Monday, July 25, 2011

Slowpoke #1



Tanya pak lebai Google pun tak jalan, gua dah fedap!

“En.Fakhri, camno kita nak tahu jenis-jenis lori nie?” tanya gua yang agak kebingungan.

“Jenis-jenis lori? Maksud kamu?”

“Lori pindah barang. Cemana nak tahu lori tu jenis 1 tan ke, 3 tan ke? Risdi bagitau kira tayar lori. Saya rasa dia tiaw saya jer...?” terang gua dengan nada yang bersungguh-sungguh.

En.Fakhri diam seketika. Perlahan-lahan dia merungkaikan earphone yang terlekat di telinga. Sambil  tersengih dia membalas:

“Kira tayar?. Orang tak kira tayar dah skang...”
“Habih tu?”
“Penah tengok tak kat pintu lori ada tulis BDM dan BTM?”

Gua tercengang. Rasa macam selalu jer tengok, tapi tak pernah terlintas langsung rasa nak Google apa maksud acronym tuh.

Sambung beliau lagi:

“BDM tu, BERAT DENGAN MUATAN. BTM, BERAT TANPA MUATAN. Kalau kamu nak lori 3 tan, cari la BDM 3000kg or more. Lebih-lebih kurang camtu la. ”

Gua mengangguk keriangan. Hari nie gua belajar perkara baru. BTM & BDM. Mungkin info nie takkan masuk exam PTD atau mana-mana peperiksaan kelayakan menjawat jawatan awam, tapi cukuplah sebagai pengetahuan am yang perlu agar tidak dikencing oleh pengusaha-pengusaha lori.

OK! Sambung balik survey lori murah-murah.



~tamat!



Gambar  gua cedok dari IklanMudah.net

Friday, July 22, 2011

Sesekali Gua Terpaksa Jugak 'Wachaaa!'

“Lu ada baca tak Kosmo! hari nie bro?” tanya Shahrul Maizam sambil menghirup segelas teh tarik mamak Harmain.

“Takde plak. Meeting banyak la hari ni…tak sempat.” balas gua sambil kebingungan. Sedikit tersentak pun ada sikit-sikit

Kenapa gua bingung? Shahrul Maizam yang gua kenal selama 4 tahun nie, rasanya tak pernah ambik tahu langsung pasal apa yang berlaku dalam Malaysia. Jarang sekali gua nampak dia duduk baca paper di meja resepsi syarikat. Isu runcit-runcit macam siapa ketua menteri Melaka pun dia tak tahu, inikan pulak isu besar-besar macam 8 tuntutan Ambiga, lagi la dia fail!

Shahrul tersengih. Terasa sedikit bangga di hatinya kerana dia berjaya tanya something yang gua tak tau. Ceh! Gua bukannya ‘walking-dictionary’ nak bersaing-saing. Untuk menambahkan lagi perasaan riak itu, dia menyalakan sebatang rokok dan menghembus dengan riang. Cilaka, rokok gua jugak dia rembat!

“Alarh, cerita pasal Mohd Ashraf nak tukar nama kepada Aleesha Farhana tu. Sekarang tengah hangat kat Kosmo! muka depan...” terang Shahrul lagi.

“Owh, gua baca header jer. Berita penuh gua tak baca. Ha? Apa yang hangat sangat? Bab-bab tukar jantina nie, bukan kata Kosmo!, dalam Mastika pun bersepah!” nada gua naik sikit.

Pride gua kena jaga jugak. Diperlekehkan oleh Shahrul memang satu benda yang boleh buat gua down berbulan-bulan. Tahap hinanya bukan boleh buat main-main.

“Dia buat rayuan nak tukar nama dan jantina dia dalam MyKad. Memang tak dapat la. Hakim tak benarkan. Keja gila ni...” terang Shahrul yang cuba memenangi situasi.

“Aggresif sangat nak tukar sex status. Ker dia dah buat pembedahan tukar ‘burung’ ke ‘longkang’?”

“Erm..yang aku baca, dia nie dilahirkan ada ‘burung’ dengan ‘longkang’. Tapi, naluri dia lebih kepada keperempuanan sket. Alarh, ada term special untuk orang yang dilahirkan macam situasi...” jelas Shahrul.

Kali nie, dahi dia berkerut-kerut memikirkan kata nama special untuk ‘term’ yang dinyatakan tu.

“Kerr...salah. Kuuuuu...bukan. Rasa macam tak kena plak. Khoo…..”

30 saat berlalu. Namun, 'term' yang tersangkut di bibir Shahrul masih belum kedengaran. Gua agak excited menunggu perkataan apa la yang bakal di’asal-boleh’kan oleh si mamat nie. Macam dah boleh bayang pun ada dah. Muncung mulut Shahrul, merancakkan kegigihannya mengingati special term tersebut. 

***

Selang beberapa kemudian:

“Ha! Dia KHINZI…”

* PANG! *

Belum sempat dia menghabiskan ‘term’ tersebut, gua bangun dan memberi satu tempeleng yang padu. Shahrul tersandar ke dinding kebingungan.

“KHUNSA la bingai….KHUNSA!” 

Gua terus beredar dari kedai mamak. Minuman gua, gua biar Shahrul Maizam saja yang tolong setel.

Huh!

Wednesday, July 20, 2011

(SPR) Sengkak Perut Rabu...No.1

Memandangkan lately nie gua dapat banyak email dari komixscan majalah Ujang, cantek jugakla kalo gua buat column ala-ala Wordless Wednesday entri nie. Ini bukan konsep Wordless Wednesday, malah 100% menyimpang. Cakap banyak tak guna, enjoy!


 Kredit to Majalah Ujang.

Tuesday, July 19, 2011

WWE Money In The Bank 2011 : Full Result



1. CM Punk def. John Cena (New WWE Champion)
I’m not a Cena fanfag! So, of course la gua nak tengok WWE Champion selain dari Cena. Kronologi match Punk-Cena, macam nie: CM Punk dah nak habih contract, tapi dia dapat title shot untuk challenge Cena di MITB 2011. Vince McMahon offered Punk a new contract, but Punk didn’t even think about honoring the new offer. Punk jugak mengugut akan simpan title WWE tu, along with his coming expirated contract. So, Vince agak rage disitu. Sebagai modal tak pueh hati, Vince menggugurkan Punk sebagai members of WWE.

Cena agak bengang bila Vince suka-suka hati menggantung employees, as from his personal prespective, Vince didn’t respect his athletes. Cena jugak mengungut Vince, demanding that Vince should reinstate Punk into the WWE roster, or else dia akan walk out from WWE, leaving the RAW faction heavyweight title uncrowned. Vince agak terkedu as his “Big-Shot” superstar akan blah dari WWE. Yer la, sapa nak layan wrestling kalo Cena takde, kan? (Faggg…) Vince terpaksa akur dengan  Cena, and that’s has made him look like a bootlicker.

But, Vince will always be Vince. Punk has reinstated back into the rosters, but under one condition. If Punk walks out from MITB as the new WWE Champion, Cena will get fired! Huh! Dramatik, kan?

So, MITB 2011. Cena dah kalah. Ikut jalan cerita, Cena akan dipecat. We’ll see on tonight’s RAW cemana.

2. Christian def. Randy Orton (New World Heavyweight Champion)
Wohoo! Captain Charisma is back! This match was held into one special stipulation. Kalo Orton get himself disqualified, not only he lost the match, but the Heavyweight title jugak akan bertukar tangan. Gua bajet semua orang tau Orton ada move yang sangat sadis, “Head Punt”. Ramai superstar pernah ‘berehat panjang’ bila terkena move nie. Gaya sepakan Orton nie macam Percy Mongomery sepak bola rugby convert. Gilababeng! Christian memang cari jalan nak buat Orton disqualified. Cara dia mudah, Orton nak head punt, but Christian mengelak dan terkena ‘telor’ beliau. So, reff considered that was totally a low blow. So, disqualified! Gyeahhh!

Gua tak benci Orton pun, tapi macam gua pernah cakap, watak baik tak sesuai pegang Championship lama-lama. LOL!

Apa? Tak kenal sape Percy Montgomery? Google la, jangan malas sangat.

3. Alberto Del Rio won the Raw Money in the Bank Ladder Match
Shit! Gua dah agak tahun nie memang storyline pasal Alberto Del Rio. Sejarah Money In The Bank nie sejak diperkenalkan, sapa menang briefcase, dah tentu-tentu dia akan jadi Champion. Anytime jer dia bleh cash-in. Stakat nie takde lagi la superstar yang kalah match masa cash-in the briefcase. So, anggaplah lepas nie next WWE Champion anda adalah, Albertoooooooo Delll Riiiooooo………. *sighs*

4. Daniel Bryan won the SmackDown Money in the Bank Ladder Match
Defak? Daniel Bryan? What da heck? Takkan dia nie future World Heavywight Champion kot? He’s not even in the heavyweight class. Shit! Argh..ini sangat mindfuck.

5. Mark Henry def. Big Show
Clash of the Gargantuans. Honest speaking, gua tak look forward sangat match nie. Sebab biasanya match-match yang melibatkan big guys nie memang boleh buat gua menguap. Nak-nak plak pace diorang teramatlah slow. Breathing technique pun dah sekuat enjin backhoe. For this match, Mark Henry emerged as the winner as he managed to pummel Show’s ability to stand. Dah tahu Big Show penah injured kat kaki, memang lubuk Mark Henry la. At the end of this match, Big Show terpaksa dipapah keluar. Injured teruk sangat. Well done Mark, you’re truly the World Strongest Man, enuff said!

6. Kelly Kelly def. Brie Bella
Match-match divas nie gua tak amek port sangat. Lantak la sapa pun nak menang pun. 


Sekian, gua melaporkan dari Chicago.


"Wrestling memang bohong yaqmat, tapi gua dari dulu anggap entertainment je..."
-Zahril

Gambar gua cedok dari Bhabani Blogspot
 

Monday, July 18, 2011

"Biar Saya Pergi Kembali ke Rumah..."

“Kasik la gua balik rumah” rayu Fabregas dalam percubaan permohonan paksa ke FC Barcelona.

Cesc Fabregas akan bersemuka dengan Arsene Wenger untuk memujuk pengurus beliau agar dia dibenarkan menyertai Barcelona semula.

Fabregas yang terpaksa direhatkan dari menyertai siri jelajah Asia (Malaysia & China) akan berjumpa dengan pengurus beliau untuk membincangkan tentang bidaan terkini £35 juta dari kelab Juara Eropah tersebut.

 Selamat datang kembali: Fabregas berminat untuk menyertai Messi (kanan) di Nou Camp


Fabregas, 24 berasa amat terhutang budi terhadap Arsene Wenger kerana telah menjadikan beliau antara pemain terbaik dunia dan beliau tidak mahu merosakkan hubungan baik ini. Namun, dia bertekad untuk bersemuka dengan Arsene Wenger dalam rayuan ini.

Fabregas yang sebelum ini memulakan karier bolasepaknya di Nou Camp, Barcelona masih menganggap dirinya dalam keadaan terdesak untuk pulang ke tanah air.


Sakit di Sepanyol! Kapten Arsenal adalah melihat percubaan untuk pulang ke rumah disekat oleh bos Wenger

Sekiranya Fabregas berjaya menyertai pasukan Pep Guardiola, ia akan mengakhiri salah satu saga pemindahan yang paling lama berjalan sejak kebelakangan ini.



P/S: Ayat berterabur? Jangan salahkan gua, blame it on Google Translate...#LOL



Gambar dan laporan dicedok dan ditranslate dari sumber asal DailyMail UK

Peluang Camnie Bukan Slalu Dapat...(Part I)

Arsenal datang Malaysia... 


Pergh, gua punya ‘eksaited’ memang takleh disangkal lagi. Kali nie, gua nekad, mesti pergi tengok LIVE. Kali terakhir Arsenal main dengan team Malaysia, seingat gua tahun 1999. Time tu gua baru Form 4. Nak-nak plak time tu gua kena attend kursus budak jahat, sebab baru lepas kena gantung sekolah. Ahh, nanti la gua cerita pasal gantung-gantung nie. Malaysia masa tu, kalah 0-2. Gua baca paper jer la. Time tu, sekolah lagi. Mana ada duit. Segan plak rasanya kalau nak paw duit arwah mak semata-mata nak beli tiket bola. Mana cool!

On that match day, gua amik cuti 2 hari. Saja habihkan replacements for public holiday. Dah alang-alang,kan? Bini gua tak dapat cuti. Tapi, dia saja amik MC nak ikut gua pergi stadium. Dia kata, walaupun dia tak berapa tahu pasal Arsenal, she’ll do that for the sake of supporting her husband. See, romantik kan? Benda-benda macam nie boleh buat gua #manlytears. Pagi tu, bini gua setel amik MC, kami cergas gerak ke Al-Ikhsan. Pergi beli jersi. Takkan nak pegi stadium pakai T-Shirt. Tak Gooners la camtu, ye dok?

Kami sampai di Al-Ikhsan Wangsa Maju, tapi jersi yang gua nak takdak. Then gua cargas ke Mizi Sport kat Prima Gombak. Pergh, sale up to 70%. Tapi jersi kelab lain la. Jersi Arsenal still harga asal. Gua dah agak frust, tapi bini gua tetap memberi gua semangat untuk survey-survey. Jam kat tangan dah pukul 11.00 pagi, tapi jersi satu haram pun tak beli lagi. Last choice, Al-Ikhsan kat Taman Dagang. Nasib baik jersi home last season yang gua nak ada kat sana. Tapi, harga agak tak semenggah sebenarnya. Bini gua dari awal mengomel dia takmo pakai jersi. Just t-shirt dah memadai. Setel fitting, pejam mata, swipe credit card. Walaupun agak pedih, namun terpaksa gua telan. Takpe, Arsenal datang 10 tahun skali. Kahkahkah!

Senyum bini gua dapat T-Shirt Arsenal sehelai...

Jam dah pukul 4. Gua ingat, kalo gua drive dari Ukay Perdana nak ke bukit Jalil, saja nak cari penyakit namanya. Nak-nak plak naik MRR2, memang bottleneck la nak lepas area-area Pandan, Cheras dan exit Kajang. Gua decide nak merempit je, boleh gerak lewat sket. Setelah sejam menggayakan jersi dan t-shirt baru, kami gerak ke stadium. Atas MRR2, kelihatan beberapa mat rempit lain yang berjersi Arsenal berpusu-pusu ke stadium sambil membawa cikaro masing-masing.

“Eh, kita seating macamana? Duduk skali dengan fan Harimau ka” – tanya bini gua.
“Ya la. Free seating. Tapi ada section la. Kenapa?”
“Kita nie orang Malaysia, tapi pakai jersi Arsenal. Gua takut kena pukul ja” – jelas beliau dengan nada resah.
“Kah kah kah! Lu nie alasan tak munasabah la. Don’t wori la..” balas gua menenangkan hati beliau.

Bini gua tengah panic sebenarnya. Sebab dia tau, Arsenal Malaysia FC dok kat Blue Gate, walhal gua beli tiket Green Gate. Kang kitorang jer pakai jersi ‘merah’, ditenggelami oleh jersi-jersi kuning (bukan BERSIH 2.0) dan biru, maunyer pukul nanti. Anyway, maybe dia banyak sangat tengok cerita Green Street Hooligan kot? Fan Malaysia takde cemtulah…Keh keh keh! 

.......
(Part II akan bersambung)


Gambar gua cedok dari Malaysia-Kini  
 

Wednesday, July 13, 2011

Gua Bukan Jenis Nak Ulas-Ulas


Entah kenapa gua ‘terbeli’ novel nie minggu lepas. RM14 ringgit je. Cover novel nampak sangat sweet. Tajuk pun agak cool, dan tak terlalu cenderung kepada keskemaan KBSM sangat. Karipap-Karipap Cinta by Nazri M.Annuar. Gua takleh kasik review lagi, sebab gua tengah baca. Tapi, baru baca bab 3, gua rasa macam takleh berhenti nie.

Ahh, masak gua nak gi keja esok....!

Friday, July 8, 2011

Konsep 'Token' Kita Berbeza...


Semalam gua hantar keta gua pegi service. Appoinment tak buat, memandangkan gua hantar keta dikala semua rakyat-rakyat marhaen tengah bekerja (Sebab gua still tengah cuti sakit). So gua walk-in jer la. Orang tak ramai, so gua straight dapat register kat kaunter. Fuh, heaven!

Dah serah kunci semua yang patut, gua pun melopong la dalam Lounge sementara menunggu kereta gua diserbis. Tabiat gua bila melepak tunggu kereta siap, gua biasanya akan bawak notebook (yeah! gua tau skang gua outdated memandangkan style orang KL skang lepak sambil pegang iPad) dengan external HD gua, habuan nak layan anime apa yang patut.


Masa gua nak keluarkan notebook tu, mata gua terpandang satu baris ayat yang menarik terlekat kat notice board dalam Lounge tu. Ayatnya berbunyik lebih kurang cenggini:

"We are providing free Nasi Lemak and drinks from the vending machine (Nescafe, Hot Choco Latte, Milo) to all customers. Proceed to counter No.2 to request for token."


Hah! Ini sudah bagus.

Gua toleh belakang, memang ada vending machine dengan sebakul nasik lemak.

"Orang kata, rezeki jangan ditolak. Nasi lemak depan mata, jangan malu-malu nak kokak"

Notebook gua simpan balik dalam beg. Gua park beg tepi dinding, straight gua jalan pegi kaunter No.2. Kelihatan sorang amoi nie tengah dok kusyuk key-in data part-part kereta. Perut buncit tengah mengandung. Tag nama "Cindy Khoo" kemas terselit di baju. Hidung ada tindik sket. Pergh...stylo!

"Miss, saya mau token untuk itu vending machine, boleh ka?" - tanya gua dengan nada kemas.

Amoi itu tersenyum. Pelan-pelan dia bukak laci, then dia menghulurkan seketul "TOKEN" kepada gua. (gambar seperti di bawah)


Amacam? Unik kan token dia? Tak macam token kat kedai Arcade mahupun token parking kat KJ Properties, kan? HA HA HA HA HA HA HA HA HA!

Dengan 'token' yang 'unik' nie, gua akhirnya selamat membantai  2 bungkus nasik lemak bersama secawan Milo sejuk dari vending machine itu. Sedap tak terkata nasik lemak dia, walaupun dah pukul 11 pagi.

15 menet sebelum kereta gua siap, gua pergi jumpa Cindy Khoo lagi, mintak 'token' lagi 4 keping.

Bleh buat beli Dunhill dua batang.

Untung....untung.

Tuesday, July 5, 2011

Gua dan 'Luck' Memang Jarang Kamceng!

"Kalo satu pun tak kena, alamat kena mandi bunga jugak gua nih!"


Gua perasan, lately nie JenJobs, Jobstreet, Monster dan macam-macam lagi career portal amat rapat dengan kehidupan peribadi gua. Tiap-tiap hari rasa nak apply. Tiap-tiap hari macam rindu jer nak bukak email. Tiap-tiap hari rasa bersemangat je nak menerima phone call. Haaaih...apakah perasaan ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...