Showing posts with label macam setan. Show all posts
Showing posts with label macam setan. Show all posts

Tuesday, May 27, 2014

Escape?


 Scene: Jumaat lepas
Waktu: Sebelum sembahyang Jumaat


(flashback)

"It's easy for you to say. You weren't here yesterday. You escaped." jawab colleague IT gua dengan nada yang agak bengang. Entah kenapa tiba-tiba beliau disoal oleh pihak atasan tentang isu beberapa unit komputer riba dalam senarai semak yang sudah tak dikemaskini. Semua nama nama besar syarikat memanggil beliau semalam untuk bertanyakan hal tersebut. Pada agakan gua, sesi sembang itu lebih kepada mengenal pasti masalah, tapi colleague gua beranggapan yang dia 'disoal siasat'.

(/flashback)

Escape. Those fucking word is too deep for me to sink. It's like labeling me as a pure-prick-escape-artist yang selalu mengelat dengan tanggungjawab. I mean, yeah...I'm a prick sometimes, but 'escaping from my responsibility', wayyy to much for a mere accusation.

Wednesday, May 21, 2014

Mengikut Arahan



Orang kita ni, serba serbi lengkap kalau nak diikutkan. Perwatakan, tip top. Culture kita cantik dan diiktiraf dalam hal-hal pembelajaran sahsiah dan sosial. Makanan kita sedap. Ruling goverment kita orait (disclaimer: gua atas pagar. Belah sini pun bukan, belah sana pun bukan), keadaan ekonomi kita berada dalam proses untuk 'berubah', demi nak mencapai wawasan 2020.

What I'm trying to say, kita dan apa yang kita ada ni..sebenarnya kalau lu orang sedar atau tak, adalah partial-partial untuk menuju ke status negara maju.


Monday, August 19, 2013

Pengalaman Karthik Menyambut Raya


Minggu lepas, hari Isnin. Tatkala orang ramai masih beraya sakan di kampung dengan tat-tat dan biskut Mazola, gua dah terpaksa masuk ke-ofis pada raya ke-5 atas sebab Nautilus punya event yang tak dapat dielakkan. Tapi, at least gua tak berkesaorangan, memandangkan Karthik juga tak cuti panjang. Dia juga ada di ofis, masuk kerja seperti gua. Hendak dipikirkan balik, apa hal pulak Karthik nak cuti raya panjang? Dia kan Indian?

Ahh...so, nak dijadikan cerita, setelah sebulan gua tak lepak minum dengan mamat tu di kedai mamak, hari itu kami berkesempatan untuk minum dan melepak. Waktu lunch-time masa tu. Port biasa di RR Bistro, mamak yang paling unggul di Megan Avenue. Service tip top! Tandas pun dah 'wangi'.

"Dude, you know....I was sick during the 2nd day of hari raya." Karthik memulakan sesi menyembang.

"Err...sick? Why? What happenend?" gua balas sambil buat muka berkerut. True punya berkerut sambil meniup teh tarik yang Subhanallah punya panas.

"I don't know lah. During 2nd day of Hari Raya, I got invited by my Muslim friend for an open house. I ate something like sambal. Which similar like sambal kerang, but it was made from the slices of sea cucumber......." balas Karthik, betul-betul menceritakan pengalaman kesakitan yang dialaminya.

Sambungnya lagi...

"I went to clinic for further checkup. They wanted to be warded for further checkup, since the pain were not only just diarrhea, but jaundice also..."

Jaundice? Wow...yang gua tau, jaundice ni demam kuning, yang biasa kena pada budak-budak yang baru lahir. Tak pernah pulak gua dengar bapak budak yang nak dekat umur 40 kena demam kuning.

"So, how are you feelin' now? Your stomach still Okay?"

"Yeah...so, so. That's the worst hari raya meals ever. I won't touch it as long as I live." kali ni Karthik punya nada sedikit semangat. Patriotism punya level semangat. Nampak sangat dia dah serik nak makan benda tu lagi. Tak apalah. Perut dia, lantak dia lah.


***
 

So, lepas lepak. Gua straight naik ke opis. Duduk dan on laptop dua.


Gua taip 'Sea Cucumber'......tekan 'Enter'

Sebab sebenarnya gua sendiri tak tau menatang apa tu. Kang kalau gua search depan Karthik, nampak sangat gua tak Malaysian, sampai makanan sendiri pun tak tahu. 'Sorok bodoh' orang kata.


(30 saat selepas itu.......)




Gulp!

Sea Cucumber = Gamat? Masak sambal?

What the fuck?







Picture taken from : Dreamstime

Friday, July 26, 2013

Blues Penjual Telekung


Dalam bulan puasa ni, kalau dapat peluang nak cari side income serat-dua, biasanya gua memang tak tolak. Untung-untung dapat kaver duit minyak balik kampung pun, gua dah bersyukur habih. Kebetulan, bini gua entah dari mana lobang dia survey, dapat la jadi dealer kain telekung lycra yang kaler dah tak ikut skema melayu. Biasa gua tengok perempuan sembahyang, telekung kaler putih saja. Yg bini gua dapat ni, telekung yang lycra kaler selain putih, material tebal, berat dan jatuh terletak cantik (kalau ikut jargon saudagar kain).

Alarh...kalau korang stalk Instagram Nora Danish, korang mesti perasan punya telekung yg dia pakai..kaler ungu tu

(p/s: gua fan Nora Danish. So what?)

Ok, long story short.

Niat nak tolong bini cari duit lebih, gua pun secara volunteer mempromote dekat kawan-kawan gua juga. Habih semua channel gua 'taji'. Whatsapp group, pesbuk dan manual email. Rata-rata memberikan respon positif. Alah, gua tak ambik untung banyak pun, lepas duit minyak gua, siap boleh sambil singgah tepi jalan beli lemang 3 batang masa balik kampung, jadilah.

Dalam banyak-banyak member gua dalam group whatsapp ni, ada seorang hamba Allah ni gua direct approach. Senah nama dia (bukan nama sebenar). Gua send la gambar-gambar telekung yang beraneka 12 kaler, kot-kot hati dia terbuka.Tak terbuka tak ape, gua tak paksa. Gua ni guna dasar Pandang Ke Timur. Orang tak mahu, jangan dipaksa-paksa. Move on.


***


Selang beberapa minit, si Senah ni reply:

"Best ker pakai telekung ko ni?"






Gua berjalan longlai masuk bilik persalinan. Payah juga nak jawab soalan dia tu. Nak kena 'test drive' dulu nak tahu best ke tak?

Ya lah, mana gua pernah sembahyang pakai telekung.


Wednesday, June 19, 2013

Sebenarnya saya SUAMI dia

Masa gua umur gua 5 tahun dulu, hidup gua tak sama macam budak-budak lain. Bangun pagi, gua hanya mampu  gosok-gosok mata dan terus turun ke dapur. Berbeza dengan budak-budak kampung yang sebaya dengan gua waktu itu, gua tak dimandikan dengan sistematik. Kalau dah dimandikan pun tak, nak dibedakkan seluruh badan dan dipakaikan outfit Tadika Kemas Tanjung Berembang lagi la tak munasabah.

Bila dah habih minum Milo panas yang Mak Chaq (Mak Long) gua buatkan, gua biasanya akan pergi ke muka jalan dan bertenggek di bangku perhentian bas. Outfit gua yang gua pakai masa tidur malam tadi steady tak bertukar. Rambut serabai panjang stail John Lennon, berseliparkan terompah kayu kletuk! kletak! memang menampakkan gua kanak-kanak yang rare di kampung Simpang Tiga waktu itu. Biasanya, jam 7.30 pagi ramailah pakcik makcik yang berbasikal sambil membonceng anak-anak mereka yang sama baya dengan gua menuju ke Tadika melalui jalan utama. Hampir tiap hari rutin gua untuk memerhatikan  Mat Jan, Pian, Pin, Lan Botak, Lina PakTeh diangkut oleh mak bapak mereka ke kelas Tadika. Sumpah memang sayu waktu itu. Scene bertenggek akan bertambah sayu bila budak-budak ini segera melambai-lambai tangan macam 'natey beghuk' bila ternampak gua melopong sorang-sorang sambil mengelui "Hai Mat!". Pada tika itu, gua hanya mampu tersenyum sambil menggaru-garu kepala untuk menyembunyikan rasa sedih.

Ya, gua adalah salah seorang brader yang tak pernah merasai nikmat Tadika.

Masa gua kecik, arwah mak gua tidak dapat menghantar gua ke tadika atas sebab kemampuan waktu itu. Mak gua masa tu hanya sorang operator kilang Pentex, yang bergaji RM460 sebulan. Tapi, stended lah. Gua kecik masa tu, gua tak paham apa itu kekangan kewangan. Yang gua tahu, gua nak sama macam budak-budak lain. Kalau gua tak dapat, gua rebel.

Mak gua, pukul 6 pagi dah keluar pergi kerja. Bas Kilang dia biasanya sampai dalam lingkungan jam 6.15 pagi. Kami dua beranak masa itu, tinggal bersama kakak mak gua, yang gua panggil Mak Chaq. Dia ni la yang banyak menjaga gua masa gua kecik, time mak gua pergi kerja. Pukul 6 pagi? Gua? Stendedlah masih terbongkang dalam kelambu. Tapi, dalam terbongkang itu, kadang-kadang gua tersedar juga tatkala arwah mak gua cium dahi gua sebelum dia pergi kerja. Pelan-pelan dia bisik ke telinga gua "Mak nak pi gheja dah ni. Hang dok rumah dengan Mak Chaq. Jangan nakai sangat....". Gua buat-buat tidur ayam, walaupun every words yang dia cakap tu sampai sekarang gua ingat.

Pembelajaran gua waktu umur 5 tahun bermula apabila mak gua balik dari kerja pukul 4.30 petang. Biasanya, lepas dia sangkut beg telekung dia dalam bilik, gua dah stenbai buku ABC sama kaler Luna tepi meja. Habih semayang asar, gua kena 'attend' kelas membaca dan mengeja mak gua sampai pukul 5.30. Dalam masa sejam tu, gua biasanya akan struggle sepantas yang boleh untuk mempercepatkan lesson, supaya gua boleh cepat-cepat pergi bendang terajang bola dengan budak-budak kampung. Atas azam itulah, gua waktu tu menjadi budak paling awal membaca  suratkhabar Mingguan Malaysia seperti orang tua. Bangga juga gua waktu itu, walaupun masih belum bersunat. Gua tak nafikan, arwah mak gua memang cikgu ABC yang cekap.......(dan bengis).

Walaupun waktu itu kemahiran 3M gua dah steady, hati kecil gua tetap nak pujuk mak gua nak masuk Tadika. Gua dah try macam-macam cara dah, merengek, mogok bawah tangga, sembunyi belakang pokok buluh...semua tak jalan. Merajuk jangan cerita la, tiap-tiap minggu gua buat.

Sampailah satu ketika, arwah Mak gua mengusap-ngusap ubun-ubun gua dan berkata:

"Kita tak mampu nak...ni saja mak mampu buat. Ni saja mak mampu ajar hang."

Usapan ubun itu, diselangi dengan air mata beliau...yang mencurah tak semena-mena.

That moment, gua faham.....mak gua memang betul tak mampu. Gua ingat dia saja prank gua.

Tapi....tu lah.

Lu orang ingat tak sayu ke gua bertenggek kat bangku tempat tunggu bas tiap-tiap hari, tengok kengkawan gua galas beg 'Swan' dengan muka yang paling ceria nak main jongkang-jongket dan gosok gigi ramai-ramai tepi longkang kat Tadika?

Lu ingat gua tak sayu ke gua tak boleh tunjuk skill melukis Suria Perkasa Hitam dengan tiru narrator 'Tarik Gaban Ke Ruang Angkasa Setan' yang glemer waktu itu kat budak-budak nakal Kampung Sungai Setar Besar?

Lu ingat gua tak sayu ke, tak dapat main tarik-tarik skirt budak perempuan dengan Mat Jan dan Pin? Main aci tiang, panjat Monkey Bars, minum air dalam Kole biru, menyanyi lagu-lagu wajib untuk pendedahan Darjah 1, meniup alat muzik dan tidur beramai-beramai dalam kelas?

Bila masuk sekolah rendah, alhamdulillah...gua antara murid yg agak menyinar dalam memburu tempat nombor paling sikit dalam kelas. Cuma, bila waktu kelas muzik saja...especially masa gua darjah satu, gua paling takut dan kalat. Terbakar betul hati gua bila cikgu muzik sukahati saja suruh classmate gua semua menyanyi lagu 'Berkelah Di Pantai Yang Indah' la, 'Bunga Kebangsaan' lah, apa lancau segala macam lagulah yang gua tak pernah dengar langsung masa gua kecik. Time tu, semua classmate menyanyi punya la sungguh-sungguh macam nak terkeluar halkum, meninggalkan gua seorang saja yang diam sambil pura-pura buat muka inesen. Bila cikgu tanya:

"Zahril, kenapa kamu tak nyanyi?"

"Saya mana tahu lagu tu cikgu..."

"Kan ke tu lagu kamu belajar kat sekolah Tadika?"

"Saya tak tadika. Terus masuk darjah 1."

Tiba-tiba Mat Jan bangun, dan terus berteriak:

"Dia tak Tadika cikgu. Mak dia orang miskin..."

Satu kelas ketawakan gua. Celaka betul.

Tapi tulah...time ketawa ke gua, serah ke depa. Tapi, bila lepas peperiksaan, yang ramai-ramai ketawa kat gua tu lah yang mengaut nombor yang paling banyak sekali dalam kelas. Nampak?

Karma is a bitch, right?

So, fast forward. Gua berjaya jadi orang. Alhamdulillah ada kerja tetap. Ada rumah. Ada kereta. Bini pun ada. So, takde lah ralat sangat kalau permulaan sistem pendidikan kita ni dimestikan masuk ke kelas Tadika sebenarnya. Gua tak pernah rasa malu mengaku 'gua tak pergi Tadika' bila orang tanya pasal zaman kecik gua. It all depend on the passions of your parents dalam mengutamakan hal-hal mendidik sebenarnya. Ya, memang gua tak dapat rasa semua feeling main 'aci tiang' tu, tapi....gua sebenarnya dah berjaya baca, tulis, dan kira sebelum gua jejak kaki ke Sekolah Rendah.

Not bad,eh?




 ***




"Lu jangan nak kona topik. Gua nak hantar anak kita ke Q-Dees ni. Lu setuju ke tak?" bentak Banker Permatang Pauh yang dari tadi terpaksa mendengar flashback gua.

"Ye lah....ye lah!" balas gua sambil kembali menumpukan fokus gua ke xBox.



Eleh, orang nak bermonolog sikit pun tak boleh!

Thursday, March 28, 2013

Perihal Rambut


Satu pagi, ketika gua tengah menyisir rambut dan bersiap-siap hendak pergi ke ofis, Banker Permatang Pauh yang ketika itu tengah bercuti, muncul dari belakang dan menegur gua:

"Gua rimas la tengok rambut lu. Dan kembang terpacak kat belah tepi telinga. Macam singa"

Gua tersenyum.

Soalan-soalan perli macam ni sebenarnya benda biasa dalam hidup berumahtangga. Kita nie sebagai suami mesti terer menepis persoalan dari kaum isteri secara 'halus' dan bertatasusila. Sambil meletakkan sikat diatas meja solek, gua menjawab:

"Gua ni baka Carlos Condit..."

"Sapa Condit tu?" tanya dia pendek.

"Lu Google lah sendiri.........."


***


Setibanya gua di ofis, henpon gua berdering. Ada sms masuk dari bini gua. Pendek saja ayat dia:



"Carlos Condit? Tak sama langsung!"



Gua tersenyum sambil jelir lidah macam audible Yahoo Messenger.



Carlos Condit






image taken from: Carlos Condit twitter page

Wednesday, January 23, 2013

Berlagak Hustler!

Pagi tadi gua ada dengar satu iklan kat radio Era pasal KWSP promoting their new online-system untuk kemudahan semua pencarum untuk check baki akaun EPF secara atas-talian. Nampak, gua sebut atas-talian instead of 'online'? Itu tandanya pilihanraya dah nak dekat, and I've chosen my side. OK, tak ada kena mengena.

Berbalik kepada iklan tu, berkisarkan tentang seorang makcik (gua rasa makcik) yang nak mintak time-off kat boss satu jam sebab nak pergi ke EPF untuk cetak penyata semasa. Si bos tu dengan konpidentnya jawab:

"Sekarang dah tak perlu kita semua nak ke pergi ke KWSP, kerana KWSP sekarang telah memperkenalkan sistem semakan online. Jadi, kita dah tak perlu membazir masa meredah kesesakan lalulintas semata-mata untuk menyemak baki semasa. Semuanya boleh dibuat secara online. Hebat kan?"

Dialog dia lebih kurang macam tu la. Gila apa gua nak memorize sebijik-sebijik apa boss dia kata. Dah jadi satu kerja pula.

Dan si makcik tu, tanpa ragu-ragunya terus menjadi girang dan memuji-muji sistem baru yang diperkenalkan ini. Tak check langsung susur galur pasal online-checking ni. Iklan tersebut habih kat situ saja. Gua rasa dalam 20 saat juga. Lu orang tahu sahajalah, iklan radio mana ada yang lama-lama, ye dak?


***

Tapi, seriusly kalau gua la ada kat sebelah makcik tu, gua akan pergi ke telinga dia pelan-pelan dan berbisik:

"Makcik, nak active akaun online makcik tu, kena ada e-pin. E-pin tu pulak hanya kaunter saja yang keluarkan....."

"Jadi macamana nak?"

"Makcik kena jugak la pergi ke KWSP"


P/S: Entri ni nampak sungguh holier-than-thou. Ahhh, gua peduli apa. Bukan ada orang nak baca pun.

Monday, January 21, 2013

The Rakyat


Gua sekarang tengah bila main Far Cry 3. Sebab personally gua rasa Vaas Montenegro (as shown on upper photo) is the sickest villain I've ever fought with in any first-person shooter genre. Dia ni memang bad ass. I kinda salute him in a very weird way, but one way or another, he's a heartless bastard that need to be terminated. Ahhh, nanti la gua cerita.

Cuma, apa yang gua nak cerita pasal Far Cry 3 ni, my personal rating sangat tinggi. Out of 5, gua rilek saja berani letak 4.5. Kenapa? Nanti gua akan buat special post untuk game ni. Overall game ni macam macam Skyrim. Open world exploration, and we can react at almost every resources that we've encounter. It's like "Skyrim, with guns and shit! "

Cuma, apa yang buat gua rasa kelakor, gameplay ni pasal sekumpulan bebudak yang pergi SkyDiving dekat Rook Island, and Asia-Pacific Archipelago. Gua rasa tempat diorang pergi ni belah-belah Africa jugak la, judging from the militan armies, and gaya cakap pun macam Solomon Vandy dalam Blood Diamond saja. Background music banyak scene gendang-gendang macam lu orang tengah naik jeep nak pergi tangkap harimau bintang dekat gurun sahara. 

Long story short, puak penentang bala tentera Vaas Montenegro ni, dikenali sebagai The Rakyat. Bunyi macam Bahasa Melayu kan? So, bila sebut puak penentang, mesti la ada kepala puak, ye tak? Kepala puak ini adalah Citra Talugmai, seorang wanita yang dah macam Bobohizan versi bergetah dah seksi.

Citra ni lepak dalam satu unique temple in the middle of the forest. Nak masuk temple ni, macam nak lepas kastam dekat airport, semua benda guards dia check. Nampak suspicious, her guards won't think twice to shoot you in the arse. Cuma, there's a special plot masa gua baru nak jumpa Citra, and the guards dah ready nak tembak gua. I was remain holstered  since the moment I've started this mission. So, kalau gua kena tembak, memang gua mati tak melawan la.

Tiba-tiba, Citra keluar dan menjerit:

"Berhenti"
"Turunkan Senjata"

and bla...bla..bla. Dia kasik gua arahan dalam bahasa orang putih serupa pelat Jamaicans. And lastly, bila scene dah nak habih, dia bagi arahan dekat guards dia sambil berkata:

"Berikan saya herba..."

***

I was like. Hek eleh.....

Mat Saleh yang tak tau, diorang akan sangka dia tengah bercakap ikut Jamaican's mother tounge. Tapi, kita yang memang dah tahu ni, sah-sah la si Citra tu cakap pelat Melayu.




Picture credit to FarCry Wikia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...