Thursday, December 1, 2011

Apa Kena?


“Eh, apahal plak suara kau sengau hari nie?” tanya bos gua yang pelik mendengar perubahan vokal gua hari ini.

“Biasalah bos, demam dan batuk dari Raya Haji dulu belom setel lagi. Makin menjadi-jadi adalah...” balas gua dengan tenang sambil mengelap lelehan cecair pekat yang galak muncul dari rongga-rongga berkaitan.

“Kalo macam tu, kau MC lah. Pegi balik rehat. Takpe, keja-keja kau aku tolong coverkan.” balas bos gua dengan nada yang sangat cemerlang.

*Gulp*

“Betul ker nie bos? Jangan la mainkan perasaan saya. Saya nie fragile. Mudah tersentuh kalau diklepet.” gua balas seakan-akan tidak percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mulut beliau sebentar tadi.

Biar benar bos gua nie. Hal-hal berkaitan MC nie jangan dibuat main-main. Kang gua balik rehat betul-betul, jeles pulak geng-geng Operation karang.

“Betul la. Dah dah! Packing barang kau. Pegi balik rehat. MC Slip, lusa ko pass kat aku!”

Sepantas kilat gua off notebook dan kemas kabel-kabel yang berkaitan. External Hard Disk gua selit kemas-kemas dalam beg Targus gua. Earphone, battery charger dan mouse semua gua perosokkan dalam beg. Giler ngkau. Dah bos izin pegi klinik, buat apa ditangguh lagi, yer dok?

Dalam masa kurang 15 saat saja, semua barang-barang gua dah dimasukkan dalam beg sandang. Gua perasan budak-budak lain yang still bertungkus lumus bekerja seakan-akan jelly (jeles) dengan pelepasan yang gua dapat dari bos gua tadi. Bibit-bibit cemburu beserta kerlingan mata yang super-tajam oleh mereka-mereka yang mencemburui gua, jelas menunjukkan yang mereka memang tengah #butthurted. Ahh, lantaklah. Yang penting, gua kena rushing pergi cari klinik yang berdekatan. Ubat selsema dengan batuk gua mesti ambil yang dos power punya. Telan sesudu teh, terus tido.

Ahh, indah......... sangat indah.

Setelah dengan sarkastiknya melambaikan tangan kepada Ona, Ain dan Intan yang pandang gua macam nak tanak aje, gua turun tangga Emergency Exit dengan hati yang girang. Sesekali lagu Adele yang famous di corong-corong radio sekarang gua siulkan dengan rasa yang sangat rilek. Pada ketika ini, mucus-mucus yang meleleh tidak lagi gua hiraukan. Biarkan saja dia meleleh. Yang penting, gua nak tido puas-puas lepas ambik ubat nie.

Namun,

Langit tidak selalunya cerah...

Ketika gua asyik bersiul-siul menuruni tangga, kaki kanan gua secara tak sengaja tersandung tong sampah tingkat 7 yang diletakkan diatas anak tangga. Gua hilang kawalan lalu jatuh bergolek mengikut acuan tangga spiral Emergency Exit tersebut. Kepala gua ratusan kali terhentak di bucu-bucu tangga. Dalam keadaan yang kucar-kacir itu, gua cuba juga mencapai birai birai handrail yang kukuh menanggam permukaan tangga, tapi hakikatnya gua gagal. Pada ketika ini, gua rasakan masa depan gua sudah gelap. Dengan hentakan yang bertubi-tubi di kepala sewaktu gulingan tak sengaja ini, gua bayangkan yang hidup gua tamat disini.

Tamat di tangga Emergency Exit ......

(*gedebuk! gedebak! gedebuk! gedebak!)

Dari tingkat 7, gua ‘terbergolek’ hinggalah ke basement (B1). Pada saat ini, gua sudah tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki gua. Sendi-sendi gua rasa sangat kebas. Pandangan gua juga kabur kerana diselaputi darah yang keluar membuak-buak dari ubun-ubun kepala. Gua cuba menjerit meminta tolong, namun tiada seorang pun pejalan kaki yang lalu lalang di kawasan basement tersebut. Ya lah, bangunan ada lift, mestilah orang ramai gunakan lift untuk turun. Kepala bana apakah mereka akan mengakses tangga Emergency Exit sedangkan lift masih berfungsi dengan baik?

Bodohnya gua hari nie...


Gua mengesot-ngesot menuruni lebihan anak tangga untuk pergi mendapatkan bantuan. Sekarang baru gua sedar, sukarnya untuk meneruskan hidup jika tangan dan kaki tidak berfungsi. Air mata gua mengalir dengan dasatnya. Rasa seperti ingin meraung. Rasa seperti ingin meronta. Jauh disudut hati, gua menyesal. Kalaulah gua tak bongkak kepada Ain, Ona & Intan sewaktu keluar dari ofis tadi, mungkin perkara ini tidak akan terjadi. Mungkin inilah balasan dari Tuhan atas kebongkakan gua..

Gua menyesal.

Sangat menyesal...

Kalo boleh gua undurkan masa itu, gua ingin naik semula ke tingkat 9 memohon maaf kepada 3 orang individu tersebut. Namun, apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Tidak apa yang mampu gua buat lagi melainkan pertolongan dari pak guard-pak guard dari Nepal untuk menghantar gua ke ICU.

Berbekalkan saki baki lebihan tenaga sedia ada, gua menarik nafas panjang. Dalam-dalam gua tarik. Bila dada dah steady, gua pun menjerit:


“TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGG”

“TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGG”



***



*Dush!*

“Lu kalo tido tak menyusahkan orang tak boleh ke? Menjerit tak tentu hala. Lu nie kenapa?” bebel Nazri setelah menyekeh kepala gua.

“Gua kat mana nie bro?” tanya gua terkebil-kebil.

“Lu boleh tanya kat mana? Opis la bingai!”

Air yang meleleh dibibir gua lap. Gua menggosok-gosok tempat sekehan tadi. Mamat nie pun kalo nak menyekeh, tak beragak. Benjol tengkorak kepala kiri gua.

Gua mimpi rupanya.

Nasib baik bos tak lalu-lalang.

Ceit!

5 comments:

velasrizal said...

memang ganas giler mimpi ko ni bai

ParkAir said...

Cehhh mimpi dramatik macam filem hindustan!

Unknown said...

hahaha..bongok!

mohd amar abdullah said...

lu kalau gua siku 3 suku telur separuh masak baru tau.ingatkan betul jatuh tadi...

Sandokhan said...

velasrizal: Dalam mimpi jer la aku menempuh scene ganas-ganas. Realitinya setakat ni sentiasa aman dan harmoni ja. Heh!

ParkAir:Takde la dramatik mana pun. Cuma part beguling-guling tu aku mengaku la ada ala-ala Anil Kapoor sket-sket. Kakakaka..

De_are_na: Gotcha! Hahahah..

amar:Kahkahkah! Jangan marah sangat bro. Simpan sikit. Nama pun mimpi. Kita Gooners kena bersatu. Come On You Gunners!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...