0-2!
Perghh…ini merupakan satu pencapaian yang buat gua rasa
bangga jadi peminat kelab Meriam London. Honestly, gua tak expect langsung
Arsenal boleh menang di Anfield.
Walaupun tak menang besar, tapi 2 gol dari Podolski dan Cazorla sudah cukup
untuk membuatkan fan-fan Merseyside ternganga besar. Gua dah cakap dah dulu,
Arsenal memang power, dan Arsenal tak pernah goyang jika kehilangan star-star
player yang berhijrah ke kelab lain untuk meraih duit gaji lebih ataupun
julangan piala.
So, seperti biasa, Gameweek-3 ni gua dapat layan secara full
di rumah sendiri. Setelah gua dengan sengaja terpaksa miss Gameweek-1 kerana
ketiadaan Astro di kampung dan Gameweek-2 disebabkan ada hal diluar. Sehingga
di gameweek-2, skuad Arsenal dikatakan masih terkial-kial mencari rentak
serangan dan cara bertahan. Spekulasi mengatakan Arsenal bakal tenggelam dengan
ketiadaan Alex Song yang blah ke ‘kelab budak-budak theather’ menguatkan lagi
kenyataan dari mulut-mulut lantang khususnya penyokong MUnyet dan chelSHIT.
Tapi, apa yang mereka tak tahu, 2 game first Arsenal, defenders kami sangat
mantap. Bolos pun tidak. Tapi tu lah, bak kata Harith Iskander, we always
stated the obvious. Kalau dah tak score langsung, eventough tak bolos…maknanya
still hampeh!
Tapi, selepas menewaskan Liverpool di Anfield, these so
called ‘expert pundits’ nie terus diam. Yeah, we have beaten Liverpool and we
have the right to brag about it for the entire weeks. Walaupun semua orang
cakap Liverpool dah tak kuat masa zaman Rafa, tapi kelab tersebut masih
mempunyai corak serangan yang mantap disamping short-pass yang sistematik.
Kelibat Luis Suarez yang ‘tak reti nak duduk diam’ dan Raheem Sterling yang
sangat laju membuatkan setiap serangan dari sayap kiri mereka sangat bahaya.
Tapi tulah, Arsene Wenger nie…takkan nak tengok saja, ye
tak?
Wenger masih mengekalkan formasi 4-5-1 untuk menyekat
kemaraan Joe Allen dan Gerrard dari memonopoli bahagian tengah. Barisan
pertahanan waktu itu dibarisi oleh Jenkinson, Mertesacker, Vermaelen dan Gibbs
nyata agak berhempas pulak menahan serangan bertalu dari Suarez. Wenger
meletakkan Abou Diaby, Arteta, Cazorla, Podolski dan Oxlade-Chamberlain di
bahagian tengah sementara Giroud dibiarkan ‘usang’ di atas. Nyatanya,
percaturan Wenger kali ini sangat SSSSSUUUUUUPERRR!
Untuk pertama kalinya, gua yang dari dulu tidak yakin
langsung dengan Abou Diaby nie ternganga melihat prestasi mantap beliau dalam
mengemudi bahagian defensive midfielder. Gila, dengan gaya permainan yang
‘soft’, setiap conservative tackle yang dibuat oleh Diaby sangat ohsem! dan
mengingatkan gua terhadap Patrick Vieira yang pernah awesome satu ketika dulu.
Cara beliau hold-up ball, dan short-flick dengan Cazorla sangat ART hingga
membuatkan gua jizzed. Setakat Nuri Sahin tu, selamba ja Diaby ayam-ayamkan.
Heh, nama pun dan spesis burung. Memang sesuai sangatlah level kena ayam-ayam. Satu masa dulu, gua sangat frust dengan Abou Diaby. Macam setan punya frust. Ini
kerana beliau terlalu injury-prone. Main 1 game, benched 4 bulan…dan begitulah
circlenya. Sudah la midfielders Arsenal sebelum-sebelum ini semuanya
glory-hunters, ditambah pulak Diaby yang injured memanjang. Habih, sapa yang
nak cover tengah?
Craig Eastmond?
Tapi, gua still ingat apa yang pernah Amar kata dalam
twitter beliau:
And I quote:
”Diaby ni, kalau dia fully fit, performance dia
memang superb!”
Realitinya? Memang betul. Dan apa yang dipersembahkan oleh Diaby
ketika di Anfield merungkai segala persoalan dan mengunci segala
tohmahan-tohmahan yang pernah gua lontarkan kepada beliau satu ketika dulu. Disebabkan
peranan beliau sudah hampir pasti sebagai pemanas kerusi simpanan, gua agak
pelik kenapa Wenger masih belum mahu offload beliau dan menggunakan emergency
war chest hasil dari jualan tersebut untuk membida pemain-pemain DM yang lebih
hebat seperti Yann Mvila atau defender seperti Victor Wanyama? Ewahh…
Disebabkan Diaby berjaya mengawal zon tengah dengan
cemerlang, Cazorla dan Podolski tampak lebih kerap bergerak dan melepasi
offside trap. Gila, Cazorla punya individual skill dan vision beliau untuk
melakukan through pass memang mantap. Inilah persembahan sebenar seorang
talismatic-midfield yang Wenger cari, selepas Cesc. Dengan teknik gentel beliau
yang mantap, Podolski kerap ‘disuap’ dan berjaya melakukan beberapa siri
rembatan bahaya. Hasilnya, gol pertama Podolski (dan Arsenal) berjaya disumbat
bergaya hasil umpanan baik dari Santi.
0-1
Game ni, gua tengok work rate Carl Jenkinson sangat membanggakan. Yes, walaupun crossing beliau tidak semantap dan seseksi Bacary Sagna, tapi gua tak segan mengatakan yang dia berjaya mengawal zon kanan dengan baik sekali. Corak permainan beliau tidak fancy, tapi cukuplah hampir 70% tackles yang dia buat, pass intercepts dan physical body-to-body challenges yang dia dah provide tu sangat superb! Gila betul. Raheem Sterling tak lepas bhaii...tak lepas nak suka-suka crossing sebelah zon Jenkinson. Pendek kata, Jenkinson ni macam orang yg lurus bendul. Kalau orang kata defend, defend saja la yang dia fokus. Yang dia tahu, zone dia tak kena attack selalu, dan winger tak dapat crossing secara bermaharajalela.
And Nuri Sahin. Hahahaha...kesian pula kalau bercerita pasal mamat ni. Individu yang pernah menjadi hot topic semasa transfer window masih aktif di EPL. Arsenal dah hampir nak dapat khidmat beliau secara pinjaman dah. Tapi apa dia buat? Dia stalled loan deal tu 2 kali, sampai nak hujung-hujung tarikh. Then, Liverpool interfered. Loan deal juga, tapi offer dari Brendan Rodgers datang sekali dengan options untuk beli. Yeah, memang offer tersebut sangat lumayan, dan sebagai manusia biasa yang 'rapuh' dengan duit yang banyak, Sahin join Liverpool.
1st game beliau adalah menentang Arsenal. Kiranya, his attention was to make a statement to Wenger yang dengan ke'awesome'man beliau, beliau mampu meranapkan Arsenal. Tapi, tulah...tuhan sentiasa bersama orang-orang yang teraniaya.
Hasilnya? Payback is a bitch!
* LMAO *
OK, suka gua nak bersembang pasal Olivier Giroud,
striker dari Montpellier yang masih tak score-score ini. Yeah…hakikat kalau orang
bersembang pasal bola, striker kalau tak reti nak score goal, baik pergi masuk estet dan layan hidu gam saja lah. Tapi, melalui apa yang gua perhatikan, tugas
Giroud yang Wenger amanahkan sebenarnya bersesuaian dengan keadaan fizikal,
individual skill dan corak larian beliau. Walaupun diletakkan sebagai striker
tunggal, gua dengan yakin boleh katakan yang beliau sangat tangkas untuk menang
bola goal kick. Start dari 2nd game melawan Stoke, hinggalah ke 3rd
menentang Liverpool, Giroud sangat superb bila time nak menang bola goalkick.
Ini menunjukkan yang ‘kepala’ beliau sangat berbahaya; dan jika dibiarkan
berterusan, kemungkinan Arsenal boleh dapat tambahan gol melalui header.
Bila gua perati balik, pergerakan Cazorla banyak hasil
daripada Olivier Giroud. Beliaulah yang membuatkan Santi Cazorla berjaya
meloloskan diri dari defensive midfielder dan lebih selesa menggentel bola di
depan kotak D lawan. Fungsi Giroud secara amnya adalah untuk ‘menarik’ 1-2
orang pemain pertahanan pelan-pelan untuk menjaganya, dan kesempatan ini bijak
digunakan Podolski dan Arteta untuk menghukum situasi. Ya, kalau sembang secara
orang kurang berpendidikan tinggi, dah 2-3 orang jaga beliau, memang mustahil
lah Giroud untuk menyumbat gol. Giroud bukan Drogba, nak ‘jatuh-jatuh’ dalam
kotak penalty. Itu keji!
Tapi memang itulah fungsi beliau.
So, bila ada orang mocking gua kenapa beli striker yang tak
boleh nak score, jawapan inilah yang gua akan bentangkan kepada mereka. Defend
bhaiii…mesti kena defend.
Kahkahkah!
Peace out!
P/S: Amboi..bongkaknya entri gua kali ini. Tapi? Ahhh...gua peduli apa... #LOL
Gambar gua rembat dari DailyMail (UK)
5 comments:
Wah...bukan main bongkak lg yer....best nie time kene nanti tak rase bersalah la nak kutuk pasnie....hehehe
hahaha...kasik chance la abe. Sebab tak boleh bongkak selalu la gua terpaksa mempergunakan masa ini untuk bongkak seadanya. Nanti dah tak boleh dah...I kinda see that coming, actually.
ngeh ngeh ngeh!
Senyum tu sedekah....bagus...bagus...bagus kawanku.
Gila analisis detail! Harap2 Arsenal kekal momentum, tak macam season lepas mula2 pecut kemain. Last2 pancit!
ParkAir:
Eh..parkAir..season lepas starting dah pancit kaw-kaw, siap bolos 8-2 lagi. Tapi lepas Arteta masuk, team dah start mengancam. Tapi at last trpaksa berpuas hati no.3 saja. Season ni insyaAllah ada harapan nak excell. Tapi tu pun kalau player-player bernasib baiklah (dari segi injury).
Amin~
Post a Comment