Showing posts with label sekadar thought. Show all posts
Showing posts with label sekadar thought. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Sedar Diri

Gua selalu ada satu perasaan 'kembang tekak' tatkala melihat individu yang berbadan gemuk tergesa-gesa meluru ke tandas awam sambil memegang perut. Nak terberak.

Ok, itu punya ayat memang jahat habis!

Walaupun benda ni memang selalu buat gua putus nafsu makan, gua ni manusia biasa saja sebenarnya. Otak gua takkan terlepas untuk membayangkan betapa kuatnya 'letupan' yang bakal berlaku di mangkuk tandas yang bertuah. Fuuuu....kalau pengunjung tandas bernasib baik, dapat la mendengar dentuman 'scud Iraq' bersama aroma Salad-Toss atau ulam-ulam pucuk paku yang telah selesai 'dimesin' bersama-sama asid dalam perut si pengebom. We are, what we eat. Kita ni, dinilai berdasarkan apa yang kita melantak. Lagi eksotik makanan yang kita tibai, lagi harum la aroma kumbahan yang di'letup'kan. Ini konsep logik. Tak payah enroll Master kat Kementerian Pengajian Tinggi pun dah boleh pikir gua rasa.

Tapi, biasanya...tiap kali gua berpikiran begitu, bola mata gua secara automatiknya akan turun memerhatikan perut sendiri. Tangan yang terpaku dari tadi akan mengusap-ngusap perut tanpa disuruh.

Nafas dihela panjang. Perasaan sayu dan menyesal bercampur-baur.

"Oh....lebih kurang rupanya. Better jangan kutuklah." kata gua perlahan dalam hati.

Nampak? Itu namanya....muhasabah diri.




Monday, April 16, 2012

Reboot

Peh, sedar tak sedar dan agak berkurun juga gua meninggalkan arena posting-posting entri di blogspot nie. Rasa macam lose faith pun ada, menyesal pun ada...dan alasan yang paling 'in' yang boleh gua kasik adalah gua tak berapa ada masa sangat lately nie sebenarnya (plus campur malas sikit-sikit).

Di twitter, ada beberapa kengkawan gua yang rajin mention suruh sambung beberapa entri-entri yang gua saja suka-suka hati tinggalkan gantung tak bertali, seperti 'Cemas' dan 'Road To Wangsa Maju'. The truth is, gua sebenarnya kering idea nie. Mood nak menulis nie kadang-kadang graph dia jenis-jenis nokhorom juga. Ada masa dia meluap-luap, sampai tak ber'dan-dan' dan lampiaskannya diatas satu dokumen Microsoft Word yang kosong. Kadang kadang idea nak menulis ada, tapi ayat-ayat mari dan nampak grunge tak berapa nak ada modal. Bila tak ada modal, gua kena baca sikit blook-blook dan beberapa novel gua suka untuk cari idea tentang lenggok ayat dan kata-kata nama, tidak kurang juga grammar-grammar supaya menampakkan entri gua nie tak la bercorak kutu sangat. See? Berat kan kerja menulis nie? (Walaupun sebenarnya tak berapa ada orang nak baca pun...gua poyo lebih-lebih)

So, this entry basically is about me ranting and upholding the 'reboot' sequence. Sequence yang ke berapa kali pun gua dah tak pasti dah. Banyak sangat. Dulu, gua memang suka menulis. Boleh kata satu hari mesti ada satu entri, tak kira gua ada masa ker tak, or sehancus mana pun entri tu, gua akan post. Tapi skang, segalanya ada sedikit berubah bila mana lately nie gua kena banyak pergi outstesen. Bila kerja travel-travel nie, penat dia bukan boleh buat main. Penat masa, penat tenaga, penat mulut berdebat dengan mamat-mamat yang assume kita nie as a problem solver in term of technology dan penat otak. Pendek kata, setel kerja travel, balik hotel gua dah tak pikir lain dah. Tidor aje. (OK, gua tipu sikit. Sebenarnya, sebelum tidur, gua suka pikir pasal bini gua. Heh, lu orang apa tau? Pergi la kawen dulu)

Dulu gua taik Skyrim (Pada sapa yang tak tahu Skyrim tu aiskrim jenis apa, sila pergi meninggal). Pendek kata, gua dan XboX tiap-tiap minggu malah membawak ke tiap-tiap malam memang tak boleh berenggang. Sedap sebenarnya main Skyrim nie. Serius gua tak tipu. Lu orang try la dulu kalau berani. Tapi, main punya main, sampai satu tahap gua rasa gua dah bosan dengan cara permainan gua. Yalah, gua pakai bangsa Orc, attacking style jenis 'gung-ho' ala-ala Crash Bandicoot, pakai pulak armor yang dah paling high-level, weapon yang paling power dalam game. So, everytime gua ada mission dalam dungeon, pendek kata senang-senang jer la gua setelkan.

So, sampai satu tahap gua rasa bosan main Skyrim. Power sangat.

Kalau lu orang perasan, tahun lepas gua rajin posting entry masa tempoh mid-year 2011. Ha, time tu gua dah masuk phase bosan main Warrior dah sebenarnya. And at last, gua quit, eventho' ada beberapa mission lagi yang perlu gua setel sebelum boleh bungkus Disc masuk dalam kotak.

Namun, segalanya tak seperti yang gua rancang.

Quit gua cuma bertahan selama 2 bulan saja. Mood kembali bermain Skyrim kembali terpacul apabila gua terlayan satu video youtube dari seorang uploader bernama "SEPHxxFORxxLIFE", seorang dude yang bermain Skyrim as an Archer. Tengok cara dia main, sangat menggiurkan. Dia cuma bersenjatakan bow & arrow, dan leather armor yang tak berapa nak gagah, tapi berjaya mengalah beberapa Dwemer-Dwemer yang besar gebadak dalam ruins. Plus, cara dia stealth dalam gelapdan menggunakan kerambit ala-ala Bunohan untuk mengerat tekak musuh memang outstanding, dan sangat inzal di mata gua.

So, fast forward, 2 minggu lepas gua kembali bermain Skyrim. Ya, ini amat menimbulkan kepelikan di mata bini gua kerana gua sebelum ini sudah menyimpan Play Discnya di dalam stor.Ya, kali ini, gua tidak lagi menyerang musuh secara 'Gung-Ho', sebaliknya sebagai seekor Khajiit, gua hanya perlu menyorok di celah-celah batang pokok dan beberapa batuan gunung, waiting to my prey to lose their guard. And BOOM! An arrow stuck into their head. Head Shot bhaiii.....headshot I tell you!

Inzal........memang inzal!

So, gua taknak get into detail tentang Khajiit yang gua ceritakan tadi. Lain entri gua buat secara detail sikit. Harap-harap bila lu orang try main, lu orang pun akan terpesong macam gua juga. Terpesong dalam erti kata kembali terperuk dalam bilik dari memilih untuk bersosial. Sebagai kesimpulannya, agak haramjadah juga life gua skang sejak kembali bermain Skyrim. Mood nak pegang bow meluap-luap sebenarnya. Sampaikan pernah satu ketika gua rasa nak pergi One Utama semata-mata nak try main panah yang 10 arrow, RM10 tu. Semangat tak semangat la time tuh. Gua pun tak tahu setan apa yang dah masuk dalam kepala gua nie. Harap-harap setan ini berjaya dibanteras supaya gua lebih ada masa nak bersosial kembali.

That's it! That's the real Skyrim outcome for you to swallow. Gua harap, lepas ini, gua boleh bahagikan masa antara isteri, kerjaya, blogging dan Skyrim.

Cis, gua sebut Skyrim lagi. Gila, ini memang gila.

Chiaw!

Wednesday, March 21, 2012

Scene Burger (Edisi: Road to Wangsa Maju) Part I


Rentetan daripada kegagalan dan ketidaksampaian hajat gua dan Banker Permatang Pauh untuk merasaikesedapan Burger Bakar Kaw-Kaw (BBKK) Wangsa Maju pada hari Sabtu itu hari, gua seperti tidak senang duduk. Nak mandi tak sedap hati, nak cuci tandas pun tak solid dia punya feel. Apatah lagi nak menghabiskan #Skyrim. Terus hilang mood. Seakan-akan diri ini sudah tiada semangat lagi untuk segala-galanya. Sungguh palat perasaan ini. Gua sangat tak suka!


***


So, nak dijadikan cerita, 2 hari selepas scene malang di BBKK Sabtu lalu, pada hari Isninnya, Banker Permatang Pauh mengajak gua sekali lagi untuk pekena di tempat yang sama. Tapi, menurut beliau, kali ini kami akan terus menuju ke Wangsa Maju sebaik sahaja tamat waktu kerja orang swasta, which means, after 6.00 pm lah! Mulanya, gua berat hati nak pergi, kerana gua tahu kecenderungan gua untuk beratur mendapatkan makanan adalah sangat nipis. Tapi, bila memikirkan tentang isteri gua yang benar-benar craving BBKK, gua jadi pasrah. 

(Sapa yang tak sayang bini, oii!)

Tepat pukul 6, sepantas kilat gua kemas beg laptop, dan terus meluru keluar dari opis. Turun lift sampai basement, cepat-cepat gua capai motor kapcai gua dan tenang menunggang keluar dari Megan Avenue 1. Dari Jalan Yap Kwan Seng, gua pintas Lebuh Ampang hinggalah ke Jalan Sultan Ismail untuk mengambil Banker Permatang Pauh. Dari jauh kelihatan kelibat isteri gua sudah menanti di lobby Wisma tempat beliau bekerja. Bila dia perasan kapcai gua berhenti di pembahagi jalan, secepat mungkin beliau berjalan mendapatkan gua. Air muka beliau petang itu adalah air muka paling rare pernah gua tengok sepanjang perkahwinan kami. Bagaikan bersinar-sinar. Jauh di sudut hatinya, dia seakan yakin yang ini malam, BBKK mesti dapat dibaham! Fuh…dramatik,kan? (OK, part air muka tu gua ada kelentong sikit-sikit)

Sambil menghulurkan helmet, gua bertanya:

“Phone lu dah charge penuh-penuh ker? Kita nie nak beratur lama, tahu?”
“Dah…gua dah charge tadi.” jawab beliau selamba.

Kenapa gua tanya pasal phone? Ini kerana menurut apa yang gua baca mengenai BBKK Wangsa Maju di foursquare Tips, paling lama orang beratur hanya nak tunggu burger adalah dalam 2 jam. Tu pun kalau nasib baik burger still available. 2 jam tu weih. Tak pernah gua beratur selama itu untuk nak mendapatkan makanan. Gua sendiri tak pasti level kesabaran gua. Samada gua boleh bersabar, ataupun gua give up pada jam yang pertama. Kita tengok sajalah.

So, apa nak buat dalam masa 2 jam beratur tu?

Twitter. Dan, lazimnya twitter di Iphone adalah scene yang paling cargas menelan bateri. Gua nak pesan awal-awal, for iPhone users, better charge your phone to it's maximum, or else...your 'boredom' will eat you alive! *evil laugh* 

“So..dah ready ker nie?” tanya gua sambil mengetapkan tali keledar helmet Banker.
“Dah…gua dah ready dah. Jom, ”







(bersambung…………)


P/S: Gua bukan saja nk troll lu orang, tapi dikala gua nak publish entri ni, bos gua panggil suruh setting backup email. Bukan pasal gua takde idea. Betul woi, gua tak tipu ni. Kahkahkahkah!

Wednesday, March 14, 2012

Scene Burger (Edisi: Malang Bertimpa-timpa)

Gua suka makan burger. Ini adalah habit buruk gua yang gua gagal buang sejak dari zaman gua kecik lagi. Ya lah, mitos orang melayu selalu mengatakan, yang fast food adalah punca utama masyarakat di Malaysia mengalami masalah kegemukan melampau. Dan burger adalah sejenis fast food. So, nampak tak kronologinya kat situ?

Tapi, persetankan semua itu!

Bagi gua, burger yang terbaik pernah gua makan adalah Daily Burger di depan 7-Eleven Sri Gombak. Daging masak solid, mayo sedap, black pepper sauce mantap, dan bawang besar-besar punya stail potong, hirisan nenas yang teliti dan nipis ala-ala Bandito Pocket. Pergh! Apa lagi lu orang mau? Memang sedap, derr. Gua pekena burger nie sampai terbawak-bawak dalam mimpi la dia punya la sedap. Sumpah gua tak tipu. Gua serius nih!

Suatu hari, Banker Permatang Pauh ada send satu email dekat gua pasal ‘Burger Bakar Kaw-Kaw’ yang beroperasi di Wangsa Maju. Sebenarnya gua dah lama tau pasal nama kedai ‘kaw-kaw’ nie, memandangkan tempat nie pernah trending di twitter satu masa dulu. Dalam email tu, dipaparkan beberapa gambar-gambar kepingan daging burger asli yang tebal tahap ‘nokhorom’. Memang tebal bhaii! Tapi, apa yang menariknya, ‘Burger Bakar Kaw-Kaw’ ni claimed diorang adalah the First Burger Bakar In Malaysia.

Sebut pasal ‘Bakar’. Kenapa ‘Bakar’?
  
Scene biasa burger yang kita nampak di mana-mana stall burger, daging burger biasanya digoreng kering diatas pan yang lebar (digoreng?). Berbeza dengan stall ‘Kaw-kaw’ ni, daging burger yang setebal separuh novel #Zombijaya ni dimasak stail BBQ. Panggang + Bakar. Bau charcoal dan hangit grill panggang tu memang jadi salah satu agen penyentap rasa.



Amacam? Tebal kan daging dia?  

Nampak kan powernya Burger Bakar nie? Gua tengok dari email bini gua pun dah tak berapa tenteram dah tekak ni sebenarnya. Tebal daging tu boleh buat tempeleng orang, apatah lagi mengunyahnya dalam mulut. Pastu jenis lumur mayonis dengan black pepper yang meleleh-leleh memang boleh bikin iman gua huru-hara wei. Seksi!


Sesi membakar daging

Jauh disudut hati, gua tau niat Banker Permatang Pauh sebenarnya memang saja nak ajak gua pekena seround di kedai tersebut. Kalau tidak, masakan email tersebut dishoot ke inbox gua secara tidak sengaja,kan

Kahkahkah!

So, seperti yang dibincangkan kami laki bini, hari Sabtu baru-baru nie kitorang pun bergerak la menuju ke Wangsa Maju. Memandangkan minggu tu Arsenal tak main Sabtu-Ahad, so dapatlah kami keluar berjalan-jalan lepas Maghrib. Kalau tak, jangan haraplah! Map semua dah ada. GPS semua dah set. Bukan apa, takut-takut sesat. Mana gua nak letak muka nie kalau mak mertua gua tahu gua boleh sesat dalam KL. Ye dop?

Perjalanan dari rumah gua ke Wangsa Maju hanya memakan masa 10 minit saja. Guna MRR2, masuk ikut exit Sekolah Wangsa Melawati. Yeah, kalau nak suruh gua bawak kereta, gua rasa timing tu kena add-up lagi 10 minit lagi la. Gua bawak kereta slow sikit. Bukan penakut……Cuma, gua dengan kelajuan tak selalu sangat berkawan. Memandangkan bini gua yang bawak kereta, dapatlah gua rilek-rilek di passenger seat sambil menatap beberapa gambar burger Kaw-Kaw nie hasil post pembeli-pembeli yang membuat testimonial di entri-entri blog makanan. Satu demi satu gambar gua gesel di skrin iPhone, sambil jantung gua berdegup kencang. 2,3 kali juga gua telan air liur. Keroncong perut dan peluh-peluh jantan di pipi fungsi berselang-seli. Sebabnya, gua saja skip lunch tengahari tadi, semata-mata untuk makan burger tersebut. Bukan gua sorang saja, bini gua pun sama. Nawaito Sou Maghadin kami memang malam tu nak pekena ‘Burger Kaw-Kaw’ set Double Happiness. Dah target dah tu! So, demi keinginan ini, apalah sangat mogok lapar 5 jam tu, kan?

Jam kat tangan menunjukkan pukul 8.30 malam. Kami sampai agak awal di Wangsa Maju. Sesampai saja di destinasi, pelan-pelan bini gua masuk parking depan Belakang Orange Cybercafe. Gua pula cepat-cepat simpan phone dan terus keluar dari kereta. Tika ini, bunyi perut gua memang tak boleh nak sorok-sorok lagi. Lapar sangat ni. Nasib kau la beger!

Namun, langit tidak selalunya cerah. Sesampai saja kami di tempat kejadian.


HAMMAGADD!!!


Amacam?

Panjang kan queue dia? (Ohh tidak!)




***


Malam itu, gua dan bini end up makan roti Nan kat mamak BRJ tak jauh dari stall Burger Bakar Kaw-Kaw tersebut. Ceh, kalau setakat nak pekena Nan, tak payah la gua bersusah payah datang Wangsa Maju. Kat Gombak pun banyak mapley!


Buat penat gua mogok lapar, saja!

!#@#% grr!




P/S I : 2 Gambar diatas gua ambil dari website foodpoi.com. Klik that link untuk membaca entri bergambar penuh mengenai Burger Bakar Kaw-Kaw Wangsa Maju. You guys gonna love it!


P/S II : Tragedi malam tu sikit pun tak mematahkan semangat gua untuk try burger nie. Next entri, gua akan cerita plak edisi yang berjaya punya!

Friday, March 2, 2012

Entri Khas : Birthday Kakak Iparku

Entri Khas:

Gua anak tunggal. Which means dalam bahasa yang senang difahami oleh kebanyakan orang, gua tak ada adik beradik. Just me, one & only. Banyak orang kata anak tunggal nie seronok sebenarnya. Perhatian 100% kepada kita sahaja. Then, bila time kecik, apa saja kita mintak…mesti dapat. Nak itu, nak ini, semuanya guna power jari telunjuk. Yang keluar duitnya, mak bapak. Peh, power, kan?

Well, generally, tak semua tu betul! Lu orang banyak sangat layan TV ni.

Sepanjang gua hidup, gua tak pernah jumpa ayah gua. Entah hidup lagi entah tak. Let alone nak cium tangan dia. Start tahu dunia jer, gua hanya ada Arwah mak gua sorang saja. Dia la tempat gua mengadu, merengek, memujuk, bertekak, melawak dan kadang-kadang melepak. Pernah gua terpikir, cemana dia punya feel kalau ada abang, adik or kakak? Solid ker dia punya perasaan?

Masa gua kecik, member-member gua selalu bercerita yang ada adik beradik nie best sebenarnya. Nak-nak pulak yang jenis satu kepala. Pergi mana saja, always bound by blood. Boleh cepuk kepala, tempeleng-tempeleng muka dan main gusti-gusti tanpa perlu rasa bersalah kalau tersilap kasik ‘Stone Cold Stunner’. Well, dengar cerita diorang saja, gua rasa teruja. Tapi apa nak buat, dah Tuhan setting gua memang jadi anak tunggal. Gua terima seadanya.

Then, 24 years after that, I got married to my soulmate, Banker Permatang Pauh. Dan seperti kata orang kebanyakan juga, once kita berkahwin dengan isteri kita, kita sebenarnya berkahwin dengan keluarganya juga. Maksudnya disini, pertalian darah kita secara automatiknya terconnect dengan adik-beradik sebelah in law kita. Lu orang tak paham lagi? Tak pandai dah gua nak terang. Lu orang kawin la dulu. Baru la tau dia punya feel solid ker tidak.

So, hah! Nak merasa sangat ada adik, kakak dan abang kan?

Sekarang gua dah rasa. Dan feel dia amat solid wa cakap lu. Cuma dah besar-besar nie, takleh la nak main tepuk-tepuk dan tinju-tinju sebagaimana kita kecik-kecik dulu, ye dop? Bini gua adalah anak ke-2 daripada 4 orang adik beradik. Yang sulung, Dina Noornida, yakni kakak (yer la, takkan abang pulak). No.3 dan no.4 kedua-duanya lelaki.

Gua lebih nak cerita pasal kakak ipar gua sebenarnya, memandangkan hari nie hari jadi dia. So, gua up la sikit dengan satu entri khas. Maaf yer adik beradik yang lain. Nanti gua setting entri baru untuk kalian juga. Hekhekhek!

Seronok juga berkahwin dengan keluarga yang besar nie. Baru sekarang gua rasa macamana bestnya ada kakak (walaupun kakak ipar) yang sentiasa:

  • Calling-calling kita tanya ‘Wei..hangpa kat mana nie?’ time kita on da way nak balik kampung berhari raya.
  • “Zahril, satgi yang balik, singgah kedai Arugmugam tu sat, beli kulit popia” sewaktu kita nak keluar pergi kedai mamak tengok bola.
  • Kasik fridge magnet ‘Zoo Taiping’ tatkala dia pergi outstesen bersama suami beliau.
  • Teman gua dan Banker Permatang Pauh masuk sempadan Siam shopping-shopping.
  • Suggest kedai-kedai Jeans yang power di Padang Besar, Perlis.
  • Belikan gua kacang botol Siam perasa Ayam dan BBQ murah-murah di Perlis.
  • Memperkenal kepada gua kehebatan pasaraya ‘Borong Din’, pasar borong paling unggul di Perlis.
  • Belanja gua dan bini tiket nak masuk iCity Shah Alam. (Bapak harga tak munasabah langsung tiketnya)
  • Dan lain-lain lagi...

 ***


So, entri khas kali ini adalah bertujuan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-3* kepada kakak Ipar gua iaitu Dina Noornida Binti Hassan Shaari, dengan ucapan, Mana KFC yang dijanjikan?’

Moga-moga kakak ipar gua sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki. Amin~


 Kakak ipar gua bersama suami beliau



P/S: Nie birthday nie….yang ke berapa ni, Yong? 38 kan? Kahkahkahkah!

P/S II: Kuat bodek juga gua ni rupanya. ^^

Monday, February 27, 2012

Lejen...

(Dari kiri: Billy Gun, Maryse, Tommy Dreamer, Rick Steiner, Scott Steiner & Road Dogg)


Maryse Oulette adalah antara diva favourite gua dalam WWE. Yeah, I know bila gua buat entri pasal result WWE PPV, asal match diva saja gua malas nak ulas. Technically, gua tak suka layan match bergocoh membabitkan divas, tapi gua suka cameo diorang time backstage WWE. Kiranya diorang nie not just a beautiful faces, but they play some of the major roles in certain WWE storyline.

OK, bila dah minat Maryse, mestilah follow Maryse kat twitter ye,dop? Itu perkara biasa bagi peminat-peminat wrestling ‘amateur’ macam gua. Tapi, bukan pasal Maryse yang gua nak cerita sebenarnya. Jangan salah faham weii. Lu orang ni kinky ker apa? LOL. Nak dijadikan cerita, one day bila gua scroll-scroll timeline kat phone gua, gua ternampak Maryse twitpic (pada siapa yang tak tahu twitpic, sila pergi bunuh diri) satu gambar nie dimana beliau dikelilingi beberapa veteran-veteran pro-wrestling:


1. ‘Bad-Ass’ Billy Gun

Peh, ‘Bad-Ass’ Billy Gun a.k.a Billy Gun Monty. Teknik penyudah yang sangat cool bagi gua satu masa dulu iaitu ‘Fame-Ass-Ser’ yang sekarang ini ditiru oleh Dolph Ziggler. #Pfft! Masa gua mula-mula minat wrestling, Billy Gun adalah anggota ‘New Age Outlaws’ bersama Road Dogg Jesse James. Masa gua main wrestling-wrestling time tingkatan 4 dulu, finisher Billy Gun adalah moves yang senang dibuat, sama seperti Randy Orton’s RKO. Boleh diaplikasikan ke atas kawan-kawan kita yang bersaiz besar daripada kita. Cubalah~



2. Tommy Dreamer the ‘Innovator of Violence’

Tommy Dreamer adalah legends bagi ECW. Semua orang tahu, ECW satu ketika dulu yang dikendalikan di bawah Paul Heyman, amat digeruni oleh kesemua-kesemua kesatuan gusti yang lain. Pendek kata, semua penggusti dari ECW adalah paling ganas dan biasanya match-match mereka mesti ada bloodbath. Modified 2x4 barb wire, cheese grilled, steel pipe? Cakap saja apa jenis object yang mereka tak modified untuk dijadikan weapon! Tommy Dreamer adalah salah seorang penggusti Hardcore kegemaran gua. Kiranya, kalau nak kira gocoh sampai berdarah-tak-nampak-muka, Tommy Dreamer nie dah sama level dengan Mick Foley la.

Finisher beliau, Dreamer Driver nie, tak berani gua nak buat masa main gusti-gusti dulu. Sebabnya, terlalu bahaya. Sama seperti Cena’s FU, cuma hempasan ke atas opponent lebih tertumpu kearah tulang tengkuk mangsa. Silap teknik, opponent boleh lumpuh woi!

Lu jangan buat gila ~



3. Rick Steiner.

Abang kepada ‘Big Poppa Pump’ Scott Steiner. Dari mula gua minat gusti, setahu gua dia nie tak pernah pegang watak fan-favorite. Dari muda lagi dia main watak jahat. Tapi, masa dia muda dulu, dia nie sangat agile. Dan dia laju jugak. Jenis-jenis berlawan style America Football. Kombinasi tackle ragbi dan Running PowerSlam membuatkan dia dan adiknya pernah menjadi salah satu tag-team champion di WWE sebagai ‘The Steiner Brothers’. Bagi gua, dia nie adalah Bill Goldberg in the late 90s. Apa? Siapa Bill Goldberg? Subhanallah…apa chekgu lu orang ajarin di sekolah ni? #facepalm.

Rick bergusti di WWE bermula dari tahun 1992-1994. Lepas tu dia blah pergi ECW atas sebab perbalahan peribadi beliau dengan Vince McMahon. Tapi, dia di ECW tak lama. Setahun saja dan sejurus selepas itu, beliau terus masuk WCW dari tahun 1996 hingga 2001. Lepas tu gua tak dengan cerita dah pasal Rick......................hinggalah:

Dia join TNA (Total Non-Stop Action) di bawah kendalian Jeff Jarret pada tahun 2007. Peh, tapi masa tu dia dah tua la. Lutut pun dah longgar, dan dah tak agile macam zaman dia di WCW. Lu ingat apa? Gua layan TNA jugak tau!



4. ‘Big Poppa Pump’ Scotty Steiner.

“Holla………If Ya Hear Me!”

Peh. Ini adalah lejen yang patut lu orang terjun KB Mall kalau lu orang tak kenal. ‘The Big Bad Booty Daddy’ merupakan salah seorang penggusti yang gua minat bukan sebab dia nie ada gerakan penyudah yang superb, tapi badan dia yang sangat tough dan berurat sana-sini. Dan dia punya bicep adalah bicep yang sangat unik gua pernah tengok. Bila dia buat arm pose, bicep dia timbul macam seketul bola lisut yang bergerak-bergerak bawah kulit. Peh! See..bila gua cerita pasal Scotty nie, semangat + cepat saja gua taip. Maklumlah…wrestler kegemaran la katakan. Kahkahkah!

Antara moment yang paling gua ingat pasal Scott Steiner, not only he was one half of ‘The Steiner Brother’, tapi ketika dia buat kemunculan semula di WWE pada 2004 membelasah Matt Hardy & Christopher Nowinski di Survivor Series. Peh, gua suka ‘tudung kepala’ Scott yang ala-ala tentera perang salib England (kot?) dan spek hitam dia. Peh…teruja wei! Teruja. Gua tak reti la nak describe, lu orang google image la sendiri.



5. ‘Road Dogg’ Jesse James

One half of ‘The New Age Outlaw’ bersama Billy Gun. Well, what can I say about this guy? Millions sebenarnya. Kalau gua nak cerita zaman kegemilangan beliau di dalam DX, gua rasa 3-4 page Microsoft Word pun belum tentu mampu tampung. Cukuplah yang gua katakan Road Dogg adalah salah seorang penggusti yang mempunya mic skill yang sangat hebat, sebaris dengan The Rock dan Cena. Bila beliau pegang mic saja, satu arena bersorak bersama beliau. Kalaulah John Cena ada dizaman kegemilangan Road Dogg, silap haribulan Cena balik belajar cakap depan cermin ajalah!

Masa zaman gua main wrestling, gerakan penyudah Road Dogg (Pumphandle Slam) adalah satu move yang amat sukar dibuat. So, bila dah susah, kami memang skip la. Tapi, ada satu move Road Dogg yang kami suka buat, iaitu The Theatrics Knee Drop dan Shake, Rattle & Roll. Peh, kalau Md.Wazir, Kapla, Khalid dan Hakim Hawari baca entri ni, gua berani bet diorang mesti tergelak besar punya. Ahh...how I missed those damn days!


***


Kenapa gua buat entri nie? Well, zaman sekolah adalah zaman yang paling best dalam hidup gua. Gua minat wrestling seawal umur gua 10 tahun. Gua ingat lagi orang yang bertanggungjawab menjerumuskan gua ke dalam scene ini adalah tokwan gua sendiri.

[flashback]

Masa kecik, dia sanggup bawak gua pergi kedai naik basikal tua beliau semata-mata nak layan Hulk Hogan di kedai kopi. Peh, masa tu Koko B.Ware masih bawak burung kakak tua masuk gelanggang lagi!

So, bila di Soksek, gua jumpa Mad Wazir. Kebetulan dia nie sama juga kaki wrestling macam gua. Brader nie dari golongan yang berduit ketika itu. So, everytime scene ‘Pulang Bermalam’ (budak-budak asrama penuh mesti tau!), dia akan bawa beberapa magazine wrestling yang imported dari U.S dari rumahnya untuk dibaca di dalam bilik. Dah nama imported magazine, memang mahal lah ketika itu. Satu majalah yang lagi nipis dari majalah Ujang harga sampai RM30. Memang la gua ada duit sangat!

So, dari dialah gua mendalami minat gusti ini. Bila duduk asrama, entertainment apa lagi yang ada dan boleh dibuat selain dari baca komik Pedang Setiawan, Dragon Ball dan Wrestling Magazines. Kalau habih boring, gua lepak dengan Mad Wazir sembang pasal Pay-Per View yang paling latest. Boleh dikatakan, asal lepak dengan dia saja, tak topik bola (dia adalah fan tegar Manchester United. Babis!), mesti wrestling. Dari majalah-majalah dialah buat gua kenal secara mendalam apa itu Spinebuster, Belly-To-Belly Suplex dan Enzuigiri. Masa sekolah dulu, dapat sebut ‘Suplex’ dengan betul pun dah gains a few respect. Apatah lagi mengaplikasikannya? Lagi la power….!

[/end of flashback]


Pendek kata, apa yang gua tahu pasal gusti sekarang rata-ratanya berpunca dari pendedahan dari Mad Wazir juga magazine-magazine mahal beliau ketika di sekolah. Terima kasih dude! Lu dah bagi gua satu hobi yang gua tak akan malu nak sebut kalau cikgu sekolah tanya. Salute!

Jadi, apa rasionalnya entri ini?

I grew up watching those men in the pictures competed to pursue their glories. Gua masih ingat lagi segala moves-moves diorang dan bagaimana mereka mencipta kontroversi hanya untuk menaikkan nama mereka sendiri setelah pihak WWE tidak memberikan mereka peluang merebut title championship seperti yang dijanjikan. Now bila gua tengok mereka dah tua………..baru gua sedar betapa cepatnya masa berlalu. Gua pun umur dah nak masuk 3-series. Apatah lagi mereka-mereka yang di dalam gambar tuh!



So, lepas nie kalau ada orang tanya gua:

“Eh…wrestling tu tipu ajer la. Diorang berlakon ajer tu. Yang kau pegi percaya buat apa?”



Gua hanya mampu tersenyum.

Biarkan mereka. Mereka takkan faham...



picture credits to Maryse Ouellet Twitter 

Wednesday, February 15, 2012

Ayam Goreng



Kentaki. Sapa tak suka makan ayam Kentaki wei? Orang gila ja yang tak tau nikmat kerangupan kulit Hot & Spicy ditambah dengan rahsia rempah ratus turun temurun Col.Sanders dalam menyedapkan isi ayam. Pendek kata, sekali kena 2 ketul drumstick Snack Plate, nak sebut semula perkataan ‘diet’ pun rasa tak berapa tenteram. Punya la sedap.

Gua dan Banker Permatang Pauh adalah sebiji kapel (sebiji?) yang tidak terlepas dari kegagalan menahan inzal keragupan ayam kentaki ni, sama seperti individu-individu berkapel yang lain. Azam 2012 yang gua beriya-riya tulis dalam diari ‘nak diet’, tu macam bakal lebur seperti di tahun-tahun kebelakang, memandangkan 3 minggu sekali gua dan isteri akan berkunjung ke Kentaki untuk melampiaskan nafsu makan kami.

Suka betul gua dengan bau ayam goreng mereka. One thing yang gua suka pasal Kentaki ni, not only keharuman bau-bauan ayam goreng mereka, bahkan suasana dalam outlet mereka juga berbau wangi. Ada outlet yang bau macam Ambi-Pure yang Country Fresh punya brand, ada outlet yang jenis suka pakai Glade punya haruman. Kadang-kadang lantai mereka juga berbau harum. Sampai sekarang gua tak dapat trace pencuci lantai brand apa yang mereka pakai. Manalah tahu tetiba-tetiba gua buang tebiat nak mop lantai rumah time hujung minggu. Nak jugak pakai jenama pencuci macam lantai Kentaki. (Eh, apahal gua cerita pasal lantai pulak ni?)

Beberapa minggu lalu, Malaysia dikejutkan dengan satu klip rakaman aksi per’gocoh’an antara staff kentaki dengan seorang pelanggan berbangsa Cina di outlet Kentaki iCity, Shah Alam. Dalam klip video tersebut, pelanggan ni berang selepas beratur almost sejam, dan lastly diberitahu ayam habih. So, dia pun melampiaskan kemarahannya dengan memaki pekerja-pekerja KFC dalam tu. Selang beberapa saat, muncul sorang brader (staff Kentaki) meluru dari dapur dan terus melancarkan satu ‘Haymaker’ padu ala-ala Apollo Creed ke arah pelanggan tersebut. Satu jurus saja, then pelanggan tu terpelanting ke bangku. Nasib juga ramai yang hold brader tu dari terus melakukan beberapa uppercut, kalau tidak, memang pelanggan tu nazak jugak la. Klip tu tak salah gua tak sampai seminit. Kalau lu orang browse kat YouTiup, gua rasa video tu dah remove dah kot, due to violation. Try la skali lagi, mana tau ada kutu-kutu yang upload balik.

Banyak version yang gua baca tentang insiden ini. Ada yang kata, makian pelanggan Cina itu berbaur perkauman. Not only staff Kentaki hangin mendengarnya, bahkan orang-orang yang beratur nak mendapatkan ayam mereka juga panas telinga. Ada yang kata staff pekerja kat situ dah bekerja lebih daripada 12 jam. Jadi permintaan ayam masa tu tak berapa nak cukup dan mereka juga kepenatan sebenarnya. Moral disini kepada yang tak tahu, sila jangan dengar sebelah pihak sahaja. Baca dari kedua-dua corong. Baru konfident sikit nak tuduh menuduh. Typical Malaysian.

Terus terang gua cakap isu ni gua tak pasti salah siapa. Ada yang kata, ‘Customer is always right, even if they are wrong!’ Ada pula version yang cakap customer juga perlu faham perasaan makwe-makwe yang jaga kaunter tersebut. Dah kalau memang ayam habih, takkan mereka nak kata ‘Ayam ada lagi, bang. Cuma belum sembelih’ kot? Habih tetap habih. Kalau craving jugak, pandai-pandai la goreng sendiri kat rumah.

Bila dah ada isu provokasi terhadap pelanggan ni, gua dan banker rasa tak berapa konpident pula nak pergi makan Kentaki. Ya lah, gua memang nak pergi makan ayam sahaja. Tapi, kalau ayam habih dan tiba-tiba gua naik berang, macamana? Ntah-ntah video version gua pulak nanti diorang record. Tak ker gila tuh? 

Tapi semua tu hanya perasaan gua sahaja. Minggu lepas, sampai juga kami di Kentaki Ampang Park. Niat dihati nak pekena Twister dan Bandito Pocket sepam gua. Sesekali gua dah standby camera iPhone ditangan, takut-takut ada scene yang rare terjadi. Boleh la rekod mana sempat. Alhamdulillah,keadaan tak banyak berubah dan masih terkawal setelah beberapa minit gua buat observation. Kami kemudiannya menikmati Bandito Pocket & Twister kami seperti biasa.

Dan, apa yang menarik minat gua selepas insiden ‘famous’ Kentaki di iCity tersebut, template sapaan makwe-makwe kaunter Kentaki tu dah ada sedikit perubahan:
  
Sebelum insiden:

“Hai, abang. Kakak. Selamat petang. Boleh saya bantu? Makan disini atau bawa balik?” 

Selepas insiden:

“Hai Abang, kakak. Selamat petang. Elok kan cuaca hari ini? Abang & kakak sihat? Apa yang boleh saya bantu? Makan di sini atau bawa balik?” 


Amacam? Nampak tak perubahannya? 



Kahkahkah!

P/S One: Tanya gua sihat ke tak? Kalau gua kata gua tengah demam time tu, lu orang nak offer Paracetamol ke?

P/S Two: Kalau ada masa terluang. Try la pergi Kentaki iCity. Baru lu orang tahu cemana ramainya manusia dekat situ. No wonder la beratur sampai almost sejam...dan ayam boleh habih. I've been there...I've done that. Last-last gua gave-up, makan di Hakeem S7, lagi padu!


picture credit to Suraukini 

Wednesday, December 7, 2011

Kahwin, Zuriat & Scene Mulut Tempayan

*Entri Khas Sempena Scene Kahwin Musim Cuti Sekolah



Peh! Dah masuk bulan December. Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2011. Bagi mereka yang selalu bermain dengan azam, bulan December adalah bulan yang stress. Stress kerana banyak azam-azam yang ‘yor yor orr’, dijanjikan pada awal January dulu masih tak berapa nak kesampaian. Gua? Bab-bab azam nie memang kami tak pernah ngam, sebab gua tahu gua takkan boleh achieve punya!

Tapi, environment biasa bagi kita orang Malaysia nie, bila tiba December ja, banyak la kad-kad jemputan kawen yang bertandang dalam mailbox rumah. Ditambah dengan peristiwa cuti sekolah, sesetengah orang mengaitkan bulan December ini sebagai bulan ‘mengawan’. Asal bulan 12 jer, orang nak kawen. Asal nak kawen jer mesti set tarikh bulan 12. Why? Sebab cuti la sekolah la orang ramai cepat lapar untuk makan tengahari free. Time hari-hari biasa, level lapar tengahari orang ramai adalah limited dan kebanyakannya tertumpu di kedai-kedai mamak. Tapi, baguslah bagi sesiapa yang berkesempatan dan berkemampuan untuk menamatkan zaman bujang mereka secepat yang boleh. Seronok ada isteri nie sebenarnya. Dia punya feel memang boleh bawak sampai ke bulan!

Cakap banyak pun tak guna. Lu orang nak tau, kawin la dulu.  

Sungguhpun begitu, ramai diantara kita yang ‘sakit’ selepas kawin. Bukan maksud gua sakit kena hentak/menghentak time ‘malam pertama’, itu nak ‘sakit’ selalu pun takde hal. (Apsal pulak gua guna istilah sakit? Patutnya sedap la, ye dop?). Tapi, ‘sakit’ yang gua maksudkan adalah padah menanggung hutang piutang yang menimbun tatkala ‘dream-wedding’ yang diidam-idamkan itu sudah selesai di’gebang’ serata kampung. Bermula dari hantaran kawen/belanja hangus yang tak berapa munasabah, kaum lelaki mula menggelabah untuk mengorek mana-mana sumber kewangan terdekat, demi nak menyedapkan hati bakal mertua. Kalau dimintak turun harga, nanti bapak mertua claim kau tak mampu. So, nak tanak, terpaksa la hangguk setuju.

So, mana nak cekau? Loan bank la.

Sesetengah orang perempuan menyifatkan perkahwinan yang di’fund’ oleh pihak bank nie seumpama setitik nila yang ter’eksiden’ menitik dalam belanga susu. Ya, beli rumah dah tentu-tentu kena buat loan bank. Kalo tak bayar, rumah kena sita. Beli kereta pun buat loan bank jugek. Kalo terkandas 3 bulan, bank keluar RO kasik tarik. Kalo kawen buat loan bank, kalo payment kantoi? Takkan bank nak tarik bini? “Itu sudah lebeyyy......” Jujurnya, Ini adalah statement yang pernah gua dengar, terpacul dari mulut kawan-kawan perempuan gua yang mengutarakan pendapat mereka bila ditanya mengenai perihal “Kahwin & Pembiayaan Peribadi”. Gua sebagai lelaki, bila pikir-pikir balik ada betulnya. Tapi, bagi gua, tu adalah usaha dan inisiatif  masing-masing. Yer la, dah jadi ketua keluarga, tanggungan dah ada, sendiri mau ingat bhaii. Kena la ada proper plan macamana nak manage income. Apa yang nak kena dulukan, kena la tumpu. Yang mana rasa boleh dilewatkan sedikit, proceed with pre-caution! InsyaAllah, kalo baik niatnya, Tuhan pasti tolong. (fuh, power ayat gua...)

Setel bab hutang, masuk pulak bab-bab ‘berdua-bertiga’. Lu orang kepala otak jangan negative sangat. “Bertiga” tu maksud gua bukan ada kekasih gelap ke, hapatah lagi nak masuk bab poligami. Gua maksudkan adalah zuriat.

Pernah lu orang kena tanya: “Bila nak dapat anak?”

Anak adalah rezeki dari Allah yang tak ternilai harganya. In fact, pasangan yang dah kahwin akan berusaha sekeras-keras yang mungkin untuk mendapatkan zuriat. Keras macamana diorang usaha, gua rasa tak perlu la gua describe. Pergi gugel la, banyak infonya. “Overhaul Enjin”, “Periksa Suhu Badan”, “Sistem Bulat-Bulat Kalendar”, semua frasa dan istilah-istilah nie gua berani cakap, orang yang dah kawen ja yang paham. Lagipun, dah lumrah orang kawen, “Sapo tak nak anak weiii......”.

Namun begitu, segelintir masyarakat kita yang suka mengambil tahu hal orang lain, cukup suka menanyakan ‘ayat keramat’ diatas sebagai satu proses untuk memulakan sessi sembang kencang. Sangat kurang asam, kan? Macam dah takde point lain yang layak ditanyakan. Tanya la pasal Harimau Malaya ker, Apa Neelofa pakai masa pergi Anugerah Skrin ker, atau cerita pasal Marlon Alex James yang dijangka bakal menguatkan Skuad Kedah bagi musim 2012. Lagi senang nak bersembang, yer dop?

Realitinya, orang kita cukup suka bertanya dan terlalu mengambil berat terhadap benda-benda yang dirasakan tidak perlu digembur satu dunia. Sangat ringan mulut. Sebelum gua bagi contoh, sila imagine seorang makcik tua (Q) yang suka tonyoh sirih di gigi, bersenjatakan sebilah gobek dan kacip pinang di tangan. Apa, gobek pun tak tau? Sila pergi makan tempe!

Kita start dari zaman lepas SPM:

Q: “Eh, ekau ni dah habih SPM nie, nak masuk Universiti mana plak?”
A: “Err...dok tengah tunggu panggilan nie makcik. Makcik nak offer keja part-time kat saya ke?”

Then, bila dah masuk Universiti:

Q:”Eh, ekau nie dah berapa lama mengaji kat unibersiti tu? Bila nak grad,nya?”
A:”Err...saya baru register seminggu, makcik. Lagi 8 tahun agaknya nak konvo. Kenapa, nak datang bagi bunga ke?”
Q:”Mak oiii, lapan tahun? Ekau mengaji ko, buat kapal selam?”
A: “Itu jawapan #sarkastik la makcik, oiii!”

Then, bila dah grad:

Q:”Ekau dah graduasi yo? Bila nak dapat kerja pulak?”
A:”Saya ada apply jadi Menteri Pertahanan kat Jobstreet. Tengah tunggu diorang reply la. Bila saya dapat keja nanti, saya janji akan letak Kapal Selam sebijik dalam telaga rumah makcik. Amacam? Kahkahkah!”
Q:”Makcik ghaso ekau bolum pernah tertelan gobek sirih nie. Nak try?”

Then bila dah ada kerja:

Q:”Baguih ekau dah keja besar sekarang. Hah, dah alang-alang tu, bila nak berbini?”
A:”Makcik oiii...saya probation period pun belum habih lagi. Jawatan pun belum komfem lagi. Satu-satularh!" *tskkk...

Then bila dah kawen:

Q:”Kawen jugak ekau nie. Makcik ingat naluri ko dah ke yang sama jenis. Hah, bila nak ada anak pulak nie?”
A:”Erk...? Errr....err...err...”

Maka dengan jawapan err…err...tersebut, Allah mengurniakan anda seorang cahayamata. Lu orang punya hepi, gembira tak terkata. Ya lah, penat pegi ‘overhaul’ sana-sini, last-last berjaya jugek ada penyambung keturunan. Namun, pertanyaan mereka biasanya tak terhenti disitu. Selagi boleh ditanya, mereka akan tanya lagi. Tak percaya?

Bila dah dapat anak sorang:

Q:”Hah, comel anak ekau ni. Serupa mak dia. Eh, bila nak tambah lagi sorang?”
A:”Makcik oiii...budak nie MyKid dia pun saya belum register. Bagi la dia boleh berdikari kunyah Cikedies dulu kalau yer pun....”

Untuk makcik Q diatas ini, gua doakan agar beliau diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman la kelak. Amin~

Begitulah serba sedikit fenomena perkahwinan yang biasanya terjadi dalam masyarakat Melayu. Penuh dengan pertanyaan, penuh dengan gossip celah tingkap. Sekadar memberi pendapat, gua harap lu orang sebagai pembaca taklah bengkek dengan ayat-ayat gua diatas. Sebetulnya taklah seteruk tu. Bahkan ada yang smooth as silk dan lancar jer hingga ke akhir hayat. Cantekkkk jer Allah aturkan.

So, pada bakal-bakal pengantin yang akan menamatkan zaman bujang mereka, tahniah gua ucapkan. Nasihat gua, kalo jumpa jenis orang seperti makcik Q diatas, selagi boleh tepis, lu orang tepis la jauh-jauh. Kalo dah sampai tahap boleh, lu orang layankan ajer la. (Macam tak kena pulak nasihat gua nie…)


#Salute

Seriously, perkahwinan ini adalah satu yang menyeronokkan. Lagi seronok dari naik Solero Shot! di Gentin Hailen.

Apa? Seronok macamana? Nak detail lagi..?

Takkan itu pun gua nak cerita bhai?

Perv!

*chiaw……



P/S: Again, I'm not a Cena fanfags. Gua google 'salutation', alih-alih gambar Cena jer yang sesuai dengan gesture nie. Gua terpaksa. So, mohon jangan salah faham. I'm not a chain-gang! 

P/S: Peh, entri nie gua malas nak buat jump-break. So, maaf la kalo 'terpanjang' berjela-jela.



Picture credits to BeautyBridal & JohnCena4u

Thursday, December 1, 2011

Apa Kena?


“Eh, apahal plak suara kau sengau hari nie?” tanya bos gua yang pelik mendengar perubahan vokal gua hari ini.

“Biasalah bos, demam dan batuk dari Raya Haji dulu belom setel lagi. Makin menjadi-jadi adalah...” balas gua dengan tenang sambil mengelap lelehan cecair pekat yang galak muncul dari rongga-rongga berkaitan.

“Kalo macam tu, kau MC lah. Pegi balik rehat. Takpe, keja-keja kau aku tolong coverkan.” balas bos gua dengan nada yang sangat cemerlang.

*Gulp*

“Betul ker nie bos? Jangan la mainkan perasaan saya. Saya nie fragile. Mudah tersentuh kalau diklepet.” gua balas seakan-akan tidak percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mulut beliau sebentar tadi.

Biar benar bos gua nie. Hal-hal berkaitan MC nie jangan dibuat main-main. Kang gua balik rehat betul-betul, jeles pulak geng-geng Operation karang.

“Betul la. Dah dah! Packing barang kau. Pegi balik rehat. MC Slip, lusa ko pass kat aku!”

Sepantas kilat gua off notebook dan kemas kabel-kabel yang berkaitan. External Hard Disk gua selit kemas-kemas dalam beg Targus gua. Earphone, battery charger dan mouse semua gua perosokkan dalam beg. Giler ngkau. Dah bos izin pegi klinik, buat apa ditangguh lagi, yer dok?

Dalam masa kurang 15 saat saja, semua barang-barang gua dah dimasukkan dalam beg sandang. Gua perasan budak-budak lain yang still bertungkus lumus bekerja seakan-akan jelly (jeles) dengan pelepasan yang gua dapat dari bos gua tadi. Bibit-bibit cemburu beserta kerlingan mata yang super-tajam oleh mereka-mereka yang mencemburui gua, jelas menunjukkan yang mereka memang tengah #butthurted. Ahh, lantaklah. Yang penting, gua kena rushing pergi cari klinik yang berdekatan. Ubat selsema dengan batuk gua mesti ambil yang dos power punya. Telan sesudu teh, terus tido.

Ahh, indah......... sangat indah.

Setelah dengan sarkastiknya melambaikan tangan kepada Ona, Ain dan Intan yang pandang gua macam nak tanak aje, gua turun tangga Emergency Exit dengan hati yang girang. Sesekali lagu Adele yang famous di corong-corong radio sekarang gua siulkan dengan rasa yang sangat rilek. Pada ketika ini, mucus-mucus yang meleleh tidak lagi gua hiraukan. Biarkan saja dia meleleh. Yang penting, gua nak tido puas-puas lepas ambik ubat nie.

Namun,

Langit tidak selalunya cerah...

Ketika gua asyik bersiul-siul menuruni tangga, kaki kanan gua secara tak sengaja tersandung tong sampah tingkat 7 yang diletakkan diatas anak tangga. Gua hilang kawalan lalu jatuh bergolek mengikut acuan tangga spiral Emergency Exit tersebut. Kepala gua ratusan kali terhentak di bucu-bucu tangga. Dalam keadaan yang kucar-kacir itu, gua cuba juga mencapai birai birai handrail yang kukuh menanggam permukaan tangga, tapi hakikatnya gua gagal. Pada ketika ini, gua rasakan masa depan gua sudah gelap. Dengan hentakan yang bertubi-tubi di kepala sewaktu gulingan tak sengaja ini, gua bayangkan yang hidup gua tamat disini.

Tamat di tangga Emergency Exit ......

(*gedebuk! gedebak! gedebuk! gedebak!)

Dari tingkat 7, gua ‘terbergolek’ hinggalah ke basement (B1). Pada saat ini, gua sudah tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki gua. Sendi-sendi gua rasa sangat kebas. Pandangan gua juga kabur kerana diselaputi darah yang keluar membuak-buak dari ubun-ubun kepala. Gua cuba menjerit meminta tolong, namun tiada seorang pun pejalan kaki yang lalu lalang di kawasan basement tersebut. Ya lah, bangunan ada lift, mestilah orang ramai gunakan lift untuk turun. Kepala bana apakah mereka akan mengakses tangga Emergency Exit sedangkan lift masih berfungsi dengan baik?

Bodohnya gua hari nie...


Gua mengesot-ngesot menuruni lebihan anak tangga untuk pergi mendapatkan bantuan. Sekarang baru gua sedar, sukarnya untuk meneruskan hidup jika tangan dan kaki tidak berfungsi. Air mata gua mengalir dengan dasatnya. Rasa seperti ingin meraung. Rasa seperti ingin meronta. Jauh disudut hati, gua menyesal. Kalaulah gua tak bongkak kepada Ain, Ona & Intan sewaktu keluar dari ofis tadi, mungkin perkara ini tidak akan terjadi. Mungkin inilah balasan dari Tuhan atas kebongkakan gua..

Gua menyesal.

Sangat menyesal...

Kalo boleh gua undurkan masa itu, gua ingin naik semula ke tingkat 9 memohon maaf kepada 3 orang individu tersebut. Namun, apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Tidak apa yang mampu gua buat lagi melainkan pertolongan dari pak guard-pak guard dari Nepal untuk menghantar gua ke ICU.

Berbekalkan saki baki lebihan tenaga sedia ada, gua menarik nafas panjang. Dalam-dalam gua tarik. Bila dada dah steady, gua pun menjerit:


“TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGG”

“TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGG”



***



*Dush!*

“Lu kalo tido tak menyusahkan orang tak boleh ke? Menjerit tak tentu hala. Lu nie kenapa?” bebel Nazri setelah menyekeh kepala gua.

“Gua kat mana nie bro?” tanya gua terkebil-kebil.

“Lu boleh tanya kat mana? Opis la bingai!”

Air yang meleleh dibibir gua lap. Gua menggosok-gosok tempat sekehan tadi. Mamat nie pun kalo nak menyekeh, tak beragak. Benjol tengkorak kepala kiri gua.

Gua mimpi rupanya.

Nasib baik bos tak lalu-lalang.

Ceit!

Tuesday, November 15, 2011

Kemalasan Yang Padu

Cubicle Tempat Saya Kerja,
Jalan Yak Kwan Seng
Kuala Lumpur

15 November 2011

Assalamualaikum para pembaca semua.

Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka. Saya disini tidaklah sesihat yang disangkakan, memandangkan akhir-akhir ini cuaca amatlah kurang menentu suasananya. Hujan & panas berselang seli kadang-kadang boleh membawa kepada demam yang tak sudah-sudah; sama seperti apa yang saya tengah hadapi sekarang ini.

Untuk seketika waktu, saya sengaja tidak mahu mengemaskini blog ini kerana ingin menguji sejauh mana saya boleh mencabar diri saya meninggalkan bidang penulisan crap! seperti yang saya selalu lampiaskan sebelum-sebelum ini. Nyatanya, susah benar! Biarpun berjaya bertahan selama seminggu, namun dalam seminggu itulah tangan saya terketar-ketar seperti orang terkena parkinson. 

Apa sudah jadi dengan saya ini? 

Ya, saya sedar yang blog saya ini bukanlah ada pembaca sangat pun, namun keberahian saya dalam menulis artikel-artikel fiksional dan imaginasi saya sendiri adalah mengatasi segala-galanya. Oleh itu, saya membuat keputusan, biarlah tanpa pembaca pun, saya akan tetap menaip, menaip dan terus menaip. Seperti Cena yang tidak menghiraukan laungan 'Cena Sucks', seperti 'Manchester United' yang tidak menghiraukan kredibiliti 'Mr.Potato' dalam penajaan, saya akan teruskan dengan apa yang saya dah mulakan.

Akhir kata, maaflah sekiranya saudara-saudara semua kurang memahami tentang apa yang cuba disampaikan dalam entri kali ini. Nyatanya, bukan kalian sahaja yang tidak faham, malah saya sendiri pun tak faham tentang apa yang saya tulis.

Now That's Wassup!



Yang Benar,
Ismail Ibrahim
Ketua Kelab Kompang Kampung Raja

Friday, November 4, 2011

Antara Tahyul dan Konsep Sabar

Sejak season EPL bermula, hari Sabtu & hari Ahad merupakan hari yang paling buat gua excited. Seperti golongan-golongan brader yang lain, yang mempunyai team bola kebanggaan mereka untuk diruntun dan disorak setiap minggu,gua jugak tak terkecuali. Gua rasa lu orang dah tahu team mana gua sokong, memandangkan lately nie gua asek-asek update pasal Robin Van Persie dan Gervinho je. Yeah, apa lagi kalau bukan #Arsenal.

Feel menonton perlawanan membabitkan Arsenal, sama terujanya ketika gua melayan Batman: Arkham City. Seronok memang seronok. Tapi kadang-kadang macam celaka jugak. Celaka jika Arsenal main macam celaka. Passing ntah kemana, memanjang kena counter-attack, keeper off position, kena tinggal 2 bijik gol dan bermacam-macam lagi la. Pendek kata, hujung minggu gua kadang-kadang banyak mengundang dosa. Dosa mencarut!

Tuesday, October 25, 2011

Damn The Fame

Seumur hidup gua, gua jarang dipuji...


Tapi, sekali gua kena puji....dia punya feel memang....memang......HNGHHH HNGHH HNGHH!



P/S: Apsal mata gua berair plak nie? Cilaka...........#ManlyTears

Picture credit to LayMark.com

Gua vs Kemampuan

Tenet...tenet

Henset gua berbunyi. Tengok dari rima bunyi, macam bunyi Whatsapp! Gua stop menjamah roti canai dan terus memeriksa telefon.

Owh, message dari budak opis gua, Ano (bukan nama sebenar)


Ano: Bro, hari khamis nie ko jangan MC tau. Aku nak mintak tolong ko sket.

Gua: Haram...lu ingat muka gua nie muka sakit ker nak MC slalu. Hah? Apadia?

Ano: Aku nak mintak tolong ko settingkan satu barang....Khamis nie aku bawak.

Gua: (Sambil menggaru kepala) Settingkan? Barang? Barang apa wei?

Ano: Alarh…ko tunggu jer lah Khamis nie.

Gua: Lu jangan la nak mainkan perasaan gua. Kang gua MC Khamis nie,kang…

Ano: Ark? OK OK..ala..aku nak mintak ko settingkan email....kat aku punya......

Gua: Punya apa..?

Ano: Aku punya...............Err...

Gua: ...

Ano: Aku punya..........GALAXY TAB 10.1 Baru.




(disconnected)


(Tidak...tidak...!!!!)



P/S: Ada sapa-sapa dermawan nak hadiahkan gua Android tablet sebijik? Selalu sangat gua tolong settingkan orang punya. Gua nak sebijik woi!!

Picture credits to LayMark.com

Thursday, September 29, 2011

Hati Ini Terguris Lagi

Adalah diceritakan bahawa pagi Isnin lalu berlangsungnya satu lagi course yang dikendalikan oleh Nautilus UK di Crowne Plaza Hotel. Seperti biasa, tugas gua dalam meng’hendel’ event-event macam ini keseluruhannya berkenaan dengan susun atur meja peserta dan beberapa tugas-tugas teknikal seperti selenggaraan Sistem Pembesar Suara dan menghidupkan kefungsian projektor LCD untuk digunakai oleh tutor-tutor yang rata-ratanya dari Eropah. Paling dekat pun dari Australia. (baca dengan satu nafas panjang, sebab gua tak tau kat mana nak letak ‘full-stop’)

Opis bini gua dan Crowne Plaza hotel jauhnya hanya beberapa blok. Pendek kata, kalo jalan kaki, tak sempat nak berpeluh pun. So, disebabkan beliau secara rasminya menjadi pembonceng teragung gua tiap-tiap hari (yup, tiap-tiap gua kena hantar dia pergi kerja), jadi dia dengan besar hati ingin membantu gua dalam menguruskan susur-galur acara di Crowne Plaza. Jam kat tangan baru pukul 7.45 pagi. Ada lagi sejam lagi sebelum masuk waktu opis beliau katanya. Bak kata pepatah, orang dah nak tolong, jangan buat kerek, ye dop? Pelawaan beliau gua accept tanpa segan silu, walau ego dalam diri sepayah-payah menafikan bantuan itew!

Tahun nie dah masuk tahun ke-3 gua jadik local representative untuk projek Nautilus campaign nie. Keakraban gua dan staff-staff banquet Crowne Plaza dah macam buddy-buddy. Almost 70% staff banquest level 30 Crowne Plaza yang dah biasa assist untuk course Nautilus gua kenal. Tetapi pagi itu, diorang semua tersentak pabila bertembung dengan gua kerana gua ditemani oleh Banker Permatang Pauh. Baik yang bangla, budak-budak melayu dan head staff berpangkat auntie semua ternganga. Sebelum nie gua hanya datang sorang, ditemani dengan seketul beg portable projector yang beratnya macam kucing Parsi.

“Ini bini gua…dia saja datang nak tolong..”

Ayat ringkas diatas gua reply kemas kepada setiap staff-staff banquet yang dari tadi dok angkat-angkat kening kat gua. Maybe diorang ingat gua datang dengan awek, memandangkan gua tak pernah bagitau diorang yang gua nie dah kawen! Ceh, takkan gua nak bagitau semua benda. Lu ingat gua layer #retis-retis ke?

Bini gua menghulurkan bantuan dalam segala hal. Baik dari bab-bab menyusun training manuals atas setiap meja, hinggalah kepada menggulung kabel-kabel elektrik yang panjang. Dasat kan? That’s my lady, mehhh! Lebih kurang setengah jam selepas itu,semua kerja-kerja setting selesai. Manuals pun dah dah susun, projektor pun dah menyala, sound system pun dah marbelles. Time to send Banker Permatang Pauh back to her office. Ada lagi 15 minit sebelum beliau punch-in. Gua harus segerakan, takut dia plak kena sound dengan Head Department. Kesian.

10 minit berlalu. Setelah gua selesai drop beliau di depan Wisma Hong Leong, gua pun kembali ke Crowne Plaza. Task gua masih belum habih sebenarnya. Setiap participant yang datang, gua harus guide dalam urusan-urusan pendaftaran. Kat mana diorang perlu duduk, kat mana mesin coffea maker, kat mana washroom, safety briefing, semua gua kena pastikan diorang kena tahu dan berjalan lancar. Ini adalah routine-routine normal yang dikeluarkan oleh pihak Nautilus UK dalam memastikan perkhidmatan yang kami provide mengikut sukatan piawaian yang mereka tetapkan. Begitulah dedikasinya kami sebagai service company dan local representative di Kuala Lumpur.

Tugas gua akan selesai selepas Crowne Plaza Safety Manager selesai memberi taklimat dalam soal-soal keselamatan semasa berkursus. Bagaimana nak akses tangga kecemasan kalau berlaku kebakaran, route mana yang boleh diguna pakai ketika kecemasan, kat mana assembly point dan lain-lain. This is to ensure takde guest yang cuba terjun dari tingkat 30 kalo berlaku kebakaran betul-betul. So, selesainya safety briefing, bermakna berakhir la tugas gua pagi itu. Biasanya gua tak terus balik opis. Gua akan standby dalam sejam dua kat level 30, takut-takut ada immediate request dari Tutor yang memerlukan gua berlari kesana-kemari.

Here come the best part.

Kalo bab-bab standby nie, part paling gua suka adalah breakfast. Coffea beserta segala juadah breakfast-of-the-day untuk guest, semuanya free. Gua boleh tibai suka-suka hati. Habih jer kuih or roti-roti sedap, diorang akan refill lagi. So, sampai lunch pun menu breakfast tu takkan habih. #LOL. Gua pulak dilayan macam raja woooh! Sebut ja “Kopi Satu”, bebudak banquet akan terus tuang tanpa banyak bunyi. Kehkehkeh!

Hehehe...best,kan?


Tengah-tengah gua hirup kopi, datang 2-3 budak-budak banquet merapati meja gua. Nie mesti nak ajak bersembang lettew!

“Bang…abang dengan wife abang, beza umur berapa tahun?” - tanya Mazni, salah seorang staff banquet disitu. Baik budaknya, duduk di Sentul Timur.

Gua tersentak. Pelan-pelan gua letak cawan kopi kemas dalam piring.

“Err…kenapa pulak korang tanya?” - gua bingung. Tanda soal besar mula timbul diatas kepala ini.


***


“Macam muda jer. Abang kawen dengan budak baru grad Universiti eh?”


Mendengar kenyataan 'berani' tersebut, gua jadi panas. Gua bingkas bangun dan mengkarate meja lepak tersebut hingga terbelah dua.

“Hampeh! Gua dengan dia sebaya larh!” - balas gua sambil menahan sakit di pergelangan tangan.



Gua segera beredar dan meninggalkan mereka terpinga-pinga. 

Pegi jahanam sama itu standby. 

Hati gua terguris. 




P/S: Banker Permatang Pauh, lu jangan nak senyum lebih-lebih sangat. Bangga lettew...Huh! 

Blog Gua Blog Lucah ? (Part 2)


* Klik gambar untuk paparan sebesar Stadium Highbury


And the next 'special' keywords to reach my blog are...*drum roll*

LONDEH TOWEL!!



P/S: Benda-benda camnie kadang-kadang buat gua terpikir. Gua nie ada bakat jadik penulis artikel-artikel 'inzal' ke? Huh! Apo-apo jer la...asalkan korang bahagia. KAH KAH KAH!

Wednesday, September 28, 2011

Wolverine & Mencarut Adalah Perkara Normal

Fuckin' epic... #LOL


Magneto : "Excuse me, I'm Erik Lensherr"

Prof.X : "Charles Xavier"

Wolverine: "Go FUCK YOURSELF"


Gambar gua cedok dari Virtual Sport Daily

Monday, September 19, 2011

"Kami Tercirit Lagi..."



Blackburn Rovers 4 – 3 Arsenal (Ewood Park Stadium)

“Pernah tengok team korang score 5 bijik, tapi last-last kalah jugak?”

Bangang! Bangang! Bangang!

Itulah rumusan yang senang difahami dan dicerna bagi memahami timeline match ini. Arsenal tampak garang apabila Gervinho meletakkan Arsenal di depan seawal minit ke-10. Superb, mamat nie memang superb! Berbaloi Wenger angkat dari Lille. Namun, langit tak selalu cerah. The Yak (Yakubu) pantas menghukum ke’mamai’an Koscielny dan Mertesacker. Satu tolakan yang simple dari kaki kanan beliau terus mengubah mata di scoreboard Ewood Park. 1-1.

Game malam itu juga menyaksikan Mikel Arteta menjaringkan gol peribadinya yang pertama bagi skuad Arsenal dengan satu rembatan kencang di luar kotak. Laju, memang laju. Arsenal kembali di depan selepas itu. Namun, gua ulang sekali lagi. Langit tak selalunya cerah. Alex Song terlalu taksub untuk membantu pertahanan Arsenal dan padahnya beliau terjaring goal sendiri! Cilakak! The Yak sekali lagi meletakkan Blackburn Rovers di depan hasil sentuhan ‘flick’ berpunca dari luar kotak penalty. Gua tengok gol nie sah-sah offside. Tapi apa nak buat, lines-man ni gua agak fan Blackburn. Maleh nak angkat bendera walaupun offside terang-terang depan mata. Shit! We are f***ed!

Arsenal sekali lagi butthurted apabila Koscielny pulak suka-suka score another goal sendiri. Gua yang tengok match nie tak putus-putus #facepalm ke muka sendiri. Steve Kean punya excited toksah nak kata la. Seronok macam baru selamat dari relegation. Cis. 4-2. Tangan gua masa nie gatal-gatal jer nak tukar channel, tapi bila gua terpikir gua ialah fan dan bukan gloryhunter, pahit ini terpaksa gua telan. Mulut gua tak putus-putus berdoa agar Arsenal tidak diayam-ayamkan lagi. Peritnya memang bukan main.

Arsenal dihujani another berita buruk yang mana Bacary Sagna mengalami kecederaan. Argh, ini bala namanya. Gua tak minat sangat Jenkinson main bek kanan, sebab marking budak nie tak sehebat player berpengalaman. Tapi, gua terkejut apabila tempat Sagna digantikan oleh…well, this might shock the entire football nation. Johan Djourou. What the fakkkk? Beberapa peristiwa memalukan dilakukan oleh Djourou sebenarnya. Centre back kalo dah main wing-play, laju memang la laju. Tapi, kenapa lu crossing macam buat clearance, bingaiii?

Arshavin dikeluarkan dan Chamakh dimasukkan untuk mengkucar-kacirkan keadaan. Bila Chamakh masuk, gua sekali lagi #facepalm. Nampak sangat Arsenal bakal bermain crossing bermati-matian. Kepala van Persie tak boleh pakai sangat kalo bab-bab heading nie. Nak bertarung dengan Chris Samba dan Scott Dann dalam mengawal bola tinggi bukan satu tugas yang runcit-runcit. Samba tu weii! Bukannya bodoh-bodoh alang punya defender. Namun, disebalik getus hati sarcastic gua, Chamakh akhirnya berjaya juga menyumbat satu gol hasil tandukan kencangnya. Cantek, dah 4-3.

Baru gua sedar, Chamakh hanya akan score apabila beliau dicarut-carutkan berulang kali. So, atas ketidakrelevan ini, gua terpaksa bermulut longkang dan terus mengkeji Chamakh agar beliau mampu untuk menyumbat gol lagi. Badigol, berbakul-bakul dosa gua malam tuh!

5 minit terakhir sebelum wisel penamat ditiup adalah scene yang boleh buat gua sakit jantung. Ke’struggle’an Arsenal untuk menyamakan kedudukan tak ubah seperti seekor babi hutan rakus merempuh tembok besar China. Gila betul. Crossing kiri-kanan macam fireworks. Long shots bertubi-tubi. Samba dan Scott Dann berhempas pulas mengawal benteng pertahanan. Peh, apa makan mamat-mamat  nie. Sangat superb! Mertesacker hampir menyamakan kedudukan apabila beliau bingkas menyambar hantaran Andre Santos, namun bola tersasar hanya beberapa inci dari palang gol.

Pritt! Wisel penamat dibunyikan…

Perasaan hangin dan bengkek bercampur baur.

Gua tutup TV.

Tolong bini gua buat kari lagi baik!



P/S: Apa yang gua tulis adalah apa yang gua pikir mengenai mutu dan corak permainan Arsenal ketika ini. Yeah, I love the club more than anything, but I'm a realitic person too. With this kind of attacking style and poor defending quality, there is no way in hell we would conquer Europe. Silap-silap dengan Wolves pun kita tercungap-cungap. Something is not right, and need to be changed, FAST! If some of you butthurted and labelled me as a traitor, there is always the 'X' button on the top right of the browser. Feel free to click it!

Gambar gua cedok dari DailyMail UK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...