Semalam, gua berkesempatan lepak minum dengan Kamal, ex-staff yang pernah bekerja sekali dengan gua merangkap brader sekelas masa study di Melaka dulu. Beliau turun KL kerana ada program katanya. Saja nak lepak jumpa member-member lama di sekitar Bandar Kelumpo ni. Quite a year-and-a-half jugek la gua tak jumpa dia, and brader nie still maintain ‘whole-pack’ macam dulu juga. Biasa la, kesan sampingan orang yang selalu makan ‘air tangan isteri’. Gua pun terkena tempiasnya jugek. Kah kah kah!
Scene lepak kami berlaku sekitar waktu rehat di mamak Harmain bawah opis. Fuh, lama betul tak pekena teh dan borak dengan brader nie, since he left the company tahun 2010 dulu. Biasanya la bro-bro berborak, hal-hal seperti ‘kau buat apa skang?’ atau ‘bini kau sarat lagi ke?’ adalah topik yang normal. Kamal turun Kelumpo kerana ada Training Takaful katanya.
Fuh, dah join scene-scene Takaful dah beliau sekarang. Nampak pun agak loaded dengan cuff-link tersemat di pergelangan tangan. Sungguhpun begitu, apa yang buat gua respek kepada beliau, beliau tidak langsung mencekik-paksa leher gua supaya membeli takaful dengan beliau. Sebalik, beliau mengajak gua enroll training tersebut sebagai certified agent agar gua ada timbul-timbul sikit side-income dan taklah bergantung harap sangat dengan gaji basic.
Gua telan air liur.
“Nantilah gua pikir dulu…” ujar gua sambil menghirup teh tarik Harmain. Boleh tahan tinggi juga buihnya hari itu. Tak seperti hari-hari biasa.
“Heh, lu tak berani ke?” tanya Kamal dengan tone yang sedikit khuatir.
“Bukan masalah tak berani bro...cuma ada beberapa sebab yang buat gua tak konpident...” tolak gua cermat. Budi bahasa kena jaga juga. Kata orang, biar tak tampan, budi bahasa jangan tunggang langgang.
“Yer la, yer la...”
(Setel scene lepak)
***
Tak senang duduk betul gua malam tu memikirkan tentang cadangan Kamal petang tadi. Nak tido pun tak aman. Golek sini, rimas. Golek sana, rasa macam mahu terajang dinding pun ada juga. Ayat-ayat Kamal petang tadi berlegar-legar di kepala gua. Jujurnya, ada betul juga cakap beliau tentang kelebihan side-income ni sebenarnya. Huuish, banyak benda gua boleh setel kalo ada ‘modal’ lebih. Bil itu, bil ini. Beli jersi Original barang tujuh lapan helai, shopping iPad sekeping dua, dan another Xbox360 untuk main XboxLIVE .Silap-silap, gua boleh bawak Banker Permatang Pauh pegi main Salji kat Osaka nun!
#FFFUUUU
(Power....memang power!)
Setelah setengah jam berangan, gua nekad yang gua mesti enroll training nie. Untung-untung dapat jugek gua pegi London , melancong. Steady sikit gua nak riak dekat orang kampung, ye dop? Gua bingkas bangun dari katil lalu turun ke bawah mendapatkan Banker Permatang Pauh yang kusyuk membaca majalah Pa&Ma di sofa ruang tamu. Amboi, gila power majalah tu!
Lalu diceritakanlah cadangan gua untuk menyertai program Takaful ini kepada isteri gua. Sesekali gua perasan dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Sedikit perasaan tak yakin berkepul-kepul di minda beliau. Semakin berkerut dahi beliau, semakin gigih la gua membariskan segala macam kelebihan dan faedah menjadi ejen Takaful. Jenis gua nie, kalo something yang melibatkan masa depan keluarga, gua tak boleh ikut kepala sendiri. Kena duduk berbincang dengan isteri. Baru la ketua keluarga yang demokrasi namanya!
Namun begitu, makin gua cerita, makin dasat kerut beliau. Kali ni siap angkat-angkat kening stail The Rock pula. Ahhhhh…ini sudah lebih. Berbuih-buih mulut gua pumpang! pumpang!, dia masih musykil juga. Gua dah start bengkek, tapi masih boleh menten rilek. Nampak tak kewibawaan gua? Hehehe. Mungkin ada something yang gua ter ‘miss’ dalam menyenaraikan kelebihan-kelebihan tadi. Ishh, ini tak boleh jadi. Apa pulak yang gua miss?
“Apsal dahi lu berkerut jer dari tadi. Penat gua cerita, tau tak?” tanya gua untuk menghilangkan kegusaran.
“Err..takde pape. Cuma…”
“Kenapa? Lu yang konpident dengan gua ke? Gua public speaking dulu dapat A, tau!” convince gua kepada beliau. Bersungguh-sungguh sikit tone gua kali ni.
“Konpident tu...konpident. Cuma ada satu benda nie, lu kena setting dulu sebelum lu layak jadi ejen Takaful.” balas bini gua slow sambil mengatup majalah Pa&Ma di tangannya.
Alamak. Apa benda plak ‘benda kena setting’ yang bini gua maksudkan tu? Strategi kewangan yang mantap ke? Atau speaking English gua yang 'slang-kelantan kadang-kadang' yang kena setting? Ahh, makin kelaut pula gua melalut!
“Setting? Setting apa?” gua kembali menjadi penyoal yang komited.
“Gua cakap nie, lu janji jangan marah gua tau. Gua takut lu kecik hati pulak.” balas bini gua tersenyum, plus lidah terkeluar sikit-sikit macam smiley Yahoo! Messenger.
Sah! Dia mesti cakap gua tak berapa tampan nie. Gua dah boleh agak dah. Dari dulu lagi perempuan payah nak dekat dengan gua sebab isu ni. Cuma bini gua jer yang berani sebab dia sorang jer yang tau hati budi gua nie power sebenarnya. Bukan sekadar rupa gitew!
“OK OK. Gua janji…cepat la. Jangan la buat gua kucar-kacir macam ni.”
Pelan-pelan bini gua tarik nafas panjang. Macam ada satu benda sensitif yang bakal tersentuh akan berlaku setelah beliau melontarkan pendapatnya. Gua mesti bersedia untuk terguris. Dia perlu bersedia untuk memujuk. Keadaan malam itu kian getir.
Setelah tenang, Banker Permatang Pauh menyuarakan apa yang terbuku di hati beliau.
Kata beliau:
“Err...gua tau lu kalo bab nak lulus exam Takaful tu, memang lu takde hal, sebab gua tau lu nie jenis kuat menghafal. Bab-bab public speaking pun gua tau lu memang ada talented. Ramah terlebih pun ada kadang-kadang. Cuma….”
***
Tika ini, peluh jantan beliau mula meleleh di pipi kiri. Cilaka. Gua punya nerves kalah orang nerves nak terjuk KB Mall pulak!
“Cuma…alignment gigi lu tu. Tak seimbang. Susah nak buat sales, kang. Pakai braces, OK?”
Malam itu gua tidur dengan tangan di dahi.
4 comments:
kah3 pedih2... time aku amik prize ideapad anjuran BSN takaful baru2 ni, memang staf dia ngaku yang pompuan chantek lebih tinggi peluang nk wat sales. maknanya katun aku wat tu kisah benar la.
cabaran tu beb, g la wat alligment ke balancing dulu haha..
haha..hanie pandai bikin saspen la...hehe :)..tp aku rasa nak jual (jadi) agen insurans ni, appearance tu penting kan.... mcm org nak jual rumah, kereta etc. Look come first, then bussiness..
wehehehe
hahaha..cm haram..
Post a Comment