Monday, December 31, 2012

Wadahel?

Face Off, Dos-Santos and Cain Velasquez at UFC 155 Weigh-ins


Tadi masa gua tengah karok-karok kat Sogo, tetiba gua rasa terpanggil nak tengok haribulan kat skrin telefon. Kucar-kacir gua keluarkan phone gua, dan gua unlock cepat-cepat.

"30 haribulan? Shitttt...." kata gua dalam hati.

Cepat-cepat juga gua bukak website UFC untuk mengetahui result heavyweight match antara Junior 'Cigano'  Dos Santos vs Cain Velasquez. Gila. 2 orang superstar dalam kelas heavyweight berentap buat kali ke-2 dalam Octagon. Mana boleh gua tak eksaited!

Lambat gua tunggu Safari gua nak load website UFC ni. Boleh pula Maxis sangat suck hari ni. 3G mmg merangkak. Tambah pulak UFC punya website banyak flash punya montage. Bagus! Apple mmg sangat 'menyokong' flash.

Tapi, apakan daya....

Dos Santos gagal mempertahankan kejuaraannya dalam pertemuan kedua dengan Cain. Cain Velasquez menang secara 'Unanimous Decision' selepas puas tungging terbalik 5 pusingan untuk menjinakkan Dos Santos.


So sekarang, Cain Velasquez kini sudah memecahkan rekod yang dipegang Randy Couture dan Tim Sylvia, iaitu menang menang multi-heavyweight title sebanyak 3 kali. Randy Couture pun 2 kali saja!

Power. Ini sangat power!

Gua sekarang ni pun tak pasti sangat siapa lagi fighter yang boleh mengganggu gugat kehebatan Cain Velasquez ni. Alistair Overeem? Lesnar? Mirko Cro Cop?

Ah, itu kerja Dana White nak buat timbang balik. Bukan hal gua pun.

So.....


There you have it, ladies and gentlemen....your new World Heavyweight Champion. Cain Velasquez!









Cuma yang gua tak paham..............apa gameplan Dos Santos sebenarnya?

FightMetric stats menunjukkan yang Velasquez threw more punches (210 punches) berbanding Dos Santos yang hanya sebanyak (66 punches).

Kalau lu orang tengok gambar ke-4 yang gua upload tadi, bandingkan level facial-damaged Cain dan Dos Santos. Teruk sangat muka Cigano dihentak sebenarnya. No wonder la statistic FightMetric tak bohong. Logik!

Dos Santos used to be the greatest Knock-Out King dalam division Heavyweight, but according to the given stats, he was totally s**t!

Banyak bertahan? or he felt intimidated?

Gua kecewa. 

Ini betul-betul punya kecewa!





Gambar gua cedok dari mmafighting

Friday, December 28, 2012

Tegap

Sejak gua dapat laptop baru kampeni, laptop lama gua biasanya dah jadi hak mutlak permatang pauh. So, kalau nak ikut perks, gua dah tak perlu lagi berebut dengan Banker Permatang Pauh kalau time sama-sama nak mengkuda kompiter riba ni. Gua, gua punya hal. Dia punya hal, gua dah tak question.

Satu malam, entah kenapa tiba-tiba bini gua teringin nak guna laptop gua. Mungkin dia nak merasa penangan Core i7 yang diperkemas dengan mobiliti Windows 7 Profesional agaknya. Ya lah, bini punya pasal, gua pun suruh la dia pergi bukak zip beg laptop gua dan keluarkan laptop kampeni. Sambil iphone kat tangan tak lepas-lepas, dia pergi ambil beg gua, keluarkan laptop DELL kaler merah nak tekan punat 'ON'.

Tak sampai 7 saat, kompiter gua dah berjaya boot sampai ke desktop.

Laju, memang laju. Tengok la sapa yang setting. Kahkahkah!

Tiba-tiba, out-of-the-blue kata orang putih, Banker Permatang Pauh bersuara:

"Amboi, smart gila wallpaper desktop lu ni. Mamat yang tengah tu, badan dia macam lu lah..."

Gua terkejut. 'Mamat yang tengah'?

Pesen gua ni, mana-mana wallpaper yang gua pakai, gua tak pernah nak perati betul-betul. To me, a wallpaper, is just a freakin'wallpaper. Tak ada masa pulak gua nak perati apa yang menariknya tentang wallpaper yang gua pakai, melainkan kalau gambar tu gambar bini gua (atau Olivia Munn).

Pelan-pelan gua rapatkan diri kat bini gua untuk melihat sapakah ''mamat tengah" yang dia maksudkan tu.

"Mamat yang mana ni?"

"Ni...mamat ni. Yang tengah-tengah tu..." sambil menudingkan jarinya ke LCD laptop gua.





Itu jam, gua punya 'kembang' memang real punya kembang.

Sungguh-sungguh gua rasa angkuh ni...

Kehkehkehkeh!


Thursday, December 27, 2012

Pesan Mak Mertua


Pagi tadi, mak mertua gua bersama abang dengan kakak ipar gua bertolak balik ke Penang selepas 5 hari beristirehat di rumah gua dan Banker Permatang Pauh. Lain macam sungguh dia punya feeling sebenarnya. Maklumlah, gua ni dah lama tak ada mak. Sekali sekala melepas rindu kat mertua pun dah kira orait dah. Jaaadi la.

Cuma, sebelum mak mertua gua tutup pintu kereta tadi, dia ada sampaikan satu pesan kat gua. Power sungguh pesan tu, sampaikan skang ni pun dia punya tone suara masih terngiang-ngiang dalam kepala gua.

"Ingat pesan mak ni. Minum ayaq limau nipis banyak-banyak...."

Nampak?

Sampai sekarang gua tak dapat tangkap apa dia punya real mesej disebalik air limau tu.


Monday, December 24, 2012

"Zaman kami tak ada..."

Gua, Abe, Kucai dan Wandy.

Kami berempat berdiri terpacak disatu penjuru ruang konvensyen sambil memerhatikan gelagat para penggiat Cosplayers mengenakan imej watak hero/heroin kegemaran mereka di Comic Fiesta ni. Sebut saja apa jenis karakter komik, semua ada orang pakai. Dari seboring-boring Pikachu, sampai la seawesome-awesome Sichibukai dan The Akatsukis.

Mata kami meliar mencari watak kegemaran kami untuk diambil gambar. Tadi, gua dah dapat bergambar dengan sorang Cainis yang pakai kostume Iron Man. Kiranya, goal gua dah setel. Yang Abe pula dari tadi dok mencari karekter yang dia berkenan, tapi sampai skang belum jumpa-jumpa. Kucai pula sibuk menukar bateri kamera digitalnya yang dah makin nak sampai ke paras 'empty'. Masing-masing dengan peel masing-masing.

Sungguh happening Comic Fiesta 2012 ni. Sungguh gua tak tipu.

"Kenapa la...masa kita muda-muda dulu, tak ada benda-benda nie?" lantas Abe menyuarakan rasa kesal yang terbuku dari tadi.Tersentak gua dari lamunan. Terjaga dan terpinga-pinga.

"Tu lah....untung kan budak-budak sekarang?" balas Kucai pendek.

Gua dan Wandy hanya mampu tersenyum...


Kami kembali merenung lantai.

Sedih, pilu...dan malu bersulam-sulam di sudut hati.

Celaka betul!

Tua sangatkah kami ni?

Friday, December 21, 2012

Off The Pill : Takbur


Hari nie sebenarnya ada dua benda yang orang betul-betul dan pura-pura "buat ramai" di twitter.

Pertamanya, hal-hal pasal 'End of The World'. Entah kenapa la lu orang yang cerdik pandai masuk universiti score anugerah dekan nie tiap-tiap semester, pergi percaya pasal Mayan punya prediction ni tak tahu? Macam biasa la, kat twitter, bersepah la tuit-tuit orang yang 'nak tunjuk pandai' bersembang pasal hal-hal Mayan ni. Prediksi kiamat berlapik la, the real 2012 agenda la. Bla..bla...bla. Entah-entah, perkataan 'Mayan' pun diorang baru dengar apa? Tu pun sebab sign-up akaun twitter.  Kalau masih sangkut kat Tagged, gua rasa selak kamus juga nak tahu Mayan tu menda.

Ahhh...lantak la. Gua malas ambik pot.

Keduanya, pasal hal Chempiens League. Group-group yang layak ke 2nd round sa-lepas berhempas pulas masa peringkat grouping nie, memang tak boleh lari dari rasa berdebor nak tahu team yang kita 'puyu' (read:sokong) bakal jumpa dengan siapa.

Heh, ini baru betul punya Adrenaline Rush. Start dari pukul 4 petang tadi kat ofis, gua dah tak senang duduk. Tangan geli saja nak check twitter kejap-kejap. Keputusannya, Arsenal jumpa Bayern Munchen di 2nd round. Dari awal gua dah bajet mesti jumpa Barcelona, sebab Arsenal dengan Barcelona ni orang kata dah macam adik beradik tido sekatil. Yeah, Barca memang hebat. Tapi, kalau nak test level mana kemampuan pasukan yang kita sorak, better jumpa yang kuat awal-awal yer tak. Eleh, Barcelona dengan Celtic dulu pun struggle juga nak menang. Takdelah hebat mana pun, yer tak?

Ah, Bayern pun Bayern la. Sapa cecah, kami 'sauk!'.

Nampak? Bongkak kan?

Kalau nak ikut jujur hati ni, gua rasa Arsenal boleh makan Bayern. Mungkin tak kaw-kaw, tapi sekadar menang agregat 3-2 pun gua dah rasa OK. Eleh, stakat Bayern ni, tak goyang la. Lain la kalau jumpa Real Madrid. Ha, itu gua patut panik pesen gigit-gigit bucu bantal. Major key to success, Cazorla kena fit. Poldy kena fit. Walcott kena fit. Kena ada speed lawan team-team dari liga Jerman ni. Itu saja taktik nak hidup. Kalau bahasa nampak brilliant sikit, 'survival tactics' orang kulit putih kata!

Man United. Apa yang gua boleh komen, adalah 'Padan Muka' saja la. Mohon Pepe training tendang kaki mannequin banyak-banyak, Ronaldo training long-shot cukup-cukup. Selama ni, Man Utd memanjang jumpa yg senang-senang saja. Bio deme ghase! Real Madrid nie macam Chitauri. Man Utd ni pula macam Frost Giant. Hah, elok la. Kuasa jahat bertemu dengan kuasa jahat. Ye tak?

Kehkehkeh!

Lain-lain pertemuan kelab-kelab yang tak penting adalah:
  • Galatasaray vs Schalke04
  • Celtic vs Juventus
  • Shakhtar Donestk vs Borussia Dortmund
  • AC Milan vs Barcelona (Booooo)
  • Real Madrid vs Man.Utd
  • Valencia vs Paris St.Germain
  • Porto vs Malaga


Eh......jap? Mana Chelsea? 




Tuesday, December 18, 2012

Setakat Sembang....Sapa Pun Boleh!

Pergh...

Bulan 12 dah masuk hari ke 18 boleh (belas), tapi satu entri December menatang apa pun gua tak post lagi. Gua sebenarnya bizi, betul real punya bizi ni.

Banyak benda yang berlaku start dari last entri ''Zomba'' yang gua post itu hari. Misalnya, gua eksiden terlanggar pintu teksi, George St.Pierre dah jadi juara dunia, Arsenal dengan Bradford City pun tak boleh nak lepas saringan Capital One Cup, bla...bla..bla.

Semua tu, gua sebenarnya memang dalam kepala ni nak ulas bertubi-tubi dah. Tapi, disebabkan masa tak berapa nak ''ample'' dengan gua, gia skip dulu. Skip punya skip punya skip, habih semua cerita gua lupa.

Tapi, seriously, gua tengah ada idea nak tulis cerpen ni. Tapi, post sikit-sikit saja. Bait by bait. Berlandaskan apa cerpen tu, nanti gua cerita. Ada la sikit angan-angan nak hantar pergi Neon Terbit buat Blook, tapi gua nie pemikiran stended '''meleis-meleis' lain la...angan-angan saja lebih. Hasilnya tarak pun.

Tapi bab cerpen tu, gua tak tipu woi...

Serius gua cakap ni.

Lu orang tunggu saja la....

Adios!


P/S: Gua tak boleh tengok Teksi sekarang ni. Phobia sial!

Friday, November 23, 2012

Gigit

(Entri khas sempena The Walking Dead season 3)



10 minit pertama Walking Dead:

"Kalau satu hari gua digigit zombie, apa lu nak buat?" tanya bini gua yang tiba-tiba. Out of the blue kata orang putih.

Gua terdiam. Apahal pulak Banker Permatang Pauh tanya gua soalan-soalan yang berkait dengan hidup dan mati ni? Di plasma TV, masih terpasang The Walking Dead season 3 episod 6, dimana Carl Grimes yang masih bersedih kerana terpaksa menembak kepala emaknya yang mati melahirkan bayi baru. Teorinya, kalau tak 'dihabiskan' di otak, Lori Grimes akan bangun, and she'll become one of 'them'.

"Err...apa gua nak buat?"

"Ya lah...apa lu nak buat? Will you do the right thing?"

"The right thing? Err...like putting a bullet to your brain, so that you won't turn into a walker? Macam tu?"

"Yup. Exactly. So, dalam keadaan terdesak macam tu, would you shoot me in the head for the sake of your own survival?"

Gua dah agak. Banker Permatang Pauh nie memang emosional sikit bila tengok cerita Zombie. Kahkahkah! Sebetulnya, soalan dia tu agak mencabar gua nak jawab. Silap jawab, sofa yang gua tengah bertenggek ni bakal jadi katil gua ler ini malam. Sikit-sikit gua rasa bini gua ni saja nak menguji sejauh mana cinta gua terhadap beliau. Tapi, gila apa nak uji cinta gua berlatarbelakangkan scene Zombie apocalypse? Mana lagi gua ada choice selain survival? 

Tapi, kalau gua tak jawab soalan mencabar nie, malu la gua sebagai somi. Mana gua nak letak muka wei!

Setelah puas gua memikir dan menimbang tara reason-reason yang sesuai supaya beliau tidak terasa dengan pilihan gua, dengan konpidennya gua bersuara:

"Gua rasa gua tak tergamak untuk headshot kepala lu..."

Bini gua tersenyum. Nampak ada sedikit lega dari raut wajahnya yang dari berkerut menghabiskan episod 6 yang sungguh dramatik ni.

"Kenapa?" tanya beliau pendek.

"Gua tak sanggup. Lu kalau nak mati, bukan kat tangan gua. At least biar kita sama-sama cari jalan keluar. Gua akan buat apa yang boleh untuk selamatkan lu."

Gua tersengih. Bini gua pun tersengih. Tapi, sifat ingin tahu beliau tu masih merobek-robek hendakkan jawapan yang sampai dia sendiri tak tahu nak tanya mende dah. So, diajukan soalan lain pula. 

"Kalau within 48 hours gua dah jadi zombie? Lu nak buat macamana? Lu nak potong rahang gua, cabut gigi gua dan potong dua tangan gua sama macam Michonne buat, so that I won't bite you to your death?"

"Kalau lu dah turned, gua tak ada pilihan lain gari tangan lu dan pekup mulut lu dengan kain, macam The Gavenor buat dekat anak dia Penny tu..."

"Then?"

"Then, gua seboleh-boleh akan bawa lu pergi jauh dari danger zone, dan cari mana-mana hospital or science lab. Gua yakin mesti ada survivor yang tengah buat kajian macamana nak buang disease tu, so that lu boleh kembali jadi manusia semula. I won't give up on you. There must be a way.............."

Pergh, itu jam gua rasa gua dah bagi jawapan paling dasat yang pernah gua pikir. Siap ada 'I won't give up on you' lagi tu. Baru la nampak macam seorang suami yang sejati. Orang cakap, romantik yang bertempat. Bini gua pula seakan dah dapat penjelasan yang dia nak. Dia dah boleh senyum lebar sambil meleparkan mini flying kiss ke gua. Lu orang takkan tahu betapa kembangnya bontot gua time tu. Perasaan dia macam baru lepas lulus ujian memandu sebenarnya. Tunggu masa nak menjerit keriangan, tapi tak boleh sebab hari dah malam. Ha, gitu la lebih kurang.

"Thanks...lu memang caring gila."

Kami pun sambung menonton episod 6, sambil kat tangan masing-masing nyambil-nyambil scroll timeline twitter.



5 minit lepas habis Walking Dead

"Tadi lu dah tanya gua. Sekarang gua nak tanya lu pula. What would you do?" tiba turn gua pula nak tahu jawapan dari bini gua, masih bersituasikan Zombie Outbreak.

"Do what? if you got bitten by walkers?"

"Ya la. Cuff me...or shoot me?"

Bini gua tersenyum. Pendek saja dia jawab.

"Gua tembak je. For my own survival"



Cis! Sampai hati....


P/S: Gua tak rasa gua nak copy episod 7 dari Ezhar. Sentap! Sentap!

Friday, November 16, 2012

Paranoid Yang Bukan-Bukan


Gua sebenarnya baru tahu yang gua ada kazen yang mengambil jurusan bawak helikopter di UniKL. Sebetulnya, gua tak tau pulak UniKL nie ada offer course untuk mamat-mamat yang memang ada hobi bawak RC Chooper ni untuk bawak helikopter betul-betul. Gua yang dengar ni pun rasa kagum dengan kehebatan kazen gua nie. Dengar-dengar, dia dah nak habih study. Result stakat nie maintain flying kalers. Lagi 1-2 sem lagi, bawak helikopter la dia tu. Dasat!

Gua sendiri ada cita-cita nak bawak kapalterbang dulu. Tapi, slacknya gua nie tak hensem macam Adam Mukhriz ja, plus mata gua ada sikit rabun, dan result subjek fizik yang tak berapa hendak ngam masa SPM dulu. Entah menda-menda jer sistem edukesyen kita ni. Entah berkait celah mana E=Mc kuasa dua dengan cara nak hendel stereng kapalterbang entah!

Satu hari, ketika burung-burung semua dah balik sarang lepas puas layan 'high' kat laut China Selatan, gua tergerak hati nak wasapp kazen gua ni. Sekali sekala tanya kabor, amik berat orang banjar kata.

"Salam Kemal, abang Mat dengar hang dah nak habih study? Wah, bangga la Tok Wan kita nanti ada dia cucu yang keja bawak helikopter."

*send*

Selang beberapa saat kendian, Kemal (nama sebenar) pun reply:

"Alah, biasa-biasa ja bang Mat. Tapi, dalam dok eksaited nak bawak heli nie, makin risau la hati ni, bang. Seriau..."

Ha? Risau menda pulak ni?

"Risau? Seriau? Seriau menda pulak ni?"

*send*


***

*tit-tit! tit-tit!*
*slide*

"Risau kena bedil dengan RPG la abang Mat. Takut tak sempat mengucap......"




P/S: Banyak sangat main Modern Warfare gamaknya kazen gua ni? Paranoid entah mende-mende.



'Draft'

Bosan betei hari ni. Apahal semua orang ramai gila bantai cuti, gua dengan beberapa kerat mamat-mamat dan minah-minah saja yang datang kerja? Ahhh...dunia nie memang tak adil dari dulu lagi.

Gua termenung sorang-sorang merenung skrin laptop. Dah mati akal dah apa lagi task yang gua nak kena setel. Pergi register fax line untuk Ain, dah. Setting up new salary printer utk crewing, dah. Bertekak dengan vendor sebab quotation-janji-nak-submit-hari-Isnin-tapi-sampai-sekarang-jadah-quotation-apa-pun-gua-tak-receive pun dah. Youtubing? Ahh..gila apa nk youtube waktu opis hour. Nak kena buang kerja?

Usai gua mengelamun sambil memikirkan siapa Chef Jemputan yang bakal bertarung dengan Ah Hong malam ini dalam sessi 'Cabaran Pin Kebal' malam ni, tiba-tiba gua menerima satu jerkahan dari pintu belakang opis yang. Sungguh kuat 'HOI' tersebut hinggakan pen kilometriko yang gua pusing-pusing celah ibu jari pun terpelanting ke luar tingkap.

"Mengelamun saja keja kau!"

Hamlau, Ona rupanya. Entah mana pergi salam dia gua tak tahu.

"Heh, biasa la. Boring. Mood nak cuti Deepavali." balas gua pendek. Dada gua masih berdegup kencang. Effect terperanjat dari belum hilang.

Ona diam. Segera dia melangkah menuju ke deretan kabinet belakang gua untuk mencapai beberapa fail-fail penting yang menjadi bahan rujukan beliau. Nampak? Sibuk kan beliau. Semenjak dua menjak naik pangkat ni. Dulu asal datang tempat gua jer, suruh gua bukak Vlog Matluthfi. Tumpang layan sepam dua especially bila line tengah clear. Entah apa la yg dia minat dengan mamat Vloggers tu. Hensem tak la berapa sangat. Gua lagi kacak rasanya. Cuma mungkin content dan persembahan video beliau banyak mesej-mesej yang berguna agaknya. Tapi, itu dulu la...sebelum dia naik pangkat. *cue musik sedey*

"Boring. Boring. Tiap-tiap hari ko cakap ko boring. Dah boring, update la blog. Nie, tak...boring memanjang, blog tak update-update jugak" ujar beliau dengan tona suara yang sedikit tinggi dan pedas menghiris.

Ahh, fark! Gua sentap!

"Gua memang dah tengah tulis tadi. Cuma gua simpan dalam draft. Tak ada keyakinan lagi nak post. Tunggu la gua complete entri gua betul-betul dulu, baru steady gua nak tekan button publish"

Wajah beliau mencemek. Sedikit ada raut tak puas hati terpancar dari air muka beliau. Gua dapat baca.

"Yer lah tu...dah 2 bulan dah aku dengar artikel-artikel ko yg tak publish ni 'bertelor' dalam draft. Dulu kata nak tulis pasal Cristiano Ronaldo, aku tunggu dah sampai habih EURO dah tak muncul-muncul jugak. Cerpen ko yang tergantung bertahun-tahun tu, lagi la yaxpursalam...kan?"

"Yer la..yer la...sabau ler akak. Nanti gua post. Semua tu dah ada dalam draft gua dah ni. Nanti gua publish" jawab gua sambil tangan terus mengklik icon blog gua di bookmarks tab.

Makcik itu tak cakap mende-mende. Setelah fail yang dicari tu dijumpai, terus dia beredar dari side opis tempat gua bersemanyam. Gua keluarkan handkerchief yang kemas tersimpan di bontot kiri seraya mengesat peluh yang menitik.


***


"Pergh...selamat" bisik gua dalam hati.

Draft? Draft mende?
Satu habuk pun gua tak karang sebenarnya.

Kahkahkah!


Thursday, October 18, 2012

Sendu


Seminggu Sebelum Kejadian:

"Motor gua dah nak dapat ni, woi..." ujar Am dengan nada yang sedikit bangga. Gua perasan ada sikit-sikit cockiness dalam perasaan bangga itu.

Gua dan Karthik terdiam. Kami memandang sesama sendiri. Berkerut juga dahi ni, memikirkan bila masa pulak mamat ni beli motor baru. Tak bagitau status dalam fesbuk, pun?

"Motor? Model apa, bro?" tanya gua perlahan sambil berselang-seli menyalakan sebatang LuffMan.

"Honda Dash. Yang model baru tu. Gua angkat kaler Hitam/Kelabu..."

"Ooo..ya. That Dash model. You can easily spot this model in my place, Madhurai.  Haha Haha Haha.." balas Karthik riak.

"Itu tak penting bro. Ni, gua nak buat kenduri sikit. Bila motor gua dah sampai, gua nak belanja lu orang makan tengahari kat Kampung Baru. Mau?"

Gua dengan Karthik tersenyum. Orang nak belanja makan kat Kg.Baru, takkan gua nak tolak bulat-bulat. Tanpa berpikir panjang, gua pun setuju. Masa gua hentak meja cakap 'setuju!' tu, Karthik pun sama laung setuju kuat-kuat. Mungkin sebab lama sangat dia hang-out dengan Am, perlahan-lahan dia paham cakap Melayu. Ha, itu gua salute!



Pada Hari Kejadian:

Gua dapat phone call dari Banker Permatang Pauh. Jarang dia call gua time opis hour, memandangkan ada hal yang memang mustahak. Dan, yeah...phone call yang gua dapat ni memang mustahak. Katanya, dia dapat MC setengah hari sebab kurang sihat. Dan, sebagai seorang suami yang tampan dan prihatin, gua terpaksa rekues time-off dekat boss untuk menghantar bini gua pulang rehat di rumah.

"So, bro....jadi tak kita pergi Kampung Baru hari nie?" bisik Am perlahan. Memang perlahan betul suara gua time tu. Tak cool langsung orang laki cakap pelan-pelan gua rasa. Banyak muslihat.

"Yeah man...how? You ON or not?" nada Karthik pun tak kurang hebat slownya. Pantang betul gua, orang laki cakap macam dalam kelambu ni. Mesej susah sampai. Lambat nak ekselen.

"Err...tak jadi la bro. Bini gua dapat MC setengah hari. Gua kena ambik dia di opis...straight hantar balik rumah." ujar gua ringkas. Bila masuk bab bini tak sihat, gua memang ada perasaan sedikit cemas. Nampak? Mithali bukan?

"I don't think I can, man. See, my wife got her 0.5 day MC today. She's not really feeling well. I gotta pick her up at her office and sent her to home..." gua reply dalam bahasa orang putih pula untuk kemudahan Karthik. Inilah lumrah bila ada member foreigner dalam team mengeteh opis ni. Kita kena multi-language. Kalau gua cakap melayu, kesian Karthik pula tak paham. So, kena ada keseimbangan dalam bermasyarakat kata Bobohizan kampung gua.

Karthik dan Am terdiam. Ya lorr, nak buat macamana. Dulu masa bujang-bujang, boleh la gua into 'Bro's before Hoe's...'. Bila dah masuk scene kawin, catchphrase dah kena tukar.Takkan bini nak letak priority no.2, ye dop?

"Macam ni la, lu orang just proceed without me. Maybe next time, I'll join. Sorry guys, got to go.." gua terkam kunci motor dan terus meninggalkan perkarangan Megan Avenue.


Am tengok Karthik. Karthik tengok Nazri. Nazri tengok Ikhwan. Ikhwan tengok Am.

Gua tak tahu dah apa jadi lepas tu.



2 Jam Selepas Kejadian:

Gua park motor cepat-cepat dan terus naik ke tingkat 9. Perut berkeroncong, meruntun-runtun mintak diisi. Lepas hantar Banker Permatang Pauh tadi, gua tak makan sebijik nasik pun. Terus gua berkejar balik ke ofis, takut-takut management cari gua. Walaupun gua dah bagitau bos gua nak ambik TO, tapi gua malas drag lama-lama. Banyak cerita nanti.

*Toot*

Kad Akses ofis gua swipe perlahan. Bila pintu terbuka, gua meletakkan helmet dan jeket gua di rak helmet yang disediakan. Kondusif betei ofis gua ni. Sampai helmet pun ada rak untuk diletakkan.

Sampai di meja, gua straight check email. Yes! tak ada orang cari gua. Sedikit perasaan lega berputik. Terus gua duduk dan menyumbat earphones ke telinga. Ikon winamp di desktop gua dabel klik. Orang kata, lapar-lapar ni, elok dengar lagu Chop Suey. Sebab gua ada baca a few article, mendengar lagu-lagu headbanging nie boleh mengurangkan perasaaan nak makan nasik. Sebab ada elemen 'kelalaian'. Bila kita lalai dengar lagu, so automatik la kita takkan terpikir pasal keperluan perut. Kajian ni sebenarnya gua baca dari hasil nukilan seorang kutu di Kuala Lipis dalam satu zine alternatif yang bebudak dia keluarkan lapan bulan lalu. Konsep idea tu, memang macam setan. Tapi, sebenarnya, kadang-kadang berkesan. You see, lapar ni hanya mindset. Kalau kita tak layan mindset yang mengada-ngada ni, insyaAllah kita orait.

(Apahal pulak gua cerita pasal mindset ni?)

Sedang gua layan melayan fesbuk, tiba-tiba bahu gua ditepuk Karthik. Lan jiao. Terkejut gua siallll. Dah la darah tinggi gua dah level atas-atas pagar. Maunya gua 'gol' time tu, siapa nak sokong Etiqa dalam MasterChef Malaysia Musim Kedua?

"So, how's your wife? Resting at home, ahh?" tanya beliau perlahan. See? Dia memang pesen cakap perlahan gua rasa.

"Yeah...she's doin' fine. At home now, sleeping."
"And...by the way. How was the food in Kampung Baru? Nice ahh..?" gua tanya balik.

Karthik tersenyum.

"We didn't go. We just had our lunch at Mamak only...."

Gua terkebil-kebil.

"Ark?...But....but... why? "



***



"Am postponed it to some other time. How can we celebrate this without you, man...."



(Aww...shit.) 
(Wait....for....it!)

(Nononono...please hold!)



Itu jam gua punya dada sangat sendu....bhaiii. Real punya sendu!


Friday, October 5, 2012

Lain Orang, Lain Bahagianya



Tadi gua ada terbaca satu tuit dari seorang pengarah tersohor negara (gua tanak sebut siapa), memberitahu dunia yang bini dia telah menghadiahi beliau satu MacBook Air sebagai birthday present. I was like.....fuyooo! MacBook Air tu, bhaii. Senang senang saja dapat hadiah osem macam tuh. Bertuahnya badan lu, bang Aziz...

*Aww shiit. Gua dah tersebut nama pengarah tu*

Tapi, bukanlah tujuan gua kat sini nak rant pasal berapa mahal hadiah harijadi tersebut. Bagi gua, lain barang, lain hepinya. Lain harga, riangnya tetap sama. Hadiah harijadi kot? Kalau gua dapat 3 batang pensel 2B, even pada umur gua yg dh nak masuk 3-series ni pun gua still meloncat keriangan. At least, ada orang lagi yg masih sedar kewujudan gua.



Me?

Terus terang gua cakap, first time gua dapat birthday present (yang betul betul dalam bentuk objek) adalah masa jadi tunangan Banker Permatang Pauh. Itu la first time gua dapat hadiah yg gua rasa mahal, diraikan di tempat yang orait, bersama mi carnales yang gua sayang.

Zaman kecik gua lain benar sambutannya. Seingat gua, sekali saja Arwah Mak gua pernah buat majlis makan-makan ketika menyambut harijadi gua. Itupun time gua berumur 7 tahun. Masa tu, gua tengah main guli kandang bersama 4 orang lagi budak-budak kampung depan rumah. Jan, Pin, Lan dan Pian. Best buddies gua masa zaman 'halkum masih belum mahu timbul'.

Tengah turn gua ambik position nak parker tu, tiba-tiba arwah mak kelui:

"Mat...panggil kawan-kawan hang lekaih. Mai masuk rumah, makan......."

Terkebil-kebil jugak gua time tuh. Pin & Lan berhenti dari bermain, dan terus mengutip lebihan guli dalam kandang. Pian dan Jan dah mula melonjak keriangan. Diorang nie, kalau hal pasal makan, memang laju!

Masuk saja dalam rumah, 5 pinggan laksa dan satu jug sirap dah terhidang. Itu jam, double terkebil-kebil. Gua terus mendapatkan arwah yang sedang mengelap sudu-sudu yang baru dibasuh.

"Makan-makan apa ni, mak"?

"Alah...mak buat makan-makan kecik saja. Hari nie kan hari jadi hang..." balas arwah tersenyum.


(Rindu betul gua dengan senyuman tu. Entah bila lagi nak dapat...)


"Tapi...............Mat tak makan Laksa." ujar gua serius.

KLONG!

Kepala gua disekeh. Sakitnya bukan kepalang.

"Jangan banyak cakap. Pi duduk dengan depa nuh. Makan!" tegas arwah. Garang betul dia time tuh. Tapi gua tak heran. Arwah sangat garang orangnya.

Memang masa tu, gua tak suka makan laksa. Gedik sungguh bila pikir-pikir balik.

Masa gua berpaling ke tempat makan, gua tengok keempat-empat malaun tu tengah sedap membantai laksa. Lapar betul mereka. Setahu gua, scene lapar sangat-sangat ni biasanya muncul selepas kami layan aktiviti mandi sungai tanpa pengetahuan ibu bapa. Ha! Yang itu baru betul-betul lapar. Entah bila pulak main guli pun boleh apply konsep yang sama? Bukannya bakar kalori sama macam berenang pun!

Longlai gua berjalan mengusap-ngusap kepala. Gua perasan ada sikit lekuk dah start berkawah. Mak gua punya skill sekeh memang chempien. Itu pasal masa kecik, gua tak berani langsung nak dapat bawah daripada no.2 di dalam kelas. Nak mampos? Kata orang utagha, "memang lari tak cukup tanah la lepas tuh..."

Gua duduk di tepi Jan. Masa tu sungguh gua tak makan, sebab memang gua tak makan laksa.Gua hanya memerhatikan saja gelagat budak-budak ni makan sampai terpercik-percik kuah ke baju. Pin makan sampai terpelanting asam keping jatuh ke lantai. Jan pulak kutip asam keping Pin lalu di sumbat ke dalam mulut Lan. Lan marah, lagi membaling sudu yang dipegangnya ke muka Jan. Jan tepis, *dusyum* lalu sudu tersebut jatuh dalam mangkuk Pian. Kuah laksa Pian terpercik ke muka. Mata Pian pedih. Pian menangis.

Gua bantai gelak. Jan pun bantai gelak. Keempat-empat kami gelak besar bila Pian start meraung kepedihan. Apa barang menangis sebab kena kuah Laksa, itu sangat ponen.

Arwah mak datang menghampiri kami. Jauh disudut hati, gua rasa dia sangat malu tengok perangai tak senonoh kami berlima. Kalaulah keempat-empat malaun tu adik beradik gua, dah lama diorang makan penampor dengan arwah. Kahkahkah!

Arwah menuang sirap ke dalam gelas. Lalu dihulurkan kepada gua yang sedang memerhatikan kawan-kawan gua bercakaran 'manja' sesama sendiri.

"Nah...ambik air ni. Selamat Hari Jadi, sayang mak...." ucap beliau perlahan. Lantas ubun-ubun gua dikucup.

Gua terdiam....

Masa itu jugalah, dada gua berasa sangat sebak. mata gua berkaca. Tipulah gua cakap kalau hati gua tak tersentuh. Terus gua peluk arwah erat-erat dan menangis. Arwah tersenyum sambil membelai belai helaian rambut gua.

"Dah...dah. Toksah dok menangis dah. Makan laksa tu lekaih. Penat mak buat." ujar arwah.

Sambil mengesat air mata, gua menyudu kuah-kuah laksa yang makin kurang sebab dah dibiarkan kembang. Memang gua tak gemar sungguh makan benda ni. Tapi, demi nak jaga hati orang tua, gua suap jua. Itu jam, Pian sudah berhenti meraung. Bila mereka tahu gua menangis secara tiba-tiba, segera mereka bantai ketawa berdekah-dekah. Suasana petang yang suram itu kembali dipecahkan dengan turn gua pula yang kini dibahan.

Ahh, gua peduli apa. Memang gua anak mak. Ponen pun ponenlah!

Itulah hadiah harijadi (versi sambutan) yang paling gua ingat masa gua kecik.Gua percaya, kalau bukan soal kemampuan, segala jenis patung robot yang tengah up time tuh, memang senang-senang saja gua rekues kat arwah mak, dan gerenti dapat. Tapi, hakikatnya, arwah mak hanyalah sa-orang operator kilang Pentex yang hanya bergaji RM480 sebulan. Kekangan perbelanjaan dan kerja keras beliau mengajar gua untuk tidak meminta-minta dah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Cukuplah sekadar jamuan kecil makan Laksa sebegini, hati gua dah cukup gembira.




Terima kasih mak.


*******

NOTAKAKI:

1. mi carnales - My brothers. Homies. Brothers from another mothers. Kengkawan rapat.
2. parker - sejenis skill tuju dalam permainan guli.
3. lekaih - segera
4. depa - mereka
5. memang lari tak cukup tanah la lepas tuh... - You're dead!
6. ponen - bapuk, lembik, she-male
7. Toksah - tak usah


Wednesday, October 3, 2012

Mencari Pengganti 'Tenggiling'


Sedar tak sedar dah 9 tahun gua hidup dengan 'tenggiling'. Banyak kenangan pahit manis yang dah gua ukir dan frame sejak menunggang beliau. Lu orang jangan pikir pelik pula bila gua taip perkataan 'menunggang'. 'Tenggiling' yang gua maksudkan adalah seketul motorsikal Honda EX5 Dream kepunyaan gua, pemberian arwah mak gua yang sangat gua sayang.

Well, takde la 'sangat' pun. 
OK, OK......yer. Sangat, masa gua masih bujang la tapinya.
Bila dah kawen, 'sangat' tu dah jatuh kepada keutamaan bini. Sapa tak sayang bini, oiiii!

Lumrah hidup brader kapcai macam gua, kalau nak diikutkan banyak pahit getir dan manis yang pernah gua tempuhi dengan beliau (tenggiling). Gua refer 'tenggiling' sebagai beliau lah senang. Gila apa nak mention selalu, macam gila isim pula. Dari eksiden teruk sebab merempuh bontot kereta technician KUTKM sampai la pergi ke public phone tika zaman-zaman nak mengorat makwe IT jurusan perisian. Semuanya 'beliau' la yang banyak 'tolong' gua. Indah, fun, tension...semua gua pernah rasa.

Tapi, motor ni, peelnya kadang-kadang macam manusia juga.

Bila dah rajin eksiden, banyaklah spare part yang ditukar ganti. Berapa kali jugaklah enjin beliau gua kena hantar overhaul. Dan tak terkira jugaklah banyaknya maintenance-maintenance yang gua buat untuk 'tenggiling'. Tapi, disebabkan faktor usia, pikap beliau sudah sampai tahap luput. Nak naik bukit pun bukan main struggle lagi sekarang. Semput, beliau sudah semput.

Lama kelamaan gua pun dah start terdetik nak cari pengganti, ekoran berhari-hari telinga gua disaji lagu Malique feat Black Mentor. Gua percaya, beliau faham.

Gua start berangan nak pakai motor dari tajuk Yamaha. Dalam kepala, gua macam mula berkenan dekat FZ 150. Smart woi! Tengok harga pun gua rasa gua masih mampu nak ikat perut. Bentuk pun cantik. Orang cakap, pikap dia pun boleh tahan. Dapatlah gua bawak Banker Permatang Pauh hari-hari layan bukit Fasa 9 kat Sri Gombak ni.

So, satu malam....

Tatkala bini gua sedang kusyuk bermain twitter di atas kusyen empuk, gua cepat-cepat bukak laptop. Ikon Google Chrome cepat-cepat gua klik. Tak sampai 20 saat, Chrome terpacul di paparan skrin dan terus gua search gambo model Yamaha tersebut untuk ditunjukkan kepada bini gua.

"Gua rasa gua nak angkat ni la, untuk ganti 'tenggiling'. Lu rasa macamana?" tanya gua sambil mengalihkan skrin laptop ke arah pandangan beliau.


"Hurm...cantik!" balas Banker girang.

Gua tersenyum. Cantek lah, bini gua dah setuju. Gua anggap fasa pertama nak bodek persetujuan membeli motor baru dari 'Menteri Kewangan' dah mula nampak harapan.


Namun, hepi gua tak lama, bila beliau tiba-tiba mengeluarkan pertanyaan yang tampak kurang konpident.

"Tapi......" 

"Apa yang tapinya? Lu tak percaya dengan keadaan financial gua ke?" balas gua pantas. Tinggi sikit tone gua kali ini. Cemas barangkali.

"Bukan sebab financial. Financial lu mmg dalam tangan gua. Gua yakin lu boleh angkat. Cumanya......"

"Cuma apa?" gua dah start hilang sabar.



***


"Ini kan motor 2 lejang....tahu ke lu bawak motor ada clutch?"



Itu jam gua rasa nak mengamuk. Tapi tak tahu nak tempeleng siapa.




P/S: Entah siapa la cipta teknologi motor ada clutch ni. Susah betei gua nak khatam! Jilaka.

Thursday, September 20, 2012

Remuk


Entah kenapa peristiwa ni masih berdesing dalam kepala hotak gua...



Selasa baru-baru ni opis tempat gua kerja telah men’organize’ satu scene makan-makan in conjunction of Hari Raya AidilFitri yang waktu tu memang dah hujung-hujung bulan Syawal dah. Event kali ini disponsor oleh makwe-makwe yang bekerja di finance department. Seminggu sebelum hari kejadian, setiap makwe yang terlibat dalam department tersebut sudah memilih jenis juadah apakah yang akan mereka bawa. Ada yang decide nak bawak Nasik Arab la, Kambing BBQ Golek cicah sambal belacan la, Nasik Lemak Berlado la, Kuih Tat balut luar/dalam la, roti jala la dan bermacam-macam lagi. Gua yang tiap-tiap keluar masuk ‘akuarium’ diorang ni pun kecur-mecur melihat list-list juadah yang bakal mereka bawa yang tercatit kemas di papan putih.

Nak diikutkan, sesiapa yang sudi nak sponsor makanan time tu pun dialu-alukan sebenarnya. At first, gua teringin jugak nak bawak Muffin 30 bijik, tapi memikirkan Banker Permatang Pauh tengah sibuk dengan hal-hal ofis beliau even on weekend, segan pula gua nak mintak dia tolong buatkan. Tak apalah…lain kali la gua sponsor, itu pun kalau umur masih panjang.

So, hari yang ditunggu pun tiba. Menu juadah hari itu memang pergh! Banyak gila lauk, bak hang. Zuena dengan Ayam Masak Merahnya la, Puan Nurul dengan Roti Jala Osemnya, Puan Maizatul Hazareah Binti Mahayaden dengan Nasik Lemak Berlado yang beliau masak start pukul 2.30 pagi la (Eh, silap. Maizatul Azma. Sorry, sorry!) Erni dengan Sup Meletupnya la, Ain dengan Karipap-Karipap Cintanya…and even Kak Aisyah, kakak cleaner dari Indonesia pun sponsor Bakso, bhaii!  

Meriah, memang meriah....

Gua, Karthik dan budak-budak department lain? Buat kering sajalah. Datang melenggang bawak perut bersama wajah tampan saja. Majlis hari tu start ngam-ngam pukul 12 tengahari. Memang bertepatan dengan waktu makanlah orang tua-tua kata. Event hari tu dihadiri almost 40 orang jugalah, termasuk directors and the VIPs. 15 minit pertama, scene makan berlangsung dengan lahapnya. Semua geng-geng laki attack Nasik Arab dengan Kambing, Ayam Masak Merah Ona sambil sesekali membilas tekak dengan hirisan karipap Ain. (Karipap Ain?) Hari itu reception area dipenuhi dengan gelak ketawa seluruh warga kerja opis tempat gua kerja. Masing-masing bercerita tentang betapa osemmnya raya mereka tahun ini. Tidak lupa juga yang bercerita pasal bola. Siap ada kutu-kutu serius berbincang tentang kelab apakah yang mampu menewaskan Arsenal pada kempen musim ni. Ya, gua tau Arsenal tengah power! Tapi, itu lain punya entri gua up. Untung-untung boleh bawak bergaduh.

So, lepas 15 minit, baru gua dapat cedok makanan dengan tenang. Paling gua terkejut, Bakso yang kak Aishah bawak tak seperti bakso yang biasa gua pekena kat Gombak. Bebola dagingnya yang biasa gua telan hanya sebesar bola pingpong. Tapi yang Kak Aisyah bawak ni, besar bola kriket, derr. Rare....memang rare. 7 bijik pulak tu, cantek menimbul-nimbul dalam sup yang Erni bawak. Gua nak santap pun pikir dua kali juga nak habihkan seketul! Heh. Tak seperti brader-brader dan sister-sister lain yang terus melulu mencedok nasik Arab, gua hanya menten selera tradisional saja. Hanya balun roti jala sama kari daging, Puan Nurul yang bawak. FUH! Hilang…

Sedang gua konsentrate makan, tiba-tiba gua disapa oleh Kak Aisyah. Dia seakan-akan terkejut melihat gua tengah mengoyak-ngoyak jaringan Roti Jala sambil mencubit hirisan kentang kari daging di dalam pinggan pakai buang gua.

“Eh, apsal Zaril tak ambik Bakso tu?” tanya beliau perlahan.

“Nantilah kak. Banyak sangat makanan atas meja tu. Saya sendiri tak tahu nak makan apa..” balas gua steady sambil mencungkil gigi gua. Entah macamana itu jam batang cengkih boleh terlekat pula.Susah nak kuis dengan lidah pulak tu...

“Jangan lupa makan tau. Besar saya buat bebola daging tu. Gerenti puas hati kalau makan”

Gua tersenyum. Kak Aisyah pun sama tergelak.


***

Tiba-tiba…

Dalam keriuhan hilai tawa jamuan tersebut, juuuuuuuuuust within a few second, kami disapa oleh Devlin (bukan nama sebenar) yang baru saja sudah mencedok kuih di dalam pinggannya. Mungkin perbualan gua dengan Kak Aisyah tadi dia terdengar, lalu terus beliau mencelah:

“Meatball Kak Aisyah tu besar. Mungkin sebab tulah Zaril tanak ambil. Simbolik dengan dia. Hahahaha…”



Gua terdiam. Kak Aisyah juga terdiam. 

Besar? Simbolik? De Fuuuuuu…….
Itu jam, gua punya heart-broken boleh membawak sampai rasa nak terjun #KBMall




p/s: Simbolik? Seriously...?

Wednesday, September 19, 2012

Tak semua orang boleh "Move On"...




Hari ni kerja opis banyak seperti biasa. Tapi, itu tak menjadi halangan kepada gua untuk sekali sekala membelek-belek iPhone dan membaca pukalan tweets yang bersarang di susur masa sejak dari tengah malam semalam. Ini adalah sindrom biasa bagi orang yang seronok main twitter. Ahh, lu orang parti fesbuk, lu orang mana tahu!

Tadi, gua ada terjumpa satu tweet dari DailyMail UK berkenaan dengan Cesc Fabregas yang akhir-akhir ini dikatakan banyak mengeluarkan kenyataan memuji-muji Arsene Wenger dan pencapai Arsenal pada musim ini. Dalam Artikel tersebut, Cesc menyangkal dakwaan kelab-kelab bola gergasi Eropah yang Arsenal sudah hilang taring dan sudah boleh di’write-off’ bagi member laluan kepada kelab yang lebih layak. Pergh, macam jilaka sungguh Journos kolum sukan Eropah ni, kan?

Kenapa Gooners benci pada Cesc?

Sebagai seorang Gooners, tindakan Cesc yang lari balik ke boyhood kelab sedikit sebanyak menampakkan dia seorang yang gloryhunter yang sangat keji. Jujur gua kata, Cesc Fabregas adalah midfield terbaik Arsenal satu ketika dulu. Bakatnya yang superb dalam membuat hantaran, skill on avoiding horror tackles dan bakat mengemudi jentera tengah menjadikan beliau seorang midfield yang digeruni pada usia yang sangat muda. Tapi itulah, mungkin disebabkan faktor ‘homesick’ untuk balik ke Spain, dan ketika itu juga ramai penyokong Barcelona menyifatkan Cesc adalah calon pengganti yang sesuai sekiranya Xavi memilih jalan untuk bersara. 

So, rapuhnya seorang Cesc, beliau memaksa Arsene Wenger meletakkan nama beliau di dalam senarai player yang available untuk dijual. Yeah, Barcelona yang pada itu dikendali di bawah Pep Guardiola memang sudah lama target mamat ni. Nama Fabregas sudah lama bersawang di dalam shopping cart mereka. Mulanya, Wenger berkeras tak mahu menjual, tapi akhirnya akur dengan yuran perpindahan sebanyak 34 juta Euro. Yang sadisnya, bila deal 100% complete, tabloid Sepanyol menyifatkan Barcelona sign Cesc dengan harga yang sangat murah. Kenyataan seumpama itu adalah ibarat melempar mancis ke balang kerosene. Penyokong Arsenal memang hangin!

Pada mata penyokong Gunners, Cesc blah pada ketika Arsenal tengah susah dan struggle untuk menang. Sangat tidak sesuai. Timing tak kena langsung. Effect daripada ketiadaan beliau, Arsenal sangat susah untuk menang pada setiap perlawanan. Ketiadaan beliau memang sangat dirasakan. Peristiwa paling menyayat hati adalah apabila dimalukan Manchester United 8-2 di Old Trafford. Gila bhaii, 8 bijik Szczesny bolos. Rilek saja. Keeper yang bolos sebegini banyak sepatutnya disuruh balik kampung dan hidu gam tayar. Itu gua rasa lagi elok. Van Persie (waktu itu) struggle untuk perform, midfield tak beroperasi dengan sistematik dan our defenders were suck! Really suck!

8-2. Yeah, those were the days…

Waktu itu memang sangat malu. Kat twitter seminggu tak stop-stop kena troll. Arsenal kelab tadika yang pelihara anak-anak ikan la, Mamy Poko dan Wenger dah sain MOU untuk keluarkan Lampin-pakai-buang Edisi Terhad Arsene Wenger la…bla bla bla bla. Itu yang kat twitter, gua juga terpaksa berhadapan dengan penyokong EPL tegar di ofis ni lagi la. Kena troll sikit, gua pergi menyorok dalam stor menangis kat penjuru. Gila rapuh gua time tuh. Waktu itu, gua sangat marah dengan Cesc. Macam setan punya marah. Kalau arwah bapak gua ni seorang kadi, gua tak izin dia kadikan majlis perkahwinan Fabregas. Gila babi punya marah! I was soo fukken pissed!

(Ok, part menangis dekat penjuru tu gua kelentong saja. Sapa percaya, mak dia belen!)

Tapi, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Nak dijadikan cerita, seminggu selepas dimalukan, Wenger berjaya sign 4 player baru untuk membantu mengemudi jentera formasi. Gua ingat lagi, waktu itu Wenger sign Mikel Arteta dari Everton, seorang mid-field yang dah lama gua minat. Serius gua minat. Ini bukan cerita main-main or saja nak up. Masa gua main CM (Championship Manager…sekarang ni dah tukar jadi Football Manager), Arteta adalah player yang gua wajib beli tak kira kelab apa pun yang gua main. Masa tu, Arteta adalah hero Glasgow Rangers. Pergh! Tak sangka impian sign beliau di laman virtual menjadi reality akhirnya. Gila riang gua waktu itu. Tuhan saja yang tau berapa tinggi gua meloncat kegirangan. Other than Arteta, Wenger juga sign Andre Santos dari Fenerbache, Per Mertesacker dari Werder Bremen dan Park Chu-Young dari Monaco.

Pelan-pelan Arsenal develop momentum untuk menang setiap game. Perlawanan demi perlawanan kami (kami?) tempuh dengan bersemangat dan akhirnya percaturan Arsene Wenger membuahkan hasil. Jentera midfield kembali awesome. Rembatan kencang Van Persie sudah mula mencari jaring lawan dan barisan pertahanan kembali terkawal. Kelab demi kelab Arsenal berjaya tumpaskan dengan machonya, dan perlahan-lahan jugalah peritnya tiada Fabregas dapat dikikis dari kepala hotak. Seriously, melihatkan kredibiliti Mikel Arteta di tengah padang, dibantu oleh Tomas Rosicky, Alex Song dan Aaron Ramsey membuatkan kami para Gooners sudah berani claim :”No Fabregas No Problem..”. Yeah, waktu itu kestabilan pasukan berjaya dikekalkan.

Honestly, pada pendapat gua, there’s no loyalty in football. Players will come and go. Bila Jack Wilshere kata “I’m a Gunner till I die….”, gua kaw-kaw punya gelak. Masa lu belum sampai, Jack. Belum sampai. Gua percaya, bila lu dah setaraf dengan Cesc nanti, mentality lu mesti berubah punya. So, think before mouthing-out any stupid statements. Gua bercakap dari sudut realistik. Ada betulnya hasrat Cesc untuk keluar dari Arsenal. Gua tak salahkan dia 100%. 7 years without a single trophy and he has made the right decision to leave this club. Somehow kalau dia terus stay, ini akan mencacatkan perjalanan karier bolasepak beliau. Let say, if kita tanya seorang pemain bola sepak, kenapa dia main bola sepak? Rata-rata jawapan tipikal mereka mesti akan jawab untuk piala, untuk medal, dan untuk income. Samalah macam scene karier kita. Kalau dah bertahun-tahun tak ada kenaikan gaji, tak ada bonus, should we stay? Somehow it’s not good for our career path and most of us will leave in searching for a better future.

Cuma….

Seperti gua kata tadi, Fabregas blah pada timing yang sangat tak kena. Serius tak kena. Itu saja yang kami marah.

Ah, sudahlah. Lets forget about him.  Now we have Santi Cazorla, the talismanic midfielder. And also we still have Jack Wilshere in our squad, who is still recovering from a serious knee injury. Arteta? Heh, beliau tetap awesome di mata gua. Diaby juga sekarang tengah on-form. I think Fabregas should move on with his ‘boyhood’ club and stop pretending that he still loves Arsenal. Stop praising and making any statements about us (good or bad) going through harsh times. Seriously, you don’t know what it feels like, because you weren’t there. We surely can make it without you, positively. Thank you Fabregas, and now scram! Go play elsewhere…!

Gua tau gua dah OK.

Cuma…



Tak semua orang mudah memaafkan. Especially Amar. Gua tau dia masih berdendam dengan Fabregas. Calar di hatinya masih berdarah. Parut dijantungnya masih berkuping. Buktinya?

Ini tweet dari DailyMail:


Ini tweet yang gua respond:


Ini tweet yang Amar balas:


Hati kau keras, Amar…hati kau keras!



Kehkehkeh!







Artikel gua cedok dari: DailyMail
Screen-cap Amar: Twitter 

Spot On!


"The Gunners have failed to lift a trophy for seven years, prompting the likes of Fabregas, Gael Clichy, David Silva, Robin Van Persie and Alex Song."

Bila masa pulak David Silva pernah main Arsenal?


source: DailyMail UK

Tuesday, September 11, 2012

Arsenal Power, Diaby Mantap.....dan Olivier Giroud?

(luahan dari gua yang tak berapa pandai nak sembang pasal bola)



0-2!

Perghh…ini merupakan satu pencapaian yang buat gua rasa bangga jadi peminat kelab Meriam London. Honestly, gua tak expect langsung Arsenal boleh menang  di Anfield. Walaupun tak menang besar, tapi 2 gol dari Podolski dan Cazorla sudah cukup untuk membuatkan fan-fan Merseyside ternganga besar. Gua dah cakap dah dulu, Arsenal memang power, dan Arsenal tak pernah goyang jika kehilangan star-star player yang berhijrah ke kelab lain untuk meraih duit gaji lebih ataupun julangan piala.

So, seperti biasa, Gameweek-3 ni gua dapat layan secara full di rumah sendiri. Setelah gua dengan sengaja terpaksa miss Gameweek-1 kerana ketiadaan Astro di kampung dan Gameweek-2 disebabkan ada hal diluar. Sehingga di gameweek-2, skuad Arsenal dikatakan masih terkial-kial mencari rentak serangan dan cara bertahan. Spekulasi mengatakan Arsenal bakal tenggelam dengan ketiadaan Alex Song yang blah ke ‘kelab budak-budak theather’ menguatkan lagi kenyataan dari mulut-mulut lantang khususnya penyokong MUnyet dan chelSHIT. Tapi, apa yang mereka tak tahu, 2 game first Arsenal, defenders kami sangat mantap. Bolos pun tidak. Tapi tu lah, bak kata Harith Iskander, we always stated the obvious. Kalau dah tak score langsung, eventough tak bolos…maknanya still hampeh!

Tapi, selepas menewaskan Liverpool di Anfield, these so called ‘expert pundits’ nie terus diam. Yeah, we have beaten Liverpool and we have the right to brag about it for the entire weeks. Walaupun semua orang cakap Liverpool dah tak kuat masa zaman Rafa, tapi kelab tersebut masih mempunyai corak serangan yang mantap disamping short-pass yang sistematik. Kelibat Luis Suarez yang ‘tak reti nak duduk diam’ dan Raheem Sterling yang sangat laju membuatkan setiap serangan dari sayap kiri mereka sangat bahaya.

Tapi tulah, Arsene Wenger nie…takkan nak tengok saja, ye tak?

Wenger masih mengekalkan formasi 4-5-1 untuk menyekat kemaraan Joe Allen dan Gerrard dari memonopoli bahagian tengah. Barisan pertahanan waktu itu dibarisi oleh Jenkinson, Mertesacker, Vermaelen dan Gibbs nyata agak berhempas pulak menahan serangan bertalu dari Suarez. Wenger meletakkan Abou Diaby, Arteta, Cazorla, Podolski dan Oxlade-Chamberlain di bahagian tengah sementara Giroud dibiarkan ‘usang’ di atas. Nyatanya, percaturan Wenger kali ini sangat SSSSSUUUUUUPERRR!

Untuk pertama kalinya, gua yang dari dulu tidak yakin langsung dengan Abou Diaby nie ternganga melihat prestasi mantap beliau dalam mengemudi bahagian defensive midfielder. Gila, dengan gaya permainan yang ‘soft’, setiap conservative tackle yang dibuat oleh Diaby sangat ohsem! dan mengingatkan gua terhadap Patrick Vieira yang pernah awesome satu ketika dulu. Cara beliau hold-up ball, dan short-flick dengan Cazorla sangat ART hingga membuatkan gua jizzed. Setakat Nuri Sahin tu, selamba ja Diaby ayam-ayamkan. Heh, nama pun dan spesis burung. Memang sesuai sangatlah level kena ayam-ayam. Satu masa dulu, gua sangat frust dengan Abou Diaby. Macam setan punya frust. Ini kerana beliau terlalu injury-prone. Main 1 game, benched 4 bulan…dan begitulah circlenya. Sudah la midfielders Arsenal sebelum-sebelum ini semuanya glory-hunters, ditambah pulak Diaby yang injured memanjang. Habih, sapa yang nak cover tengah? 

Craig Eastmond?

Tapi, gua still ingat apa yang pernah Amar kata dalam twitter beliau:

And I quote:
”Diaby ni, kalau dia fully fit, performance dia memang superb!”

Realitinya? Memang betul. Dan apa yang dipersembahkan oleh Diaby ketika di Anfield merungkai segala persoalan dan mengunci segala tohmahan-tohmahan yang pernah gua lontarkan kepada beliau satu ketika dulu. Disebabkan peranan beliau sudah hampir pasti sebagai pemanas kerusi simpanan, gua agak pelik kenapa Wenger masih belum mahu offload beliau dan menggunakan emergency war chest hasil dari jualan tersebut untuk membida pemain-pemain DM yang lebih hebat seperti Yann Mvila atau defender seperti Victor Wanyama? Ewahh…

Disebabkan Diaby berjaya mengawal zon tengah dengan cemerlang, Cazorla dan Podolski tampak lebih kerap bergerak dan melepasi offside trap. Gila, Cazorla punya individual skill dan vision beliau untuk melakukan through pass memang mantap. Inilah persembahan sebenar seorang talismatic-midfield yang Wenger cari, selepas Cesc. Dengan teknik gentel beliau yang mantap, Podolski kerap ‘disuap’ dan berjaya melakukan beberapa siri rembatan bahaya. Hasilnya, gol pertama Podolski (dan Arsenal) berjaya disumbat bergaya hasil umpanan baik dari Santi.



0-1

Game ni, gua tengok work rate Carl Jenkinson sangat membanggakan. Yes, walaupun crossing beliau tidak semantap dan seseksi Bacary Sagna, tapi gua tak segan mengatakan yang dia berjaya mengawal zon kanan dengan baik sekali. Corak permainan beliau tidak fancy, tapi cukuplah hampir 70% tackles yang dia buat, pass intercepts dan physical body-to-body challenges yang dia dah provide tu sangat superb! Gila betul. Raheem Sterling tak lepas bhaii...tak lepas nak suka-suka crossing sebelah zon Jenkinson. Pendek kata, Jenkinson ni macam orang yg lurus bendul. Kalau orang kata defend, defend saja la yang dia fokus. Yang dia tahu, zone dia tak kena attack selalu, dan winger tak dapat crossing secara bermaharajalela. 

And Nuri Sahin. Hahahaha...kesian pula kalau bercerita pasal mamat ni. Individu yang pernah menjadi hot topic semasa transfer window masih aktif di EPL. Arsenal dah hampir nak dapat khidmat beliau secara pinjaman dah. Tapi apa dia buat? Dia stalled loan deal tu 2 kali, sampai nak hujung-hujung tarikh. Then, Liverpool interfered. Loan deal juga, tapi offer dari Brendan Rodgers datang sekali dengan options untuk beli. Yeah, memang offer tersebut sangat lumayan, dan sebagai manusia biasa yang 'rapuh' dengan duit yang banyak, Sahin join Liverpool.

1st game beliau adalah menentang Arsenal. Kiranya, his attention was to make a statement to Wenger yang dengan ke'awesome'man beliau, beliau mampu meranapkan Arsenal. Tapi, tulah...tuhan sentiasa bersama orang-orang yang teraniaya.

Hasilnya? Payback is a bitch!

* LMAO *

OK, suka gua nak bersembang pasal Olivier Giroud, striker dari Montpellier yang masih tak score-score ini. Yeah…hakikat kalau orang bersembang pasal bola, striker kalau tak reti nak score goal, baik pergi masuk estet dan layan hidu gam saja lah. Tapi, melalui apa yang gua perhatikan, tugas Giroud yang Wenger amanahkan sebenarnya bersesuaian dengan keadaan fizikal, individual skill dan corak larian beliau. Walaupun diletakkan sebagai striker tunggal, gua dengan yakin boleh katakan yang beliau sangat tangkas untuk menang bola goal kick. Start dari 2nd game melawan Stoke, hinggalah ke 3rd menentang Liverpool, Giroud sangat superb bila time nak menang bola goalkick. Ini menunjukkan yang ‘kepala’ beliau sangat berbahaya; dan jika dibiarkan berterusan, kemungkinan Arsenal boleh dapat tambahan gol melalui header.


Bila gua perati balik, pergerakan Cazorla banyak hasil daripada Olivier Giroud. Beliaulah yang membuatkan Santi Cazorla berjaya meloloskan diri dari defensive midfielder dan lebih selesa menggentel bola di depan kotak D lawan. Fungsi Giroud secara amnya adalah untuk ‘menarik’ 1-2 orang pemain pertahanan pelan-pelan untuk menjaganya, dan kesempatan ini bijak digunakan Podolski dan Arteta untuk menghukum situasi. Ya, kalau sembang secara orang kurang berpendidikan tinggi, dah 2-3 orang jaga beliau, memang mustahil lah Giroud untuk menyumbat gol. Giroud bukan Drogba, nak ‘jatuh-jatuh’ dalam kotak penalty. Itu keji!

Tapi memang itulah fungsi beliau.



So, bila ada orang mocking gua kenapa beli striker yang tak boleh nak score, jawapan inilah yang gua akan bentangkan kepada mereka. Defend bhaiii…mesti kena defend. 

Kahkahkah!

Peace out!



P/S: Amboi..bongkaknya entri gua kali ini. Tapi? Ahhh...gua peduli apa... #LOL



Gambar gua rembat dari DailyMail (UK)

Thursday, September 6, 2012

Triple H - Lesnar. The greatest SummerSlam match ever!



Pada perkiraan gua, SummerSlam 2012 dah dekat 2 minggu melabuhkan tirai PPV. Dari pendapat gua sendiri yang tak seberapa ni, matches tahun nie tak gempak sangat berbanding tahun lepas. Tapi, main event yang gua tunggu-tunggu, iaitu Triple H lawan Brock Lesnar memang tidak mengecewakan langsung. In fact, terlalu gempak sampaikan gua sendiri tak jemu ulang DVD 2-3 kali. 


Walaupun Triple H adalah penggusti kegemaran gua, namun dari awal lagi gua dah bajet yang beliau akan kalah di tangan Brock Lesnar. Seriously, fizikal Brock Lesnar sangat besar dan awesome berbanding ketika last match beliau yang gua layan, menentang Bill Goldberg di WrestleMania-2004. Kali ini Brock tampil dengan kepak yg lebih lebar, lengan beliau lebih besar. Agak over kalau gua katakan peliknya badan Brock ni, mcm Franky dalam One Piece selepas 2 tahun ‘dihantar’ ke pulau rahsia Bartholomew Kuma. Gua pun pelik WWE ni. Difahamkan pihak Vince McMahon tidak menawarkan kontrak baru untuk Brock, memaksa beliau meninggalkan WWE untuk ke NJPW (New Japan Pro Wrestling) dan ‘bergocoh’ disana selama 2 tahun. Selepas itu, sebab dah bosan agaknya, Brock quit professional wrestling sekejap dan menjerumuskan diri dalam Mixed Martial Arts, hingga beliau berjaya memenangi gelaran UFC Champions. Power woi…serius power. UFC mana main berlakon-berlakon mcm gusti WWE…


*Bunyi cengkerik….*


OK, back to story. Feud antara Triple H – Lesnar bermula apabila lengan Triple H ‘dipatahkan’ Brock dengan menggunakan teknik Kimura Lock, satu teknik kuncian yang owesome dan khususnya digunapakai dalam gelanggang MMA. Sebab apa Brock buat mcm tu? Contract-offering wise. Siapa yang jadi orang tengah? Sapa lagi kalau bukan ‘The Slimeball’ Paul Heyman.

Dalam gelanggang, masing-masing merenung tajam ke arah lawan mereka. Tapi seriously, Triple H nampak sangat kerdil bila berdepan dengan Brock Lesnar. Atas kertas, memang gua dah jangka Brock akan menang bergaya, dan Triple H won’t even stood a chance to shine. Ewahh! Apa yang gua jangkakan memang betul. Brock meluru padu dan menjatuhkan Triple H ke kanvas gelanggang just like that! Brock menggunakan kelebihan ilmu MMA fighting style beliau di K1-Hero untuk membelasah ‘The Cerebral Asassin’ selembik yang mungkin. Hammerfist, Back head strike dan kombinasi ‘clinch’ bertubi-tubi Triple H tahan. Gua yang tengok banyak kali match ni pun tak terlepas menggigit bucu bantal tanda risau. Takut-takut kalau Triple H cedera teruk, alamat cuti panjanglah beliau 4-5 bulan. Gua punya nervous memang lain macam ketika itu.  Risau….memang risau.

Tak cukup dengan itu, Brock juga memfokuskan kea rah lengan Triple H, yang pernah cedera akibat Kimura Lock. Bermacam-macam moves yang Brock buat untuk melemahkan lengan Triple H. Arm-trap Body Slam atas meja commentator, Jumping Stomp on biceps/triceps dan beberapa siri serangan yang ‘ouchhh!’. Logiknya, with an injured arm, how can he (Triple H) delivers Pedigree, ye dop?


Asakan demi asakan yang Triple H ‘makan’, gua dah boleh agak dia akan tumbang dengan cepat. Namun gua silap, bahkan The King of Kings bangkit dari kelembikan dan terus berusaha menumbangkan Brock. Beberapa siri tumbukan straight ke muka Brock tampak kurang berkesan, namun Triple H menukar strategy dengan mengenakan beberapa huge body-blow ke perut Brock.

Sekali bajet, gua garu kepala juga dengan perancangan Triple H nie. Apa dia ingat dia Big Show ke, ada genggam penumbuk yang besar kalau nak main body blow ni? 7-8 punches di torso, Brock nampak rilek mcm tak ada apa-apa yang berlaku. Tak nampak cedera langsung.

Tapi,

Nyata hemat gua silap. Hentaman demi hentaman di perut menyebabkan Brock Lesnar sukar bernafas. Kesempatan ini diambil Triple H untuk menghempas Brock ke atas meja commentator bagi mencederakan lagi rusuk beliau. Bila Brock dah start penat dan sukar bernafas, Triple H pula mengambil tempat dan mendominasi perlawanan. Brock punya level injury, sampai muntah air tepi gelanggang siakk.  

Tapi, disebabkan ‘skrip’ WWE mengkehendaki Triple H kalau di tangan Brock Lesnar, momentum bar Brock Lesnar dinaikkan secara cheat-code dan terus ‘finisher’ Brock Lesnar memantul-mantul. Triple H yang leka melepaskan tumbukan ke torso Brock Lesnar dapat dihidu. Ketika timing sangat kena, Brock memerangkap lengan Triple H dan terus mengenakan ‘Kimura Lock’ yang bagi gua, move yang sangat devastating. 

Kimura Lock

Seriously, submission move ini sangat bahaya. Bukan main-main punya bahaya. Sejak gua layan MMA dan Bellator, gua pernah tengok beberapafighters yang patah bahu akibat terperangkap dalam ‘submission hold’ ini. Triple H terpaksa tapped-out kerana tidak dapat mencapai tali gelanggang, seterusnya memberikan kemenangan kepada Brock Lesnar.



Gua ambil remote DVD, gua tekan button ‘rewind’ sekali lagi.




photos credit to: College Combat & WWE.com


Thursday, June 28, 2012

Kebolehpakaian Idea Marzuki

Bila dah terlalu asyik di dalam dunia twitter, satu benda yang paling gua tak boleh pandang enteng adalah apabila Echofon, twitter client yang gua guna, gagal melakukan push notification ke paparan skrin telefon gua, tatkala ada mention dari seseorang/tweeps. Ini memang buat gua rasa hendak angkat Samsung Galaxy S3, diselangi dengan beberapa carutan kepada pembangun-pembangun Echofon yang masih gagal membaikpulih ‘bug’ ini. Adalah 2-3 kali Echofon ini minta diupdate kepada versi baru yang lebih stabil, tetapi memandangkan version phone gua masih di takuk lama (Ver 4.1), tugas mengupdate ini seringkali bertukar kepada sessi makian yang separa melampau.

Kenapa gua tak update phone gua?

Ini kerana phone gua ada Cydia, aplikasi JailBreak  yang gua pancing Apek Kedai henfon di Low Yatt suruh install free ke phone gua. Kata apek tersebut, bila dah install Cydia, make sure jangan sekali-kali update version through iTunes, walaupun sering ditanya oleh pihak Apple.Inc. Ini kerana tweak ini bakal menjahanamkan notasi Baseband phone gua. Tapi, apa yang gua rasa bila ada Cydia nie, tak adalah seronok mana. Kekeliruan terutama sekali berlaku bilamana proses mengemaskini perisian-perisian yang ‘legal’ dari iTunes dan ‘illegal’ dari Cydia seringkali berlaku. Sampai satu masa, gua fedap dan mula berniat untuk membuang software Cydia ini jauh dari pandangan. Bila phone gua dah bersih dari ‘haram’, barulah gua boleh kemaskini melalui saluran yang betul dan lebih menjamin kesejahteraan.

Untuk membuang Cydia, beratus juga website-website jailbreaking dan tutorial yang gua dah Google. Ada benda yang gua faham, dan ada jugaklah benda yang terlalu rumit, sampaikan gua rasa fedap nak settle. Tapi, bila memikirkan nasib Echofon gua yang terbengkalai tanpa dikaitkan dengan Twitter, gua teruskan juga. Kalau nak cerita bab komited, Steve Jobs boleh menyesal sebab reject resume gua satu ketika dulu. Heh! Segala macam baseband, perisian tambatan tambahan, semuanya gua kaji.

Tapi, bila benda dah start terlalu komplikated, gua jadi malas.

Dalam melayan perasaan malas itu....

Tiba-tiba, gua teringatkan Marzuki (bukan nama sebenar) yang pernah satu ketika dulu kerja dengan gua di kampeni ini. Beliau juga jenis-jenis mat IT macam gua juga, cuma dia lebih berani dalam bab-bab mengemaskini gajet-gajet berbanding dengan gua. Ya lah, gaji dia besar. Boleh la. Kalau update failed or ‘haywire’, anytime saja dia boleh angkat gajet baru. Iphone gua nie, jenuh kena puasa Isnin-Khamis, kumpul duit baru dapat. Ahh, tinggalkan cerita pasal sedih tak berduit, Marzuki juga pernah install Cydia di Apek Kedai Henfon yang gua beli. Tapi, beliau pernah memberitahu gua, dia hanya guna Cydia selama 4 bulan sahaja, kemudian Cydia itu dibuang dengan jayanya. Dia buang sendiri!

“Yes!” getus gua dalam hati.

Tanpa membuang masa, terus gua cakap phone dan menghantar satu SMS kepada beliau. Dengan harapan, cepat dia baca isi SMS gua, cepat juga dia respon memberi kata balas. Jika timing gua time tu kena, silap-silap hari itu juga gua dah boleh buang Cydia dan dalam masa yang sama boleh proceed untuk update firmware versi 5.1.1.

Plannya, bila phone dah updated, bolehlah pakai Echofon yang updated juga.

Gua tersenyum sendirian. Mengelamun…


BRO…KO PENAH UNINSTALL CYDIA DULU KAN? CEMANA KO BUAT? AJAR LERR…... :P” 

*tekan send*


Punyalah eksaited, siap gua letak ':P' kat hujung SMS gua. Rasa segan pula jika difikir-fikirkan balik, kerana biasanya tanda sebegitu hanya sesuai untuk individu-individu berjenis isteri dan juga makwe-makwe masa gua zaman bujang dahulu. Tapi, demi mengharapkan 'quick solution' dari Marzuki, gua gagahi juga. Harap-harap Marzuki tak salah tafsir...gua straight, woi!

Selang 10 minit selepas itu, phone gua berdering, tanda ada SMS masuk.

Cantek!
Ya, memang itu adalah notifikasi SMS dari Marzuki.

Cepat-cepat gua slide screen untuk melihat kandungan SMS tersebut.

Namun……segalanya tak seperti yang gua harapkan.


......


“KO GOOGLE JER,BRO…”




Itu jam, gua punya feel kecewa memang cukup celaka. Boleh membawak kepada perasaan meluap-luap nak terjun bangunan IKEA.

Kalau setakat nak suruh gua 'cari kat Google', mak mertua gua kat kampung tu pun tahu reply.

Bingai...

Wednesday, June 27, 2012

Pengalaman Saya Menziarahi Kedai Rakyat 1Malaysia

(Disclaimer: Entri ini tidak ditaja oleh mana-mana badan kerajaan…)

Pung! Pang! Pung! Pang!



Sana sini kecoh mengenai kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dikatakan muncul untuk membantu rakyat di Bolehland dalam usaha mengurangi beban kenaikan harga barang yang dialami semua orang. Apa yang gua dengar, ada yang kata barang-barang di kedai ini memang murah, dan sesuai dengan keadaan ekonomi kita yang tak berapa nak ekselen ni. Ada juga yang kata sebaliknya. Jadi sebagai seorang rakyat Bolehland yang prihatin, gua rasa terpanggil untuk melihat dan merasai suasana yang ada di KR1M tersebut. Amacam? Prihatin kan? Ya, gua tahu gua ada gaya-gaya seorang YB.

Untuk makluman semua, KR1M nie tak adalah ‘tumbuh’ di kesemua pelusuk daerah anda. Jika diambil contoh tempat gua  iaitu di Gombak, KR1M paling dekat pun hanyalah di kawasan Wangsa Maju.  Sebenarnya, gua sendiri tak pasti di Gombak ada outlet ke tak, sebabnya gua sendiri belum betul-betul khatam di kawasan pemastautinan baru gua ni. Jadinya, malam itu tatkala selepas selesai melakukan beberapa urusan penting di Wangsa Walk Mall, gua dan Banker Permatang Pauh mengambil keputusan untuk mencemar duli dan menyinggah di KR1M yang letaknya betul-betul tepi jalan, dekat dengan….err, dekat dengan Wangsa Majulah!

Impresi pertama kami setelah menjejakkan kami ke dalam outlet tersebut, apa yang boleh gua katakan hanyalah ‘just nice’. Nak kata ‘Sempoiii’ pun tidak, apatah lagi nak buat reaksi mencebik pun tidak. Susun atur barangan di dalamnya agak kemas dan jika sekali imbas, kebarangkalian untuk anda memikirkan yang anda tengah berada di kedai buat tekstil di gedung kain mungkin tinggi. Iyalah, view semua putih-putih sahaja.

Kenapa putih?

Boleh dikatakan hamper 80% barang-barang dapur di KR1M tersebut disaluti dengan label 1M. Untuk yang tidak tahu, label 1Malaysia secara rasminya berwarna putih. Segala tepung, gula, Sardin dalam Tin, malahan barang-barang cucian sintetik juga dibalut dengan label 1M. Simple dan nampak bersih kata orang. Simple, ringkas. Pimple, jerawat. Boleh beza,kan? OK, tak lawak!

Gua dan Banker mengambil peluang untuk melakukan tawaf di setiap sudut dan pelosok kedai tersebut. Bermula dari rak-rak beras, hinggalah membawa kepada bahagian Tuala Wanita. Jangan terkejut jika gua katakan Tuala Wanita juga ada dari jenama 1Malaysia. Peh, padu! Ini macam Libresse, Kotex dan Laurier payah mau cari makanlah wahai Dear Leader. Kuikuikui! Seperti yang gua bagitau tadi, bukanlah semua benda kat dalam outlet ni 1Malaysia punya barang. Mereka juga masih memasarkan barangan dari produk lain. Ambil contoh detergen, KR1M masih lagi memasarkan jenama Dynamo or Breeze Color. Cuma lokasi dan had letak produk lain agak dianak-tirikan sedikit, dari sudut isolasi. Jika difikirkan balik, mestilah kena isolasi.  Kalau nak duduk sebaris dengan jenama 1M, baik lu orang pergi Carrefour, Giant atau mana-mana Hypermarket berjenama yang gah di Malaysia, ye dop?

Sebut pasal harga, apa yang boleh gua simpulkan disini, memang murah. Paling senang macam inilah, jika lu orang pergi Tesco, nak beli Nescafe 3-in-1 Mild, lu orang pasti akan perasan mesti ada produk-produk dari Tesco sendiri yang dinamakan Tesco Choice. Kalau lu orang pergi Jusco, mesti ada Jusco Selection. Even Econsave sendiri ada brand Econsave Choice. Rata-rata yang ada nama ‘selection/choice’ ni, harganya lebih murah dari produk yang biasa anda beli. Gua pernah try Nescafe 3-in-1 yang Tesco Choice punya, and hmmmm…..feel dia not bad! Rasa boleh tahan, and yet murah sedikit berbanding jenama Nescafe itu sendiri. So, konsep dia sama saja dengan KR1M. Boleh pikir, kan?

Tapi, apa yang best, gua suka pergi dekat dia (KR1M) punya frozen section. Walaupun section tersebut hanyalah beberapa petis ais 2 pintu yang dicantumkan kemas-kemas, tapi rata-rata produk di dalamnya taklah mengecewakan. Karipap Frozen, Cucur Badak Frozen hatta beberapa kuih-muih tradisional yang jenis-jenis frozen lu orang boleh dapat di KR1M. Kalau cerita bab daging burger, dengan harga 6 keping burger daging berjenama ‘Romli’ yang lu orang beli di kedai-kedai runcit tu, lu orang boleh dapat 10 keping di KR1M. Murah,kan? Sosej, Nugget? Sosej berjenama 1M lu orang boleh dapat bawah RM3. Kira orait la kan?

So, Banker Permatang Pauh bercadang untuk mencuba beberapa produk untuk dituitpic kepada follower-follower beliau. Gambar di bawah ni adalah beberapa barang yang kami beli sebagai tanda kenangan kami di kedai tersebut. Eceh, kenangan la sangat. Bunyi macam takmau pergi dah. Kehkehkeh!

So, lu orang agak-agak, berapa total harga barangan di bawah ni?


RM 10.80!

OHH EMM JIII!




Monday, June 25, 2012

Misteri Kehilangan Kudin


Kisah ini berlaku pada hari Jumaat lepas, tatkala kesemua hero-hero muslim seperti gua menuju ke Masjid Tabung Haji untuk bersolat Jumaat. Seperti di entri-entri Solat Jumaat yang lepas, kali ini method perjalanan gua kesana main maintain sama, iaitu berjalan kaki. Kerana, pesan orang tua-tua, setiap langkah kita ke Mesjid untuk menunaikan Solat Jumaat, besar fadhilatnya. Apa? Fadhilat pun tak tahu? Lu orang tak pergi sekolah KAFA petang-petang ke dulu?

Dalam perjalanan tersebut, tika gua melewati Ampang Park, gua terserempak dengan Kudin, member gua yang bekerja di Bank of China, dekat bersebelahan dengan blok tempat kerja gua. Dengan sehelai sejadah yang terselimpang di bahu kiri, gua syak Kudin juga meniru niat gua untuk menunaikan Solat. Mungkin talian hayat yang sering diwat-warkan oleh Kudin sudah habih validnya. Itu pasal minggu ini gua nampak batang hidung dia menyorot langkah-langkah lesu ke rumah Allah.


“PAP!” Gua menepuk bahu Kudin. Terkejut beliau lantas rokok Winston yang baru dicucuh di bibir terlepas jatuh ke tanah.

“Cilaka betul kau ni, Ril. Lenkali bagilah salam dulu!” bentak beliau bengkek, terus mengutip rokoknya yang tergolek di atas jalan.

“Hehehe..rilek ahh bro! Kau ambik lagi rokok tu? Kotor tu bhaii..berkudis bibir ko nanti” pesan gua style abang-abang.

“Alarh..takpe, 5 second rule…kuman tak sempat panjat lagi, ril! ” balas Kudin tersengih.


Gua dan Kudin sama-sama berjalan menuruni Stesen LRT Ampang Park. Dalam perjalanan kami, Kudin tak habis-habis berborak mengenai Samsung Galaxy SIII nya baru dibeli 2 hari lepas. Maklumlah, orang kerja Bank. Sekali dapat bonus, apalah barang 1-2 bulan. Tempat kerja Kudin menetapkan yang kesemua staffnya yang cemerlang ketika tahun lepas, 4 bulan bonus sudah pasti dalam tangan. Jika KPi lebih dasat dari biasa, mungkin ada lagi ekstra 1 bulan. Bayangkan betapa gembiranya Kudin ketika itu kerana timing bonusnya ngam-ngam dengan tarikh pelancaran Telefon Pintar Samsung Galaxy SIII di Malaysia. Gua hanya mengiyakan segala features yang digebang Kudin. Nak didebat rasa malas. Lagipun seperti kata PM, Debat Bukan Budaya Kita. So, gua biarkan sahajalah Kudin dengan sembang kencangnya.

Setelah 10 minit mendengar ‘ceramah teknologi’, kami akhirnya sampai di perkarangan Masjid Tabung Haji. Ramai juga hadirat yang hadir. Cuaca ketika itu pun boleh tahan panasnya. Bahang matahari memang lain macam, hari itu. Cepat-cepat gua mengajak Kudin pergi ke pili air untuk mengambil wudhuk. Cepat setel wudhuk, cepatlah gua dapat cari saf-saf yang berbumbung.

Jemaah sangat ramai, jadinya jika hendak mengambil air sembahyang, terpaksalah gua beratur. Kudin beratur di belakang gua. Tiada apa yang dapat gua sembangkan dengan Kudin ketika ini, kerana beliau amat sibuk bermain dengan telefonnya semata-mata untuk ‘check-in’ di Masjid Tabung Haji. Kudin, Kudin…lu masih hijau lagi dalam berFourSquare ini.

Brader di depan gua yang sedang berwudhuk, sudah sampai part nak membasuh kaki. Jadinya, cepat-cepatlah gua sentengkan seluar dan menyimpan jam tangan di dalam kocek. Bila brader tersebut beredar dari kepala paip, gua terus meluru dan terus mengambil wudhuk. Setelah selesai, gua menoleh ke belakang untuk member ruang kepada turn Kudin pula.

Namun………….

Kudin yang sepatutnya berada di belakang gua hilang dari pandangan.  Yang berdiri tegap dibelakang gua hanyalah seorang brader Liverpool yang memperagakan jersi Warrior yang dari jauh pun gua boleh tahu, Golok Mari. Hairan? Mana perginya mamat ini? Tadi beriya-iya nak bersolat Jumaat. Pada hemat gua, mungkin dia pergi ke tandas..mungkin? Dan mungkin dia pergi menuju ke kepala paip yang lain, yang kosong. Ahhh..biarlah. Kuthbah Jumaat dah masuk Kuthbah ke-2. Jika gua lambat cari saf berbumbung, mungkin gua sembahyang di bawah cahaya matahari lagi minggu ini.


*15 minit berlalu*


Alhamdulillah. Selesai sudah sesi Solat Jumaat minggu tersebut. Gua boleh balik ofis dengan senang hati. Ketika menyarungkan selipar Tat Sing dalam ribuan jemaah yang berpusu-pusu mendapatkan terompah mereka, fikiran gua melayang teringatkan Kudin yang lesap begitu sahaja. Apa kena pula mamat ni? Sakitkah? Sebenarnya, hati gua sedikit berang pun ada. Sampai hati mamat tu tinggalkan gua balik sorang-sorang. Padahal tadi masa berjalan, beliau berapi-rapi nak payung gua Nasik Kandar Pelita. Ini mesti kes tertinggal wallet dalam ofis lah ni. Kalaupun begitu, gua taklah kejam sampai nak paksa beliau belanja juga. Kalau tak boleh minggu ini, minggu lepas pun boleh. Tuntut tetap tuntut!

Sedang fikiran gua melayang-layang bengangkan si Kudin, tiba-tiba telefon gua berbunyi. Perlahan gua seluk ke dalam poket Jeans kiri gua untuk menjawab panggilan tersebut.


“Err..Kudin?” getus gua dalam hati. Apahal pula mamat ni telefon gua?


“Yer bro…apahal? Mana lu lesap ni bhaii?” jawab gua pantas tanpa ‘Helo-Helo’. Hati gua panas.

“Hehehe…bro. Sori la, gua balik opis tadi. Ada masalah sikit…” balas Kudin.

“Ya Rabbi! Jalan punya la jauh, dah sampai Masjid, lu boleh balik pulak? Apahal bro?” gua membuat percubaan mengorek rahsia Kudin. Nak juga gua tahu apahal dia boleh lesap tiba-tiba.

“Err…segan arr gua nak cerita, bhaii..” balas Kudin terkekeh-kekeh.

“Lahh..pasal Nasik Kandar tu, kalau lu tertinggal wallet, pakai duit gua la dulu. Lu ingat gua kedekut sangat ke?”

“Bukan pasal wallet la bro. Wallet aku ada ni ha..tersemat elok belakang bontot”

“Habih tu?”


Kudin terdiam seketika. Gua steady menanti penjelasan Kudin dengan penuh thrill. Orang ramai yang lalu lalang di bahu jalan tepi Ampang Park tidak lagi gua hiraukan. Malah ada juga yang sempat gua siku, kerana terlalu lenggang sangat sampai menyusahkan orang lain yang hendak cepat balik ke opis. Tapi, kalau kes gua, gua nak balik cepat ke opis sebab nak pekena nasik di kedai mamak bawah tu.


“Err…”

“Apahal, Din?”

“Aku…” jawab Kudin tersekat-sekat. 




***



Setel sepinggan Nasik Kandar. Gua naik ke opis.

Bila sampai di opis, gua terus on twitter. Kebetulan geng-geng TwitterJaya sedang bermain Hashtag #BadLuckMalay.  Seronok juga layan hashtag ni, macam-macam ragam orang cuba sedaya upaya untuk menjadi kelakar dalam usaha memancing ribuan RT dari follower. Tiba-tiba, gua teringatkan kes Kudin tadi. Terus gua guna hashtag tersebut sebagai header dan…………POST!



Tak sangka ramai pula yang RT.


Kehkehkeh! Nasib kau la Kudin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...