Showing posts with label nie sekadar pendapat gua lu orang jangan pukul gua pulak. Show all posts
Showing posts with label nie sekadar pendapat gua lu orang jangan pukul gua pulak. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

Mengikut Arahan



Orang kita ni, serba serbi lengkap kalau nak diikutkan. Perwatakan, tip top. Culture kita cantik dan diiktiraf dalam hal-hal pembelajaran sahsiah dan sosial. Makanan kita sedap. Ruling goverment kita orait (disclaimer: gua atas pagar. Belah sini pun bukan, belah sana pun bukan), keadaan ekonomi kita berada dalam proses untuk 'berubah', demi nak mencapai wawasan 2020.

What I'm trying to say, kita dan apa yang kita ada ni..sebenarnya kalau lu orang sedar atau tak, adalah partial-partial untuk menuju ke status negara maju.


Tuesday, January 15, 2013

Off The Pill : Melampau Gila



Lepas balik dari kelas tadi, entah kenapa hari ini tekak gua terasa nak makan cempedak goreng. Lain betul dia punya perasaaan hari ni. Tak seperti hari Ahad yang biasa-biasa, yang biasanya gua akan turut-turut beratur memegang pinggan nasik bersama puluhan rakyat marhaen Gombak yang gemar singgah makan nasik di Sri Ayu. Tapi, sebaliknya hari ni, gua teringin nak makan cucur pula.

Diet? Mungkin kot?

Sebab doktor yang check gua minggu lepas komen:
"Awak ini, rupa sudah tampan, tapi satu saja masalah awak. Awak BERAT..."

I was like...DAFUQ?

Itu scene masa gua kena attend medical checkup untuk mengesahkan gua qualify untuk jadi seorang student ni Universiti tempat gua belajar ni. Tapi itu punya hal nanti la gua cerita.

Lepas hantar Banker Permatang Pauh balik rumah, gua straight start motor pergi Sri Ayu. 3 minit saja gua dah sampai, memandangkan dari rumah gua tu, jengoi saja dah nampak deretan kedai Sri Ayu. Lu tau ke apa tu jengoi? Sah lu bukan orang utara. Jengoi tu, perbuatan mengusyar sesuatu kejadian dari jauh dengan sekadar memanjangkan tengkuk dari satu sudut. Yang mana bebudak yang nak repeat paper kenegaraan ni, elok la salin definisi yang gua bagi tadi. Jangan kata gua tak ingatkan pulak!

Sesampai di Sri Ayu, gua terus meluru pergi ke bahagian menjual makanan-makanan ringan. Sri Ayu nie kalau lu orang nak tahu, dia terbahagi kepada beberapa section. Ada section nasik putih, ada section kuah/lauk-pauk, ada section ulam-ulam, ada section sambal belacan dan bahan cicahan dan tak lupa jugak section makanan petang. Goreng Pisang dan Cempedak Goreng sebenarnya masuk dalam kategori ringan-ringan.

"Kak, bagi goreng pisang RM4. Erm...cempedak goreng ni bagi RM2 dah la.." steady gua placing order macam yang gua selalu buat kat kaunter Kentaki.

"OK..." kakak yang jaga kaunter cucur pun balas pendek.

Sesudah setel membuat pesanan, gua mengeluarkan phone gua lalu membelek-belek twitter, takut-takut kalau ada push notification yang tak dijawab, nanti orang claim gua sombong pula. Sementara itu suasana di Sri Ayu seperti hari-hari minggu yang biasa. Kecoh, riuh dan sesak dengan rakyat yang segan nak masak nasik dan goreng lauk sendiri.

Sebenarnya gua paham benar kenapa ramai diantara kita memilih untuk makan di luar berbanding mengerjakan tulang empat kerat ini untuk 'bersilat' di dapur. Peredaran zaman yang pantas membuatkan kita semua ini tidak lagi boleh bersila panggung bermain dengan masa. Bahkan, sebaliknya kita pula sebenarnya yang terkinja-kinja mengejar masa. Barang makin mahal. Tuntutan kerja makin lama makin merisaukan. Kaum lelaki sekarang tidak lagi menjadi the only bread winner dalam organisasi kekeluargaan. Gua lihat, sekarang hak mencari rezeki dan mengatur kelicinan rumahtangga juga ditanggung oleh kaum pempuan zaman sekarang. Disebabkan kedua-duanya bekerja, jadi masa untuk bersenang lenang dirumah tidak lagi boleh dijadikan satu kelebihan. Hentikan impian lu orang semua untuk mencipta moment-moment romantis, bermesra-mesra dan bermain tepung menepung di dapur antara suami dan isteri seperti dalam filem-filem barat. Itu semua bohong belaka! Disebabkan percambahan teknologi dan segala macam pembaharuan dalam kehendak kendiri, kita semua terpaksa bekerja keras untuk membayar bil apa kelancau itu ini! Bertungkus lumus dari Isnin sampai Jumaat semata-mata untuk memenuhi KPi. Jadinya, apa nak buat bila cuti Sabtu/Ahad? Nak masak? Lupakan.....baik tido, ye tak?

Cilaka.Apa yang gua nak cerita tadi?

"Nah dik, semuanya RM6" sapa kakak kaunter cucur sambil menghulurkan 2 bungkus beg plastik kecik berisi kuih.

Gua sambut beg plastik itu sambil tersengih. 3 keping not RM2 gua hulur kemas dan terus menuju ke motorsikal gua. Disebabkan terlalu lapar dan tak tahan dengan aroma wangi bau cempedak goreng, sesampai saja di motorsikal, gua terus membuka plastik berisi cempedak itu serta-merta. Lapar bhai. Lapar sampai gua rasa gua tak boleh lagi kontrol hensem depan makwe-makwe yang datang makan nasik di sini. Bila plastik dah gua buka, pelan-pelan gua seluk tangan ke dalamnya dan......

"Eh?"
"Takkan tiga bijik?"

Gua terdiam seketika. Gua bukak plastik cempedak tu luas-luas dan mengira bilangan cucur yang ada di dalam itu. Ya, tangan gua tak menipu. Memang hanya 3 bijik saja cempedak goreng dalam plastik tu.

Pada hemat gua, mungkin akak yang isi cucur tadi tersilap isi agaknya. Disebabkan orang ramai, kakak itu terlalu kalut sampai bilangan cempedak goreng gua pun dia dah salah isi. 3 bijik ni, gua nak lantak apanya? Baik gua pergi kedai mamak beli twisties. Ye tak?

Gua mengambil keputusan untuk pergi semua ke kaunter cucur kakak tersebut untuk menghendakkan kepastian. Ya lah, kita pengguna. Kita juga ada hak nak tau tentang produk yang kita beli ni. Entah-tipu entah tidak, kita perlu jua dapat jawapan. Ini perkara serius. Gua dah penat kena tipu sebenarnya. Lebih lagi dalam soal menda makanan.

"Kak...sebenarnya, cempedak goreng ni kira macamana?" tanya gua.
"Cempedak goreng ni, 3 bijik RM2, dik...." balas akak tu. Pendek.

Gua telan air liur.

Remuk juga hati gua bila ingat balik apa yang terpacul dari bibir kakak kaunter cucur tersebut. Serius lain macam punya remuk gua rasa pada tika itu. Kecewa, frust dan marah bersulam tiba. Gua ingatkan selama ini insiden gua tertengok video "2 Girls 1 Cup'' tu dah cukup membuatkan gua 'down' sampai tak lalu makan, rupanya scene kena katok pasal cempedak goreng ni lagi teruk dia punya frust.

Gua start motor dan balik ke rumah. Kecewa. Itu jam, gua sebenarnya tak fikir langsung pasal kesesakan lalulintas yang kian menular di Sri Gombak. Nasib baik gua tak eksiden. Sedar-sedar saja, gua dah park motor betul-betul depan pokok pelam depan pagar rumah. Gua perhati semula plastik goreng pisang dan cempedak goreng yang terletak elok dalam raga motosikal. Sambil menyalakan sebarang rokok, gua bertenggek di tempat duduk motor sambil merenung jauh ke arah KLCC. (Ok, benda ni gua tak tipu. Dari rumah gua memang betul-betul boleh nampak KLCC.)

Kenapa gua frust?

Cempedak goreng ni adalah antara cucur kegemaran gua sejak kecik. Zaman kecik gua yang paling gua ingat adalah scene ''tolong" arwah mak gua goreng cucur cempedak dekat dapur sampai jari telunjuk kanan gua tercelup dalam minyak panas. Punya nak makan menda alah tu, sampai gua ingkar amaran arwah mak dan pergi goreng sendiri. Budak 5 tahun cuba nak berdikari hendel scene-scene goreng. Hah, ambik kau. Berparut jari gua sampai sekarang. Seumur hidup gua, yang gua tahu, tak ada satu jenis kuih pun yang dapat menandingi kesedapan cempedak goreng. Serius shit, ini perkara benar. Walaupun cucur ini biasanya diekori rapat oleh kuih ketayap, tapi cempedak goreng ada keistimewaannya yang tersendiri. Aromanya yang wangi, isinya yang manis dan teknik gorengnya yang simple; sentiasa membuatkan juadah ini sentiasa hit di hati gua. Kalau cempedak goreng diketengahkan dalam medium twitter, sudah pastilah umat manusia akan dipecah belahkan dengan hastag masing-masing. Contohnya, gua mungkin akan menjadi #TeamCempedakGoreng. Orang lain gua tak tahulah. Mungkin ada #TeamKaripapIKEA atau #TeamDurianCrepe. Sapa tahu, ye tak?

3 bijik cempedak goreng, mereka caj sampai RM2. Ini adalah benda yang paling ridikeles yang pernah gua alami.

Gila!

Cempedak goreng sepatutnya menjadi makanan rakyat marhaen, golongan kelas sederhana macam gua. Ia tidak boleh terlalu mahal, dan tak boleh terlalu murah. Kalau terlalu mahal, menu ini akan masuk ke dalam carta makanan orang kaya. Akan jadi mainstream. Ini tidak adil. Harga yang terlalu mahal dengan nilai kesedapan cempedak goreng tidak boleh diambil kesempatan. Kami penduduk Sri Gombak ni bukan semuanya kerja engineer Petronaih yang bonus sampai setengah tahun! Kami hanya rakyat biasa, yang makan gaji dari pukul 9-5, Monday to Friday. Apa yang gua takut, satu hari nanti bakal muncul satu trend di mana cucur ini dijual secara Combo Deals di Starbucks. Sapa tahu? Super Savers! Get 5 pieces of Cempedak Goreng with every purchase of one Java Chip frappucino.

"Hey gurls....I'm gonna go to Starbuck. You girls want anything?"
"Oh yeah...can you get me those delicious-super-hot Cempedak Goreng?"
"Sure bitches...see ya later."
"Ciao!"

(cue: adegan beberapa bimbos menconteng mekap ke muka masing-masing di washroom hotel 5 bintang )

Ini tak mustahil.

Barang mahal. Semua mahal. Sampai kuih-muih tradisional yang gua suka pun sekarang dah jadi tak relevan. Sedikit sebanyak gua rasa hampa dengan pihak berwajib yang mengawal harga barang. Ahh...zaman dah berubah. Dulu orang kerja pagi-petang bertungkus lumus meredah jem di lebuhraya semata-mata hendak mencari rezeki sesuap nasik buat mulut sendiri, mulut isteri dan mulut anak-anak. Sekarang punya scene, kerja teruk-teruk semata-mata hendak bayar bil internet, bil Unifi dan Astro yang dah naik harga macam *toooooooooooot*. Kesempatan macam ni la diambil oleh makcik-makcik yang mengusahakan bisnes kecil-kecilan jual kuih. Mungkin pada hemat mereka, bil bulanan telefon pintar yang mahal tu pun mampu dibayar, inikan pulak nak beli cempedak goreng 3-2 ringgit, ye tak?

Ahhh!

Ini tak boleh jadi.

Gua keluarkan handphone gua yang terselit dalam kocek seluar. Slide untuk membuka kekunci dan terus telefon tokwan gua. Macam biasa, kalau telefon tokwan, kena tunggu sampai ringer yang ke-15 barulah dia angkat. Disebabkan faktor usia dan tenaga, dan untuk beliau naik ke tangga semata-mata untuk mengangkat telefon, ia memerlukan penggunaan kudrat yang optimum. Heck, dulu masa muda Tokwan gua hebat, lu orang tau tak? Setakat tupai yang lari laju tu, selamba saja dia tangkap, bare-hand! Betul gua tak tipu ni. Ini cerita betul.

*kelecak*
Tokwan angkat telefon.
Gua beri salam.
Tokwan jawab salam.
Tokwan tanya "Hang nak apa?"
Gua jawab:



***



"Nak tanam pokok Cempedak ni macamana?"

.....................


Friday, December 21, 2012

Off The Pill : Takbur


Hari nie sebenarnya ada dua benda yang orang betul-betul dan pura-pura "buat ramai" di twitter.

Pertamanya, hal-hal pasal 'End of The World'. Entah kenapa la lu orang yang cerdik pandai masuk universiti score anugerah dekan nie tiap-tiap semester, pergi percaya pasal Mayan punya prediction ni tak tahu? Macam biasa la, kat twitter, bersepah la tuit-tuit orang yang 'nak tunjuk pandai' bersembang pasal hal-hal Mayan ni. Prediksi kiamat berlapik la, the real 2012 agenda la. Bla..bla...bla. Entah-entah, perkataan 'Mayan' pun diorang baru dengar apa? Tu pun sebab sign-up akaun twitter.  Kalau masih sangkut kat Tagged, gua rasa selak kamus juga nak tahu Mayan tu menda.

Ahhh...lantak la. Gua malas ambik pot.

Keduanya, pasal hal Chempiens League. Group-group yang layak ke 2nd round sa-lepas berhempas pulas masa peringkat grouping nie, memang tak boleh lari dari rasa berdebor nak tahu team yang kita 'puyu' (read:sokong) bakal jumpa dengan siapa.

Heh, ini baru betul punya Adrenaline Rush. Start dari pukul 4 petang tadi kat ofis, gua dah tak senang duduk. Tangan geli saja nak check twitter kejap-kejap. Keputusannya, Arsenal jumpa Bayern Munchen di 2nd round. Dari awal gua dah bajet mesti jumpa Barcelona, sebab Arsenal dengan Barcelona ni orang kata dah macam adik beradik tido sekatil. Yeah, Barca memang hebat. Tapi, kalau nak test level mana kemampuan pasukan yang kita sorak, better jumpa yang kuat awal-awal yer tak. Eleh, Barcelona dengan Celtic dulu pun struggle juga nak menang. Takdelah hebat mana pun, yer tak?

Ah, Bayern pun Bayern la. Sapa cecah, kami 'sauk!'.

Nampak? Bongkak kan?

Kalau nak ikut jujur hati ni, gua rasa Arsenal boleh makan Bayern. Mungkin tak kaw-kaw, tapi sekadar menang agregat 3-2 pun gua dah rasa OK. Eleh, stakat Bayern ni, tak goyang la. Lain la kalau jumpa Real Madrid. Ha, itu gua patut panik pesen gigit-gigit bucu bantal. Major key to success, Cazorla kena fit. Poldy kena fit. Walcott kena fit. Kena ada speed lawan team-team dari liga Jerman ni. Itu saja taktik nak hidup. Kalau bahasa nampak brilliant sikit, 'survival tactics' orang kulit putih kata!

Man United. Apa yang gua boleh komen, adalah 'Padan Muka' saja la. Mohon Pepe training tendang kaki mannequin banyak-banyak, Ronaldo training long-shot cukup-cukup. Selama ni, Man Utd memanjang jumpa yg senang-senang saja. Bio deme ghase! Real Madrid nie macam Chitauri. Man Utd ni pula macam Frost Giant. Hah, elok la. Kuasa jahat bertemu dengan kuasa jahat. Ye tak?

Kehkehkeh!

Lain-lain pertemuan kelab-kelab yang tak penting adalah:
  • Galatasaray vs Schalke04
  • Celtic vs Juventus
  • Shakhtar Donestk vs Borussia Dortmund
  • AC Milan vs Barcelona (Booooo)
  • Real Madrid vs Man.Utd
  • Valencia vs Paris St.Germain
  • Porto vs Malaga


Eh......jap? Mana Chelsea? 




Wednesday, September 19, 2012

Tak semua orang boleh "Move On"...




Hari ni kerja opis banyak seperti biasa. Tapi, itu tak menjadi halangan kepada gua untuk sekali sekala membelek-belek iPhone dan membaca pukalan tweets yang bersarang di susur masa sejak dari tengah malam semalam. Ini adalah sindrom biasa bagi orang yang seronok main twitter. Ahh, lu orang parti fesbuk, lu orang mana tahu!

Tadi, gua ada terjumpa satu tweet dari DailyMail UK berkenaan dengan Cesc Fabregas yang akhir-akhir ini dikatakan banyak mengeluarkan kenyataan memuji-muji Arsene Wenger dan pencapai Arsenal pada musim ini. Dalam Artikel tersebut, Cesc menyangkal dakwaan kelab-kelab bola gergasi Eropah yang Arsenal sudah hilang taring dan sudah boleh di’write-off’ bagi member laluan kepada kelab yang lebih layak. Pergh, macam jilaka sungguh Journos kolum sukan Eropah ni, kan?

Kenapa Gooners benci pada Cesc?

Sebagai seorang Gooners, tindakan Cesc yang lari balik ke boyhood kelab sedikit sebanyak menampakkan dia seorang yang gloryhunter yang sangat keji. Jujur gua kata, Cesc Fabregas adalah midfield terbaik Arsenal satu ketika dulu. Bakatnya yang superb dalam membuat hantaran, skill on avoiding horror tackles dan bakat mengemudi jentera tengah menjadikan beliau seorang midfield yang digeruni pada usia yang sangat muda. Tapi itulah, mungkin disebabkan faktor ‘homesick’ untuk balik ke Spain, dan ketika itu juga ramai penyokong Barcelona menyifatkan Cesc adalah calon pengganti yang sesuai sekiranya Xavi memilih jalan untuk bersara. 

So, rapuhnya seorang Cesc, beliau memaksa Arsene Wenger meletakkan nama beliau di dalam senarai player yang available untuk dijual. Yeah, Barcelona yang pada itu dikendali di bawah Pep Guardiola memang sudah lama target mamat ni. Nama Fabregas sudah lama bersawang di dalam shopping cart mereka. Mulanya, Wenger berkeras tak mahu menjual, tapi akhirnya akur dengan yuran perpindahan sebanyak 34 juta Euro. Yang sadisnya, bila deal 100% complete, tabloid Sepanyol menyifatkan Barcelona sign Cesc dengan harga yang sangat murah. Kenyataan seumpama itu adalah ibarat melempar mancis ke balang kerosene. Penyokong Arsenal memang hangin!

Pada mata penyokong Gunners, Cesc blah pada ketika Arsenal tengah susah dan struggle untuk menang. Sangat tidak sesuai. Timing tak kena langsung. Effect daripada ketiadaan beliau, Arsenal sangat susah untuk menang pada setiap perlawanan. Ketiadaan beliau memang sangat dirasakan. Peristiwa paling menyayat hati adalah apabila dimalukan Manchester United 8-2 di Old Trafford. Gila bhaii, 8 bijik Szczesny bolos. Rilek saja. Keeper yang bolos sebegini banyak sepatutnya disuruh balik kampung dan hidu gam tayar. Itu gua rasa lagi elok. Van Persie (waktu itu) struggle untuk perform, midfield tak beroperasi dengan sistematik dan our defenders were suck! Really suck!

8-2. Yeah, those were the days…

Waktu itu memang sangat malu. Kat twitter seminggu tak stop-stop kena troll. Arsenal kelab tadika yang pelihara anak-anak ikan la, Mamy Poko dan Wenger dah sain MOU untuk keluarkan Lampin-pakai-buang Edisi Terhad Arsene Wenger la…bla bla bla bla. Itu yang kat twitter, gua juga terpaksa berhadapan dengan penyokong EPL tegar di ofis ni lagi la. Kena troll sikit, gua pergi menyorok dalam stor menangis kat penjuru. Gila rapuh gua time tuh. Waktu itu, gua sangat marah dengan Cesc. Macam setan punya marah. Kalau arwah bapak gua ni seorang kadi, gua tak izin dia kadikan majlis perkahwinan Fabregas. Gila babi punya marah! I was soo fukken pissed!

(Ok, part menangis dekat penjuru tu gua kelentong saja. Sapa percaya, mak dia belen!)

Tapi, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Nak dijadikan cerita, seminggu selepas dimalukan, Wenger berjaya sign 4 player baru untuk membantu mengemudi jentera formasi. Gua ingat lagi, waktu itu Wenger sign Mikel Arteta dari Everton, seorang mid-field yang dah lama gua minat. Serius gua minat. Ini bukan cerita main-main or saja nak up. Masa gua main CM (Championship Manager…sekarang ni dah tukar jadi Football Manager), Arteta adalah player yang gua wajib beli tak kira kelab apa pun yang gua main. Masa tu, Arteta adalah hero Glasgow Rangers. Pergh! Tak sangka impian sign beliau di laman virtual menjadi reality akhirnya. Gila riang gua waktu itu. Tuhan saja yang tau berapa tinggi gua meloncat kegirangan. Other than Arteta, Wenger juga sign Andre Santos dari Fenerbache, Per Mertesacker dari Werder Bremen dan Park Chu-Young dari Monaco.

Pelan-pelan Arsenal develop momentum untuk menang setiap game. Perlawanan demi perlawanan kami (kami?) tempuh dengan bersemangat dan akhirnya percaturan Arsene Wenger membuahkan hasil. Jentera midfield kembali awesome. Rembatan kencang Van Persie sudah mula mencari jaring lawan dan barisan pertahanan kembali terkawal. Kelab demi kelab Arsenal berjaya tumpaskan dengan machonya, dan perlahan-lahan jugalah peritnya tiada Fabregas dapat dikikis dari kepala hotak. Seriously, melihatkan kredibiliti Mikel Arteta di tengah padang, dibantu oleh Tomas Rosicky, Alex Song dan Aaron Ramsey membuatkan kami para Gooners sudah berani claim :”No Fabregas No Problem..”. Yeah, waktu itu kestabilan pasukan berjaya dikekalkan.

Honestly, pada pendapat gua, there’s no loyalty in football. Players will come and go. Bila Jack Wilshere kata “I’m a Gunner till I die….”, gua kaw-kaw punya gelak. Masa lu belum sampai, Jack. Belum sampai. Gua percaya, bila lu dah setaraf dengan Cesc nanti, mentality lu mesti berubah punya. So, think before mouthing-out any stupid statements. Gua bercakap dari sudut realistik. Ada betulnya hasrat Cesc untuk keluar dari Arsenal. Gua tak salahkan dia 100%. 7 years without a single trophy and he has made the right decision to leave this club. Somehow kalau dia terus stay, ini akan mencacatkan perjalanan karier bolasepak beliau. Let say, if kita tanya seorang pemain bola sepak, kenapa dia main bola sepak? Rata-rata jawapan tipikal mereka mesti akan jawab untuk piala, untuk medal, dan untuk income. Samalah macam scene karier kita. Kalau dah bertahun-tahun tak ada kenaikan gaji, tak ada bonus, should we stay? Somehow it’s not good for our career path and most of us will leave in searching for a better future.

Cuma….

Seperti gua kata tadi, Fabregas blah pada timing yang sangat tak kena. Serius tak kena. Itu saja yang kami marah.

Ah, sudahlah. Lets forget about him.  Now we have Santi Cazorla, the talismanic midfielder. And also we still have Jack Wilshere in our squad, who is still recovering from a serious knee injury. Arteta? Heh, beliau tetap awesome di mata gua. Diaby juga sekarang tengah on-form. I think Fabregas should move on with his ‘boyhood’ club and stop pretending that he still loves Arsenal. Stop praising and making any statements about us (good or bad) going through harsh times. Seriously, you don’t know what it feels like, because you weren’t there. We surely can make it without you, positively. Thank you Fabregas, and now scram! Go play elsewhere…!

Gua tau gua dah OK.

Cuma…



Tak semua orang mudah memaafkan. Especially Amar. Gua tau dia masih berdendam dengan Fabregas. Calar di hatinya masih berdarah. Parut dijantungnya masih berkuping. Buktinya?

Ini tweet dari DailyMail:


Ini tweet yang gua respond:


Ini tweet yang Amar balas:


Hati kau keras, Amar…hati kau keras!



Kehkehkeh!







Artikel gua cedok dari: DailyMail
Screen-cap Amar: Twitter 

Tuesday, September 11, 2012

Arsenal Power, Diaby Mantap.....dan Olivier Giroud?

(luahan dari gua yang tak berapa pandai nak sembang pasal bola)



0-2!

Perghh…ini merupakan satu pencapaian yang buat gua rasa bangga jadi peminat kelab Meriam London. Honestly, gua tak expect langsung Arsenal boleh menang  di Anfield. Walaupun tak menang besar, tapi 2 gol dari Podolski dan Cazorla sudah cukup untuk membuatkan fan-fan Merseyside ternganga besar. Gua dah cakap dah dulu, Arsenal memang power, dan Arsenal tak pernah goyang jika kehilangan star-star player yang berhijrah ke kelab lain untuk meraih duit gaji lebih ataupun julangan piala.

So, seperti biasa, Gameweek-3 ni gua dapat layan secara full di rumah sendiri. Setelah gua dengan sengaja terpaksa miss Gameweek-1 kerana ketiadaan Astro di kampung dan Gameweek-2 disebabkan ada hal diluar. Sehingga di gameweek-2, skuad Arsenal dikatakan masih terkial-kial mencari rentak serangan dan cara bertahan. Spekulasi mengatakan Arsenal bakal tenggelam dengan ketiadaan Alex Song yang blah ke ‘kelab budak-budak theather’ menguatkan lagi kenyataan dari mulut-mulut lantang khususnya penyokong MUnyet dan chelSHIT. Tapi, apa yang mereka tak tahu, 2 game first Arsenal, defenders kami sangat mantap. Bolos pun tidak. Tapi tu lah, bak kata Harith Iskander, we always stated the obvious. Kalau dah tak score langsung, eventough tak bolos…maknanya still hampeh!

Tapi, selepas menewaskan Liverpool di Anfield, these so called ‘expert pundits’ nie terus diam. Yeah, we have beaten Liverpool and we have the right to brag about it for the entire weeks. Walaupun semua orang cakap Liverpool dah tak kuat masa zaman Rafa, tapi kelab tersebut masih mempunyai corak serangan yang mantap disamping short-pass yang sistematik. Kelibat Luis Suarez yang ‘tak reti nak duduk diam’ dan Raheem Sterling yang sangat laju membuatkan setiap serangan dari sayap kiri mereka sangat bahaya.

Tapi tulah, Arsene Wenger nie…takkan nak tengok saja, ye tak?

Wenger masih mengekalkan formasi 4-5-1 untuk menyekat kemaraan Joe Allen dan Gerrard dari memonopoli bahagian tengah. Barisan pertahanan waktu itu dibarisi oleh Jenkinson, Mertesacker, Vermaelen dan Gibbs nyata agak berhempas pulak menahan serangan bertalu dari Suarez. Wenger meletakkan Abou Diaby, Arteta, Cazorla, Podolski dan Oxlade-Chamberlain di bahagian tengah sementara Giroud dibiarkan ‘usang’ di atas. Nyatanya, percaturan Wenger kali ini sangat SSSSSUUUUUUPERRR!

Untuk pertama kalinya, gua yang dari dulu tidak yakin langsung dengan Abou Diaby nie ternganga melihat prestasi mantap beliau dalam mengemudi bahagian defensive midfielder. Gila, dengan gaya permainan yang ‘soft’, setiap conservative tackle yang dibuat oleh Diaby sangat ohsem! dan mengingatkan gua terhadap Patrick Vieira yang pernah awesome satu ketika dulu. Cara beliau hold-up ball, dan short-flick dengan Cazorla sangat ART hingga membuatkan gua jizzed. Setakat Nuri Sahin tu, selamba ja Diaby ayam-ayamkan. Heh, nama pun dan spesis burung. Memang sesuai sangatlah level kena ayam-ayam. Satu masa dulu, gua sangat frust dengan Abou Diaby. Macam setan punya frust. Ini kerana beliau terlalu injury-prone. Main 1 game, benched 4 bulan…dan begitulah circlenya. Sudah la midfielders Arsenal sebelum-sebelum ini semuanya glory-hunters, ditambah pulak Diaby yang injured memanjang. Habih, sapa yang nak cover tengah? 

Craig Eastmond?

Tapi, gua still ingat apa yang pernah Amar kata dalam twitter beliau:

And I quote:
”Diaby ni, kalau dia fully fit, performance dia memang superb!”

Realitinya? Memang betul. Dan apa yang dipersembahkan oleh Diaby ketika di Anfield merungkai segala persoalan dan mengunci segala tohmahan-tohmahan yang pernah gua lontarkan kepada beliau satu ketika dulu. Disebabkan peranan beliau sudah hampir pasti sebagai pemanas kerusi simpanan, gua agak pelik kenapa Wenger masih belum mahu offload beliau dan menggunakan emergency war chest hasil dari jualan tersebut untuk membida pemain-pemain DM yang lebih hebat seperti Yann Mvila atau defender seperti Victor Wanyama? Ewahh…

Disebabkan Diaby berjaya mengawal zon tengah dengan cemerlang, Cazorla dan Podolski tampak lebih kerap bergerak dan melepasi offside trap. Gila, Cazorla punya individual skill dan vision beliau untuk melakukan through pass memang mantap. Inilah persembahan sebenar seorang talismatic-midfield yang Wenger cari, selepas Cesc. Dengan teknik gentel beliau yang mantap, Podolski kerap ‘disuap’ dan berjaya melakukan beberapa siri rembatan bahaya. Hasilnya, gol pertama Podolski (dan Arsenal) berjaya disumbat bergaya hasil umpanan baik dari Santi.



0-1

Game ni, gua tengok work rate Carl Jenkinson sangat membanggakan. Yes, walaupun crossing beliau tidak semantap dan seseksi Bacary Sagna, tapi gua tak segan mengatakan yang dia berjaya mengawal zon kanan dengan baik sekali. Corak permainan beliau tidak fancy, tapi cukuplah hampir 70% tackles yang dia buat, pass intercepts dan physical body-to-body challenges yang dia dah provide tu sangat superb! Gila betul. Raheem Sterling tak lepas bhaii...tak lepas nak suka-suka crossing sebelah zon Jenkinson. Pendek kata, Jenkinson ni macam orang yg lurus bendul. Kalau orang kata defend, defend saja la yang dia fokus. Yang dia tahu, zone dia tak kena attack selalu, dan winger tak dapat crossing secara bermaharajalela. 

And Nuri Sahin. Hahahaha...kesian pula kalau bercerita pasal mamat ni. Individu yang pernah menjadi hot topic semasa transfer window masih aktif di EPL. Arsenal dah hampir nak dapat khidmat beliau secara pinjaman dah. Tapi apa dia buat? Dia stalled loan deal tu 2 kali, sampai nak hujung-hujung tarikh. Then, Liverpool interfered. Loan deal juga, tapi offer dari Brendan Rodgers datang sekali dengan options untuk beli. Yeah, memang offer tersebut sangat lumayan, dan sebagai manusia biasa yang 'rapuh' dengan duit yang banyak, Sahin join Liverpool.

1st game beliau adalah menentang Arsenal. Kiranya, his attention was to make a statement to Wenger yang dengan ke'awesome'man beliau, beliau mampu meranapkan Arsenal. Tapi, tulah...tuhan sentiasa bersama orang-orang yang teraniaya.

Hasilnya? Payback is a bitch!

* LMAO *

OK, suka gua nak bersembang pasal Olivier Giroud, striker dari Montpellier yang masih tak score-score ini. Yeah…hakikat kalau orang bersembang pasal bola, striker kalau tak reti nak score goal, baik pergi masuk estet dan layan hidu gam saja lah. Tapi, melalui apa yang gua perhatikan, tugas Giroud yang Wenger amanahkan sebenarnya bersesuaian dengan keadaan fizikal, individual skill dan corak larian beliau. Walaupun diletakkan sebagai striker tunggal, gua dengan yakin boleh katakan yang beliau sangat tangkas untuk menang bola goal kick. Start dari 2nd game melawan Stoke, hinggalah ke 3rd menentang Liverpool, Giroud sangat superb bila time nak menang bola goalkick. Ini menunjukkan yang ‘kepala’ beliau sangat berbahaya; dan jika dibiarkan berterusan, kemungkinan Arsenal boleh dapat tambahan gol melalui header.


Bila gua perati balik, pergerakan Cazorla banyak hasil daripada Olivier Giroud. Beliaulah yang membuatkan Santi Cazorla berjaya meloloskan diri dari defensive midfielder dan lebih selesa menggentel bola di depan kotak D lawan. Fungsi Giroud secara amnya adalah untuk ‘menarik’ 1-2 orang pemain pertahanan pelan-pelan untuk menjaganya, dan kesempatan ini bijak digunakan Podolski dan Arteta untuk menghukum situasi. Ya, kalau sembang secara orang kurang berpendidikan tinggi, dah 2-3 orang jaga beliau, memang mustahil lah Giroud untuk menyumbat gol. Giroud bukan Drogba, nak ‘jatuh-jatuh’ dalam kotak penalty. Itu keji!

Tapi memang itulah fungsi beliau.



So, bila ada orang mocking gua kenapa beli striker yang tak boleh nak score, jawapan inilah yang gua akan bentangkan kepada mereka. Defend bhaiii…mesti kena defend. 

Kahkahkah!

Peace out!



P/S: Amboi..bongkaknya entri gua kali ini. Tapi? Ahhh...gua peduli apa... #LOL



Gambar gua rembat dari DailyMail (UK)

Wednesday, June 27, 2012

Pengalaman Saya Menziarahi Kedai Rakyat 1Malaysia

(Disclaimer: Entri ini tidak ditaja oleh mana-mana badan kerajaan…)

Pung! Pang! Pung! Pang!



Sana sini kecoh mengenai kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dikatakan muncul untuk membantu rakyat di Bolehland dalam usaha mengurangi beban kenaikan harga barang yang dialami semua orang. Apa yang gua dengar, ada yang kata barang-barang di kedai ini memang murah, dan sesuai dengan keadaan ekonomi kita yang tak berapa nak ekselen ni. Ada juga yang kata sebaliknya. Jadi sebagai seorang rakyat Bolehland yang prihatin, gua rasa terpanggil untuk melihat dan merasai suasana yang ada di KR1M tersebut. Amacam? Prihatin kan? Ya, gua tahu gua ada gaya-gaya seorang YB.

Untuk makluman semua, KR1M nie tak adalah ‘tumbuh’ di kesemua pelusuk daerah anda. Jika diambil contoh tempat gua  iaitu di Gombak, KR1M paling dekat pun hanyalah di kawasan Wangsa Maju.  Sebenarnya, gua sendiri tak pasti di Gombak ada outlet ke tak, sebabnya gua sendiri belum betul-betul khatam di kawasan pemastautinan baru gua ni. Jadinya, malam itu tatkala selepas selesai melakukan beberapa urusan penting di Wangsa Walk Mall, gua dan Banker Permatang Pauh mengambil keputusan untuk mencemar duli dan menyinggah di KR1M yang letaknya betul-betul tepi jalan, dekat dengan….err, dekat dengan Wangsa Majulah!

Impresi pertama kami setelah menjejakkan kami ke dalam outlet tersebut, apa yang boleh gua katakan hanyalah ‘just nice’. Nak kata ‘Sempoiii’ pun tidak, apatah lagi nak buat reaksi mencebik pun tidak. Susun atur barangan di dalamnya agak kemas dan jika sekali imbas, kebarangkalian untuk anda memikirkan yang anda tengah berada di kedai buat tekstil di gedung kain mungkin tinggi. Iyalah, view semua putih-putih sahaja.

Kenapa putih?

Boleh dikatakan hamper 80% barang-barang dapur di KR1M tersebut disaluti dengan label 1M. Untuk yang tidak tahu, label 1Malaysia secara rasminya berwarna putih. Segala tepung, gula, Sardin dalam Tin, malahan barang-barang cucian sintetik juga dibalut dengan label 1M. Simple dan nampak bersih kata orang. Simple, ringkas. Pimple, jerawat. Boleh beza,kan? OK, tak lawak!

Gua dan Banker mengambil peluang untuk melakukan tawaf di setiap sudut dan pelosok kedai tersebut. Bermula dari rak-rak beras, hinggalah membawa kepada bahagian Tuala Wanita. Jangan terkejut jika gua katakan Tuala Wanita juga ada dari jenama 1Malaysia. Peh, padu! Ini macam Libresse, Kotex dan Laurier payah mau cari makanlah wahai Dear Leader. Kuikuikui! Seperti yang gua bagitau tadi, bukanlah semua benda kat dalam outlet ni 1Malaysia punya barang. Mereka juga masih memasarkan barangan dari produk lain. Ambil contoh detergen, KR1M masih lagi memasarkan jenama Dynamo or Breeze Color. Cuma lokasi dan had letak produk lain agak dianak-tirikan sedikit, dari sudut isolasi. Jika difikirkan balik, mestilah kena isolasi.  Kalau nak duduk sebaris dengan jenama 1M, baik lu orang pergi Carrefour, Giant atau mana-mana Hypermarket berjenama yang gah di Malaysia, ye dop?

Sebut pasal harga, apa yang boleh gua simpulkan disini, memang murah. Paling senang macam inilah, jika lu orang pergi Tesco, nak beli Nescafe 3-in-1 Mild, lu orang pasti akan perasan mesti ada produk-produk dari Tesco sendiri yang dinamakan Tesco Choice. Kalau lu orang pergi Jusco, mesti ada Jusco Selection. Even Econsave sendiri ada brand Econsave Choice. Rata-rata yang ada nama ‘selection/choice’ ni, harganya lebih murah dari produk yang biasa anda beli. Gua pernah try Nescafe 3-in-1 yang Tesco Choice punya, and hmmmm…..feel dia not bad! Rasa boleh tahan, and yet murah sedikit berbanding jenama Nescafe itu sendiri. So, konsep dia sama saja dengan KR1M. Boleh pikir, kan?

Tapi, apa yang best, gua suka pergi dekat dia (KR1M) punya frozen section. Walaupun section tersebut hanyalah beberapa petis ais 2 pintu yang dicantumkan kemas-kemas, tapi rata-rata produk di dalamnya taklah mengecewakan. Karipap Frozen, Cucur Badak Frozen hatta beberapa kuih-muih tradisional yang jenis-jenis frozen lu orang boleh dapat di KR1M. Kalau cerita bab daging burger, dengan harga 6 keping burger daging berjenama ‘Romli’ yang lu orang beli di kedai-kedai runcit tu, lu orang boleh dapat 10 keping di KR1M. Murah,kan? Sosej, Nugget? Sosej berjenama 1M lu orang boleh dapat bawah RM3. Kira orait la kan?

So, Banker Permatang Pauh bercadang untuk mencuba beberapa produk untuk dituitpic kepada follower-follower beliau. Gambar di bawah ni adalah beberapa barang yang kami beli sebagai tanda kenangan kami di kedai tersebut. Eceh, kenangan la sangat. Bunyi macam takmau pergi dah. Kehkehkeh!

So, lu orang agak-agak, berapa total harga barangan di bawah ni?


RM 10.80!

OHH EMM JIII!




Tuesday, June 12, 2012

EURO 2012 dan Kesannya Terhadap Produktiviti & Kemandirian Diri



Bila tibanya EURO mahupun WORLD CUP atau Copa Libertadores sekalipun, kaum lelaki adalah kaum yang paling eksaited sekali. Tahun 2012 adalah tahun bagi Kejohanan EURO Sedunia peringkat Zon Dunia Tengah. Jadi, dah nama pun EURO, gua rasa baik kita sembang pasal EURO sahajalah. Kalau sembang pasal kejuaraan lain, takut nanti dilabel seperti ‘Nurul Hidayah – 23 Tahun’ pula. Huuish, malulah. Amboi, sungguh bongkak dan ‘perasan-terrer’ plak gua kali ini. Maaf Nurul Hidayah, Brazil memang tak main EURO, dikk.

Ok, cukup cerita pasal bongkak. Rasa poyo pula diri ini. Harap-harap tak adalah pembaca diluar sana yang teringin hendak mencipta ‘fan-page’ anti ke gua pula. Bila tibanya kejohanan-kejohanan besar sebegini, rata-rata peminat bola di Malaysia tidak akan melepaskan peluang menyaksikan pertembungan hebat dan menyokong negara-negara ‘tanah tumpah darah’ / kelahiran mereka.  Adapun begitu, perbezaan garisan GMT dan waktu sedunia membuatkan scene menonton bola di Malaysia amatlah sukar, khususnya bagi pekerja-pekerja sektor Swasta. Iyalah, GMT di Eropah dan di Asia sangat besar bezanya. Jika di ‘sana’, mereka bermain bola sewaktu lepas makan tengahari, kita di Malaysia ini terpaksa berjaga 3-4 pagi, hanya untuk menontonnya secara siaran langsung. You do the math, then you’ll know.

Apa rasionalnya intro di atas dengan tajuk entri pada kali ini?

Orang sering mengatakan, bila kejohanan atau temasya bola sepak terbesar dunia ini berlangsung, kaum-kaum lelaki secara bermusimnya akan menjadi kurang produktif berbanding musim-musim EPL yang biasa. Disini gua sebagai penulis tak berbayar ingin menekan dan mengajak pembaca semua focus kepada beberapa kesan-kesan negative-mahupun positif yang melanda golongan para lelaki ketika EURO. Jom kita fahami dan dalami kesan-kesan dibawah ini. 


1. Mutu dan prestasi kerja merudum selama sebulan.

Seperti yang gua terangkan di atas tadi, kesan ini adalah kesan yang paling popular sekali diperkatakan khususnya di dalam scene swasta. EURO 2012 ini, Cuma hanya 2 waktu sahaja yang fix untuk menonton bola iaitu pukul 12.00 tengah malam dan pukul 2.45 pagi. Macam setankan? Kedua-duanya adalah waktu paling sedap untuk tarik selimut dan menggapai mimpi-mimpi indah di bawah mesin penyaman udara (bagi yang ada set penyaman udara), and yet kita terpaksa berjegil mata untuk menonton perlawanan bolasepak. Dikhuatiri, jika kita miss perlawanan-perlawanan penting, kita akan dibahan kaw-kaw sewaktu di ofis tatkala rakan-rakan rokok kencang bercerita sewaktu smoking session. Kita tak boleh nak join pung!pang!pung!pang!??....Malu woi!

Jadi, nak tanak kenalah juga berjaga. Hasilnya, pukul 5 pagi masuk tidur, pukul 7 pagi dah kena bangun untuk bersiap dan bergegas ke pejabat.  Di pejabat pula, anda mengantuk, mata berat…kepala sakit, dan mood anda ting-tong dan mudah berang jika ada yang tidak kena.

So, celah mananya prestasi kerja anda meningkat?

KPi? Ahh…fark me pliss.



2. Rajin tidur awal.

Bagi yang bijak merancang masa dan masih sayangkan KPi yang selama ini dibela dengan cermat, satu cara untuk tidak mengantuk sewaktu bekerja dan dapat menonton bola secara normal adalah dengan tidur awal. Bercerita mengenai pengalaman sendiri, teknik ini adalah teknik yang sudah lama gua praktikkan dan ianya terbukti berkesan.  Apa, bila masa gua prektis? Oh ya, Arsenal adalah kelab hebat yang sentiasa bermain di Liga Juara-Juara Eropah. Jadi tidak hairanlah waktu kick-off perlawanan mereka rata-ratanya pukul 3.45 pagi. Apa? Owh..patutlah anda tidak tahu. Anda penyokong Liverpool. Takpa-takpa, anda dimaafkan. No one is judging you.

Tidur awal yang gua maksudkan adalah tidur selepas solat Isyak. Ya,sukar sebenarnya untuk memaksa retina kita memberatkan urat-urat medula untuk melelapkan mata, kerana pukul 8.30 malam adalah waktu prime time untuk chill bersama keluarga. Namun, sebagai peminat tegar, ianya harus dilakukan demi menjaga reputasi dan kredibiliti penceritaan scene bola bersama kawan-kawan sepejabat. Bagaimana untuk melelapkan mata secara paksaan? Ambil nasik ketika makan malam. InsyaAllah, within a few hours after that…anda gerenti mengantuk.

Oh ya, isteri anda mungkin akan kehairanan pada mulanya tentang perubahan tebiat anda yang tiba-tiba minat nak tidur awal ini. Kerana biasanya, jika tidak ditengking oleh mereka, pukul 12.30 tengah malam pun belum tentu anda masih belum mahu tidur, kan? Perasaan pelik ini mungkin akan dirasai mereka pada 2 sessi pertama anda masuk tidur awal. Sessi ke-3, gua jamin mereka dah boleh pandang anda sebelah mata dan membiarkan anda dengan tebiat baru anda itu. Try it!



3. Ratio penjualan Kopi 3-dalam-1 dan minuman-minuman tenaga meningkat.

Untuk bangun awal pagi dan stay-up semata-mata untuk menonton perlawanan bolasepak bukanlah satu perangai ataupun ‘penyakit buang karan’ yang boleh dipandang enteng bagi sesetengah masyarakat. Ianya memerlukan satu komitmen diri yang tinggi disamping semangat cintakan bolasepak, baharulah ianya dapat dicapai. Sungguhpun begitu, kita ini hanyalah manusia biasa. Ada masa kita kuat, ada masa kita ‘lembik’ dalam menahan serangan setan-setan yang bergantung di kelopak mata, yang sering menghalang kita untuk jegil di depan kaca TV.  Ada diantara kita yang mengambil ‘khasiat-khasiat’ tambahan sebagai alternatif tambah bagi melawan dugaan mengantuk ini. Kopi sachet 3-in-1, Minyak cap kapak yang disapukan ke atas bola mata ataupun minuman-minuman berkarbonat penguat tenaga adalah antara alternative-alternatif yang sering diaplikasikan, khususnya ketika EURO mahupun Kempen Piala Dunia.

Menurut statistik, syarikat minuman tenaga terkenal Malaysia iaitu Tongkat Ali telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 1.3 billion ketika EURO 2008 Austria-Switzerland. Itu adalah kenaikan 64% daripada jumlah kutipan berkala yang sebenar. (Sumber Berita:  @Bernipu). Kesan kenaikan ini menyebabkan pengusaha-pengusaha  IKS (Industri Kecil Sederhana) di Malaysia berlumba-lumba mengeluarkan kopi jenama sendiri bagi menampung keperluan orang-ramai yang memerlukan supplement tambahan dalam berjaga pagi.

Untung….memang untung.

Tapi, time World Cup & EURO sahajalah. Lepas habih bola, kompeni hancur. Orang dah stop kembali minum kopi dan supplement tenaga.

Oh tak apa, Meleis kita memang suka berniaga sekadar untung sekejap-sekejap.



4. Anda lebih aktif menjadi ‘Pundit Tidak Berbayar’ di Twitter mahupun di laman Fesbuk

“ARGH…Nasri scored? Fark me plsss…”
“TORRES in ON! Let’s troll him, guys…”
“Barangkali taktik yang Spain guna nie tak sesuai. 4-4-2 mana boleh main dengan 4-6-0. Ini tak kena!”
“Permainan akan lebih inzal jika Gary Cahill tidak cedera dan masih dalam keseblasan utama England”

Let’s talk about twitter. Twitter adalah tempat paling sedap untuk melampiaskan pendapat dan bertukar-tukar pandangan disamping membandingkan siapa lebih hebat dalam memberikan komentar khususnya pada musim bola. Gua tak bercerita mengenai fesbuk kerana gua dan fesbuk sudah tidak sehaluan lagi. Akaun gua hidup pun semata-mata untuk memudahkan orang untuk panggil gua menghadiri kenduri kahwin sahaja (itu pun kalau diorang sudi nak jemput). Maklumlah…zaman Sains & Teknologi la katakan. Kad kahwin dan jemput secara bersemuka sudah nampak kolot di zaman ini. Eh, melalut pula. OK, sebenarnya gua bercerita mengenai diri sendiri bila berkaitan dengan twitter, yang mana gua amat gemar ‘menuit’ segala pendapat peribadi gua mengenai bola, taktikal, dan keburukan player yang gua anti di laman ini. Dalam bahasa yang lebih senang difahami, gua ini adalah komentar tidak berbayar yang hanya tunjuk pandai dalam dunia maya. Echeewah! Boleh dikatakan setiap 30 saat, mahupun setiap 1 minit, gua akan post tuit-tuit sarkastik, pandangan sendiri dan kutuk mengutuk team lawan tatkala mereka mencederakan pemain team yang gua sokong. Di twitter juga, gua berani mempertikaikan taktik Laurent Blanc yang tidak meletakkan Gael Clichy sebagai bek Kiri Perancis. Gila apa, bek Kiri terhebat Man City tuh! *puhh-lease!*

Bila lu orang tweet sampai tak reti nak stop, ia mengundang satu fenomena bengkek yang dinamakan ‘FLOODING YOUR TIMELINE’. Perkara ini biasanya disedari oleh follower-follower anda yang sudah penat membaca ‘tahi’ yang anda postkan. Itupun jika mereka faham apa yang anda tweetkan. Kalau mereka tidak faham (khususnya bagi kaum wanita yang memiliki minat yang bertentangan dengan kita), itu lagilah menimbulkan konflik.

Tapi, di twitter, kalau anda tak suka seseorang yang sentiasa post ‘tahi-tahi’, anda boleh MUTE kan beliau, or BLOCK beliau atau lebih tahi lagi, UNFOLLOW sahaja beliau. It’s a freedom of choice!

Bagi sesiapa yang ingin memberanikan diri untuk membaca ‘tahi-tahi’ gua di Twitter, username gua ada terpampang di section sebelah kanan anda. Thank you!



5. Malam Jumaat?

Kesan ini ada kaitan bagi item #2 yang telah gua describe kat atas. Logiknya, bila tidur awal, anda mahukan kualiti dalam tidur anda (sebab anda perlu bangun sebentar lagi). Jadi, bila tiba malam Jumaat, rukun penting yang biasa dilakukan pada malam-malam Jumaat sebelum EURO boleh jadi perkara yang menyukarkan untuk anda aplikasi.

And yeah, gua bercakap pasal Baca Yassin malam Jumaat.

Yang lu orang pikir pasal benda lain nie apahal?


***


Sebenarnya, banyak lagi kesan-kesan dan efek kendiri yang dialami oleh peminat-peminat bola tegar di Malaysia. Bagi mengakhiri perbincangan kali ini, ingin gua nasihatkan yang menonton perlawanan bola ini, adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, harus diingat, bagi yang telah berkahwin…perpada-padalah. Tak semestinya isteri anda berkongsi minat bola dan mahu menemani anda berjaga 3-4 pagi bersama anda. Anda juga haruslah paham perasaan mereka dan perlu ada give-and-take dalam rumahtangga. Janganlah kerana terlalu fanatik kepada bola, rumahtangga anda porak peranda.


Oh ya,


Banker Permatang Pauh? Sebelum EURO lagi dia dah subscribe Astro Beyond. Teringin nak tengok bola dalam Definisi Tinggi, katanya.


Amaciem? Stylo kan, beliau?

Friday, June 8, 2012

Konpident Seorang Promoter...



Seperti biasa, tatkala hari Jumaat menjelma di hari bekerja, gua sama seperti brader-brader yang lain akan beramai-ramai berjalan kaki menuju ke Mesjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Apa yang lu orang ketawa? Serius nie…gua pergi sembahyang Jumaat woi!

Di Megan Avenue 1 nie, hanya 2 tempat saja yang superb (dan dekat) jika hendak menunaikan solat Jumaat. Pertama di Masjid KLCC. Sebabnya, bukan sahaja kondisi masjid yang sangat selesa, bahkan anda juga boleh pekena ‘roti aiskrim’ yang biasanya dijual di bahu-bahu jalan sekitar masjid. Kedua? Di masjid Tabung Haji. Ini kerana, anda bukan boleh menunaikan solat jumaat, malah anda juga boleh berkeliaran di depan bangunan Tabung Haji, kerana disitu terdapat Pasar yang menjual segala macam juadah. Pendek kata, setel semayang, isi perut dulu sepam dua. Menunya? Of kos la Nasik Beriyani Haji Talib sama Air Mata Kucen. Kombinasi yang ekselen!

Fark! Gua melalut lagi...

Perjalanan gua dari opis ke Tabung Haji  biasanya memakan masa selama 15 minit. Tu jalan kaki larh, kalau naik motor…itu lain cerita. Turun dari lift, gua perlahan berjalan melewati bangunan Bank of China, seterusnya menyusuri jalan di tepian Ampang Park. Hinggalah gua sampai ke escalator stesen LRT Ampang Park. Satu benda yang gua suka merayau dalam terowong Stesen LRT ni, biasanya banyak kedai-kedai jual tudung, kedai henpon dan kampeni-kampeni telekomunikasi buka booth buat promotion tentang produk mereka. Time rehat hari Jumaat panjang mehhh…apa salahnya gua merayau-rayau tengok barang sementara nak bersolat, ye dopp?

Macam biasa, hari ni turn Meksis , satu syarikat telco yang gah di Meleysia tengah buat promosi Internet Fibre mereka yang dikenali sebagai Meksis Home. Kiranya, sekarang nie diorang tengah fight dengan pesaing ISP yang paling handal di M’sia iaitu TM. Gua tidak melepaskan peluang berhenti di booth mereka untuk memerhati sepanduk-sepanduk dan flyers (eh, betul kan gua eja ‘flyers’ tu). Dasat pakej tu sebenarnya. RM118 lu orang boleh dapat 10 Mbps punya speed. Promotion price. Biasanya pakej 10 Mbps Meksis nie berharga RM218 (monthly).

“Gempak…” kata gua senyap-senyap dalam hati.

Tiba-tiba, dalam gua dok mengelamun, gua disapa oleh seorang gadis yang bertugas sebagai salah seorang promoter di situ. Kiut budaknya, tapi sorry..gua dah kawen. Heh!

“Ya bang…sila ambil satu.” Sapa beliau perlahan sambil menghulurkan sekeping pamphlet produk mereka.

“Thanks…” gua ambil tanpa banyak bunyi.

Tapi, seperti biasa, tugas sorang promoter bukanlah sekadar nak passing pamphlet saja. Mereka juga diupah oleh event Organizer untuk mengorek seberapa banyak maklumat internet yang kita miliki dalam usaha mempromosikan produk mereka. Gadis ini (Liza – bukan nama sebenar) juga tidak terkecuali. Semasa gua tengah membelek-belek pamphlet tersebut, beliau menyapa:


“Sebelum tu bang, boleh saya tahu abang guna internet apa kat rumah..?”

“Err…saya pakai Strimix....” balas gua ringkas. (Padahal gua pakai broadband saja)

“Connection OK ker bang…berapa speed?”

Gua tersenyum. Dia pun tersenyum…

“Biasalah…Strimix. Saya rasa saya macam tak perlu saja nak describe speed dan kondisinya, kan? Awak pun dah boleh agak dah…” ujar gua perlahan. Takut-takut ada pekerja TMNut kat situ, mau diterajangnya gua sebab memperlekehkan produk kampeni.

“Hehehe…saya pun rasa saya boleh agak. OK bang, ni saya nak cerita produk saya sikit. Abang ada masa ke?  Mesjid belum kuthbah lagi,kan?”

“Erm..OK saja. Sila la…”


Maka si gadis itu pun mula la bercerita dari A to Z tentang kehebatan produk yang beliau cuba nak promosi.

Pung!pang!pung!pang! *10 Mbps*
Pung!pang!pung!pang! *Unifi 5 Mbps paling murah. Kena bayar RM 149 bulan-bulan*
Pung!pang!pung!pang! *last day promotion, cuma perlu bayar RM118 bulan-bulan*
Pung!pang!pung!pang! *IPTV coming soon*
Pung!pang!pung!pang! *unlimited downloads*
Pung!pang!pung!pang! *modem free*
Pung!pang!pung!pang! *abang nie hensem, single lagi ke?*


OK, part dia tanya pasal level kehenseman gua tu, gua tipu saja.  Lama juga dia brief gua pasal high speed Fibre Internet nie. Ada la dekat 10 minit. Gua bukannya nak sign-up pun. Cuma saja nak dapatkan maklumat sahaja. Tapi, bila tengok dia terlalu bersungguh-sungguh, gua start kesian. Tapi tulah, gua jer yang kesiankan orang. Tapi, gua nie….sapa nak kesian.

Setelah penat bercakap, budak promoter tu tadi mengeluarkan sebotol mineral dari poket belakang lantas meneguk tanpa segan silu depan gua, untuk menghilangkan dahaga. Gua paham, tugas promoter memang macam tu. Gua pernah jadi exhibitor…gua tahu macamana penatnya bercakap. Eh, Promoter dan Exhibitor tu, benda sama,kan?

So, bila gua nampak dia dah segar kembali, tiba turn gua pula nak bertanya.

“So….kalau saya sign-up, saya hanya perlu bayar RM118 saja?” 

“Ya, bang. RM118 saja. Fixed. No hidden charges..no nothing” balas dia steady. Yakin benar nampaknya.

“Yer ker tak ada hidden charges?” gua start buat dahi berkerut.

“Betul bang...kita bagi Unlimited Quota”

“Betul?”

“Yup. Tiada kompromi!”

“Peh..yakin. Jangan tipu saya…saya nak pergi semayang Jumaat ni. Kang saya berdoa kang? Betul tak ada hidden charge?” gua gertak gaya-gaya John Travolta dalam Pulp Fiction.

“Err…sekejap..err…jap eh, bang. Saya tanya manager saya sekejap.”


Terus dia berlari meninggalkan gua di tengah-tengah kerumunan orang di stesen tersebut.

Seperti biasa, dah line-clear, gua pun berjalan lah menuju ke mesjid. Sesekali gua tersenyum teringatkan riak muka kelam-kabut budak promoter tadi.  Itu jenis gertak punya simple pun dia terkulat-kulat nak jawab, macamana dia nak yakinkan gua tentang kepoweran produk yang dia nak promote, ye dop?

Tapi, sebenarnya, produk tu dah cukup gempak bagi gua. Member gua, Syed Bahrin jugak pakai produk ni. Tapi, masa dia sign-up tu, belum ada promotion macam ni lagi. Gua percaya, kalau dia tahu, dia mesti bengang. Murah kot? Pasal ‘Hidden charges’ tu, gua tak kesah sangat.  Mana-mana telco pun ada (gua rasa la…). Cuma pandai-pandai la diorang cover up dengan item-item lain dalam monthly bill tu yer dop?

Nasib rumah gua tak ada desktop ja. Kalau tak, memang gua dah sign-up kat situ juga.


Nasib kaulah Liza...


Monday, February 27, 2012

Lejen...

(Dari kiri: Billy Gun, Maryse, Tommy Dreamer, Rick Steiner, Scott Steiner & Road Dogg)


Maryse Oulette adalah antara diva favourite gua dalam WWE. Yeah, I know bila gua buat entri pasal result WWE PPV, asal match diva saja gua malas nak ulas. Technically, gua tak suka layan match bergocoh membabitkan divas, tapi gua suka cameo diorang time backstage WWE. Kiranya diorang nie not just a beautiful faces, but they play some of the major roles in certain WWE storyline.

OK, bila dah minat Maryse, mestilah follow Maryse kat twitter ye,dop? Itu perkara biasa bagi peminat-peminat wrestling ‘amateur’ macam gua. Tapi, bukan pasal Maryse yang gua nak cerita sebenarnya. Jangan salah faham weii. Lu orang ni kinky ker apa? LOL. Nak dijadikan cerita, one day bila gua scroll-scroll timeline kat phone gua, gua ternampak Maryse twitpic (pada siapa yang tak tahu twitpic, sila pergi bunuh diri) satu gambar nie dimana beliau dikelilingi beberapa veteran-veteran pro-wrestling:


1. ‘Bad-Ass’ Billy Gun

Peh, ‘Bad-Ass’ Billy Gun a.k.a Billy Gun Monty. Teknik penyudah yang sangat cool bagi gua satu masa dulu iaitu ‘Fame-Ass-Ser’ yang sekarang ini ditiru oleh Dolph Ziggler. #Pfft! Masa gua mula-mula minat wrestling, Billy Gun adalah anggota ‘New Age Outlaws’ bersama Road Dogg Jesse James. Masa gua main wrestling-wrestling time tingkatan 4 dulu, finisher Billy Gun adalah moves yang senang dibuat, sama seperti Randy Orton’s RKO. Boleh diaplikasikan ke atas kawan-kawan kita yang bersaiz besar daripada kita. Cubalah~



2. Tommy Dreamer the ‘Innovator of Violence’

Tommy Dreamer adalah legends bagi ECW. Semua orang tahu, ECW satu ketika dulu yang dikendalikan di bawah Paul Heyman, amat digeruni oleh kesemua-kesemua kesatuan gusti yang lain. Pendek kata, semua penggusti dari ECW adalah paling ganas dan biasanya match-match mereka mesti ada bloodbath. Modified 2x4 barb wire, cheese grilled, steel pipe? Cakap saja apa jenis object yang mereka tak modified untuk dijadikan weapon! Tommy Dreamer adalah salah seorang penggusti Hardcore kegemaran gua. Kiranya, kalau nak kira gocoh sampai berdarah-tak-nampak-muka, Tommy Dreamer nie dah sama level dengan Mick Foley la.

Finisher beliau, Dreamer Driver nie, tak berani gua nak buat masa main gusti-gusti dulu. Sebabnya, terlalu bahaya. Sama seperti Cena’s FU, cuma hempasan ke atas opponent lebih tertumpu kearah tulang tengkuk mangsa. Silap teknik, opponent boleh lumpuh woi!

Lu jangan buat gila ~



3. Rick Steiner.

Abang kepada ‘Big Poppa Pump’ Scott Steiner. Dari mula gua minat gusti, setahu gua dia nie tak pernah pegang watak fan-favorite. Dari muda lagi dia main watak jahat. Tapi, masa dia muda dulu, dia nie sangat agile. Dan dia laju jugak. Jenis-jenis berlawan style America Football. Kombinasi tackle ragbi dan Running PowerSlam membuatkan dia dan adiknya pernah menjadi salah satu tag-team champion di WWE sebagai ‘The Steiner Brothers’. Bagi gua, dia nie adalah Bill Goldberg in the late 90s. Apa? Siapa Bill Goldberg? Subhanallah…apa chekgu lu orang ajarin di sekolah ni? #facepalm.

Rick bergusti di WWE bermula dari tahun 1992-1994. Lepas tu dia blah pergi ECW atas sebab perbalahan peribadi beliau dengan Vince McMahon. Tapi, dia di ECW tak lama. Setahun saja dan sejurus selepas itu, beliau terus masuk WCW dari tahun 1996 hingga 2001. Lepas tu gua tak dengan cerita dah pasal Rick......................hinggalah:

Dia join TNA (Total Non-Stop Action) di bawah kendalian Jeff Jarret pada tahun 2007. Peh, tapi masa tu dia dah tua la. Lutut pun dah longgar, dan dah tak agile macam zaman dia di WCW. Lu ingat apa? Gua layan TNA jugak tau!



4. ‘Big Poppa Pump’ Scotty Steiner.

“Holla………If Ya Hear Me!”

Peh. Ini adalah lejen yang patut lu orang terjun KB Mall kalau lu orang tak kenal. ‘The Big Bad Booty Daddy’ merupakan salah seorang penggusti yang gua minat bukan sebab dia nie ada gerakan penyudah yang superb, tapi badan dia yang sangat tough dan berurat sana-sini. Dan dia punya bicep adalah bicep yang sangat unik gua pernah tengok. Bila dia buat arm pose, bicep dia timbul macam seketul bola lisut yang bergerak-bergerak bawah kulit. Peh! See..bila gua cerita pasal Scotty nie, semangat + cepat saja gua taip. Maklumlah…wrestler kegemaran la katakan. Kahkahkah!

Antara moment yang paling gua ingat pasal Scott Steiner, not only he was one half of ‘The Steiner Brother’, tapi ketika dia buat kemunculan semula di WWE pada 2004 membelasah Matt Hardy & Christopher Nowinski di Survivor Series. Peh, gua suka ‘tudung kepala’ Scott yang ala-ala tentera perang salib England (kot?) dan spek hitam dia. Peh…teruja wei! Teruja. Gua tak reti la nak describe, lu orang google image la sendiri.



5. ‘Road Dogg’ Jesse James

One half of ‘The New Age Outlaw’ bersama Billy Gun. Well, what can I say about this guy? Millions sebenarnya. Kalau gua nak cerita zaman kegemilangan beliau di dalam DX, gua rasa 3-4 page Microsoft Word pun belum tentu mampu tampung. Cukuplah yang gua katakan Road Dogg adalah salah seorang penggusti yang mempunya mic skill yang sangat hebat, sebaris dengan The Rock dan Cena. Bila beliau pegang mic saja, satu arena bersorak bersama beliau. Kalaulah John Cena ada dizaman kegemilangan Road Dogg, silap haribulan Cena balik belajar cakap depan cermin ajalah!

Masa zaman gua main wrestling, gerakan penyudah Road Dogg (Pumphandle Slam) adalah satu move yang amat sukar dibuat. So, bila dah susah, kami memang skip la. Tapi, ada satu move Road Dogg yang kami suka buat, iaitu The Theatrics Knee Drop dan Shake, Rattle & Roll. Peh, kalau Md.Wazir, Kapla, Khalid dan Hakim Hawari baca entri ni, gua berani bet diorang mesti tergelak besar punya. Ahh...how I missed those damn days!


***


Kenapa gua buat entri nie? Well, zaman sekolah adalah zaman yang paling best dalam hidup gua. Gua minat wrestling seawal umur gua 10 tahun. Gua ingat lagi orang yang bertanggungjawab menjerumuskan gua ke dalam scene ini adalah tokwan gua sendiri.

[flashback]

Masa kecik, dia sanggup bawak gua pergi kedai naik basikal tua beliau semata-mata nak layan Hulk Hogan di kedai kopi. Peh, masa tu Koko B.Ware masih bawak burung kakak tua masuk gelanggang lagi!

So, bila di Soksek, gua jumpa Mad Wazir. Kebetulan dia nie sama juga kaki wrestling macam gua. Brader nie dari golongan yang berduit ketika itu. So, everytime scene ‘Pulang Bermalam’ (budak-budak asrama penuh mesti tau!), dia akan bawa beberapa magazine wrestling yang imported dari U.S dari rumahnya untuk dibaca di dalam bilik. Dah nama imported magazine, memang mahal lah ketika itu. Satu majalah yang lagi nipis dari majalah Ujang harga sampai RM30. Memang la gua ada duit sangat!

So, dari dialah gua mendalami minat gusti ini. Bila duduk asrama, entertainment apa lagi yang ada dan boleh dibuat selain dari baca komik Pedang Setiawan, Dragon Ball dan Wrestling Magazines. Kalau habih boring, gua lepak dengan Mad Wazir sembang pasal Pay-Per View yang paling latest. Boleh dikatakan, asal lepak dengan dia saja, tak topik bola (dia adalah fan tegar Manchester United. Babis!), mesti wrestling. Dari majalah-majalah dialah buat gua kenal secara mendalam apa itu Spinebuster, Belly-To-Belly Suplex dan Enzuigiri. Masa sekolah dulu, dapat sebut ‘Suplex’ dengan betul pun dah gains a few respect. Apatah lagi mengaplikasikannya? Lagi la power….!

[/end of flashback]


Pendek kata, apa yang gua tahu pasal gusti sekarang rata-ratanya berpunca dari pendedahan dari Mad Wazir juga magazine-magazine mahal beliau ketika di sekolah. Terima kasih dude! Lu dah bagi gua satu hobi yang gua tak akan malu nak sebut kalau cikgu sekolah tanya. Salute!

Jadi, apa rasionalnya entri ini?

I grew up watching those men in the pictures competed to pursue their glories. Gua masih ingat lagi segala moves-moves diorang dan bagaimana mereka mencipta kontroversi hanya untuk menaikkan nama mereka sendiri setelah pihak WWE tidak memberikan mereka peluang merebut title championship seperti yang dijanjikan. Now bila gua tengok mereka dah tua………..baru gua sedar betapa cepatnya masa berlalu. Gua pun umur dah nak masuk 3-series. Apatah lagi mereka-mereka yang di dalam gambar tuh!



So, lepas nie kalau ada orang tanya gua:

“Eh…wrestling tu tipu ajer la. Diorang berlakon ajer tu. Yang kau pegi percaya buat apa?”



Gua hanya mampu tersenyum.

Biarkan mereka. Mereka takkan faham...



picture credits to Maryse Ouellet Twitter 

Wednesday, January 18, 2012

Dah Gua Minat...Nak Buat Cemana?

Pada satu hari yang hening...


Interviewer: So, before we end this session, any question that you would like to ask about the position that you're applying for?

Gua: Hm...If I may ask. Currently how many members are there in your IT Department, supporting all the network connectivity & operations in this company?

Interviewer: Currently we have almost 26 people supporting this building, and we are looking to add another 4 newcomers to assist the whole IT operations. Ohh, by the way, here we don't call it 'IT Department', as we have a special name for that.

Gua: *gulp*?

Interviewer: It is called "GTS".

Gua: Err...GTS?

Interviewer: Yeah..GTS. Global Technology Solutions.

Gua: Owh, I see. Nice name by the way.

Interviewer: Thank you. Cool,eh? (sambil tersengih)


***



Gua turut tersengih.

Padahal, masa dia sebut GTS tu, yang terbayang kat dalam kepala gua benda nie saja::



CM Punk's GTS - Go To Sleep!


 KAH KAH KAH!


image credit to Bleachreport

Wednesday, December 7, 2011

Kahwin, Zuriat & Scene Mulut Tempayan

*Entri Khas Sempena Scene Kahwin Musim Cuti Sekolah



Peh! Dah masuk bulan December. Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2011. Bagi mereka yang selalu bermain dengan azam, bulan December adalah bulan yang stress. Stress kerana banyak azam-azam yang ‘yor yor orr’, dijanjikan pada awal January dulu masih tak berapa nak kesampaian. Gua? Bab-bab azam nie memang kami tak pernah ngam, sebab gua tahu gua takkan boleh achieve punya!

Tapi, environment biasa bagi kita orang Malaysia nie, bila tiba December ja, banyak la kad-kad jemputan kawen yang bertandang dalam mailbox rumah. Ditambah dengan peristiwa cuti sekolah, sesetengah orang mengaitkan bulan December ini sebagai bulan ‘mengawan’. Asal bulan 12 jer, orang nak kawen. Asal nak kawen jer mesti set tarikh bulan 12. Why? Sebab cuti la sekolah la orang ramai cepat lapar untuk makan tengahari free. Time hari-hari biasa, level lapar tengahari orang ramai adalah limited dan kebanyakannya tertumpu di kedai-kedai mamak. Tapi, baguslah bagi sesiapa yang berkesempatan dan berkemampuan untuk menamatkan zaman bujang mereka secepat yang boleh. Seronok ada isteri nie sebenarnya. Dia punya feel memang boleh bawak sampai ke bulan!

Cakap banyak pun tak guna. Lu orang nak tau, kawin la dulu.  

Sungguhpun begitu, ramai diantara kita yang ‘sakit’ selepas kawin. Bukan maksud gua sakit kena hentak/menghentak time ‘malam pertama’, itu nak ‘sakit’ selalu pun takde hal. (Apsal pulak gua guna istilah sakit? Patutnya sedap la, ye dop?). Tapi, ‘sakit’ yang gua maksudkan adalah padah menanggung hutang piutang yang menimbun tatkala ‘dream-wedding’ yang diidam-idamkan itu sudah selesai di’gebang’ serata kampung. Bermula dari hantaran kawen/belanja hangus yang tak berapa munasabah, kaum lelaki mula menggelabah untuk mengorek mana-mana sumber kewangan terdekat, demi nak menyedapkan hati bakal mertua. Kalau dimintak turun harga, nanti bapak mertua claim kau tak mampu. So, nak tanak, terpaksa la hangguk setuju.

So, mana nak cekau? Loan bank la.

Sesetengah orang perempuan menyifatkan perkahwinan yang di’fund’ oleh pihak bank nie seumpama setitik nila yang ter’eksiden’ menitik dalam belanga susu. Ya, beli rumah dah tentu-tentu kena buat loan bank. Kalo tak bayar, rumah kena sita. Beli kereta pun buat loan bank jugek. Kalo terkandas 3 bulan, bank keluar RO kasik tarik. Kalo kawen buat loan bank, kalo payment kantoi? Takkan bank nak tarik bini? “Itu sudah lebeyyy......” Jujurnya, Ini adalah statement yang pernah gua dengar, terpacul dari mulut kawan-kawan perempuan gua yang mengutarakan pendapat mereka bila ditanya mengenai perihal “Kahwin & Pembiayaan Peribadi”. Gua sebagai lelaki, bila pikir-pikir balik ada betulnya. Tapi, bagi gua, tu adalah usaha dan inisiatif  masing-masing. Yer la, dah jadi ketua keluarga, tanggungan dah ada, sendiri mau ingat bhaii. Kena la ada proper plan macamana nak manage income. Apa yang nak kena dulukan, kena la tumpu. Yang mana rasa boleh dilewatkan sedikit, proceed with pre-caution! InsyaAllah, kalo baik niatnya, Tuhan pasti tolong. (fuh, power ayat gua...)

Setel bab hutang, masuk pulak bab-bab ‘berdua-bertiga’. Lu orang kepala otak jangan negative sangat. “Bertiga” tu maksud gua bukan ada kekasih gelap ke, hapatah lagi nak masuk bab poligami. Gua maksudkan adalah zuriat.

Pernah lu orang kena tanya: “Bila nak dapat anak?”

Anak adalah rezeki dari Allah yang tak ternilai harganya. In fact, pasangan yang dah kahwin akan berusaha sekeras-keras yang mungkin untuk mendapatkan zuriat. Keras macamana diorang usaha, gua rasa tak perlu la gua describe. Pergi gugel la, banyak infonya. “Overhaul Enjin”, “Periksa Suhu Badan”, “Sistem Bulat-Bulat Kalendar”, semua frasa dan istilah-istilah nie gua berani cakap, orang yang dah kawen ja yang paham. Lagipun, dah lumrah orang kawen, “Sapo tak nak anak weiii......”.

Namun begitu, segelintir masyarakat kita yang suka mengambil tahu hal orang lain, cukup suka menanyakan ‘ayat keramat’ diatas sebagai satu proses untuk memulakan sessi sembang kencang. Sangat kurang asam, kan? Macam dah takde point lain yang layak ditanyakan. Tanya la pasal Harimau Malaya ker, Apa Neelofa pakai masa pergi Anugerah Skrin ker, atau cerita pasal Marlon Alex James yang dijangka bakal menguatkan Skuad Kedah bagi musim 2012. Lagi senang nak bersembang, yer dop?

Realitinya, orang kita cukup suka bertanya dan terlalu mengambil berat terhadap benda-benda yang dirasakan tidak perlu digembur satu dunia. Sangat ringan mulut. Sebelum gua bagi contoh, sila imagine seorang makcik tua (Q) yang suka tonyoh sirih di gigi, bersenjatakan sebilah gobek dan kacip pinang di tangan. Apa, gobek pun tak tau? Sila pergi makan tempe!

Kita start dari zaman lepas SPM:

Q: “Eh, ekau ni dah habih SPM nie, nak masuk Universiti mana plak?”
A: “Err...dok tengah tunggu panggilan nie makcik. Makcik nak offer keja part-time kat saya ke?”

Then, bila dah masuk Universiti:

Q:”Eh, ekau nie dah berapa lama mengaji kat unibersiti tu? Bila nak grad,nya?”
A:”Err...saya baru register seminggu, makcik. Lagi 8 tahun agaknya nak konvo. Kenapa, nak datang bagi bunga ke?”
Q:”Mak oiii, lapan tahun? Ekau mengaji ko, buat kapal selam?”
A: “Itu jawapan #sarkastik la makcik, oiii!”

Then, bila dah grad:

Q:”Ekau dah graduasi yo? Bila nak dapat kerja pulak?”
A:”Saya ada apply jadi Menteri Pertahanan kat Jobstreet. Tengah tunggu diorang reply la. Bila saya dapat keja nanti, saya janji akan letak Kapal Selam sebijik dalam telaga rumah makcik. Amacam? Kahkahkah!”
Q:”Makcik ghaso ekau bolum pernah tertelan gobek sirih nie. Nak try?”

Then bila dah ada kerja:

Q:”Baguih ekau dah keja besar sekarang. Hah, dah alang-alang tu, bila nak berbini?”
A:”Makcik oiii...saya probation period pun belum habih lagi. Jawatan pun belum komfem lagi. Satu-satularh!" *tskkk...

Then bila dah kawen:

Q:”Kawen jugak ekau nie. Makcik ingat naluri ko dah ke yang sama jenis. Hah, bila nak ada anak pulak nie?”
A:”Erk...? Errr....err...err...”

Maka dengan jawapan err…err...tersebut, Allah mengurniakan anda seorang cahayamata. Lu orang punya hepi, gembira tak terkata. Ya lah, penat pegi ‘overhaul’ sana-sini, last-last berjaya jugek ada penyambung keturunan. Namun, pertanyaan mereka biasanya tak terhenti disitu. Selagi boleh ditanya, mereka akan tanya lagi. Tak percaya?

Bila dah dapat anak sorang:

Q:”Hah, comel anak ekau ni. Serupa mak dia. Eh, bila nak tambah lagi sorang?”
A:”Makcik oiii...budak nie MyKid dia pun saya belum register. Bagi la dia boleh berdikari kunyah Cikedies dulu kalau yer pun....”

Untuk makcik Q diatas ini, gua doakan agar beliau diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman la kelak. Amin~

Begitulah serba sedikit fenomena perkahwinan yang biasanya terjadi dalam masyarakat Melayu. Penuh dengan pertanyaan, penuh dengan gossip celah tingkap. Sekadar memberi pendapat, gua harap lu orang sebagai pembaca taklah bengkek dengan ayat-ayat gua diatas. Sebetulnya taklah seteruk tu. Bahkan ada yang smooth as silk dan lancar jer hingga ke akhir hayat. Cantekkkk jer Allah aturkan.

So, pada bakal-bakal pengantin yang akan menamatkan zaman bujang mereka, tahniah gua ucapkan. Nasihat gua, kalo jumpa jenis orang seperti makcik Q diatas, selagi boleh tepis, lu orang tepis la jauh-jauh. Kalo dah sampai tahap boleh, lu orang layankan ajer la. (Macam tak kena pulak nasihat gua nie…)


#Salute

Seriously, perkahwinan ini adalah satu yang menyeronokkan. Lagi seronok dari naik Solero Shot! di Gentin Hailen.

Apa? Seronok macamana? Nak detail lagi..?

Takkan itu pun gua nak cerita bhai?

Perv!

*chiaw……



P/S: Again, I'm not a Cena fanfags. Gua google 'salutation', alih-alih gambar Cena jer yang sesuai dengan gesture nie. Gua terpaksa. So, mohon jangan salah faham. I'm not a chain-gang! 

P/S: Peh, entri nie gua malas nak buat jump-break. So, maaf la kalo 'terpanjang' berjela-jela.



Picture credits to BeautyBridal & JohnCena4u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...