Wednesday, December 29, 2010

Sehari Bersama Fan-Fan Chelsea (versi Sarcastic)

The actual 'taste' of glory...

2 hari setelah Arsenal berjaya membaraikan impian The Blues untuk menduduki tangga selamat 'Champions League', gua berkesempatan berdiskusi dengan beberapa warga-warga opis, khususnya fan-fan tegar Chelsea, tentang bagaimana perasaan mereka setelah Chelsea gagal mengulangi prestasi membantai Arsenal seperti season-season sebelum ini. Berikut adalah beberapa perbualan gua dengan mereka yang sempat gua ingat:

POST MATCH REVIEW

1) Nazri (Fan tegar Chelsea : Batu 9, Cheras)
"Ahh...malas ahh nak cakap dengan hang.."

2) Mohan Kumar (Fan tegar Chelsea, Rakan Chat YM! : Jepun)
(Mamat nie gagal dikesan..dah lama gua buzz nak kutuk, tapi buzz gua hanya sekadar melepaskan angin di pinggiran bukit...ciss, menyorok ahh tu!)

3) Zuena Mustaffa (Peminat Fanatik MU ketika Ronaldo masih di Old trafford : Ukay Perdana)
"Giler arr Arsenal...dah tak sayur dah...bila Ronaldo nak main balik dengan Man Utd,ek?"

4) Intan Nur Yasmine (Girlpren Gitaris Broken Riffs : Setia Alam)
"Arsenal menang semalam? sape score? Thierry Henry,ke?"

5) Mohd Muhaslly Mohammad (Orang Kapal : Rawang)
"EPL kawe dok minat, The Red Warrior jugok dihati kawe.....jom rokok mentar?"

6) Nurul Ain (No Description : Taman Permata)
"Aku x minat bola beb..."


***
Keh! Keh! Keh! Kan best kalo slalu dapat riak dan bongkak camnie...

picture credit from Daily Mail UK


Monday, December 27, 2010

Mood 'Ketat' IT Support ...#1

"Kring..Kring!"

Extension gua berdering dengan kuat. Mengejutkan gua yang tengah lalok x cukup tido, bahana telan klorin di Sunway Lagoon petang semalam.

"Helo?"

"Zahril..tolong jap. Gua xleh nak print nie, dah cuba banyak kali. Banyak dokumen yang gua pending nie. Takkan printer rosak kot? Tolong datang kat tempat gua kejap, bleh...?"

Setibanya gua di tempat si pemanggil, gua menjalankan kerja gua seperti biasa.


*****


Gua beredar 15 saat selepas itu, dan kembali ke cubicle gua. Longlai langkah gua. Perasaan gua tunggang langgang. Sekali sekala gua bersiul-siul lagu 'Sungai Lui' dendangan Aizat Amdan untuk mengubat hati yang terguris. Gua tak tau nak salahkan sape, beliau atau printer?

Rasa nak menangis pun ada......



NOTA KAKI:
Printer takkan bleh printkan dokumen anda kalo tak tekan button 'on'.

Friday, December 24, 2010

Too Many Lies (Part II)


Sambungan dari Part I

Burp! Alhamdulillah, penangan Mee Sedap dengan bawang goreng asli memang terbaek! Tambah plak time tengah-tengah bulan cenggini. Memang tersangat 'mantoi'. Teringat zaman-zaman gua pegi offshore dulu, mee magi merupakan makanan yang dikawal ketat oleh staff-staff Galley. Biasanya, orang cakap, kalo pegi rig, makanan mmg superb beb! Nak makan apa, cakap aje. Semua ada. Dari western food, sampai la ke local delights, pilih aje. Tapi, dah nama pun orang Malaysia, cepat boring dengan makanan western. Last-last, instead of makan steak, ketuk pintu food galley, mintak megi sebungkus.

Thursday, December 16, 2010

Ini Baru Betul Fumble...


Apa itu 'Scammer'?
1.a person who swindles you by means of deception or fraud
2.someone who leads you to believe something that is not true

atau dalam bahasa melayunya: kaki kelentong.

Minggu lepas Banker Permatang Pauh dapat satu SMS. Tapi, nak dijadikan cerita, isi SMS tu teramat sadis dan membentakkan hatinya. Baginya, kalo dia tak amik serius, kang orang kata dia x peka. Tapi, time dia cuba serius, dia xleh tahan nak bantai gelak guling-guling. Dengan perasaan ingin tahu yang amat sangat, gua pun menyapa dari belakang, bertanyakan apa yang seronok sangat dia dok **'kuk-kik, kuk-kik' seorang diri tu................sampaikan telur mata lembu yang gua mintak dia goreng dah 15 menet tak sampai-sampai.

Wednesday, December 15, 2010

Pagi Rabu Yang Sadis



Tar.dy:
1. Occurring, arriving, acting, or done after the scheduled, expected, or usual time; late.
2. Moving slowly; sluggish.

atau dalam bahasa melayunya; lambat!

Pagi tadi gua bangun macam biasa. Dah setel Subuh, hantar Banker Permatang Pauh depan muka pintu, kul 8 gua dah start humming lagu-lagu Adam AF dalam bilik mandi. Hari nie gua dah nekad. Gua takmau 'tardy' lagi. Hari nie gua mesti datang awal ke office. Musti! Musti!

Tuesday, December 14, 2010

Same Old Story

Szczesny gagal menyelamatkan tandukan nasib Park Ji-Sung

Seperti yang telah termaktub dalam mana-mana lama bola sepak rasmi, ManchesTURD telah menewaskan skuad Arsenal pagi tadi 1-0. Nak kata sakit hati, memang gua rasa agak tensen jugak sebenarnya, sebab Arsene Wenger still menjadikan this clash as a training ground for youngster. Buktinya, malam tadi instead of menurunkan Fabianski, Wenger chose untuk meletakkan Szczesny sebagai keeper utama. Nak dibandingkan dengan skuad 'The Red Nose' Ferguson, Manchester menurunkan 100% pemain utama. So, kat sini jelas Sir Alex lebih serius untuk menang berbanding Wenger yang masih bersikap acuh tak acuh; dan akhirnya memakan diri.

Monday, December 13, 2010

Ayat Manis Ada Makna

"Strictly gun testing..."

Seperti hari-hari Isnin yang x berapa biasa, pagi nie gua terpaksa bangun awal sebab ada Notilus Training di Crowne Plaza Hotel, Jalan Sultan Ismail. Gua bukanlah orang yang terpaksa attend training ataupun speaker yang memberi training kepada participant (gila apa!), tapi gua nie just local representatives yang di assign oleh Notilus (UK) untuk handle technical issue je.

Senyum



Malique feat Najwa - Senyum

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus

Ulang Verse




p/s: Gua rasa lagu nie sangat comel..especially kat chorus dia tuh...keh keh keh!

picture credit to eZone4U

Monday, December 6, 2010

Top of The World

Anak papa

Kejayaan skuad Pak Wenger sabtu lepas menundukkan Fulham FC telah melonjak Arsenal ke tangga no.1 liga. Giler arr Nasri. 2 gol gelecek super-cantek yang bisa membuatkan Ronaldo insaf terus duduk tahiyyat akhir! Kah Kah Kah!

Walaupun Arsenal menang, tapi barisan defenders still di tahap yang 'menakutkan'. Djourou jelas memiliki 'eccentricity' yang tinggi bagi seorang defender. Apa benda eccentricity tu? Sape yang penah main Football Manager, dia mesti tau!

Game United menentang Blackpool terpaksa ditangguh disebabkan condition salji yang super sejuk. Tu pasal la Arsenal bleh naik top liga, sebab United kurang 1 game. Pasnie kalo derang menang dgn Blackpool, turun balik la jadik no.2. Ok la tuh! United belum jumpak team yang kuat lagi. Pasnie mmg chance nak conquer liga tersangat la cerah. 



p/s: Still menunggu kekalahan pertama United

picture credits to Guardian UK

Thursday, December 2, 2010

Too Many Lies (Part I)


Lokasi: Opis gua
Masa: Lepas melantak makan tengahari kat AJ
Status: Kenyang!


Perut tak berapa kenyang. Kalo bantai lagi sepinggan, maunya tido gua dalam opis kang. Penangan asam pedas AJ memang superb! Tapi, bila memikirkan ukur lilit pinggang gua yang makin membesar, nafsu makan gua yang selebihnya terpaksa dikuburkan demi meminimakan kesendatan seluar Yankee yang dihadiahkan oleh Banker Permatang Pauh. Gua terpaksa admit, gua dah makin obess!

Wednesday, December 1, 2010

Harap-Harap Menjadik!


 Carling Cup Quarter Finals
19:45 GMT, November 30, 2010
Emirates Stadium

Letih bersengkang mata malam tadi, ternyata 'stay-up' gua tak sia-sia. Skuad pilihan Pakcik Wenger pagi tadi berjaga jugak menundukkan The Latics sebanyak 2-0 di gelanggang Emirates. Giler la...nampak gaya macam ada harapan tahun nie Fabregas nak julang satu Cup. Harap-harap Carling Cup menjadik pengubat luka buat fan-fan The Gunners!

Monday, November 15, 2010

COBRA 10's

Padang Stadium Kelana Jaya, Day-2 of COBRA 10's Tournament

Tarikh: Ahad, 14 November 2010
Lokasi: Rumah gua

Seperti biasa, kebiasaan orang yang xleh tido lama macam gua nie, amat tertekan kalo terjaga awal time hari minggu. Gua x tau la apa puncanya. Penah dengar tak sindrom 'cannot-sleep-long-long-during-weekend?'. (Mmg la korang x penah dengar sebab nama sindrom tu gua sendiri bedal je). Maksudnya, gua cuba nak describekan yang sindrom nie wujud apabila korang terjaga dari tido, pehtu terus xleh nk lelap-lelap dah. Yang heran plak, gua slalu kene camni time weekend jer. Time weekdays (time nak pegi keja) bleh plak tido balik even though wife gua dah main percik-percik air pili ke muka. Haaaaih... 

Friday, November 12, 2010

Hala Tuju


'cilakak...!! dh lbh kurang sebulan usia blog gua nih... tapi masih xde halatuju.... jadah ape gua nk tulis... xkan nk crita arini gua mkn nasik lauk ape sume dkt lu org.... ceh.... ' - mie 'Skadar di Pinggiran'

Quote diatas diambik dari blog mmbr gua mie. Ada satu entri yang bagi gua, simple dan menarik dan buatkan gua mengelamun kejap, post 'Hala Tuju'. Kalo nk cerita pasal ke'simple'an, mmg post tuh bapak simple gila. 4 baris je! Cheittt...tapi, bagi gua, content tu yang penting. Samada isi tu mampu menjana pendapatan ekonomi negara konsep pemikiran matang ke tidak, tu yang baru betul jadik ukuran. (Bagi gua la)

Baru post 13 entri, dia dah terpikir soal hala tuju dah. Compare dengan gua, lepas gua congak-congak balik, dah 54 entri for the past three years (kalo blogger pnya level, taraf gua nie dah dikira 'bapak-malas-gila-nak-posting'), baru gua terpikir pasal hala tuju nie. Bapak lambat gila gua realized!...Kah Kah Kah...!

"Apa tujuan ko tulis blog nie, derrr?" 

Senang jer jawapan gua:

"Entah"

p/s: Bila la gua nk dapat kekuatan nk baca buku 'Blogging to Unblock' nie?

Thursday, October 28, 2010

Yes, We're Ready !

'Oit Pat Rice, amacam goal aku tadi? Best x?'

Artikel Soccernet pagi nie mmg bebetul menggembirakan hati gua.Yer la...nk memulakan hari keje, biasanya payah nk setting mood nk mandi pagi. Dah bangun tu, gosok-gosok mata, teringat pasal game Newcastle-Arsenal for Carling Cup 2010 pagi tadi. Macam biasa la, weekdays pnya game, celah mana nk tgk live. Cari penyakit namanya tuh kalo paksa mata berjaga, nak-nak plak esok nk keja plus, task kat opis bertimbun-timbun. Agak terkejut, Newcastle dibelasah oleh anak-anak buah pakcik gua di St.James Park. (Gelak Jahat!)

Diet Cara Nabi

Super-stinking DIET..amacam? ada berann?


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Thursday, September 23, 2010

Wenger Dah Insaf?

Kalo penalty, jangan bagi Tomas (Rosicky) ambik...hang amik ja,orait? Pesan Wenger kepada Walcott

Dah pukul 5.30 dah...cantek ahh!..Gua dah x larat nak mengharungi hari opis dah nie. Bila dah takdak ada free time nie, link wajib gua tiap-tiap hari sebelum balik yang mesti gua bukak. "SoccerNet". Saja-saja jer nak baca utk kill time. Boleh kata, SoccerNet la sumber info gua pasal bola. EPL, La Liga, Ligue 1, Bundesliga, Eredivisie...semua berita celah-celah kelambu kelab bleh gua tau. Tapi, bak kata Bob:

"Usin, artikel Soccernet xleh percaya. Kencing kuat! Kalo nak yang terperinci, baca la SkySports."

Wednesday, September 22, 2010

Menuju ke 4th Round

Henri Lansbury meloncat keriangan..yeeha!

Yeah, once again Gunner's young squad managed to defeat Tottenham at their own turf! pergh...seronot gua baca Soccernet pagi nie. Arsenal menang 4-1 ke atas Spurs. Not Bad.....Hehehe.. Macam yang kita semua tau, Spurs merupakan Gunner's pnya arch-rival dari dulu lagik. Dengan kemenangan nie, Arsenal layak untuk move ke 4th round Carling Cup 2010/11. Hurm...Gua rasa macam OK jer squad muda tahun nie. Sinar Mentari di ufuk jingga tu dah ada, cuma perlu polish sket jer lagi...Hehehe..!
 

Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010 - Awesome!

Orale!

Wazzup... Eh! Salam Aidilfitri buat semua owang-owang Islam sedonia. Lama jugak gua x posting dalam blog nie, since gua start cuti raya yang gua sendiri rasa lama giler. Pergh...sekali sekala cuti lama-lama, layan jugak...x perlu nk check-check server, x payah baca email kapal yang berlambak-lambak, x payah nk bukak RTO tengok Gamma-Ray meter reading yang smpi hari nie sepatah haram gua x paham, x payah tu..x payah  nie..etc. Tapi, kesemua x payah diatas tu, just temporary saje la...kang kalo x payah selama-lamanya plak (fired),mana gua nak cekau fulus nak bayar bil,kn? Keh..keh..keh..

Wednesday, September 8, 2010

Kisah Pecah Tayar

Horror kan?
Lokasi: Ukay Perdana
Masa: 8.55 pagi

Hari isnin merupakan hari yang teramat malas bagi gua. Kalo orang tua-tua pernah kata, Jumaat adalah penghulu segala hari, tapi bagi gua plak, Isnin adalah penghulu kepada segala ke'boringan'. Yer arr...dah la nk menunggu 4 hari lagi untuk next hujung minggu..bapak lama gila tu wehhh...penyeksaan beb!

Monday, September 6, 2010

M.A.L.A.S


  Cool Bagde,eh?

Tatkala jam di tangan menunjukkan pukul 4.40 ptg, dengan perut yang lapar dan 'berkriok-kriok' dan tekak yang super kering sebab tolak motor pancit kul 9 pagi tadi, entah kenapa gua rasa terpanggil untuk mencoretkan beberapa tatah ayat dalam blog gua nih. Pergh, lama jugak gua tinggalkan post kat sini. Last post gua pun citer pasal 'The Expandables' yang tengah coming soon, padahal citer tu dan berjanggut dah pun.

"Ahhh...bulan puasa nie, malas ahh nk buat keja. Nanti lapar..."

Biasanya quote nie la pucuk pangkal kenapa orang macam gua mmg rasa malas yaqmat, especially bulan-bulan posa cenggini. Start dari keje, smpi la ke personal errand (tulis blog, Facebook,bla...bla...), semua gua rasa malas nk bukak, eventhough Notebook hanya 'secoet' depan mata je.Tengok blog mmbr bini gua, Diyana..memanjang jer ada post. Kadang-kadang gua heran, cemana orang bleh ada masa,ek? Sedangkan keje kat opis bertimbun-timbun sampai kena angkut bawak masuk bilik tido, but still ada lagi nak mencurahkan sepam-dua post-post merapu dalam blog nie? Hehehe..entah la...macam kata arwah mak gua dulu, 'Lain Orang, Lain Cara Matt Oiiii...'

Ada banyak cara kita nk ukur tahap kerajinan seseorang itu. Macam-macam. Dan bagi gua, kerajinan orang berblog diukur dengan jumlah bilangan post paling tinggi dia bley buat every month. Rekod gua?

"Februari 2008 - 12 Posts"

Hahaha...bukan salah ibu mengandung. Tapi, abaikan jer la, banyak posting pun, bukan bleh dapat duit. Apatah lagi MyVi Special Edition. So, gua mencoret hanya setakat gua terasa nk mencoret jer la. Nampak sangat title diatas mmg sesuai di'splat' dkt muka gua. Kenapa gua, malas? Ha, itulah yang kita tak tahu !( Buat gaya Khir Rahman dalam Los & Faun)



P/S : Apa yang aku merepek nie?

Friday, August 6, 2010

The Expendables

'The Expandables' Official Movie Poster [*Pergh Mode]

'Expendables! Expendables! Expendables!' Tajuk movie nie gua tau masa gua dgn wife pegi tgk wayang kat TGV WangsaWalk kira-kira 3 minggu lepas. Terbeliak la kejap masa tgk official trailer citer nie. Nampak cambest! Wife gua yang dok kat seblah pun pelik sebab apa mata gua x berkelip-kelip masa tengah layan trailer The Expendables nie.Gua xmo citer banyak sgt, sbb takut nnt, berapi-rapi gua melobi kt blog nie, turns-out citer x besh. Tapi, korang tgk jer la list actor-actor dia...giler meleleh ayaq-lioq beb!

Tuesday, August 3, 2010

Kamal's Farewell Session

Kamal bersama Mentor beliau...hahaha

Semekom,

Entry gua kali nie adalah tribute to Kamal Yahaya, colleague IT gua kat Efogen. "Tribute" to bukan bermakna pasal mati-mati...tak weh..jangan salah anggap plak. Maksud gua, erti 'tribute' tu sebab Kamal dengan rasminya meninggalkan Efogen untuk beralih arah ke bidang perniagaan. Cheewah, caya  la lu bro...bukak bisnes sendiri tuh!

Tuesday, July 27, 2010

This is a JumpBreak Test (Test_ID:2)

Igor Akinfeev - Arsenal's next target-man?

"Both Arsenal and Manchester United have been linked with moves for Akinfeev, who was one of the star performers for his club in the Champions League last season. But he may favour a move to Arsenal, where he could expect to be immediately installed as the club's No.1 'keeper, and Arshavin is doing all he can to persuade his international colleague that North London is the place to be."

Friday, July 23, 2010

2010/11 Arsenal Review

Eduardo da Silva, moved to Shakhtar Donetsk at price of 6 million

Pergh! World Cup baru ja habih. Lega betul. Hehee....Not that i'm not into International football (in fact, i'm crazee about football actually!), tapi yang buatkan World Cup nie satu event yang meletihkan ialah terpaksa bangun 2.30 pagi semata2 nk tgk game. Sebulan gua harungi mood pegi keja yang terlalu mengantuk, sebab tgkWorld Cup. Tapi, xpa la...4 tahun sekali wehh...nk tunggu World Cup 2014 plak..lama lagi tuh! Tapi, this entry, gua bukan nk citer pasal World Cup. Entry World Cup, lain hari gua tulis. Dah habih World Cup nie, masa dalam beberapa minggu lagi start la season baru EPL. YEAHHHHH!

Monday, July 19, 2010

Diary Masuk Dapur Hani-Zahryl


Warning: Bukan gambar hiasan. Nie gambar yang dah bebetul jadik. :)


Pada hari Sabtu yang hening, tatkala keheningan cuaca panas giler memecah keringat sang suami yang sedang mencuci kipas hangin yang 3 bulan dibiar berhabuk, lantas sang suami menyatakan sesuatu kepada isterinya yang terchenta:

Tuesday, July 13, 2010

Joke of the Day


Rentetan Kefanatikan Akademi Fantasia

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Jamaluddin sedang berpeluh2 menanti lafaz nikahnya.

Kadi : Jamaluddin...

Pengantin Lelaki : Saya ustaz...

Kadi : Dengar baik2 ya Jamaluddin...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"

Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)

Saksi Pertama : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)

Saksi Kedua : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)

Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...



p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik...

Wednesday, May 5, 2010

Terharu versi 2010

Live Tonight! with Azman Warren

Lokasi: A405, Apartment Saujana.
Hari: Rabu

Huarghhhhh!! Pukul 8.30 malam, tetiba henset gua berdering bunyik msg. Adehhh...malehnya nk bangun dari katil. Walaupun hanya sekangkang kera, tapi gua rasa jarak dari katil dan meja solek dalam bilik gua tu jauh yaqmat. Nak capai henset atas meja solek tu pun gua terpaksa merangkak-rangkak. Bukan ape, masa balik keje tadi, gua terpaksa redah hujan. Elok2 smpi umah, jer habih lencun baju gua. Seperti biasa, kalo gua kena hujan, mesti gua rasa x sedap badan. Antibodi lemah btul! And kalo dah cenggini, mengkerekot dalam selimut la acara paling 'shunn' dan efektif yang mampu gua buat. Ish...kalo la MC gua banyak lagi, xde nyer gua nk pegi keje esok. Gua layankan ajer demam nie...

Eh, back to the story, setelah merangkak beberapa langkah sambil memejam mata meraba-raba henset, akhirnya gua dpt jugak 'gerrabbbb' (grab!) henset gua. Msg dari Hani rupanya. Simple jer msg dia:

"Malam nie nk sambut your birthday, pakai baju polo itam,eh? Kul 10 kang Hani datang amik.Tungguuu..."


Tuesday, May 4, 2010

Aku Terima Nikahnya

'Tangan seorang hero yang dahulunya hanya menekan keyboard kelihatan sudah bersedia menggenggam tangan Tok Kadi'


Lokasi: Masjid Timah, Permatang Pauh.
Tarikh: 24.04.2010 (Sabtu)
Masa: 2.40 ptg.

Tanggal 24 April 2010 bertempat di Masjid Timah, Permatang Pauh merupakan tarikh keramat in my 'lousy' life. Satu tarikh yang telah berjaya mengeluarkan gua dari seorang dude yang berstatus single kepada seorang yang x berapa hensem bergelar suami orang. Pergh..x sangka wehhh...gua dh ada bini. Hahaha..

Pukul 1.45 petang, gua dengan Hani bergegas dari butik pengantin Impian Kasih ke Masjid Timah. Agak lama jgak la ktorang bersiap, tapi sebenarnya gua bersiap 15 minit jer. Yer la..laki nk mekap2 hapernyer..habih kuat, 'tenyeh' bedak asas kat pipi, tadaaaa!!!...yang buatkan lama tu, sbb mak-mak andam glam2 tu nk siapkan Hani la...pergh..teliti dan sofistikated drg buat keja mekap Hani...biarpun lama, hasilnya memang class gituu..awww!..(eventhough pada hakikatnya gua rasa x perlu pun mekap lebih-lebih bini gua nie..sbb dia mmg dah lawa...hehehe..up sket!)
OK, back to the story...ditemani mmbr2 gua (Peem & Wanie) dan member2 Hani (Kintan, Diyana, Atie Mat Kasa dan lain-lain), ktorang gerak pergi masjid. Walaupun jarak antara Impian Kasih dan masjid tu hanya se'coet' jer (dekat dalam loghat orang Penang), tapi gua rasa laaaama sgt nk smpai...yer la...on the way tu, macam-macam gua pikir...stended la..cold feet syndrome..nnt korang kawen (yang laki), korang tau la..


Buah hati pengarang jantung gua kelihatan dah ready nk memadamkan status bujangnya..hehe


Sampai jer masjid, family gua dgn family Hani dah tunggu depan pintu masjid. Hani dgn geng2 dia dah kuar dari keta dah. Gua rilek dulu dalam keta, cari ilham dan hafal ayat-ayat lafaz nikah. 2 minggu jgak gua hafal, dengan harapan dapat gua setel one shot!. Sambil2 dok menghafal tu, mak ndak gua ketuk cermin tingkap:

'Mat...hang xmau keluaq lagi ka...??'

Aiseh mak ndak nie...orang tengah cari ketenangan, dia potong plak...gua balas dengan senyuman taring 4 batang gua nie jer sambil berkata:

'Xpa..xpa..ndak gerak dulu...nk cari ilham sat'

Kat luar tu, ramai family2 ktorang dok berkeliaran sambil dok tunggu Tok Kadi. Ayah Hani (bakal bapak mertua gua pada masa tu) dok bersembang dgn Pak Ndak gua. Mak Ndak dgn sepupu-sepupu gua dok sibuk2 arrange barang-barang hantaran. Tetiba anak Mak Ndak gua, Zuhairi ketuk pintu cermin:

'Abang Mat...abah kata Tok Kadi dah sampai...jom!'

Yeah...cayalah..Tok Kadi dah sampai. Hehehe..tetiba gua jadik excited plak tgk muka Tok Kadi tu. Penuh dengan cahaya keimanan beb! tu ayat nk amik hati jer...padahal gua dah betul2 ready, and kalo boleh..gua nk setel cepat akad nikah nie. Sebab gua dh x larat nk prektis and kalo tunggu lama-lama sgt, nnt gua takut gua blank balik. Lagi susah nnt.Keluar jer keta, Hani dah jeling gua dengan pandangan yang sungguh menawan...cheewah...tapi, jelingan dia tu gua faham, musti dia kata 'All Da Best',kan? (kot?)

Sebelum pijak lantai masjid, biasanya korang akan dipesan oleh sedara mara dan tokwan2 korang supaya semayang sunat 2 rakaat dulu. Ini prosedur biasa la...sekiranya korang dah semayang Zohor la. Tapi, kalo korang belum semayang Zohor, sendri mau ingat, sbb gua time tu x semayang Zohor lagi pun. Habih semayang, gua tgk kt depan Mimbar, kokpit gua dh disetup dah..(cheewah..kokpit tuh..macam kapalterbang plak). Kokpit tu maksudnya tempat gua nk melangsungkan upacara nikah la..drg letak bantal, lapik dengan Sejadah cantik-cantik..pastu setting duit hantaran, sireh junjong kt sebelah. Habih jer semayang Zohor, gua bangun buat solat sunat 2 rakaat, then upacara start.

Duduk jer bantal nikah mengadap Tok Kadi, Tok Kadi sengih tgk muka gua. Risau jgak gua masa tu, yer la..ada benda ker kat muka gua nie? Peluh ker? Habuk ker? ada semut ker? Tapi gua kontrol cool jer...psycho Tok Kadi tu balik. Hehehe..melawan. Dia pada masa yang sama, dok belek2 borang nikah gua, nk investigate kot?

'Hang la yang nak menikah ni ya?...Huuihh..gheja kat KL..gheja apa?'

'Saya gheja bidang komputer, Tuan Haji.' balas gua sambil sengih macam kerang busuk.

'Jadi, dah faham la macamana lafaz nikah nie...dh prektis dah ka?'

'Stakat nie, Alhamdulillah...faham Tuan Haji.InsyaAllah, dah training dah nie...'

'Ooo..baguih2..cuba hang lafaz sket..saya nak dengaq' kata Tok Kadi tuh...

'Ehem...aku terima nikah Hani bla..bla..bla..bla..bla..bla..'
(xde la gua cakap 'bla..bla..bla..' gila apa! gua lafaz bebetul. Yang 'bla..bla' tu sbb gua maleh nk taip jerr)

Senyum Tok Kadi tu. Mesti dalam hati, dia kata gua dh prektis smpi 2 bulan kot?Then, dia ambik mas kahwin yang gua dan Hani mintak Impian Kasih decorate dalam bentuk hand-bouquet. Berkerut jgak dahi dia nk kira amaun kelopak-kelopak duit kat bouquet tuh, yer arrr...berapa banyak kelopak bunga mau kira daaa...

'Betoi ka jumlah duit mas kahwin hang nie? Hang buat bentuk bunga, susah saya nk kira...' tanya Tok Kadi dengan muka yang terpegun melihat ke'mantap'an jambangan bunga tuh (credit to Impian Kasih)

'Betoi Tuan Haji, 3 kali saya kira tuh...' jawab gua dengan nada yang yakin. Kena yakin wehh..maunyer Tok Kadi tgk gua x confident, kang dia soh gua cabut kelopak2 bunga tu balik..kira satu-satu..mau 2 jam majlis nikah gua nnt. Dah satu keja plak!

'Kalo macam tu, boleh la kita mula kot? amik mic tu, pakai kat baju hang...'

Aiseh, tetiba gua rasa cuak. Cuak bukan sebab apa..sbb Tok Kadi tu soh gua pakai Mic. Adoyai..segan arr weihh...maunyer mic nie dia pasang kt PA system Masjid, maunyer lafaz gua nnt berkonsepkan azan nih! satu area Permatang Pauh dengaq. Ada plak sangkut2 kang, feymes gua selama-lamanya nanti...apa-apa pun, gua tawakkal jer la. Bak kata omputih, 'Don't stir up the wise-man'.

Sebelum start, upacara dimulakan dengan sedikit tazkirah pasal kemanisan hidup berumahtangga, syafaat menunaikan rukun serta tanggungjawab suami isteri. Audience-audience semua (cheewah, audience tu!) semua mendengar dengan penuh teliti. Tapi, honestly gua sepatah haram pun x tumpu tazkirah tu..sbb gua tgh dok menghafal..Gua pusing kiri-kanan, semua tgh dok menganngguk-ngangguk, tanda faham kot? yg bantai lena pun ada...tapi, gua x tau la apa Hani buat kat belakang...ntah2, dia pun ada sikit2 gemuruh jgak kot?

'Cuba istighfar sket..?' Tok Kadi tu suruh gua istighfar...

Gua pun dengan yakinnya...'Astaghfirullah hal Azim (3x)'

Then dia soh plak bakal bapak mertua gua istighfar plak. Aik? apsal plak bapak mertua kena interview plak nie? Heran gua sekejap...So, dengan steadynya, Pakcik Hassan Shaari istighfar:

'Astaghfirullah hal Azim..Allazilailahailla..walhaiyulQayyum,..Wa'atubuilaik..(3x)'

Aiseh..masa tu gua rasa malu berkarung-karung wehh...bakal bapak mertua gua siap istighfar penuh tuh...gua istighfar sekerat jer..alahai...merah sekejap muka gua..tergamam pun ada..bapak mertua gua siap istighfar ala2 arab tuh..gua istighfar rilek2 guna tone-tone local delight jer...seb baik Tok Kadi bleh accept...hahahaha...

Habih istighfar, gua dok pikir apa la Tok Kadi nie nk interview gua lagi nih. Sblm interview, Peem ada ingtkn gua..dia kata, dulu time dia akad dulu, Tok Kadi tanya macam2...rukun nikah la..doa Qunut la...bacaan Tahiyyat Akhir la..doa jimak la..itu la..ini la...macam interview nk mintak keja la plak. Benda2 tuh sumer dalam kepala gua dh time tu, so kira gua tarak hal la kalo dia nk tnya. Tapi, kalo dia x tanya, laaaaaaaagi la bagus. Then, Tok Kadi dengan selambanya:

'Tau tak apa rukun-rukun nikah?'

'Tau Tuan Haji'...gua jawab.

'Apadia? Cuba bagitau sikit??'

'Suami, Isteri, Saksi, Wali, Akad'..hehehe..dengan penuh konpident gua jawab. (Hinsh..Hinsh..kembang semangkuk)

'Hmm...betoi la tu..boleh la kita mula kalo macam tu.' Tok Kadi tu dh x sabo nk start dah.

Then, dia hulur tangan nk salam bakal bapak mertua gua. Gua terkedu sekejap, sbb nie first time gua witness upacara 'passing' wali. Tak penah tau pun proses nie, sbb time kursus kawen kt Zura's Akademik dulu, depa x bgtau pun. Gua x pasti la apa nama proses nie, tapi yang gua tau, tujuannya untuk bakal bapak mertua gua mewakilkan hak sebagai wali kepada Tok Kadi untuk menikahkan gua. Bila Pakcik Hassan Shaari sambut jer tangan Tok Kadi tu, ada ler bacaan-bacaan pelepasannya...jangan mintak gua tulis bacaannya kat sini, sbb gua x ingt sepatah pun.

Habih jer upacara tu, Tok Kadi pun hulurkan tangannya utk start menikahkan gua. Sejuk tangan Tok Kadi tuh..biasa la..tangan orang-orang masjid, stended la sejuk. Gua cuba mengaktifkan aura seri muka dan chakra-chakra dari pusar jantung gua; dan gua salurkan semuanya ke tangan kanan gua. Kire macam nk menenangkan tangan kanan gua yang kini sedang berada di dalam genggaman tangan Tok Kadi yang sejuk sesejuk Peti Ais Samsung baru gua kaler itam kt rumah tuh..Tapi, gua ada perasaan bangga sket..sbb dia x tegur gua lgsg pasal tangan gua...yer arrr...dulu time mmbr2 gua kawen, Tok Kadi seronok mengusik2, mention pasal tangan shaking laa.., sejuk yaqmat macam peti ais Cold Storage la...berpeluh macam lepas main basketball la..kurap, panau+songkla la..siutt jer kan..?dh la bakal pengantin tu tgh gabra..lagi mau saiko2..(psycho). Hahaha...(sila refer gambar di bawah)


Hero tengah melancarkan perang psychology dengan Tok Kadi

Upacara Nikah kat majlis tu dilangsungkan dengan penuh ketaqwaan dan keimanan. Mana taknya, gua rasa sejuk jer dok dalam masjid tu...entah la, maybe sbb drg bukak kipas kot? Kat tepi, gua, Pak Ndak gua ada kt sebelah. Gua sempat jeling2 Paksu gua..bleh plak dia sengih perli2 kat gua..cheittt...x kasik moral support langsung. Bapak Hani dok tengah tunduk kusyuk mendengar lafaz nikah Tok Kadi. Setelah beberapa minit melalui pengalaman nikah yang pada gua cukup la hanya sekali seumur hidup, akhirnya tamatlah sudah upacara tersebut. Dan secara rasminya, Mohd Zahril Bin Mansor dan Hani Radiah Binti Hassan Shaari dan jadi suami isteri. Alhamdulillah........

Lepas saksi-saksi angguk kepala 'SAH!', at that time gua rasa lapang gila dada gua. Penantian yang gua tunggu-tunggu selama nie dah jadi kenyataan. Tuhan saja yang tau betapa hepinya gua time tuh. Naseb baik audience tengah ramai, kalo x gerenti gua dah buat celebration ala-ala Thierry Henry, lari-lari dalam masjid dah. Seperti biasa, bila dah sah, upacara nikah tu diperkuat lagi dengan bacaan doa sebagai penutup majlis. Masa tadah tangan tu, tetiba gua tersengih sorang-sorang. Gua pun x tau pasai apa gua sengih. Maybe sebab terharu kot. Yer arr..teringat sejarah-sejarah gua, kenangan-kenangan gua dengan Hani masa ktorang bujang dulu. Rasa mcm x pecaya plak wanita idaman gua nie dh jadi milik gua yang sah. Hahaha..gua rasa, Tok Kadi mcm perasan masa gua tersengih tu, sbb dia ada pandang gua dgn muka dia yg blur-blur. Yer arrr..mulut dia terkumat-kamit baca doa, mata dia dok perati gua yang dok tengah cover malu. Aiseh..kantoi plak. Tapi, x kesah la, sbb hari Sabtu tu mmg hari bahagia gua, and I deserved it!.

Habih jer baca doa, ada a few borang gua kene sign. Seingat dua, ada 4 helai borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama. Semuanya gua sign dengan machonya. Dah habih 4 helai borang tu gua setel, bakal bapak mertua...eh..bapak mertua gua amik borang tu bawak pegi belakang kt tmpt Hani. Masa tu, gua rasa gua teringin gila nk pandang Hani, mana tau kot-kot dia nangis terharu ker...dia senyum2 menawan ker...buat celebration ala-ala Fabregas ker..tapi, disebabkan Tok Kadi tu cuba nk bersembang dgn gua, gua batalkan niat gua tuh sekejap sambil berkata dalam hati:

'Takpa la..pasnie hang tgk la puas-puas, Zaril Oiii...sabar la sattt' (dialog ini adalah antara Ginjal Kanan dan Medula Oblogata kepala hotak Mohd Zahril)


Sign Agreement kontrak Arsene Wenger

Dah selesai Hani menurunkan tandatangan, Tok Kadi pegang balik borang tu utk buat last check sblm borang tu dihantar balik ke Pejabat Agama. Gua diarahkan oleh beliau supaya buat solat sunat 2 rakaat. Tanpa banyak soal, gua bangun dari bantal empuk Impian Kasih tu menuju ke corner masjid. Elok gua pusing jer belakang, makcik2 gua lambai tangan. Gua pun berjalan dengan rasa bangga macam si bujang baru dapat bini; menuju kt tempat lepak derang. Banyak jgak drg interview gua..aiseh, dh la dgn Tok Kadi tadi gua kene tnya, dgn family gua sendiri pun gua nk menjawab ker..?? Tetiba Mak Ndak gua berkata:

'Struggle ker hang nk menikah tadi, Mat?'

'Maunyer x struggle, Ndak..arahan x lengkap, saksi plak x berapa nk dengar..' (yer arr..saksi-saksi tu semua pakcik2 yang dah seasoned)

Tetiba Pak Ndak gua mencelah:

'Tok Kadi tu x bagitau suruh overlap...patutnya dia ckp camtuh dari awai..'

'Hahaha...xpa larh..dah sah dah pun..Tahniah Mat...jaga Hani leklok..hang tu, xbleh nk melewaq2 dah malam-malam...dah jadi laki orang!' jawab Mak Ndak sambil terkekeh-kekeh gelak.

'I Will, Ndak'...

Cheewah, ckp omputih tuh!...hahaha..sempat lagi gua melawak sambil melangkah ke corner masjid utk semayang sunat 2 rakaat. Gambar di bawah nie adalah 1st time gua tgk gambar sendiri masa tengah semayang. Eh! apa gua ckp nie? maksud gua, masa gua semayang, orang amik gambar. Nie la 1st time gua tgk physical gua masa gua tengah solat. Kesian,kan? (WARNING! Gambar dibawah ada benar dan tiada lakonan atau konsep main wayang semasa gambar nie diambil)


OOO...camnie ker rupa gua??

Dah habih bagi salam, Tok Kadi, wat gaya lambai-lambai manja kat gua, soh gua duduk balik atas bantal empuk tuh..then dia serahkan satu surat 'Lafaz Taklik', and dia soh gua baca kuat-kuat. Tujuan surat taklik nie bertujuan menyatakan dengan lafaz yang didengari oleh para audience, sekiranya si suami tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, atau meninggalkan isteri selama 14 hari tanpa nafkah, maka jatuhlah talaknya. Gua ingt lagi bacaan dalam surat tuh..hehhee..yer arrr..gua sendiri yang baca, dah tentu2 la gua ingat.

Dah habih baca lafaz taklik, then Tok Kadi bagi duit Hantaran tuh kat gua. Adik bongsu Hani (adik Mie) soh gua bangun, then dia amik bantal empuk tuh letak kt belakang. Dalam hati gua, eh..apahal plak nie..xkan dah habih majlis?...belom batal air semayang lagi nieh..blur arr gua sekejap. Rupa-rupanya drg setting another seating placement utk gua dgn Hani kt tengah-tengah masjid, utk Upacara Batal Air Sembahyang. Gua dgn Hani dok tengah-tengah masjid tu..masing-masing mengadap mata masing-masing. Pergh, skang wanita yang tengah mengadap gua nie dh official jadik bini gua dah. Hehehe...cantik mata dia (up bini sket!). Masing-masing (gua dan Hani) malu mulanya. Tetiba tok Kadi menjerit dari tmpt duduk dia:

'Dok dekat sikit. Bagi bertemu lutut hang dengan lutut bini hang tu! Nak malu apa lagi, dah jadi bini hang dah tu....'

Amboihh..sedapnya Tok Kadi tu membahan gua! Hahaha...riuh rendah suasana dalam masjid dengan hilai kekehan dan gelak besar family-family ktorang. Then, gua serahkan jambangan Mas Kahwin tu kepada Hani, dan dia sambut dengan senyuman killernya yang sering meruntum jantung pisang gua. Habih serah Mas Kahwin, gua sarungkan pulak rantai tangan Habib Jewel kat tangan kanan dia, then dia sarungkan cincin kahwin ktorang kat jari kiri gua. Pergh, time tu sengih gua mmg smpi ke telinga dah. Spark2 dan cahaya flash2 cameramen x payah cakap la...merata-rata..banyak betul paparazzi dalam masjid tu (padahal kamera ahli keluarga jer)..dah rasa mcm selebriti plak. Dah habih sesi sarung-sarung, start plak upacara cium-cium. Isk korang nie...bukan comolot, cheittt..cium tangan dan dahi je!

Pose yang Hani terpaksa hold selama 3 minit kerana ramai dok tengah amik gambaq...kesiannnn dia


Cium dahi bini sendiri...pheewitttt

Nie nak habaq mai sket. Untuk bakal-bakal pengantin lelaki yang akan menikah nanti, kalo dah selesai Upacara Batal Air Sembahyang, korang kene pergi salam semua para jemputan (audience) yang ada dalam masjid tuh. Dan bila gua mention 'semua', maksudnya dari orang-orang yang dh season hinggalah budak-budak kecik umur 8 bulan (kalo ada datang pada masa korang nikah tu la). As for my experience, gua pun x terlepas phase nie. Gua start dengan bapak Hani dulu, yang dah jadi bapak mertua gua. Cuak jgak nk salam sebenaqnya. Yer la..dulu salam sebagai bakal menantu jaa..tapi, skang dah jadi menantu dah pun. Gua dapat rasa bapak hani excited dpt menantu baru, sbb cara dia pelok gua lain macam beb. Masa pelok tu, dia ada bisik kt telinga gua, soh jaga Hani leklok, amanah dari dia kepada gua. And kalo korang nk tahu, nie la first time gua sebut perkataan ayah kepada seorang individu yang real ada depan mata gua, walaupun hanya ayah mertua (tetap ayah jugak,kn?). Sbb selama 27 tahun hidup nie, gua dibesarkan oleh arwah mak tanpa ayah/abah. So, mulut gua smpi ke tua nie dh biasa sebut perkataan 'Mak' jer dari kecik...mmg kekok la nk keluarkan perkataan 'Ayah' tu (stended la..baru at the beginnning,kn?)

Menawan kan pose nie? muehehe...

Salam dgn mak Hani dah, dgn adik beradik Hani, dah...dengan Tokwan Hani, dah...dengan bapak2 dan mak2 sedara gua, dah. And here come the most touching part, salam dengan Tok Hani. Smpi jer dpn Tok hani, gua melutut la nk hulurkan tangan. Tetiba, ada suara dari belakang gua, and gua x pasti suara sape, sambil menempik:

'Mak jangan menangis plak...Mak tu selalu ja nak menangis...'

Smpi skang gua x pasti suara sape tu. Elok gua salam jer tangan Tok, gua mintak ampun dan maaf, and gua janji akan jaga Hani elok-elok, time tu Tok dah x tahan. Bergenang air mata dia keluar membasahi pipi. Aiseh, gua bab-bab nie yang fail sgt nie...tgk orang menangis..especially golongan2 golden aged. Sbb biasanya kalo drg menangis, gua sendiri x tahan. Silap-silap dengan gua2 sendiri join korum 'banjir' drg tu nnt.

'Jaga cucu Tok elok-elok, tau.' pesan dia setelah cucunya secara rasmi menjadi spouse gua.

'InsyaAllah Tok..' jawab gua dgn simple dan berhemat. Gua xleh nk jawab lebih2..kang gua terkedu2 plak...habih mekap! hahahaha...

Posing laki-bini

Alhamdulillah. Tamatlah sudah Upacara Pernikahan Zaril-Hani pada hari tu. Kalaulah arwah mak gua ada kat dalam masjid tu, mesti dia gembira tengok anak dia dah kawen. Masa arwah hidup dulu, dia x sabar-sabar nk suruh gua kawen, cuma time tu gua baru keje. Duit tarak.Celah mana nk korek,kn? Lagi, time tu gua awek pun tarak...tu la yg dia semangat nk carikan tuh. Tapi gua berkeras x mahu, sebab target gua nk beli kereta dulu. Pergh..teringat balik zaman-zaman arwah masih hidup, x putus-putus dia bising nakkan cucu. Terkilan sikit gua sebab impian gua nk bagi dia tengok gua bernikah. Tapi, apa boleh buat. Allah terlebih dulu sayangkan dia. Dia pergi lebih awal menyahut serian Ilahi. Apapun gua redha, dan gua rasa bersyukur sbb Hani sempat jugak tgk muka arwah masa dia kronik di ICU Taiping, seminggu sebelum dia meninggal.

Ahhh...let's skip the sad part. Hidup mesti diteruskan,right? Apapun, gua dah ada tanggungjawab. Bersatu Bertambah Mutu! Muehehee...Kat sini, gua dan Hani yang tgh dok buat 'quality-control' utk posting nie nk ambik kesempatan utk mengucapkan jutaan terima kaseh kepada:

  1. Diyana Al-Fauzi, Kintan & Atie: Hadir teman ktorang (Hani la especially, gua watak tempelan jer) dari Impian Kasih - Masjid Timah - Rumah Hani. Moral support korang kami dahulukan dengan ucapan tenkiu so much! Ada rezeki, nnt time korang plak, we'll return the favor,k? Friendship stays forever! Orale Vatto!
  2. Peem & Wanie: Pasangan laki-bini sensasi Parit Buntar. Thnx dude sbb teman gua dari Parit Buntar smpi hantar gua balik rumah. Jasamu ku kenang. Kalo free-free, jadi pengapit gua nnt boleh? (eh, orang dh kawen bleh jadi pengapit ker...?)
  3. Adik Mie (adik bongsu Hani) & Dayah: Teman ktorang pergi kedai Jamil utk tempah baju melayu Gua.Thnx a lot my brother! cepat-cepat dapat baby, gua nk hadiahkan set mainan Ben10 nih!
  4. Semua family2 belah Hani dan belah gua kerana hadir memeriahkan Majlis Pernikahan gua di Masjid Timah.
Pose 'Glamazon' Hani dan Diyana


Hani bersama dgn Kintan & Atie (reunion genk2 Al-Mashoor)


Antara rakan-rakan artis yang hadir memeriahkan majlis :P


"Ya Allah...Sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu atas kurniaanMu ini. Rahmatilah pernikahan kami. Berkatilah hidup kami dan permudahkanlah segala urusan kami dalam mengharungi kehidupan berumatangga. Tetapkanlah iman kami dan Murahkanlah rezeki kami. Sesungguhnya hanya Kaulah tempat kami memohon petunjuk dan pertolongan.Amin..."

Friday, April 9, 2010

Alasan-alasan 'Typical' Setan Merah



Lokasi : Apartment Saujana, Damansara Damai
Jam: 5.30 pagi.

Tatkala di keheningan subuh mengimbau suasana hiba di pagi Khamis..tika Sang Kelembai sudah malas berkiaran memburu Sang Kelicap, gua terjaga dari tidur. Mulanya hanya sekadar terjaga biasa dan biasanya gua boleh sambung tido balik sekelip mata jer...entah pasai apa pagi tu gua susah banget nk lelap mata balik...heran jgak..nk kata subuh..x masuk lagi pun. Lantas gua bangun menuju ke dapur untuk menghirup belen2 (lebihan) Radix yang x terlanggah malam tadi. Hirupan Radix dikala gigi belom bergosok tatkala subuh dekat menjelma, merupakan satu nikmat dunia yang tidak terperi. Kepekatan kopi HPA itu, ditambah dengan lebihan enzim2 hasil suapan semalam yang tersepit di celah-celah gigi memantapkan lagi tahap kemanisan minuman tersebut.

Gua menuju ke ruang jendela untuk menikmati udara segar pagi. Keheningan angin pagi dengan tiupan angin sepoi2 membuatkan mata gua terasa makin jeles dengan tilam bilik yang dibiarkan tidak dilatam. Lantas gua capai remote astro di kabinet buku rumah utk menonton rancangan 'Tanya Ustaz' di TV3, dengan niat untuk mengisi ilmu di dada sebelum memulakan langkah mencari rezeki. Entah mengapa, jari jemari gua terasa seakan2 ingin memetik punat channel 812 utk mengetahui perkembangan sukan semasa di 'Sports Center'. Lantas...

"UNITED EXIT ON AWAY GOALS..."

Wahahahaha......

Man Utd x layak???? Hahahaha....ahhh..malas ahh gua nk gune bahasa2 tinggi nie..xdak idea...rasa mcm syial jer gune ayat2 novel nih...cepat2 gua on laptop, bukak Soccernet, website rutin yang mesti gua check hari-hari utk perkembangan EPL. OOooo yeah...akhirnya...Man Utd x layak. Impian gua dh jadi kenyataan. Eventhough Utd menang 3-2 dengan Bayern Munchen, tapi Utd bungkus sebab beza away goals. Saja nk menambahkan panas, gua cepat-cepat tulis status kt Facebook utk mocking fan2 Utd (niat jahat sungguh!)

'Sessi mendengar alasan-alasan 'typical' sesudah kalah...keh..keh..keh...'

Seperti yang gua bajet, x sampai 5 menet, Badut dh comment..hahaha..biasa la..kami nie, fan Arsenal yang sejati..dan normalnya...fan Arsenal mmg anti dgn Man Utd. Kaw-Kaw pnyer bergosip pasal kekalahan nih! Yang bestnya...fan-fan Chelsea pun join sama (Mohan). Hahaha...
Secara lazimnya, gua admit, Man Utd mmg satu kelab yang kuat. Drg jarang kalah, especially main kt tmpt sendiri. Tu sebab fan-fan dia cepat panas bila kena mocking dgn ktorang. Yer la..ktorang nie..dh biasa sgt dengan kalah-kalah nie..so, bila kene kutuk dgn fan Man Utd, telinga nie dh auto tepu dh...kira fan-fan arsenal nie mmg dirahmati la..sebab boleh kontrol tahap kesabaran dan jarang melenting. Tapi, Badut kalo bab2 mengutuk Man Utd, dia mmg tegar arrr..syok gla baca komen dia..idea jahat dia mmg buat fan2 Utd cepat panas...hahahahahaha...Macam biasa, fenomena nie mmg selalu berlaku kalo Man Utd kalah...x tau la korang perasan ker tidak, tapi bila Man Utd kalah, fan-fan dia akan diam dalam Facebook...mmg xde reply lgsg...konon berkabung..padahal kecut nk kene maki tuh..hahaha...tapi, bila derang menang..even 1-0 pun..kecoh smpi seminggu dok bising 'Glory! Glory!'..nie bukan gua buat cerita, tapi mmg typical pnya kejadian..x pecaya, korang try find out sendiri.

Lokasi: Efogen Sdn.Bhd
Jam: 9.05 pagi.

Kalah dengan Bayern nie, bermakna Man Utd x layak nk bolot title Champions League tahun nie..nmpk gaya, drg hanya bleh target Premier League pnyer piala jer larh!...pagi tu, gua pergi keje dengan hari yang berbunga2..atas motor jer, macam2 modal gua pikir nk bikin panas telinga fan-fan Man Utd. hahaha..kt opis gua, mmg ramai fan Man Utd, tu yg gua berkobar-kobar tuh!..Bukak2 pintu opis jer...fan Man Utd sendiri yang datang mocking gua...biau betul? korang kalah, nk mocking kami plak tuh? hahaha....bukan apa, gua rasa la..instead of drg kene bahan, baik drg yang mulakan topik utk dibahan dulu, macam membuka coli di dada sendiri? camtu2 la..then, mcm biasa baru bleh drg deny kenyataan yang drg dah kalah. Yes!Yes!Yes!

Berikut gua listkan beberapa alasan-alasan yang drg cuba tegakkan walaupun hakikatnya drg dah kalah sebenarnya:

  1. 'Kami kalah-kalah pun, main cantek. Ball possession kami pegang.' Hek eleh..dah tentu2 la korang pegang ball possession, dh main kt tmpt sndiri,kn? for sure la Bayern x bnyk dpt pegang bola..
  2. 'Tolong sket, kami menang, tau. Arsenal main kt tmpt sendiri cemana? setakat seri jer..2-2'.Helooooooo....Arsenal jmpak Barcelona, kot? korang jmpak Bayern jer..gua rasa kalo korang jmpak Barcelona, habih jugak kuku kaki korang gigit.
  3. 'Kami agregat 4-4. Arsenal? 6-3. Siap kene ayam2 kt Nou Camp plak tuh! Standard kami tinggi OK, bukan Man Utd la kalo kene titik sampai 4 bijik..'
  4. 'Sape kata kalo Rooney xde, kami xleh score...Nani score what? Darron Gibson lagi?'. Urgh,..Nani, sekali dalam satu season kot dia bleh score 2 bijik. Yang lain...hampeh. Kalo korang ckp Rooney xde xleh score, apahal Fergie masukkan jgak Rooney time minit ke-55, padahal mamat tu tengah injured kaw-kaw pnya...
  5. 'Rafael da Silva x patut kene second yellow card. Tackle tu mmg x patut kene card. See, kami main 10 orang jer,k?'
  6. 'Apapun Man Utd main cantek...sori arr Arsenal kene titik smpi 4 bijik'. (tetap nk riak lagi tuh!)

See, gua hanya boleh senyum jer ahhh. Tapi, sori ahh kalo gua nk diam smpi habih waktu opis. Jawapan gua simple jer :

"Kalah Tetap Kalah, DUDE! FIFA xde anugerah utk 'main cantek' walaupun kalah....keh..keh.."

Hahhaa..puas hati gua. Apapun, minggu depan gua kene bayar nazar. Pose hari Khamis. Tapi, xpe larh..nie pun bukannya kali pertama gua puasa sebab nazar pasal bola. Dah banyak kali dah...especially kalo Arsenal menang game2 besar...

Hehe..kepada fan-fan Man Utd yang terasa lepas baca posting gua nie, gua mintak mahap...gua mengaku Man Utd memang hebat, tapi kalo nk suruh gua admit depan-depan muka korang, mintak mahap la..smpi mati pun gua x akan buat. Biar gua cakap dalam hati, sudeyyyyy. I'm proud to say I'm a Gunner fan, and that will remain forever! Long Live The Gunner! God Bless Wenger's Regime..keh..keh..keh..keh...


ArSENGAL? LiverFOOL? ChelSHIT? ManchesTAIK United? x kira apapun kelab kita fanatik, kita sumer totap 1Malaysia, WHAT???? hehehehe...peace out!


Wednesday, April 7, 2010

Malas Tahap Cipan




Semekom... DUDES!!..(*uhuk *uhuk...sambil dok 'clear' sawang-sawang kt blog gua nieh)

Dalam dok banyak keja kt opis nie...tetiba jer tergerak hati nk click gua nyer blog link bookmark toolbar kt Mozilla gua nie. Hahaha...pikir-pikir balik, lawak gila ahh..last post gua February lepas...bapak ahhh...lama giler gua tak update menda alah nie...teringat member2 blog gua mcm AFAMS, PEEM dan yg lain-lain. Dulu masa zaman2 gua aktif berblog nie...asal lupa nk post seminggu jer...musti individu2 diatas mula sound-sound...

'Update blog wehhh....dah bersawang dah tu...'

Agaknya derang pun dah malas nk remind gua kot...sekali remind, mmg la jalan...2-3 kali nk remind..lama2 drg pun fedap...hahaha..sorry guys...gua mengaku gua mmg pemalas...idea ada nk post...cuma effort untk nk log-in jer x kesampaian...(bapak malas tahap gaban ahh gua nih, smpi nk login blog sendiri pun x mampu). Entah arrr...kalo dipikir2 balik, banyak benda yang berlaku di sekeliling gua nie..boleh jer nk gua tumpahkan sumer yg berlaku depan mata gua nie dalam blog...tapi disebabkan penyakit 'stereotaip' nie...buat gua jarang ada mood...hahaha.

Sepeninggalan gua sekejap dalam arena berblog nie..banyak benda yg dh berlaku di sekeliling gua. Ada yang berjaya ubah nasib gua..ada yang berlaku sebagai pengetahuan am..ada yang berlaku sekadar utk semak mata. Entah la...the world keeps changing..so do people,kn?Antara changes2 penting yang gua ingat:

  1. Kecik menang Raja Lawak Musim Ke-4. Adehh..mati2 gua target Alex.
  2. Allahyarham Din Beramboi meninggal dunia...R.I.P Bro Din..semoga roh beliau diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin..
  3. Gua dah bertunang dengan Hani Radiah Binti Hassan Shaari. Alhamdulillah...x lama lagi, gua bakal meninggalkan alam bujang...bosan ahh hidup sorang...pasnie nk hidup berdua orang plak...keh..keh..keh...
  4. Edge menang Royal Rumble 2010. But then, kalah dgn Jericho kt WrestleMania-26 for the World Heavyweight Title.Aduhhh...
  5. Gaji gua dah naik...hahaha...(gelak dgn nada riak)
  6. Keta Peem eksiden masa on the way nk pi kenduri Muiz...I'm sorry to hear dat, dude!
  7. Mmber seperjuangan gua, Yazid Masol a.k.a Kambin dah pakai Kia Sorento..bapak gempak gila..damn~
  8. Mmber gua jugak, Khairul Hadi a.k.a Germocks dah angkat Superbike..syiallll..hebat gila..gua x ingat model apa...tapi, nnt gua post gmbo dia dalam blog nieh..
  9. Tok gua tengah nazak. Dah 2 minggu dia kene stroke. X smpi hati gua nk tgk dia dalam keadaan camtu..condition dia skang buat gua teringat kt arwah mak gua yang dh meninggal setahun lalu. Ya Allah...Ampunilah dosa-dosa ibuku..Tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman...Sesungguhnya hanya dialah ibuku di dunia dan di akhirat dan hanya Kau-lah tempat aku memohon petunjuk dan pertolongan...amin...
  10. AFAM beli rumah? dasat...gua penah pasang niat nk beli..tapi x mampu..
  11. Hehehe...gua dah angkat XboX 360 Elite. Habis saving 2 tahun gua...tapi xpe larh..berbaloi-baloi
  12. Gua nk menikah 24.04.2010 nieh..yeah!
Tu la antara event2 yang gua ingat. Sebenarnya ada lagi, tapi xkan gua nk list semua kot. Nmpk mencapap pun ada plak nieh...alamak..director dah habih meeting..line x clear nieh...gua 'end' dulu. (Sambil berlakon buat-buat ada kerja)

'Chalo Mere Bethi'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...