Suatu petang yang hening, seperti petang-petang biasa, kelihatan Kordi sedang leka menghirup Kopi O di warung Pak Mael di hujung simpang kampung. Warung kopi Pak Mael, yang asasnya dibina 100% menggunakan papan terpakai dan kerahan tenaga belia-belia kampung Paya Cendehiring, sudah menjadi port yang lazim bagi Kordi untuk menghabiskan petangnya. Tidak seperti belia-belia kampung lain yang ke padang untuk bermain bola, Kordi lebih gemar melepak duduk di warung. Trauma ditekel oleh Bedul yang mengakibatkan dia jatuh tersembam di atas tahi lembu membuatkan Kordi membenci sukan itu buat selama-lamanya. Insiden tersebut dianggap sebagai titik hitam dalam dirinya, kerana ekoran dari scene tersebut, hampir setiap hari beliau diketawakan oleh orang kampung.
Ya, padang bola kampung memang sinonim dengan scene lambakan tahi-tahi oleh tuan punya kelompok lembu yang tidak bertanggungjawab. Selain menjadi tempat rakan belia menunjukkan skill menggelecek bola, padang itu juga kadang-kadang diceroboh oleh pengusaha-pengusaha lembu untuk dijadikan padang ragut!
Marah betul Kordi pabila mengingati peristiwa tersebut.
Berbekalkan senaskah Kosmo! dan beberapa ketul karipap hasil air tangan Salmah janda, Kordi termanggu di satu sudut pencil warung Pak Mael. Sehelai demi sehelai akhbarnya diselak. Karipap dan Kopi O ‘terbang’ ke rongga berselang-seli. Lapar betul Kordi petang itu. Maklumlah, sejak ibunya ditawarkan pekerjaan sebagai pengopek udang di Kilang Tan Huat, tiada lagi juadah cucur bilis di bawah tudung saji rumahnya setiap petang. Tak sempat, kata ibunya.
“Bagus juga sekali sekala dapat jadi front-page paper nie. Baru aku boleh berlagak sikit dekat Yati cucu Tok Rashid tu. Sombong sangat…” getus hati kecil Kordi.
***
Jauh di hujung jalan, kelihatan seorang manusia mundar-mandir langkahnya menuju ke warung. Manusia itu adalah Hamidon (bukan nama sebenar). Gaya pemakaian yang seakan-akan brader pejabat yang bekerja from 9-5, ditambah dengan tali leher longgar dan sebuah fail berisi sijil tersisip kemas di tangan, menandakan dia baru sahaja pulang dari satu sesi temuduga kerja. Tengok dari gaya jalan, sah interview tadi lingkup!
Kordi yang perasan akan kelibat Hamidon yang sugul terhoyong-hayang di pangkal jalan, segera melambai-lambai. Baginya, kalo ada partner lepak petang-petang macam nie, sedap jugak perginya. Selepas insiden ‘tahi lembu’ tersebut, hanya Hamidon saja yang sudi berkawan dengannya. Nak harapkan pemuda-pemuda sebaya dengannya, hmmm…buat kena gelak saja.
***
Bam!
“Hah! Ada apa kau panggil aku nie, Kordi?” tanya Hamidon sambil menghempaskan failnya di atas meja warung. Melambung seketul karipap Salmah janda keluar dari piring.
“Alah…saja nak borak-borak dengan kau. Takkan itu pun tak boleh? Duduk la, rasa dulu karipap janda nie. Boleh tahan power jugak, ko tau!” pelawa Kordi manja.
Hamidon melabuhkan punggungnya tanpa banyak bunyi. Disapa seketul karipap janda yang terhidang cantik di atas meja warung Pak Mael. Sedap jugak. Inti kentang Salmah begitu lazat, seakan-akan menguis-nguis tekak Hamidon untuk menjamah seketul lagi. Memang benarlah cakap orang kampung. Salmah memang primadona karipap Kampung Paya Cendehiring. Bakatnya dalam mengadun karipap dan mereka inti sangat tidak boleh disangkal. Sekali cuba, mesti nak lagi.
“Pak Mael, teh satu. Kurang manis!” laung Hamidon memesan minuman. 2 ketul karipap masuk ke tekak, kalau tak dibilas air, itu cari penyakit namanya.
“Hah! Apa cerita baru? Apsal kau nampak libanglibu jer hari nie?” tanya Kordi memulakan perbualan.
Hamidon terdiam. Kunyahan terakhir yang belum lunyai terus ditelan. Berlinang sikit air matanya. Pelik juga Kordi melihat kelibat Hamidon yang tiba-tiba #ManlyTears. Mungkin kerana soalan itu terlalu pilu untuk beliau jawab. Namun, demi menghormati persahabatan yang sekian lama utuh, Hamidon tahankan jua. Setelah tenang sikit, dia bersuara:
“Aku tadi pergi temuduga kerja la, Di. Tapi, aku rasa aku screwed-up, big time!”
“Eh? Apa pulak yang kau buat kali ni? Jangan kata kau tunjuk ‘fuck’ macam interview yang lepas-lepas, sudah la. Jangankan diorang, aku pun boleh naik potensi nak tempeleng kau kuat-kuat kalo kena tunjuk ‘fuck’ depan muka...” balas Kordi sinis.
“Bukan la! Interview kali ni memang aku behave. Sangat-sangat behave. Lagipun, mak aku dah warning, kalo aku fakap interview ni, dia dah malas nak mengaku anak. Tu yang buat aku tak berani nak balik rumah ni....”
Kordi mengangguk faham. Sedikit perasaan kasihan timbul di dalam hati beliau. Ternyata Hamidon memang betul-betul kecewa dengan kegagalan temuduga tadi. Kordi kenal benar dengan peel Hamidon. Maklumlah, mereka berkawan dari kecil lagi. Bagaikan saudara kembar. Jika Hamidon bersedih, Kordi sedikit terpalit keluhnya. Itu perkara biasa.
“Sudah la Hamidon. Mungkin rezeki kau kat tempat lain. Kalau kau nak usyar StarJobs Sabtu lepas punya, datang la rumah. Aku rasa aku simpan lagi.” Pujuk Kordi sambil mengait-ngait bijih di dalam rongga hidungnya. Sesekali bijih ranum yang berjaya dirangkul keluar dari rongga dicalit-calitkan ke tiang warung.
“Aku dah penat la pergi interview. Masuk interview tadi, aku rasa dah 7 interview aku attend untuk bulan ini sahaja. Semua yang reject, bagi alasan aku nie experience tak cukup la, tak reti guna Microsoft Word la, takde akaun twitter la. Yang paling aku tak boleh terima, mereka mempersoalkan ketampanan aku....Apa salah aku Kordi? Salahkah aku dilahirkan ada iras-iras Forest Whittaker? Salahkah? ” kilas Hamidon agak emosional.
Kordi terdiam. Keluhan yang diluahkan Hamidon itu terlalu dalam untuk beliau digest. Ada benar juga cakap Hamidon itu. Apa jadahnya alasan fakap itu berkaitan dengan soal tiada akaun Twitter dan hal-hal ketampanan? Kalo Hamidon minta kerja bidang permodelan, itu lain cerita. Ni apply untuk position kerani am saja kot? Perlukah ada twitter?
“Nasihat aku, sebelum kau pergi mana-mana interview, kau kena tahu apa kekuatan kau, Midon...”
“Dan bila aku cakap pasal kekuatan, aku bukannya refer kepada berapa batang pensel warna luna kau berjaya patahkan dalam seminit, berapa lama kau boleh ‘celepup-celepup’ dalam tandas. Itu ‘kuat’ lain…”
“Habis tu, kuat yang macamana yang kau maksudkan, Kordi?” tanya Hamidon yang sedikit teruja.
“Kuat tu, maksudnya kelebihan yang ada pada kau. Kelebihan yang boleh buatkan employer tu terbuka hati nak hire kau bekerja dengan diorang. Biasa la time interview, kau kena la jual diri kau sikit. Sesekali bohong apa salahnya. Bohong sunat…”
Solid betei penerangan Kordi tadi. Hamidon terdiam sebentar. Dari raut wajahnya, jelas dia sedang memikirkan tentang ‘kekuatan’ yang dimaksudkan Kordi tadi. Kalo anda perasan, Teh yang diorder Hamidon tadi tidak sampai-sampai dari tadi. Apa Pak Mael buat lama sangat di dapur? Misteri kan? Tapi, itu lain entri gua buat.
“Aku rasa aku nie banyak kelebihan, Di. Rugi diorang tak hire aku sebenarnya.” balas Hamidon dengan muka yang sedikit ceria.
Hilang sedikit kedukaan yang terbuku dihatinya selepas berborak dengan Kordi. Hakikatnya, Kordi ni bukanlah kutu sangat sebenarnya. Beliau ada Diploma dari salah satu Universiti tersohor di Malaysia . Cuma, beliau malas kerja kerana dipengaruhi prinsip bencikan kapitalis. Gua syak dia nie ada background skinhead jugak dulu sebenarnya. Eh? Apsal pulak gua masuk dalam penceritaan ini?
“OK, aku listkan kekuatan-kekuatan aku, then kau suggestkan kerja yang bersesuaian berdasarkan tersebut? Boleh?” tanya Kordi dengan tone yang agak excited.
“OK. Aku takda hal. Shoot me!” jawab Kordi angkuh. Kemain siap speaking Inggrish lagi.
***
“Firstly. Aku nie jenis fleksibel, biasa kerja secara berkumpulan atau sorang-sorang. Tapi, honestly kalo aku kerja lone ranger, mutu kerja aku lagi superb sebenarnya.”
“Kedua. Aku nie jenis tenang orangnya. Tak menggelabah orangnya. Aku percaya kerja akan jadi efektif kalo kita ada plan yang solid. Kalo aku diberi task yang susah-susah, aku akan plan dulu. Then, baru aku buat sehabis baik.”
“Ketiga. Kalau aku buat salah, aku jenis pandai cover line. Selagi tak fakap, aku akan adjust sampai orang tak perasan. Biasalah, jaga hati bos. Periuk nasik kita, kena jaga juga.”
“Keempat. Erm….dimata orang, aku nie nampak saja bodoh-bodoh alang. Tapi sebenarnya aku cerdik juga. Cuma aku malas nak expose sangat.”
“So, macam tu lah. Aku setakat nie aku listkan 4 dulu. Kau rasa macamana Kordi? Kerja apa yang sesuai dengan aku?” tanya Hamidon riang. Seperti bermain teka personaliti, dia teruja benar hendak tahu cadangan proffesion yang bakal disuggestkan Kordi.
Kordi diam sebentar. Satu demi satu ‘kekuatkan’ yang disenaraikan Hamidon tadi diteliti dan diamati cermat. Kelibat orang kampung yang keluar masuk warung Pak Mael ketika ini sudah tidak diendahkan beliau. Serius benar beliau memikir pekerjaan apakah yang sesuai dengan advantage dan kelayakan yang dimiliki Hamidon. Sementara itu, Hamidon yang duduk bertentang dengan mukanya tidak berkelip-kelip mengamati muka Kordi. Hinggakan lalat-lalat warung yang menghurung hidungnya itu pun tidak dihiraukan. Dasat betul determination yang ditunjukkan Hamidon. Padanya, Kordi bukan setakat kawan baik, malah boleh jadi tempat meminta buah fikiran dikala kusut.
5 minit berlalu. Mulut Kordi dari tadi hanya mengeluarkan perkataan ‘Hurm’ sahaja dari tadi. Sekejap-sekejap beliau menggaru kepala, sekejap-sekejap beliau membetulkan ‘angry-bird’ beliau yang tersepit di celahan kelengkang. Sejak beliau baru-baru berjinak dengan scene boxer nie, organ reproduksinya seakan sejuk-sejuk ditiup angin. Tidak grip seperti memakai ‘spenda’ dulu.
“Aku rasa, aku dah dapat dah profession yang sesuai dengan kau, Hamidon.” jawab Kordi kemas.
“Ye ke, Di? Pergh...kau nie kadang-kadang bijak jugak, ya? Hah, apa kerja yang sesuai dengan aku?” tanya Hamidon yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk merubah hidupnya.
“Erm..kau nie, power kerja sorang-sorang. Pastu persona kau nie jenis yang teliti. Maksud aku, kau buat kerja according to the plan dan tenang. Kau juga jenis pandai cover-line bila buat salah, dan kau tak suka dipandang bijak oleh orang ramai. So, aku rasa.....kerja yang sesuai dengan kau nie......”
Keterujaan Hamidon tidak boleh ditahan-tahan lagi. Dadanya berdegup kencang. Dengusan nafas beliau yang kucar-kacir menyebabkan suhu badannnya meluap-luap. Sesekali beliau menelan air liur sambil menunggu Kordi menghabiskan ayatnya.
“Aku rasa, kau sesuai jadi pembunuh bersiri sajalah, Hamidon”
***
Kordi mati di tempat kejadian akibat tikaman bertubi-tubi di perut serta alat kelaminnya menggunakan garfu warung Pak Mael. Hamidon pula sehingga kini gagal dikesan dan masih diburu FBI.
Tercapai juga hasrat Kordi untuk menjadi front-page di dada akhbar tempatan.
Kordi sudah berjaya mencapai cita-citanya. Anda bila lagi?
#LOL
4 comments:
Ko patut hantar karya ni ke majalah Ujang, serius!
ParkAir: Tu pujian ke perlian tuh, bro? Hahaha....
karya hang ni hampir2 ngalahkn novel ombak rindu bak hang..
bobby gonzalez: Kalo buat movie nie, watak Kordi sesuai sangat aku bagi kat hang bob. Hamidon nie aku mungkin bagi Ide playkan. Hahahaha..
Post a Comment