Friday, June 8, 2012

Isteri Yang Memahami Itu Penting...


Hari nie gua kerja tak berapa banyak. Jadi sempat juga sekejap-sekejap gua check email personal dan melakukan perbuatan sia-sia di depan kompiter riba ini. And by sia-sia, gua tak maksudkan *celepup-celepup*...heh, perv! Sia-sia dalam konteks definisi gua adalah melayari lawan web PGM (Peminat Gusti Malaysia) sambil membelek-belek T-Shirt WWE yang dah 2 bulan gua taram sebab belom mampu nak rembat sebijik.

Oh, ya. Lupa pula...pagi nie bermulalah EURO 2012 yang dah sekian lama gua tunggu sejak tamatnya campaign EPL 2011/12 May lalu. Gila bosan Sabtu-Ahad gua tanpa bola. Asal malam saja, tak habih-habih Kilauan Emas Polident, Cekikrama TV3...bla..bla..bla..Mana gua nak letak muka kalau Nigel Winterburn dapat tahu gua layan Kilauan Emas. Malu weiii..

Sebagai seorang brader IT, ada masanya gua mengangkang tak ada kerja. Tapi, bila kerja macam setan banyaknya, memang tak sempat gua nak baca blog. Apatah lagi mencari resipi-resipi penting yang bakal gua 'aceterai' pada hujung minggu. Pendek kata, tak menentu. Tapi, kalau gua tengah-tengah leisure layan website jersi, tup! tup! ada server down yang level difficulitynya adalah terlalu minor, gua straight solve tanpa banyak bunyi saja.

So, apa yang gua nak cerita nie sebenarnya?

Tadi masa gua tengah belek-belek Kosmo! pasal grouping EURO yang bakal start tengah malam ni, henset gua tiba-tiba berdering. Sapa pulak yang nak cari gaduh dengan gua tengah-tengahari nie, gua tak berapa pasti. Tapi, jika hendak merungkai kepastian tersebut, phone yang berdering tu wajiblah gua tenung walau sekejap, supaya yang memanggil tu, gua tahu siapa.

Owh, bini gua call rupanya.


"Heyy...wassap?" sapa gua stylo cakap mat saleh sikit-sikit. Dia pun tahu gua memang suka sapa-sapa orang jenis tak reti pakai 'Assalamualaikum' nie.

"Hah. Lu tengah bz ke?" tanya bini gua.

"Tak sangat. Kenapa?"

"Erm..tak ada apa pun. Gua nak kasik lu satu 'suprise' nie. Gua harap lu tak sakit jantung..."

"Suprise? Suprise apa pulak? Lu jangan la macam nie. Lu tau kan gua tak suka suprise-suprise nie?" balas gua dengan sedikit tone garang.

"OK.OK. Alah..tak ada la suprise sangat. Just nak bagitau...Astro rumah kita, gua dah tukar ker dekoder Beyond."


Gua terpinga-pinga. Ribuan '?' sedang bermain-main di atas kepala.


"Err...Beyond? Bila masa pulak lu pergi Astro request nak pakai Beyond? Pergi-balik kerja 24 jam dengan gua. Lu tipu gua,kan? " tanya gua kehairanan.

"Tipu amenda? Astro call gua minggu lepas suruh tukar ke beyond. Gua saja nak suprise lu sebab gua tau lu terlalu eksaited nak tunggu EURO. Boleh la tengok Germany main dalam kualiti HD. Amacam? Beruntung tak lu dapat gua..?" balas Banker Permatang Pauh bersama cubaan untuk 'up' diri sendiri.

"Ooooo...."

"So, lu hepi ker tak ni? Eksaited tak?"

"Erm..eksaited la sikit.sikit. Tapi biasa-biasa jer la..."

"Ala..lu nie, bosan ahh..."

"OKlah. Nantilah kita jumpa kat rumah,eh?" balas gua dengan nada lesu.


*kletap!*


Gua letak telefon.


***


Perlahan-lahan gua bangun dan terus menuju ke bilik mesyuarat yang tak ada orang lalu lalang. Dari tingkap, gua tenung jauh bangunan KLCC yang tersergam megah. Air mata gua mula bergenang. Dada gua mula rasa hiba. Sesungguhnya, gua bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami. Lu ingat senang ker nak cari orang yang betul-betul care pasal kita dan bersusah-payah berminat dengan apa yang kita minat walaupun pada dasarnya dia tak minat.


*yatta!*


Tipulah kalau gua kata gua tak eksaited. Gila seronok sampai gua rasa nak pergi pekena teh tiga lapis segelas gua.

Tapi tulah...

Nak maintain attitude suami garang tu, lu orang ingat senang ker?

Susah tahu?

Kehkehkeh!




P/S: Kepada Banker Permatang Pauh. I lap Yu mushi-mushi...


P/S: Layan EURO 2012 dalam channel HD. Peh, memang padu dia punya feeling...



2 comments:

ParkAir said...

pergh terbaik la bini ko. tak sia2 hantaran mahal2 hahaha!

(celepap2 tu mende?)

Sandokhan said...

ParkAir:
Huuish..mahal bagi aku. Murah bagi anak-anak orang kaya yang tido atas duit mak bapak. Hehe..thanks atas pujian itu. Tak tido lena bini aku sambil tersenyum-senyum baca komen ko nih!

Kehkehkeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...