Thursday, December 8, 2011

Kekalutan Itu Membunuhku

“Treet..Treeet!”

Keheningan pagi suasana opis pagi tadi terganggu dengan satu bunyi notifikasi SMS yang gua terima tatkala kepala ini masih mengantuk melayan ketidakcukupan tidur malam tadi. Cilaka, siapa pula yang nak mintak hutang pagi-pagi nie? Mood gua kucar-kacir sekejap tatkala mengingatkan perbalahan dengan pihak bank mengenai beberapa tunggakan yang gua perlu selesaikan walhal ‘taik’ tersebut bukan gua yang punya angkara. Perlahan-lahan gua seluk tangan dalam poket dan mengeluarkan phone gua lalu memerhati turn durjana manakah pulak yang nak buat hal dengan gua hari nie.

“Owh, Wenger rupanya..” getus hati kecil gua sambil mengurut-ngurut dada tanda lega..

Nampaknya, tak perlulah gua terjerit-jerit bertekak dengan orang hari ni. Alhamdulillah~

SMS:
ARSENE WENGER: BRO, TURUN MAMAK BAWAH OPIS KAU KEJAP. GUA ADA NAK TANYA SOMETHING NIE? ANTARA HIDUP DAN MATI.

Alarh, apa lagi mamat nie nak jumpa gua. Nie tak lain tak bukan nak mintak nasihat la tuh. Benda-benda macam nie gua sangat malas deal dengan dia sebenarnya. Dia mintak nasihat, gua bagi. Namun, in the end, dia still ikut kepala dia juga. So, apa gunanya nasihat gua? Tapi, demi menghormati ukhuwah persahabatan dengan beliau, gua layankan juga.

Pelan-pelan gua slide keyboard iPong lalu membalas mesej beliau.

SMS:
ZAHRIL: YER LA, YER LA. TUNGGU SITU. KEJAP AKU TURUN. EH, TOLONG ORDERKAN KOPI O KAT AKU SKALI. MENGANTUK SANGAT NIE...
           
***

Setibanya gua di Mamak Maju Cemerlang Megan Avenue, kelihatan Wenger amat sugul dan berkerut di satu penjuru meja kedai. Kedut-kedut dahinya jelas timbul, menandakan ada sesuatu yang sangat mengganggu fikirannya. Sejak akhir-akhir ini, gua faham benar kekusutan yang beliau alami sejak board of directors tidak bersetuju meluluskan dana sebanyak 30 juta Pound Sterling untuk membeli Mario Goetze dari Borussia Dortmund. Kata mereka, Arsenal tidak mempunyai duit sebanyak itu, dan beliau diberi amaran agar  jangan terpengaruh dengan perangai ‘hantu borong’ Roberto Mancini. Arsenal tidak sekaya itu!

Pelan-pelan gua merapati meja Wenger seraya menarik kerusi. Punggung ini gua labuhkan kemas-kemas agar tidak nampak terlalu janggal di mata tukang sapu mamak tersebut.

“Hah, ada apa kau panggil aku nie, bro? Kau tak train budak-budak ker pagi nie?” tanya gua kepada Wenger yang sedang menyisir-nyisir rambut beliau. Makin banyak uban orang tua nie. Jelaslah dia jenis individu yang kuat berfikir.

“Hari nie aku malas nak handle training. Pat Rice gantikan tempat aku sekejap. Aku stress la bro....” sambut Wenger dengan nada lesu.

“Owh, besar jugak lesen ko suruh Pat handle training. Board tak marah ker kau AWOL datang jumpa aku nie..?”

“Ahh, aku bengang la dengan Kroenke tuh! Dah la invest kecik, pastu nak demand lebih-lebih pulak. Ahh...malas ah cerita pasal board. Aku ada benda lain aku nak minta pandangan kau nie…”

*Gulp

Telan air liur gua sekejap. Dari sebelum turun dari opis lagi gua dah agak ada something yang tak kena dengan orang tua ni. Takdenyer dia turun Megan Avenue nie saja-saja nak ajak gua minum. Mesti ada something yang terbuku di hati beliau.

“Kenapa bro? Kalo ada benda aku boleh tolong, aku tolong. Ko jangan mintak aku jadi funders untuk beli Goetze, sudah la. Aku nie soru bulan-bulan pun kadang-kadang miss...” balas gua bersama komedi tak lojik berunsur sedikit lawak, dengan harapan Wenger dapat tersenyum sedikit. Hish, tak selesa langsung gua bersembang dengan orang muka-muka ketat ni!

Santos injured la bro. 3 minggu pulak tu. Lagi 10 hari kita dah jumpa Manchester City nie. Arsenal dah takde left-back, kau tau? Aku buntu la.”

Tambah beliau lagi…

“Gibbs injured ntah bila nak baiknya aku tak tau. Sebab tu aku banyak play Santos sekarang nie. Power jugak mamat tu dah bleh score 2-3 bijik goal. ”

“Alih-alih, dia pulak injured. Aku sebenarnya tak berapa sedap hati nak bagi dia main masa kita kalah dengan Olympiakos hari tuh. Tapi, ego punya pasal, aku turunkan dia jugak. Aku tak bajet dia boleh ‘out’ sampai 3 minggu. Itu bala tu….BALA! BALA!”

Bam!

Kerana emosi yang kurang menentu, Wenger secara tidak sengaja terhentak meja dengan penumbuk beliau yang tidak besar mana. Terbalik kuah dhal+sambal roti telur beliau. Suasana dikedai mamak yang riuh-rendah tadi bertukar diam. Kesemua pelanggan seakan-akan tersentak dengan bunyi dentuman tersebut. Ada diantara mereka yang membawa bayi-bayi kecil mengerling tajam ke arah Wenger. Ini kerana bayi mereka menangis ekoran terkejut dengan hentaman itu. Celaka, gua pulak yang terpaksa ‘bermuka-sweet’ meminta maaf kepada mereka atas insiden Wenger tadi.

Jauh di sudut hati, kasihan pula gua lihat Wenger ni sebenarnya. Tak ditolong, gua tak sampai hati. Dah tolong, beliau tak ikut pula. Namun, atas dasar prihatin dan sayangkan Arsenal, gua layankan juga. Gua keluarkan sekotak LM dari poket baju gua. Cabut sebatang dan gua hulurkan kepada Wenger. Walaupun gua tahu Wenger tak merokok, saja gua test ajak-ajak ayam. Harap-harap, dia mampu tersenyum sedikit, sambil menolak pelawaan gua.

“Thanks”. Lantas beliau menyalakan rokok yang gua ‘semawa’ tersebut.

Aik? Sejak bila pulak dia start hisap rokok balik?

Vavi betul!

Rugi rokok gua sebatang.

***

“So, skang nie, apa rancangan kau? Skang Arsenal dah short-on left-back, kan?” gua cuba mendapatkan kepastian. Manalah tahu Wenger buat gila pula untuk menurunkan budak skuad 17 tahun untuk mengisi kekosongan slot tersebut.

“Skang nie, aku dah takde opsyen lain. Lu kenal Martin Agha? Aku rasa aku nak test dia la..” jelas Wenger serius. Fuh, serius benar dia kali ini.

“Budak Akademi kau yang 17 tahun tu? Kau dah gila ke?” marah gua kepada Wenger.

“Kau rasa macamana?”

“Huh? Kau tanya aku, macamana aku rasa? Aku rasa kau dah makin ‘senile’ nie bro. Tak munasabah langsung kau nak turunkan budak tu…”

“Come on, la. Dia experience main dengan team-team biasa liga pun tarak. Skang kau expect dia nak marking Adam Johnson, David Silva, Kolarov or Richards? Kau nak kita kena 8-2 lagi ke?” tinggi sikit nada gua kali nie. Walaupun nampak kurang ajar, namun bila tiba soal lojik, gua jarang kira kasta.

Wenger terdiam sebentar. Lama juga dia nak digest amarah gua tadi.

“Habis...? Kau ada cadangan?”

Gua terdiam. Sesekali gua tarik nafas dalam-dalam. Bila dah tenang sedikit, gua mula bersuara.

“Macam nie. Vermaelen tu, kalau main International, pernah jugak aku tengok dia main left-back. Aku rasa better kau letak Vermaelen main kiri sekejap, sementara nak tunggu Santos fully-fit.”

“Centre backs. Takde opsyen lain bro. Kau kena letak juga Mertesacker pair sama Djourou. Yer, aku tau prestasi Djourou agak ‘sampah’ masa main di Anthens dulu. Budak tu memang takde talent langsung nak main right-back. Crossing pun kucar-kacir. Tapi, aku rasa mamat tu memang born untuk guard centre-zone la. Kau kasi pair jer sama Mertesacker tu. Aku rasa diorang OK….”

“Kocielny lu biar ja dia main right-back. Gua tengok dia steady sikit main kanan  berbanding ‘mamat rahang panjang’ tu.”

“Ha? Saper pulak ‘mamat rahang panjang’ tu?” tanya Wenger sedikit pelik.

Gua tersenyum.

“Djourou larh…Hahahaha”

Wenger tersenyum riang kali ini. Kenduran-kenduran kedut yang jelas timbul tanda dimamah usia di muka beliau sedikit tegang. Nampak dia sudah sedikit rilek sekarang. Tidak lagi sugul dan kalut seperti 10 minit tadi.

“Best cadangan kau nie, bro. Apsal aku tak terpikir,ha?”

“Manalah aku tau. So, dah OK ke? Dah-dah, jangan nangis. Muka tu jangan ketat sangat!”

“Yer lah…yer la….” balas Wenger sambil menghirup Kopi O di depannya.




* THE END *


P/S: Boleh tahan celaka juga entri gua kali ni. Mohon 'up-diri-sendiri' sebentar. Kahkahkah!

5 comments:

mohd amar abdullah said...

kurang kasih sayang ni....

Muhaslly said...

Kn dh habag dulu, lu mmg ada bakat tulis novel ni. xyah keja la........

Abejame said...

Perghh....dah kawan ngan wenger sekarang nanti tolong mintak otograp nak jual kat ebay muehehehe

velasrizal said...

y penting rvp skor lagi vs everton. power giler mamat tu

Sandokhan said...

amar: err...sapa?

Muhaslly:Xyah keja? Huuish...drastik sangat cadangan tu...perlukan azam dan strategi kewangan yang munasabah sebenarnya.

Abejame: Biasa...*bersiul-siul* kehkehkeh!

velasrizal: RVP mmg power! Tapi, Maurinho dah start nak 'kacau'. Ini sangat tensen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...