Sunday, February 24, 2013

Bersembang dengan penjual daging


Petang tadi lepas habih kelas, seperti hari Sabtu-Sabtu yang biasa, gua dan Banker Permatang Pauh akan singgah di Pasar Malam Sri Gombak untuk mencari makanan buat makan malam. Yup, sejak kami berdua membuat keputusan untuk sambung belajar, tuil stove dapur gua tu makin jarang gua pulas. Apatah lagi tong gas yang masih steady 7 bulan tak tukar-tukar disebabkan faktor tak ada masa. Ahh, gua bukan nak cerita pasal hal sambung belajar.

Apa gua nak cerita tadi?

Biasanya, bila di pasar malam, gua ada satu perangai yang suka bertanya kepada peniaga tentang harga-harga ikan, udang, ketam, kura-kura dan daging terkini yang diterima akal oleh masyarakat. Ya, sebenarnya, penting untuk kita ambil tahu sekali sekala pasal benda-benda macam ni, agar tak ada la kita kena tiau kalau-kalau tiba masa kita nak memborong. Ini bukan hal bilis-bilis. Semua orang kena participate. So that tak ada la peniaga suka-suka hati naikkan harga produk tanpa based on harga pasaran sekarang. Lu orang suka ke popia basah RM0.70 seketul? Still tenang ke cempedak goreng, 3 ketul RM2?

Kalau lu orang tenang, gua tak boleh nak kata apa....

Lepas membeli Murtabak Sani (Murtabaka paling chempien di Sri Gombak), gua terus melewati satu stall yang jual daring lembu. Kelihatan brader yang jual daging tu tak putus-putus menghembus asap rokok sambil mengelui para pengunjung untuk merapati stall beliau. Memang gua syak dia tokey daging, sebab stall tu dia sorang saja yang ada. Kelihatan, masih banyak juga stok daging atas meja beliau yang masih belum terjual. Kalau gua pun, gua tak beli kat kedai dia. Dia punya cara saja dah nampak macam tak serius nak meniaga, Daging nak potong, rokok nak hisap, entah abu rokok mana dia petik. Silap-silap ada terlepas atas meja, dan hilang "digaul" bersama daging mentah. Gua bukan sengaja nak buat assumption, tapi benda tu tak mustahil kan?

Tapi, alang-alang gua dah terlalu...gua bertekad nak meringan mulut dan menyapa brader tersebut. Nak riki harga. Ya lah, kalau la dia gantung  tanda harga jelas-jelas, tak perlu la gua nak pergi tanya, ye dop? Ni dah tak gantung, gua rasa gua perlu tanya. Mana la tahu kalau-kalau bini gua teringin nak masak Nasi Daging. Ini rezeki!

"Bang, daging lembu sekilo berapa bang?" tanya gua perlahan.
"RM25, dik..." balas brader tu sambil mengesat lelehan peluh jantan.
"Erk?"

Gua terkedu.
Humangaihhh....RM25 sekilo? Last gua tahu harga kawalan pun baru RM22.

"Huuuish...RM25? Mahal sangat ni bang..."
"Kalau adik jalan atas sikit, rata-rata depa pun jual RM25. Ada jugak yang try mark up RM26 sekilo. Tapi payah sikit la nak jalan..." 

Gua masih tak berpuas hati. Sekali dah dapat bersembang dengan brader jual daging, gua akan tanya betul-betul.

"Apahal mahal sangat daging sekarang ni,bang?"

Brader tu tenang meletakkan pisau potong daging yang sudah diasah. Sambil menyalakan sebatang rokok Luffman hijau, dia bersuara:

"Stok daging sekarang ni limited, dik. Permintaan la ni sangat tinggi, tapi geng-geng yang bela lembu sendiri pun tak mampu nak supply ke kami ikut berapa banyak yang kami nak..."

Sambung beliau lagi:

"Bila stok lembu kita sendiri tak cukup, terpaksa la kerajaan import lembu dari Thailand..."

Gua tersenyum dan mengangguk-ngangguk tanda faham. Lagipun alasan brader tu gua memang dah boleh agak. Kalau ikut akhbar yang kita baca hari-hari pun, stok daging ni cukup-tak cukupnya tak kira masa. Even bukan festive season pun, kadang-kadang peniaga terpaksa ketuk dengan harga tinggi, sebab stok sangat limited.


Lu orang bayangkan. Satu senduk kecik gulai daging yang lu orang cedok masuk pinggan masa lu orang tibai nasi campur di Gombak ni, peniaga terpaksa caj at least RM3 secedok. Tu pun ada sesetengah kedai yang caj sampai RM5 secedok. Kita sebagai pengguna ni, kalau dah tak ada choice, RM5 pun RM5 la. Janji hilang stim!

Since gua dah tahu indeks kolektif harga semasa daging di Sri Gombak sekarang, gua rasa gua dah nak gerak balik. Elok je gua nak angkat kaki, brader jual daging tu kemudiannya melambai-lambaikan tangannya ke gua, seakan-akan dia nak berbisik sesuatu. Pelik juga perangai brader ni. Apa yang nak dibisikkan ke gua ni?

Out of curiosity, gua merapati telinga gua ke beliau. Harap-harap, dia tak la buat lawak bodoh nak menjerit ke telinga gua, bagi gua bengang. Alah, macam yang kita selalu pekena kengkawan masa kecik-kecik dulu. Masakan lu orang tak pernah buat....eleh!

(Apa? Tak pernah buat? Err.....)

***


Bila gua dah rapat sikit, ke beliau, beliau serta-merta berbisik:

"Maintenance lembu skang tinggi la dik. Lembu skang tak mau duduk dalam kandang dah. Sekarang lembu duduk dalam kondo.....tu pasal mahal!"

Gua tergelak besar.

"Ini deep brader.......deep!" balas gua sambil tersenyum dan berlalu pergi...



1 comment:

Unknown said...

wahahahah ada gak lagu tu noo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...