Wednesday, December 7, 2011

Kahwin, Zuriat & Scene Mulut Tempayan

*Entri Khas Sempena Scene Kahwin Musim Cuti Sekolah



Peh! Dah masuk bulan December. Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2011. Bagi mereka yang selalu bermain dengan azam, bulan December adalah bulan yang stress. Stress kerana banyak azam-azam yang ‘yor yor orr’, dijanjikan pada awal January dulu masih tak berapa nak kesampaian. Gua? Bab-bab azam nie memang kami tak pernah ngam, sebab gua tahu gua takkan boleh achieve punya!

Tapi, environment biasa bagi kita orang Malaysia nie, bila tiba December ja, banyak la kad-kad jemputan kawen yang bertandang dalam mailbox rumah. Ditambah dengan peristiwa cuti sekolah, sesetengah orang mengaitkan bulan December ini sebagai bulan ‘mengawan’. Asal bulan 12 jer, orang nak kawen. Asal nak kawen jer mesti set tarikh bulan 12. Why? Sebab cuti la sekolah la orang ramai cepat lapar untuk makan tengahari free. Time hari-hari biasa, level lapar tengahari orang ramai adalah limited dan kebanyakannya tertumpu di kedai-kedai mamak. Tapi, baguslah bagi sesiapa yang berkesempatan dan berkemampuan untuk menamatkan zaman bujang mereka secepat yang boleh. Seronok ada isteri nie sebenarnya. Dia punya feel memang boleh bawak sampai ke bulan!

Cakap banyak pun tak guna. Lu orang nak tau, kawin la dulu.  

Sungguhpun begitu, ramai diantara kita yang ‘sakit’ selepas kawin. Bukan maksud gua sakit kena hentak/menghentak time ‘malam pertama’, itu nak ‘sakit’ selalu pun takde hal. (Apsal pulak gua guna istilah sakit? Patutnya sedap la, ye dop?). Tapi, ‘sakit’ yang gua maksudkan adalah padah menanggung hutang piutang yang menimbun tatkala ‘dream-wedding’ yang diidam-idamkan itu sudah selesai di’gebang’ serata kampung. Bermula dari hantaran kawen/belanja hangus yang tak berapa munasabah, kaum lelaki mula menggelabah untuk mengorek mana-mana sumber kewangan terdekat, demi nak menyedapkan hati bakal mertua. Kalau dimintak turun harga, nanti bapak mertua claim kau tak mampu. So, nak tanak, terpaksa la hangguk setuju.

So, mana nak cekau? Loan bank la.

Sesetengah orang perempuan menyifatkan perkahwinan yang di’fund’ oleh pihak bank nie seumpama setitik nila yang ter’eksiden’ menitik dalam belanga susu. Ya, beli rumah dah tentu-tentu kena buat loan bank. Kalo tak bayar, rumah kena sita. Beli kereta pun buat loan bank jugek. Kalo terkandas 3 bulan, bank keluar RO kasik tarik. Kalo kawen buat loan bank, kalo payment kantoi? Takkan bank nak tarik bini? “Itu sudah lebeyyy......” Jujurnya, Ini adalah statement yang pernah gua dengar, terpacul dari mulut kawan-kawan perempuan gua yang mengutarakan pendapat mereka bila ditanya mengenai perihal “Kahwin & Pembiayaan Peribadi”. Gua sebagai lelaki, bila pikir-pikir balik ada betulnya. Tapi, bagi gua, tu adalah usaha dan inisiatif  masing-masing. Yer la, dah jadi ketua keluarga, tanggungan dah ada, sendiri mau ingat bhaii. Kena la ada proper plan macamana nak manage income. Apa yang nak kena dulukan, kena la tumpu. Yang mana rasa boleh dilewatkan sedikit, proceed with pre-caution! InsyaAllah, kalo baik niatnya, Tuhan pasti tolong. (fuh, power ayat gua...)

Setel bab hutang, masuk pulak bab-bab ‘berdua-bertiga’. Lu orang kepala otak jangan negative sangat. “Bertiga” tu maksud gua bukan ada kekasih gelap ke, hapatah lagi nak masuk bab poligami. Gua maksudkan adalah zuriat.

Pernah lu orang kena tanya: “Bila nak dapat anak?”

Anak adalah rezeki dari Allah yang tak ternilai harganya. In fact, pasangan yang dah kahwin akan berusaha sekeras-keras yang mungkin untuk mendapatkan zuriat. Keras macamana diorang usaha, gua rasa tak perlu la gua describe. Pergi gugel la, banyak infonya. “Overhaul Enjin”, “Periksa Suhu Badan”, “Sistem Bulat-Bulat Kalendar”, semua frasa dan istilah-istilah nie gua berani cakap, orang yang dah kawen ja yang paham. Lagipun, dah lumrah orang kawen, “Sapo tak nak anak weiii......”.

Namun begitu, segelintir masyarakat kita yang suka mengambil tahu hal orang lain, cukup suka menanyakan ‘ayat keramat’ diatas sebagai satu proses untuk memulakan sessi sembang kencang. Sangat kurang asam, kan? Macam dah takde point lain yang layak ditanyakan. Tanya la pasal Harimau Malaya ker, Apa Neelofa pakai masa pergi Anugerah Skrin ker, atau cerita pasal Marlon Alex James yang dijangka bakal menguatkan Skuad Kedah bagi musim 2012. Lagi senang nak bersembang, yer dop?

Realitinya, orang kita cukup suka bertanya dan terlalu mengambil berat terhadap benda-benda yang dirasakan tidak perlu digembur satu dunia. Sangat ringan mulut. Sebelum gua bagi contoh, sila imagine seorang makcik tua (Q) yang suka tonyoh sirih di gigi, bersenjatakan sebilah gobek dan kacip pinang di tangan. Apa, gobek pun tak tau? Sila pergi makan tempe!

Kita start dari zaman lepas SPM:

Q: “Eh, ekau ni dah habih SPM nie, nak masuk Universiti mana plak?”
A: “Err...dok tengah tunggu panggilan nie makcik. Makcik nak offer keja part-time kat saya ke?”

Then, bila dah masuk Universiti:

Q:”Eh, ekau nie dah berapa lama mengaji kat unibersiti tu? Bila nak grad,nya?”
A:”Err...saya baru register seminggu, makcik. Lagi 8 tahun agaknya nak konvo. Kenapa, nak datang bagi bunga ke?”
Q:”Mak oiii, lapan tahun? Ekau mengaji ko, buat kapal selam?”
A: “Itu jawapan #sarkastik la makcik, oiii!”

Then, bila dah grad:

Q:”Ekau dah graduasi yo? Bila nak dapat kerja pulak?”
A:”Saya ada apply jadi Menteri Pertahanan kat Jobstreet. Tengah tunggu diorang reply la. Bila saya dapat keja nanti, saya janji akan letak Kapal Selam sebijik dalam telaga rumah makcik. Amacam? Kahkahkah!”
Q:”Makcik ghaso ekau bolum pernah tertelan gobek sirih nie. Nak try?”

Then bila dah ada kerja:

Q:”Baguih ekau dah keja besar sekarang. Hah, dah alang-alang tu, bila nak berbini?”
A:”Makcik oiii...saya probation period pun belum habih lagi. Jawatan pun belum komfem lagi. Satu-satularh!" *tskkk...

Then bila dah kawen:

Q:”Kawen jugak ekau nie. Makcik ingat naluri ko dah ke yang sama jenis. Hah, bila nak ada anak pulak nie?”
A:”Erk...? Errr....err...err...”

Maka dengan jawapan err…err...tersebut, Allah mengurniakan anda seorang cahayamata. Lu orang punya hepi, gembira tak terkata. Ya lah, penat pegi ‘overhaul’ sana-sini, last-last berjaya jugek ada penyambung keturunan. Namun, pertanyaan mereka biasanya tak terhenti disitu. Selagi boleh ditanya, mereka akan tanya lagi. Tak percaya?

Bila dah dapat anak sorang:

Q:”Hah, comel anak ekau ni. Serupa mak dia. Eh, bila nak tambah lagi sorang?”
A:”Makcik oiii...budak nie MyKid dia pun saya belum register. Bagi la dia boleh berdikari kunyah Cikedies dulu kalau yer pun....”

Untuk makcik Q diatas ini, gua doakan agar beliau diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman la kelak. Amin~

Begitulah serba sedikit fenomena perkahwinan yang biasanya terjadi dalam masyarakat Melayu. Penuh dengan pertanyaan, penuh dengan gossip celah tingkap. Sekadar memberi pendapat, gua harap lu orang sebagai pembaca taklah bengkek dengan ayat-ayat gua diatas. Sebetulnya taklah seteruk tu. Bahkan ada yang smooth as silk dan lancar jer hingga ke akhir hayat. Cantekkkk jer Allah aturkan.

So, pada bakal-bakal pengantin yang akan menamatkan zaman bujang mereka, tahniah gua ucapkan. Nasihat gua, kalo jumpa jenis orang seperti makcik Q diatas, selagi boleh tepis, lu orang tepis la jauh-jauh. Kalo dah sampai tahap boleh, lu orang layankan ajer la. (Macam tak kena pulak nasihat gua nie…)


#Salute

Seriously, perkahwinan ini adalah satu yang menyeronokkan. Lagi seronok dari naik Solero Shot! di Gentin Hailen.

Apa? Seronok macamana? Nak detail lagi..?

Takkan itu pun gua nak cerita bhai?

Perv!

*chiaw……



P/S: Again, I'm not a Cena fanfags. Gua google 'salutation', alih-alih gambar Cena jer yang sesuai dengan gesture nie. Gua terpaksa. So, mohon jangan salah faham. I'm not a chain-gang! 

P/S: Peh, entri nie gua malas nak buat jump-break. So, maaf la kalo 'terpanjang' berjela-jela.



Picture credits to BeautyBridal & JohnCena4u

9 comments:

Unknown said...

Pergh.. Agak panjang gak kali neh nyer entry. Hahaha..
Aku pn kerap gak di tanya soklan2 sebegitu. Huhu part yg 'bila nk kawen?' tu la.. Dgn best nye aku jawab, owh mak cik lum dpt kad ke? Hurm jap tanya mak.. Then aku trus bgn da blah dr situ.. Hahahha

Sandokhan said...

de_are_na: Bagus jugak alasan hang tuh. Apsal aku tak pernah terpikir nak buat cenggitu masa bujang dulu, ha? Nampak sangat aku x berapa kreatif dalam bab tepis-mentepis nie. Kakakakaka!

Abejame said...

Eleh bukan cenafag konon....sudahla

kamal yahaya said...

mmg sifat manusia macam tu... kadang kadang kita pun macam makcik Q secara tak sedar..

cuma cara penerimaan kita aje...
Makcik Q tu pon satu.. tanya skit skit dah le...

sume makcik Q cam di bawah camne plak..?

zaman lepas SPM:
Q: ekau dah habis SPM kan?
A: Haah
Q: ok....

Zaman Masuk U..
Q: ekau dah masuk u ka?
A: Ha ah
Q: ok.....

Zaman dah grad..
Q: ekau dah Grad ka?
A: Ha ah
Q: ok.....

Zaman dah ada kerja..
Q: ekau keje mana?
A: kilang aje...
Q: okkkk.....

Zaman dah kawen..
Q: ekau dah kawin ke blum?
A: dah
Q: ok.....

Sandokhan said...

Abejame: Apa barang Cena. Sheamus la skang! Power!

Kamal: Peh, inilah komen yang paling panjang ko penah tulis, mal.

Betul ckp ko. Semuanya berbalik kepada cara penerimaan kita. Dan makcik Q tu jugak kalo jenis bertanya sekali ja seumur hidup, takdak hal. Cuba bayangkan setiap kali kita balik kampung, soklan sama jer dia tanya untuk start conversation. Agak-agak makcik tu layan tertelan gobek,kan?

Bila ada scene-scene macam nie, tu pasal sesetengah laki-bini maleh nak balik kampung. Mak bapak sendiri tak tanya, orang lain pulak yang nak ambik tau. Kahkahkah!

P/s: Masa aku tulis nie, makcik Q tu aku bayangkan seorang auntie yang gelang emas sampai ke tebal sejengkal. Pakai baju kurung kedah, rantai emas berselirat dan becok mulut time nak beli ikan kat pasar. Hahaha..dasat x imejinasi aku?

intan Norafzan said...

manusia ni mmg tak pernah puas.. ada ja yg akan dipersoalkan..kalau pas dah kawen sebulan, standby ja la soalan 'dah ada isi belum?'.. apa depa ingat kawen ni kerja seks saja kot. its actually more than that tp kalau otak dh ditrain biru tu maka jadi nya biru la jugak.... kdg2 org2 yg tanya ni takdak sensitiviti...main tanya ja sebab tatau nak tanya apa kan..hehe.. yg penting jgn stress sgt dgn soalan tu.. aku yg baru (baru ka?) kawen pun lepas sebulan dh mai dah soalan2 serangan tu..sabar je la ...

ParkAir said...

Aku dah ondaway sorang! Lepas ni ada kot yang tanya bila nak ke dua pulak?

Sandokhan said...

Intan: Biasalah mulut orang rumit sket kalo nak tutup. Aku sokong kenyataan hang tu 100%. 'Sensitiviti' adalah keyword yang aku cari selama ni. Trimasss!

ParkAir: Pergh, bila due? Tahniah bro. Lepas nie jaga-jaga la soklan 'nak no.2' pulak..kahkahkah!

Anonymous said...

In summer prison term, the unlikeable face of cellulite dimples can region to get rid of cellulite.


my web page :: tips on getting rid of cellulite
My website - how to lose cellulite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...