Monday, February 18, 2013

Lahanat pun tak macam ni...


Majid dan Supian berkawan baik. Well, technically 'baik' mereka bukanlah kerana berkawan sejak kecil lagi, tapi kerana mereka adalah rakan sekerja didalam sebuah department yang cuma hanya ada mereka berdua beserta seorang pengurus yang mengawal tindak-tanduk mereka. Majid sebenarnya sudah lama bekerja dengan syarikat tersebut, namun disebabkan ketidakmenangan Majid dalam menangani hal-hal teknikal di pejabat, pengurus departmentnya merekrut Supian untuk menolong Majid.

Majid bersyukur kerana bebanan kerjanya sekarang sudah boleh dibahagi- bahagikan antara beliau dan Supian, memandangkan Supian lebih sikit tua daripadanya, dan lebih arif dalam hal-hal teknikal di dalam pejabat. Sejak dari itu, mereka berdua bagaikan aur dengan tebing. Saling bantu-membantu antara satu sama lain, tanpa rasa sikit pun hendak mengular seperti yang biasa dilakukan oleh brader-brader pasca moden kini. Apa saja hal pejabat yang tidak dapat dibuat Supian, Majid akan membantu, dan begitulah sebaliknya. Pendek kata, keakraban mereka dibentuk kerana hal-hal pejabat.

Satu hari, Supian meminta Majid menemannya pergi ke sebuah bank yang berdekatan di KLCC. Menurutnya, dia ingin menghantar borang permohonan kad kredit, dan dia tidak tahu selok belok dan lorong-lorong rahsia di KLCC, memandangkan Supian berasal dari kampung. Memandangkan cara Supian meminta tolong itu diutarakan secara beradab dan elok di mata Majid, tak ada masalah baginya untuk bersetuju menghulurkan bantuan. Punyalah riang hati Supian, kerana inilah kali pertama beliau bakal hidup dengan kad kredit. Sebenarnya dah lama dia ingin memiliki kad sebegitu, cuma ditegah orang tuanya sahaja. Takut-takut beliau 'hanyut' dengan goresan 'tanpa bayaran' yang menjadi trend masakini. Tapi, sekarang kemungkinan itu bakal terhapus kerana kedua orang tuanya jauh di kampung, dan tidak ada siapa-siapa yang boleh melarangnya. Kad Kredit mesti dimohon, so that orang kata, barulah nampak macam 'orang bandar', ye tak?

"Kita pergi KLCC waktu lunch, yer?" seloroh Supian memberi cadangan.
"Takde hal. Naik motor kau lah, ye? Motor kau baru, laju pulak tu."
"OK!"

Dipendekkan cerita, menggunakan motor Supian, Majid dan Supian terus menuju ke KLCC. Sampai di KLCC, singgah di bank, selesaikan urusan, dan ''BOOM!"15 minit kendian, semuanya selesai. Memang cekap pihak bank tersebut menghendal segala kerenah Supian. Ya, Supian ini leceh sikit orangnya. Hal-hal bilis seperti hendak menukar no.pin kad ATM pun kadang-kadang Majid yang terpaksa guide. Baginya, Majid ada. Buat apa nak belajar, kan?

Setelah selesai urusan, mereka berdua berjalan keluar dari muka pintu bank.

"Kita ni nak kemana lepas ni, bro?" tanya Majid.
"Aku laparlah. Tapi, kat KLCC ni ramai orang. Kita makan dekat mamak di ofis sajalah?" ucap Supian memberi cadangan.
"OK lah. Mamak pun orait juga. Boleh save sikit!"

Setelah dipersetujui Supian, Majid menghidupkan motor Supian dan mereka berdua kembali ke kawasan ruang legar pejabat. Jarak antara KLCC dan pejabat cuma hanya sepelaung sahaja. Pendek kata, tak perlu pergi dengan motorsikal pun tidak mengapa. Tapi, berpeluh la kalau hendak berjalan. Sesampai sahaja di mamak, akibat terlalu lapar, mereka berdua mencapai pinggan kosong dan mencedok nasik di dalam bekas besar. Pekerja-pekerja di kedai mamak tersebut tidak berkata apa-apa kerana mereka berdua sudah menjadi 'regular customer' di kedai tersebut. Apa yang hendak, ambil sendiri saja. Mudah kan? Mamak-mamak kat situ pun boleh 'goyang telur' sikit-sikit.

Zup!zap!zup!zap! Lauk ayam dan kuah kari selesai dicedok. Lalu mereka berdua pun menuju ke sebuah meja kosong yang letaknya di penjuru kedai. Dah menjadi perkara biasa bagi orang yang betul-betul lapar, letak saja pinggan terus makan. Tangan tak basuh, air tak order, sembang sesama sendiri pun tak perlu buat masa itu. Perut yang kosong harus diisi.

Sewaktu Majid menyuap nasik, beliau teringatkan kunci motor Supian yang masih disimpannya di dalam poket seluar. Lalu dengan menggunakan tangan yang tidak menyuap, Majid mengeluarkan kunci motor Supian lalu dihulurkan kepada beliau yang sedap lahap melantak nasik mamak.

"Nah..ini kunci kau balik" kata Majid sambil mengulurkan segugus kunci kepada Supian.

Supian mengangguk- ngangguk dan menggenggam kuncinya dengan tangan kiri. Tangan kanan masih laju menyuap nasik. Majid pula nampaknya sudah selesai makan. Namun, tak molek pula untuk meninggalkan rakannya yang masih rakus membalun nasik. Kawan punya pasal, tunggulah Majid sehingga perut Supian selesai diisi.

Jam dah menunjukkan pukul 1.30 petang. Tamat waktu makan tengahari. Mereka berdua pun meninggalkan kedai mamak dan naik ke pejabat semula.


***


Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6 petang. Majid dan Supian sudah mula mengemaskan segala perkakasan mereka. Memandangkan mereka berdua adalah eksekutif, jadinya tidak perlu untuk kerja lebih masa kerana bukannya boleh claim pun. Tak apalah, esok masih ada. InsyaAllah.

Sewaktu Supian selesai mengezip beg komputer riba beliau, tiba-tiba dia menyapa Majid dan bertanya:

"Bro, minta kunci motor aku..."

Majid terpinga-pinga.

"Eh, kan ke aku dah bagi kat kau masa kita makan tadi? Tak ingat?" balas Majid yang keliru.

"Ohhh, come on. Jangan buat lawak, bro. This ain't funny. Bak la sini kunci motor aku.." kali ini nada Supian sedikit tinggi. Walaupun kata-kata tadi dilafazkannya sambil gelak-gelak, nyata sekali gelaknya itu sungguh plastik dan acuh-tak-acuh.

Majid sedikit terbakar. Namun, kerana yakin dia benar, dia tetap mempertahankan dirinya. 

"Main tuduh-tuduh ni tak sedaplah bro. Aku dah memang pass kat ko dah tadi. Kau siap genggam kunci tu sambil makan. Ko saja yang tak ingat!"

Supian dah mula berang. Beliau mula meraba-raba poket bajunya, poket sisi seluarnya, poket belakang bontot kiri dan kanannya, namun bentuk kunci motor tidak dirasai. Kerana masih tidak puas hati, laci meja Majid dicerobohnya tanpa meminta izin dan terus diselongkar. Dari jauh, Majid sudah geleng-geleng kepala. Sah, Supian memang sudah nyanyuk. Dia perlu dibantu. Dia perlu dirawat.

"Buka beg kau kejap, aku nak check bentak Supian yang masih tidak puas hati. Dengan selamba saja beliau mengarahkan Majid untuk membuka beg. Dah serupa pegawai Kastam. Majid dianggap tidak ubah seperti mamat yang cuba menyeludup lebih daripada sekatun rokok keluar dari Langkawi.

"Kalau kau tak puas hati sangat, nah! Check kalau ada! Puki amendanya aku nak simpan kunci motor engkau!" balas Majid dengan nada yang sangat kuat. Majid tidak boleh bersabar lagi.

Beg Majid dihempas ke meja. Supian sudah nampak seperti seekor burung Ereng yang baru terjumpa bangkai, lantas membuka beg Majid tanpa rasa bersalah. Satu per satu bahagian poket di beg Majid diperiksa. Setiap isi dalam beg tersebut dikeluarkan, selagi beliau tidak puas hati. Charger henfon, adapter laptop...segala-galanya.

Namun, beliau tidak jumpa apa-apa.

"Jumpa apa yang kau nak?" perli Majid tajam.

Supian hanya diam. Dia mendengus menahan marah.

"Macam nilah. Kita pergi ke kedai mamak tu balik. Mesti pekerja diorang simpan punya kunci kau. Mamak-mamak kat situ pun kawan kau. Takkan diorang nak buang pula?" tegas Majid memberi cadangan.

Supian terus beredar dari pejabat. Maka tinggallah Majid keseorangan mengutip segala barangannya yang dikeluarkan oleh Supian tadi. Jauh disudut hati, Majid terasa amat panas. Namun, resam dan amanat arwah ibunya membuatkan Majid terpaksa menahan sabar dari menghayun kepala Supian dengan helmet motorsikalnya.  Kalau tidak kerana janji tersebut, dah lama Supian kena ambil cuti sakit.

Setelah selesai mengemas kembali segala baranga-barang, Majid terus menuju ke lift. Niatnya hendak pergi melihat sendiri apa yang berlaku di kedai mamak tersebut. Betulkah si Supian pergi bertanyakan pekerja-pekerja kedai akan kelibat kunci motornya? Walaupun dia tahu Supian akan menjumpai kuncinya disitu, namun dia ingin melihat sendiri bagaimana Supian bertindakbalas dengan keadaan tersebut. Masih berlagak mahu berlagak bagus lagi,kah? Ya, Majid di pihak yang benar. Dalam hal ini dia tak perlu hendak kecut telor.

Sesampai di kedai Mamak Harmain, kelihatan Supian sedang berbual dengan salah seorang pekerja disitu. Kemudian, pekerja itu terus pergi ke kaunter bayaran, meninggalkan Supian keseorangan di meja tunggu. Majid meletakkan beg laptop dan helmetnya di atas salah sebuah meja yang kosong disitu, dan terus merapati Supian.

"Ada ke kunci kau?" tanya Majid pendek.

Supian diam membatu tidak menjawab. Rokok Dunhil yang sudah dibakar, dihisap dengan rasa steady. Asap sedut dihembus keluar perlahan-lahan. Sombong sungguh lagak perangainya ketika itu. Kunci motor hilang pun masih nak kerek!

Majid yang berdiri disebelah terkedu macam orang bodoh. Entah kenapa dia rasa dia perlu tunggu Supian di kedai Mamak itu, semata-mata hendak dilayan sebegitu 'cibai'. Kalau la dia tahu benda macam ini akan terjadi, tak ingin betul dia temankan Supian pergi ke bank tadi. Pergi jahanamlah dia sorang-sorang. Kalau sesat di dalam KLCC tu pun lagi bagus!

Selang beberapa saat kemudian, pekerja mamak tersebut datang mendekati mereka berdua. Lantas, dia menghulurkan sejambak kunci yang membunyai rantai kunci berwarna merah kepada Supian. Majid memerhati kunci tersebut dekat-dekat. Ya, memang itu kunci motor Supian. Majid masih ingat lagi rupabentuk dan saiz kunci tersebut, kerana baru tadi sahaja dia memegangnya. Ingatan Majid masih kuat. Dia belum nyanyuk.

Supian menyapa kunci itu dengan raut wajah yang mencuka.

Majid tersenyum sinis.

"Sekarang amacam brader? Betul tak apa aku cakap? Kau yang tinggalkan kunci kau kat mamak ni masa makan tengahari tadi.." perli Majid dengan tona suara yang sinis.

Akibat termalu dengan diri sendiri, Supian terdiam seketika.

Namun begitu, lumrah hati manusia yang makin busuk disimbah tahi, mana mungkin boleh mengaku kesalahan mereka. Mereka memerlukan escape goat untuk dikorbankan demi untuk melindungi kobodohan sendiri. Seperti kata Robert Anton Wilson:

"Ego is a social fiction for which one person at a time gets all the blame...."


Ditengkingnya Majid semula.

"Ahhh...mana ada. Kau yang tinggalkan kunci aku di kedak mamak ni. Kau tak pass pun kat aku!" tengking Supian di luar batas sedar. Akibat daripada kelantangan itu, hampir kesemua pelanggan-pelanggan Mamak Harmain terkejut. Majid dapat rasa hampir kesemua bola mata yang ada dalam kedai itu memerhatikan mereka dengan ribuan 'tanda soal' yang bermain di kepala masing-masing.

Supian terus mencapai helmetnya dan beredar dari kedai tersebut.

Majid rasa sangat down dan kecewa.

Dia melabuhkan punggungnya di meja makan mamak, dan terus memesan segelas Teh Tarik, buat menenangkan hati yang masih terbakar. Apa yang membuatkan hatinya lebih pedih, mamak yang datang menghantar Teh Tarik yang dipesannya juga meleparkan senyuman acuh-tak-acuh, seakan-akan memerli Majid yang baru saja ditengking tadi. Pada ketika itu, segala pesanan arwah ibunya berlegar-legar di kepala hotak Majid:


"Ingat Majid, dalam dunia ni...perangai orang macam-macam. Jangan terlalu nak buat baik sangat. Nanti-nanti orang pijak kepala. Jangan pulak terlalu jahat, nanti ke lokaplah kau nanti........."


Majid tak boleh tahan lagi. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon datuknya di kampung.


*troot...troot! troot.....troot!*
klecak!


"Hah, kau Majid. Lama kau tak telefon aku ni. Ada apa hal?" sapa datuk Majid, Pak Ngah Deraman.
"Atok...tak ada. Nak tanya saja. Keris pusaka Long Megat ada lagi ke atok simpan?"
"Ada saja aku simpan dalam almari. Kenapa?  nak pi gadai ke?"
"Tak adalah. Majid nakk.....Majid nakk..."

Dah dekat 6 kali Majid mengulang ayat "Majid nak....Majid nak..." tersebut. Macam budak kecil. 


***


"Kau nak apa sebenarnya ni Majid?" tengking Pak Ngah Deraman yang sudah mula hilang sabar.
 
"Majid nak rodok perut orang!"

5 comments:

mie said...

Pak Ngah Deraman ni nampak steady betul orangnya... Apa petua beliau..??

kamal yahaya said...

huhu... aku kenal majid tu...
sabar je la majid

Abejame said...

Hahaha...bravo satu karangan yg bermutu....aku yg malas membaca pon berjaya baca smp habis

diyana Farid said...

boleh terbit buku karangan kecik. BM hang mesti dapat A kalau dpt soalan PMR berbentuk cerpen.

Sandokhan said...

Bardot: biasa la..selalu bilas dengan air sembahyang dan sentiasa memupuk nilai kemasyarakatan di dalam koloni.

Kamal: Ko kenal Majid ke, mal? Kahkahkah! Ingtkan x kenal...

Abejame: Ko jenis malas membaca ke? Dulu kemain download novel PTS online buat layan sendu-sendu dalam bilik. Lulz....

Diyana Farid: hahahha...terbit buku? Tinggi sgt impian tu. Err..tapi.....( BM aku mmg dapat A...hehe peace!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...