Showing posts with label macam cilake. Show all posts
Showing posts with label macam cilake. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Lahanat pun tak macam ni...


Majid dan Supian berkawan baik. Well, technically 'baik' mereka bukanlah kerana berkawan sejak kecil lagi, tapi kerana mereka adalah rakan sekerja didalam sebuah department yang cuma hanya ada mereka berdua beserta seorang pengurus yang mengawal tindak-tanduk mereka. Majid sebenarnya sudah lama bekerja dengan syarikat tersebut, namun disebabkan ketidakmenangan Majid dalam menangani hal-hal teknikal di pejabat, pengurus departmentnya merekrut Supian untuk menolong Majid.

Majid bersyukur kerana bebanan kerjanya sekarang sudah boleh dibahagi- bahagikan antara beliau dan Supian, memandangkan Supian lebih sikit tua daripadanya, dan lebih arif dalam hal-hal teknikal di dalam pejabat. Sejak dari itu, mereka berdua bagaikan aur dengan tebing. Saling bantu-membantu antara satu sama lain, tanpa rasa sikit pun hendak mengular seperti yang biasa dilakukan oleh brader-brader pasca moden kini. Apa saja hal pejabat yang tidak dapat dibuat Supian, Majid akan membantu, dan begitulah sebaliknya. Pendek kata, keakraban mereka dibentuk kerana hal-hal pejabat.

Satu hari, Supian meminta Majid menemannya pergi ke sebuah bank yang berdekatan di KLCC. Menurutnya, dia ingin menghantar borang permohonan kad kredit, dan dia tidak tahu selok belok dan lorong-lorong rahsia di KLCC, memandangkan Supian berasal dari kampung. Memandangkan cara Supian meminta tolong itu diutarakan secara beradab dan elok di mata Majid, tak ada masalah baginya untuk bersetuju menghulurkan bantuan. Punyalah riang hati Supian, kerana inilah kali pertama beliau bakal hidup dengan kad kredit. Sebenarnya dah lama dia ingin memiliki kad sebegitu, cuma ditegah orang tuanya sahaja. Takut-takut beliau 'hanyut' dengan goresan 'tanpa bayaran' yang menjadi trend masakini. Tapi, sekarang kemungkinan itu bakal terhapus kerana kedua orang tuanya jauh di kampung, dan tidak ada siapa-siapa yang boleh melarangnya. Kad Kredit mesti dimohon, so that orang kata, barulah nampak macam 'orang bandar', ye tak?

"Kita pergi KLCC waktu lunch, yer?" seloroh Supian memberi cadangan.
"Takde hal. Naik motor kau lah, ye? Motor kau baru, laju pulak tu."
"OK!"

Dipendekkan cerita, menggunakan motor Supian, Majid dan Supian terus menuju ke KLCC. Sampai di KLCC, singgah di bank, selesaikan urusan, dan ''BOOM!"15 minit kendian, semuanya selesai. Memang cekap pihak bank tersebut menghendal segala kerenah Supian. Ya, Supian ini leceh sikit orangnya. Hal-hal bilis seperti hendak menukar no.pin kad ATM pun kadang-kadang Majid yang terpaksa guide. Baginya, Majid ada. Buat apa nak belajar, kan?

Setelah selesai urusan, mereka berdua berjalan keluar dari muka pintu bank.

"Kita ni nak kemana lepas ni, bro?" tanya Majid.
"Aku laparlah. Tapi, kat KLCC ni ramai orang. Kita makan dekat mamak di ofis sajalah?" ucap Supian memberi cadangan.
"OK lah. Mamak pun orait juga. Boleh save sikit!"

Setelah dipersetujui Supian, Majid menghidupkan motor Supian dan mereka berdua kembali ke kawasan ruang legar pejabat. Jarak antara KLCC dan pejabat cuma hanya sepelaung sahaja. Pendek kata, tak perlu pergi dengan motorsikal pun tidak mengapa. Tapi, berpeluh la kalau hendak berjalan. Sesampai sahaja di mamak, akibat terlalu lapar, mereka berdua mencapai pinggan kosong dan mencedok nasik di dalam bekas besar. Pekerja-pekerja di kedai mamak tersebut tidak berkata apa-apa kerana mereka berdua sudah menjadi 'regular customer' di kedai tersebut. Apa yang hendak, ambil sendiri saja. Mudah kan? Mamak-mamak kat situ pun boleh 'goyang telur' sikit-sikit.

Zup!zap!zup!zap! Lauk ayam dan kuah kari selesai dicedok. Lalu mereka berdua pun menuju ke sebuah meja kosong yang letaknya di penjuru kedai. Dah menjadi perkara biasa bagi orang yang betul-betul lapar, letak saja pinggan terus makan. Tangan tak basuh, air tak order, sembang sesama sendiri pun tak perlu buat masa itu. Perut yang kosong harus diisi.

Sewaktu Majid menyuap nasik, beliau teringatkan kunci motor Supian yang masih disimpannya di dalam poket seluar. Lalu dengan menggunakan tangan yang tidak menyuap, Majid mengeluarkan kunci motor Supian lalu dihulurkan kepada beliau yang sedap lahap melantak nasik mamak.

"Nah..ini kunci kau balik" kata Majid sambil mengulurkan segugus kunci kepada Supian.

Supian mengangguk- ngangguk dan menggenggam kuncinya dengan tangan kiri. Tangan kanan masih laju menyuap nasik. Majid pula nampaknya sudah selesai makan. Namun, tak molek pula untuk meninggalkan rakannya yang masih rakus membalun nasik. Kawan punya pasal, tunggulah Majid sehingga perut Supian selesai diisi.

Jam dah menunjukkan pukul 1.30 petang. Tamat waktu makan tengahari. Mereka berdua pun meninggalkan kedai mamak dan naik ke pejabat semula.


***


Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6 petang. Majid dan Supian sudah mula mengemaskan segala perkakasan mereka. Memandangkan mereka berdua adalah eksekutif, jadinya tidak perlu untuk kerja lebih masa kerana bukannya boleh claim pun. Tak apalah, esok masih ada. InsyaAllah.

Sewaktu Supian selesai mengezip beg komputer riba beliau, tiba-tiba dia menyapa Majid dan bertanya:

"Bro, minta kunci motor aku..."

Majid terpinga-pinga.

"Eh, kan ke aku dah bagi kat kau masa kita makan tadi? Tak ingat?" balas Majid yang keliru.

"Ohhh, come on. Jangan buat lawak, bro. This ain't funny. Bak la sini kunci motor aku.." kali ini nada Supian sedikit tinggi. Walaupun kata-kata tadi dilafazkannya sambil gelak-gelak, nyata sekali gelaknya itu sungguh plastik dan acuh-tak-acuh.

Majid sedikit terbakar. Namun, kerana yakin dia benar, dia tetap mempertahankan dirinya. 

"Main tuduh-tuduh ni tak sedaplah bro. Aku dah memang pass kat ko dah tadi. Kau siap genggam kunci tu sambil makan. Ko saja yang tak ingat!"

Supian dah mula berang. Beliau mula meraba-raba poket bajunya, poket sisi seluarnya, poket belakang bontot kiri dan kanannya, namun bentuk kunci motor tidak dirasai. Kerana masih tidak puas hati, laci meja Majid dicerobohnya tanpa meminta izin dan terus diselongkar. Dari jauh, Majid sudah geleng-geleng kepala. Sah, Supian memang sudah nyanyuk. Dia perlu dibantu. Dia perlu dirawat.

"Buka beg kau kejap, aku nak check bentak Supian yang masih tidak puas hati. Dengan selamba saja beliau mengarahkan Majid untuk membuka beg. Dah serupa pegawai Kastam. Majid dianggap tidak ubah seperti mamat yang cuba menyeludup lebih daripada sekatun rokok keluar dari Langkawi.

"Kalau kau tak puas hati sangat, nah! Check kalau ada! Puki amendanya aku nak simpan kunci motor engkau!" balas Majid dengan nada yang sangat kuat. Majid tidak boleh bersabar lagi.

Beg Majid dihempas ke meja. Supian sudah nampak seperti seekor burung Ereng yang baru terjumpa bangkai, lantas membuka beg Majid tanpa rasa bersalah. Satu per satu bahagian poket di beg Majid diperiksa. Setiap isi dalam beg tersebut dikeluarkan, selagi beliau tidak puas hati. Charger henfon, adapter laptop...segala-galanya.

Namun, beliau tidak jumpa apa-apa.

"Jumpa apa yang kau nak?" perli Majid tajam.

Supian hanya diam. Dia mendengus menahan marah.

"Macam nilah. Kita pergi ke kedai mamak tu balik. Mesti pekerja diorang simpan punya kunci kau. Mamak-mamak kat situ pun kawan kau. Takkan diorang nak buang pula?" tegas Majid memberi cadangan.

Supian terus beredar dari pejabat. Maka tinggallah Majid keseorangan mengutip segala barangannya yang dikeluarkan oleh Supian tadi. Jauh disudut hati, Majid terasa amat panas. Namun, resam dan amanat arwah ibunya membuatkan Majid terpaksa menahan sabar dari menghayun kepala Supian dengan helmet motorsikalnya.  Kalau tidak kerana janji tersebut, dah lama Supian kena ambil cuti sakit.

Setelah selesai mengemas kembali segala baranga-barang, Majid terus menuju ke lift. Niatnya hendak pergi melihat sendiri apa yang berlaku di kedai mamak tersebut. Betulkah si Supian pergi bertanyakan pekerja-pekerja kedai akan kelibat kunci motornya? Walaupun dia tahu Supian akan menjumpai kuncinya disitu, namun dia ingin melihat sendiri bagaimana Supian bertindakbalas dengan keadaan tersebut. Masih berlagak mahu berlagak bagus lagi,kah? Ya, Majid di pihak yang benar. Dalam hal ini dia tak perlu hendak kecut telor.

Sesampai di kedai Mamak Harmain, kelihatan Supian sedang berbual dengan salah seorang pekerja disitu. Kemudian, pekerja itu terus pergi ke kaunter bayaran, meninggalkan Supian keseorangan di meja tunggu. Majid meletakkan beg laptop dan helmetnya di atas salah sebuah meja yang kosong disitu, dan terus merapati Supian.

"Ada ke kunci kau?" tanya Majid pendek.

Supian diam membatu tidak menjawab. Rokok Dunhil yang sudah dibakar, dihisap dengan rasa steady. Asap sedut dihembus keluar perlahan-lahan. Sombong sungguh lagak perangainya ketika itu. Kunci motor hilang pun masih nak kerek!

Majid yang berdiri disebelah terkedu macam orang bodoh. Entah kenapa dia rasa dia perlu tunggu Supian di kedai Mamak itu, semata-mata hendak dilayan sebegitu 'cibai'. Kalau la dia tahu benda macam ini akan terjadi, tak ingin betul dia temankan Supian pergi ke bank tadi. Pergi jahanamlah dia sorang-sorang. Kalau sesat di dalam KLCC tu pun lagi bagus!

Selang beberapa saat kemudian, pekerja mamak tersebut datang mendekati mereka berdua. Lantas, dia menghulurkan sejambak kunci yang membunyai rantai kunci berwarna merah kepada Supian. Majid memerhati kunci tersebut dekat-dekat. Ya, memang itu kunci motor Supian. Majid masih ingat lagi rupabentuk dan saiz kunci tersebut, kerana baru tadi sahaja dia memegangnya. Ingatan Majid masih kuat. Dia belum nyanyuk.

Supian menyapa kunci itu dengan raut wajah yang mencuka.

Majid tersenyum sinis.

"Sekarang amacam brader? Betul tak apa aku cakap? Kau yang tinggalkan kunci kau kat mamak ni masa makan tengahari tadi.." perli Majid dengan tona suara yang sinis.

Akibat termalu dengan diri sendiri, Supian terdiam seketika.

Namun begitu, lumrah hati manusia yang makin busuk disimbah tahi, mana mungkin boleh mengaku kesalahan mereka. Mereka memerlukan escape goat untuk dikorbankan demi untuk melindungi kobodohan sendiri. Seperti kata Robert Anton Wilson:

"Ego is a social fiction for which one person at a time gets all the blame...."


Ditengkingnya Majid semula.

"Ahhh...mana ada. Kau yang tinggalkan kunci aku di kedak mamak ni. Kau tak pass pun kat aku!" tengking Supian di luar batas sedar. Akibat daripada kelantangan itu, hampir kesemua pelanggan-pelanggan Mamak Harmain terkejut. Majid dapat rasa hampir kesemua bola mata yang ada dalam kedai itu memerhatikan mereka dengan ribuan 'tanda soal' yang bermain di kepala masing-masing.

Supian terus mencapai helmetnya dan beredar dari kedai tersebut.

Majid rasa sangat down dan kecewa.

Dia melabuhkan punggungnya di meja makan mamak, dan terus memesan segelas Teh Tarik, buat menenangkan hati yang masih terbakar. Apa yang membuatkan hatinya lebih pedih, mamak yang datang menghantar Teh Tarik yang dipesannya juga meleparkan senyuman acuh-tak-acuh, seakan-akan memerli Majid yang baru saja ditengking tadi. Pada ketika itu, segala pesanan arwah ibunya berlegar-legar di kepala hotak Majid:


"Ingat Majid, dalam dunia ni...perangai orang macam-macam. Jangan terlalu nak buat baik sangat. Nanti-nanti orang pijak kepala. Jangan pulak terlalu jahat, nanti ke lokaplah kau nanti........."


Majid tak boleh tahan lagi. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon datuknya di kampung.


*troot...troot! troot.....troot!*
klecak!


"Hah, kau Majid. Lama kau tak telefon aku ni. Ada apa hal?" sapa datuk Majid, Pak Ngah Deraman.
"Atok...tak ada. Nak tanya saja. Keris pusaka Long Megat ada lagi ke atok simpan?"
"Ada saja aku simpan dalam almari. Kenapa?  nak pi gadai ke?"
"Tak adalah. Majid nakk.....Majid nakk..."

Dah dekat 6 kali Majid mengulang ayat "Majid nak....Majid nak..." tersebut. Macam budak kecil. 


***


"Kau nak apa sebenarnya ni Majid?" tengking Pak Ngah Deraman yang sudah mula hilang sabar.
 
"Majid nak rodok perut orang!"

Friday, June 8, 2012

Isteri Yang Memahami Itu Penting...


Hari nie gua kerja tak berapa banyak. Jadi sempat juga sekejap-sekejap gua check email personal dan melakukan perbuatan sia-sia di depan kompiter riba ini. And by sia-sia, gua tak maksudkan *celepup-celepup*...heh, perv! Sia-sia dalam konteks definisi gua adalah melayari lawan web PGM (Peminat Gusti Malaysia) sambil membelek-belek T-Shirt WWE yang dah 2 bulan gua taram sebab belom mampu nak rembat sebijik.

Oh, ya. Lupa pula...pagi nie bermulalah EURO 2012 yang dah sekian lama gua tunggu sejak tamatnya campaign EPL 2011/12 May lalu. Gila bosan Sabtu-Ahad gua tanpa bola. Asal malam saja, tak habih-habih Kilauan Emas Polident, Cekikrama TV3...bla..bla..bla..Mana gua nak letak muka kalau Nigel Winterburn dapat tahu gua layan Kilauan Emas. Malu weiii..

Sebagai seorang brader IT, ada masanya gua mengangkang tak ada kerja. Tapi, bila kerja macam setan banyaknya, memang tak sempat gua nak baca blog. Apatah lagi mencari resipi-resipi penting yang bakal gua 'aceterai' pada hujung minggu. Pendek kata, tak menentu. Tapi, kalau gua tengah-tengah leisure layan website jersi, tup! tup! ada server down yang level difficulitynya adalah terlalu minor, gua straight solve tanpa banyak bunyi saja.

So, apa yang gua nak cerita nie sebenarnya?

Tadi masa gua tengah belek-belek Kosmo! pasal grouping EURO yang bakal start tengah malam ni, henset gua tiba-tiba berdering. Sapa pulak yang nak cari gaduh dengan gua tengah-tengahari nie, gua tak berapa pasti. Tapi, jika hendak merungkai kepastian tersebut, phone yang berdering tu wajiblah gua tenung walau sekejap, supaya yang memanggil tu, gua tahu siapa.

Owh, bini gua call rupanya.


"Heyy...wassap?" sapa gua stylo cakap mat saleh sikit-sikit. Dia pun tahu gua memang suka sapa-sapa orang jenis tak reti pakai 'Assalamualaikum' nie.

"Hah. Lu tengah bz ke?" tanya bini gua.

"Tak sangat. Kenapa?"

"Erm..tak ada apa pun. Gua nak kasik lu satu 'suprise' nie. Gua harap lu tak sakit jantung..."

"Suprise? Suprise apa pulak? Lu jangan la macam nie. Lu tau kan gua tak suka suprise-suprise nie?" balas gua dengan sedikit tone garang.

"OK.OK. Alah..tak ada la suprise sangat. Just nak bagitau...Astro rumah kita, gua dah tukar ker dekoder Beyond."


Gua terpinga-pinga. Ribuan '?' sedang bermain-main di atas kepala.


"Err...Beyond? Bila masa pulak lu pergi Astro request nak pakai Beyond? Pergi-balik kerja 24 jam dengan gua. Lu tipu gua,kan? " tanya gua kehairanan.

"Tipu amenda? Astro call gua minggu lepas suruh tukar ke beyond. Gua saja nak suprise lu sebab gua tau lu terlalu eksaited nak tunggu EURO. Boleh la tengok Germany main dalam kualiti HD. Amacam? Beruntung tak lu dapat gua..?" balas Banker Permatang Pauh bersama cubaan untuk 'up' diri sendiri.

"Ooooo...."

"So, lu hepi ker tak ni? Eksaited tak?"

"Erm..eksaited la sikit.sikit. Tapi biasa-biasa jer la..."

"Ala..lu nie, bosan ahh..."

"OKlah. Nantilah kita jumpa kat rumah,eh?" balas gua dengan nada lesu.


*kletap!*


Gua letak telefon.


***


Perlahan-lahan gua bangun dan terus menuju ke bilik mesyuarat yang tak ada orang lalu lalang. Dari tingkap, gua tenung jauh bangunan KLCC yang tersergam megah. Air mata gua mula bergenang. Dada gua mula rasa hiba. Sesungguhnya, gua bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami. Lu ingat senang ker nak cari orang yang betul-betul care pasal kita dan bersusah-payah berminat dengan apa yang kita minat walaupun pada dasarnya dia tak minat.


*yatta!*


Tipulah kalau gua kata gua tak eksaited. Gila seronok sampai gua rasa nak pergi pekena teh tiga lapis segelas gua.

Tapi tulah...

Nak maintain attitude suami garang tu, lu orang ingat senang ker?

Susah tahu?

Kehkehkeh!




P/S: Kepada Banker Permatang Pauh. I lap Yu mushi-mushi...


P/S: Layan EURO 2012 dalam channel HD. Peh, memang padu dia punya feeling...



Thursday, June 7, 2012

Macam Setan...


Serius gua tak paham.

Gua ada seorang kawan. Nama beliau Norman (bukan nama sebenar). Mamat nie gua kenal 5 tahun dulu masa gua mula-mula kerja di KL. Dia nie kerja di kampeni Oil & Gas jugak, tapi bukanlah dalam bidang IT or whatsoever. (and of course bukan satu tempat kerja dengan gua). Kerjanya lebih kepada benda-benda teknikal yang melibatkan kapal. Memang dasat la mamat nie. Naik turun negara orang memang dah selalu sangat dia rasa. Outstation sana-sini. Travel ikut suka hati dia saja lah. Dan gua yakin, bila gua describe secara asasnya pasal jobscope dia, lu orang dah boleh agak dia punya monthly income dia berapa. Cakap banyak tak guna, Gua yang tahu nie pun memeleh air liur, bak hangggg….

Sungguh pun begitu, gua tak ada langsung nak meletakkan jurang perbezaan income sebagai alasan untuk gua berkawan. Jujurnya, gua berkawan dengan semua orang. Tak kisah la kalau dia suka sangat nak show-off dengan benda-benda yang dia ada ka, dia kaki tibai perempuan ka, kaki minum ka, etc. Gua rasa gua bersikap dah habih professional la dalam memilih member. After all, gua rasa gua tak adalah perfect sangat kot, sampai gua nak kena sort-sort dengan sapa gua nak berkawan.

(panjang pula gua cerita pasal kawan nie…back to Norman story)

Nak dijadikan cerita, satu hari brader nie ajak gua minum time lunch. Memandangkan gua dah lama tak jumpa dia (almost 7 bulan sebab dia pergi belayar kat Oslo, Norway), gua rasa tak salah kalau gua spent masa sekejap nak berborok dengan member lama. Dah nama pun member, ye dop? Tempat biasa gua lepak minum nie, memang tak ada port lain dah….gerenti Restoran Harmain punya la. Mana lagi mamak yang boleh gua bertepuk tampar kat sini selain Harmain. I fuckin’ love this mamak restaurant, personally.

Norman sampai di mamak Harmain tepat jam 1 tengahari. Memang crowded la mamak during lunch-time. Apa lu orang expect? Jangan kata nak tumpang passing-by, nak pilih meja makan pun jenuh nak beratur. Tapi, nasib kitorang baik hari tu. Terus saja dapat tempat kosong. So, apa lagi? Start la kitorang berborok hal-hal lama.

Pung! Pang! Pung! Pang!

Punya la rancak kami berborak. Err, tak manis pula kalau gua menipu. Sebenarnya, yang lebih kencang bersembang tentulah si Norman nie. Ya lorrr…orang baru balik dari Norway. Habih semua pelusuk district kat Norway dan negara-negara yang kapal dia stop-by dia cerita. Dan tidak lupa juga (ini perkara yang MUST), elaun yang dia dapat sehari pergi belayar, TIDAK TERMASUK gaji basic yang dia dapat. Haram jadah juga mamat nie. What a lucky sonnava bitch! Memang banyak syial. Walaupun dia tak bagi exact figure, kalau gua calculate diam-diam, busuk-busuk pun, kalau cecah darat lepas berbulan-bulan di laut, mesti cecah over RM27K!

Gila, kan? Faking!

Tapi, gua tak kisah la. Itu rezeki dia. Mungkin Allah dah tetapkan nasib dia baik berbanding gua. Gua tak kata gua tak bernasib baik, tapi sapa tak nak bergaji besar, ye dop? Kalau lu orang Tanya Indon-indon cleaner bangunan tempat korang pun, gerenti diorang pun teringin nak ada income gempak!

Tapi, tu lah…

Manusia bila dah ada kelebihan, peelnya pun dah start merepek-repek.

Norman nie, dia sebenarnya takdelah mengikuti teknologi sangat. Personally, gua sebenarnya dapat tangkap dari awal-awal lagi tujuan dia ajak gua lepak. Bukan nak lepak pun sebenarnya. Tapi, sebab nak suruh gua cerita pasal-pasal gadjet-gadjet (betul ker gua eja gadget tu?) yang latest on the market, yang ohsem! di mata pencari-pencari rezeki di sekitar KL. Memandangkan gua nie jenis suka mengikuti dan membaca pasal gadget, smartphones…tablet, dia assume gua tahu benda apa yang sesuai untuk dia pakai, dan boleh bagi personal consultation. Buktinya, Norman minta gua suggestkan satu smartphone yang sesuai untuk dia beli, sebagai hadiah kepada isteri beliau.

Untuk pengetahuan semua, isteri Norman adalah seorang surirumah yang dah lama resign dari kampeninya sejak dia melahirkan baby pertama pasangan tersebut. Disebabkan kos nak menghantar baby ke nursery sekarang amatlah mahal, Norman menyuruh isterinya berhenti saja dari kerja, dan terus duduk di rumah menjaga anak dan menguruskan hal ehwal rumahtangga. Amacam, awesome kan? Kalau la gua bernasib baik macam Norman, takdenyer gua nak suruh Banker Permatang Pauh kerja teruk-teruk makan gaji. Dok  rumah saja, goyang kaki atau start bisnes sendiri.

Jadi, lumrah seorang isteri yang bosan di rumah, beliau (isteri Norman) ada la mintak Norman belikan satu smartphone, supaya dia boleh layan fesbuk bahupun tuitter ketika sedang memasak gulai. Maksud gua, teknologi yang lebih kepada mobiliti. Menurut apa yang Norman cerita, isterinya sangat berkenan dengan Samsung. Yalah, sekarang Samsung Galaxy S3 dah makin mantap di market. Dah la menggunakan ICS4, skrin 4.8 yang super besar, battery super god-like dan lebih ringan dari iphone 4 gua yang dah makin cikai mak lampir nie.

So, bini dia mintak la dia belikan satu…

***

“So, kau rasa, Samsung S3 nie sesuai ker nak bagi hadiah kat bini aku ni?” Tanya Norman sambil menghirup lebihan kopi O nya.

“Eh, OK sangat bro. Gila kau, best woo…ICS 4, front camera boleh rakam video HD. Ringan. Skrin besar…memang sesuai sangat.” Balas gua seyakin-yakinnya.

“Entah la…aku rasa macam membazir. Sebab bini aku nie hanya tahu pakai fesbuk. Tuitter dia tak main pun…”

“Alah Man…beli saja la. Untuk bini kau jugak.” gua cuba convince Norman agar tidak menarik balik segala briefing Samsung S3 yang penat gua explain pung!pang!pung!pang! sebentar tadi.

“Tengoklah Ril…”

“Sebenarnya, apa yang kau nak ni? Kau nak belikan Yati satu smartphone,kan? Kalau kau nak yang trendy, memang tulah yang aku suggestkan. Sesuai sangat, bro...”

“Tengoklah macamana. Nanti aku pikirkan…”

Norman dah mula kasik satu facial expression yang tidak meyakinkan. Gua pulak mula nak 'snap'!

“Sebenarnya, berapa ribu kau bajet untuk phone bini kau ni, Man? Boleh ko bagitau aku? Senang aku suggest model lain pula…” Tanya gua sedikit frust.

“Erm…bini aku tak boleh bagi mahal-mahal. Aku bajet dalam RM400 saja.” Balas Norman sambil tersenyum kelat.

"........."

(Kelat senyum Norman tu sampaikan gua terasa nak bagi penampar buang sedas dua.)


***


Gua terdiam. Dalam hati gua mula nak sumpah seranah dan mencarut-carut. Apa la bangang sangat mamat nie. Gaji cecah sampai 5 angka tiap-tiap bulan, tak termasuk lagi elaun berlayar lagi. Nak bagi satu smartphone yang awesome takat RM2400 kat bini sendiri pun kemut bukan main.

Bini sendiri kot?

Perempuan tu susah payah jaga anak lu, 3-4 bulan kena tinggal duduk di rumah tak tersentuh nafkah batin, tergamak lu nak hadiahkan satu phone yang berharga RM400 saja?

Kemut…

Tahap setan punya kemut…

Membazir air liur gua saja bagi free consultation. 

Gua harap lu tenggelam kat Laut China Selatan next time lu pergi outstation.


Wednesday, May 16, 2012

Pemeriksaan Kesihatan



“So, doktor…apa sebenarnya masalah saya nie?” Tanya gua yang sedikit curious.

Doktor Liew  terdiam. Mungkin terpaku dengan pertanyaan gua tadi. Stetoskop yang tersingkap kemas di lubang telinga itu diturunkan sebaik sahaja dia selesai melakukan pemeriksaan minor ke dada gua. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu.  Nampak serius benar beliau ketika ini. Kemudian, dia mengeluarkan fail rekod kesihatan gua dari rak fail maklumat pesakit yang terletak di belakang mejanya dan terus meneliti rekod-rekod lawatan gua ke Klinik Kumpulan City sebelum ini.

Bila dia dah pasti tentang apa yang bakal dia hendak katanya, perlahan-lahan dia meloloskan cermin mata beliau dan menggosok-gosok matanya.

“Macam ni lah. Sebenarnya, saya agak curious dengan tahap tekanan darah kamu ni sebenarnya.”

“Tekanan darah saya? Kenapa doc? Kritikal ker masalah ni?” gua pula yang start risau.

“Kalau ikut rekod yang ada dalam fail saya ni, tekanan darah awak ni…tak stabil. Lebih senang cakap, tak menentu!”

Gua tergamam.  Tersandar sekejap gua di kerusi rawatan tu. Perkataan ‘tak stabil’ tu benar-benar buat jiwa gua kucar-kacir.

Balas beliau lagi:

“Dia punya flow macam bermusim tau. Kejap-kejap BP (blood pressure) awak OK. Kejap-kejap ‘atas-pagar’. Kejap-kejap normal. Tu yang saya pelik tu…”

“Tapi sekarang ni, awak punya level dah kembali cecah ‘atas-pagar’. Kenapa ni? Kamu stress dengan kerja ke? ” bentak beliau. Kali ni dia punya tone ada sikit keras.

Rasa macam kelakar pula statement ‘stress dengan kerja’ tu. Gua sekarang memiliki profession yang dah lama gua idam-idamkan.Apa gila gua nak tertekan?  Doktor nie saja cuba nak bikin spekulasi.

“Stress kerja? Heh…tak adalah doktor.” Balas gua tersenyum. Itu jam senyum gua memang penuh dengan denial.

“Habis tu, kenapa blood pressure kamu ni naik mendadak? ”


***


Gua terdiam. Pelan-pelan gua tarik nafas kasi gua punya nervous stabil. Bila dah cool segala benda, gua bersuara:

“Biasalah doktor….saya ni fan Arsenal.”

"Laa....yer ke? OK, saya faham...saya faham." balas beliau spontan sambil terkekeh-kekeh menahan ketawa.



Terus dia sign surat MC gua 2 hari tanpa ragu-ragu. 



Wednesday, May 2, 2012

Gurauan Berkasih...#1

Suatu petang, ketika dalam perjalanan balik ke rumah dari opis, tunggangan gua terbantut di persimpangan Jalan Ipoh nak menghala ke Sentul kerana hujan tiba-tiba turun secara lebatnya dengan tiba-tiba. Biasalah, hidup di KL sebagai pengunggang motorsikal ni, memang dah sinonim dengan hujan. Gua laki bini sememangnya dah lali dengan hujan-hujan rahmat sebegini.

Baju kami berdua dah start basah. Trafik di Jalan Ipoh dah start sesak, sampaikan gua yang bermotor ni nak menyelit pun susah. Bini gua yang sedap membonceng di belakang tak habih-habih menepuk bahu gua suruh berhenti kerana beliau takut akan jalanraya yang dah bertukar licin. Demi keselamatan beliau, gua memberhentikan motor di sebuah perhentian bas yang tak dikenali.

“Cemana ni? Baju dah start basah…” tanya Banker yang sedang menggigil kesejukan.

“Tu lah..nak redah tak? Alang-alang baju dah basah?” balas gua sambil menunjukkan jari ekselen.

“Redah? Lu gila ka? Kan hujan lebat tengah jalan tu...?” bentak beliau dengan tone sedikit hangin.

Gua tersenyum.

Setelah keadaan kembali pasrah, gua membalas:

“Alah..takpe. Hujan lebat kat TENGAH jalan. Kat TEPI jalan tak hujan...”



Moral of the story: Tak semua benda kita boleh bergurau...

Friday, April 27, 2012

Anak Bapak



Hari ini gua diberi cuti sakit.

Atau dalam kata yang lebih mainstream, gua MC hari ni. Menurut doktor klinik panel yang gua pergi tadi, gua dikhuatiri mengalami demam panas yang tak berapa nak serius. Biasanya, jika doktor anugerahkan gua 2 hari MC, gua terima tanpa banyak bunyi. Kata orang, tak elok melawan nasihat doktor. Walau pada hakikatnya, gua bukan jenis orang yang suka memonteng kerja.….(bluwek!)

Seperti biasa, jika gua MC, gua terlebih dahulu akan menghantar bini gua ker tempat kerja beliau. Bila segalanya dah setel, barulah kendiannya gua akan balik kerumah untuk sambung tidur. Sekali sekala, nikmat juga berehat dikala kawan-kawan yang lain berhempas pulas berhadapan dengan ratusan emel setiap hari. Peluang yang power macam ini bukan selalu dapat. So, bak kata orang putih, harus diutilizekan semaksimum mungkin!

Ah, panjang pula gua describe. OK, gua terus sambung tidur!


***

"Kring! Kring!"

Baru start gua nak mimpi, tiba-tiba telepon gua berdering.

Gua perati jam di dinding baru pukul 10.30 pagi. Dan kalau pagi-pagi nie, kalau bukan orang bank yang call, mesti bebudak opis gua yang rindu gua tak datang kerja. Sakit hati juga kalau berada dalam scene-scene macam ni. Bengkek tu normal la. Dalam dunia nie, 2 benda saja yang senang nak buat gua rasa bengkek. Pertama, bila Arsenal kalah bila lawan team lemah-lemah, seperti Manchester City dan Liverpool contohnya. Kedua pula, bila phone gua berdering ngam-ngam time gua tengah nak tarik selimut.

“Tskk! Sapa pulak yang mengacau nie...?” bentak gua di dalam hati sambil meraba-raba telefon di bawah bantal.

Bila gua perati nombor yang tertera di skrin telefon, kombinasi digitnya bukan dari opis gua. Jauh sekali dari bank-bank Malaysia. Sapa pula yang teringin nak berdebat dengan gua pagi-pagi ni?

“Hello?” gua memulakan sesi dialog dengan sedikit batuk-batuk tipu. 


Ini adalah strategi yang biasa gua guna bila gua MC. Teorinya, bila orang tahu gua tak berapa sihat, mood nak bertengkar dengan gua melalui phone dapat la surut sikit dia punya temperature. Kids, note it down. Jangan kata gua tak ajar pulak!

“Hello, boleh saya bercakap dengan En.Zahril?”

“Ya, saya Zahril bercakap. Siapa ni?” tanya gua penuh dengan keraguan. Harap-harap orang yang telefon kali ini bukanlah dari geng-geng MLM yang cuba nak pancing gua jadi kaki kiri atau kanan.

“Saya Norizan dari bahagian Hal Ehwal Pelajar, Al-Baseerah International School.” balas individu tersebut dengan tone yang sedikit cemas.

Ark? Panggilan dari sekolah?

Serta merta gua #facepalm. Seperti biasa, kalau gua terima panggilan dari sekolah, tak ada hal lain dah yang ligat bermain dalam kepala gua, mesti anak gua buat hal lagi ni. Jauh sekali pihak sekolah nak ajak gua jadi bendahari PIBG. Jauh sekali. Minggu lepas kes dia campak bangku kayu dari tingkat 3 ke bawah pun masih belum setel. Apa pulak lah masalah baru yang si kecik nie dah create. Baler…baler.

“Ya, cikgu? Ada apa-apa boleh saya bantu?”

“Mengenai anak encik, Adam Nour...”

“Ha? Ada apa dengan anak saya? Dia buat hal lagikah?” tanya gua yang agak panik. Tinggi sikit tone gua kali ni.

As a matter of fact, yeah. He’s in trouble again” balas Cikgu Norizan sambil perlahan.

“Apa pula yang dia dah buat kali ni cikgu? Budak nie memang nak kena ni!”

“Sabar, encik. Sabar. Saya rasa, elok encik datang ke sekolah sekarang. Tak elok rasanya kalau saya explain through phone nie. Lebih senang saya terangkan kepada encik face-to-face.Lagipun saya nie pakai prepaid sahaja. Laju juga makan kredit nanti…”

“Baikah cikgu, saya datang sekarang.”


*ketap!* gua letak telefon


***

10 minit kemudian, gua dah terpacak di depan pagar sekolah. Cepat juga gua sampai sebenarnya. Ya lah, Sri Gombak dengan Baseerah bukan jauh mana pun. Gua tinggal di Fasa 4. Baseerah pula di Fasa 5. Kalau jogging, peluh pun tak sempat nak dirembes. Gua pergi ke sekolah Adam pun, jalan kaki sahaja. Dapatlah cucuh rokok sebatang dua. Kalau nak drive, buat habih minyak saja. Cuba la lu orang bayangkan betapa dekatnya anak gua pergi belajar.Itulah untungnya tinggal di Sri Gombak. Segalanya dekat. (promote!)

Kelihatan segerombolan kanak-kanak tengah bermain galah panjang di perkarangan lapang parking sekolah. Sesekali gua menggeleng-geleng kepala melihat gelagat pelajar-pelajar zaman sekarang. Sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan zaman persekolahan gua dahulu. Masa zaman gua, waktu rehat adalah time untuk pergi mencuci mata melihat makwe di perpustakaan disamping melelapkan mata di penjuru almari library. Yang galah panjang atau segala bana permainan yang diorang main nie, biasanya time petang baru gua turun padang. Itu pun kalau dapat blah awal dari kelas mengaji.

Hehe…


Setibanya gua di bilik Penolong Kanan Hal Ehwal pelajar, kelihatan Adam sedang duduk di sofa kiri bilik sambil menunggu kehadiran gua. Cikgu Norizan pula sedang membelek-belek timeline twitter di telefon pintar beliau. Adam kelihatan tidak berani langsung mengangkat muka dan memandang gua. Sesekali mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu sambil menggenggam-genggam tangannya. Wajahnya kelihatan pucat.

Cikgu Norizan yang tersedar akan kelibat gua yang sudah lama terpacak dalam biliknya segera bangun dan menjemput gua duduk. Kemudian, dia mengarahkan Adam juga duduk di sebelah gua. Itu jam, mood gua sedikit terguris. Sampai hati dia membiarkan anak gua kecut menuggu di sofa, sedangkan dia tersengih-sengih melayan twitter. Agaknya, ada golongan #retis yang RT tweet beliau. Mungkin itulah yang buatkan dia sedikit bangga., maybe?

“Adam, duduk di sebelah ayah kamu.” Cikgu Norizan memberi arahan sambil sedikit menjegilkan mata.

Besar juga bola mata beliau. Jangankan Adam, gua sendiri kecut kalau Banker Permatang Pauh jegilkan ke gua sebegitu rupa.

“So, cikgu. Apa masalah yang anak saya dah buat pula kali nie?” tanya gua memulakan perbincangan.

Adam masih diam membisu. Cikgu Norizan pun kelihatan terkumat-kamit menyusun ayat untuk menerangkan perkara sebenar. Setelah beliau tenang sikit, segera beliau membuka mulut:

“Begini En.Zahril. Sebenarnya, ketika perhimpunan pagi yang berlangsung tadi, Adam ada bergaduh dengan seorang budak dari kelas 1 Matahari. Ada la sedikit perbalahan yang bagi saya tak berapa masuk akal untuk digasakkan. Budak itu kemudiannya dikejarkan ke klinik Kumpulan City di Fasa 1 kerana mengalami konkusi minor.”

Gua tersentak. Mata gua kemerahan menahan geram. Terus gua berpaling memandang Adam dengan satu pandangan yang tajam. Itu jam, jegil gua sebenarnya lagi dasat dari bola mata cikgu Norizan tadi.

“Betul ker Adam ada bergaduh tadi?” tanya gua straight kepada Adam. Nada gua kali nie agak keras. Biasa la, bapak mana yang tak marah kalau anak sendiri belasah anak orang. Tak pasal-pasal gua pulak yang kena tanggung kos rawatan anak orang pula. Gua sendiri pun ambil ubat kat klinik panel. Cis!

“Betul Daddy. Tapi…………Daniel yang saja cari pasal dengan Adam.” balas anak teruna gua dengan nada terketar-ketar.

“Kalau Adam bergaduh, kenapa baju Adam bersih je? Tak ada koyak-koyak pun? Lebam-lebam pun tak ada? Cakap betul-betul, jangan tipu Daddy. Nak kena tampor?” gua piling some pressure lagi, kasik Adam kecut. Sebenarnya, saja jer gua gertak, nak tengok macamana dia boleh hendel tak scene-scene tertekan macam nie. Nak bagi dia belajar mengenal dunia, kata Tokwan gua.

Adam diam. Cikgu Norizan pun diam jua.

“Begini En.Zahril. Budak si Daniel tu pun nakal juga sebenarnya. Mungkin dia terlalu provoke-provoke Adam sampai Adam tak boleh nak bersabar. Mungkin itu sebab dia burst…”

Tambah Cikgu Norizan lagi:

“Masa bergaduh tu, satu Haymaker saja dari Adam, Daniel terus tumbang. Kemudian, saya tengok Adam menarik kolar baju budak tu, lagi dimasukkan kepala Daniel di celah kangkangnya. Kemudian....BOOM!

Gua tersentak.

“Apa yang BOOM! tu cikgu?” tanya gua kehairanan.

Cikgu Norizan tersenyum.

“Pedigree En.Zahril. Pedigree. That’s why la Daniel tu dikejarkan ke klinik sebab minor konkusi.” terang cikgu Norizan yang seakan bersungguh-sungguh memahamkan scene gaduh tersebut.


PEDIGREE? Oh....my....god!

Gua tersandar.

Terkejut pun ada. Gila apa anak gua buat pedigree kat anak orang lain atas jalan tar nie? Ini kerja gila. Gila punya berat masalah ni, Adam oii! Gua capai sapu tangan yang tersemat di poket seluar belakang dan mengesat-ngesat peluh yang meleleh di pipi. Sekarang turn Daddy dia pula yang berpeluh.

Adam yang mencuka di sebelah gua seakan tidak berani mempertahankan diri beliau. Melihat pula reaksi gua yang seakan kecewa, lagi la dia tak berani untuk bersuara. Sekali sekala, kesian pula gua tengok budak ini. Ya lah, tak guna juga gua tengking dia banyak-banyak kali. Benda dah jadi.

“Saya rasa dalam soal ni, En.Zahril adalah orang yang sesuai menasihatkan Adam tentang keburukan perkara ini. Pedigree? I mean, seriously? Saya juga terkejut seperti Encik sebenarnya. Saya juga tak sangka seorang budak 7 tahun tahu mengaplikasikan Pedigree kepada rakannya. Setahu saya, Triple H saja yang buat.” ujar Cikgu Norizan.

“Macam nie lah, saya dah bercakap dengan bapa Daniel, dan dia bersetuju untuk tidak membesar-besarkan hal ini. Saya rasa ada sebab kenapa bapa dia bertindak begitu. Mungkin dia sedar anak dia juga 2x5 saja dengan si Adam ni. So, dia kira 0-0 jugalah...”

Gua menghela nafas panjang.

“Ha! Dengar tu, Adam. Nasib baik tak K.O budak tu kamu kerjakan. Perkara ni tak boleh dibiarkan. Sekejap, Daddy nak telefon Mummy. Tahulah macamana dia nak ‘proses’ kami nanti!” gertak gua kepada Adam.

Bengang betul gua rasa saat itu. Kerana tidak mampu menahan marah, segera gua keluarkan telefon dan terus mendail nombor bini gua. Dalam mendisiplinkan anak ini, terutamanya bab-bab merembat dan menengking, gua yakin bini gua lagi power. Gua kalau bab-bab bawak Adam pergi ke kedai mamak layan EPL, tu memang kerja gua lah!

Bila Adam nampak gua cuba hendak menelefon Banker Permatang Pauh, segera dia tarik tangan gua dan menangis. Bersungguh benar dia merayu kepada gua agar tidak sampai ke pengetahuan Banker Permatang Pauh.Nampak sangat dia lagi kecut kalau mummy dia take over dalam menyetelkan isu-isu disiplin dan pembentukkan sahsiah. Hah, tahu pun kecut!

Sambil menangis teresak-esak, beliau bersuara:

“Daddy…please daddy. Jangan bagitau mummy. Please…” rayu beliau.

“Hah! Kenapa pula tak boleh bagitau?”

“Sob..sob. Daddy kena tahu kenapa Adam pedigree budak tu. Ada sebab, daddy. Ada sebab….”

“OK, enlighten me!” tengking gua dengan nada sedikit belagak berlapik ayat orang putih sikit-sikit.



***



Petang itu, gua bawak Adam pergi layan The Avengers dekat TGV Wangsa Walk. Tiket Premiere Class wa cakap lu! Gua juga ada belikan dia beberapa action figure yang dia minat seperti Iron Man Mark VII dan replika Patung Captain America. Tak cukup dengan itu, Galaxy Tab 7.7 yang kami anak beranak dah lama teringin, selamba gua angkat sebijik. Gua tak kisah, janji anak tunggal gua hepi.

Jauh disudut hati, gua berbangga atas tindakan Adam yang berani menegakkan keadilan dikala beliau menahan segala macam provokasi.

Gua bangga!




“Adam ‘buat’ dia sebab dia paksa Adam sokong Manchester United….”



 picture credit to Catch-Americain

Thursday, April 26, 2012

Dalam Keterpaksaan (Part I)


Satu hari tatkala suasana hening pagi membiaskan mood-mood untuk melelapkan mata, gua ke opis seperti biasa. Pendek kata, jika bekerja makan gaji nie, tak boleh lah sesuka hati nak memonteng apatah lagi sengaja hendak mengunjungi kelinik untuk memohon sijil cuti sakit. Itu semua boleh mengundang padah di kemudian hari, dan secara langsungnya tidak layan untuk di’crownekan sebagai Employee of The Month.

Seperti biasa, setiap pagi bila gua sampai opis, perkara pertama yang gua akan buat adalah bukak pintu opis. Hehehe..OK, bodoh juga lawak itu. Perkara pertama yang gua akan buat adalah gua akan meluru pergi ke bilik server untuk memastikan kefungsian beberapa-beberapa pelayan (pelayan?) penting sebelum semua staff dapat memulakan kerja seperti biasa. Itu normal bagi seorang IT dude di kampeni ini.

Tiba-tiba…

“Bedebub!”

Bahu kanan gua ditumbuk sekitar kelajuan 10.5 knot menentang arah angin. Gua tersentak dan terus berhenti dari memeriksa server-server tersebut. Dengan airmuka yang buat-buat terkejut, gua serta-merta menoleh ke belakang bagi mengenalpasti sapa yang ganas sangat main gurau-gurau kasar pagi-pagi ini. Boleh tahan sengal juga dia punya effect.

Owh, Ona rupanya. Budak department account.


“Adoi...kau nie, tak padan dengan kecik. Tumbuk mengalahkan Manny Paquiao. Sakit tau tak?” bentak gua dengan tone yang sedikit tinggi.

“Hah! Tahu pun…kau ni selalu kan mempermainkan perasaan orang? Bila kau nak sambung entri ‘CEMAS’ part 2? Malam aku sunyi tau tak, takde bahan bacaan?” tegas Ona dengan muka sedikit bengis.


Gua terkedu.


“Err…nanti lah. Gua tengah tak ada idea nie. Nanti kalau dah dapat petunjuk, gua upload lah” jawab gua perlahan.

“Yelah…ye lah.” balas beliau ringkas sambil berlalu pergi. 

Dia punya muka still kemerahan. Bengang belum surut lagi agaknya.


***


Sambil mengusap-ngusap kesan tumbukan tadi, gua masih mampu tersenyum. Biasalah, hero mana boleh tengking-tengking perempuan. Ada pernah lu orang tengok Iron Man tengking The Black Widow masa diorang bekerja dalam agensi S.H.I.E.L.D? Pernah?

Tak ada kan?

Wednesday, January 25, 2012

Demi Cinta Ini...

Masyarakat kita ramai jugak yang bashed MasterChef Malaysia. Ada yang kata plot reality nie tak ubah macam scene-scene drama dalam Akademi Fantastika la, too much tears la…bla bla bla.

Namun, jika kita perati pada satu sudut yang sedikit positif, kerana rancangan ini la membuatkan ramai antara kita (especially kaum-kaum adam) merendahkan ego mereka menapak ke dapur just to cook something. Gua juga tak terkecuali. Ada satu strange feeling yang buat gua rasa tenang bila tengok peserta-peserta MasterChef meracik-racik bawah putih dan menjerit “MEDIC!” ketika pisau secara tak sengaja menghiris jemarian mereka. Fuh, demi menyediakan sepinggan hidangan yang berkualiti, darah mengalir sedikit tak dihiraukan. Mulia sungguh profession ini (sob sob sob!)

So, semalam entah apa setan merasuk minda gua, memintal-mintal nafsu ini untuk melampiaskan keinginan menurukan teknik kebatinan dan penyajian makanan. Perut pun dah lapar super gila babeng, dan nyatanya semalam mood gua nak start motor pegi beli makanan kat luar tak kelihatan langsung, disebabkan Banker Permatang Pauh tak berapa sihat.

Bila sampai di dapur, gua selak kabinet paling atas skali, tempat bini gua menyimpan koleksi buku resipi beliau. Fuh, banyak juga buku resipi dia. Gua ingatkan selama nie dia masak bukak blog through iPhone saja. Sehelai-sehelai muka surat gua selak, cari juadah yang mampu gua sediakan. Biarlah juadah tu nampak ringkas, namun masih mampu menambat tekak bini gua yang sedang lesu dihujani bingkisan-bingkisan bakteria nakal. Percubaan kali pertama gua untuk memasak buat bini gua ini bukan satu kerja mudah. Memerlukan penelitian yang maksima dan keazaman yang super.

10 minit telah berlalu. Selak punya selak, 

Err...Lada Capsicum? Broccoli? Mana nak cari?

Last-last gua give up!

***


Namun, demi cinta, gua terpaksa mengambil langkah yang agak drastik... 

"Nugget Ayam" - Juadah penyelamat air muka lelaki!

Hasilnya...

Malam tu Banker Permatang Pauh mengunyah naget-naget tersebut dengan mata yang bergenang. Bergenang samada terharu atau hati beliau hancur luluh, tu gua tak pasti la pulak.

But hey, at least gua masak, ye dop?

Hidup #MasterChef !

KAH KAH KAH!

Thursday, December 29, 2011

Ini....sangat betul!

Babis....
Terkena batang hidung sendiri syial....Harap Banker Permatang Pauh tak hangin dengan gua.
KAH KAH KAH!



Picture credit to 9GAG

Thursday, December 22, 2011

"Tapi, Dia Tak Maksudkan Begitu..."

Kalo benda nie jadi depan mata, gua pun konpius siapa yang salah faham sebenarnya? Cikgu ker murid?

KAH KAH KAH !




P/S: Serius shit 9GAG nie boleh buat gua hilang stress..you should try!

Sumber asal: 9GAG.com

Thursday, December 1, 2011

Apa Kena?


“Eh, apahal plak suara kau sengau hari nie?” tanya bos gua yang pelik mendengar perubahan vokal gua hari ini.

“Biasalah bos, demam dan batuk dari Raya Haji dulu belom setel lagi. Makin menjadi-jadi adalah...” balas gua dengan tenang sambil mengelap lelehan cecair pekat yang galak muncul dari rongga-rongga berkaitan.

“Kalo macam tu, kau MC lah. Pegi balik rehat. Takpe, keja-keja kau aku tolong coverkan.” balas bos gua dengan nada yang sangat cemerlang.

*Gulp*

“Betul ker nie bos? Jangan la mainkan perasaan saya. Saya nie fragile. Mudah tersentuh kalau diklepet.” gua balas seakan-akan tidak percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mulut beliau sebentar tadi.

Biar benar bos gua nie. Hal-hal berkaitan MC nie jangan dibuat main-main. Kang gua balik rehat betul-betul, jeles pulak geng-geng Operation karang.

“Betul la. Dah dah! Packing barang kau. Pegi balik rehat. MC Slip, lusa ko pass kat aku!”

Sepantas kilat gua off notebook dan kemas kabel-kabel yang berkaitan. External Hard Disk gua selit kemas-kemas dalam beg Targus gua. Earphone, battery charger dan mouse semua gua perosokkan dalam beg. Giler ngkau. Dah bos izin pegi klinik, buat apa ditangguh lagi, yer dok?

Dalam masa kurang 15 saat saja, semua barang-barang gua dah dimasukkan dalam beg sandang. Gua perasan budak-budak lain yang still bertungkus lumus bekerja seakan-akan jelly (jeles) dengan pelepasan yang gua dapat dari bos gua tadi. Bibit-bibit cemburu beserta kerlingan mata yang super-tajam oleh mereka-mereka yang mencemburui gua, jelas menunjukkan yang mereka memang tengah #butthurted. Ahh, lantaklah. Yang penting, gua kena rushing pergi cari klinik yang berdekatan. Ubat selsema dengan batuk gua mesti ambil yang dos power punya. Telan sesudu teh, terus tido.

Ahh, indah......... sangat indah.

Setelah dengan sarkastiknya melambaikan tangan kepada Ona, Ain dan Intan yang pandang gua macam nak tanak aje, gua turun tangga Emergency Exit dengan hati yang girang. Sesekali lagu Adele yang famous di corong-corong radio sekarang gua siulkan dengan rasa yang sangat rilek. Pada ketika ini, mucus-mucus yang meleleh tidak lagi gua hiraukan. Biarkan saja dia meleleh. Yang penting, gua nak tido puas-puas lepas ambik ubat nie.

Namun,

Langit tidak selalunya cerah...

Ketika gua asyik bersiul-siul menuruni tangga, kaki kanan gua secara tak sengaja tersandung tong sampah tingkat 7 yang diletakkan diatas anak tangga. Gua hilang kawalan lalu jatuh bergolek mengikut acuan tangga spiral Emergency Exit tersebut. Kepala gua ratusan kali terhentak di bucu-bucu tangga. Dalam keadaan yang kucar-kacir itu, gua cuba juga mencapai birai birai handrail yang kukuh menanggam permukaan tangga, tapi hakikatnya gua gagal. Pada ketika ini, gua rasakan masa depan gua sudah gelap. Dengan hentakan yang bertubi-tubi di kepala sewaktu gulingan tak sengaja ini, gua bayangkan yang hidup gua tamat disini.

Tamat di tangga Emergency Exit ......

(*gedebuk! gedebak! gedebuk! gedebak!)

Dari tingkat 7, gua ‘terbergolek’ hinggalah ke basement (B1). Pada saat ini, gua sudah tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki gua. Sendi-sendi gua rasa sangat kebas. Pandangan gua juga kabur kerana diselaputi darah yang keluar membuak-buak dari ubun-ubun kepala. Gua cuba menjerit meminta tolong, namun tiada seorang pun pejalan kaki yang lalu lalang di kawasan basement tersebut. Ya lah, bangunan ada lift, mestilah orang ramai gunakan lift untuk turun. Kepala bana apakah mereka akan mengakses tangga Emergency Exit sedangkan lift masih berfungsi dengan baik?

Bodohnya gua hari nie...


Gua mengesot-ngesot menuruni lebihan anak tangga untuk pergi mendapatkan bantuan. Sekarang baru gua sedar, sukarnya untuk meneruskan hidup jika tangan dan kaki tidak berfungsi. Air mata gua mengalir dengan dasatnya. Rasa seperti ingin meraung. Rasa seperti ingin meronta. Jauh disudut hati, gua menyesal. Kalaulah gua tak bongkak kepada Ain, Ona & Intan sewaktu keluar dari ofis tadi, mungkin perkara ini tidak akan terjadi. Mungkin inilah balasan dari Tuhan atas kebongkakan gua..

Gua menyesal.

Sangat menyesal...

Kalo boleh gua undurkan masa itu, gua ingin naik semula ke tingkat 9 memohon maaf kepada 3 orang individu tersebut. Namun, apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Tidak apa yang mampu gua buat lagi melainkan pertolongan dari pak guard-pak guard dari Nepal untuk menghantar gua ke ICU.

Berbekalkan saki baki lebihan tenaga sedia ada, gua menarik nafas panjang. Dalam-dalam gua tarik. Bila dada dah steady, gua pun menjerit:


“TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGG”

“TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGG”



***



*Dush!*

“Lu kalo tido tak menyusahkan orang tak boleh ke? Menjerit tak tentu hala. Lu nie kenapa?” bebel Nazri setelah menyekeh kepala gua.

“Gua kat mana nie bro?” tanya gua terkebil-kebil.

“Lu boleh tanya kat mana? Opis la bingai!”

Air yang meleleh dibibir gua lap. Gua menggosok-gosok tempat sekehan tadi. Mamat nie pun kalo nak menyekeh, tak beragak. Benjol tengkorak kepala kiri gua.

Gua mimpi rupanya.

Nasib baik bos tak lalu-lalang.

Ceit!

Wednesday, November 30, 2011

(SPR) Sengkak Perut Rabu...No.4

Untuk yang 'Perminat' aja dong! #LULZ


* Gua post nie sekadar LULZ aje. Bukan nak motivate korang soh pegi plak. Apa-apa jadik, gua tak tanggung. KAH KAH KAH!

Wednesday, September 7, 2011

(SPR) Sengkak Perut Rabu...No.3


KAH KAH KAH KAH!

Gambar gua cilok dari DamnLoL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...