Wednesday, September 17, 2014

Gua Punya Movie Review : Chef (2014)



Jarang gila gua tulis review pasal movie. Last sekali gua buat benda ni masa gua baru berjinak-jinak dengan dunia blogging ni, seingat gua seawal tahun 2007-2008. Masa tu gua baru-baru nak try main blog, tapi since gua tak ada story nak post, dapat tulis pasal movie pun jadi la. Yeah, I remember….’Before The Devils Know, You Were Dead’. Ni la review yang pernah gua buat.
Pagi ni entah kenapa gua terpanggil untuk bangun awal, tatkala rakyat Malaysia masih membuta dek cuti Hari Malaysia. By the way, Selamat Hari Malaysia, Malaysia. Awal betul gua bangun hari ni, gara-gara #Saleha pijak muka gua sebab main kejar-kejar dengan #Sudin. Dah menjadi perangai gua bila gua terjaga, biasanya amat payah gua nak tidur balik. Ini gua tak pasti sangat, penyakit kea pa kebenda, sampai gua terpaksa menderita macam ni. Sekarang ni gua dah faham kenapa Arwah mak gua selalu terajang gua kalau gua terbising masa main lego waktu dia tengah tidur siang dulu. Ahhh..lu orang jangan pikir bukan bukan. Arwah dulu keja kilang. So, keja shift ni memang tak tentu.  Kalau kena shift malam, memang waktu siang tu hari yang membutalah. Dah la keja 7-7 (12 jam). So, you do the math!
 Gua bukan nak cerita pasal hal tido arwah mak gua. Where was I?

So, bila gua dah terjaga…and tak ada menda nk buat seawal 7 pagi, TV lah tempat gua buang masa. Gua sebenarnya ‘ter’layan filem ‘Chef’ (2014) arahan Jon Favreau. See the movie poster below?
‘Chef’ ni mengisahkan Carl Casper lakonan Jon Favreau, seorang headcook yang bekerja di sebuah restoran milik Riva (Dustin Hoffman). As a head chef, Casper ada beberapa anak buah yang bekerja di bawah arahan beliau, seperti  Martin (John Leguizamo), sebagai pembantu tukang masak dan Tony (Bobby Cannavale) as a sous-chef. Casper ni seorang yang jenis work hard; and he focused too hard to please what people think of him. Kerana taksub dia pada memasak, menyebabkan perkahwinan dia dengan Inez (Sofia Vergara) *jizzzzzzz* tak kekal lama. Yeah, Casper dan Inez masih berkawan, kerana pasangan tersebut mempunyai seorang anak lelaki bernama Percy (Emjay Anthony). Setiap minggu, mengikut rotation dari mahkamah mengenai hak jagaan, Casper akan menjemput Percy to hang out around town, so that they could spent the ‘father-and-son’ time together. But, since Casper is a damn workaholic, dia sering terlupa soal tanggungjawab terhadap Percy. 

Bab Sofia Vergara ni pula, gua tak tahu dia kerja apa. But she lived in a mansion, siap ada her own publicist lagi. Gua syak dia ni jenis #retis. Dan dia memang kaya. 

Gian nak buat membina nama beliau dalam dunia kulinari, Casper works too hard to come up with a new menus; just to please this one food blogger, who is scheduled to visit Riva’s restaurant. Unfortunately, the review didn’t work out so well. One thing yang buat Casper ni beruntung adalah, he got his pals, Martin & Tony yang selalu akan support dia bila dia down. Furthermore, dia ada Molly (Scarlett Johansson), the head waiter di Riva’s, tempat Casper meluahkan perasaan. Tapi deep down inside, Molly ni fuck-buddy pun ada juga gua rasa. Gila apa woi, ScarJo tu. *another jizzzzzz*

Nak dijadikan cerita, Martin dan Tony ter’buka’ cerita pasal what people thought on his damn lousy food on twitter. Casper yang memang buat social media, tak tahu langsung apa itu twitter. Tapi dia sangat eager nak tahu apa yang trending sangat sampai dia sense his staff been talking behind his back. Yes, the critics on him went viral, dan Casper terpanggil untuk join dunia twitter untuk membalas kembali komen-komen jahat dari public. 

Dia juga cari gaduh dengan Ramsey Michel; one of the famous food blogger yang dan banyak buat duit dengan menjual blog-blog makanan beliau kepada syarikat-syarikat terkemuka di Twitter.  Pendek kata, Ramsey ni macam Gordie Ramsay la, well-respected man whose heart filled with honesty and harsh-words while raving for reviews. Disebabkan pergaduhan itu, Riva naik fed up dan memecat Casper, meninggalkan Martin dan Tony terkebil-kebil untuk mengambil alih kitchen command. 

Jobless, no money and a lousy apartment membuatkan Casper tertekan dalam hidup. Inez yang sangat baik hati *cair…..cair* benar-benar ingin monolong, tapi ego Casper yang tak mahu dilayan seperti kebajikan membuatkan Inez terpaksa mengatur satu perjumpaan rahsia antara Casper dan Marvin (Robert Downey Jr.) di Miami. Siapa Marvin ni, dia adalah bekas suami Inez selepas Inez dan Casper bercerai. Power Inez ni. Sofia Vergara kot? Kougar woi….kougar! *rrrr…..*

Casper pergi berjumpa Marvin, dan Marvin berjanji  untuk membantu Casper bangun memasak kembali dengan menghadiahkan satu Food Truck. Gua tak pasti sangat foodtruck ni, sebab punca penceraian Inez dan Casper juga adalah dari foodtruck. To cut story short, food truck yang Marvin bagi ini memang perfect untuk Casper memulakan perniagaan Sandwich Cuban. Sekali tengok, food truck to nampak macam lori hantu pun ada. Tahu tak lori hantu tu apa? Lori yang tak ada roadtax, yang hanya lu orang nampak di lereng-lereng bukit tanah merah. Food truck to memang second-hand, tapi dari situlah Casper kenal erti sebenar being a good dad. Casper dan Percy, dua orang saja yang mencuci truck tersebut, membuat segala kotor-kotor dan kesan karat lama, before going out for business. Spending quality time with his kid, has made Casper realized that all these while, dia tak pernah ada masa dengan anak dia. 

Martin, yang sudah lama fedup bekerja bawah Riva, suddenly muncul di garage milik Marvin di Miami. Dia berhenti dari menjadi assistant cook; dan membuat keputusan untuk menolong Casper menguruskan Cubanes food truck milik Casper. Gua suka brotherhood antara Casper-Martin ni sebenarya. A true definition of a good buddy, orang kata buddy for life la. Dari situ, bermula perjalanan Foodtruck yang diberi nama ‘el Jefe’ membuat tour sekitar Miami, Texas dan serata Amerika. Dalam perjalanan bisnes mereka, Casper mengajar Percy erti sebenar seorang chef; dimana banyak prinsip-prinsip tukang masak yang wujud. Etika dapur, etika sebenar menolong orang yang dalam kelaparan dan sebagainya. Percy, 10 year old kid, yang sangat suka menghabiskan masa dengan ayahnya mula menunjuk minat dalam bidang memasak, dan amat gemar membantu ayahnya di dapur. Disamping itu, Percy yang juga celik IT senyap-senyap merakamkan perjalanan bisnes sandwich mereka dan memuatnaik segala pengembaraan mereka di laman-laman sosial seperti Twitter, Facebook, Vine dan sebagainya (tanpa pengetahun bapak beliau).

Sejak Casper cari pasal dengan Ramsey di Twitter, tweethandle beliau dah memang ada followers.  I guess, this is how social media works, eh? You virtually pick a fight with tweet-famous, and you’ll gain something; like followers and street cred, rite? Ditambah pula dengans egala gambar dan video yang dirakam oleh Percy melalui akaun Casper, membuatkan tour ‘El Jefe’ mereka bertiga trending worldwide. Dimana saja mereka berhenti, mesti akan ada crowd beratur untuk mendapatkan Sandwich Cuban special mereka. 

Disebabkan kebencian yang menebal, Casper takkan menjual sandwichnya kepada Ramsey, yang turut sama terpanggil untuk merasa menu tersebut. Ya lah, benda trending worldwide, kalau gua pun gua nak try juga apa yang sedap sangat.  Macam gua rasa Burger Bakar dekat Wangsa Maju dulu la, lebih kurang. 

Ending cerita tu buat movie ni jadi menarik bila mana Ramsey terpaksa ‘menjilat ludahnya’ semula dan berhasrat untuk meminta maaf kepada Casper. Not only that, dia juga membuat keputusan untuk melabur dana beliau kepada Casper. Pendek kata macam ‘bury the hatchet’ la. Mana dia dapat dana? Macam gua kata, dia food critic ternama, dan dia baru saja jual website dia kepada a private company dengan harga 10 million dollars.

Investment yang Ramsey buat adalah dengan menyediakan sebuah tapak dan restaurant kepada Casper, so that he (Casper) can cook whatever he feels like. Restaurant baru tersebut, diberi nama ‘El Jefe’, sebagai memperingati Foodtruck yang banyak berjasa kepada Casper untuk kembali berdiri dan keep doing that he loves to do.

Apa jadi dengan Inez? Gua syak dia sambung kembali perkahwinan dia dengan Casper, since Percy nampak bahagia. Dia juga turut membantu Casper menguruskan crowd di Foodtruck ketika hujung minggu. And she looks too damn happy about it. What a life, eh?

So, apa yang menariknya ‘Chef’ ni?

Jon Favreau memang source of the energy in this movie. Dia nampak great in kitchen, and gua syak dia memang ada background memasak. 

Apa lagi? Sofia Vergara la. Dia sangat sweet dalam movie ni. Jarang dia main watak manis-manis macam nie, kalau hendak dibandingkan movie-movie lakonan beliau such as Chasing Papi, bla…bla..bla…yang biasanya watak  bitchy. Fuh, gua tak dapat bayangkan kalau ada wanita yang keep supporting macam dia, demi anak dan her marriage life. Plus, she’s too damn sexy at her 40s. 
 
Scarlett Johansson ni, walaupun watak dia sekejap, tapi menggoda woi. Tak laki la kalau tak minat ScarJo. Gila wei…gila. Gua taip nama ‘ScarJo’ ni pun dah berpeluh kegembiraan.

The amazing friendship macam Martin dan Tony ni buatkan gua rasa sayang dengan kawan-kawan yang selama ni enjoy dengan gua. Fuh, Martin memang setia. Jatuh bangun Casper juga banyak disokong oleh John Leguizamo ni sebenarnya. Plus, Percy respected him as part of the family. 

So, that all. Sekali imbas, macam pelaq juga movie yang gua review ni. Tapi lantaklah. At least gua yang review, and ‘gua tulis apa yang gua nak tulis’, remember? Chef (2014) ni movie santai yang lu orang akan enjoy. Kesusahan Casper ni sebenarnya takdalah sampai tahap Will Smith dalam ‘Pursuit of Happyness’, but still dia terpaksa korbankan ego beliau menerima bantuan dari Inez, walaupun bukan dalam bentuk duit. One thing yang gua perasan, Favreau ni memang kuat mumbling. Kalau dia berlakon dengan Jesse Eisenberg, memang huru-hara punya.

Satu lagi gua nak kongsi dengan lu orang. Masa end credit cerita ni, gua terperasan ada perkataan ‘p.g.a’ dekat nama Jon Favreau as a producer of this movie. Sebagai orang yang tak berapa terer dalam dunia filem ni, gua terpanggil juga untuk tahu binatang apa ‘p.g.a’ tu. Rupanya the acronym stands for ‘Producer’s Guild of America’. It’s a fucking guild, man. Gua ingat guild-guild ni wujud dalam dunia game online saja. Dalam scene perfileman pun ada?

So gua buat kesimpulan, p.g.a ni lebih kurang f.d.a.m la kat Malaysia (correct me if I’m wrong).  Lu orang tahu ke f.d.a.m tu menatang apa? Film Directors Association of Malaysia. Cuma Malaysia ni pakai associate, U.S ni pakai guild.

Gua rasa, ‘guild’ ni lagi nampak garang dan lebih private, ye tak?

OK. Gua nak pergi goreng ikan ni. Lu orang jangan macam-macam hal pulak.

~END


Picture Credit to PhoenixBites
 

3 comments:

ika said...

Ingatkan dah selamat scarjo kne hantam.. rupenye tak jadi ape. Choii.. nak tgk la nnt. Sile review filem2 lagi ye.

Kamaruddin Shahril said...

Sila update....harap maklum.TQ

Muhaslly said...

Good review from part timer blogger my good friend Usin w/pun kerja sbg IT Specialist

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...