Wednesday, March 30, 2011

Lega

Keja gua dah siap...
Esok gua bleh gerak balik...
Maleh dah nak pi offshore..
I'm too old for this shit!
Gudbye Sedco-601
Wohoo!!!!

Thursday, March 24, 2011

Macam Siamang!

Semalam, gua dapat satu email, gua rasa dari head hunter kot, pasal nak assist pegi interview. Dia soh gua fill out a few questionnaires as well as working experience supaya diorang bley match dengan requirement syarikat MNC nie. Email dia lebih kurang macam nie la...
 
Dear Mohd Zahril Bin Mansor,
A leading MNC in Singapore is on Recruitment spree and looking people for the following role.

1.Network Engineer.

Job Role :

• NOC L2 Engineer shall be the single point of contact for incident reporting. L2 will employ the PNOC Service Delivery Platform (PSDP) to track, manage and co-ordinate for resolution of all incidents and problems arising in Network, bla....bla...bla...
• L2 Engineer bla...bla...bla...bla...bla...bla..bla.. Database (CMDB).

Kindly send me you updated resume to bla bla @bla bla bla.com

AND HERE'S THE BEST PART!
 
Job Type - Permanent
Location - Malaysia
Salary - Pretty good. 
 
 
 
"PRETTY GOOD" FTW! Lu ingat gua nie anak ayam ker nak main agak-agak? Letak la range salary, bengap!

Wednesday, March 23, 2011

Warkah Buat Isteriku



Jam dah pukul 7.50 pagi. Hari nie gua dan Banker kuar rumah agak awal seperti hari-hari biasa. Takde lah awal mana pun, 10 minit je. Normal rutin gua, sebelum gua kunci pintu, gua akan buat inspection dalam rumah. Kipas angin off ker tidak, lampu solek padam ker tidak, kipas bilik sidai baju on ker tak. Dah tugas ketua keluarga,kan? Dan kebiasaan juga sebelum gua finalize kunci grill, gua akan bertanyakan beberapa soalan penting kepada Banker Permatang Pauh:

“Henpon lu amik ke tak? Jangan kata tertinggal kat dalam rumah plak? Gua dah nak kunci grill dah nie...”

“Ish, gua dah amik la..ada dalam handbag nie...” balas Banker selamba.

“Air oren, pass keja, kunci rumah spare?” gua tanya lagi. Double check!

“Iyerr! Gua dah amik. Semua dalam handbag nie. Cepat la...dah lambat nie, jom!”, jawab Banker sambil menunjuk-nunjukkan handbagnya kepada gua.

Bila semua dah OK, gua pun kunci la grill. Banker kelihatan terkial-kial membetulkan jaket motor beliau. Helmet hitam dia sarungkan ke kepala dengan berhati-hati, takut rosak tudung, katanya.

“Lu tu, kadang-kadang phone pun boleh tertinggal...” gua tambah lagi.

***

Bermula dari MRR2, gua pancung ikut AKLEH. Jalan jem toksah dok cerita la. Motor nak mencelah pun kadang-kadang penin’. Begitu ramainya manusia berpusu-pusu keluar bekerja. Semuanya hamba sistem, macam gua. Kesesakan trafik di sekitar Kuala Lumpur membuatkan gua dan Banker lebih selesa merempit. Boleh celah-celah. Takyah stuck dalam keta sambil dok dengar DJ-DJ overrated mengomel!

*sighs*

Lebih kurang doploh minit perjalanan, gua sampai di depan bangunan tempat Banker bekerja. Turun jer dari superbike, Banker menanggalkan helmetnya lalu dimasukkan dalam box gua.

“Apa-apa hal, call gua,ek? Phone lu bawak,kan?”

“Ish lu nie. Berapa kali nak check? Gua bawak la. OK la...gua nak naik opis nie. Take care tau.” Kata Banker sambil melambai-lambaikan tangannya kat gua.

VOOSH!

Sepantas kilat gua membelah angin, menuju ke opis. Sesekali gua cilok-cilok maut tatkala puluhan kereta dan bas menghimpit sesama sendiri sambil menunggu lampu trafik bertukar hijau. Nak cepat punya pasal. Bermula dari awal tahun 2011 membawak ke hari ini, rekod tardiness gua masih bersih. Dan kemantapan ini la yang membuatkan gua berkobar-kobar untuk sampai awal ke opis dan menjadi lebih produktif (Uwek!)

Di perkarangan parkir, gua park motor kat hujung kedai mamak Bayu. Kelihatan beberapa brader opis gua melambai-lambai tangan ajak lepak minum dulu. Tapi, gua sengih dan menggeleng kepala tanda takmo memandangkan gua nak punch-card dulu. Gua capai beg Targus yang terletak kemas di raga motor, dan terus menuju ke lift.

Ting!

Aras 9. Aras gua nih. Alhamdulillah, gua 10 minit awal. Time to start a new day. My career, my life! Hari nie gua akan lebih produktif! Ganbatte!

“Ark?”

***

“Eh, awal lu sampai. Apsal tak masuk dalam?” tanya Risdi yang baru saja melangkah keluar dari pintu lift.

Gua sedih. Soalan itu terlalu pahit untuk gua telan. Namun, gua gagahi jua untuk menjawab:



“Gua tertinggal pass….”


Cilakak!


P/S: Satu hari gua terpaksa tebal muka pinjam pass orang untuk akses pintu. Baik pintu utama, pintu bilik server bahkan pintu stor. Adehh! Cemana gua boleh tertinggal pass atas meja makan plak! Kalo Banker Permatang Pauh baca nie, mampoh seminggu gua kena bahan…

“Karma’s a bitch!”

Gambo dicedok dari JensexHay

Friday, March 11, 2011

Blues Untuk Supian...


Pagi tadi, gua sampai awal lagi. Seperti biasa, lepas beli bihun goreng telor mata sambal lebey kat Kakak A & Kakak B, gua straight menuju ke mamak Harmain. Elok jer gua melangkah masuk kedai tu, kelihatan Supian melambai-lambai tangan dekat gua. Nak ajak gua lepak makan kat table dia.

Supian nie dulu satu opis dengan gua. Last September 2010, dia resign masuk kompeni lain, nak cari challenge baru katanya. Tapi, tempat kerja baru dia sebenarnya satu lokasi jer dengan gua. Cuma blok jer lain-lain.

Gua duduk lepak depan Supian. Kelihatan supian dah half-way nak habiskan koay-teow telor dia. Gua jer terkial-kial baru nak start melantak. Supian nie lain sket orangnya. Kalo lu tak start topik, alamatnya dia akan diam la sampai habih. Gua takmo rasa dull sangat, so gua pun bukak topik:

“Pergh, gua rasa cepat gila minggu nie. Tup! Tup! dah Jumaat dah…” gua menggunakan topic ‘Hari Jumaat’ sebagai kepala kronologi sembang.

Supian tersentak. Dengan serta merta, dia mengeluarkan iPhone beliau, straight check clock dengan day.

“Eh? A’a la…hari nie hari Jumaat. Seb baik lu ingatkan gua. Alhamdulillah....”  balas Supian dengan tak semena-mena. Sesekali dia tersenyum excited.

Dia merenyukkan kertas bungkus koay-teow beliau setelah isinya habih beliau tibai. Norma-norma seorang perokok tegar macam Supian, lepas makan mesti kena ‘on’ sebatang. Baru makanan lancar masuk dalam usus, katanya.

** Fuhh!  Fuh!

2-3 kepulan asap Supian hembus dengan ringkas. Namun riak muka beliau kelihatan begitu kenyang dan puas. Mungkin puas dengan keenakan koay-teow telor yang dijamahnya tadi kot? Mana la gua tahu...dia yang makan.

“Alhamdulillah...bagus la dah insaf. Lu jangan lupa plak semayang Jumaat hari nie. Doploh tahun dulu boleh la lu kata belom baligh. Skang kalo lu ulang alasan tu, memang sengaja nak mintak tempeleng...” nasihat gua kepada Supian.

Supian tersenyum.

“Gua excited bukan pasal semayang Jumaat la…”

Gua plak yang tersentak. Apa cerr plak mamat nie? Gua dah rasa pelik.

“Habih tu, apa yang lu excited sangat dengan hari Jumaat?”
 
***

Supian kelihatan tenang dah bersahaja. Rokok ditangan dah tinggal suku. Sambil menghirup teh ais, beliau menjawab:


 
“Sebab boleh donlod Naruto...”



P/S: (Astaghfirullah...)


NOTA KAKI:
Naruto memang keluar tiap-tiap hari Jumaat. 

Wednesday, March 9, 2011

Pendekatan Yang Sesuai Itu Penting!


Lokasi: Rumah gua.
Jam: Sabtu, 9.30 malam.
Event:EPL Super-Sunday, Liverpool vs Man Utd. Astro Channel 812


“Eh..apahal Man Utd malam nie? Lauk betoi....Bukan diorang nie hebat ke?” tanya si Banker Permatang Pauh selepas terkejut melihat keputusan semasa 3-0.

Perlawanan masih berbaki lagi 15 minit. Liverpool di depan dengan hat-trick Dirk Kuyt.

“Diorang (Man Utd) memang kuat. Liverpool pun kuat jugak...”

“Tapi, skang nie main kat Liverpool...kat Anfield. Tu la Liverpool semangat lebih..!” jelas gua dengan nada excited. Excited kerana Man Utd drop points lagi.

Banker terdiam. Namun, riak wajahnya jelas terpampang yang dia sedang musykil tentang sesuatu.

“Eh..tapi, bukan ker semuanya bergantung kepada skill and teamwork? Apa kena mengena plak dengan Home-Away...?” tanya banker yang masih kurang jelas.

“Ya la. Sekarang nie, Liverpool main kat tempat sendiri, di stadium sendiri. Dan dikelilingi hampir 70% fan sendiri...”

“Main kat HOME nie memang banyak advantage. Selesa woo main kat tempat sendiri. Bila player dalam keadaan selesa, segala bapak jenis passing, crossing, nak buat on-the-run attack and through ball komfirm menjadi…semuanya kerana SELESA…” jelas gua lagi dengan nada bersungguh-sungguh untuk memadamkan kegusaran di hati Banker Permatang Pauh.

“Uish…gua tak setuju la dengan pendapat lu. Alasan jer tu…” balas beliau sambil menghentak-hentakkan kaki. Pergh, betul-betul protes nie!

Gua terkedu.

Ketara betul perbezaan pendapat kitorang. Wife gua perlu diberi pendedahan mendalam pasal bolasepak. Masih banyak lagi hakikat dan term-term yang dia kurang jelas tentang sukan ini, lebih-lebih lagi apabila si suaminya seorang penyokong setia Arsenal. Ini dah jadi tanggungjawab gua untuk memahamkan beliau, agar setiap laungan dan jeritan ‘GOAL!’ yang gua jerit tiap-tiap malam weekend, boleh beliau join skali.

Gua dah jemu jerit ‘GOAL!’ sorang-sorang.

Dalam situasi sebegini, gua perlu come-out dengan suatu pendekatan yang simple dan efektif. Orang yang baru nak berjinak-jinak dengan EPL nie, kita perlu handle dia dengan cara yang soft. Tak perlu menyeluruh kerana dikhuatiri akan mengelirukan fahaman dan mood beliau.

***

5 minit sebelum wisel penamat, gua bersuara:

“Cuba lu pikir situasi nie. Mana lebih selesa. **‘Uh-uh’ kat tandas rumah sendiri ker, kat tandas rumah orang?”

Banker tersentak lagi. Kali nie, dia tak amik respon yang lama untuk menjawab persoalan gua.

“Mesti la kat rumah sendiri..” jawab Banker..selamba.

“Kenapa plak?” gua tanya dia balik.

“Ya la. Kat rumah sendiri, kita dah biasa kat mana letaknya sabun handwash, getah paip. Nak ‘perform’ pun senang…”

“Kalo kat rumah orang, segan la. Tak berapa selesa…” ujar Banker.


BINGO...!


“Ha! Sama la dengan explanation gua tadi. Tandas HOME lebih selesa dari tandas AWAY. Kalo kita kat HOME, rasa lancarrrr… jer kan? Kehkehkeh!” gua balas sambil ketawa berdekah-dekah.

“Cis! Lu nie tak senonoh betul! Ada ke kasik contoh ‘uh-uh’...?” Banker terpaksa mengiyakan walaupun dia still tak puas hati.

“Ya la. Nak kasik lu paham. Tapi, lu faham dah kan skang?” gua still takleh tahan nak bantai gelak.

“Yer la, yer la….Apa-apa jer la…” balas Banker


Malam tu Liverpool tiaw Man Utd 3-1. United dapat la gol saguhati sebijik, sebab player-player The Reds dah macam malas nak main. Nak tunggu reff tiup wisel je. Gua girang! Man Utd drop points lagi. Perbezaan mata antara Arsenal dan Man Utd hanya sebanyak 3 points jer, dengan Arsenal still berbaki satu perlawanan lagi. Nampak macam ada harapan.

Namun, apa yang lebih buatkan gua gembira, Banker akhirnya faham dengan konsep HOME-AWAY dalam bolasepak. Amacam? Sempoi tak pendekatan yang gua kasik?

Kahkahkah!



P/S: Gua dah rasa macam idealist dah skang nie.

*’Uh-uh’
Buang air besau.

Thursday, March 3, 2011

Salahkah Gua Merasa Bersalah?

Nie adalah benda yang berlaku kat gua pagi nie. Kisah benar.

Tiap-tiap hari lepas hantar Banker kat opis, gua pecut kapcai gua selaju-lajunya menuju ke opis. Eventhough jarak opis gua dengan opis Banker hanya beberapa kilometer jer, tapi kalo dah jem tahap cipan, maunya 15 menet jugak nak sampai ke Megan Avenue.

Sampai ja kat opis gua, jam di tangan ada lagi 15 menet sebelum waktu punch card. Cantek ahh! Gua tak tardy lagi. Perut rasa lapo, so gua singgah la kat satu gerai nasik lemak tepi jalan berdekatan dengan opis gua.

Menu pagi-pagi gua, memang bihun goreng letak telur dengan sambal nasik lemak. Tetap & wajib, memandangkan gua apply nasik hanya hari minggu ja (sebab badan dah berat). So, tengok kat gerai akak tu, bihun still ada lagi, cukup-cukup untuk portion gua jer. Alhamdulillah. Rezeki gua ada lagi pagi nie. Tuhan masih sayangkan gua.

Kat gerai nie, ada 2 orang pekerja. Yang tokei, Akak A adalah tukang cedok, taruk lauk, lipat-lipat bungkusan, dan decide harga. Manakala Akak B plak adalah orang yang tolong bungkus makanan yang dah didecide harga oleh Akak A ke dalam plastik, dan mengambik duit dari pelanggan (So, korang paham kan kronologi dan role individu-individu nie?)

Masa beratur nak order kat Kakak A, awek depan gua nie sungguh tak beragak-agak. Sekali tapau pat lima nam bungkus. Hangin betul gua nak menunggu. Nie mesti kes budak baru kene buli dgn colleague soh beli sarapan pagi nih. Muka dia pun nampak macam perlu dibuli jer. Huh! Menyirap betol nak tunggu Akak A setelkan dia punya order. Jam kat tangan lagi 10 menet pukul 9. Kalo gua tardy pasal tunggu awek nie setel tapau-tapau dia, memang dia nie nak mintak sekeh!

Sampai la turn gua. Kat belakang gua ada pat lima orang dok tengah beratur. Gua paham perasaan orang beratur nie, so gua cepat-cepat decide lauk-lauk gua. Zup! Zap! Zup! Zap! Akak A bungkus dengan pantas dan passing kat Akak B yang tengok dok melayan bungkusan-bungkusan order awek kat depan gua tadi.

Selesai jer awek tu bayar, gua pun mendapatkan Akak B. Terkumat kamit dia kira gua punya menu.

‘Adik amik lauk apa tadi, akak lupa la...’ tanya Akak B yang memang blur tak bleh nak sorok-sorok.

‘Err..saya amik bihun goreng, dengan telur mata jer...then sambal’ balas gua tenang sambil mengeluarkan dompet.

‘2 ringgit..’ balas Akak B setelah berjaya calculate value menu gua.

2 keping not singgit-singgit dihulurkan. Gua amik bungkus bihun goreng gua, dan bergegas naik opis nak punch.


***


Jam dah pukul 10.50 pagi. Bihun goreng gua yang beli tadi belum terjamah-jamah lagi, disebabkan beberapa komputer geng-geng opis terpaksa discan sebab disyaki ada Malware. Motto karier gua tahun 2011: ‘Kerja dulu, perut kemudian’.

Ahh….Perut gua tak boleh handle lagi dah. Gila lambat gua bekfest hari nie. Setel scan apa yang patut, gua berjalan menuju ke pantry. Gua capai gelas biru gua, dan lantas membancuh air Nescafe. Kombinasi Nescafe ‘O’ panas dengan bihun goreng telur mata memang ‘A’. Ditambah plak dengan aroma Nescafe yang sungguh memikat! Ahh, gua malas nak citer panjang. Gua nak makan!

Pelan-pelan gua selak bungkusan bihun goreng.

ITADAKIMASU...!!!!!

Ark?

***


Seingat gua, gua tak order Bihun Goreng campur Koay Teow Goreng. Siap ada Ayam Masak Merah, Telur Sambal dengan Kerang lagi. Ini bukan RM2 punya meal nih!

Sah! Akak B tertukar bungkusan plastik gua dengan awek tadi punya.

So, nak kira macamana nie? Kira halal ke?

Kah kah kah!    


Spartacus: Blood & Sand



Dulu masa zaman zeitgeist, nak donlod mana-mana TV-Series cukup senang. Airing jer kat U.S, esoknya gua mesti sedut. Tapi, sejak kekangan polisi dan berbagai-bagai law yang diwartakan untuk meminimakan ‘sedutan’, gua dah kurang layan TV Series dah. Bukan apa, takut nak break the law. Maleh nak menjawab.

So, skang TV series, gua terpaksa beli DVD boxset.

Masalah bila beli DVD nie, satu je. Nak kena tunggu U.S habih airing complete season, baru DVD produced. Kesabaran dan skill tahan nafsu kene tinggi. Mana taknya, orang dah habih tengok, gua baru nak layan episode satu. Sama la macam Spartacus: Blood & Sand yang gua tengah layan nie. Kat U.S skang nie tengah airing season 2 dah, God of The Arena. 1st time layan, tangkap leleh gua tengok fight scene dia. Patut la apek kedai DVD yang gua dok beli tu tak jemu-jemu promote gua soh beli. Hasilnya… Pergh, memang berbaloi!

Spartacus berkisarkan tentang epik Gladiator, penghambaan, korupsi di kalangan senator-senator dan peperangan era Republic of Roman. Hero citer nie, adalah Spartacus, seorang Thracian yang ditangkap oleh Cladius Glaber, dan diberi kepada Batiatus (tokei) yang mempunyai sebuah ludus (tempat training gladiator-gladiator yang hebat). Fight scenes memang ganas. Kalo takat pancung-pancung kepala tu, adalah scene gore yang biasa dalam Spartacus. Ada lagi lebih dasat…~

“VIEWER DISCRETION IS ADVISED.”

Fight scene satu hal. Yang hal ‘selain’ fight scene pun satu hal. Scene ‘orang dewasa’, scene ‘orang miskin tak mampu nak beli baju’, scene ‘sejenis’, you name it. Bersepah-sepah. Biasa la, zaman Rome. Hamba abdi nie dah macam sex slave dah. Giler betul! Nak layan citer nie, kena layan dengan orang dewasa jer. AMARAN KERAS! Spartacus adalah SANGAT TIDAK SESUAI ditonton seperti anda menonton Buletin Utama TV3 bersama ahli keluarga. Kalo boleh, jauhkan dari kanak-kanak. Bahaya wooo!

Jangan kata gua tak warning plak.

gambo dicedok dari ReviewFix
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...