Showing posts with label sembang-menyembang. Show all posts
Showing posts with label sembang-menyembang. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Bersembang dengan penjual daging


Petang tadi lepas habih kelas, seperti hari Sabtu-Sabtu yang biasa, gua dan Banker Permatang Pauh akan singgah di Pasar Malam Sri Gombak untuk mencari makanan buat makan malam. Yup, sejak kami berdua membuat keputusan untuk sambung belajar, tuil stove dapur gua tu makin jarang gua pulas. Apatah lagi tong gas yang masih steady 7 bulan tak tukar-tukar disebabkan faktor tak ada masa. Ahh, gua bukan nak cerita pasal hal sambung belajar.

Apa gua nak cerita tadi?

Biasanya, bila di pasar malam, gua ada satu perangai yang suka bertanya kepada peniaga tentang harga-harga ikan, udang, ketam, kura-kura dan daging terkini yang diterima akal oleh masyarakat. Ya, sebenarnya, penting untuk kita ambil tahu sekali sekala pasal benda-benda macam ni, agar tak ada la kita kena tiau kalau-kalau tiba masa kita nak memborong. Ini bukan hal bilis-bilis. Semua orang kena participate. So that tak ada la peniaga suka-suka hati naikkan harga produk tanpa based on harga pasaran sekarang. Lu orang suka ke popia basah RM0.70 seketul? Still tenang ke cempedak goreng, 3 ketul RM2?

Kalau lu orang tenang, gua tak boleh nak kata apa....

Lepas membeli Murtabak Sani (Murtabaka paling chempien di Sri Gombak), gua terus melewati satu stall yang jual daring lembu. Kelihatan brader yang jual daging tu tak putus-putus menghembus asap rokok sambil mengelui para pengunjung untuk merapati stall beliau. Memang gua syak dia tokey daging, sebab stall tu dia sorang saja yang ada. Kelihatan, masih banyak juga stok daging atas meja beliau yang masih belum terjual. Kalau gua pun, gua tak beli kat kedai dia. Dia punya cara saja dah nampak macam tak serius nak meniaga, Daging nak potong, rokok nak hisap, entah abu rokok mana dia petik. Silap-silap ada terlepas atas meja, dan hilang "digaul" bersama daging mentah. Gua bukan sengaja nak buat assumption, tapi benda tu tak mustahil kan?

Tapi, alang-alang gua dah terlalu...gua bertekad nak meringan mulut dan menyapa brader tersebut. Nak riki harga. Ya lah, kalau la dia gantung  tanda harga jelas-jelas, tak perlu la gua nak pergi tanya, ye dop? Ni dah tak gantung, gua rasa gua perlu tanya. Mana la tahu kalau-kalau bini gua teringin nak masak Nasi Daging. Ini rezeki!

"Bang, daging lembu sekilo berapa bang?" tanya gua perlahan.
"RM25, dik..." balas brader tu sambil mengesat lelehan peluh jantan.
"Erk?"

Gua terkedu.
Humangaihhh....RM25 sekilo? Last gua tahu harga kawalan pun baru RM22.

"Huuuish...RM25? Mahal sangat ni bang..."
"Kalau adik jalan atas sikit, rata-rata depa pun jual RM25. Ada jugak yang try mark up RM26 sekilo. Tapi payah sikit la nak jalan..." 

Gua masih tak berpuas hati. Sekali dah dapat bersembang dengan brader jual daging, gua akan tanya betul-betul.

"Apahal mahal sangat daging sekarang ni,bang?"

Brader tu tenang meletakkan pisau potong daging yang sudah diasah. Sambil menyalakan sebatang rokok Luffman hijau, dia bersuara:

"Stok daging sekarang ni limited, dik. Permintaan la ni sangat tinggi, tapi geng-geng yang bela lembu sendiri pun tak mampu nak supply ke kami ikut berapa banyak yang kami nak..."

Sambung beliau lagi:

"Bila stok lembu kita sendiri tak cukup, terpaksa la kerajaan import lembu dari Thailand..."

Gua tersenyum dan mengangguk-ngangguk tanda faham. Lagipun alasan brader tu gua memang dah boleh agak. Kalau ikut akhbar yang kita baca hari-hari pun, stok daging ni cukup-tak cukupnya tak kira masa. Even bukan festive season pun, kadang-kadang peniaga terpaksa ketuk dengan harga tinggi, sebab stok sangat limited.


Lu orang bayangkan. Satu senduk kecik gulai daging yang lu orang cedok masuk pinggan masa lu orang tibai nasi campur di Gombak ni, peniaga terpaksa caj at least RM3 secedok. Tu pun ada sesetengah kedai yang caj sampai RM5 secedok. Kita sebagai pengguna ni, kalau dah tak ada choice, RM5 pun RM5 la. Janji hilang stim!

Since gua dah tahu indeks kolektif harga semasa daging di Sri Gombak sekarang, gua rasa gua dah nak gerak balik. Elok je gua nak angkat kaki, brader jual daging tu kemudiannya melambai-lambaikan tangannya ke gua, seakan-akan dia nak berbisik sesuatu. Pelik juga perangai brader ni. Apa yang nak dibisikkan ke gua ni?

Out of curiosity, gua merapati telinga gua ke beliau. Harap-harap, dia tak la buat lawak bodoh nak menjerit ke telinga gua, bagi gua bengang. Alah, macam yang kita selalu pekena kengkawan masa kecik-kecik dulu. Masakan lu orang tak pernah buat....eleh!

(Apa? Tak pernah buat? Err.....)

***


Bila gua dah rapat sikit, ke beliau, beliau serta-merta berbisik:

"Maintenance lembu skang tinggi la dik. Lembu skang tak mau duduk dalam kandang dah. Sekarang lembu duduk dalam kondo.....tu pasal mahal!"

Gua tergelak besar.

"Ini deep brader.......deep!" balas gua sambil tersenyum dan berlalu pergi...



Wednesday, March 21, 2012

Scene Burger (Edisi: Road to Wangsa Maju) Part I


Rentetan daripada kegagalan dan ketidaksampaian hajat gua dan Banker Permatang Pauh untuk merasaikesedapan Burger Bakar Kaw-Kaw (BBKK) Wangsa Maju pada hari Sabtu itu hari, gua seperti tidak senang duduk. Nak mandi tak sedap hati, nak cuci tandas pun tak solid dia punya feel. Apatah lagi nak menghabiskan #Skyrim. Terus hilang mood. Seakan-akan diri ini sudah tiada semangat lagi untuk segala-galanya. Sungguh palat perasaan ini. Gua sangat tak suka!


***


So, nak dijadikan cerita, 2 hari selepas scene malang di BBKK Sabtu lalu, pada hari Isninnya, Banker Permatang Pauh mengajak gua sekali lagi untuk pekena di tempat yang sama. Tapi, menurut beliau, kali ini kami akan terus menuju ke Wangsa Maju sebaik sahaja tamat waktu kerja orang swasta, which means, after 6.00 pm lah! Mulanya, gua berat hati nak pergi, kerana gua tahu kecenderungan gua untuk beratur mendapatkan makanan adalah sangat nipis. Tapi, bila memikirkan tentang isteri gua yang benar-benar craving BBKK, gua jadi pasrah. 

(Sapa yang tak sayang bini, oii!)

Tepat pukul 6, sepantas kilat gua kemas beg laptop, dan terus meluru keluar dari opis. Turun lift sampai basement, cepat-cepat gua capai motor kapcai gua dan tenang menunggang keluar dari Megan Avenue 1. Dari Jalan Yap Kwan Seng, gua pintas Lebuh Ampang hinggalah ke Jalan Sultan Ismail untuk mengambil Banker Permatang Pauh. Dari jauh kelihatan kelibat isteri gua sudah menanti di lobby Wisma tempat beliau bekerja. Bila dia perasan kapcai gua berhenti di pembahagi jalan, secepat mungkin beliau berjalan mendapatkan gua. Air muka beliau petang itu adalah air muka paling rare pernah gua tengok sepanjang perkahwinan kami. Bagaikan bersinar-sinar. Jauh di sudut hatinya, dia seakan yakin yang ini malam, BBKK mesti dapat dibaham! Fuh…dramatik,kan? (OK, part air muka tu gua ada kelentong sikit-sikit)

Sambil menghulurkan helmet, gua bertanya:

“Phone lu dah charge penuh-penuh ker? Kita nie nak beratur lama, tahu?”
“Dah…gua dah charge tadi.” jawab beliau selamba.

Kenapa gua tanya pasal phone? Ini kerana menurut apa yang gua baca mengenai BBKK Wangsa Maju di foursquare Tips, paling lama orang beratur hanya nak tunggu burger adalah dalam 2 jam. Tu pun kalau nasib baik burger still available. 2 jam tu weih. Tak pernah gua beratur selama itu untuk nak mendapatkan makanan. Gua sendiri tak pasti level kesabaran gua. Samada gua boleh bersabar, ataupun gua give up pada jam yang pertama. Kita tengok sajalah.

So, apa nak buat dalam masa 2 jam beratur tu?

Twitter. Dan, lazimnya twitter di Iphone adalah scene yang paling cargas menelan bateri. Gua nak pesan awal-awal, for iPhone users, better charge your phone to it's maximum, or else...your 'boredom' will eat you alive! *evil laugh* 

“So..dah ready ker nie?” tanya gua sambil mengetapkan tali keledar helmet Banker.
“Dah…gua dah ready dah. Jom, ”







(bersambung…………)


P/S: Gua bukan saja nk troll lu orang, tapi dikala gua nak publish entri ni, bos gua panggil suruh setting backup email. Bukan pasal gua takde idea. Betul woi, gua tak tipu ni. Kahkahkahkah!

Wednesday, March 14, 2012

Scene Burger (Edisi: Malang Bertimpa-timpa)

Gua suka makan burger. Ini adalah habit buruk gua yang gua gagal buang sejak dari zaman gua kecik lagi. Ya lah, mitos orang melayu selalu mengatakan, yang fast food adalah punca utama masyarakat di Malaysia mengalami masalah kegemukan melampau. Dan burger adalah sejenis fast food. So, nampak tak kronologinya kat situ?

Tapi, persetankan semua itu!

Bagi gua, burger yang terbaik pernah gua makan adalah Daily Burger di depan 7-Eleven Sri Gombak. Daging masak solid, mayo sedap, black pepper sauce mantap, dan bawang besar-besar punya stail potong, hirisan nenas yang teliti dan nipis ala-ala Bandito Pocket. Pergh! Apa lagi lu orang mau? Memang sedap, derr. Gua pekena burger nie sampai terbawak-bawak dalam mimpi la dia punya la sedap. Sumpah gua tak tipu. Gua serius nih!

Suatu hari, Banker Permatang Pauh ada send satu email dekat gua pasal ‘Burger Bakar Kaw-Kaw’ yang beroperasi di Wangsa Maju. Sebenarnya gua dah lama tau pasal nama kedai ‘kaw-kaw’ nie, memandangkan tempat nie pernah trending di twitter satu masa dulu. Dalam email tu, dipaparkan beberapa gambar-gambar kepingan daging burger asli yang tebal tahap ‘nokhorom’. Memang tebal bhaii! Tapi, apa yang menariknya, ‘Burger Bakar Kaw-Kaw’ ni claimed diorang adalah the First Burger Bakar In Malaysia.

Sebut pasal ‘Bakar’. Kenapa ‘Bakar’?
  
Scene biasa burger yang kita nampak di mana-mana stall burger, daging burger biasanya digoreng kering diatas pan yang lebar (digoreng?). Berbeza dengan stall ‘Kaw-kaw’ ni, daging burger yang setebal separuh novel #Zombijaya ni dimasak stail BBQ. Panggang + Bakar. Bau charcoal dan hangit grill panggang tu memang jadi salah satu agen penyentap rasa.



Amacam? Tebal kan daging dia?  

Nampak kan powernya Burger Bakar nie? Gua tengok dari email bini gua pun dah tak berapa tenteram dah tekak ni sebenarnya. Tebal daging tu boleh buat tempeleng orang, apatah lagi mengunyahnya dalam mulut. Pastu jenis lumur mayonis dengan black pepper yang meleleh-leleh memang boleh bikin iman gua huru-hara wei. Seksi!


Sesi membakar daging

Jauh disudut hati, gua tau niat Banker Permatang Pauh sebenarnya memang saja nak ajak gua pekena seround di kedai tersebut. Kalau tidak, masakan email tersebut dishoot ke inbox gua secara tidak sengaja,kan

Kahkahkah!

So, seperti yang dibincangkan kami laki bini, hari Sabtu baru-baru nie kitorang pun bergerak la menuju ke Wangsa Maju. Memandangkan minggu tu Arsenal tak main Sabtu-Ahad, so dapatlah kami keluar berjalan-jalan lepas Maghrib. Kalau tak, jangan haraplah! Map semua dah ada. GPS semua dah set. Bukan apa, takut-takut sesat. Mana gua nak letak muka nie kalau mak mertua gua tahu gua boleh sesat dalam KL. Ye dop?

Perjalanan dari rumah gua ke Wangsa Maju hanya memakan masa 10 minit saja. Guna MRR2, masuk ikut exit Sekolah Wangsa Melawati. Yeah, kalau nak suruh gua bawak kereta, gua rasa timing tu kena add-up lagi 10 minit lagi la. Gua bawak kereta slow sikit. Bukan penakut……Cuma, gua dengan kelajuan tak selalu sangat berkawan. Memandangkan bini gua yang bawak kereta, dapatlah gua rilek-rilek di passenger seat sambil menatap beberapa gambar burger Kaw-Kaw nie hasil post pembeli-pembeli yang membuat testimonial di entri-entri blog makanan. Satu demi satu gambar gua gesel di skrin iPhone, sambil jantung gua berdegup kencang. 2,3 kali juga gua telan air liur. Keroncong perut dan peluh-peluh jantan di pipi fungsi berselang-seli. Sebabnya, gua saja skip lunch tengahari tadi, semata-mata untuk makan burger tersebut. Bukan gua sorang saja, bini gua pun sama. Nawaito Sou Maghadin kami memang malam tu nak pekena ‘Burger Kaw-Kaw’ set Double Happiness. Dah target dah tu! So, demi keinginan ini, apalah sangat mogok lapar 5 jam tu, kan?

Jam kat tangan menunjukkan pukul 8.30 malam. Kami sampai agak awal di Wangsa Maju. Sesampai saja di destinasi, pelan-pelan bini gua masuk parking depan Belakang Orange Cybercafe. Gua pula cepat-cepat simpan phone dan terus keluar dari kereta. Tika ini, bunyi perut gua memang tak boleh nak sorok-sorok lagi. Lapar sangat ni. Nasib kau la beger!

Namun, langit tidak selalunya cerah. Sesampai saja kami di tempat kejadian.


HAMMAGADD!!!


Amacam?

Panjang kan queue dia? (Ohh tidak!)




***


Malam itu, gua dan bini end up makan roti Nan kat mamak BRJ tak jauh dari stall Burger Bakar Kaw-Kaw tersebut. Ceh, kalau setakat nak pekena Nan, tak payah la gua bersusah payah datang Wangsa Maju. Kat Gombak pun banyak mapley!


Buat penat gua mogok lapar, saja!

!#@#% grr!




P/S I : 2 Gambar diatas gua ambil dari website foodpoi.com. Klik that link untuk membaca entri bergambar penuh mengenai Burger Bakar Kaw-Kaw Wangsa Maju. You guys gonna love it!


P/S II : Tragedi malam tu sikit pun tak mematahkan semangat gua untuk try burger nie. Next entri, gua akan cerita plak edisi yang berjaya punya!

Thursday, February 16, 2012

Kerol & Mael (Liga Juara-Juara)



Kerol:   Aku dengar team kau ‘sayor’ dengan AC Milan kan pagi tadi? 4-0 tuh, Mael. Apa crita, bhaii?

Mael:   Yer la..yer la. Aku tau la Arsenal kalah. Tapi, memang Arsenal main teruk malam tadi. Tactical  tunggang langgang. Koscielny & Sagna senang saja kena ayam-ayam dengan Ibrahimovic.

Kerol:   *gelak tutup mulut*  Yang Wenger komplen padang San Siro tu apa cerita?

Mael:   Padang San Siro bagi aku, agak tak masuk akal sebenarnya. Aku perasan, kat tengah-tengah jer nampak cantik, tapi kat bahagian winger, kiri-kanan padang agak becak dan berlumpur. Arsenal punya winger kiri-kanan macam tak ada fungsi langsung. Ya la, nak main wing-play macamana, padang serupa Nokhorom!

Kerol:   Dah kalah…nak salahkan padang la plak.Typical Gooners!

Mael:   Aku tak la salahkan padang. Arsenals were terrible last night. Kami kalah fair & square.

Kerol:   Izinkan aku gelak sekali lagi. Hahahahaha.

Mael:   Eh, kau ni. Dah 4 tahun aku kenal kau. Tapi aku tak pernah tahu kau sokong kelab apa. Kau fan apa nie, rol?

Kerol:   Heh! Aku? Mestilah Manchester United, the best football club in the world! *sambil angkat-angkat kening*



* bunyi cengkerik *



Mael:   Owh…kelab yang main Europa League tu, kan? KAH KAH KAH  KAH KAH KAH KAH!

Kerol:   Binawe!


Kerol & Mael (Interview)


Mael: Eh, kau masih keja tempat lama lagi, Rol?

Kerol: A’a, kat tempat lama lagi. Dah masuk 4 tahun aku kat sini.

Mael: Owh, aku ingatkan kau dah chow. Eh, aku tengok dari tahun lepas status fesbuk kau kencang-kencang. Interview sana-sini, semua update kat situ. Takkan satu pun tak kena, bro?

Kerol: Entah la bro...quite banyak jugak aku pegi interview tahun lepas. Banyak jugak yang aku short-listed. Last-last haghammm...

Mael: Sabar la bro...ada rezeki kau ler tu nanti. Apa yang tak kena,ek? Kau tak friendly kot time interview? Gaji kau demand macam level-level VP?

Kerol: Kau ni…..bercakap macam orang tak cukup akidah. Apa gila aku nak demand tinggi-tinggi? Aku demand based dengan aku punya experience la. Aku nie punya dah habih friendly dah. Tu pun still tak dapat-dapat lagi.

Mael: Kahkahkah! Rilek la bro…Chill chill. Aku gurau saja.

Kerol: (terdiam menahan panas di hati)

Mael: So skang, kau buat apa? Cuba dan terus mencuba la yer?

Kerol: Nampak gaya macam tu lah. (sambil menyalakan sebatang rokok)

Mael: Keep on trying bro. Jangan give up. Kau nie aku tengok setakat nak short-listed tu, senang sangat kau boleh qualify. Cuma nak lepas short-listed tu yang kau selalu sangkut. Heran jugak. Apa yang tak kena dengan kau ni?

Kerol: Entah la, aku dah habih pikir dah. Nak kata hensem, muka aku orait juga. SPM aku ada, Degree aku ada. Pointer tu kucar-kacir la sikit.

Mael: Hurm…kalau boleh aku bagi cadangan la kan, apa kata….lepas nie kalau kau pergi interview, kau pakai cermin mata. Alarh...yang palsu-palsu pun tak apa.

Kerol: Cermin mata? Aku tak rabun la...cadangan kau tu, cuba setting ‘genre’ dewasa sikit. Adoyai...

Mael: Alarh...kau ikut jer cadangan aku ni.

Kerol: Err..apa rasionalnya pulak dengan next interview aku? Macam tak masuk jer cermin mata dengan sessi interview?

Mael:  Bila kau pakai cermin mata, muka kau nampak ‘nerd’ sikit. So, cerah sikit harapan kau nak dapat kerja. Trust me, sesetengah kampeni suka hire orang nerd dari orang yang mengaku kacak, kalau kau nak tahu.

Kerol: Dah aku dilahirkan tak nampak macam nerd, nak buat macamana. Tak mo lah, ridikeles la idea kau ni.

Mael: Seriously bro, aku rasa better kau pakai cermin mata. Sebab…

Kerol: Sebab apa?

Mael: Kalau tak pakai cermin mata, muka kau macam ‘orang pecah rumah’.

Kerol: ... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...