cucu!"






 - fin -


NOTA KAKI
mot - tumpangkan, bawak

Wednesday, April 3, 2013

Majid, Bubar & Pak Ngah Deraman pt.1

"Woi! Woi! dah bubar woi!" bentak En.Sleman yang dari tadi teliti mendengar tadi berjenama Philips nya yang terletak kemas di atas meja. Majid; yang sedang membetulkan printer RIKOH di satu sudut ruang pejabat Epojin yang berpengkalan di kota Kuala Lumpur, berhenti dari mengetatkan skru pelindung toner yang sedang dikerjakannya, dan terus pergi merapati En.Sleman.

"Betul ka ni, Sleman? Dah bubar?" tanya Majid hendak mendapatkan kepastian.

"Betullah. Aku dengar sendiri ramai-ramai dalam bilik meeting tadi. Cantik betul tarikh bubar hari ni. 3413, beb! "

Majid tersenyum. Di hatinya, peluang untuk beliau melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat prihatin terhadap negara kian hampir. Mungkin disebabkan tahun ini, pertama kali Majid tersenarai dalam calon yang layak mengundi, paras keriangannya sedikit lain macam. Seronok pun ada, risau pun ada. Apa yang difikirkan, masa depan negara terletak di tangan pengundi-pengundi yang bertanggungjawab. Majid bukannya pernah mengundi, walaupun umurnya sudah hendak masuk 30 tahun. Entah kenapa Pilihanraya Umum kali ini hatinya sangat terpanggil untuk memangkah kertas undi. Kalau henda diikutkan, 2 pilihanraya dahulu tidak langsung diendahkan Majid. Mungkin disebabkan kewujudan Instagram dan Twitter, maklumat dan informasi tentang pentingnya undi menyedarkan Majid. Lihat? Siapa kata media sosial hanya 'pentas untuk badut dan membuang masa'?

Staff-staff di bahagian pengurusan kapal kesemuanya berhenti seketika dari membuat kerja. Ramai-ramai mereka berkumpul di bilik meeting dan berceloteh sesama sendiri tentang parti apa yang bakal mereka pangkah. Pelik juga sesekali mendengar perbualan mereka. Entah apa kaitannya dengan individu yang pro-Chelsea hendak menyokong parti biru. Individu yang pro-Liverpool pula hendak menyokong parti kaler merah. Majid? Dia pro-Norwich City. Mungkin parti hijau kot yang menjadi pilihannya?

Ahh..lantak la. Undi kita semua adalah rahsia. Itu janji SPRM kepada rakyat Malaysia. Majid malas hendak ambil tahu. Kerja memasang bingai dan kerangka printer harus disegerakan. Kalau tidak, makin cairlah tahi telinga Majid menadah rungutan dan makian dari 'manager' kelas atasan yang tidak boleh mencetak dokumen penting mereka dari semalam. Dah menjadi lumrah kerja Majid. Itu norma, sebab Majid memang seorang technician pada hemat mereka.

Sedang Majid memintal-mintak wayar kuasa utama mesin pencetak tersebut, telefonnya berbunyi. Sepantas kilat dia mengeluarkan telefon pintarnya yang tersisip kemas di poket kanan. Siapa pula yang ingin 'mencari pasal' dengan Majid pagi ini? Ya, untuk pengetahuan pembaca, Majid memang 'disayangi' oleh pihak-pihak ketiga, terutama sekali pihak bank yang sangat mengambil tahu pasal susah-senang Majid. Bila awal bulan saja, para pegawai bank akan membuat panggilan telefon dan bertanyakan 'khabar'nya. Sampailah Majid juga kadang-kadang rasa sangat fed up dan tidak mahu menagih dari pihak mereka lagi. Alarh, takkan anda pembaca diluar sana tak pernah di'ambil berat' oleh mereka. Pernah kan? Jangan tipularh!

Berbalik kepada cerita Majid, pemanggil yang bertanggungjawab disebalik deringan telefon tadi, adalah tidak lain dan tidak bukan.....Pak Ngah Deraman. Terketar juga Majid hendak menjawap panggilan tersebut, kerana tersedar yang duit RM200 yang biasanya akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan datuknya belum dilunaskan.

"Aiyaaa....matilah aku kali ni." bisik hati Majid.

*kletap*

"Haaa...tokwan. Assalamualaikum. Apa habaq?" sapa Majid terkekeh dengan perasaaan sedikit 'plastik'.

"Waalaikum salam...."

Pendek saja jawapan Pak Ngah Deraman. Majid sudah panik. Datuknya sudah mula hendak menunjukkan tanda-tanda hendak mengganas seperti tentera Kiram. Dari kecil lagi Majid memang sangat takutkan libatan rotan Pak Ngah Deraman. Dan perasaan takut ini membawa ke umur Majid sekarang yang sudah masuk 30 tahun.





*bersambung sebab dah pukul 6. Gua nak balik!*

Tuesday, April 2, 2013

Saya dan wrestling...#2

Gua rasa dah makan tahun juga gua tak up entri pasal wrestling, especially bila event nak dekat-dekat wrestlemania nie. Last sekali entri 'saya dan wrestling ni' gua up pada 23 February 2011, which was wayyyyy back, quite a long time ago.

Untuk pengetahuan lu orang semua, ahad ni adalah event gusti yang paling chempien dalam semua PPV WWE, iaitu WrestleMania 29. Kalau nak diikutkan, match yang paling orang semua tunggu-tunggu dalam setiap tahun (especially bulan April) adalah 'Streak Match'. Ada saja review yang orang tulis pasal siapa opponent yang berkaliber dan mampu memecahkan rekod The Undertaker yang still remains undefeated at WrestleMania for the past 20 years. Tapi, entah. Tahun ni gua rasa macam tak perlu nak tulis, sebabnya gua dah agak jelak. Mungkin sebab tahun ni the main contender is CM Punk. Like seriously, do you think CM Punk is strong enough to break the streak? Segagah-gagah Triple H dan Batista pun tak mampu, ini kan pulak si microphone abuser tuh?

Just forget it!

Tahun ni match yang paling gua tunggu adalah feud antara Triple H - Brock Lesnar. Trust me, this is going to be the greatest match....eveeeeerrr!



Brock Lesnar yang berjaya 'mengheret' Triple H dari kancah meja korporat kembali ke gelanggang apabila pinggang Vince McMahon dipatahkan Brock dengan satu thunderous F-5 pada satu slow RAW beberapa bulan lalu. Feud diorang bermula bila Vince finally dapat tahu melalui satu rakaman video yang Paul Heyman adalah orang yang bertanggungjawab mengupah The Shield untuk membuat kacau pada setiap match WWE Championship CM Punk. Disebabkan kekacauan dari The Shield, CM Punk berjaya mengekal rekod one of the longest WWE title holder, which was 343 days.

Bila Vince dapat tahu, Paul Heyman was 'this close' (buat lambang this close macam yg orang biasa buat) of getting his ass fired by the CEO of the company. The moment bila Vince tengah kumpul segala mak nenek kahak nak jerit 'Paul Heyman.....Yooooooooooooure Fired!', entrance theme Brock Lesnar berkumandang. Beliau meluru ke gelanggang dan menghadiahkan Vince F5 yang super dasyat, dan disebabkan itu, Vince McMahon was out for a few month for a minor operations. As a son-in-law, Triple H dah cukup terbakar dengan Brock Lesnar dan mencabar beliau di WrestleMania. Heh, plot biasa dalam nak mempromosikan PPV. But then, Brock Lesnar will only accept the challenge if Triple H agree with Paul Heyman's personal stipulation.

Syarat Paul Heyman, sain kontrak dulu, bagitau stipulation kemudian.

Lu orang tau kan apa tu stipulation? Ahh..gugel sendirilah. Gua tak rajin nak Wiki kan.

Yang Triple H pun bingai. In one the RAW airshow, Triple H dengan bengapnya menurunkan tandatangannya ke atas kontrak yang disediakan oleh Paul Heyman, without knowing the actual stipulation. Marah punya pasal, bodoh tolak tepi. Dan orang yang paling ketawa besar memanglah Paul Heyman, as the contract already signed by Triple H..........

And the stipulation would be:


If Triple H loses the match, he can bid a farewell goodbye to his wrestling career.


I was like....hek eleh. Career rupanya. Cari la stipulation yang lain sikit. Bab-bab ending career ni  dah jadi benda biasa. Dah bertahun-tahun storyline macam ni disuap. Kasik lain sikit la. Macam kiss-my-ass yang dah lama berkubur ke, loser will be thrown in hog penn ke, hair-vs-hair, throw in a garbage truck ke.... bla bla bla. Kalau lu orang layan website WWE hari ini, akan ada satu link yang tengah tayang clip video Triple H tengah workout dan training like hell, just to prepare his mental and physical before facing Brock Lesnar this Sunday. Gila, even for a 43-old-guy, Triple H still nampak fit as fuck.

Tapi...

My personal opinion, gua rasa Triple H akan kalah kat WrestleMania ni. Percayalah. Even though dia adalah one of my favorite wrestler of all time, personally gua rasa dia takkan mampu kalahkan Brock Lesnar. Why?

It's Brock Lesnar, man!

Former 2 times UFC Heavyweight Champion. Kalahkan Shane Corwin dengan Frank Mir dengan penuh bergaya pulak tuh! Brock got the speed, even with that bulky and muscular physical like that. His punches are like lightning. He can take a helluva beating, and still able to stand up on both feet. He's quick, he's agile. Pendek kata, dari segi quickness dan agility, Triple H won't stand a chance, man!

Cuma satu saja gua harap. Harap match Brock - Triple H kali ni tak bawak penyakit macam match Brock Lesnar vs Goldberg masa WrestleMania-20 dulu. Bapak bosan dowh, bila orang terlalu letak expectation yg tinggi kepada 2 superstars yang ternama, outcome of the match, dua-dua main play-safe. Nak play-safe, pergi sarung kondom lah!



Tu saja prediksi gua kali ni.

Layanlah lu orang streak match tu. Gua dah move on....




- fin -


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...