Monday, August 19, 2013

Pengalaman Karthik Menyambut Raya


Minggu lepas, hari Isnin. Tatkala orang ramai masih beraya sakan di kampung dengan tat-tat dan biskut Mazola, gua dah terpaksa masuk ke-ofis pada raya ke-5 atas sebab Nautilus punya event yang tak dapat dielakkan. Tapi, at least gua tak berkesaorangan, memandangkan Karthik juga tak cuti panjang. Dia juga ada di ofis, masuk kerja seperti gua. Hendak dipikirkan balik, apa hal pulak Karthik nak cuti raya panjang? Dia kan Indian?

Ahh...so, nak dijadikan cerita, setelah sebulan gua tak lepak minum dengan mamat tu di kedai mamak, hari itu kami berkesempatan untuk minum dan melepak. Waktu lunch-time masa tu. Port biasa di RR Bistro, mamak yang paling unggul di Megan Avenue. Service tip top! Tandas pun dah 'wangi'.

"Dude, you know....I was sick during the 2nd day of hari raya." Karthik memulakan sesi menyembang.

"Err...sick? Why? What happenend?" gua balas sambil buat muka berkerut. True punya berkerut sambil meniup teh tarik yang Subhanallah punya panas.

"I don't know lah. During 2nd day of Hari Raya, I got invited by my Muslim friend for an open house. I ate something like sambal. Which similar like sambal kerang, but it was made from the slices of sea cucumber......." balas Karthik, betul-betul menceritakan pengalaman kesakitan yang dialaminya.

Sambungnya lagi...

"I went to clinic for further checkup. They wanted to be warded for further checkup, since the pain were not only just diarrhea, but jaundice also..."

Jaundice? Wow...yang gua tau, jaundice ni demam kuning, yang biasa kena pada budak-budak yang baru lahir. Tak pernah pulak gua dengar bapak budak yang nak dekat umur 40 kena demam kuning.

"So, how are you feelin' now? Your stomach still Okay?"

"Yeah...so, so. That's the worst hari raya meals ever. I won't touch it as long as I live." kali ni Karthik punya nada sedikit semangat. Patriotism punya level semangat. Nampak sangat dia dah serik nak makan benda tu lagi. Tak apalah. Perut dia, lantak dia lah.


***
 

So, lepas lepak. Gua straight naik ke opis. Duduk dan on laptop dua.


Gua taip 'Sea Cucumber'......tekan 'Enter'

Sebab sebenarnya gua sendiri tak tau menatang apa tu. Kang kalau gua search depan Karthik, nampak sangat gua tak Malaysian, sampai makanan sendiri pun tak tahu. 'Sorok bodoh' orang kata.


(30 saat selepas itu.......)




Gulp!

Sea Cucumber = Gamat? Masak sambal?

What the fuck?







Picture taken from : Dreamstime

Friday, August 16, 2013

Prediksi : WWE Summerslam 2013...(I'm excited)


Tanggal 18 haribulan Ogos, 2013.

Tarikh yg sangat penting bagi peminat-peminat gusti kerana PPV Summerslam akan ditayangkan secara berbayar. Gua dah tengok list matches Summerslam kali ini, and I must say, sir..."It is outrageous!"




1. Dean Ambrose (c) vs Rob Van Dam for the WWE U.S Championship [Opening Match]


Leader of the Hound of Justice, Dean Ambrose of 'The Shield' kali ini mempertaruhkan talipinggang U.S Championship beliau, berdepan dengan 'Mr.PPV' Rob Van Dam. Sebenarnya tak ada feud yang bermula pun dari kedua-dua side, cuma RVD dipilih untuk menjadi no.1 contender selepas menang match 20-men over the top rope battle royale di satu segment RAW baru-baru ini. RVD dibawa masuk semula oleh Triple H ketika PPV Money in The Bank 2013 berlangsung, dengan harapan untuk membawa lebih 'boom', since RVD yang kita tahu memang sinonim dengan beberapa aksi death-defying scenes. 

Jujurnya, gua rasa, since RVD dah buat comeback, Ambrose will 'lose' his title to this guy. Not that I'm being delusional or something, tapi...WWE biasanya takkan membiarkan big names yang baru dibawa masuk melenggang tanpa belt di pinggang. Peh, rhyming siakk!

Prediksi : RVD



2. Natalya vs Brie Bella


Ahh, match ni gua malas nak ulas banyak-banyak. Battle of the Divas ni sebenarnya lebih kepada hendak mempromosikan rancangan 'Total Divas' yang tengah airing kat E! baru-baru ni. Well, sebenarnya tak la baru. Dah 3 episode dah pun. Cemana gua tau? Gua layan tiap-tiap minggu kot? Kahkahkah!

Kalau lu orang tengok Total Divas, Natalya episode pertama lagi dah frust sebab dia tak dapat compete dalam WrestleMania pada bulan April dulu. In fact, slot untuk Divas match yang sepatutnya menjadi hak beliau, ditukar kepada The Funkadactyles pada saat-saat akhir. Dah la frust tak dapat bertanding, siap kena perli dengan The Bellas, dan kena jadi 'Chaperone' untuk Natalie Eva Marie dan Jojo pulak. Chaperone lu orang tahu tak? Ala...macam cikgu pengiring rombongan, or caretaker kata orang putih.

Eh, pehal gua ulas match Divas plak ni? Ahhh...dah...dah. Banyak lagi match penting gua nak taip. Nanti-nanti gua buat special entry untuk Total Divas ni.

Prediksi : Gua tak ambik port. Sapa menang pun gua tak kesah sangat sebenarnya.



3. Damien Sandow vs Cody Rhodes


Gua tak pernah setuju Cody Rhodes pegang watak fan-favorite. In fact, gua rasa Cody antara adalah superstar yang berjaya untuk pegang watak villain or bad attitude wrestlers (or wrestlers with bad attitudes.....ahhh, whatever!)

Feud 'The Rhodes Scholar' bermula apabila dua-dua superstars ni bertanding untuk Smackdown! Money in the Bank briefcase masa MITB2013 PPV bulan lepas. Di saat-saat akhir semua Superstars dah lembik, tinggal Cody saja yang still able to stand on both feet and climbing the ladder to untie the briefcase. Masa tu, semua dah target Cody nak menang dah. On the very last second, suddenly Damien Sandow emerged and shock the WWE Arena, 'backstabbing' Rhodes in the back. Dia hentak Cody Rhodes, and Cody Rhodes terjatuh dari 7-foot ladder sambil mengerang kesakitan. And, Sandow has single-handedly untie the briefcase for the win.

Sebenarnya, tulah masalah bila tag-team partner terpaksa bertarung sekali dalam satu match. Personally, gua tak boleh nak salahkan Sandow jugak, sebab this type of match is every men for himselves. Yeah, Sandow is like a snake. He is slick, waiting for the excellent moment to strike. And not, he's the legitimate holder of Smackdown! MITB briefcase.

Feud jadi lebih panas, bila Sandow, dengan niat untuk meminta maaf, melantik Cody Rhodes as his tag partner sebagai protector of the Briefcase. Kalau gua jadi Cody, gua panas hati jugak. Dah la briefcase tak dapat, lagi dilantik jadi balaci tukang jaga pulak. Cody akhirnya snapped! And for the first time since the 'Rhodes Scholar' is formed, Cody assaulted Sandow live on national TV.

Scene tambah garam pada luka lebih pedih, bila Cody merampas briefcase tersebut dan terus mencampak beg yang berisi contract untuk mencabar current World Heavyweight Champion itu ke dalam tasik, specifically in the gulf of Mexico. Fuuuuuuu! Sandow memang bengkek gila dengan Rhodes, and starting from that, the assault on Rhodes continued every week. Brad Maddox tak ada pilihan melainkan meletakkan kedua-dua binatang ini dalam satu slot di Summerslam!

Prediksi gua? Entah. Never a fan of both superstars. Tapi, instinct gua berat kepada Damien Sandow, since WWE nampak macam betul-betul nak naikkan beliau untuk tahun 2013.

Prediksi : Yeah, I'm in for Sandow.



4. Dolph Ziggler & Kaitlyn vs Big E. Langston & AJ Lee



I personally think that this match would be one of the main attraction of Summerslam 2013. From a douchebag to a total hero. Yeah, that's Dolph Ziggler, ladies and gentlemen. Gua serabut tengok Dolph Ziggler satu ketika dulu. Dengan pair of white boots dan wrestling tights yang seakan-akan meniru the great Billy Gun satu ketika dulu. Plus dengan attitude dia yang full-of-shit dan cocky, menjadikan beliau ilustrasi kepada Rick Rude zaman moden. Owh, and some would say, Ziggler's current character ni seakan-akan Shawn Michaels zaman muda. Tapi, ahh...screw it. Gua rasa Ziggler tak layak nak disamakan dengan The Legendary Shawn Michael.

Feud Ziggler dengan AJ Lee bermula bila Dolph Ziggler lost his World Championship belt to Alberto Del Rio. Ziggler kalah disebabkan thunderous kick di belakang kepala, menyebabkan beliau mengalami severe concussion. Del Rio punya style of wrestling, biasalah. Banyak stunned kick. Dan pada masa yang sama, di PPV yang sama. AJ Lee pula menang Divas Championship belt, mengalahkan Kaitlyn yang jiwa kacau selepas diprank dengan jokes 'secret admirer'. Dolph Ziggler terpaksa berehat beberapa minggu disebabkan hentakan di kepala itu, sementara AJ Lee terus mendominasi RAW.

Gua tak ingat di PPV mana. Payback rasanya. Ziggler menentang Del Rio menggunakan rematch clause beliau. Dah almost nak menang, tup tup Ziggler terkena punt kick Del Rio. AJ Lee yang sangat cemas dengan keadaan teman lelaki beliau tu, secara terpaksa melontar tuala putih masuk ke dalam gelanggang, menjadikan match tersebut terpaksa diberhentikan dan kemenangan mudah diberi kepada Del Rio. Ziggler was furious with that towel scene, dan terus snapped! Bengang, frustrated sebab dia rasa AJ tak perlu buat macam tu, as he only 'playing possum' untuk mengenakan Del Rio.

Start dari itu, AJ Lee terus didump, Ziggler. AJ pulak snapped! Habih backstage crew dipukulnya. Meja diterbalikkan. Punah ranah. Yang tukar sabarkan AJ ni Big.E sajalah. And sapa yang paling puas bila tengok AJ finally loose control over herself? Or course Kaitlyn, my girl!

Since gua ada crush dekat Kaitlyn ni, gua harap keputusan match ni nanti akan berpihak kepada Ziggler & Kaitlyn. Entah, gua tak pernah rasa divas yang muscular itu sangat lavishly sexy. Until I met Kaitlyn.

Pergh....ayat!

So, prediksi gua: Ziggler & Kaitlyn! I can feel it!



5. Kane vs Bray Wyatt (Ring of Fire match)


Bray Wyatt of the Wyatt Family. Faction yang tengah up sekarang ini, diperkenalkan kepada WWE universe sekarang ini. Untuk sesiapa yang kurang mengenali siapa Bray Wyatt ni. Beliau adalah anak kepada the Legendary IRS, dan merupakan abang kepada Bo Dallas, current NXT Champion. Tak kenal lagi? Remember 'tank with a Ferrari engine' phrase? Husky Harris? Does that rings any bell?

Ahh man!

Bray Wyatt is Husky Harris. There I said it. Tapi, untuk gimmick leader of the Wyatt Flock ni, beliau membawa watak sebagai 'self-appointed phrophet' yang diutuskan untuk membawa bencana dalam WWE. Pergh, serupa setan juga ayat gua karang. Dia punya trademark ni, satu lampu ayam, straw hat dan juga satu rocking chair untuk dia buat lepak menonton his trusted wingman, Erick Rowan dan Luke Harper. Diorang nie sangat psycho. Nampak macam bunch of hilbillies yang suka kidnap orang awam dan bawak pergi torture dalam rumah terpencil dalam hutan. Serius gua rasa mereka ni lebih kurang The Hills Have Eyes versi hensem. Kalau tengok Wyatt punya promo video pun, diorang sebenarnya tinggal dalam rumah yang super usang dalam hutan. So, lu orang dah boleh agak how sadistic dan sick they can be especially when assaulting superstars. Personally, ada orang kata gimmick serupa Wyatt Family ni lebih kurang Raven's Flock satu ketika dulu. I personally think gimmick macam ni lebih kurang TNA punya Serotonin satu ketika dulu. Ahh...tak kisah la. Mana-mana pun boleh, the more the merrier kata orang.

So, kali ini Wyat Family cari pasal dengan 'Devil's Favorite Demon' Kane. Lepas Team Hell No berpecah, Kane lebih banyak bergusti secara solo dan nampak macam syok sendiri pun ada, since ramai superstars yang tak berani cari pasal dengan beliau. Tup tup, Bray Wyatt campur tangan. Terus scene yang melibatkan Kane jadi menarik.

Kane and Wyatt akan bertarung dalam match yang diberi nama 'Ring of Fire'. Sebenarnya, konsep match ni sama saja macam Inferno match yang baru 5 kali ada dalam sejarah WWE. Gelanggang akan dikelilingi api. Nampak macam ganas kan? Tapi gua boleh rasa, match ni berpotensi menjadi sangat bleeeergh dan suxx-arse! So, apa beza Inferno match dengan Ring of Fire ni? Inferno match, in order for a superstar to win the match, he must set his opponent on fire. Tapi, untuk Ring of Fire ni, winner boleh ditentukan menerusi pinfall dan submission. Tak ada count out since keliling gelanggang menggelegak dengan api. Ok, gua exaggerated sikit yang bab 'menggelegak' tu.

Prediksi : So, siapa akan menang? Gua strongly thinks that Wyatt will win. Since, watak mereka sangat mendapat perhatian daripada Universe. Yeah, I will say Bray Wyatt!

*Locking my answer*




 6. Alberto Del Rio (c) vs Christian for the World Heavyweight Title


Del Rio yang dah tak lagi emerged dengan gimmick kereta-kereta mewah dan personal ring announcer beliau kali ini akan berentap dengan Christian. Christian menjadi no.1 contender for this title lepas beliau menang dalam satu triple-threat match menentang 'The Viper' Randy Orton dan Rob Van Dam.

Feud Christian dengan Del Rio ni tak berapa dasyat pun sebenarnya, berbanding satu ketika dulu masa Edge baru-baru saja retire. So, gua tak berapa ambil port sangat.

Prediksi : Entah....Del Rio kot?




7. Brock Lesnar vs CM Punk


Pergh!

Match yang paling gua tunggu-tunggu selama ini.
(OK, sebenarnnya semua match yang ada CM Punk dan Brock Lesnar, memang gua eksaited tak tentu hala)

Feud antara Paul Heyman's guy and FORMER Paul Heyman's guy. Kronologi pertelingkahan Paul Heyman dengan Brock Lesnar ni sangat panjang sebenarnya. Gua dapat rasa sebenarnya Paul Heyman dan lama bersabar dengan karenah Punk yang kejap-kejap baik, kejap-kejap bad ass ni. Antara 3 client Heyman, (Punk, Brock Lesnar dan Curtis Axel) ni, yang paling tak mendengar kata adalah CM Punk.

Punk menganggap, beliau bukanlah 'client' Paul Heyman. In fact, both Brock Lesnar dan Axel sebetulnya adalah klien Paul Heyman. Beliau adalah 'friend' kepada Heyman, so that has made him can decide whatever action he wanted to pull, as he is not obliged to listen all Heyman's instruction. Benda-benda macam ni buat Paul Heyman snapped! Dan bengangnya Paul Heyman ni akhirnya terserlah selepas dia mensabotag CM Punk ketika Punk sedang memanjat tangga untuk mencapai briefcase untuk RAW MITB match. Heyman slammed the steel ladder directly to Punk's forehead. CM Punk was busted wide-open. But, what has frustrated him the most, seeing how his so called 'best-friend' turned his back on him, at the very last minute of the match. Plus, the cut has awarded Punk with 14 damn stitches, a set of stitches that will always be remembered by Punk for his entire life.

Start daripada itu, Punk terus berdendam dengan Heyman. Every RAW show, Punk akan cuba untuk mencederakan Paul Heyman, dan setiap kali Heyman is on the verge of getting his ass kick, time tulah Brock Lesnar muncul menjadi penyelamat. Dalam beberapa siri serangan ke atas Heyman, cuma satu saja CM Punk berjaya mencederakan Brock Lesnar. Itu pun waktu RAW minggu lepas, lepas beliau menyamar menjadi one of the camera crew. Sebelum-sebelum ini, semuanya hancus; due to Brock enormous strength and physical build.

Kalau lu orang ingat, plot Heyman-Punk ni sebenarnya sama ja masa plot Heyman turned his back on Brock Lesnar satu ketika dulu, menjadikan Big Show his new guy. Tapi, I must say, Paul Heyman indeed a good actor and single-handedly carrying the weight of his bad persona, making him one of the most heartless-bastard, backstabbing manager in WWE History. Yeah, he's good. He is damn good, son!

Bila gua sembang dengan Adib Zaini, dia predict Brock akan menang. Tapi, CM Punk takkan memberi kemenangan macam tu saja. Punk will fight to the very end of his gut. Akibat kekalahan itu, Punk terpaksa berehat panjang, while Brock Lesnar will be dominating WWE. Feud mereka ni mungkin boleh sampai ke WrestleMania 2014, jika sambutan dan WWE universe amat menggalakkan.

(Apahal gua cakap macam balaci jual barang pulak ni?)

Prediksi : Bila dipikirkan logik, apa yang Adib Zaini kata tu boleh jadi betul juga. Boleh tahan juga kalau feud Punk-Lesnar ni dilarutkan sampai ke WrestleMania. Entah la. We will see. but, as for my prediction; this Summerslam 2013 will be Brock's time! Brock akan menang.



8. Daniel Bryan vs John Cena (c) for the WWE Championship (Triple H as the Special Guest Referee)


Kalau lu orang tengok Total Divas, lu orang akan rasa ini adalah battle among the In-Laws. Adik ipar lawan Abang Ipar. Ya la, Cena sekarang tengah bercinta dengan Nikki Bella, while Bryan is now madly in love with Brie Bella. Logik?

Lepas Cena retained his WWE Championship at MITB 2013 against Mark Henry, Cena diberi peluang oleh RAW General Manager untuk memilih opponent beliau di Summerslam 2013. Dan dalam ramai-ramai superstars in the locker room tu, Cena telah membuat keputusan memilih Daniel Bryan. Semua orang terkejut, dan merasakan Cena buat kerja mudah kerana pilih opponent yang kecil saiznya. Tapi sebenarnya, keputusan Cena berdasarkan siapa yang lebih deserve, berdasarkan winning streak tiap-tiap minggu. Yeah, Daniel was on a roll!

Daniel at that time struggling to prove he is not the weakest link in Team Hell-No. And burned by that motivation, Daniel winning streak is alive, and has caught Cena's attention. Apa yang uniknya Daniel Bryan ni, dia tak perlu masa yang lama untuk mendapat tempat dalam hati peminat. Apart from his personal look, his wrestling technique juga sangat outstanding, and I personally think it is safe to say that this year will be Daniel Bryan's year!

McMahon pula sangat offended dengan Daniel Bryan's messy beard, dan dalam masa yang sama, Vince McMahon juga tidak suka Cena menjadi WWE Champion. Ya lah. Dah 11 kali kot? Bagi la laluan kat orang lain pulak. Vince cuba hendak meng'corporate'kan Daniel Bryan punya appearance dengan memaksa beliau memotong janggut dan mengenakan gentlemen's suit. Beliau juga telah melantik Brad Maddox sebagai guest referee pada mulanya, dalam usaha untuk menjadikan Daniel Bryan the new WWE Champion. Triple H yang pada masa tu tengah berbulu dengan Vince McMahon rasa terpanggil untuk melantik dirinya sebagai guest referee. What happened to Brad Maddox?

Kena pedigree.

So, sedikit sebanyak gua juga rasa tahun 2013 bakal jadi tahun kepada Daniel Bryan. He's damn good with his technicality and aerial ability, plus the crowd loves him to death! Cena pula....gua rasa dia dah boleh pergi main jauh-jauh dengan Nikki Bella.

Prediksi : Make way people! This is going to be Daniel Bryan's first WWE Championship belt! I knewww it!




Tu saja yang mampu gua taip. Serba ringkas pasal my own Summerslam's prediction. Celaka betul punya lenguh tangan gua. Punya la lama gua tak menaip se'ringkas' ini.

Akhir kata, majulah Wyatt Family untuk negara.

#BelieveInTheShield





- finn -


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...