Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010 - Awesome!

Orale!

Wazzup... Eh! Salam Aidilfitri buat semua owang-owang Islam sedonia. Lama jugak gua x posting dalam blog nie, since gua start cuti raya yang gua sendiri rasa lama giler. Pergh...sekali sekala cuti lama-lama, layan jugak...x perlu nk check-check server, x payah baca email kapal yang berlambak-lambak, x payah nk bukak RTO tengok Gamma-Ray meter reading yang smpi hari nie sepatah haram gua x paham, x payah tu..x payah  nie..etc. Tapi, kesemua x payah diatas tu, just temporary saje la...kang kalo x payah selama-lamanya plak (fired),mana gua nak cekau fulus nak bayar bil,kn? Keh..keh..keh..


Trivia: Sila describe (dengan hanya satu perkataan saja) Hari Raya Aidilfitri anda pada tahun nie..and my answer will definitely be : AWESOME!

Tahun nie merupakan tahun pertama gua sebagai seorang jejaka hensem (poyo!) yang dah berkahwin. Sedar atau tak, dah dekat 5 bulan gua kawen. Selalu raya gua sorang-sorang jer. Apa gua buat, apa gua prepare, mencerminkan keperibadian gua sebagai seorang yang 'single'. Ada baju raya ker tak, gua x heran. Balik kampung lambat ker cepat, gua x amek port. Yang penting, raya jer gua balik. Cukupla sekadar dapat cium tangan arwah mak, semayang raya dan beraya dengan tokwan. Tapi, sejak dah kawen nie, pengalaman baru beb! Ada advisor kat sebelah. Hehe..best giler. Bila dah ada bini nie, semua benda yang jarang gua buat, diplan dgn rapi. Baju raya nak sedondon, kuih-kuih kat keluarga mertua mesti ada dalam check-list, duit raya bley kongsi-kongsi, drive balik raya bleh ganti-ganti and yang paling best, sahur ada orang masakkan.Hahaha...thanx isteriku, anda mmg wanita hebat!

Macam telefilem Mawi yang x berapa nk menjadi tahun lepas, "Rumah Baru, Bini Baru...Baru Raya". Ha!..tapi, gua xde la yang part rumah tu..lom beli lagi. Stakat nie, gua cuma 'Bini Baru...Baru Raya!' 

Tahun nie, cuti sebelum raya gua, gua x amik langsung. Bukan sebab gua maleh nk bazir cuti, just cuti tahun gua kali nie, dah paras-paras hidung dah. So, gua just cuti start lepas raya je. Minggu-minggu last sblm raya, ramai bdak2 opis gua dah start clear meja. Nak tolong mak potong daging lembu katanya. Cuma tinggal gua dengan 2-3 kerat staff je yang tinggal, struggle nk mengabehkan keja. Believe it or not, gua gerak dari KL dengan wife nk balik Padang Gajah pukul 9 malam. Haha...sejam lepas berbuka posa buat hari yang ke-30 di KL. Cadangnyer nk try avoid heavy-traffic. Tapi, alhamdulillah la..jalan smooth jer, even kereta banyak time-time malam raya.

Sampai kat Padang Gajah, dah pukul 1.30 malam. Kepala gua time tu dah pening sgt dah...tau la jalan kampung kt area Changkat Jering, dah macam main drift bukit dah. Kalo DK-san layan stereng kat sini, alamat next drift filem shoot kat Tepeng plak wehhh...hahaha...Gua poyo-poyo jer nk pening-pening, padahal start masuk jalan kampung, bini gua yang bawak keta. Sesampai jer rumah tokwan wife gua, semua sedara dah sedap tido. Elok park jer keta, kehadiran kitorang disambut mesra oleh mak mertua gua. Nie 2nd time gua masuk rumah tokwan Hani. 1st time dulu masa jemput Tok dengan Tokwan bawak gi Penang time ktorang nikah. Time tuh, just dok kat dapur jer..xde nk explore2 smpi beranda. Time nie, gua dpt explore semua. Setel angkat beg-beg masuk dalam rumah, gua tengok kat main living hall, semua tido berselerak. Ya la...perkara normal time raya kat kampung, tido 'sapa-cepat, dia-dapat'...disebabkan sedara ramai, so...x payah nk over-over request layanan macam hotel 5-bintang, OK?

Pagi raya, sekali lagi gua rasa feel gila. Ya la...dah 27 tahun gua hidup, pagi raya tahun nie, nie kali ke-2 gua mengenakan sut lengkap baju melayu (siap bersampin lagi) nk pi semayang raya. Sblm nie, 2 tahun lepas, time arwah mak masih hidup. Saja gua beli sampin, nk pakai lengkap tunjuk kat dia...sebab dia teringin nk tgk anak dia pakai full baju melayu. Hm...apa nk buat, tu la last dia dapat tengok, sebelum dia menerima panggilan Ilahi..haaihh..sedih plak gua teringat kat dia. Theme gua tahun nie, 'Dondonan Kehijauan'. Haha..entah kenapa tetiba gua mengidam nk pakai kaler hijau. 


Cover album Raya 2010

Seperti family-family yang lain, pagi raya...mesti semayang raya. Musti..apa yang best raya tahun nie, gua dpat kenal hampir 80% family baru gua. Sebelum nie kenal-kenal 2-3 kerat jer la...tu pun banyak yang jumpa masa gua majlis kawen dulu. Pastu,  muka pun gua dah x ingt. Gabra jugak mula-mula wehh...latest addition la katakan. Tapi, gua bersyukur sebab sedara-sedara wife gua semua orait. Derang mmg jenis cepat mesra and gua x amik masa yang lama untuk blend dgn gelak-ketawa-terbahak-bahak derang. Teringat quote arwah mak gua yang berbunyik:

"Hang tu..lempaq kat mana pun boleh hidup..."

Hm..kalo dah macam nie pnya mesra, kiranya gua berjaya la,kan? Hehe..

Jalan beraya dengan sedara-sedara wife gua, sebenarnya merupakan salah satu event yang menaikkan rating kami sebagai pengantin baru dalam family tuh. Mana taknya, beraya jer rumah sedara, mesti derang tnya mana pengantin baru, menantu Mak Teh (mak mertua gua) tuh!...time nie lah gua rasa kembang semangkok beb! Rombongan raya kami mmg happening. Gua x tau la berapa banyak tabiat buruk gelak gua yang dah ter-expose akibat lawak-lawak kering Pak Lang Jaapaq dengan Pak Tam! Raya nie jugak la first time gua dapat pegang berok. (Apa kejadahnya hari raya nak pegang berok?) Hahaha..dalam list rumah beraya kami, ada satu family nie, sedara wife gua jugak la...bela anak berok. Kecik jer anak berok nie. Memang selama nie gua mmg takut nk pegang berok, sebab teringat cerita 'Out-Break' dulu. Kang x pasal-pasal ada wabak pelik-pelik plak. Tapi, tengok bapak mertua gua steady jer main usap ubun-ubun, wife gua rilek jer ketok-ketok kepala berok, gua pun try la. Hahaha..save duit gua doploh hengget, budget utk masuk Zoo KL. Kat sini usap berok free aje, wehh....!!


Abang ipar gua, Pak Tam dengan wife gua posing bersama anak berok..haha

Tradisi family belah wife gua, derang jalan raya smpi ke malam. Nie merupakan satu kejutan budaya yang 1st time gua experienced dengan family Hani. Family gua, biasanya jalan beraya smpi pukul 5 petang aje. Then, we will call it a day! Malam...mandi, layan TV citer-citer seram ker...sarkis ke..filem-filem yang budget-gempak-tapi-tak-menjadik ker..Sarkis? Haa! korang perasan tak, dulu masa kita kecik-kecik, asal raya pertama jer...dalam kul 10 pagi camtu...mesti ada sarkis? Skang dah xde kan..? kalo korang perasan. Eh! apsal aku citer pasal sarkis plak nie...Lain plak dengan style family kat sini. Derang jalan beraya smpi kul 11 malam!...lembik gua!..letih weh..tapi, pengalaman nie mmg menarik. Yer la...nama pun raya,kn? So, jangan marah la kalo ada guest datang beraya time kita tengah layan Cerekarama kul 10 malam...raya setahun sekali la katakan...hehehehe...


Belah kelapa muda time hari raya..x penah dibuat orang,kan?

Main mercun dengan family baru nie...pun pengalaman terbaek jugak. Biasanya, family gua..kazen-kazen sebaya dengan gua x banyak. Kalo ada pun dah yang beranak pinak...xde m00d nk enjoy-enjoy bujang sekali sekala. So, kebarangkalian gua memegang mercun meletop2 tiap-tiap tahun memang agak tipis..kadang-kadang sampai xdak langsung! Family belah wife gua mmg meriah kalo bab-bab main bunga api. Penah tengok orang buat Vclip raya dengan budak-budak kecik besau lari2 main bunga api? Haa...derang kat sini macam tu la..yang sebaya dengan gua main mercun havoc-havoc..apa barang main bunga api kaler pelangi..mana jantan,kan? Gua? Giler aper tak join...gian wehhh...tambah plak ada sepupu2 yang almost sebaya..lagi la meriah!

And raya tahun nie, first time gua amik foto family. Bukan family ramai-ramai termasuk mak-bapak mertua, just gua dengan wife gua je. Saja kami nk jadikan aktiviti nie sebagai aktiviti tetap raya. Tahun 2010, kami just berdua jer dalam bingkai gambar tuh...insyaAllah...kot2 ada rezeki, 2011 bleh jadik bertiga plak!...haaaaihh..x sabar betul gua!

Even, gua seronok dengan family belah wife, family belah gua tak dilupakan. Bukan niat gua nk abandoned family sendiri. Cuma sejak berkahwin nie, tanggungjawab gua dah besar. Besar cemana? Besok korang kawen, korang sendiri tau la. Raya ke-3 gua smpi Parit Buntar...environment tetap sama. Environment nie la yang dah membesarkan gua smpi umur-27 nie. Haiiihh...rindunya kat arwah mak gua. Kalo la dia ada, bleh gua tunjuk menantu dia..yang dari dulu dia teringin nk tengok. Alhamdulillah jugak, gua still dapat menjalankan tanggungjawab gua time hari raya nie seperti biasa. Kubur arwah mak dgn arwah tok selamat gua cuci. Haaihh..semaknya kubur nie. Ampun mak, gua jarang dapat balik...memenuhi tuntutan kerja yang bertimbun. Doa kepada mak, InsyaAllah gua x lupa. Seronok tengok wife gua pimpin tangan tokwan gua masuk tanah perkuburan. Rasa sejuk jer hati nie. Syukur...wife gua bleh sesuaikan diri dengan family kami. Takdak apa lagi gua mintak selain daripada kebahagiaan marriage kami bersama restu keluarga. Pergh...syok..syok!

Aktiviti biasa tiap2 tahun, x lengkap kalo x gi beraya rumah member2 PBuntar gua. Rumah PakBin, rumah Mat Pion. Cuma rumah baru Pe'em ja x dapat nk serbu. Tahun nie dia beraya rumah mertua la plak, kat Sekinchan. Xdak rezeki nk riki-riki rumah dia. Xpa la..masa still panjang lagi. Sampai masa, gua dengan bini, kami terjah rumah hang, dude! Time kat rumah PakBin, 1st time gua dapat merasa dukung baby baru dia, Mukhlis Qayyum (betoi ka spelling aku nie PakBin?). 1st time melawat dulu, dia still dalam bilik kaca..yer la..baru lepas beberapa jam bersalin, gua dengan Hani dah serbu pegi mengacau..hahaha...2nd time, gua datang dengan Hani, dah malam...tu pun dia dah tido..maleh nk kacau..time raya jer at last...dapat gua dukung Qayyum nie. Pergh..best...best...comel+ramah baby dia nieh..senang bawak berjalan kenduri rumah orang...huhu. 

Beraya rumah Pion, stended!...makan mesti happening2 punya. Dan seperti biasa, gua akan tag team dengan bapak dia, perli Pion soh cepat kawen. Haha..kesian gua tengok mamat tu..pressure kot. Tapi, tadi pagi gua baca dia dok buat financial calculation, letak status kat FB. Hurm...agaknya nk kawen dah kot mamat nie? Bagus la..hang tu dah tua weii..sendiri mau ingat la..

Arip ada datang beraya rumah gua. Nie aktiviti biasa dia tiap2 tahun. Kadang2 gua sendirik rasa segan..sebab gua baru sekali pegi rumah dia, padahal rumah kami xde lah jauh sangat pun! Dalam setahun, dah banyak berubah. Mamat nie dah nak pegi Mekah dah pun...Alhamdulillah, gua tumpang bersyukur sebab seru dia dah sampai dlu. Dulu masa arwah mak hidup, gua penah register nk pegi Mekah dengan dia. Tapi, xdak rezeki,kan...nak buat cemana. Hurm, umur baru 27 tahun, dah nak pegi Haji. Haji Ariffudean..cool jugak. Haji Zahril? Hurrrrrmm......

Raya tahun nie, sepupu gua dpt baby. Banyak jgak family addition tahun nie. Tambah lagi budak2 kecik keluarga Haji Adnan. Nie anak sepupu gua. Nuha binti Mohd Ehsan. Hehe...simple,kn? Nuha nie macam nama kapal vessel kompeni tempat gua keje. Setau gua, maksud Nuha nie, 'panglima'. Betul ker x, gua x tau la..gua bukan budak sekolah arab.Hahaha...

Cute little 'Nuha' is getting ready to face the day

Ha!..just nk kongsi sket. Tahun nie, lagu raya paling meletup...gua rasa lagu "Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda" from Hujan feat. Raihan. Jarang gua minat lagu raya, walaupun gua admit, tanpa lagu raya, orang xkan feel nak berpusu-pusu memenuhkan Sogo beli baju raya, makcik-makcik xkan bersemangat kuat nak buat kuih raya lepas teraweh, budak-budak xkan semangat nak pecah tabung ayam nak beli bunga api, dan lain-lain lagik.Cool kan pengaruh lagu raya nie? Berbalik pada lagu nie, lirik dia mmg terbaek. Eventhough lagu nie ada unsur2 dakwah sket, but Raihan bagi full kepercayaan kat Hujan utk come out dengan muzik yang sesuai. Lirik semua Raihan yang buat. So, terhasil la lagu yang super mantap nie. Emosi gua tengok Vclip dia nie...sebab Hujan dan Raihan tekankan konsep menghargai pengorbanan ibu bapak. Susunan muzik dia terbaik...mmg superb!..Kepada yang masih ada mak bapak, jangan abaikan tanggungjawab korang sebagai anak kat derang. Sekali sekala balik, jangan balik dengan muka yang selebet memikirkan kerja bertimbun-timbun kat opis. Dah la muka selebet, mood x baik+muka ketat, ada hati nk cium tangan mak. Jangan kedekut kalo sekali sekala mak nak pakai baju raya baru. Beli jer la...duit bleh dicari bro..kasih ibu smpi ke syurga wehh!!

"...Pabila Menjelang Lebaran....Baju Baru Kan Disediakan...Walau Mungkin Kami Tak Mengerti..Keperitan Saat Itu.............." 

(Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda - Hujan feat Raihan)

Sori, tetiba gua teremosi plak. Hehe...maklum la..dah tua-tua nie, emosi senang ditrigger sket. Huargh...ngantuk plak petang-petang nie. Sempat jugak gua posting...padahal keja dok bertimbun-timbun nih!..Well, till next time...adios kompress!!!




3 comments:

Aning said...

Selamat Hari Raya! Maap zahir batin! Belah husband aku pon style beraye camtu gak.. aku pon culture shock gak mula2 tu sbb belah aku, org yg mai bertandang.. hehe.. Tak sabo nk tgk new addition to ur family! Dah ade ke? wink~ wink~ (busy body sket ^_^)

Qalesya Boutique said...

Salam Bro..selamat hari raya..bagus kan berhari raya ngan wife..takde la aku pi semayang raya pakai kain pelekat ngan jersey bola..hahaha..

Sandokhan said...

Aning: Hehehe...Slamat hari raya, Aning. Biasa la..benda kadang2 x biasa, mmg terkejut sket mula-mula...tapi, pastu tarak hal dah..my family's new addition? On the way...kalo ada rezeki..InsyaAllah... :)

Chot: Dude, Slamat Hari Raya! Tu la..best kan beraya ada wife? Hang pun jenis pi smayang raya pakai kain pelekat dengan jersi bola ka? hahaha..sama la kita. Tapi, tu dulu la..skang kita dah hensem...kahkahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...