Thursday, December 29, 2011

Ini....sangat betul!

Babis....
Terkena batang hidung sendiri syial....Harap Banker Permatang Pauh tak hangin dengan gua.
KAH KAH KAH!



Picture credit to 9GAG

Thursday, December 22, 2011

WWE TLC 2011 : Full Result




1. Big Show def. Mark Henry; Daniel Bryan cashed in Money in the Bank (New World Heavyweight Champion)

Big Show dan Mark Henry competed one-on-one in a Chair Match sebenar. Dan bila sebut Chairs, atas ring saja dah berterabur bangku-bangku lipat yang bakal menghentak dan dihentar ke tubuh superstars tersebut. Big Show yang tampil dengan new ring attire bermula garang membelasah ‘Hall of Pain’ ideologist, Mark Henry sehingga lembik. I can say that, this match was pretty brutal. Big Show swing folding chairs tu macam Derek Jeter swing baseball bat jer. Fuh!

Mark Henry dikalahkan dengan satu WMD (Weapon of Mass Destruction) punch dari Big Show, and BOOM! Big Show was crowned the new World Heavyweight Champion.
Namun begitu, ketika Big Show leka tengah selebret kemenangan beliau, Mark Henry yang tersedar dari ‘blackout’ bangun dan menghentak kaki Big Show dengan kerusi lipat. Disusuli dengan satu vicious DDT diatas kerusi, Big Show terlantar pengsan. Marah sungguh Henry!

Bad news, Daniel Bryan emerged from The titantron, with a briefcase at his hands, accompanied by WWE official to cash-in the Money In The Bank briefcase. Bryan berlari mendapatkan Big Show yang terlentang pengsan di tengah-tengah gelanggang dan melakukan ‘pin’ untuk meraih kemenangan.

Ya, walaupun nampak keji. Namun itulah advantage bagi pemegang Money In The Bank briefcase. Penantian 9 tahun Big Show untuk kembali bergelar World HeavyWeight Champions……….lebur di tangan Daniel Bryan (Babis!).


2. WWE Champion CM Punk def. The Miz and Alberto Del Rio in a Triple Threat TLC Match

Punk berjaya mempertahankan WWE Championship beliau selepas berjaya membuka gari yang dipasang oleh Miz. Pergh, gua tak sure cemana Punk buka, samada menggunakan strength beliau or beliau ada kunci spare.

Match ini juga menyaksikan anoouncer peribadi Del Rio, Ricardo Rodriguez terpaksa berehat panjang setelah beliau ‘diterbalikkan’ oleh The Miz dan CM Punk dalam satu cubaan memanjat tangga bagi mencapai WWE Champion belt yang tergantung ditengah-tengah gelanggang. Yeah, at least WWE managed to get rid of this lunatic f**k-face. Cool!

Gua anti The Miz. But, gua respek dia kerana charisma dan egomaniacal beliau yang membuatkan beliau bertaraf bintang seperti sekarang. One thing I learned when being a WWE-die hard fan, good characteristic and fan-favorite wrestler takkan bertahan lama. Ambil contoh John Morrison cukuplah. Senyap sampai sekarang. Peluang untuk bertarung championship tak secerah The Miz. So, kalo gua ada anak nanti dan dia teringin nak jadi wrestler, gua akan cadangkan dia create satu personality yang jahat dulu. Like, punching McMahon’s face during his first day of employement. Kehkehkeh!


3. Triple H def. Kevin Nash (Sledgehammer Ladder Match)

Match nie brutal. Memang brutal!

Match yang gua tunggu-tunggu. Rivalry between 2 former best friends. Big Sexy Kevin Nash versus The Cerebral Assassin Triple H in a Sledgehammer match. Match nie sama jer konsepnya seperti TLC match, where superstar need to climb a ladder to bring down the ‘prize’. Cuma, prize yang gua maksudkan disini adalah sebatang ‘SledgeHammer’ yang tergantung cantek, minta diturunkan untuk menghentak tempurung kepala lawan.

Gua tak tengok lagi match nie. Tapi, menurut Match Story dan Photos yang gua tengok dan baca, Triple H bermula garang dalam membelasah Big Sexy. Namun, Kevin Nash tidak berdiam diri dan menggunakan kelebihan saiz badan yang besar, beliau berjaya mematah beberapa siri hentaman Triple H.

One thing gua suka bila TLC match, not only they can use whatever weapon they got under the ring, but how they apply the weapon just to hurt the opponent. Ikut kreativiti masing-masing. Dalam match nie, gua dapat tengok Triple H buat Figure-4 Leglock ke atas kaki Kevin Nash melalui celah-celah tangga besi tuh! Dan Kevin Nash meledakkan satu thunderous Side-Walk Slam ke atas Triple H berlantaikan tangga lipat itu juga. Serius shit….it was cool! I’m thrilled, man!

Triple H berjaya (at last) memanjat tangga dan mencapai SledgeHammer yang tergantung tersebut. Nash yang tersedar dari pengsan terkejut melihat Triple H ditemani SledgeHammer di tangan dan seakan dah bersedia untuk menghentam beliau. Well, payback is a bitch, man! Get ready to feel the wraith of The Cerebral Assassin! Walaupun Nash cuba merayu, namun Triple H tetap ‘kering’ dan rakus menghentam kepala dan kaki Kevin Nash dengan hammer tersebut. Dengan SledgeHammer tu baii…bukannya dengan Kendo Stick.

Nash was pinned after that, and after a complete count of 1-2-3, Triple H won the bloody match. Nash terpaksa diusung keluar dari gelanggang menggunakan stretcher oleh petugas-petugas gelanggang.

Fuh! Superb!


4. Zack Ryder def. Dolph Ziggler (New United States Champion)

Long Island Iced-Z sebenarnya tak layak pun bertarung dengan Ziggler for the US Championship match kerana beliau dikalahkan oleh John Cena dalam perlawanan kelayakan no.1 contender, 3 minggu sebelum TLC PPV. Mengikut stipulasi yang ditetapkan oleh John Laurinatis, jika Cena kalah, dia tidak layak mencabar Punk di TLC, dan jika Ryder kalah, dia juga tidak layak untuk mencabar Dolph Ziggler di gelanggang.

Match tersebut menyaksikan Cena berjaya menewaskan Zack Ryder dan automatik menjadi no.1 contender for the WWE Championship match. Namun, Zack Ryder yang amat kecewa dengan kekalahan tersebut terus ‘meroyan’ dan menolak untuk berjabat tangan dengan Cena diakhir perlawanan. Beliau kecewa………memang kecewa!

“This kid has waited too long for his title-shot.”

Kerana kesiankan Ryder, Cena telah membuat perjanjian dengan Laurinatis untuk membatalkan kemenangannya dan memberikan peluang kepada Zack Ryder untuk mengejar impiannya. Babis, jiwang pula ayat aku.

Penantian Zack Ryder untuk bergelar US Champions akhirnya tercapai juga setelah gagal melaksanakannya pada beberapa PPV yang lepas akibat ‘taktik kotor’ Vickie Guerrero.

Woo! Woo! Woo! (You know it!)


5. Randy Orton def. Wade Barrett (Tables Match)

Gua tak berapa pasti apa yang sengketa sangat antara Barret dan Orton nie. Cuma yang gua tau, feud mereka terjadi selepas Team Barret berjaya mengalahkan Team Orton pada PPV Survivor Series bulan lepas.

Kalo dah nama Tables Match, mesti la kena hempas opponent atas meja untuk menang,kan? Dengan hanya satu second-turnbuckle RKO keatas Barret, Randy Orton berjaya memenangi perlawanan tersebut.

All hail the Apex Predator!


6. Sheamus def. Jack Swagger

Dari mula lagi gua rasa Jack Swagger memang tak layak bertarung dengan Sheamus, superstar peberet gua nie. Entah kenapa lately nie gua bukan main fanatic dengan Brogue Kick Sheamus. Yeah, I have to admit. It’s tempting weih!

A thunderous jumping-bicycle kick sealed the winner of this match. It’s the Great White Sheamus.

Celtic rulesss!


7. Intercontinental Champion Cody Rhodes def. Booker T

Cody Rhodes, anak kepada lagenda ‘American Dreams’ Dusty Rhodes dan juga adik kepada Goldust telah berjaya membuatkan Booker T keluar dari persaraan sebagai penggusti dan memaksa ‘The Master of Spinaroonie’ mengenakan wrestling gears beliau dalam satu perlawanan merebut Intercontinental belt. Match nie pun berlandaskan ego jugak sebenarnya. Bermula dengan sebotol air mineral yang dicurahkan ke muka Booker T, John Laurinatis menjadikan feud mereka sebagai salah satu match dalam TLC 2011 dalam merebut talipinggang ini. Bijak jugak setan ni!

Rhodes bermula agak keji pada mulanya kerana beliau meluru menyerang Booker T sewaktu Booker berjalan menuju ke gelanggang. Namun, sebagai wrestler veteran yang masih percaya ‘I still got the skill’, Booker T bingkas bangun dan melawan. Honestly, gua dah lama rindukan Axe Kick Booker-T, sebab move tu legendary weii!

Not, only gua dapat tengok Axe-Kick finisher, gua jugak dapat tengok Booker-T buat ‘Spinaroonie’ setelah sekian lama mengidam.  Kehkehkeh!

Namun, bodoh tetap bodoh. Cody Rhodes dibiarkan groggy hingga beliau berjaya bangun. Booker yang terlalu leka dengan sorakan WWE universe hasil Spinaroonie beliau, dikalahkan oleh Rhodes akhirnya dengan satu vicious ‘Beautiful Disaster’ kick.

End of Story, and the ‘Book did End’!


8. WWE Tag Team Champions Air Boom def. Primo and Epico

Ahh…dulu gua pernah post yang gua sangat benci Air Boom pegang Tag Team title lama-lama. Kerana, pada pendapat gua, tag team division sekarang dah hilang serinya. Gua malas nak elaborate banyak-banyak, cukuplah gua katakana Air-Boom berjaya defend talipinggang mereka dari dirampas Primo & Epico.

(Ntah sapa-sapa Epico ni… #pfft!)


9. Divas Champion Beth Phoenix def. Kelly Kelly

Macam gua pernah kata dulu, gua tak amik port match-match Divas. Tits & hips doesn’t really amazes me. So, let them be!

  
Sekian gua melaporkan dari 1st Mariner Arena in Baltimore, Maryland






P/S: Bila menulis berlandaskan emosi, panjang jugek gua boleh karang. Celaka betul!

Picture credit to Cage Side Seat

"Tapi, Dia Tak Maksudkan Begitu..."

Kalo benda nie jadi depan mata, gua pun konpius siapa yang salah faham sebenarnya? Cikgu ker murid?

KAH KAH KAH !




P/S: Serius shit 9GAG nie boleh buat gua hilang stress..you should try!

Sumber asal: 9GAG.com

Monday, December 19, 2011

Kordi

Suatu petang yang hening, seperti petang-petang biasa, kelihatan Kordi sedang leka menghirup Kopi O di warung Pak Mael di hujung simpang kampung. Warung kopi Pak Mael, yang asasnya dibina 100% menggunakan papan terpakai dan kerahan tenaga belia-belia kampung Paya Cendehiring, sudah menjadi port yang lazim bagi Kordi untuk menghabiskan petangnya. Tidak seperti belia-belia kampung lain yang ke padang untuk bermain bola, Kordi lebih gemar melepak duduk di warung. Trauma ditekel oleh Bedul yang mengakibatkan dia jatuh tersembam di atas tahi lembu membuatkan Kordi membenci sukan itu buat selama-lamanya. Insiden tersebut dianggap sebagai titik hitam dalam dirinya, kerana ekoran dari scene tersebut, hampir setiap hari beliau diketawakan oleh orang kampung.

Ya, padang bola kampung memang sinonim dengan scene lambakan tahi-tahi oleh tuan punya kelompok lembu yang tidak bertanggungjawab. Selain menjadi tempat rakan belia menunjukkan skill menggelecek bola, padang itu juga kadang-kadang diceroboh oleh pengusaha-pengusaha lembu untuk dijadikan padang ragut!

Marah betul Kordi pabila mengingati peristiwa tersebut.

Berbekalkan senaskah Kosmo! dan beberapa ketul karipap hasil air tangan Salmah janda, Kordi termanggu di satu sudut pencil warung Pak Mael. Sehelai demi sehelai akhbarnya diselak. Karipap dan Kopi O ‘terbang’ ke rongga berselang-seli. Lapar betul Kordi petang itu. Maklumlah, sejak ibunya ditawarkan pekerjaan sebagai pengopek udang di Kilang Tan Huat, tiada lagi juadah cucur bilis di bawah tudung saji rumahnya setiap petang. Tak sempat, kata ibunya. 


“Bagus juga sekali sekala dapat jadi front-page paper nie. Baru aku boleh berlagak sikit dekat Yati cucu Tok Rashid tu. Sombong sangat…” getus hati kecil Kordi.


***

Jauh di hujung jalan, kelihatan seorang manusia mundar-mandir langkahnya menuju ke warung. Manusia itu adalah Hamidon (bukan nama sebenar). Gaya pemakaian yang seakan-akan brader pejabat yang bekerja from 9-5, ditambah dengan tali leher longgar dan sebuah fail berisi sijil tersisip kemas di tangan, menandakan dia baru sahaja pulang dari satu sesi temuduga kerja. Tengok dari gaya jalan, sah interview tadi lingkup!

Kordi yang perasan akan kelibat Hamidon yang sugul terhoyong-hayang di pangkal jalan, segera melambai-lambai. Baginya, kalo ada partner lepak petang-petang macam nie, sedap jugak perginya. Selepas insiden ‘tahi lembu’ tersebut, hanya Hamidon saja yang sudi berkawan dengannya. Nak harapkan pemuda-pemuda sebaya dengannya, hmmm…buat kena gelak saja.

***

Bam! 

“Hah! Ada apa kau panggil aku nie, Kordi?” tanya Hamidon sambil menghempaskan failnya di atas meja warung. Melambung seketul karipap Salmah janda keluar dari piring.

“Alah…saja nak borak-borak dengan kau. Takkan itu pun tak boleh? Duduk la, rasa dulu karipap janda nie. Boleh tahan power jugak, ko tau!” pelawa Kordi manja.


Hamidon melabuhkan punggungnya tanpa banyak bunyi. Disapa seketul karipap janda yang terhidang cantik di atas meja warung Pak Mael. Sedap jugak. Inti kentang Salmah begitu lazat, seakan-akan menguis-nguis tekak Hamidon untuk menjamah seketul lagi. Memang benarlah cakap orang kampung. Salmah memang primadona karipap Kampung Paya Cendehiring. Bakatnya dalam mengadun karipap dan mereka inti sangat tidak boleh disangkal. Sekali cuba, mesti nak lagi. 


“Pak Mael, teh satu. Kurang manis!” laung Hamidon memesan minuman. 2 ketul karipap masuk ke tekak, kalau tak dibilas air, itu cari penyakit namanya.

“Hah! Apa cerita baru? Apsal kau nampak libanglibu jer hari nie?” tanya Kordi memulakan perbualan.


Hamidon terdiam. Kunyahan terakhir yang belum lunyai terus ditelan. Berlinang sikit air matanya. Pelik juga Kordi melihat kelibat Hamidon yang tiba-tiba #ManlyTears. Mungkin kerana soalan itu terlalu pilu untuk beliau jawab. Namun, demi menghormati persahabatan yang sekian lama utuh, Hamidon tahankan jua. Setelah tenang sikit, dia bersuara:


“Aku tadi pergi temuduga kerja la, Di. Tapi, aku rasa aku screwed-up, big time!”

“Eh? Apa pulak yang kau buat kali ni? Jangan kata kau tunjuk ‘fuck’ macam interview yang lepas-lepas, sudah la. Jangankan diorang, aku pun boleh naik potensi nak tempeleng kau kuat-kuat kalo kena tunjuk ‘fuck’ depan muka...” balas Kordi sinis.

“Bukan la! Interview kali ni memang aku behave. Sangat-sangat behave. Lagipun, mak aku dah warning, kalo aku fakap interview ni, dia dah malas nak mengaku anak. Tu yang buat aku tak berani nak balik rumah ni....”


Kordi mengangguk faham. Sedikit perasaan kasihan timbul di dalam hati beliau. Ternyata Hamidon memang betul-betul kecewa dengan kegagalan temuduga tadi. Kordi kenal benar dengan peel Hamidon. Maklumlah, mereka berkawan dari kecil lagi. Bagaikan saudara kembar. Jika Hamidon bersedih, Kordi sedikit terpalit keluhnya. Itu perkara biasa. 


“Sudah la Hamidon. Mungkin rezeki kau kat tempat lain. Kalau kau nak usyar StarJobs Sabtu lepas punya, datang la rumah. Aku rasa aku simpan lagi.” Pujuk Kordi sambil mengait-ngait bijih di dalam rongga hidungnya. Sesekali bijih ranum yang berjaya dirangkul keluar dari rongga dicalit-calitkan ke tiang warung.

“Aku dah penat la pergi interview. Masuk interview tadi, aku rasa dah 7 interview aku attend untuk bulan ini sahaja. Semua yang reject, bagi alasan aku nie experience tak cukup la, tak reti guna Microsoft Word la, takde akaun twitter la. Yang paling aku tak boleh terima, mereka mempersoalkan ketampanan aku....Apa salah aku Kordi? Salahkah aku dilahirkan ada iras-iras Forest Whittaker? Salahkah? ” kilas Hamidon agak emosional.


Kordi terdiam. Keluhan yang diluahkan Hamidon itu terlalu dalam untuk beliau digest. Ada benar juga cakap Hamidon itu. Apa jadahnya alasan fakap itu berkaitan dengan soal tiada akaun Twitter dan hal-hal ketampanan? Kalo Hamidon minta kerja bidang permodelan, itu lain cerita. Ni apply untuk position kerani am saja kot? Perlukah ada twitter?


“Nasihat aku, sebelum kau pergi mana-mana interview, kau kena tahu apa kekuatan kau, Midon...”

“Dan bila aku cakap pasal kekuatan, aku bukannya refer kepada berapa batang pensel warna luna kau berjaya patahkan dalam seminit, berapa lama kau boleh ‘celepup-celepup’ dalam tandas. Itu ‘kuat’ lain…”

“Habis tu, kuat yang macamana yang kau maksudkan, Kordi?” tanya Hamidon yang sedikit teruja.

“Kuat tu, maksudnya kelebihan yang ada pada kau. Kelebihan yang boleh buatkan employer tu terbuka hati nak hire kau bekerja dengan diorang. Biasa la time interview, kau kena la jual diri kau sikit. Sesekali bohong apa salahnya. Bohong sunat…”


Solid betei penerangan Kordi tadi. Hamidon terdiam sebentar. Dari raut wajahnya, jelas dia sedang memikirkan tentang ‘kekuatan’ yang dimaksudkan Kordi tadi. Kalo anda perasan, Teh yang diorder Hamidon tadi tidak sampai-sampai dari tadi. Apa Pak Mael buat lama sangat di dapur? Misteri kan? Tapi, itu lain entri gua buat.


“Aku rasa aku nie banyak kelebihan, Di. Rugi diorang tak hire aku sebenarnya.” balas Hamidon dengan muka yang sedikit ceria.


Hilang sedikit kedukaan yang terbuku dihatinya selepas berborak dengan Kordi. Hakikatnya, Kordi ni bukanlah kutu sangat sebenarnya. Beliau ada Diploma dari salah satu Universiti tersohor di Malaysia. Cuma, beliau malas kerja kerana dipengaruhi prinsip bencikan kapitalis. Gua syak dia nie ada background skinhead jugak dulu sebenarnya. Eh? Apsal pulak gua masuk dalam penceritaan ini?


“OK, aku listkan kekuatan-kekuatan aku, then kau suggestkan kerja yang bersesuaian berdasarkan tersebut? Boleh?” tanya Kordi dengan tone yang agak excited.

“OK. Aku takda hal. Shoot me!” jawab Kordi angkuh. Kemain siap speaking Inggrish lagi.



***


“Firstly. Aku nie jenis fleksibel, biasa kerja secara berkumpulan atau sorang-sorang. Tapi, honestly kalo aku kerja lone ranger, mutu kerja aku lagi superb sebenarnya.”

“Kedua. Aku nie jenis tenang orangnya. Tak menggelabah orangnya. Aku percaya kerja akan jadi efektif kalo kita ada plan yang solid. Kalo aku diberi task yang susah-susah, aku akan plan dulu. Then, baru aku buat sehabis baik.”

“Ketiga. Kalau aku buat salah, aku jenis pandai cover line. Selagi tak fakap, aku akan adjust sampai orang tak perasan. Biasalah, jaga hati bos. Periuk nasik kita, kena jaga juga.”

“Keempat. Erm….dimata orang, aku nie nampak saja bodoh-bodoh alang. Tapi sebenarnya aku cerdik juga. Cuma aku malas nak expose sangat.”

“So, macam tu lah. Aku setakat nie aku listkan 4 dulu. Kau rasa macamana Kordi? Kerja apa yang sesuai dengan aku?” tanya Hamidon riang. Seperti bermain teka personaliti, dia teruja benar hendak tahu cadangan proffesion yang bakal disuggestkan Kordi.


Kordi diam sebentar. Satu demi satu ‘kekuatkan’ yang disenaraikan Hamidon tadi diteliti dan diamati cermat. Kelibat orang kampung yang keluar masuk warung Pak Mael ketika ini sudah tidak diendahkan beliau. Serius benar beliau memikir pekerjaan apakah yang sesuai dengan advantage dan kelayakan yang dimiliki Hamidon. Sementara itu, Hamidon yang duduk bertentang dengan mukanya tidak berkelip-kelip mengamati muka Kordi. Hinggakan lalat-lalat warung yang menghurung hidungnya itu pun tidak dihiraukan. Dasat betul determination yang ditunjukkan Hamidon. Padanya, Kordi bukan setakat kawan baik, malah boleh jadi tempat meminta buah fikiran dikala kusut.

5 minit berlalu. Mulut Kordi dari tadi hanya mengeluarkan perkataan ‘Hurm’ sahaja dari tadi. Sekejap-sekejap beliau menggaru kepala, sekejap-sekejap beliau membetulkan ‘angry-bird’ beliau yang tersepit di celahan kelengkang. Sejak beliau baru-baru berjinak dengan scene boxer nie, organ reproduksinya seakan sejuk-sejuk ditiup angin. Tidak grip seperti memakai ‘spenda’ dulu.


“Aku rasa, aku dah dapat dah profession yang sesuai dengan kau, Hamidon.” jawab Kordi kemas.

“Ye ke, Di? Pergh...kau nie kadang-kadang bijak jugak, ya? Hah, apa kerja yang sesuai dengan aku?” tanya Hamidon yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk merubah hidupnya.

“Erm..kau nie, power kerja sorang-sorang. Pastu persona kau nie jenis yang teliti. Maksud aku, kau buat kerja according to the plan dan tenang. Kau juga jenis pandai cover-line bila buat salah, dan kau tak suka dipandang bijak oleh orang ramai. So, aku rasa.....kerja yang sesuai dengan kau nie......”


Keterujaan Hamidon tidak boleh ditahan-tahan lagi. Dadanya berdegup kencang. Dengusan nafas beliau yang kucar-kacir menyebabkan suhu badannnya meluap-luap. Sesekali beliau menelan air liur sambil menunggu Kordi menghabiskan ayatnya.




“Aku rasa, kau sesuai jadi pembunuh bersiri sajalah, Hamidon”



***


Kordi mati di tempat kejadian akibat tikaman bertubi-tubi di perut serta alat kelaminnya menggunakan garfu warung Pak Mael. Hamidon pula sehingga kini gagal dikesan dan masih diburu FBI.

Tercapai juga hasrat Kordi untuk menjadi front-page di dada akhbar tempatan.

Kordi sudah berjaya mencapai cita-citanya. Anda bila lagi?

#LOL


Wednesday, December 14, 2011

Dilema Seorang Bakal Ejen Takaful


Semalam, gua berkesempatan lepak minum dengan Kamal, ex-staff yang pernah bekerja sekali dengan gua merangkap brader sekelas masa study di Melaka dulu. Beliau turun KL kerana ada program katanya. Saja nak lepak jumpa member-member lama di sekitar Bandar Kelumpo ni. Quite a year-and-a-half jugek la gua tak jumpa dia, and brader nie still maintain ‘whole-pack’ macam dulu juga. Biasa la, kesan sampingan orang yang selalu makan ‘air tangan isteri’. Gua pun terkena tempiasnya jugek. Kah kah kah!

Scene lepak kami berlaku sekitar waktu rehat di mamak Harmain bawah opis. Fuh, lama betul tak pekena teh dan borak dengan brader nie, since he left the company tahun 2010 dulu. Biasanya la bro-bro berborak, hal-hal seperti ‘kau buat apa skang?’ atau ‘bini kau sarat lagi ke?’ adalah topik yang normal. Kamal turun Kelumpo kerana ada Training Takaful katanya.

Fuh, dah join scene-scene Takaful dah beliau sekarang. Nampak pun agak loaded dengan cuff-link tersemat di pergelangan tangan. Sungguhpun begitu, apa yang buat gua respek kepada beliau, beliau tidak langsung mencekik-paksa leher gua supaya membeli takaful dengan beliau. Sebalik, beliau mengajak gua enroll training tersebut sebagai certified agent agar gua ada timbul-timbul sikit side-income dan taklah bergantung harap sangat dengan gaji basic.

Gua telan air liur.

“Nantilah gua pikir dulu…” ujar gua sambil menghirup teh tarik Harmain. Boleh tahan tinggi juga buihnya hari itu. Tak seperti hari-hari biasa.

“Heh, lu tak berani ke?” tanya Kamal dengan tone yang sedikit khuatir.

“Bukan masalah tak berani bro...cuma ada beberapa sebab yang buat gua tak konpident...” tolak gua cermat. Budi bahasa kena jaga juga. Kata orang, biar tak tampan, budi bahasa jangan tunggang langgang.

“Yer la, yer la...”

(Setel scene lepak)

***

Tak senang duduk betul gua malam tu memikirkan tentang cadangan Kamal petang tadi. Nak tido pun tak aman. Golek sini, rimas. Golek sana, rasa macam mahu terajang dinding pun ada juga. Ayat-ayat Kamal petang tadi berlegar-legar di kepala gua. Jujurnya, ada betul juga cakap beliau tentang kelebihan side-income ni sebenarnya. Huuish, banyak benda gua boleh setel kalo ada ‘modal’ lebih. Bil itu, bil ini. Beli jersi Original barang tujuh lapan helai, shopping iPad sekeping dua, dan another Xbox360 untuk main XboxLIVE .Silap-silap, gua boleh bawak Banker Permatang Pauh pegi main Salji kat Osaka nun!



#FFFUUUU

(Power....memang power!)

Setelah setengah jam berangan, gua nekad yang gua mesti enroll training nie. Untung-untung dapat jugek gua pegi London, melancong. Steady sikit gua nak riak dekat orang kampung, ye dop? Gua bingkas bangun dari katil lalu turun ke bawah mendapatkan Banker Permatang Pauh yang kusyuk membaca majalah Pa&Ma di sofa ruang tamu. Amboi, gila power majalah tu!

Lalu diceritakanlah cadangan gua untuk menyertai program Takaful ini kepada isteri gua. Sesekali gua perasan dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Sedikit perasaan tak yakin berkepul-kepul di minda beliau. Semakin berkerut dahi beliau, semakin gigih la gua membariskan segala macam kelebihan dan faedah menjadi ejen Takaful. Jenis gua nie, kalo something yang melibatkan masa depan keluarga, gua tak boleh ikut kepala sendiri. Kena duduk berbincang dengan isteri. Baru la ketua keluarga yang demokrasi namanya!

Namun begitu, makin gua cerita, makin dasat kerut beliau. Kali ni siap angkat-angkat kening stail The Rock pula. Ahhhhh…ini sudah lebih. Berbuih-buih mulut gua pumpang! pumpang!, dia masih musykil juga. Gua dah start bengkek, tapi masih boleh menten rilek. Nampak tak kewibawaan gua? Hehehe. Mungkin ada something yang gua  ter ‘miss’ dalam menyenaraikan kelebihan-kelebihan tadi. Ishh, ini tak boleh jadi. Apa pulak yang gua miss?

“Apsal dahi lu berkerut jer dari tadi. Penat gua cerita, tau tak?” tanya gua untuk menghilangkan kegusaran.

“Err..takde pape. Cuma…”

“Kenapa? Lu yang konpident dengan gua ke? Gua public speaking dulu dapat A, tau!” convince gua kepada beliau. Bersungguh-sungguh sikit tone gua kali ni.

“Konpident tu...konpident. Cuma ada satu benda nie, lu kena setting dulu sebelum lu layak jadi ejen Takaful.” balas bini gua slow sambil mengatup majalah Pa&Ma di tangannya.

Alamak. Apa benda plak ‘benda kena setting’ yang bini gua maksudkan tu? Strategi kewangan yang mantap ke? Atau speaking English gua yang 'slang-kelantan kadang-kadang' yang kena setting? Ahh, makin kelaut pula gua melalut!

“Setting? Setting apa?” gua kembali menjadi penyoal yang komited.

“Gua cakap nie, lu janji jangan marah gua tau. Gua takut lu kecik hati pulak.” balas bini gua tersenyum, plus lidah terkeluar sikit-sikit macam smiley Yahoo! Messenger.

Sah! Dia mesti cakap gua tak berapa tampan nie. Gua dah boleh agak dah. Dari dulu lagi perempuan payah nak dekat dengan gua sebab isu ni. Cuma bini gua jer yang berani sebab dia sorang jer yang tau hati budi gua nie power sebenarnya. Bukan sekadar rupa gitew!

“OK OK. Gua janji…cepat la. Jangan la buat gua kucar-kacir macam ni.”

Pelan-pelan bini gua tarik nafas panjang. Macam ada satu benda sensitif yang bakal tersentuh akan berlaku setelah beliau melontarkan pendapatnya. Gua mesti bersedia untuk terguris. Dia perlu bersedia untuk memujuk. Keadaan malam itu kian getir.

Setelah tenang, Banker Permatang Pauh menyuarakan apa yang terbuku di hati beliau.

Kata beliau:

“Err...gua tau lu kalo bab nak lulus exam Takaful tu, memang lu takde hal, sebab gua tau lu nie jenis kuat menghafal. Bab-bab public speaking pun gua tau lu memang ada talented. Ramah terlebih pun ada kadang-kadang. Cuma….”

"Pasal gua tak berapa tampan ke?"

"Tak lah. Lu hensem je gua perati. Cuma...." 

***


Tika ini, peluh jantan beliau mula meleleh di pipi kiri. Cilaka. Gua punya nerves kalah orang nerves nak terjuk KB Mall pulak!

“Cuma…alignment gigi lu tu. Tak seimbang. Susah nak buat sales, kang. Pakai braces, OK?”



Malam itu gua tidur dengan tangan di dahi.


Thursday, December 8, 2011

Kekalutan Itu Membunuhku

“Treet..Treeet!”

Keheningan pagi suasana opis pagi tadi terganggu dengan satu bunyi notifikasi SMS yang gua terima tatkala kepala ini masih mengantuk melayan ketidakcukupan tidur malam tadi. Cilaka, siapa pula yang nak mintak hutang pagi-pagi nie? Mood gua kucar-kacir sekejap tatkala mengingatkan perbalahan dengan pihak bank mengenai beberapa tunggakan yang gua perlu selesaikan walhal ‘taik’ tersebut bukan gua yang punya angkara. Perlahan-lahan gua seluk tangan dalam poket dan mengeluarkan phone gua lalu memerhati turn durjana manakah pulak yang nak buat hal dengan gua hari nie.

“Owh, Wenger rupanya..” getus hati kecil gua sambil mengurut-ngurut dada tanda lega..

Nampaknya, tak perlulah gua terjerit-jerit bertekak dengan orang hari ni. Alhamdulillah~

SMS:
ARSENE WENGER: BRO, TURUN MAMAK BAWAH OPIS KAU KEJAP. GUA ADA NAK TANYA SOMETHING NIE? ANTARA HIDUP DAN MATI.

Alarh, apa lagi mamat nie nak jumpa gua. Nie tak lain tak bukan nak mintak nasihat la tuh. Benda-benda macam nie gua sangat malas deal dengan dia sebenarnya. Dia mintak nasihat, gua bagi. Namun, in the end, dia still ikut kepala dia juga. So, apa gunanya nasihat gua? Tapi, demi menghormati ukhuwah persahabatan dengan beliau, gua layankan juga.

Pelan-pelan gua slide keyboard iPong lalu membalas mesej beliau.

SMS:
ZAHRIL: YER LA, YER LA. TUNGGU SITU. KEJAP AKU TURUN. EH, TOLONG ORDERKAN KOPI O KAT AKU SKALI. MENGANTUK SANGAT NIE...
           
***

Setibanya gua di Mamak Maju Cemerlang Megan Avenue, kelihatan Wenger amat sugul dan berkerut di satu penjuru meja kedai. Kedut-kedut dahinya jelas timbul, menandakan ada sesuatu yang sangat mengganggu fikirannya. Sejak akhir-akhir ini, gua faham benar kekusutan yang beliau alami sejak board of directors tidak bersetuju meluluskan dana sebanyak 30 juta Pound Sterling untuk membeli Mario Goetze dari Borussia Dortmund. Kata mereka, Arsenal tidak mempunyai duit sebanyak itu, dan beliau diberi amaran agar  jangan terpengaruh dengan perangai ‘hantu borong’ Roberto Mancini. Arsenal tidak sekaya itu!

Pelan-pelan gua merapati meja Wenger seraya menarik kerusi. Punggung ini gua labuhkan kemas-kemas agar tidak nampak terlalu janggal di mata tukang sapu mamak tersebut.

“Hah, ada apa kau panggil aku nie, bro? Kau tak train budak-budak ker pagi nie?” tanya gua kepada Wenger yang sedang menyisir-nyisir rambut beliau. Makin banyak uban orang tua nie. Jelaslah dia jenis individu yang kuat berfikir.

“Hari nie aku malas nak handle training. Pat Rice gantikan tempat aku sekejap. Aku stress la bro....” sambut Wenger dengan nada lesu.

“Owh, besar jugak lesen ko suruh Pat handle training. Board tak marah ker kau AWOL datang jumpa aku nie..?”

“Ahh, aku bengang la dengan Kroenke tuh! Dah la invest kecik, pastu nak demand lebih-lebih pulak. Ahh...malas ah cerita pasal board. Aku ada benda lain aku nak minta pandangan kau nie…”

*Gulp

Telan air liur gua sekejap. Dari sebelum turun dari opis lagi gua dah agak ada something yang tak kena dengan orang tua ni. Takdenyer dia turun Megan Avenue nie saja-saja nak ajak gua minum. Mesti ada something yang terbuku di hati beliau.

“Kenapa bro? Kalo ada benda aku boleh tolong, aku tolong. Ko jangan mintak aku jadi funders untuk beli Goetze, sudah la. Aku nie soru bulan-bulan pun kadang-kadang miss...” balas gua bersama komedi tak lojik berunsur sedikit lawak, dengan harapan Wenger dapat tersenyum sedikit. Hish, tak selesa langsung gua bersembang dengan orang muka-muka ketat ni!

Santos injured la bro. 3 minggu pulak tu. Lagi 10 hari kita dah jumpa Manchester City nie. Arsenal dah takde left-back, kau tau? Aku buntu la.”

Tambah beliau lagi…

“Gibbs injured ntah bila nak baiknya aku tak tau. Sebab tu aku banyak play Santos sekarang nie. Power jugak mamat tu dah bleh score 2-3 bijik goal. ”

“Alih-alih, dia pulak injured. Aku sebenarnya tak berapa sedap hati nak bagi dia main masa kita kalah dengan Olympiakos hari tuh. Tapi, ego punya pasal, aku turunkan dia jugak. Aku tak bajet dia boleh ‘out’ sampai 3 minggu. Itu bala tu….BALA! BALA!”

Bam!

Kerana emosi yang kurang menentu, Wenger secara tidak sengaja terhentak meja dengan penumbuk beliau yang tidak besar mana. Terbalik kuah dhal+sambal roti telur beliau. Suasana dikedai mamak yang riuh-rendah tadi bertukar diam. Kesemua pelanggan seakan-akan tersentak dengan bunyi dentuman tersebut. Ada diantara mereka yang membawa bayi-bayi kecil mengerling tajam ke arah Wenger. Ini kerana bayi mereka menangis ekoran terkejut dengan hentaman itu. Celaka, gua pulak yang terpaksa ‘bermuka-sweet’ meminta maaf kepada mereka atas insiden Wenger tadi.

Jauh di sudut hati, kasihan pula gua lihat Wenger ni sebenarnya. Tak ditolong, gua tak sampai hati. Dah tolong, beliau tak ikut pula. Namun, atas dasar prihatin dan sayangkan Arsenal, gua layankan juga. Gua keluarkan sekotak LM dari poket baju gua. Cabut sebatang dan gua hulurkan kepada Wenger. Walaupun gua tahu Wenger tak merokok, saja gua test ajak-ajak ayam. Harap-harap, dia mampu tersenyum sedikit, sambil menolak pelawaan gua.

“Thanks”. Lantas beliau menyalakan rokok yang gua ‘semawa’ tersebut.

Aik? Sejak bila pulak dia start hisap rokok balik?

Vavi betul!

Rugi rokok gua sebatang.

***

“So, skang nie, apa rancangan kau? Skang Arsenal dah short-on left-back, kan?” gua cuba mendapatkan kepastian. Manalah tahu Wenger buat gila pula untuk menurunkan budak skuad 17 tahun untuk mengisi kekosongan slot tersebut.

“Skang nie, aku dah takde opsyen lain. Lu kenal Martin Agha? Aku rasa aku nak test dia la..” jelas Wenger serius. Fuh, serius benar dia kali ini.

“Budak Akademi kau yang 17 tahun tu? Kau dah gila ke?” marah gua kepada Wenger.

“Kau rasa macamana?”

“Huh? Kau tanya aku, macamana aku rasa? Aku rasa kau dah makin ‘senile’ nie bro. Tak munasabah langsung kau nak turunkan budak tu…”

“Come on, la. Dia experience main dengan team-team biasa liga pun tarak. Skang kau expect dia nak marking Adam Johnson, David Silva, Kolarov or Richards? Kau nak kita kena 8-2 lagi ke?” tinggi sikit nada gua kali nie. Walaupun nampak kurang ajar, namun bila tiba soal lojik, gua jarang kira kasta.

Wenger terdiam sebentar. Lama juga dia nak digest amarah gua tadi.

“Habis...? Kau ada cadangan?”

Gua terdiam. Sesekali gua tarik nafas dalam-dalam. Bila dah tenang sedikit, gua mula bersuara.

“Macam nie. Vermaelen tu, kalau main International, pernah jugak aku tengok dia main left-back. Aku rasa better kau letak Vermaelen main kiri sekejap, sementara nak tunggu Santos fully-fit.”

“Centre backs. Takde opsyen lain bro. Kau kena letak juga Mertesacker pair sama Djourou. Yer, aku tau prestasi Djourou agak ‘sampah’ masa main di Anthens dulu. Budak tu memang takde talent langsung nak main right-back. Crossing pun kucar-kacir. Tapi, aku rasa mamat tu memang born untuk guard centre-zone la. Kau kasi pair jer sama Mertesacker tu. Aku rasa diorang OK….”

“Kocielny lu biar ja dia main right-back. Gua tengok dia steady sikit main kanan  berbanding ‘mamat rahang panjang’ tu.”

“Ha? Saper pulak ‘mamat rahang panjang’ tu?” tanya Wenger sedikit pelik.

Gua tersenyum.

“Djourou larh…Hahahaha”

Wenger tersenyum riang kali ini. Kenduran-kenduran kedut yang jelas timbul tanda dimamah usia di muka beliau sedikit tegang. Nampak dia sudah sedikit rilek sekarang. Tidak lagi sugul dan kalut seperti 10 minit tadi.

“Best cadangan kau nie, bro. Apsal aku tak terpikir,ha?”

“Manalah aku tau. So, dah OK ke? Dah-dah, jangan nangis. Muka tu jangan ketat sangat!”

“Yer lah…yer la….” balas Wenger sambil menghirup Kopi O di depannya.




* THE END *


P/S: Boleh tahan celaka juga entri gua kali ni. Mohon 'up-diri-sendiri' sebentar. Kahkahkah!

Wednesday, December 7, 2011

Kahwin, Zuriat & Scene Mulut Tempayan

*Entri Khas Sempena Scene Kahwin Musim Cuti Sekolah



Peh! Dah masuk bulan December. Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2011. Bagi mereka yang selalu bermain dengan azam, bulan December adalah bulan yang stress. Stress kerana banyak azam-azam yang ‘yor yor orr’, dijanjikan pada awal January dulu masih tak berapa nak kesampaian. Gua? Bab-bab azam nie memang kami tak pernah ngam, sebab gua tahu gua takkan boleh achieve punya!

Tapi, environment biasa bagi kita orang Malaysia nie, bila tiba December ja, banyak la kad-kad jemputan kawen yang bertandang dalam mailbox rumah. Ditambah dengan peristiwa cuti sekolah, sesetengah orang mengaitkan bulan December ini sebagai bulan ‘mengawan’. Asal bulan 12 jer, orang nak kawen. Asal nak kawen jer mesti set tarikh bulan 12. Why? Sebab cuti la sekolah la orang ramai cepat lapar untuk makan tengahari free. Time hari-hari biasa, level lapar tengahari orang ramai adalah limited dan kebanyakannya tertumpu di kedai-kedai mamak. Tapi, baguslah bagi sesiapa yang berkesempatan dan berkemampuan untuk menamatkan zaman bujang mereka secepat yang boleh. Seronok ada isteri nie sebenarnya. Dia punya feel memang boleh bawak sampai ke bulan!

Cakap banyak pun tak guna. Lu orang nak tau, kawin la dulu.  

Sungguhpun begitu, ramai diantara kita yang ‘sakit’ selepas kawin. Bukan maksud gua sakit kena hentak/menghentak time ‘malam pertama’, itu nak ‘sakit’ selalu pun takde hal. (Apsal pulak gua guna istilah sakit? Patutnya sedap la, ye dop?). Tapi, ‘sakit’ yang gua maksudkan adalah padah menanggung hutang piutang yang menimbun tatkala ‘dream-wedding’ yang diidam-idamkan itu sudah selesai di’gebang’ serata kampung. Bermula dari hantaran kawen/belanja hangus yang tak berapa munasabah, kaum lelaki mula menggelabah untuk mengorek mana-mana sumber kewangan terdekat, demi nak menyedapkan hati bakal mertua. Kalau dimintak turun harga, nanti bapak mertua claim kau tak mampu. So, nak tanak, terpaksa la hangguk setuju.

So, mana nak cekau? Loan bank la.

Sesetengah orang perempuan menyifatkan perkahwinan yang di’fund’ oleh pihak bank nie seumpama setitik nila yang ter’eksiden’ menitik dalam belanga susu. Ya, beli rumah dah tentu-tentu kena buat loan bank. Kalo tak bayar, rumah kena sita. Beli kereta pun buat loan bank jugek. Kalo terkandas 3 bulan, bank keluar RO kasik tarik. Kalo kawen buat loan bank, kalo payment kantoi? Takkan bank nak tarik bini? “Itu sudah lebeyyy......” Jujurnya, Ini adalah statement yang pernah gua dengar, terpacul dari mulut kawan-kawan perempuan gua yang mengutarakan pendapat mereka bila ditanya mengenai perihal “Kahwin & Pembiayaan Peribadi”. Gua sebagai lelaki, bila pikir-pikir balik ada betulnya. Tapi, bagi gua, tu adalah usaha dan inisiatif  masing-masing. Yer la, dah jadi ketua keluarga, tanggungan dah ada, sendiri mau ingat bhaii. Kena la ada proper plan macamana nak manage income. Apa yang nak kena dulukan, kena la tumpu. Yang mana rasa boleh dilewatkan sedikit, proceed with pre-caution! InsyaAllah, kalo baik niatnya, Tuhan pasti tolong. (fuh, power ayat gua...)

Setel bab hutang, masuk pulak bab-bab ‘berdua-bertiga’. Lu orang kepala otak jangan negative sangat. “Bertiga” tu maksud gua bukan ada kekasih gelap ke, hapatah lagi nak masuk bab poligami. Gua maksudkan adalah zuriat.

Pernah lu orang kena tanya: “Bila nak dapat anak?”

Anak adalah rezeki dari Allah yang tak ternilai harganya. In fact, pasangan yang dah kahwin akan berusaha sekeras-keras yang mungkin untuk mendapatkan zuriat. Keras macamana diorang usaha, gua rasa tak perlu la gua describe. Pergi gugel la, banyak infonya. “Overhaul Enjin”, “Periksa Suhu Badan”, “Sistem Bulat-Bulat Kalendar”, semua frasa dan istilah-istilah nie gua berani cakap, orang yang dah kawen ja yang paham. Lagipun, dah lumrah orang kawen, “Sapo tak nak anak weiii......”.

Namun begitu, segelintir masyarakat kita yang suka mengambil tahu hal orang lain, cukup suka menanyakan ‘ayat keramat’ diatas sebagai satu proses untuk memulakan sessi sembang kencang. Sangat kurang asam, kan? Macam dah takde point lain yang layak ditanyakan. Tanya la pasal Harimau Malaya ker, Apa Neelofa pakai masa pergi Anugerah Skrin ker, atau cerita pasal Marlon Alex James yang dijangka bakal menguatkan Skuad Kedah bagi musim 2012. Lagi senang nak bersembang, yer dop?

Realitinya, orang kita cukup suka bertanya dan terlalu mengambil berat terhadap benda-benda yang dirasakan tidak perlu digembur satu dunia. Sangat ringan mulut. Sebelum gua bagi contoh, sila imagine seorang makcik tua (Q) yang suka tonyoh sirih di gigi, bersenjatakan sebilah gobek dan kacip pinang di tangan. Apa, gobek pun tak tau? Sila pergi makan tempe!

Kita start dari zaman lepas SPM:

Q: “Eh, ekau ni dah habih SPM nie, nak masuk Universiti mana plak?”
A: “Err...dok tengah tunggu panggilan nie makcik. Makcik nak offer keja part-time kat saya ke?”

Then, bila dah masuk Universiti:

Q:”Eh, ekau nie dah berapa lama mengaji kat unibersiti tu? Bila nak grad,nya?”
A:”Err...saya baru register seminggu, makcik. Lagi 8 tahun agaknya nak konvo. Kenapa, nak datang bagi bunga ke?”
Q:”Mak oiii, lapan tahun? Ekau mengaji ko, buat kapal selam?”
A: “Itu jawapan #sarkastik la makcik, oiii!”

Then, bila dah grad:

Q:”Ekau dah graduasi yo? Bila nak dapat kerja pulak?”
A:”Saya ada apply jadi Menteri Pertahanan kat Jobstreet. Tengah tunggu diorang reply la. Bila saya dapat keja nanti, saya janji akan letak Kapal Selam sebijik dalam telaga rumah makcik. Amacam? Kahkahkah!”
Q:”Makcik ghaso ekau bolum pernah tertelan gobek sirih nie. Nak try?”

Then bila dah ada kerja:

Q:”Baguih ekau dah keja besar sekarang. Hah, dah alang-alang tu, bila nak berbini?”
A:”Makcik oiii...saya probation period pun belum habih lagi. Jawatan pun belum komfem lagi. Satu-satularh!" *tskkk...

Then bila dah kawen:

Q:”Kawen jugak ekau nie. Makcik ingat naluri ko dah ke yang sama jenis. Hah, bila nak ada anak pulak nie?”
A:”Erk...? Errr....err...err...”

Maka dengan jawapan err…err...tersebut, Allah mengurniakan anda seorang cahayamata. Lu orang punya hepi, gembira tak terkata. Ya lah, penat pegi ‘overhaul’ sana-sini, last-last berjaya jugek ada penyambung keturunan. Namun, pertanyaan mereka biasanya tak terhenti disitu. Selagi boleh ditanya, mereka akan tanya lagi. Tak percaya?

Bila dah dapat anak sorang:

Q:”Hah, comel anak ekau ni. Serupa mak dia. Eh, bila nak tambah lagi sorang?”
A:”Makcik oiii...budak nie MyKid dia pun saya belum register. Bagi la dia boleh berdikari kunyah Cikedies dulu kalau yer pun....”

Untuk makcik Q diatas ini, gua doakan agar beliau diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman la kelak. Amin~

Begitulah serba sedikit fenomena perkahwinan yang biasanya terjadi dalam masyarakat Melayu. Penuh dengan pertanyaan, penuh dengan gossip celah tingkap. Sekadar memberi pendapat, gua harap lu orang sebagai pembaca taklah bengkek dengan ayat-ayat gua diatas. Sebetulnya taklah seteruk tu. Bahkan ada yang smooth as silk dan lancar jer hingga ke akhir hayat. Cantekkkk jer Allah aturkan.

So, pada bakal-bakal pengantin yang akan menamatkan zaman bujang mereka, tahniah gua ucapkan. Nasihat gua, kalo jumpa jenis orang seperti makcik Q diatas, selagi boleh tepis, lu orang tepis la jauh-jauh. Kalo dah sampai tahap boleh, lu orang layankan ajer la. (Macam tak kena pulak nasihat gua nie…)


#Salute

Seriously, perkahwinan ini adalah satu yang menyeronokkan. Lagi seronok dari naik Solero Shot! di Gentin Hailen.

Apa? Seronok macamana? Nak detail lagi..?

Takkan itu pun gua nak cerita bhai?

Perv!

*chiaw……



P/S: Again, I'm not a Cena fanfags. Gua google 'salutation', alih-alih gambar Cena jer yang sesuai dengan gesture nie. Gua terpaksa. So, mohon jangan salah faham. I'm not a chain-gang! 

P/S: Peh, entri nie gua malas nak buat jump-break. So, maaf la kalo 'terpanjang' berjela-jela.



Picture credits to BeautyBridal & JohnCena4u

Thursday, December 1, 2011

Apa Kena?


“Eh, apahal plak suara kau sengau hari nie?” tanya bos gua yang pelik mendengar perubahan vokal gua hari ini.

“Biasalah bos, demam dan batuk dari Raya Haji dulu belom setel lagi. Makin menjadi-jadi adalah...” balas gua dengan tenang sambil mengelap lelehan cecair pekat yang galak muncul dari rongga-rongga berkaitan.

“Kalo macam tu, kau MC lah. Pegi balik rehat. Takpe, keja-keja kau aku tolong coverkan.” balas bos gua dengan nada yang sangat cemerlang.

*Gulp*

“Betul ker nie bos? Jangan la mainkan perasaan saya. Saya nie fragile. Mudah tersentuh kalau diklepet.” gua balas seakan-akan tidak percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mulut beliau sebentar tadi.

Biar benar bos gua nie. Hal-hal berkaitan MC nie jangan dibuat main-main. Kang gua balik rehat betul-betul, jeles pulak geng-geng Operation karang.

“Betul la. Dah dah! Packing barang kau. Pegi balik rehat. MC Slip, lusa ko pass kat aku!”

Sepantas kilat gua off notebook dan kemas kabel-kabel yang berkaitan. External Hard Disk gua selit kemas-kemas dalam beg Targus gua. Earphone, battery charger dan mouse semua gua perosokkan dalam beg. Giler ngkau. Dah bos izin pegi klinik, buat apa ditangguh lagi, yer dok?

Dalam masa kurang 15 saat saja, semua barang-barang gua dah dimasukkan dalam beg sandang. Gua perasan budak-budak lain yang still bertungkus lumus bekerja seakan-akan jelly (jeles) dengan pelepasan yang gua dapat dari bos gua tadi. Bibit-bibit cemburu beserta kerlingan mata yang super-tajam oleh mereka-mereka yang mencemburui gua, jelas menunjukkan yang mereka memang tengah #butthurted. Ahh, lantaklah. Yang penting, gua kena rushing pergi cari klinik yang berdekatan. Ubat selsema dengan batuk gua mesti ambil yang dos power punya. Telan sesudu teh, terus tido.

Ahh, indah......... sangat indah.

Setelah dengan sarkastiknya melambaikan tangan kepada Ona, Ain dan Intan yang pandang gua macam nak tanak aje, gua turun tangga Emergency Exit dengan hati yang girang. Sesekali lagu Adele yang famous di corong-corong radio sekarang gua siulkan dengan rasa yang sangat rilek. Pada ketika ini, mucus-mucus yang meleleh tidak lagi gua hiraukan. Biarkan saja dia meleleh. Yang penting, gua nak tido puas-puas lepas ambik ubat nie.

Namun,

Langit tidak selalunya cerah...

Ketika gua asyik bersiul-siul menuruni tangga, kaki kanan gua secara tak sengaja tersandung tong sampah tingkat 7 yang diletakkan diatas anak tangga. Gua hilang kawalan lalu jatuh bergolek mengikut acuan tangga spiral Emergency Exit tersebut. Kepala gua ratusan kali terhentak di bucu-bucu tangga. Dalam keadaan yang kucar-kacir itu, gua cuba juga mencapai birai birai handrail yang kukuh menanggam permukaan tangga, tapi hakikatnya gua gagal. Pada ketika ini, gua rasakan masa depan gua sudah gelap. Dengan hentakan yang bertubi-tubi di kepala sewaktu gulingan tak sengaja ini, gua bayangkan yang hidup gua tamat disini.

Tamat di tangga Emergency Exit ......

(*gedebuk! gedebak! gedebuk! gedebak!)

Dari tingkat 7, gua ‘terbergolek’ hinggalah ke basement (B1). Pada saat ini, gua sudah tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki gua. Sendi-sendi gua rasa sangat kebas. Pandangan gua juga kabur kerana diselaputi darah yang keluar membuak-buak dari ubun-ubun kepala. Gua cuba menjerit meminta tolong, namun tiada seorang pun pejalan kaki yang lalu lalang di kawasan basement tersebut. Ya lah, bangunan ada lift, mestilah orang ramai gunakan lift untuk turun. Kepala bana apakah mereka akan mengakses tangga Emergency Exit sedangkan lift masih berfungsi dengan baik?

Bodohnya gua hari nie...


Gua mengesot-ngesot menuruni lebihan anak tangga untuk pergi mendapatkan bantuan. Sekarang baru gua sedar, sukarnya untuk meneruskan hidup jika tangan dan kaki tidak berfungsi. Air mata gua mengalir dengan dasatnya. Rasa seperti ingin meraung. Rasa seperti ingin meronta. Jauh disudut hati, gua menyesal. Kalaulah gua tak bongkak kepada Ain, Ona & Intan sewaktu keluar dari ofis tadi, mungkin perkara ini tidak akan terjadi. Mungkin inilah balasan dari Tuhan atas kebongkakan gua..

Gua menyesal.

Sangat menyesal...

Kalo boleh gua undurkan masa itu, gua ingin naik semula ke tingkat 9 memohon maaf kepada 3 orang individu tersebut. Namun, apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Tidak apa yang mampu gua buat lagi melainkan pertolongan dari pak guard-pak guard dari Nepal untuk menghantar gua ke ICU.

Berbekalkan saki baki lebihan tenaga sedia ada, gua menarik nafas panjang. Dalam-dalam gua tarik. Bila dada dah steady, gua pun menjerit:


“TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGG”

“TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGG”



***



*Dush!*

“Lu kalo tido tak menyusahkan orang tak boleh ke? Menjerit tak tentu hala. Lu nie kenapa?” bebel Nazri setelah menyekeh kepala gua.

“Gua kat mana nie bro?” tanya gua terkebil-kebil.

“Lu boleh tanya kat mana? Opis la bingai!”

Air yang meleleh dibibir gua lap. Gua menggosok-gosok tempat sekehan tadi. Mamat nie pun kalo nak menyekeh, tak beragak. Benjol tengkorak kepala kiri gua.

Gua mimpi rupanya.

Nasib baik bos tak lalu-lalang.

Ceit!

Wednesday, November 30, 2011

(SPR) Sengkak Perut Rabu...No.4

Untuk yang 'Perminat' aja dong! #LULZ


* Gua post nie sekadar LULZ aje. Bukan nak motivate korang soh pegi plak. Apa-apa jadik, gua tak tanggung. KAH KAH KAH!

Saturday, November 26, 2011

WWE Survivor Series 2011 : Full Result



1) Dolph Ziggler Def. John Morrison for WWE United States Championship


John Morrison muncul sebagai no.1 contender dalam misinya untuk merampas talipinggang U.S Champion yang dah lama dipegang oleh Dolph Ziggler, the self-proclaimed ‘Perfectionist’. Personally, gua memang sangat benci Dolph Ziggler nie. Bad hairstyle, and yet terrible finishing maneuver. Dan seperti biasa, John Morrison tidak lokek untuk mempamerkan aksi-aksi berani mati beliau dalam menumpaskan Ziggler. Namun, nasib lebih menyebelahi Ziggler, dimana beliau berjaya mengelakkan diri beliau dari dihentam Morrison’s Starship of Pain, dan seterusnya menyudahkan Morrison dengan satu devastating ‘Zig-Zag’.


Err, Zig-zag tu devastating ker? More like funneh maneuver to me!


#pfft!


2) Beth Phoenix Def Eve Torres for WWE Divas Championship


Seperti biasa, match-match ‘boobs & brainless’ nie gua tak pernah amik port. Namun, apa yang gua baca, Beth Pheonix menewaskan Eve Torres dengan satu GlamaSlam yang power dari 2nd turnbuckle. Hurm…not bad for a diva match.


3) Team Barret Def Team Orton in 5 on 5 Survivor Series elimination match


A traditional Survivor Series elamination match. Team Barret diwakili oleh Wade Barret (c), Jack Swagger, Hunico, Cody Rhodes & Dolph Ziggler dijadualkan menentang Team Orton yang diwakili oleh Randy Orton (c), Kofi Kingston, Mason Ryan, Sin Cara & Sheamus. Kalah jugak team Orton. Cilaka!


Owh, untuk sesiapa yang tak berapa mengenali Hunico, watak Black Sin Cara yang pernah menjadi plot SmackDown beberapa bulan lalu adalah dimainkan oleh beliau. Biasa la, bila plot takley blah, konsep menghormati luchador entah kemana, dan last-last terpaksa bukak topeng jugak.


Ziggler adalah orang pertama yang dielaminate, followed by Sin Cara.


4) The Big Show Def Mark Henry for WWE World Heavyweight Championship (via DQ)


Match yang gua tunggu-tunggu sebenarnya. Clashof the big guys. The ‘Silverback’ Gorilla, Mark Henry dicabar oleh The World Largest Athlete, Big Show. Match nie masa kat Vengeance dulu, ended up with no contest, sebab ring runtuh. Big Show superplex Mark Henry from the top turnbuckle, down to the wrestling mat. So, no contest and the champion remains.


So, rematch at Survivor Series, Mark Henry competed style cilaka punya. One thing about facing Big Show, always bear in mind that if kena knocked the WMD (Weapon of Mass Destruction), which basically a KO Punch…and poof! You’re history. Bayangkan Big Show’s fist yang sebenar muka Matt Stryker tu, dihentak kat muka korang. Fo’ sho memang black-out lah. So, during this match, Mark Henry dah nak kalah dah. Last-last, one kick to Big Show’s groin …and that’s it! Big Show won by DQ, and Mark Henry still keeping the World title.


*title takkan berubah tangan kalau menang via DQ, kecuali ada special stipulation.


Big Show yang amat panas dengan taktik keji Mark Henry, membelasah beliau hingga lunyai. And then, here’s the best part. Big Show hooked up the steel chair at Mark Henry’s leg (while groggy), and he did a devastating leg-drop on the chair. #PERGH! What a moment!


Padan muka ngko Marky!


GYEAHH!


5) CM Punk Def Alberto Del Rio (New WWE Champion)


The Spanish Aristocrat akhirnya tewas mengejut di tangan CM Punk. Dengan hanya satu devastating Anaconda Vice, akhirnya Alberto Del Rio terpaksa tap-out untuk memberikan kejuaran WWE ke-2 kepada Punk.


6) The Rock & John Cena Def Miz & R Truth in tag team match


This match is the main eventer during Survivor Series 2011. Sebab apa? Apa? John Cena? #pfft!. For surelah sebab The Rock.


Cena & The Rock bergabung untuk berhadapan dengan The Miz dan R-Truth. Yeah, satu pakatan yang tak berapa ngam sebenarnya antara Cena & The Rock, sebabnya Cena pernah talked-trash about The Great One about not respecting the WWE. Ahh, gua malas nak explain the story behind this controversial plot, sila gugel sendiri. Cena & The Rock bermula gagah membelasah Miz & Truth. Biasala, suasana memang electrifying bila The Rock masuk dalam ring. And bila Cena tag The Rock ja, satu arena boo. Kahkahkah!


Time perlawanan ni, ia sebenarnya menggamit seribu memori, bai. Ya la, semua skill-skill The Rock habih keluar. Gua yang layan nie pun, #ManlyTears sekali sekala. Baru tersedar yang gua dah tua sebenarnya. Segala macam Samoa Drop, Rock’s signature Angry Stomp, Rock Bottom & The People’s Elbow habih The Rock executed. Move-move semua nie masa muda-muda dulu gua selalu buat masa main wrestling-wrestling time sekolah asrama. And after 10 years gua dapat tengok balik these set of moves, ini sangat #PERGH! di mata gua. Trust me, The Rock adalah performer yang paling hebat di alam semesta. I’m not saying this because I’m a fan, but because it is the truth!


As the result, ‘Boots to Asses’ adalah kekal milik The Awesome Truth. Lunyai dua-dua budak ini dibesalah oleh Cena & Rock. Dan, bila ada The Rock, mesti ada awesome moments. Awesome momentnya, Cena makan Rock Bottom buat kali ke-2 at Survivor Series (first dulu time Wrestlemania 27). 


In your face, Cena! Kahkahkah!






Sekian gua melaporkan dari Madison Square Garden...

Thursday, November 24, 2011

Captcha Separa Bangang


Lu orang agak-agak, cemana gua nak insert captcha yang dalam gelung merah tu?

Bangang punya File Sonic!

Tuesday, November 15, 2011

Kemalasan Yang Padu

Cubicle Tempat Saya Kerja,
Jalan Yak Kwan Seng
Kuala Lumpur

15 November 2011

Assalamualaikum para pembaca semua.

Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka. Saya disini tidaklah sesihat yang disangkakan, memandangkan akhir-akhir ini cuaca amatlah kurang menentu suasananya. Hujan & panas berselang seli kadang-kadang boleh membawa kepada demam yang tak sudah-sudah; sama seperti apa yang saya tengah hadapi sekarang ini.

Untuk seketika waktu, saya sengaja tidak mahu mengemaskini blog ini kerana ingin menguji sejauh mana saya boleh mencabar diri saya meninggalkan bidang penulisan crap! seperti yang saya selalu lampiaskan sebelum-sebelum ini. Nyatanya, susah benar! Biarpun berjaya bertahan selama seminggu, namun dalam seminggu itulah tangan saya terketar-ketar seperti orang terkena parkinson. 

Apa sudah jadi dengan saya ini? 

Ya, saya sedar yang blog saya ini bukanlah ada pembaca sangat pun, namun keberahian saya dalam menulis artikel-artikel fiksional dan imaginasi saya sendiri adalah mengatasi segala-galanya. Oleh itu, saya membuat keputusan, biarlah tanpa pembaca pun, saya akan tetap menaip, menaip dan terus menaip. Seperti Cena yang tidak menghiraukan laungan 'Cena Sucks', seperti 'Manchester United' yang tidak menghiraukan kredibiliti 'Mr.Potato' dalam penajaan, saya akan teruskan dengan apa yang saya dah mulakan.

Akhir kata, maaflah sekiranya saudara-saudara semua kurang memahami tentang apa yang cuba disampaikan dalam entri kali ini. Nyatanya, bukan kalian sahaja yang tidak faham, malah saya sendiri pun tak faham tentang apa yang saya tulis.

Now That's Wassup!



Yang Benar,
Ismail Ibrahim
Ketua Kelab Kompang Kampung Raja

Friday, November 4, 2011

Antara Tahyul dan Konsep Sabar

Sejak season EPL bermula, hari Sabtu & hari Ahad merupakan hari yang paling buat gua excited. Seperti golongan-golongan brader yang lain, yang mempunyai team bola kebanggaan mereka untuk diruntun dan disorak setiap minggu,gua jugak tak terkecuali. Gua rasa lu orang dah tahu team mana gua sokong, memandangkan lately nie gua asek-asek update pasal Robin Van Persie dan Gervinho je. Yeah, apa lagi kalau bukan #Arsenal.

Feel menonton perlawanan membabitkan Arsenal, sama terujanya ketika gua melayan Batman: Arkham City. Seronok memang seronok. Tapi kadang-kadang macam celaka jugak. Celaka jika Arsenal main macam celaka. Passing ntah kemana, memanjang kena counter-attack, keeper off position, kena tinggal 2 bijik gol dan bermacam-macam lagi la. Pendek kata, hujung minggu gua kadang-kadang banyak mengundang dosa. Dosa mencarut!

Wednesday, November 2, 2011

Masih Butthurt?


Chelsea 3 – 5 Arsenal

Peh! Satu pengalaman manis yang tak akan gua lupa sampai bila-bila. Sayangnya gua terpaksa menonton perlawanan tersebut kat rumah sahaja atas beberapa kekangan yang tak dapat nak dielakkan. Kalau la time tu gua dapat layan match nie di Herris Delicious Corner dengan Amar, komfem havocnya lain macam.

Sejujurnya, gua mengaku bila Arsenal berdepan dengan team power-power seperti Team Snek Kentang, Team TV Samsung, Team Sardin yang perasan ada connection dengan Bank dan team Bangau London, dalam hati gua tergetus sedikit perasaan ‘Asal seri cukup la…’. Memang gua tak demand lebih-lebih, asalkan boleh seri atau kalau nak kalah pun, tak sampai tahap perlu pakai anal-lubes. Gila tebal muka gua nak masuk opis time hari Isnin kalo Arsenal kalah besar. Muka nie dah tak tahu kat mana nak parking dah. Perasaan dianjing oleh carnales tempat kerja gua nie dia punya frust memang boleh buat gua nak benti keja! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...